bmm3105 minggu 7

9
BMM3105 Minggu 8 Disediakan oleh : Norlinah Binti Rais

Upload: lina-rais

Post on 27-Jun-2015

182 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bmm3105 minggu 7

BMM3105Minggu 8

Disediakan oleh : Norlinah Binti Rais

Page 2: Bmm3105 minggu 7

MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN

MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA MELAYU

Page 3: Bmm3105 minggu 7

Model Pemprosesan Maklumat Gagne

Page 4: Bmm3105 minggu 7

Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi.

Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.

Kita ketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih kompleks berbanding dengan komputer.

Model pemprosesan maklumat

Page 5: Bmm3105 minggu 7

•Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat

•Pengaliran maklumat dua hala

•Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengekodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.

•Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat

Prinsip-prinsip utama model pemprosesan maklumat

Page 6: Bmm3105 minggu 7

1. Pengekodan ('Encoding')

Proses yang menentukan cara maklumat di rekod dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

2. Penyimpanan ('Storage')

Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori.

Empat proses utama terlibat dalam pemprosesan maklumat

Page 7: Bmm3105 minggu 7

3. Mengingat Kembali ('Retrieval')

Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.

4. Lupaan ('forgetting')

Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjangPemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita memberi perhatian kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek melalui tumpuan terpilih ('selective attention').

Maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan dipindah ke ingatan jangka pendek.

Page 8: Bmm3105 minggu 7

•Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.

•Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.

•Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakan kajian menyiasat cara maklumat di rekod, disimpan, diingat kembali dan lupa.

•Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak di lahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah.

•Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.

Ingatan jangka pendek (short term memory)

Page 9: Bmm3105 minggu 7

•Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakan kajian menyiasat cara maklumat di rekod, disimpan, diingat kembali dan lupa.

•Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak di lahir disimpan dalam ingatan jangka panjang.

•Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.

Ingatan jangka panjang (long term memory)