book review 2

3
Ulasan ini merangkumi bahagian pendahuluan yang bertajuk “ Menoleh ke Belakang, Melangkah ke Hadapan: Sains Sosial di Malaysia” dalam buku Peranan dan Orientasi Sains Sosial Malaysia yang disunting oleh Abd Rahman Embong. Penulis menerangkan empat subtopik dalam bahagian pendahuluan ini iaitu tradisi sains sosial di barat, perkembangan sains sosial di Malaysia, sains sosial dan pembinaan kajian Malaysia dan khazanah sejarah intelektual. Penulis menekankan kepentingan mengkaji sejarah dan perkembangan sains sosial untuk mengambil langkah baru demi mencapai kemajuan sains sosial di tahap yang lebih tinggi dalam negara kita. Penulisnya, Abd Rahman Embong juga menyentuh mengenai perbezaan sains sosial antara negara. Beliau menjelaskan perbezaan ilmu ini di negara Barat dan Malaysia, perkara yang mendorong kepada kemunculan teori sosial ini dan bagaimana ilmu sains sosial dimasukkkan dalam kurikulum di universiti dan penyebarannya ke seluruh dunia termasuk Malaysia. Penulis berpandangan bahawa perkembangan sains sosial di Malaysia ada dua ruang yang ada kaitan dengan kelahiran dan perkembangan ilmu sosial. Pertama, ruang awam oleh pemikiran sosial tempatan dan kedua ialah ruang pentadbiran penjajah yang menjanakan ilmu kolonial. Ilmu di Malaysia dan Eropah berbeza kerana ilmu di Malaysia lebih ditumpukan kearah pengajian agama disebabkan perkembangan agama Islam. Beliau juga mengemukakan pemikiran sosial Abdullah Munshi melalui genre sastera. Penulis dapat mempelajari sejarah, sejarah, sastera, bahasa dan budaya masyarakat yang dijajah untuk memudahkan pentadbiran kolonial dan menghasilkan pelbagai penulisan baik kerana wujudnya perbahasan tokoh pentadbir penjajah dalam bab ini. Dalam bab ini juga diperjelaskan tentang perkembangan penginstitusian sains sosial di Malaysia yang bermula dengan penubuhan Rafles College pada 1929 di Singapura . Kemudian di Universiti Malaya, kemudian bermulanya perkembangan ilmu

Upload: keer-umt

Post on 16-Sep-2015

23 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

reviews

TRANSCRIPT

Penulis menekankan mengenai kepentingan sains sosial. Menurut A. H. Hasley, sains sosial boleh didefinisikan sebagai kajian atau penyelidikan teratur mengenai manusia dalam masyarakat dengan tujuan untuk membentuk satu rumpun teori yang berkaitan dengann

Ulasan ini merangkumi bahagian pendahuluan yang bertajuk Menoleh ke Belakang, Melangkah ke Hadapan: Sains Sosial di Malaysia dalam buku Peranan dan Orientasi Sains Sosial Malaysia yang disunting oleh Abd Rahman Embong. Penulis menerangkan empat subtopik dalam bahagian pendahuluan ini iaitu tradisi sains sosial di barat, perkembangan sains sosial di Malaysia, sains sosial dan pembinaan kajian Malaysia dan khazanah sejarah intelektual. Penulis menekankan kepentingan mengkaji sejarah dan perkembangan sains sosial untuk mengambil langkah baru demi mencapai kemajuan sains sosial di tahap yang lebih tinggi dalam negara kita.

Penulisnya, Abd Rahman Embong juga menyentuh mengenai perbezaan sains sosial antara negara. Beliau menjelaskan perbezaan ilmu ini di negara Barat dan Malaysia, perkara yang mendorong kepada kemunculan teori sosial ini dan bagaimana ilmu sains sosial dimasukkkan dalam kurikulum di universiti dan penyebarannya ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Penulis berpandangan bahawa perkembangan sains sosial di Malaysia ada dua ruang yang ada kaitan dengan kelahiran dan perkembangan ilmu sosial. Pertama, ruang awam oleh pemikiran sosial tempatan dan kedua ialah ruang pentadbiran penjajah yang menjanakan ilmu kolonial. Ilmu di Malaysia dan Eropah berbeza kerana ilmu di Malaysia lebih ditumpukan kearah pengajian agama disebabkan perkembangan agama Islam. Beliau juga mengemukakan pemikiran sosial Abdullah Munshi melalui genre sastera. Penulis dapat mempelajari sejarah, sejarah, sastera, bahasa dan budaya masyarakat yang dijajah untuk memudahkan pentadbiran kolonial dan menghasilkan pelbagai penulisan baik kerana wujudnya perbahasan tokoh pentadbir penjajah dalam bab ini.

Dalam bab ini juga diperjelaskan tentang perkembangan penginstitusian sains sosial di Malaysia yang bermula dengan penubuhan Rafles College pada 1929 di Singapura . Kemudian di Universiti Malaya, kemudian bermulanya perkembangan ilmu disiplin seperti sosiologi, antropologi, psikologi, sains politik, komunikasi di Universiti seperti Universiti Sains Malaysia(USM), Unversiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Uninesiti Putra Malaysia(UPM), Universiti Utara Malaysia(UUM) dan juga di universiti-universiti lain. Pensyarah yang berhijrah dari Universiti Malaysa dan para lulusan dari luar negara terutama dari Britain, Australia dan New Zealand pada 1960-an dan awal 1970-an juga memberikan sumbangan yang tinggi dalam perkembangan pelbagai disiplin sains di universiti baru.

Penulis menyatakan sumbangan paling besar dalam imu sains sosial ialah pembinaan satu korpus ilmu yang dikenali sebagai Kajian Malaysia. Penulisan ini menumpukan perhatian kepada tiga usaha yang merupakan sumbangan para sarjana. Aspek pertama dalam perkembangan korpus ilmu ialah penganjuran persidangan mengenai sains sosial. Aspek ini membincangkan dua persidangan besar iaitu persidangan di Universiti Malaya dengan tema The Cultural Problems of Malaysia in the Context of Southeast Asia dimana persidangan ini membincangkan persoalan warisan budaya masyarakat Timur dan membuat penilaian keatas tradisi dan warisan budaya yang pelbagi di Malaysia.

Usaha ini merupakan asas kepada Kajian Malaysia di negara ini. Persidangan kedua pula ialah Peranan dan Orientasi Sains Sosial dan Ahli-ahli Sains Sosial di Malaysia yang dianjurkan oleh Jabatan Antropologi dan Sosiologi Univerisiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Persidangan dikendalikan oleh sarjana watan yang mentakrifkan semula ilmu sains sosial menurut perspektif mereka. Aspek kedua ialah penubuhan persatuan ilmiah yang menggemblengkan para sarjana seluruh negara. Matlamat utamanya ialah kemajuan Kajian Malaysia, melalui hasil persidangan 1974. Penubuhan Persatuan Sains Sosial Malaysia(PSSM) berjaya menjadi sebuah organisasi profesional yang juga dirujuk oleh fakulti ains sosial di negara ini dan juga menjadi penganjur pelbagai persidangan sains sosial di semua peringkat. PSSM juga mengadakan persidangan Antarabangsa Kajian Malaysia(MSC) yang bertemakan Kajian Malaysia dan aktif dalam advokasi awam. Aspek ketiga ialah usaha penerbitan sains sosial khususnya dalam bentuk jurnal. Antara jurnal yang masih berterusan sehingga kini ialah Akademika dan merupakan pencapaian intelektual bagi ilmu sains sosial di peringkat antarabangsa.

Akhir sekali, buku ini merupakan edisi baru yang mengangkat prosiding konferensi Peranan dan Orientasi Sains Sosial dan Ahli-ahli Sains Sosial di Malaysia tersebut menjadi buku yang tersendiri dengan judul yang sama. Buku ini menstrukturkan kembali prosiding tersebut dan mengaturnya mengikut bab dan membahagikan bahagian khas yang mengandungi laporan perbahasan. Penulis menegaskan kita harus berani untuk mengkritik dan menerima pertentangan pendapat demi kemajuan Kajian Malaysia di masa depan.