boling klapa.docx

18
Kertas Kerja Permainan Tradisional – Boling Kelapa 1.0 RASIONAL Rasional Karnival Permainan Tradisional ini diadakan adalah bagi melengkapkan Proforma Sukatan Pelajaran Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) bagi subjek minor Pendidikan Jasmani iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJM3123E) 2.0 PENGENALAN PERMAINAN TRADISIONAL Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum serta mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang sememangnya menjadi kebanggaan bagi rakyat Malaysia. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Lantaran resam yang demikian, maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah, sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah galah panjang, bowling kelapa, baling tin dan sebagainya. Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat dibanggakan. Tetapi, adakah kita sedar yang sebenarnya permainan tradisional yang kita warisi sejak dulu lagi semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman. Yang 1

Upload: ninarejab

Post on 22-Dec-2015

83 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: boling klapa.docx

Kertas Kerja Permainan Tradisional – Boling Kelapa

1.0 RASIONAL

Rasional Karnival Permainan Tradisional ini diadakan adalah bagi melengkapkan Proforma

Sukatan Pelajaran Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) bagi subjek minor Pendidikan

Jasmani iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJM3123E)

2.0 PENGENALAN PERMAINAN TRADISIONAL

Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum serta mempunyai pelbagai jenis

kebudayaan yang sememangnya menjadi kebanggaan bagi rakyat Malaysia. Kebudayaan

ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan

mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Lantaran resam yang

demikian, maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang

dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin

kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek

moyang kita. Malah, sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang

demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya

diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan

lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah galah panjang,

bowling kelapa, baling tin dan sebagainya.

Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat

dibanggakan. Tetapi, adakah kita sedar yang sebenarnya permainan tradisional yang kita

warisi sejak dulu lagi semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan

peredaran zaman. Yang sedihnya ada dikalangan anak muda sekarang tidak mengenali

permainan-permainan tradisional tersebut seperti congkak, layang-layang, gasing, wau dan

sebagainya. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari permainan tradisional seperti boleh

mengeratkan silaturahim sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh,

memperkembangan kognitif melalui pengiraan mata dan dapat memelihara warisan budaya

zaman berzaman. Selain itu, negara dapat mempromosikan permainan tersebut sebagai

salah satu aktiviti yang perlu diperkenalkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke

Malaysia. Ia juga akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sendiri.

1

Page 2: boling klapa.docx

Kertas Kerja Permainan Tradisional – Boling Kelapa

3.0 PENGENALAN PERMAINAN BOLING KELAPA

Permainan boling kelapa merupakan sejenis permainan yang diolah dari permainan boling

sebenar. Permainan ini juga merupakan terapi bagi kanak-kanak Pendidikan Khas. Melalui

permainan boling kelapa ini, peserta dapat menguji kemahiran mereka dalam menjatuhkan

botol di mana setiap botol mempunyai matanya yang tersendiri. Peserta juga dapat menguji

kemahiran meleret kelapa menuju ke sasarannya. Jika leretan yang betul berjaya dilakukan,

maka, botol akan tumbang dengan mudah dan sebaliknya. Mata akan diperolehi mengikut

warna botol yang tumbang.

Rajah Kedudukan Botol

4.0 OBJEKTIF

4.1 Dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual

sosial bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara.

4.2 Pelajar dapat mengaplikasikan pergerakan dalam pendidikan jasmani dalam permainan

tradisonal dan pelajar dapat mengenali tubuh badan mereka melalui pergerakan yang

dilakukan.

4.3 Kita dapat memupuk semangat perpaduan, rasa muhibbah dan mesra dalam kelompok

masyarakat terutama dalam kalangan pelajar.

4.4 Pelajar dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan

menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang sia-sia.

4.5 Melalui permainan tradisional yang dimainkan secara berkumpulan, secara tidak

langsung semangat kerjasama antara ahli kumpulan dapat dipupuk.

2

Page 3: boling klapa.docx

Kertas Kerja Permainan Tradisional – Boling Kelapa

4.6 Permainan tradisional juga mempunyai nilai tradisi kerana di dalamnya terkandung

pelbagai jenis budaya masyarakat yang memilikinya.

4.7 Membantu dari segi perkembangan kognitif asas matematik melalui pengiraan mata

yang diperolehi oleh setiap kumpulan semasa memilih pemenang.

5 ASAS PERTIMBANGAN

5.1 Melalui permainan tradisional boling kelapa, kita dapat mengenali budaya kaum lain

permainan tradisional itu sendiri merupakan lambang dan menggambarkan corak

kehidupan masyarakat tersebut.

5.2 Permainan tradisional juga mempunyai nilai tradisi yang tinggi kerana di dalamnya

terkandung pelbagai nilai budaya masyarakat yang memilikinya.

5.3 Karnival permainan tradisional ini secara tidak langsung dapat menarik minat guru

untuk bergiat cergas dalam bidang sukan tradisional yang semakin dilupakan.

5.4 Kepentingan penganjuran karnival seumpama ini dapat membantu membangunkan

dan meningkatkan keupayaan fizikal dan tahap kecergasan yang ada pada setiap guru.

5.5Selain itu, karnival ini juga dapat menguji kemahiran kognitif guru untuk berfikir secara

kritis dan kreatif serta berupaya untuk mengesan dan menyelesaikan sesuatu masalah

yang timbul dengan tepat.

5.6 Penganjuran karnival ini, mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat

dalam diri setiap guru pelatih. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya

hidup yang lebih baik dan sihat.

6.0 CADANGAN PERMAINAN TRADISIONAL

6.1 Tarikh

6.1.1 Tarikh : 28 September 2014

6.1.2 Hari : Ahad

6.1.3 Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari

6.2 Tempat

Padang Institut Pendidikan Guru

Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

3

Page 4: boling klapa.docx

Kertas Kerja Permainan Tradisional – Boling Kelapa

6.3 Permainan

6.3.1 Galah Panjang

6.3.2 Boling Kelapa

6.3.3 Sepak Raga

6.3.4 Jalan Tempurung Zig Zag

6.3.5 Permainan Tuju Tin

7.0 KUMPULAN SASARAN

24 orang pelajar PISMP 1

8.0 SENARAI NAMA PESERTA

LAMPIRAN 1

9.0 STRUKTUR JAWATANKUASA

Bil Jawatan Tugasan Nama

1 Pengerusi 1. Penyediaan kertas kerja,

perancangan dan

pengendalian majlis sebelum,

semasa dan selepas

pelaksanaan.

2. Menyusun dan mengagih

tugasan.

3.

Pn. Farilah bt

Hashim

2 Setiausaha 1. Urusan surat-menyurat.

2. Mengumpul semua maklumat

mengenai perancangan seperti

kertas kerja.

Pn. Norhaslina bt

Hassan

3 Bendahari 1. Pengumpulan dana.

2. Perancangan perbelanjaan.

Pn. Siti Eshah bt

Abdul Rahman

4

Page 5: boling klapa.docx

Kertas Kerja Permainan Tradisional – Boling Kelapa

4 J/K Tempat dan

Peralatan

1. Mengadakan peta kedudukan

tempat pertandingan.

2. Menyusun tempat dengan

kedudukan yang bersesuaian.

3. Mengadakan peralatan yang

bersesuaian dan diperlukan

Pn. Roszana bt Saad

5 J/K Pengurus

Peserta

1. Mengurus pakaian dan

pembahagian peserta.

2. Mengurus kebajikan peserta.

Pn. Zainuar bt

Jamaluddin

6 J/K Persembahan 1. Mengurus persembahan Pn. Norhayu bt

Yusop

7 J/K Sambutan dan

Buku Program

1. Membuat buku program.

2. Sambutan dan Keraian

Pn. Noraziatul Shima

bt Mohd. Badrin

8 J/K Hadiah dan

Cenderahati

1. Menyediakan cenderahati

kepada perasmi.

2. Penyediaan hadiah

pertandingan.

3. Cenderahati kepada

pembimbing dan pensyarah

jemputan.

4. Menyediakan dulang hadiah.

Pn. Rosemaria bt

Awang

9 K/K Makanan dan

Minuman

1. Penyediaan air minuman dan

makanan kepada peserta dan

J/K pelaksana.

2. Agihan makanan dan

Pn. Zuriana bt Saut

5

Page 6: boling klapa.docx

Kertas Kerja Permainan Tradisional – Boling Kelapa

minuman.

10 Juruacara 1. Menyediakan teks untuk acara

rasmi dan tidak rasmi.

2. Menyediakan lagu iringan yang

sesuai.

3. Mengendalikan majlis.

Pn. Wahida bt

Sukerman

11 J/K Pendaftaran 1. Menyediakan borang

Pendaftaran.

- J/K Pelaksana

- Para Pelatih

Pn. Misitah bt Surip

12 J/K Peralatan

Permainan

1. Menyediakan borang senarai

peralatan.

2. Memastikan semua peralatan

ada, berkeadaan baik dan

mencukupi.

3. Menyusun peralatan sebelum

dan sesudah permainan.

4. Menyimpan semua peralatan

di tempat yang sepatutnya

sesudah permainan.

Pn. Roszana bt Saad

13 J/K Teknik dan

Pertandingan

1. Menyediakan borang markah.

2. Mengemaskan kedudukan

markah.

3. Meletakkan kedudukan

markah di papan kenyataan.

Pn. Rosmawati bt

Jaafar

14 J/K Makanan VIP 1. Mengurus tempat makan, jenis

makanan dan jumlah VIP

Pn. Juliana bt Md.

Jamal

6

Page 7: boling klapa.docx

Kertas Kerja Permainan Tradisional – Boling Kelapa

terlibat.

15 J/K Keselamatan

dan Kecemasan

1. Menyediakan surat rawatan.

2. Menyediakan kereta untuk

kecemasan.

3. Menyediakan tempat rehat

pesakit.

Pn. Zarifah bt Sahari

16 J/K Kebersihan 1. Menyediakan plastik sampah.

2. Memastikan kebersihan

kawasan semasa dan selepas

carnival.

Pn. Nor Asniha bt

Shafie

17 J/K Siaraya dan PA

Sistem

1. Menempah peralatan siaraya.

2. Memastikan peralatan

mencukupi dan berkeadaan

baik.

Pn. Zarina bt Rejab

18 J/K Dokumentasi

dan Fotografi

1. Menempah peralatan fotografi

dan video.

2. Mencatatkan perjalanan dan

pelaksanaa carnival.

Pn. Norhayu bt

Yusop

19 J/K Pengelola

Permainan Boling

Kelapa

1. Mengurus alatan.

2. Mengelola Permainan.

Pn. Norhayu bt

Yusop

Pn. Zarifah bt Sahari

Pn. Zarina bt Rejab

Pn. Zuriana bt Saut

7

Page 8: boling klapa.docx

Kertas Kerja Permainan Tradisional – Boling Kelapa

10.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN BOLING KELAPA

10.1 Di samping itu, permainan ini juga dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang

telah disesuaikan secara khusus oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

10.2Format pertandingan secara keseluruhan adalah secara KIRAAN MATA.

10.3Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah

muktamad.

10.4Pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan berhak membuat keputusan bagi

menyelesaikan segala permasalahan yang timbul sekiranya tidak diperuntukkan

dalam undang-undang, syarat-syarat pertandingan dan peraturan Permainan

Tradisional Boling Kelapa 2014.

11.0 PENGIRAAN MATA / SKOR

11.1 Bagi menentukan kedudukan keseluruhan pemenang Permainan Tradisional Boling

Kelapa, mata yang dikumpul oleh setiap individu akan dijumlahkan sebagai jumlah

mata keseluruhan bagi setiap kumpulan.

11.2 Pengiraan mata dikira berdasarkan botol yang dapat ditumbangkan melalui leretan

buah kelapa. Contohnya :

BOTOL MERAH - 1 MATA

BOTOL KUNING - 2 MATA

BOTOL BIRU - 3 MATA

12.0 PEMBERIAN HADIAH & PENENTUAN JUARA KESELURUHAN

12.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang mengikut kedudukan markah tertinggi

yang dimenangi oleh setiap kumpulan.

Kumpulan 12.2 yang mengumpul pungutan mata terbanyak akan diisytiharkan

sebagai JUARA bagi Permainan Tradisional Boling Kelapa 2014.

12.3. Sekiranya terdapat persamaan pungutan mata, maka keputusan akan ditentukan

berdasarkan mata yang diperoleh oleh kedua-dua kumpulan semasa pusingan

penentu.

13.0 BANTAHAN

13.1 Bantahan tidak digalakkan.

8

Page 9: boling klapa.docx

Kertas Kerja Permainan Tradisional – Boling Kelapa

13.2 Walau bagaimanapun, sekiranya ada bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh

Ketua Kumpulan dan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengelola Teknikal dan

Pertandingan dalam tempoh tiga puluh minit (30) selepas permainan tamat.

13.3 Keputusan Jawatankuasa Bantahan & Rayuan adalah MUKTAMAD.

14.0 KESELAMATAN

14.1 Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian,

kemalangan, kecederaan atau kematian akibat daripada menyertai permainan

tradisional boling kelapa.

14.2 Jawatankuasa Penganjur juga tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan dan

kerosakan yang berlaku di tempat permainan semasa pertandingan dijalankan.

Pasukan.pemain yang menyebabkan kehilangan /kerosakan adalah bertanggungjawab

sepenuhnya membayar ganti rugi yang ditentukan oleh pihak penyedia perkhidmatan.

15.0 PROSEDUR PERMAINAN

15.1.1 2 gelanggang disediakan.

15.1.2 Sebanyak 4 pasukan akan bertanding iaitu Mak Yong, Zapin

Gamelan dan Endang.

15.1.3 Setiap pasukan terdiri daripada 6 orang.

15.1.4 Setiap peserta diberikan peluang sebanyak 1 kali leretan sahaja.

15.1.5 Mata permainan dikira berdasarkan kepada jumlah botol yang

berjaya ditumbangkan pada setiap leretan buah kelapa.

15.1.5 Nilai mata adalah mengikut warna botol.

CONTOH MATA :

MERAH : 1 Mata

KUNING : 2 Mata

BIRU : 3 Mata

15.2 Peserta tidak dibenarkan melontar terus buah kelapa ke arah botol. Buah

kelapa hanya boleh dileretkan sahaja.

15.3 Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah mata tertinggi yang dikumpulkan oleh

setiap kumpulan.

15.4 Sekiranya seri, perlawanan penentuan akan diadakan.

15.5 Keputusan pengadil adalah muktamad.

9

Page 10: boling klapa.docx

Kertas Kerja Permainan Tradisional – Boling Kelapa

16. 0 PELAN LANTAI PERMAINAN BOLING KELAPA

10

K1 K2

5 m

2 m

Page 11: boling klapa.docx

Kertas Kerja Permainan Tradisional – Boling Kelapa

17. 0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh Masa Agenda

28 September 2014 7.30 pagi

7.35 pagi

7.40 pagi

8.00 pagi

8.10 pagi

8.55 pagi

9.20 pagi

9.45 pagi

10.15 pagi

10.50 pagi

11.30 pagi

Kehadiran Jawatan Kuasa pelaksana dan guru pelatih

Pendaftaran peserta

Pembahagian perserta kepada kumpulan.

Taklimat kepada para peserta.

Persembahan Gerak Tari 1Malaysia.

Permainan Galah Panjang

Permainan Boling Kelapa

Permainan Sepak Raga

Rehat

Permainan Jalan Tempurung Zig Zag

Permainan Tuju Tin

Ucapan Perasmian Penutup

1. Ucapan aluan

2. Bacaan doa

3. Ucapan Pensyarah

4. Penyampaian hadiah

5. Acara bergambar

6. Jamuan

12.00 tengahari Bersurai

11

Page 12: boling klapa.docx

Kertas Kerja Permainan Tradisional – Boling Kelapa

19.0 Anggaran Perbelanjaan

PERKARA PENDAPATAN

RM

PERBELANJAAN

RM

Sumbangan 18 pelajar Kelas Pra A X RM70

Jamuan VIP ( RM8.60 X 10 orang )

Makanan J/K pelaksana dan peserta (RM6.00 X 42)

Air mineral, air gula, cawan polyfoam

Cenderahati perasmi

Banner

Buku Program

Kertas Kerja dan Dokumentasi

Hadiah Pertandingan

Persiapan Khemah

Lain-lain Keperluan

Sewa Khemah

1260.00

86.00

252.00

100.00

60.00

50.00

20.00

50.00

240.00

50.00

50.00

302.00

JUMLAH 1260.00 1260.00

12

Page 13: boling klapa.docx

Kertas Kerja Permainan Tradisional – Boling Kelapa

19.0 KESIMPULAN

Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada semua

pihak yang terlibat secara langsung adalah amat diharapkan Karnival Permainan Tradisional

ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Diharap semua objektif pertandingan permainan

tradisional ini dapat dimanfaatkan oleh  guru-guru yang terlibat di samping dapat

mengetengahkan maklumat serta pengalaman yang diperoleh untuk diaplikasikan di sekolah

kelak.

20.0 SYOR

Setinggi-tinggi harapan daripada pihak tuan agar permohonan untuk menjalankan Karnival

Permainan Tradisional ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya. Semoga harapan kita

untuk melahirkan para guru yang berketrampilan dan seimbang dari aspek fizikal dan

mental akan dapat direalisasikan selaras dengan matlamat BPG.

Disediakan oleh,

........................................................

( ZARINA BT REJAB )

Setiausaha,

Karnival Permainan Tradisional 2014.

Disemak oleh:

...................................................

(EN. SANTHARAN A/L ARUMUGAM)

Pensyarah Penasihat,

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani

dan Sukan ( PJM 3123E )

13