borang penambahbaikkan

2
SILA ISI RUANGAN BERIKUT DENGAN JUJUR. MASALAH YANG BERLAKU (SEMASA KOT) Secara keseluruhannya, AJK Pengacaraan tidak mempunyai masalah untuk mengendalikan pengacaraan semasa kejohanan berlangsung dan ketika Majlis Perasmian Pembukaan. Hal ini kerana, terdapat beberapa sesi rehearsal telah dijalankan. Namun yang demikian, terdapat beberapa masalah yang dihadapi ketika Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan 2014.Pertama sekali, terdapat beberapa gangguan yang dihadapi oleh pengacara majlis daripada AJK Hadiah terutama sekali ketika penyampaian hadiah dijalankan.Selain itu, konsentrasi kedua-dua pengacara majlis juga terganggu kerana terdapat campur tangan beberapa orang pensyarah ketika majlis berlangsung. Pengacara majlis juga tidak mendapat informasi yang kukuh mengenai VIP yang akan memberikan ucapan perasmian penutupan daripada AJK Protokol menyebabkan terdapat salah faham yang berlaku di antara MC dengan pensyarah yang bertugas ketika Majlis Perasmian Penutupan. Tambahan pula, terdapat sedikit masalah teknikal yang berlaku di pihak AJK Siaraya. Mikrofon yang digunakan menyebabkan suara MC tidak jelas dan kami terpaksa menggunakan seluruh kudrat yang ada untuk melontarkan suara walaupun kami sebenarnya telah kepenatan dari pagi dan tekak kami agak sakit setelah menggunakan suara selama 4 hari berturut-turut untuk mengacarakan kejohanan. Namun yang demikian, kami memperoleh banyak pengalaman yang berharga sepanjang Kejohanan Olahraga Tahunan dijalankan. Pengalaman ini akan dipraktikkan pada masa akan hadapan. PENAMBAHBAIKAN YANG PERLU DILAKUKAN Terdapat beberapa penambahbaikan yang akan dijalankan setelah kami menganalisa masalah yang dihadapi sepanjang kejohanan.berlangsung. Pertama sekali, dalam apa-apa juga keadaan sekalipun, sebagai MC kami harus sentiasa bertenang walaupun mendapat tekanan dari pelbagai pihak. Selain itu, sebelum majlis bermula, kami seharusnya berbincang dengan AJK Hadiah mengenai senarai pemenang yang akan mendapat hadiah agar tidak berlaku sebarang masalah sepanjang majlis dijalankan .Kami juga seharusnya mengingatkan AJK Protokol untuk memastikan kesahihan informasi yang diterima mengenai

Upload: dexter-adam

Post on 29-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tambah

TRANSCRIPT

Page 1: borang penambahbaikkan

SILA ISI RUANGAN BERIKUT DENGAN JUJUR.

MASALAH YANG BERLAKU (SEMASA KOT)

Secara keseluruhannya, AJK Pengacaraan tidak mempunyai masalah untuk mengendalikan pengacaraan semasa kejohanan berlangsung dan ketika Majlis Perasmian Pembukaan. Hal ini kerana, terdapat beberapa sesi rehearsal telah dijalankan. Namun yang demikian, terdapat beberapa masalah yang dihadapi ketika Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan 2014.Pertama sekali, terdapat beberapa gangguan yang dihadapi oleh pengacara majlis daripada AJK Hadiah terutama sekali ketika penyampaian hadiah dijalankan.Selain itu, konsentrasi kedua-dua pengacara majlis juga terganggu kerana terdapat campur tangan beberapa orang pensyarah ketika majlis berlangsung. Pengacara majlis juga tidak mendapat informasi yang kukuh mengenai VIP yang akan memberikan ucapan perasmian penutupan daripada AJK Protokol menyebabkan terdapat salah faham yang berlaku di antara MC dengan pensyarah yang bertugas ketika Majlis Perasmian Penutupan. Tambahan pula, terdapat sedikit masalah teknikal yang berlaku di pihak AJK Siaraya. Mikrofon yang digunakan menyebabkan suara MC tidak jelas dan kami terpaksa menggunakan seluruh kudrat yang ada untuk melontarkan suara walaupun kami sebenarnya telah kepenatan dari pagi dan tekak kami agak sakit setelah menggunakan suara selama 4 hari berturut-turut untuk mengacarakan kejohanan. Namun yang demikian, kami memperoleh banyak pengalaman yang berharga sepanjang Kejohanan Olahraga Tahunan dijalankan. Pengalaman ini akan dipraktikkan pada masa akan hadapan.

PENAMBAHBAIKAN YANG PERLU DILAKUKAN

Terdapat beberapa penambahbaikan yang akan dijalankan setelah kami menganalisa masalah yang dihadapi sepanjang kejohanan.berlangsung. Pertama sekali, dalam apa-apa juga keadaan sekalipun, sebagai MC kami harus sentiasa bertenang walaupun mendapat tekanan dari pelbagai pihak. Selain itu, sebelum majlis bermula, kami seharusnya berbincang dengan AJK Hadiah mengenai senarai pemenang yang akan mendapat hadiah agar tidak berlaku sebarang masalah sepanjang majlis dijalankan .Kami juga seharusnya mengingatkan AJK Protokol untuk memastikan kesahihan informasi yang diterima mengenai VIP yang akan memberikan ucapan. Sebagai MC, kami juga seharusnya memastikan kami mendapat rehat dan mempunyai bekalan air yang secukupnya sepanjang kejohanan kerana kami merupakan salah satu AJK yang sangat penting sepanjang kejohanan berlangsung.

IKHLAS DARI :

Nur Aina binti Gahamat

AJK Pengacaraan Majlis