borang pengesahan status tesis - fp.utm.my alexander tek...maktab rendah sains mara muar dr m al-muz...

35
PSZ 19:16(Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENGURUSAN DISIPLIN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI SEKITAR BANDAR MUAR JOHOR SESI PENGAJIAN : 2011/2013 Saya ISIDORA ALEXANDER TEK No Matriks : MP111235 Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah SULIT keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh oraganisasi /badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN KM 10 JALAN BAKRI, Nama Penyelia 84000 MUAR, JOHOR. Tarikh : Tarikh : CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan Penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: truongminh

Post on 16-Mar-2018

240 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

1

PSZ 19:16(Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS �

JUDUL: PENGURUSAN DISIPLIN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI SEKITAR BANDAR MUAR JOHOR

SESI PENGAJIAN : 2011/2013

Saya ISIDORA ALEXANDER TEK No Matriks : MP111235 Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (� )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah SULIT keselamatan atau kepentingan Malaysia

seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh oraganisasi /badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN KM 10 JALAN BAKRI, Nama Penyelia 84000 MUAR, JOHOR. Tarikh : Tarikh :

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. � Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan Penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

2

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran”

Tandatangan : …………………………………………….

Nama Penyelia : DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN

Tarikh : …………………………………………….

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

i

PENGURUSAN DISIPLIN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI SEKITAR

BANDAR MUAR JOHOR

ISIDORA ALEXANDER TEK

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OGOS 2013

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

ii

“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tanda tangan : ..........................................

Nama Penulis : ISIDORA ALEXANDER TEK

No. Matrik : MP 111235

Tarikh : …………………………..

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

iii

DEDIKASI

Untuk kedua ibu bapa, Alexander Agi Tek dan Helen Phillip Ruby

serta Dr. Ali Al-Anbori

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

iv

PENGHARGAAN

Pertama sekali, syukur kepada Tuhan yang Mahakuasa dengan limpah kurnianya

dapatlah saya menyiapkan tesis ini dengan sempurnanya.

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan yang tulus ikhlas kepada Dr. M.

Al-Muz-zammil Yassin, penyelia tesis yang telah banyak membantu dan memberi

bimbingan yang amat bernilai sepanjang proses penyiapan tesis ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di

dalam menyumbangkan data-data yang berguna serta menjadi responden kaji selidik

bagi menjayakan tesis ini secara sukarela.

Proses penyiapan tesis ini telah mengambil banyak masa saya untuk bersama

dengan keluarga, dan rakan-rakan. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk

merakamkan setinggi terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, Alexander Agi Tek dan

Helen Phillip Ruby, dan rakan-rakan kerana kesabaran dan sokongan yang telah

diberikan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Dr. Ali Al-Anbori kerana

dorongan serta kata-kata semangat yang diberikan untuk saya menyiapkan tesis ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada rakan seperjuangan, Nor Adiny, Nor Aznizah,

Zaharah dan ‘Ayunni atas segala tunjuk ajar dan pertolongan sepanjang menyiapkan

tesis ini. Semoga tesis ini dapat memberi faedah kepada kita semua.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

v

ABSTRAK

Pengurusan disiplin sekolah merupakan salah satu skop pengurusan yang sering

menjadi tumpuan ibu bapa, media massa serta masyarakat di Malaysia Oleh itu, kajian

ini memfokuskan kepada punca masalah utama pengurusan disiplin di sekolah, peranan

ibu bapa dalam membantu pengurusan disiplin di sekolah, kriteria yang perlu dimiliki

oleh seorang guru untuk dilantik sebagai guru disiplin, pengisian atau latihan yang

diperlukan oleh guru disiplin dan peranan pihak pengurusan sekolah dalam membantu

pengurusan disiplin di sekolah. Data diperolehi melalui kaedah soal selidik dan

temubual. Data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS dan

maklumat temubual dianalisa menggunakan prosedur tematik. Hasil kajian mendapati

terdapat lapan punca utama masalah pengurusan disiplin di sekolah. Kajian juga

mengenalpasti terdapat dua belas kriteria yang perlu dimiliki oleh seorang guru sebelum

dilantik menjadi guru disiplin. Selain itu, beberapa aspek latihan juga telah dicadangkan

bagi memperkasakan peranan guru disiplin di sekolah.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

vi

ABSTRACT

Management of school discipline is one of the school management scopes, which often

becomes the focus of parents, media and society in Malaysia. Therefore, this study

focuses on the cause of problems in the management of school discipline, the role of

parents in assisting the management of school discipline, the criteria that should be

possessed before one is to be appointed as a discipline teacher, training required by the

discipline teachers, and the role of school management in assisting the management of

school discipline. The data was obtained through questionnaires and interviews. The

data obtained were analyzed using SPSS software and data from interview had been

analyzed using thematic procedure and conclusion. The study found that there were

eight causes of problems in discipline management. The findings had also identified

twelve important criteria, which a teacher should posses before been appointed as a

discipline teacher. Besides, several aspects of training had been proposed to strengthen

the roles of discipline teachers in school.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL KAJIAN i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 13

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

viii

1.4 Objektif Kajian 14

1.5 Persoalan Kajian 15

1.6 Kepentingan Kajian 15

1.6.1 Kepada Guru Disiplin Sekolah 16

1.6.2 Pihak Pengurusan Sekolah 16

1.7 Batasan Kajian 16

1.8 Definisi Operasional 17

1.8.1 Pengurusan Disiplin 17

1.8.2 Guru Disiplin 18

1.9 Penutup 18

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 19

2.2 Kepentingan Disiplin 21

2.3 Model Disiplin 23

2.4 Kajian Lepas 24

2.5 Aspek Perundangan dalam Pengurusan Disiplin 26

2.6 Peranan Pentadbiran Sekolah 27

2.7 Penutup 29

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Reka bentuk kajian 31

3.3 Populasi dan Sampel 31

3.4 Instrumen Kajian 32

3.5 Kesahan Item 34

3.5.1 Kajian Rintis 35

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

ix

3.6 Analisa Data 39

3.7 Prosedur Kajian 40

3.8 Penutup 42

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 43

4.2 Analisis Data Latar Belakang Responden 44

4.2.1 Jantina 44

4.2.2 Umur 45

4.2.3 AJK Disiplin Sekolah 45

4.2.4 Pengalaman Mengajar 46

4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian 46

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1: Apakah

Punca Utama Masalah Pengurusan Disiplin

Sekolah 47

4.3.2 Analisis Temubual Persoalan Kajian 2:

Bagaimanakah ibu bapa boleh berperanan

dalam membantu pengurusan disiplin sekolah

dalam mengurangkan masalah disiplin? 52

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3: Apakah Kriteria

Utama yang diperlukan oleh Seorang Guru

untuk Dilantik Sebagai Guru Disiplin 54

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4: Apakah Pengisian

atau bentuk latihan yang boleh dilakukan bagi

memperkasakan peranan guru disiplin di sekolah? 57

4.3.5 Analisis Temubual Persoalan Kajian 5:

Bagaimanakah sepatutnya peranan yang

dimainkan oleh pihak pengurusan dalam

menangani isu pengurusan disiplin? 62

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

x

4.4 Rumusan Analisa Data 64

4.5 Penutup 68

5 DAPATAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 70

5.2 Rumusan 70

5.2.1 Apakah Punca Utama Masalah

Pengurusan Disiplin Sekolah 71

5.2.2 Bagaimanakah ibu bapa boleh

berperanan dalam membantu pihak

pengurusan disiplin sekolah dalam

mengurangkan masalah disiplin 72

5.2.3 Apakah Kriteria Utama yang Dimiliki

oleh Seseorang Guru untuk Dilantik

sebagai Guru Disiplin 72

5.2.4 Apakah Pengisian atau Bentuk Latihan

yang Boleh Dilakukan Bagi

Memperkasakan Peranan Guru Disiplin

di Sekolah. 73

5.2.5 Bagaimanakah sepatutnya peranan yang

dimainkan oleh pihak pengurusan dalam

menangani isu pengurusan disiplin

sekolah. 74

5.3 Perbincangan 74

5.3.1 Punca Utama Masalah

Pengurusan Disiplin Sekolah 74

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

xi

5.3.2 Peranan ibu bapa boleh

dalam membantu pihak

pengurusan disiplin sekolah dalam

mengurangkan masalah disiplin 77

5.3.3 Kriteria utama yang dimiliki oleh

seseorang guru untuk dilantik sebagai

guru disiplin 77

5.3.4 Pengisian atau bentuk latihan yang boleh

dilakukan bagi memperkasakan peranan

guru disiplin disiplin. 78

5.3.5 Peranan yang sepatutnya dimainkan oleh

pihak pengurusan dalam menangani isu

pengurusan disiplin sekolah. 80

5.4 Cadangan Tindakan 82

5.4.1 Pengurusan Sekolah 82

5.4.2 Pengurusan Disiplin 83

5.4.3 Ibu Bapa 84

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 85

5.6 Penutup 86

RUJUKAN 87

LAMPIRAN 90

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKASURAT

3.1 Taburan Markah Skor Skala Lima Mata 34

3.2 Analisa pekali kebolehpercayaan Alpha

Cronbach mengikut item soal selidik bagi kajian

rintis untuk dimensi pengurusan disiplin

36

3.3 Penambahbaikan item soalan berdasarkan Alpha

Cronbach If Item Deleted.

37

3.4 Jadual Interpretasi Skor 39

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 44

4.2 Taburan Umur Responden 45

4.3 Taburan AJK Disiplin Sekolah 45

4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman

Mengajar

46

4.5 Punca Utama Masalah Pengurusan Disiplin

Sekolah

47

4.6 Kriteria Yang Dimiliki Oleh Seorang Guru

Untuk Dilantik Sebagai Guru Disiplin

54

4.7 Pengisian Kursus Yang Diperlukan Oleh Guru

Disiplin

57

4.8 Rumusan Dapatan Kajian Berdasarkan

Persoalan Kajian

65

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

xiii

SENARAI RAJAH

N0. RAJAH PERKARA MUKA SURAT Rajah 3.1 Carta Alir Prosedur dan Langkah-langkah 41 yang Terlibat dalam Kajian

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

xiv

SENARAI SINGKATAN

KPM - KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SSDM SISTEM SALAHLAKU DISIPLIN MURID

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT\

A Surat Pengesahan Status Pelajar 90

B Surat Kelulusan Khas (EPRD) 91

C Surat Kelulusan untuk menjalankan Kajian (JPN)

92

D Surat Kelulusan untuk menjalankan Kajian (PPD)

93

E Borang Soal Selidik

94

F Analisis Data Kajian Rintis

104

G Analisis Data Kajian Sebenar

109

H Jadual Analisis Tembual 128

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pengurusan disiplin merupakan salah satu cabang tugas di bawah skop

pengurusan Hal Ehwal Pelajar sekolah. Pengurusan disiplin merupakan salah satu tugas

yang mencabar kerana ianya melibatkan pihak pentadbiran sekolah, para pelajar dan

juga ibu bapa serta masyarakat di luar sekolah. Sekiranya tidak dikendalikan dengan

baik ia akan mencacatkan dan menjejaskan perjalanan dan prestasi sekolah itu sendiri.

Terdapat pelbagai pendapat dan definisi yang telah diutarakan bagi pengurusan.

Menurut Kamus Dewan, pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus yang berkaitan

dengan cara mengurus sesuatu selok-belok kerja. Dalam sesebuah organisasi

termasuklah organisasi pendidikan, pengurusan adalah sangat penting. Tanpa

pengurusan yang cekap, proses pengeluaran produk yang berkualiti tidak dapat berjalan

dengan baik dan ianya juga turut mempengaruhi pembentukan masyarakat yang

berkualiti di negara ini. Menurut Kamus Dewan, disiplin merujuk kepada latihan

pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib

(DBP, 2002:308). Di peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan-peraturan yang

dikenakan ke atas para pelajar dengan tujuan untuk mengawal tingkah laku mereka

melalui hukuman atau pemberian ganjaran.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

2

Ee (1994) pula berpendapat bahawa disiplin merujuk kepada cara berfikir yang

tersusun yang seterusnya membawa kepada sifat rasional serta keyakinan seseorang.

Oleh itu, peraturan sekolah adalah perlu bagi menguruskan disiplin pelajar termasuklah

para guru serta kakitangan sekolah. Penerapan disiplin di kalangan guru dan kakitangan

sekolah adalah perlu kerana pelajar belajar daripada apa yang mereka nampak dengan

anggapan bahawa sesuatu tindakan itu adalah betul kerana guru mereka juga melakukan

perkara yang sama. Menurut Abdullah Sani (2005), Laporan Jawatankuasa Kabinet

1979 menjelaskan disiplin bermakna kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu

dengan tertib, menghormati hak orang lain, mengamalkan tingkah laku yang baik dan

tidak mengganggu kepentingan orang lain Berdasarkan definisi yang diutarakan, secara

keseluruhannya amalan disiplin adalah perlu diterapkan di kalangan warga sekolah bagi

memastikan kelancaran pengurusan pentadbiran sekolah secara keseluruhannya.

Di sekolah, isu disiplin merupakan satu isu yang berterusan dari generasi ke

generasi. Isu yang timbul pula perlu ditangani dengan mengambil kira pendapat semua

pihak agar tindakan yang diambil tidak berat sebelah. Oleh yang demikian, untuk

memastikan keselarasan tindakan disiplin, polisi disiplin telah ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti serta tindakan yang berkait

dengan disiplin. Oleh yang demikian, pihak sekolah hendaklah menetapkan dan

menentukan apa yang diharapkan daripada pelajar dan apa yang dilarang dengan

menggariskan peraturan di sekolah masing-masing mengikut surat Pekeliling Ikhtisas

Bil.9/ 1975 Peraturan tersebut perlu dibuat dalam bentuk bertulis dan mengandungi

maksud yang jelas (Mohd Ismail, 2007).

Pada asasnya keperluan disiplin sekolah adalah untuk mewujudkan suasana yang

selamat bagi para pelajar, guru serta kakitangan sekolah. Suasana yang selamat

membolehkan sesi pembelajaran dan pengajaran dilakukan dalam keadaan yang baik

serta efektif. Oleh yang demikian, semua guru adalah merupaka guru disiplin di sekolah

kerana pemupukan amalan disiplin perlu bermula dari dalam kelas. Tambahan lagi,

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

3

disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar. Ini

kerana disiplin merupakan komponen pentung dalam sistem persekolahan yang berkait

rapat dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan akhlak. Di sekolah, disiplin menjadi

satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya proses pengajaran dan

pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Oleh yang demikian,

kewujudan disiplin bukanlah untuk menghukum semata-mata. Disiplin bertujuan untuk

membantu para pelajar untuk belajar menjadi lebih bertanggungjawab serta berfikiran

lebih matang. Ini secara tidak langsung membantu perkembangan intelek mereka.

Menurut Mohd Ismail (2006), pelajar yang mematuhi disiplin sekiranya ia membantu

mereka untuk mencapai kejayaan dan sebaliknya akan berlaku sekiranya mereka

merasakan ianya dipaksa dan bertujuan untuk menghukum mereka.

Pengurusan disiplin mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Menurut Mohd

Ismail (2006), falsafah disiplin merangkumi apa yang kita percaya sebagai betul atau

salah, buruk atau baik tentang sesuatu. Oleh yang demikian, para pelajar perlu dididik

serta diasah moralitinya agar mereka mengenali serta tahu betul atau salah sesuatu

tindakan atau perbuatan yang dilakukan. Pengetahuan ini perlu diterapkan kepada para

pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Keberkesanan

ilmu yang diajar oleh guru di dalam kelas hanyalah akan berhasil sekiranya pelajar juga

mempraktikkannya di luar kelas terutama di dalam perbuatan dan pergaulannya dengan

warga sekolah serta komuniti di luar sekolah.

Pengurusan disiplin yang baik perlu bagi memastikan keselamatan warga

sekolah terjamin dan kemalangan yang berlaku dapat dikurangkan. Selain itu,

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat berjalan dengan lancar dan teratur

dengan suasana yang selamat. Suasana pembelajaran yang tenang dan selamat

membolehkan pelajar menjadi lebih produktif. Keselamatan pelajar terjamin dengan

wujudnya sistem pengurusan yang cekap. Pembentukan disiplin di sekolah adalah sama

penting dengan penyebaran ilmu. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah

berkait rapat dengan tahap disiplin pelajar. Tambahan lagi, pelajar yang berjaya dalam

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

4

kehidupannya kebiasaannya terdiri daripada mereka yang berdisiplin. Para pelajar tidak

akan merasa tertekan sekiranya mereka faham akan perlunya peraturan sekolah. Para

guru pula perlu tahu bila mereka perlu bertolak ansur dengan pelajar serta bila tindakan

disiplin perlu diambil terhadap pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengurusan Hal Ehwal Pelajar di sekolah merupakan salah satu cabang

pengurusan sekolah yang menghadapi cabaran yang hebat terutama pada masa sekarang.

Ini kerana ia melibatkan kerja menguruskan keperluan pelajar sepanjang pelajar tersebut

berada di sekolah. Ini termasuklah menguruskan disiplin pelajar tersebut. Pembentukan

disiplin yang baik di kalangan warga sekolah adalah perlu bagi mewujudkan suasana

sekolah yang selamat dan selesa.

Pengurusan disiplin sekolah sering mendapat perhatian masyarakat apabila

timbulnya masalah disiplin di kalangan pelajar. Dalam hal ini, semua pihak menuding

jari ke arah pihak yang lain. Oleh yang demikian, jalan penyelesaian bagi masalah

disiplin seringkali menemui jalan buntu. Masalah yang timbul dalam pengurusan

disiplin pelajar boleh dilihat melalui tiga perspektif utama iaitu dari perspektif pihak

sekolah, ibu bapa dan diri pelajar sendiri. Ini kerana pembangunan intelek dan sahsiah

pelajar berhubung kait dengan sekolah, ibu bapa dan diri pelajar itu sendiri.

Pengurusan disiplin pelajar pada masa sekarang menghadapi banyak cabaran jika

dibandingkan dengan pada zaman dahulu. Suatu masa dahulu, para guru di sekolah

kurang mendapat tekanan apabila seseorang pelajar diambil tindakan disiplin kerana

kesalahan yang dilakukan. Namun, pada masa sekarang, tindakan disiplin yang diambil

oleh guru disiplin di sekolah sering dipersoalkan. Ini disebabkan ibu bapa pada masa

sekarang lebih terdedah kepada perkembangan yang berlaku terutama di dalam sistem

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

5

pendidikan kerana kebanyakan ibu bapa terdiri dari golongan intelektual. Hal seperti ini

mengganggu proses pengurusan disiplin yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Campur tangan ibu bapa dalam hal pengurusan disiplin dianggap merumitkan

lagi keadaan. Kehendak ibu bapa dituruti bagi mengelakkan hal tersebut berlanjutan

sehingga menyusahkan pihak sekolah (Mehat Ismail, komunikasi peribadi, 3 Disember

2012). Dalam hal sebegini, keputusan atau pandangan ahli jawatankuasa disiplin sering

diketepikan. Apabila seseorang pelajar dijatuhkan hukuman, ibu bapa selalunya akan

berasa tidak puas hati dan akan masuk campur dalam urusan anaknya di sekolah.

Kadang kala pihak sekolah terpaksa mengalah dan mengurangkan kadar hukuman yang

dijatuhkan.

Selain itu, kebanyakan ibu bapa gagal memahami konsep pembentukan disiplin

dan pengurusan disiplin yang sebenarnya. Menurut Ang (2011), disiplin anak-anak

adalah tanggungjawab utama ibu bapa atau penjaga. Di sekolah, pihak pengurusan

disiplin berfungsi untuk mengurus dan memperkukuhkan lagi didikan disiplin yang telah

dipupuk di rumah dengan pelaksanaan peraturan-peraturan di sekolah. Kegagalan

memahami konsep ini menyebabkan ibu bapa masih lagi menuding jari kepada pihak

sekolah sekiranya anak-anak mereka terlibat dalam salah laku disiplin. Sikap ibu bapa

campur tangan ibu bapa yang keterlaluan dalam pengurusan disiplin pelajar di sekolah

menyebabkan keruntuhan akhlak pelajar semakin menjadi- jadi. Antara kes yang

melibatkan pelajar perempuan yang dilaporkan dalam akhbar ialah seorang pelajar

berusia 17 tahun ditahan oleh pihak polis kerana dipercayai membuang bayi yang baru

dilahirkannya ke dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan, Simpat Empat,

Kangar (Utusan Malaysia, 25 Oktober 2012).

Aspek kedua yang perlu dilihat dalam pengurusan disiplin pelajar adalah diri

pelajar itu sendiri. Peraturan dan tindakan guru disiplin sering dianggap mengongkong

pelajar. Akibatnya, pihak sekolah menghadapi masalah apabila berhadapan dengan

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

6

golongan pelajar ini. Malah sepanjang tahun 2012 sahaja, terdapat beberapa kes yang

melibatkan pelajar membelasah guru di sekolah. Salah satu kes yang telah dilaporkan

dalam akhbar ialah seorang guru disiplin cedera dibelasah oleh sekumpulan 10 orang

pelajar Tingkatan 5 gara-gara menegur perbuatan para pelajar tersebut yang lambat

menyertai perhimpunan.( Berita Harian, 14 September 2012)

Dari aspek pihak sekolah, kejadian salah laku pelajar yang semakin meningkat

serta tohmahan-tohmahan yang diterima dari masyarakat menyebabkan pihak sekolah

menghadapi tekanan yang kuat. Ini kerana di mata masyarakat, sekolah merupakan

institusi pendidikan di mana para pelajar sepatutnya mendapatkan pendidikan yang

secukupnya. Oleh itu, guru sekolah dianggap bertanggungjawab dalam membentuk

sahsiah pelajar sepanjang persekolahan mereka. Dalam hal ini, unit pengurusan disiplin

sekolah sering menjadi tumpuan dan ditekan oleh pihak pengurusan sekolah bagi

menyelesaikan masalah disiplin pelajar.

Sikap lepas tangan pihak sekolah apabila berlaku pertelagahan antara guru

dengan pelajar atau ibu bapa pelajar menyebabkan guru disiplin menjalankan tugas

mereka ala kadar sahaja. Ini kerana dalam kebanyakan kes yang berlaku di sekolah,

pengetua sekolah selalunya berpihak kepada ibu bapa pelajar (Fauziah, komunikasi

peribadi, 13 Disember 2012). Dalam pengurusan disiplin pelajar di sekolah, pemimpin

sekolah juga bertanggungjawab serta memainkan peranan yang penting dalam

memastikan segala urusan berkaitan dengan disiplin pelajar berjalan dengan lancar.

Sikap pengetua sekolah yang berat sebelah menyebabkan ketidakpuasan hati guru

kerana tindakan tersebut dianggap tidak adil. Ianya seolah-olah menjatuhkan air

mukanya kerana tindakan tersebut menggugat kewibawaannya sebagai seorang guru di

depan para pelajar sekolah. Emosi guru akan tercabar dan hal ini akan menyebabkan

cikgu tersebut hilang kawalan diri dan bertindak mengikut perasaan.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

7

Apabila timbulnya masalah antara ibu bapa dan guru disiplin, selalunya pihak

jabatan akan menyalahkan cikgu-cikgu yang terlibat (Mehat Ismail, komunikasi

peribadi, 3 Disember 2012). Pihak pengurusan sekolah kadangkala tidak memberi

sokongan yang sepatutnya kepada Jawatankuasa Disiplin Sekolah terutamanya kepada

guru disiplin. Kelantangan ibu bapa dalam menegakkan hak anak-anak mereka

sehingga sanggup ke mahkamah menyebabkan pihak sekolah terpaksa mengalah kerana

tidak mahu merumitkan lagi keadaan. Berdasarkan temubual yang dijalankan, guru

berkenaan berpendapat bahawa guru disiplin pada masa sekarang tidak mendapat

sokongan sepenuhnya daripada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan

Kementerian Pelajaran sendiri. Ini kerana semua pihak selalunya mahu lepas tangan

apabila berlakunya kes-kes besar antara guru dengan pelajar atau ibu bapa.

Menurut Mohd Ismail (2006), berdasarkan pengalaman beliau sendiri melawat

ke beberapa buah sekolah untuk tujuan pencerapan praktikum di Pulau Pinang dan

Kedah sejak tahun 1994 hingga 2004, beliau mendapati bahawa tidak ada sebuah

sekolah pun yang menyimpan Surat Pekeliling Ikhtisas, Kementerian Pelajaran yang

lengkap dari tahun 1960-an hingga tahun 2000. Selain itu, terdapat juga pengetua atau

guru besar yang tidak mengambil tahu tentang pekeliling yang diedarkan ke sekolah.

Hal ini memberi kesan yang tidak baik kepada pengurusan disiplin sekolah kerana

pekeliling yang diedarkan adalah perlu bagi memastikan jawatankuasa disiplin sekolah

menjalankan tugas di dalam parameter yang telah ditetapkan oleh Kementerian

Pelajaran.

Selain itu, kurangnya pemantauan dari pihak atasan seperti pihak Pejabat

Pendidikan Daerah (PPD) menjadi salah satu faktor kelalaian pihak pengurusan sekolah

dalam menguruskan disiplin pelajar. Oleh itu, segala maklumat penting tidak

direkodkan secara teliti dan informasi tidak disebarkan kepada warga sekolah. Menurut

laporan Utusan Malaysia, penerangan mengenai peraturan sekolah tidak disebarkan

secara terperinci kepada pelajar-pelajar sekolah. Ianya hanyalah disampaikan melalui

buku panduan sekolah dan sewaktu perhimpunan sahaja (Mohd Ismail 2006). Perkara

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

8

seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengurusan disiplin tidak boleh dianggap

sebagai sesuatu yang boleh dipandang ringan. Kegagalan pihak pengurusan sekolah

untuk menyelami dan memahami arahan serta peraturan yang dinyatakan di dalam

pekeliling akan menyebabkan kegagalan Jawatankuasa Disiplin Sekolah untuk berfungsi

dengan baik dalam menangani masalah disiplin.

Di kebanyakan sekolah, pelajar sentiasa mensasarkan guru disiplin untuk

‘membalas dendam’ atas tindakan yang diambil. Guru disiplin kebiasaannya merupakan

guru yang paling tidak disukai oleh para pelajar. Menurut Ang (2011), ini adalah kerana

guru disiplin bertanggungjawab dalam membantu guru besar atau pengetua merancang

menyelaraskan dan melaksanakan aktiviti atau perihal yang berkaitan dengan disiplin

pelajar Pada pandangan pelajar, guru disiplin mengambil tindakan yang tidak adil dan

menyusahkan mereka.

Kekurangan guru lelaki di kebanyakan sekolah seluruh negara didakwa menjadi

faktor utama peningkatan masalah disiplin (Berita Harian, 5 April 2010). Kadar

bilangan guru perempuan yang lebih ramai daripada guru lelaki juga menjadi salah satu

isu dalam pengurusan disiplin sekolah. Guru perempuan yang dilantik menjadi guru

disiplin pula tidak berani untuk bertindak lebih daripada sekadar memberi nasihat kerana

takut akan tindak balas para pelajar yang seringkali di luar jangkaan.

Kekurangan guru disiplin yang berwibawa dalam pengurusan disiplin sekolah

juga merupakan salah satu faktor yang menjadi kekangan dalam usaha mengawal

tingkah laku pelajar. Kebanyakan guru disiplin tidak mendapat latihan atau kursus yang

sepatutnya dijalaninya apabila menjadi seorang guru disiplin. Penerangan yang tidak

jelas dan kurangnya pemahaman terhadap pekeliling yang berkaitan dengan disiplin

menyebabkan para guru seolah-olah tidak mempunyai petunjuk dalam menjalani tugas

mereka di sekolah. Pendedahan tentang selok belok pengurusan disiplin yang betul dan

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

9

sistematik juga menyebabkan guru disiplin yang baru dilantik selalunya menjalankan

tugas mereka mengikut pemahaman serta pengalaman sendiri tentang disiplin.

Tambahan lagi, pihak pengurusan disiplin sekolah tidak mendapat kerjasama

yang sepatutnya daripada para guru dalam mengawal disiplin pelajar ketika berada di

dalam kelas menimbulkan masalah. Kebanyakan guru di sekolah lebih suka melakukan

tugas seperti yang telah diamanahkan kepada mereka. Ada antaranya tidak mengambil

peduli masalah disiplin di dalam kelas sendiri (Mehat Ismail, komunikasi peribadi, 3

Disember 2012). Ini kerana mereka tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku

kepada diri mereka di luar kawasan sekolah. Hal seperti ini yang banyak menimbulkan

kebimbangan para guru terutama guru wanita.

Berikutan dengan hal seperti ini, tidak ramai guru yang sanggup memikul

tanggungjawab sebagai guru disiplin. Jumlah guru disiplin yang sedikit tidak cukup

untuk mengawal bilangan pelajar yang ramai di dalam sesebuah sekolah. Keengganan

guru lain untuk bekerjasama untuk mengurangkan kes disiplin juga menyebabkan guru-

guru disiplin terbeban. Menurut Ang (2011), guru dikatakan memainkan peranan yang

penting dalam mendisiplinkan murid. Ini kerana kebanyakkan masa para pelajar

dihabiskan di sekolah bersama-sama dengan para guru. Masalah disiplin akan timbul

sekiranya guru enggan memberi kerjasama dalam membentuk disiplin pelajar.

Justeru itu, Kementerian Pendidikan menekankan bahawa pemantapan

pengurusan disiplin perlu dilakukan bagi membendung gejala sosial di kalangan pelajar

(KPM, 2001). Semua guru perlu mengambil tanggungjawab bersama dalam

menentukan disiplin sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan terkawal.

Namun begitu, arahan yang diberikan seolah-olah tidak dihiraukan oleh kebanyakan

sekolah.

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

10

Satu lagi isu yang diperkatakan dalam pengurusan disiplin adalah kegagalan

jawatankuasa disiplin sekolah untuk menyediakan atau mengadakan pemantauan serta

pemeriksaan berkala terhadap para pelajar juga. Tiada pemantauan atau pemeriksaan

yang sepatutnya oleh jawatankuasa disiplin sekolah terhadap para pelajar menyebabkan

mereka bebas membawa barangan yang dilarang serta berbahaya seperti rokok, cota dan

pisau ke sekolah. Akibatnya, berlakulah kejadian salah laku yang tidak diingini di

sekolah. Contohnya, seorang pelajar sekolah agama swasta di Alor Setar, Kedah telah

dipukul dengan cota oleh seorang pelajar lain setelah dituduh mengganggu teman

wanitanya. Selain pelajar yang terlibat, pihak sekolah juga bertanggungjawab dalam kes

ini kerana gagal melakukan pemantauan atau pemeriksaan yang sepatutnya terhadap

para pelajar (Utusan Malaysia 11 Oktober 2012). Hal ini sekali lagi menunjukkan

kepincangan yang berlaku dalam sistem pengurusan disiplin sekolah.

Isu rotan telah dibahaskan berulang kali kerana majoriti ibu bapa tidak bersetuju

dengan penggunaan rotan untuk menghukum pelajar sekolah. Hukuman rotan dianggap

tidak relevan lagi pada masa sekarang. Sehubungan dengan itu, guru tidak dibenarkan

merotan pelajar. Hanya guru besar sahaja dibenarkan merotan pelajar dan hanya guru

yang mendapat kuasa dari guru besar sahaja yang layan menjalankan hukuman tersebut.

Selain itu, hukuman rotan di khayalak ramai juga adalah tidak dibenarkan.(KPM, 2003)

Memandangkan hukuman rotan dianggap tidak relevan lagi pada masa sekarang,

terdapat pelbagai inisiatif telah dilakukan bagi membantu pihak pengurusan disiplin

sekolah untuk mengurangkan kadar masalah disiplin di sekolah. Menurut Pakar

Perlindungan Kanak-Kanak (Unicef Malaysia), Phenny Kakama menyatakan “corporal

punishment” perlu ditukar kepada “positive discipline” di mana ini akan membantu

anak-anak untuk belajar mengawal diri, mempunyai keyakinan diri serta rasa hormat

terhadap orang lain melalui pendidikan yang berterusan dengan cara yang bukan

melibatkan kekerasan (New Strait Times, 3 June 2012). Walaubagaimanapun, larangan

untuk menjatuhkan hukuman yang berat ke atas pelajar seolah-olah membuka jalan yang

lebih luas kepada para pelajar untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini kerana mereka

tahu bahawa tindakan yang akan diambil ke atas mereka adalah ringan sekiranya mereka

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

11

ditangkap. Ini merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh pihak pengurusan

disiplin.

Salah satu sistem yang diperkenalkan di sekolah bagi mengurangkan kadar kes

disiplin sekolah adalah sistem merit-demerit. Pelajar akan diberikan sejumlah poin pada

awal tahun dan dikehendaki menjaga poin tersebut. Sekiranya mereka melakukan

kesalahan, poin mereka akan ditolak (demerit) dan merit akan diberikan sekiranya

mereka melakukan aktiviti yang berfaedah atau menyumbang bakti kepada sekolah.

Secara amnya pengenalan sistem ini di sekolah mempunyai kebaikan dan rasionalnya.

Sistem ini membolehkan para guru untuk melihat disiplin pelajar walaupun ianya tidak

akan memberi gambaran yang tepat tentang personaliti seseorang pelajar itu. Selain itu,

ianya membantu pihak sekolah untuk mengenalpasti pelajar yang memerlukan

bimbingan kaunseling atau motivasi. Sistem ini adalah merupakan salah satu langkah

untuk menerapkan “positive discipline” di kalangan pelajar. Selain itu, sistem ini juga

merupakan salah satu langkah untuk melibatkan semua guru secara langsung atau tidak

langsung dengan pengurusan disiplin sekolah. Namun, sistem ini tidak menunjukkan

keberkesanannya kerana pelaksanaannya yang tidak selaras di semua sekolah. Para

pelajar pula terutama yang sememangnya mempunyai masalah disiplin tidak

menghiraukan merit-demerit yang diperolehi. Selain itu, guru seringkali terlepas

pandang akan kesalahan yang dilakukan oleh para pelajar kerana senarai kesalahan yang

diberikan adalah sangat panjang dan peraturan tersebut dianggap peraturan yang tegar

oleh semua pihak.

Tidak lama dahulu Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) telah

diperkenalkan. Sistem ini berlandaskan konsep sistem merit-demerit yang

diperkenalkan sebelum ini. Segala maklumat kesalahan para pelajar direkodkan secara

online dan maklumat tersebut boleh diakses oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri. Para

pelajar diberikan taklimat berkenaan dengan sistem ini serta kesan positif dan negatif

sistem ini terhadap profil pelajar sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan

sekolah. Sistem ini diwujudkan bagi memudahkan pengurusan disiplin di sekolah-

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

12

sekolah. Inisiatif –inisiatif seperti ini menunjukkan kesungguhan pihak Kementerian

Pelajaran untuk membendung gejala salah laku pelajar ini.

Bagi pelajar yang bermasalah, sesi kaunseling merupakan sebahagian daripada

hukuman yang dijatuhkan kepada pelajar tersebut. Oleh yang demikian, kebanyakannya

menghadiri sesi kaunseling hanyalah untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Pengurusan disiplin sekolah secara langsung bekerjasama dengan unit kaunseling

sekolah dalam menangani masalah disiplin di sekolah. Pembimbing Rakan Sebaya

diwujudkan bagi membantu guru kaunseling untuk mendekati pelajar-pelajar yang

mempunyai masalah. Namun begitu, usaha yang dilakukan ini kurang berkesan

terutamanya kepada pelajar yang mempunyai masalah disiplin yang kritikal.

Menurut Mohd Ismail Othman (2006), pada masa sekarang, setiap sekolah

berlumba-lumba menaikkan imej sekolah dan oleh itu terdapat kesalahan-kesalahan

disiplin yang tidak dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian Pelajaran.

Ini kerana demi menjaga imej sekolah. Keghairahan pihak pengurusan sekolah dalam

mengejar kejayaaan dalam bidang akademik juga menyebabkan aspek disiplin pelajar

kurang mendapat perhatian yang sewajarnya. Tindakan pengurusan disiplin sekolah

seringkali diketepikan dan tidak diendahkan. Malahan guru juga diberi peringatan agar

tidak membesar-besarkan isu yang boleh menjejaskan sekolah.

Secara keseluruhannya, kegagalan pihak pengurusan sekolah dalam mengurus

disiplin pelajar dengan baik akan mendatangkan kesan yang negatif kepada seluruh

warga sekolah. Keperluan dan permasalahan yang dihadapi oleh Jawatankuasa Disiplin

terutama guru disiplin sekiranya tidak mendapat perhatian dari pihak pengurusan

sekolah akan menyebabkan guru disiplin menjadi tertekan dan tidak menjalankan tugas

dengan baik. Ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada pembangunan akhlak dan

sahsiah pelajar. Oleh yang demikian, perkara seperti ini tidak boleh diambil ringan dan

ianya perlu ditangani dengan cara yang sebaik mungkin.

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

13

1.3 Penyataan Masalah

Pengurusan disiplin sekolah yang efektif adalah perlu bagi melahirkan sekolah

berkesan. Berdasarkan latar belakang masalah kajian ini, didapati terdapat banyak

kepincangan dari segi pengurusan disiplin di kebanyakan sekolah di negara ini.

Kerjasama pihak pengurusan sekolah dan para guru dalam menguruskan disiplin para

pelajar di sekolah juga menjadi salah satu isu yang dikaitkan dengan kegagalan

membentuk akhlak pelajar seperti yang dinyatakan di dalam Falsafah Pendidikan

Negara.

Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan bagi mengkaji masalah disiplin

pelajar di sekolah. Kebanyakan kajian yang dijalankan memfokuskan kepada

pengurusan sekolah, persepsi pelajar terhadap guru dan juga persepsi guru secara

umumnya terhadap tahap disiplin pelajar di sesebuah sekolah. Namun tidak banyak

kajian yang dilakukan yang menjurus kepada permasalahan yang dihadapi guru disiplin

dalam pengurusan disiplin sekolah.

Contohnya, kajian Md Sa’don (2007) berkenaan dengan pengetahuan, kemahiran

dan sikap guru disiplin dalam menjalankan tugas di sekolah rendah. Hasil kajian

tersebut menyatakan responden mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam

menguruskan perihal disiplin di sekolah. Dari 65 orang responden yang dipilih, tidak

ada seorang guru yang memegang jawatan sebagai guru disiplin. Pengalaman serta

pendapat guru disiplin sendiri tidak dikemukakan.

Selain itu, kajian lain yang dilakukan oleh Hassan dan Siti Zuhaida (2008)

tentang pengurusan disiplin dilakukan di sebuah sekolah swasta. Berdasarkan hasil

kajian tersebut, didapati tahap pengurusan disiplin sekolah tersebut adalah tinggi. Ini

berkemungkinan populasi pelajar di sekolah tersebut adalah kecil dan kawalan disiplin

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

14

pelajar adalah lebih mudah. Responden pula terdiri daripada guru di sekolah tersebut

seramai 49 orang.

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan, penyelidik berminat untuk

mengkaji persepsi guru disiplin tentang permasalahan yang dihadapi dalam pengurusan

disiplin sekolah. Kajian ini adalah penting bagi memahami dilemma dan kekangan yang

dihadapi oleh guru disiplin di sekolah pada masa sekarang.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini dijalankan bagi melihat punca masalah pengurusan

disiplin dan peranan ibu bapa dalah membantu pihak pengurusan disiplin sekolah bagi

mengurangkan masalah disiplin serta peranan pihak pengurusan dalam membantu

pengurusan disiplin di sekolah. Selain itu, kajian ini juga melihat kriteria yang

diperlukan oleh seseorang guru untuk dilantik sebagai guru disiplin serta pengisian atau

latihan yang diperlukan oleh guru disiplin.

Secara khususnya, objektif kajian ini ialah:

1. Mengenalpasti punca utama masalah pengurusan disiplin di sekolah.

2. Mengenalpasti peranan ibu bapa dalam membantu pihak pengurusan disiplin

sekolah mengurangkan masalah disiplin.

3. Mengenalpasti kriteria-kriteria utama yang dimiliki oleh guru untuk dilantik

sebagai guru disiplin sekolah.

4. Mengenalpasti bentuk pengisian atau latihan yang boleh dilakukan bagi

memperkasakan peranan guru disiplin di sekolah.

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

15

5. Mengenalpasti peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pihak pengurusan

sekolah dalam menangani isu pengurusan disiplin sekolah

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif-objektif kajian di atas, maka persoalan-persoalan kajian

seperti berikut diutarakan;

1. Apakah punca utama masalah pengurusan disiplin sekolah?

2. Bagaimanakah ibu bapa boleh berperanan dalam membantu pihak pengurusan

disiplin sekolah dalam mengurangkan masalah disiplin?

3. Apakah kriteria utama yang dimiliki oleh seseorang guru untuk dilantik

sebagai guru disiplin?

4. Apakah pengisian atau bentuk latihan yang boleh dilakukan bagi

memperkasakan peranan guru disiplin di sekolah?

5. Bagaimanakah sepatutnya peranan yang dimainkan oleh pihak pengurusan

dalam menangani isu pengurusan disiplin sekolah?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah penting bukan sahaja bagi guru disiplin, malahan kajian ini

penting bagi pentadbir dan pihak sekolah. Ini kerana kajian ini boleh dijadikan panduan

bagi penambahbaikan sistem pengurusan disiplin sekolah terutama kepada;

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

16

1.6.1 Guru Disiplin Sekolah

Melalui kajian ini, guru disiplin dapat menilai kelebihan dan kelemahan diri

sendiri ketika menjalankan tugas. Selain itu, kajian ini juga akan membantu guru

disiplin untuk memahami dengan lebih mendalam tanggungjawab serta etika kerja yang

perlu dipatuhi ketika menjalankan tugas di sekolah. Pemahaman terhadap masalah

disiplin yang berlaku di sekolah juga penting supaya guru boleh memikirkan tindakan

yang sewajarnya diambil tanpa melanggar saranan Kementerian Pelajaran.

1.6.2 Pihak Pengurusan Sekolah

Melalui kajian ini, pihak sekolah akan dapat mengetahui permasalahan yang

dihadapi oleh guru disiplin dalam menjalankan tugas seharian. Dengan ini, pihak

sekolah boleh memahami situasi yang dihadapi dan bekerjasama dengan guru disiplin

dengan memberi sokongan yang sewajarnya dalam menangani masalah disiplin di

kalangan pelajar di sekolah.

1.7 Batasan Kajian

Semasa menjalankan kajian ini, terdapat beberapa batasan kajian yang akan

dihadapi oleh penyelidik. Antaranya ialah kekangan dari segi masa, kos dan juga

kaedah yang digunapakai. Hal ini akan memberi kesan kepada kajian yang dilakukan.

Batasan tersebut adalah seperti berikut:

Page 34: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

17

i. Kajian ini akan dijalankan dengan menggunakan kajian soal selidik.

Oleh itu, segala maklumat adalah berdasarkan maklum balas melalui soal

selidik. Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung kepada

kesungguhan dan kejujuran responden menjawab item-item di dalam soal

selidik.

ii. Dari segi populasi, kajian ini akan dijalankan di sekolah-sekolah

menengah di sekitar bandar Muar. Memandangkan penyelidik

mengalami kekangan dari segi masa, hanya beberapa sekolah menengah

akan dipilih bagi kajian ini. Oleh itu, hasil kajian ini berkemungkinan

tidak akan mewakili keseluruhan sekolah menengah di bandar Muar.

1.8 Definisi Operasional

Definisi operasional merujuk kepada istilah-istilah, penyataan atau konsep yang

digunakan mengikut skop kajian ini. Berikut merupakan beberapa istilah dan penyataan

yang digunakan.

1.8.1 Pengurusan Disiplin

Menurut Kamus Dewan (2002), pengurusan bermaksud perihal mengurus yang

berkaitan dengan cara mengurus sesuatu selok belok kerja. Manakala disiplin pula

merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan

patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan dan hukuman atau denda kerana

melanggar peraturan yang ditetapkan. Selain itu, Kamus Oxford (2002), disiplin

didefinisikan sebagai; “the practice of training people to obey or a code of behavior,

using punishment to correct disobedience.”

Page 35: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Alexander Tek...MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR DR M AL-MUZ ... pengurusan bermaksud perihal kerja mengurus ... pemikiran dan kelakuan supaya

18

Menurut Ang (2011), bagi memastikan sesuatu masyarakat berfungsi dengan

baik, satu jaringan sistem-sistem dan peraturan adalah perlu untuk mengawal aktiviti

yang berlangsung. Dalam kajian ini, konteks pengurusan disiplin boleh dilihat sebagai

cara atau proses pengendalian sistem-sistem dan set peraturan yang telah ditetapkan bagi

memastikan ianya dipatuhi dan memberi kesan yang positif kepada para pelajar. Bagi

kajian ini, pengurusan disiplin merujuk kepada perkara yang melibatkan mengurus

peraturan sekolah, pengetahuan serta tingkah laku pelajar.

1.8.2 Guru Disiplin

Guru disiplin adalah merupakan guru yang dipertanggungjawabkan untuk

menentukan disiplin sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal. (KPM,

2001) Dalam kajian ini, guru disiplin merujuk kepada guru yang dilantik menjadi Ahli

Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

1.9 Penutup

Dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan serba sedikit tentang latar belakang

masalah, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian dan

definisi operasional. Pemahaman tentang konsep disiplin, peraturan yang sedia ada

adalah perlu bagi pihak pengurusan sekolah terutama para guru. Peranan guru disiplin

perlu diambil serius dalam menangani masalah disiplin pelajar.