borang peertandingan karya kreatif islam

5

Click here to load reader

Upload: ipg-kampus-bahasa-melayu

Post on 10-Jul-2015

54 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Borang peertandingan karya kreatif islam

1

SYARAT PERTANDINGAN SAYEMBARA PENULISAN KREATIF

(CERPEN BERUNSUR ISLAM)

PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1436 H

A. PENDAHULUAN

Syarat pertandingan ini digubal bagi memberikan panduan kepada para peserta

Sayembara Penulisan Kreatif (Cerpen Berunsur Islam) Peringkat Kebangsaan

sempena Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 1436 H.

Ia dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Tema sayembara pada kali ini

adalah Cerpen Berunsur Islam. Tema sayembara akan berubah setiap tahun. Sila

baca syarat pertandingan dengan teliti.

DEFINISI CERPEN BERUNSUR ISLAM

Karya sastera berunsur Islam ditakrifkan sebagai: 1.1 Karya yang menampilkan segala keperihalan ideal dan realiti manusia yang

menggalakkan kesedaran tentang fungsinya sebagai hamba dan khalifah Allah.

1.2 Unsur-unsur penceritaan atau plot hendaklah menampilkan aspek simplisiti

dan kompleksiti serta menerima unsur-unsur kebetulan dan ketentuan Allah selaras dengan pandangan dunia Islam.

1.3 Karya yang menonjolkan nilai-nilai murni, mulia dan aspek-aspek makruf.

Sebaik-baiknya, elemen keburukan, kehinaan dan aspek mungkar tidak wajar ditonjolkan, malah wajar dibanteras dan dielakkan.

1.4 Karya hendaklah mempertahankan unsur estetika seni dan kebenaran. 1.5 Karya yang dihantar mestilah mengangkat nilai-nilai kesucian Islam,

memaparkan konsep hubungan manusia dengan Allah serta pelbagai persoalan yang dapat membawa khalayak memahami dan menghayati unsur keislaman dengan lebih baik.

1.6 Karya hendaklah disampaikan dalam gaya bahasa yang hidup dan bernas,

baik yang tersurat mahupun yang tersirat.

Page 2: Borang peertandingan karya kreatif islam

2

B. SYARAT PERTANDINGAN

1.0 Syarat Am Pertandingan

1.1 Pertandingan ini terbuka kepada :

1.1.1 Kategori 1: Pelajar sekolah menengah sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.1.2 Kategori 2: Mahasiswa institusi pengajian tinggi awam

Kementerian Pendidikan Malaysia (Universiti awam/Institut

Pendidikan Guru/Matrikulasi/Politeknik/Kolej Komuniti

Malaysia (KKM)) yang berumur kurang daripada 25 tahun

pada 30 Jun 2014.

1.2 Karya hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.

1.3 Karya hendaklah sesuai untuk bacaan umum.

1.4 Karya yang dihasilkan mestilah karya ASLI penulis. Sebarang karya

plagiat, terjemahan, atau karya yang pernah disiarkan di mana-mana

penerbitan cetak atau digital terbatal secara AUTOMATIK.

1.5 Karya tidak boleh menyentuh sensitiviti, subversif dan negatif mana-

mana pihak.

1.6 Setiap peserta boleh menghantar sekurang-kurangnya sebuah cerpen

tetapi tidak lebih daripada tiga.

1.7 Sekiranya selepas keputusan diumumkan, urusetia mendapati peserta

melanggar syarat pada 1.4 , urusetia berhak menarik kembali hadiah

pertandingan dan membatalkan kemenangannya.

1.8 Karya yang dihantar hendaklah mendapat pengesahan daripada

Pengetua sekolah/ ketua jabatan institusi.

1.9 Para peserta perlu mengisi borang penyertaan dan pengakuan

keaslian karya yang dilampirkan. Ia perlu dihantar bersama dengan

karya.

1.10 Keputusan panel juri adalah muktamad.

2.0 Syarat Khas Pertandingan

2.1 Setiap cerpen mestilah menerapkan elemen yang mengandungi

hubungkait dengan ilmu-ilmu Islam.

Page 3: Borang peertandingan karya kreatif islam

3

2.2 Sekiranya karya tersebut mengandungi perbincangan ilmu-ilmu Islam,

karya itu perlu bersandarkan kepada rujukan muktabar berdasarkan

pegangan ahli sunnah wal jama’ah.

2.3 Panjang cerpen adalah di antara :

Kategori 1: 1500-2000 patah perkataan

Kategori 2: 2000-2500 patah perkataan

Karya perlu bertaip bersih pada sebelah muka surat A4 dengan jarak

langkau dua baris dan menggunakan saiz 12 jenis Arial.

2.4 Sila catatkan bilangan patah perkataan pada akhir karya.

C. INSENTIF

1.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang :

Kategori 1: Pelajar sekolah menengah sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Hadiah utama:

Tempat Pertama : RM 600.00

Tempat Kedua : RM 500.00

Tempat ketiga : RM 400.00

Penghargaan : 7 orang pemenang (RM 200.00)

Hadiah iringan: Plak, sijil penyertaan dan buku.

Kategori 2: Mahasiswa institusi pengajian tinggi awam Kementerian Pendidikan

Malaysia

Hadiah utama:

Tempat Pertama : RM 800.00

Tempat Kedua : RM 700.00

Tempat ketiga : RM 600.00

Penghargaan : 7 orang pemenang (RM 200.00)

Hadiah iringan: Plak, sijil penyertaan dan buku.

1.2 Setiap penyertaan yang menepati syarat penyertaan akan mendapat sijil.

1.3 Hadiah akan disampaikan pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436 H

Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 4: Borang peertandingan karya kreatif islam

4

D. PENGHANTARAN KARYA

1.0 Karya perlu dihantar dalam dua bentuk:

1.1 .1 Salinan keras (hard copy) diposkan kepada :

Urus setia Sayembara Penulisan Kreatif (Cerpen Berunsur Islam) Peringkat Kebangsaan, Sempena Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Pendidikan Malaysia 1436 H , Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, No. 2251, Aras 2, Bangunan Mustafa Kamal, Jalan Usahawan 1, 63000, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. (U.P. Ustaz Ruzain Syukur b Mansor, Penolong Pengarah Unit Kepimpinan)

*Urus setia tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan karya

yang dikirim melalui pos.

1.1.2 Salinan lembut (Soft copy), juga mestilah di-e-mel ke :

[email protected]

1.2 Nama dan alamat penulis tidak dibenarkan tertera pada karya yang dihantar. Ia

hanya perlu ditulis pada Borang Penyertaan Dan Pengakuan Keaslian Karya

sahaja.

1.3 Karya yang dihantar menjadi hak milik penganjur. Pihak penganjur berhak

menyunting, mencetak dan menerbitkan bahan tersebut.

1.4 Tarikh tutup sayembara ini adalah pada : 30 Jun 2014

1.5 Urus setia pertandingan tidak dibenarkan menyertai sayembara.

1.6 Sebarang pertanyaan mengenai sayembara, sila berhubung dengan En. Ruzain

Syukur bin Mansor, di talian 03-83217288 atau e-mel ke :

[email protected]

Page 5: Borang peertandingan karya kreatif islam

5

BORANG PENYERTAAN DAN PENGAKUAN KEASLIAN KARYA

SAYEMBARA PENULISAN KREATIF (CERPEN BERUNSUR ISLAM) PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BORANG PENYERTAAN

NO PERKARA

1. Nama

2. Nombor Kad

Pengenalan

3. Kategori 1 / 2 (sila bulatkan pada pilihan kategori )

4. Tajuk Cerpen

5. Nama dan alamat

institusi

6. No Telefon institusi

7. No Faksimile institusi

8. Nombor telefon bimbit

(jika ada)

9. E-mel

PERAKUAN PENULISAN

Saya (...........................................................................................) bernombor kad pengenalan

(.......................................................................) dengan ini mengakui bahawa:

1. Semua butiran diri yang diberikan adalah benar.

2. Karya yang dihantar adalah hasil tulisan saya sendiri sepenuhnya.

3. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap karya yang dihantar dari segi kesahihan fakta dan bebas

daripada unsur plagiat, terjemahan, atau karya yang pernah disiarkan di mana-mana penerbitan

4. Bersetuju bahawa hasil karya ini akan menjadi milik penganjur untuk disunting dicetak dan diterbitkan.

Pengesahan Pengetua/Ketua Jabatan

Tandatangan : .................................................. Tandatangan : ..........................................

Nama : .................................................. Cop jawatan :

No. Kad

Pengenalan : ...................................................

Untuk rekod Urus setia

Tarikh Terima :............................................. Nama penerima :.............................................

Nombor Siri (Untuk kegunaan urus setia):

NOTA KEPADA URUSETIA:

1. SILA CATATKAN NOMBOR SIRI PADA BORANG PENYERTAAN DAN SKRIP

CERPEN

2. SILA ASINGKAN BORANG PENYERTAAN DARIPADA LEMBARAN SKRIP

CERPEN.