borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filepengajaran ini. antaranya adalah adobe photoshop cs2,...

23
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: MEMBANGUNKAN WEB PORTAL PENDIDIKAN MENGGUNAKAN MULTIPLY BAGI TAJUK FORCE AND PRESSURESESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya NURUL AIN BINTI IBRAHIM (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD _________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Disahkan oleh ___________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 86, JLN BIRU 6, TMN BKT MOR BARU, PRT JAWA, 84150 MUAR, JOHOR PM AZIZ BIN NORDIN Nama Penyelia Tarikh: 15 April 2010 Tarikh: 21 April 2010

Upload: hoangdat

Post on 04-May-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: MEMBANGUNKAN WEB PORTAL PENDIDIKAN MENGGUNAKAN

MULTIPLY BAGI TAJUK ‘FORCE AND PRESSURE’

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya NURUL AIN BINTI IBRAHIM

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

_________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Disahkan oleh

___________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

NO 86, JLN BIRU 6,

TMN BKT MOR BARU, PRT JAWA,

84150 MUAR, JOHOR

PM AZIZ BIN NORDIN

Nama Penyelia

Tarikh: 15 April 2010 Tarikh: 21 April 2010

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah

memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Fizik)”

Tandangan :

Nama Penyelia: PM Aziz Bin Nordin

Tarikh : 21 April 2010

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

i

MEMBANGUNKAN WEB PORTAL PENDIDIKAN MENGGUNAKAN

MULTIPLY

BAGI TAJUK ‘FORCE AND PRESSURE’

NURUL AIN BINTI IBRAHIM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerhan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2010

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”

Tandangan :

Nama Penulis : Nurul Ain Binti Ibrahim

Tarikh : 21 April 2010

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

iii

DEDIKASI

Diabadikan untuk insan-insan tersayang

Abah dan emak tercinta

Ibrahim Bin Abdi

&

Hasimah Binti Darman

Serta adik-adikku yang dikasihi

Kasih sayang yang diberikan tidak akanku sia-siakan

PM Aziz Bin Nordin

egala tunjuk ajarmu akan ku ingati selalu

Tidak lupa juga buat teman seperjuangan

Rakan-rakan 4SPF

Semoga ALLAH sentiasa memberi rahmat-NYA

Kepada kalian semua

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T dan selawat ke atas junjungan kita Nabi

Muhammad S.A.W. Bersyukur kepada-NYA kerana memberi kesempatan untuk

menyiapkan laporan dan projek yang bertajuk “Membangunkan Web Portal

Pendidikan Menggunakan Multiply Bagi Tajuk „Force and Pressure‟.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada individu-individu yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa membangunkan Web Portal

Pendidikan ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada PM Aziz Bin Nordin

selaku penyelia kerana memberi galakan sehingga terhasilnya Web Portal Pendidikan

ini. Tidak ketinggalan juga penghargaan kepada Tuan Haji Muslim Bin Jonid kerana

membimbing dan tidak jemu memberi tunjuk ajar semasa pembangunan dijalankan.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan terutamanya daripada

4SPF kerana membantu menjayakan projek ini hingga berjaya. Begitu juga dengan

rakan-rakan PSM yang banyak membantu dan memberi dorongan semasa projek

dibangunkan. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan. Semoga ALLAH

membalas segala kebaikan kita semua.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

v

ABSTRAK

Bahan bantu mengajar (BBM) adalah sangat penting dalam pengajaran dan

pembelajaran. Dengan adanya BBM maka sesebuah pengajaran itu dapat

disampaikan dengan lebih mudah serta dapat meningkatkan kefahaman pelajar.

Sehubungan dengan itu, Web portal pendidikan menggunakan Multiply ini di

harapkan dapat membantu para guru mempelbagaikan BBM mereka serta dapat

membantu pelajar di dalam memahami konsep di dalam Fizik. Web portal

pendidikan menggunakan Multiply ini dibangunkan untuk tajuk „Force and Pressure‟

bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan 4. Segala bahan pengajaran dibangunkan dengan

menggunakan Microsoft Power Point. Selain daripada itu terdapat juga elemen-

elemen multimedia yang dimasukkan di dalam bahan pengajaran dan web portal

pengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead

GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal pendidikan yang

dibangunkan ini dilengkapi dengan beberapa modul pengajaran, penilaian, ujian,

glossary dan take5. Semua modul boleh dimuat turun di dalam Blog Entrie di dalam

Multiply. Diharapkan web portal pendidikan ini dapat membantu para guru dan

pelajar dalam mempertingkatkan lagi pengajaran serta kefahaman tentang konsep

„Force and Pressure‟.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

vi

ABSTRACT

Teaching Aids are very important in teaching and learning process. They

make teaching easy and students can understand better. Therefore, this educational

web portal using Multiply can help teachers to vary their teaching and students to

understand more about the concepts that they have learned in Physics. This

educational web portal was developed for the topic of „Force and Pressure‟ for

Physics Form 4. All the resources or lessons were built up using Microsoft Power

Point. Besides that, the lessons integrated multimedia elements which are Adobe

Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator and Wonder Share Quiz

Creator. It also contains modules, which are lessons, assessment, test, glossary and

take5. The entire module can be downloaded from the blog entries in Multiply. It is

hoped the educational web portal will help the teachers and students to improve their

teaching and conceptional understanding in Force and Pressure.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

KANDUNGAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN DEDIKASI ii

HALAMAN PENGHARGAAN iii

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI CARTA ALIR xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah Projek 5

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

viii

1.4 Objektif Projek 6

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 6

1.6 Kepentingan Pembangunan 7

1.7 Skop Projek 7

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Internet 8

1.8.2 Multiply 8

1.8.3 MOODLE 8

1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) 8

1.8.5 Pembestarian Sekolah 9

1.8.6 Sekolah Bestari 9

1.8.7 E-Pembelajaran 9

1.9 Penutup 9

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Masalah Pembelajaran Fizik 10

2.3 Komputer Dalam Pendidikan 13

2.3.1 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PPBK) 15

2.3.2 Implikasi Konsep Pembelajaran Terhadap PPBK 17

2.4 Internet Dalam Pendidikan 18

2.4.1 Portal Pendidikan 19

2.4.2 E-Learning 20

2.4.3 E-Book 21

2.5 Multiply 21

2.5.1 Ciri-ciri Multiply 22

2.5.1.1 Blog 22

2.5.1.2 Perkongsian Gambar Tanpa Had 23

2.5.1.3 Video 23

2.5.1.4 Chat 24

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

ix

2.5.1.5 Kalendar 24

2.5.1.6 Links 24

2.5.1.7 Catatan 24

2.5.2 Kelebihan Multiply 25

2.5.3 Perbandingan Blog Multiply, E-Learning dan

Blogspot 26

2.6 Model ADDIE 28

2.6.1 Analisis (Analysis) 29

2.6.2 Reka Bentuk (Design) 29

2.6.3 Pembangunan (Development) 29

2.6.4 Perlaksanaan (Implementation) 30

2.6.5 Penilaian (Evaluation) 30

2.7 Teori Pembelajaran 30

2.7.1 Teori Tingkahlaku 31

2.7.2 Teori Kognitif 33

2.7.3 Teori Konstruktivisme 33

2.8 Penutup 35

3 PROSEDUR PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 36

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran Bersistem 36

3.3 Analisis (Analysis) 37

3.3.1 Analisis Terhadap Pengguna atau

Kumpulan Sasaran 38

3.3.2 Analisis Terhadap Tajuk dan Skop Isi Pelajaran 38

3.4 Reka Bentuk (Design) 39

3.4.1 Penentuan Objektif Pelajaran 39

3.4.2 Perkakasan Pembangunan 40

3.4.3 Spesifikasi Cadangan Kepada Pengguna 40

3.4.4 Pemilihan Perisian Pembangunan 41

3.4.4.1 Adobe Photoshop CS2 41

3.4.4.2 Ulead Cool 3D Production Studio 41

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

x

3.4.4.3 Ulead Gif Animator 42

3.4.4.4 Sony Sound Forge 7.0 42

3.4.4.5 Sony Vegas 7.0 42

3.4.4.6 Windows Movie Maker 42

3.5 Pembangunan (Development) 42

3.6 Perlaksanaan (Implementation) 43

3.7 Penilaian (Evaluation) 43

3.8 Penutup 44

4 PENGGUNAAN WEB PORTAL

4.1 Pengenalan 45

4.2 Cara Menggunakan Web Portal Pendidikan 45

4.3 Persembahan Web Portal 45

4.3.1 Sign in 46

4.3.2 Main page 47

4.3.2.1 Paparan Utama 47

4.3.3 Blog Entries 48

4.3.3.1 Modul Pengajaran 46

4.3.3.2 Assessment 50

4.3.3.3 Test 50

4.3.3.4 Take5 51

5.3.3.5 Glossary 52

4.3.4 Photos 52

4.3.5 Video 53

4.3.6 Notes 54

4.3.7 Favourite link 54

4.3.8 Chat 55

4.4 Penutup 55

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 56

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

xi

5.2 Perbincangan 56

5.3 Kelemahan semasa membangunkan web Portal 58

5.4 Masalah yang dihadapi 56

5.4.1 Talian internet yang terhad 59

5.4.2 Kekurangan Kepakaram 59

5.4.3 Kekangan masa 60

5.5 Cadangan 60

5.6 Kesimpulan 61

5.7 Penutup 62

RUJUKAN 63

LAMPIRAN 68

Lampiran 1: Borang Senarai Semak / Borang Penilaian 65

Lampiran 2: Jadual Perancangan Pelaksanaan 67

Tugasan Kajian 2009/2010/1

Lampiran 3: Jadual Perancangan Pelaksanaan 68

Tugasan Kajian 2009/2010/2

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Perbandingan antara Blog

Multiply, MOODLE dan

Blogspot 26

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

xiii

SENARAI CARTA ALIR

NO. CARTA ALIR TAJUK HALAMAN

2.1 Aliran Kerja Model

ADDIE 31

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Kepentingan psikologi

pendidikan dalam PBBK 28

4.1 Sign up Multiply 40

4.2 Sign up Multiply 41

4.3 Paparan Utama 42

4.4 Modul Pengajaran 43

4.5 Lesson 43

4.6 Pop Quiz 43

4.7 Glossary 44

4.8 Assessment 44

4.9 Test 45

4.10 Crossword 45

4.11 Wordsearch 46

4.12 Glossary 46

4.13 Photo Gallery 47

4.14 Notes 48

4.15 Favourite Link 48

4.16 Chat 49

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

xv

SENARAI SINGKATAN

ICT Information Communication Technology

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

CAD Computer Aided Design

WWW World Wide Web

PPSMI Pembelajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris

ABM Alat bantu mengajar

MOODLE Modular Object Dynamic Learning

Environment

IT Information Technology

NST News Street Times

CAI Computer Aided Instruction

CAL Computer Aided Learning

PPBK Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan

Komputer

XML Extended Mark-up Language

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pengajaran di Malaysia telah banyak berubah wajah seiring dengan

kemajuan dan perkembangan teknologi. Pelbagai kaedah baru yang didedahkan

kepada guru agar pengajaran di dalam kelas menjadi lebih berkesan dan pembelajaran

murid-murid menjadi lebih bermakna. Salah satu daripadanya adalah membawa

pembaharuan daripada pengajaran konvensional kepada pengajaran berasaskan

komputer. Pembaharuan ini adalah selaras dengan seruan yang pernah di ajukan oleh

Tun Dato’ Sri Dr. Mahathir Mohamad di mana beliau ingin menjadikan Malaysia

sebagai sebuah negara yang maju pada tahun 2020 di mana Malaysia pesat

berkembang dengan menggunakan sains dan teknologi.

ICT (Information Communication Technology) adalah salah satu medium yang

telah banyak memajukan sistem pendidikan di negara ini. ICT adalah satu sistem

yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan

komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan boleh di ertikan

sebagai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses

teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran

(P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan

aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan

sumber pendidikan dan meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat

proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

2

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggariskan tiga dasar utama

ICT dalam pendidikan. Dasar yang pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar

di mana ianya mempunyai objektifnya yang tersendiri iaitu kementerian mahu semua

pelajar di nagara ini memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT. Dasar

yang ke dua adalah mengutamakan peranan dan fungsi ICT di dalam pendidikan

sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar boleh

mempelajari ICT sebagai satu mata pelajaran contohnya mata pelajaran Teknologi

Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat

STPM. ICT dalam P&P pula boleh diertikan sebagai penggunaan perisian kursus,

internet, dan aplikasi generik yang lain contohnya, perisian CAD dalam mata

pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan. Dasar yang terakhir adalah

menekankan penggunaan ICT dalam meningkatkan produktiviti, kecekapan dan

keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan

perlaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambah baikkan

proses kerja.

Pembestarian Sekolah juga adalah salah satu proses berterusan ke arah

meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada

peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan

dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga

memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi

pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan

pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi

era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus

kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT.

Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran

dalam bidang ICT. Justeru itu, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid

yang boleh mengamalkan pembelajaran pencarian kendiri (selfaccessed), terarah

kendiri (self-directed) dan terarah kendiri (self-paced). Pelaksanaan pembestarian ini

memanfaatkan kekuatannya (leverage) kepada semua inisiatif ICT yang sedia ada di

sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi

Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan

Sumber Manusia. Fokus Pembestarian Sekolah adalah untuk memastikan semua

sekolah mempunyai capaian ICT yang sama dengan menyediakan kemudahan

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

3

infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi serta menyediakan perisian dan bahan-

bahan digital yang lengkap. Selain itu, memberi latihan yang secukupnya kepada

semua guru, pentadbir dan staf sokongan supaya mereka mempunyai kemahiran

menggunakan kemudahan ICT.

Internet juga banyak membantu di dalam memperkembangkan pendidikan di

Malaysia. World Wide Web (WWW) telah menjadikan internet sebagai satu medium

yang mesra pengguna di mana penggunaannya penuh dengan unsur-unsur grafik,

animasi, teks, audio dan video yang di gabungkan di dalam laman web. Menurut Nur

Nadia (2009), keberkesanan pembelajaran berasaskan komputer yang dibangunkan

dalam bentuk web portal yang menggabungkan unsur-unsur multimedia telah

membuka mata masyarakat. Begitu juga dengan e-pembelajaran dimana ia

diperkenalkan selepas penggunaan aplikasi web portal digunakan secara meluas.

Ianya merupakan satu pembelajaran yang memudahkan pelajar mengakses bahan

serta mempelajari mengikut keperluan tanpa memerlukan keadaan yang formal.

Selepas e-pembelajaran, muncul pula satu software baru yang diperluaskan di

dalam dunia internet yang di namakan sebagai MOODLE. Ia telah dicipta oleh

Martin Dougiamas. MOODLE adalah singkatan dari Modular Object-Oriented

Dynamic Learning Environment. Ia merupakan salah satu web portal yang semakin

dikenali di mana ia merupakan satu medium pembelajaran yang dinamis dan

menggunakan model berorientasi objek. MOODLE ini semakin mendapat tempat di

merata dunia sebagai satu medium pembelajaran kerana ia lebih interaktif dan efektif.

Selain daripada web portal, e-pembelajaran dan MOODLE terdapat juga

individu-individu yang sukarela memperkembangkan pendidikan melalui blog.

Antara blog-blog yang digunakan adalah blogspot, blogger.com, yahoo blog dan

sebagainya. Blog yang dihasilkan selalunya berkaitan dengan satu bidang

pengkhususan seperti Fizik. Mereka berkongsi maklumat dengan pengguna dengan

memberi idea-idea yang boleh di guna pakai oleh pengguna di dalam pengajaran dan

pembelajaran. Blog-blog ini banyak membantu di dalam meningkatkan mutu

pendidikan serta memberi kemudahan kepada pengguna mencari sumber pengajaran

dan pembelajaran.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

4

Selain daripada blogspot, blogger.com, yahoo blog dan blog-blog yang lain,

muncul pula satu laman blog yang baru yang kini semakin popular di kalangan

pengguna internet iaitu Multiply di mana ianya diperkenalkan sekitar tahun 2004.

Multiply adalah mempunyai kelebihannya yang tersendiri di mana ianya tidak

terdapat di mana-mana blog. Multiply yang diperkenalkan ini sangat sesuai untuk

digunakan sebagai pembangunan blog pendidikan. Aplikasi-aplikasi yang terdapat di

dalam blog ini sangat sesuai digunakan di dalam bidang pendidikan. Aplikasi

Multiply ini akan dibincangkan di dalam Bab 2.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahupun

dengan kerjasama pihak swasta. Perisian kursus yang dibangunkan ini kebanyakannya

adalah untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan

kerjasama pihak swasta. Selain daripada penghasilan perisian kursus ini juga adalah

untuk kegunaan guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains

dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Walaupun telah banyak perisian kursus dibangunkan tetapi masih terdapat

kekurangan yang dihadapi oleh para pelajar di dalam menguasai pembelajaran di

dalam kelas. Menurut Kong (2009), antara salah satu sebab kegagalan para pelajar

dalam menguasai pembelajaran adalah di sebabkan oleh bahan pengajaran yang

disediakan kurang menarik minat mereka. Para pelajar selalunya akan mengambil

sikap sambil lewa dalam proses P&P dan akan melakukan kesalahan disiplin seperti

ponteng kelas.

Ab. Rahman dan Baharudin (2003) menyatakan bahawa pereka bahan

pengajaran lebih memberi tumpuan kepada elemen pembentukan bahan pengajaran

dalam bentuk multimedia sehingga lupa akan susunan penyampaian dalam bahan

pengajaran. Susunan penyampaian bahan pengajaran yang kurang efektif akan

menyebabkan para pelajar yang menggunakan perisian pembelajaran sukar untuk

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

5

menggunakan bahan pembelajaran dengan baik malah mereka akan merasa sukar

untuk menguasai penggunaan antara muka perisian dan susunan penyampaian bahan

pembelajaran dengan baik.

Perkembangan ICT dalam bidang pendidikan dapat membantu di dalam

menyelesaikan permasalahan yang wujud di dalam sistem pendidikan di negara ini.

Penggunaan internet yang meluas boleh dijadikan satu alasan untuk

memperkembangkan lagi sistem pendidikan. Walaupun sudah ada web-web portal

yang dibangunkan untuk tujuan tersebut, tetapi ia masih tidak mencukupi dari segi

sumbernya. Web-web portal yang ada sekarang hanya memaparkan soalan-soalan

peperiksaan dan nota-nota ringkas. Sumber ini tidak mencukupi bagi para guru dan

pelajar untuk dijadikan sebagai rujukan di masa hadapan.

Sehubungan dengan itu, pembangunan web portal menggunakan Multiply

dirasakan sesuai dijadikan satu medium pengajaran dan pembelajaran di negara ini.

Ciri-ciri yang terdapat di dalam Multiply ini bersesuaian untuk para guru dan pelajar

untuk mengaplikasikannya. Ia bukan sahaja menyalurkan sumber maklumat kepada

pengguna malah dapat berinteraksi sesama mereka.

1.3 Pernyataan Masalah Projek

Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dapat menyelesaikan

kegagalan penguasaan pembelajaran di dalam kelas. Bahan bantu tersebut tidak

semestinya sarat dengan pelbagai unsur multimedia tetapi cukup dengan pelbagai info

dan penyusunan teks yang menarik. Walau bagaimanapun, unsur multimedia juga

dapat membantu memberi impak dalam pengajaran agar ianya nampak lebih menarik.

Sehubungan dengan itu, penggunaan web portal menggunakan Multiply

merupakan satu jalan penyelesaian bagi mewujudkan keseronokan di dalam

pengajaran guru dan pembelajaran para pelajar. Ia bukan sahaja memberi para pelajar

ilmu tentang apa yang ingin di pelajari malah dapat meningkatkan ilmu di dalam

menguasai kemahiran berkomputer. Selain itu, pelajar juga dapat menambah

pengalaman bukan sahaja di dalam kelas malah di luar waktu sesi persekolahan di

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepengajaran ini. Antaranya adalah Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, Ulead GIF Animator dan Wonder Share Quiz Creator. Web portal

6

mana para pelajar dapat berinteraksi sesama sendiri menerusi ruang forum atau

perbualan (chatting).

1.4 Objektif Projek

Objektif utama pembangunan projek ialah:

(i) Membangunkan web portal pendidikan menggunakan Multiply bagi subjek

Fizik Tingkatan Empat bertajuk ‘Forces and Pressure’.

(ii) Mengisi web portal pendidikan yang disediakan dengan bahan pengajaran

untuk guru dan bahan sokongan pembelajaran pelajar.

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk

‘Forces and Pressure’ atau Tekanan merupakan salah satu bab yang

dimuatkan di dalam silibus mata pelajaran Fizik Tingkatan 4. Bab ini menuntut para

pelajar tingkatan empat di dalam memahami konsep tekanan di mana ianya

melibatkan konsep tekanan di dalam cecair dan tekanan atmosfera. Selain daripada

itu, tajuk ini juga melibatkan 3 prinsip yang berkaitan dengan konsep tekanan iaitu

Prinsip Bernoulli, Prinsip Pascal dan Prinsip Archimedes di mana pelajar perlu

memahaminya dan boleh mengaplikasikan 3 prinsip tersebut di dalam kehidupan

seharian.

Berdasarkan daripada pengalaman pelajar-pelajar jurusan Fizik di Fakulti

Pendidikan UTM semasa sesi latihan mengajar mereka, topik ‘Forces and Pressure’

ini merupakan salah satu topik yang mudah difahami. Akan tetapi, tajuk ini

memerlukan ABM yang sesuai untuk menerangkan konsep-konsep yang terkandung

di dalamnya. ABM yang telah sedia ada di dalam makmal Fizik di sekolah adalah

tidak mencukupi bagi menerangkan konsep dan prinsip yang terdapat di dalam tajuk