bmm3111

5
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 2014 SOALAN : a. Memberikan definisi, takrif dan konsep semantik, Makna Leksikal, Makna Ayat, Peristilahan ,Tataistilah dan Tatanama. b. Dengan menggunakan Kerangka Generatif Chomsky, jelaskan proses transformasi ( pengguguran, penyusunan semula dan peluasan). Berikan contoh-contoh ayat dalam proses tranformasi tersebut . Penjelasan pelu disertakan dengan sekurang-kurangnya satu ilustrasi seperti rajah pohon. c. Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada 3 sumber yang berikut iaitu : i. Kosa Kata Umum Bahasa Melayu ii. Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun iii. Kosa Kata Bahasa Asing Berdasarkan pernyataan di atas , pilih satu artikel yang panjangnya antara 1,000 -1,5000 patah perkataan dan buat analisis tentang istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam artikel tersebut .Analisis perlu merangkumi ketiga-tiga aspek sumber perolehan istilah bahasa melayu.Anda boleh merujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah –Istilah Bahasa Melayu sebagai panduan.

Upload: magdeline-assing

Post on 20-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: BMM3111

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 2014

SOALAN :

a. Memberikan definisi, takrif dan konsep semantik, Makna Leksikal, Makna Ayat,Peristilahan ,Tataistilah dan Tatanama.

b. Dengan menggunakan Kerangka Generatif Chomsky, jelaskan proses transformasi ( pengguguran, penyusunan semula dan peluasan). Berikan contoh-contoh ayat dalam proses tranformasi tersebut . Penjelasan pelu disertakan dengan sekurang-kurangnya satu ilustrasi seperti rajah pohon.

c. Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada 3 sumber yang berikut iaitu :

i. Kosa Kata Umum Bahasa Melayuii. Kosa Kata Umum Bahasa Serumpuniii. Kosa Kata Bahasa Asing

Berdasarkan pernyataan di atas , pilih satu artikel yang panjangnya antara 1,000 -1,5000 patah perkataan dan buat analisis tentang istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam artikel tersebut .Analisis perlu merangkumi ketiga-tiga aspek sumber perolehan istilah bahasa melayu.Anda boleh merujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah –Istilah Bahasa Melayu sebagai panduan.

ISIKANDUNGAN

Page 2: BMM3111

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 2014

BIL ISIKANDUNGAN HALAMAN

1. PENGENALAN DEFINISI ,TAKRIF KONSEP SEMANTIK

2. MAKNA LESIKAL3. MAKNA AYAT4. PERISTILAHAN5. TATAISTILAH DAN TATANAMA

6. SOALAN B- Dengan menggunakan Kerangka Generatif Chomsky, jelaskan proses transformasi ( pengguguran, penyusunan semula dan peluasan).Berikan contoh-contoh ayat dalam proses tranformasi tersebut .Penjelasan pelu disertakan dengan sekurang-kurangnya satu ilustrasi seperti rajah pohon.

7. ISTILAH BAHASA MELAYU- SOALAN CIstilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada 3 sumber yang berikut iaitu :

i. Kosa Kata Umum Bahasa Melayu

ii. Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun

iii. Kosa Kata Bahasa Asing

8. Berdasarkan pernyataan di atas , pilih satu artikel yang panjangnya antara 1,000 -1,5000 patah perkataan dan buat analisis tentang istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam artikel tersebut .Analisis perlu merangkumi ketiga-tiga aspek sumber perolehan istilah bahasa melayu.Anda boleh merujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah –Istilah Bahasa Melayu sebagai panduan.

9. KESIMPULAN10. REFLEKSI11. RUJUKAN12. LAMPIRAN KERJA KURSUS BERKUMPULAN-

TAJUK 7- TAKSA DAN KETAKSAAN MAKNA DALAM TATABAHASA-PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN MAKNA, KEPERSISAN MAKNA, KETAKSAAN LESIKAL DAN STRUKTUR, KEKABURANN MAKNA

1.0 Definisi Semantik

Page 3: BMM3111

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 2014

Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat.

Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa, kita

dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.

Definisi daripada segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan Yunani

“semantikos” yang bermaksud penting atau bererti. Jika dilihat definisi yang diberikan

oleh tokoh bahasa, semantik ialah cabang lingustik yang akan membahas erti atau

makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selain itu, semantik merupakan bidang pengkajian

lingustik yang objek penelitiannya makna bahasa. (Abdul Chaer, 1994). Menurut

Kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan

makna sesuatu kata. Secara umumnya semantik ialah ilmu tentang erti atau

perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-

lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna

lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

1.2 Konsep Semantik

Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani “semantikos”

yang bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’

yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9).

Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna

perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Menurut Ferdinand de Saussure,

semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna.

Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan

oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik

bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya

yang disebut “semantik sejarah” (M. Breal, 1893). Kesimpulannya ialah semantik

Page 4: BMM3111

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 2014

dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti.

Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji makna perkataan

dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh

dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan

makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada

hubungan semantik.