bm1 diagnostik 2012

Upload: roziah

Post on 06-Oct-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

soalan

TRANSCRIPT

SULIT

PAGE 2SULIT

011

Soalan 1 20Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1Pokok ____________ banyak ditanam di negeri Johor yang mempunyai kawasan tanah gambut yang luas.

A durian

B jagungC nanas

D tembikai

2Pendatang-pendatang tanpa izin itu telah ditahan oleh pasukan RELA. _________ akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

ADia

BBeliau

CMereka

D Kamu

3Tina dan Noratika membaca buku cerita ______________ menunggu rakan-rakan yang lain tiba ____________ mereka tidak suka membazir masa.

Akerana .. demi

Bsemenjak .. kerana

Csementara . selagi

Dsementara . kerana4Mak Andam memasang _______________ di dalam bilik pengantin supaya kelihatan cantik.

A jejari

B tetupai

C lelangit

D kekuda

5Ayah akan ke Johor Bahru. Dari ____________ dia akan ke Singapura pula.

Asana

B sini

Csitu

Dsisi

6Ah Tong sedang memetik cili di kebunnya. Dia memasukkan cili-cili itu ___________ bakul yang dibawanya.

Apada

Bdalam

Cdi dalam

Dke dalam7Kamarul membantu ayahnya menarik tali ampaian itu supaya _____________ .

Ategak

Btegang

Ckejang

Dkeras

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8Pak Salam _____________ kayu api dengan menggunakan sebilah kapak.A menakik

Bmenarah

Cmembelah

Dmemotong

[Lihat sebelahSoalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9Pak Mat menjual tiga ____________________ petai dan tiga _________________ buah tembikai di gerainya.Aikatbiji

BpapanbutirCtangkaibijiDkeping...bakul10Penduduk Taman Sri Murni bergotong-royong _____________ jalan masuk ke balai raya yang agak sempit itu.

Adilebar

Bdiperlebar

Cmemperlebar

Dmemperlebarkan

11Pihak majikan Azmin telah memberi ____________ kepadanya, sama ada meningkatkan prestasi kerja atau dipecat.

Akata dua

Bkata putus

Ckata sepakat

Dpembuka kata12Sejak pemergian bapa, kakaklah yang menjadi __________ keluarga kami.

Aanak emas

Banak angkat

Cberat tulang

Dtulang belakang13Sikapnya yang ramah dalam pergaulan dengan jiran-jiran menyebabkan dia ____________ disenangi.

A paling

B sekali

C betul

D amat

14Samad menerima surat tawaran kerja ________________ Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.

Adi

Bdari

Ckepada

Ddaripada

15Pemuda itu ______________________ penduduk Kampung Sungai Buaya.

Ajika

Btah

Cialah

DadalahSoalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

16Kasim ______________________ ikan di sungai menyebabkan banyak ikan

yang mati.

Amenjala

Bmenuba

Cmengail

Dmemancing

[Lihat sebelah17Kakak ______________ pakaian di dalam almari untuk mencari bajunya yang berwarna merah.

Amengirai

B melipat

Cmenyemak

Dmenyusun18Saya _____________ menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh Cikgu

Saiful kerana penat bermain bola sepak petang tadi.

Awajib

Bbelum

Chendak

Ddapat

19Sudah menjadi _____________ bagi Azlan untuk membaca surat khabar sebelum tidur.

A lazim

B kelaziman

C pelaziman

Dmelazimkan

20Kejayaan sekolah kita menjuarai pertandingan cerita peringkat daerah sungguh membanggakan. _________________, kejayaan ini boleh dipertingkatkan, kata guru besar.

AOleh itu

BDi samping itu

CNamun begitu

DLebih-lebih lagi21Kamu mesti mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah, kata Cikgu Nazrin kepada murid-muridnya.

Perkataan seerti bagi terluang dan berfaedah ialahA penuh baik

B santai elok

C rehat mustahak

D senggang . bermanfaat

22Puan Mariam begitu yakin bahawa anak sulungnya akan lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan UPSR nanti.

Perkataan berlawan bagi yakin ialah

A pasti

B tentu

C khuatir

D was-wasSoalan 23 24Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

23 IOrang yang berhati buruk tidak disukai orang.

IITelevisyen banyak mendatangkan buruk kerana dapat melalaikan kita.

IIIKelakuannya buruk sekali sejak akhir-akhir ini.

IVSikapnya yang buruk siku itu dibenci oleh kawan-kawannya.

AI dan II

BIII dan IV

CII dan III

DI dan IV

24 IDahinya berkerut ketika cuba menyelesaikan masalah itu.

IIKulit tangannya kelihatan berkerut kerana terbakar.

IIITangannya kelihatan berkerut setelah lukanya sembuh.

IVMukanya semakin berkerut apabila umurnya meningkat tua.

AI dan II

BIII dan IV

CII dan III

DI dan IV[Lihat sebelah25Pilih soalan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.Ya, Cikgu Salina telah pun bersetuju untuk menjadi guru pengiring sewaktu lawatan ke Kuala Lumpur nanti.

A Mengapakah Cikgu Salina bersetuju untuk menjadi guru pengiring sewaktu ke Kuala Lumpur itu nanti?

B Mungkinkah Cikgu Salina bersetuju untuk menjadi guru pengiring sewaktu lawatan ke Kuala Lumpur itu nanti?

C Adakah Cikgu Salina bersetuju untuk menjadi guru pengiring sewaktu lawatan ke Kuala Lumpur itu nanti?

D Bilakah Cikgu Salina bersetuju menjadi guru pengiring sewaktu lawatan itu nanti? Soalan 26 berdasarkan gambar di bawah

26Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.Siapakah yang membersihkan balai raya itu?APara penduduk kampung yang bergotong-royong membersihkan balai raya itu.

BBalai raya itu akan dibersihkan oleh para penduduk yang bergotong-royong esok.

CMereka telah ditugaskan untuk membersihkan balai raya semasa gotong-royong itu.

DBalai raya yang dibersihkan itu akan dibina secara gotong-royong.Soalan 27 28Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.27Puan Hasnah sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya.

APasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasnah.

BHalaman rumah sedang disusun oleh pasu bunga Puan Hasnah.

CPasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasnah di halaman rumah.

DDi halaman rumah Puan Hasnah pasu bunga menyusun.

28.Silalah masuk. Ayah ada di dalam, kata Izzah kepada Pak Hasni.

AIzzah mempersilakan Pak Hasni masuk ke rumah untuk bertemu ayahnya.

BPak Hasni dipersilakan masuk ke rumah oleh ayah untuk bertemu Izzah.

CAyah mempersilakan Izzah masuk ke rumah untuk bertemu Pak Hasni.

DIzzah mempersilakan ayah masuk ke rumah Pak Hasni.Soalan 29 hingga soalan 30Pilih ayat yang betul.

29I Senarai nama murid-murid ada pada ketua kelas.

II Tiap hari Azami ke pejabat dengan menaiki bas.

III Kedua-dua orang saksi itu dipanggil memberi keterangan.

IV Salmah dan Zarina bercerita panjang kerana lama tidak berjumpa.

AI dan II

BIII dan IV

C II dan III

D I dan IV

30I Masakan kampung menjadi kegemaran ayah saya.II Tokoh pelajar sekolah itu ialah ketua pengawas.

III Emak membeli mempelam jeruk di kedai Pak Mail.

IV Adila suka belajar dalam bilik yang ada alat pendingin hawa.

AI dan II

BIII dan IV

C II dan III

D I dan IV [Lihat sebelahSoalan 31 - 35.

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Keperluan asas untuk hidup ialah makanan, pakaian, dan perlindungan. Makanan merupakan keperluan asas yang paling penting. Kini telah menjadi kebiasaan seseorang membeli makanan yang telah dimasak sama ada di restoran atau di gerai-gerai. Namun timbul persoalan sama ada makanan yang dijual itu telah disediakan dengan bersih dan selamat atau sebaliknya.

Keselamatan, kebersihan serta kualiti makanan yang baik memainkan peranan yang penting untuk menarik pelanggan. Persatuan Pengguna-Pengguna Standard (Standard Users) telah menjalankan satu kajian bagi pihak Persatuan Pengguna-Pengguna Antarabangsa (Consumers International). Kajian ini melibatkan 100 orang penjual makanan dan 100 orang pengguna.

Berdasarkan kajian, 44.3% penjual makanan menyatakan bahawa mereka tidak pernah menjalani latihan asas kebersihan makanan. Manakala sebanyak 28% pula menyatakan bahawa mereka berasa bahawa latihan atau kursus kebersihan adalah tidak perlu dan tidak penting. Antara sebab yang lain adalah kerana mereka tidak mampu untuk membayar yuran kursus dan ada yang menyatakan mereka tidak tahu di mana kursus tersebut boleh diikuti.

Selain itu, menurut kajian juga, 58% daripada peniaga makanan juga menyatakan bahawa pihak berkuasa jarang membuat pemeriksaan di premis mereka. Selain itu, sebanyak 25% pengguna menyatakan bahawa mereka pernah mengalami keracunan makanan disebabkan makanan yang dibeli.

.

31Apakah keperluan asas untuk hidup?A Makanan, pakaian, dan pelajaran.

B Makanan, pakaian, dan kasih-sayang.

C Makanan, pelajaran, dan kasih sayang.

D Makanan, pakaian, dan tempat tinggal.

32 Apakah faktor yang memainkan peranan yang penting untuk menarik pelanggan

membeli?A Keselamatan, kebersihan serta kualiti makanan.

B Kehadiran penjual mengikuti kursus asas kebersihan.

C Penjual yang menjual makanan pada harga yang murah.

D Penjual yang premisnya pernah diperiksa oleh pihak berkuasa.

33Pihak manakah yang menjalankan kajian ini?APersatuan Pengusaha-Pengusaha Makanan.

BPersatuan Pengguna-Pengguna Standard

CPersatuan Pengguna-Pengguna Antarabangsa

DPersatuan Pengguna-Pengguna Mangsa Keracunan Pembeli Makanan Siap

34Berapa peratuskah penjual makanan yang menyatakan mereka pernah menjalani

latihan asas kebersihan makanan? A28.0%.

B58.0%

C25.0%

D55.7%

35Antara berikut yang manakah bukan alasan penjual makanan tidak mengikuti latihan asas kebersihan makanan? ATidak mampu untuk membayar yuran kursus.

BTempat kursus terlalu jauh daripada premis mereka.

CTidak tahu di mana kursus berkenaan boleh disertai.

DKursus berkenaan adalah tidak perlu dan tidak penting.

[Lihat sebelahSoalan 36 - 40.

Baca catatan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

16 Mac 2009

8.30 pagi.

Baba sampai seperti dijanjikan. Mama segera menjemput baba bersarapan. Kami pulang terlebih dahulu ke Bukit Ibam kerana baba mahu menelaah untuk peperiksaan PTKnya.10.00 pagi.

Sebelum meninggalkan Bukit Ibam kami menjenguk atuk di kebun sayurnya. Semua sudah faham situasi atuk dalam hal ini. Lebih baik atuk bercucuk tanam daripada berjalan-jalan kerana akibatnya selepas itu atuk mengalami mabuk yang serius dan berpanjangan. Setengah jam berada di Bukit Ibam, kami memulakan perjalanan. Perjalanan kami ke Bandar Raya Melaka selama tiga jam setengah. Kami menyewa dua buah bilik di Hotel Hollitel. Aku dan opah menginap sebilik manakala Aina, mama, dan baba di bilik lain.

2.30 petang.

Tanpa memunggah bagasi, kami terus sahaja menuju ke Eye On Malaysia. Tiket untuk menaiki gondola bagi dewasa RM 40.00 manakala kanak-kanak pula RM 15.00. Opah pula mendapat diskaun 25 peratus kerana telah melebihi 55 tahun. Selepas itu kami menyusuri Sungai Melaka menaiki bot penumpang.

7.00 malam

Selepas makan malam kami menaiki Menara Berputar Taming Sari. Aku rasakan menaiki gondola di Pulau Langkawi lebih mencabar daripada Menara Berputar Taming Sari ini. Gondola di Tanah Tinggi Genting mungkin seperti gondola di Pulau Langkawi.

Selepas itu kami menaiki beca mengelilingi Bandar Raya Melaka yang disinari cahaya pada waktu malam. Baba memberitahu kami yang ayahnya dahulu seorang penarik beca. Kami pulang ke hotel pada pukul 10.00 malam. Aku tidak sabar menunggu hari siang untuk meneruskan lawatan ke Zoo Melaka dan Taman Tema Air A Famosa.

36Apakah yang dilakukan oleh Baba di Bukit Ibam?

ABercucuk tanam.

BMembaca buku.CMenziarahi rakan.DMenduduki peperiksaan PTK.37Kenapakah datuk penulis tidak menyertai mereka?

AKerana mahu mentelaah untuk peperiksaan PTKnya.

BKerana ingin menjual hasil tanamannya.

CKerana sudah selalu pergi ke Bandar Raya Melaka.

D Kerana bimbang akan kesan mabuk perjalanan yang teruk dan berterusan.38Bilakah mereka menaiki Menara Berputar Taming Sari?

ASelepas makan malam.

BSelepas menaiki beca.

CSelepas menaiki Gondola.

DSelepas menyusuri Sungai Melaka.[Lihat sebelah39Antara berikut, tempat manakah yang mungkin belum pernah penulis lawati.

AMelaka

BPulau Pinang

CPulau Langkawi

DTanah Tinggi Genting

40Berdasarkan petikan, bagasi membawa maksudAmakanan

Bminuman

C beg pakaian

D alat penjagaan badanKERTAS SOALAN TAMAT

011

SULIT