percubaan upsr julai2013 sabah bm1

15
Kertas 1 MASA : 50 MINIT Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 18 1. “Apakah tujuan _________ menitahkan patik datang menghadap?” tanya Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Melaka. A. beta B. tuanku C. hamba D. baginda Soalan 2 berdasarkan soalan di bawah 2. Gerard _______ sehelai kertas yang telah dicontengnya itu sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. A. merobek B. meramas C. mengepal D. merenyuk http://windyportal.blogspot.com/

Upload: muniamah-muni

Post on 28-Oct-2015

55 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Percubaan UPSR Julai2013 Sabah BM1

Kertas 1

MASA : 50 MINIT

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya,

ada satu sahaja yang betul. Pilih jawapan itu.

Soalan 1 hingga Soalan 18

1. “Apakah tujuan _________ menitahkan patik datang menghadap?” tanya

Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Melaka.

A. beta

B. tuanku

C. hamba

D. baginda

Soalan 2 berdasarkan soalan di bawah

2. Gerard _______ sehelai kertas yang telah dicontengnya itu sebelum

membuangnya ke dalam tong sampah.

A. merobek

B. meramas

C. mengepal

D. merenyuk

http://windyportal.blogspot.com/

Page 2: Percubaan UPSR Julai2013 Sabah BM1

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Dua ekor kerbau kepunyaan Pak Mail itu sedang _________ di dalam lumpur.

A. berpijak

B. bermain

C. bertimbun

D. berkubang

4. Richard sedang menyabit rumput ________ adiknya pula rajin menyapu sampah.

A. supaya

B. manakala

C. sambil

D. tatkala

5. Kerepek pisang itu berbau ______ kerana sudah lama disimpan.

A. tengik

B. hapak

C. hangit

D. busuk

http://windyportal.blogspot.com/

Page 3: Percubaan UPSR Julai2013 Sabah BM1

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Pokok buah-buahan di dusun Pak Cik Lim berbuah ____________.

A. rapat

B. sarat

C. lebat

D. sesak

7. Gina _______ makan angin ke Pulau Langkawi pada tahun lalu.

A. sedang

B. pernah

C. akan

D. perlu

8. Kim Seng mengusap-usap bulu anak kucing kesayangannya yang sedang ________

air susu di dalam piring itu.

A. menghisap

B. menghirup

C. memamah

D. menjilat

http://windyportal.blogspot.com/

Page 4: Percubaan UPSR Julai2013 Sabah BM1

9. Adik May Choo belajar di kelas _______ dahulu sebelum memasuki Tahun Satu

pada tahun hadapan.

A. prasekolah

B. prasejarah

C. pramatang

D. prakata

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10, Bayi itu tidur _______ di atas tilam selepas minum sebotol susu.

A. tertiarap

B. tersandar

C. terkapar

D. terlentang

11. Puan Chia membeli tiga _______ jagung bakar di gerai Pak Mat.

A. biji

B. ulas

C. batang

D. tongkol

http://windyportal.blogspot.com/

Page 5: Percubaan UPSR Julai2013 Sabah BM1

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Di dusun Pak Abas terdapat beberapa _________ buluh yang hidup subur.

A. kumpulan

B. batang

C. tompok

D. rumpun

13. Cecilia Ng lebih gemar memakai __________ berbanding cermin mata.

A. kanta cembung

B. kanta cengkung

C. kanta lekap

D. kanta pembesar

14. Pekerja itu dikenakan tindakan _________ kerana tidak hadir ke tempat kerja

tanpa sebab.

A. tatasusila

B. tatatertib

C. tataacara

D. tatanegara

http://windyportal.blogspot.com/

Page 6: Percubaan UPSR Julai2013 Sabah BM1

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15. Kumpulan pengakap itu berhati-hati semasa _________ sungai.

A. mengharung

B. merentas

C. melintas

D. meredah

16. Ular tedung yang mematuk lembu Ah Chong itu lari ______ ke dalam belukar.

A. simpang-siur

B. desas-desus

C. susup-sasap

D. bengkang-bengkok

17. Riki dan Sofea berjoging di taman rekreasi itu ________ waktu petang.

A. di

B. pada

C. dalam

D. kepada

http://windyportal.blogspot.com/

Page 7: Percubaan UPSR Julai2013 Sabah BM1

18. Rakyat Malaysia mesti hidup bersatu padu _______ keharmonian negara.

A. oleh

B. bagi

C. demi

D. pada

19. Sang Bedal telah terpedaya dengan tipu helah Sang Kancil yang cerdik itu.

Pilih perkataan seerti bagi helah.

A. sulit

B. penting

C. khianat

D. muslihat

20. Puan Yati berasa terkejut apabila melihat rumahnya berselerak seperti

digeledah orang.

Pilih perkataan berlawan bagi digeledah.

A. disimpan

B. didedah

C. dikemas

D. diselongkar

http://windyportal.blogspot.com/

Page 8: Percubaan UPSR Julai2013 Sabah BM1

Soalan 21 – 22

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21. I Ayah berasa penat kerana telah sehari suntuk bermandi peluh di sawah.

II Ai Ling tidak selesa berada di dalam bilik yang suntuk itu.

III Rakyat miskin menderita di negara yang suntuk itu.

IV Alan tidak jadi pergi ke pejabat pos kerana masa telah suntuk.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

22. I Jane dan Jenny bermain-main di atas batas sawah dengan gembiranya

semasa pulang ke kampung.

II Perjanjian melibatkan dua syarikat itu menjadi batas.

III Ahli pengakap itu merakam gambar pemandangan dari batas bukit.

IV Perbuatan budak-budak nakal itu sudah melampaui batas.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

23. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

Adakah awak pasti Sidi yang telah mengambil kotak pensel Da Wei?

A. Sidi tidak mempunyai duit untuk membeli kotak pensel yang cantik itu.

B. Kotak pensel Da Wei itu diambil oleh Sidi semasa di dalam kelas.

C. Ya, saya ternampak dia yang mengambilnya pada pagi tadi.

D. Sidi mengambil kotak pensel Da Wei pada waktu rehat.

http://windyportal.blogspot.com/

Page 9: Percubaan UPSR Julai2013 Sabah BM1

24. Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Tia baru menyedari kehilangan anjing peliharaannya itu pada pagi ini.

A. Siapakah yang baru menyedari kehilangan anjing peliharaan Tia pada hari ini?

B. Mengapakah Tia baru menyedari kehilangan anjing peliharaannya?

C. Bilakah Tia menyedari kehilangan anjing peliharaannya itu?

D. Di manakah anjing peliharaan Tia yang hilang itu ditemui pada pagi ini?

Soalan 25 – 26

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25. “Saya sedang minum petang ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku,” kata

David kepada Jason.

A. David diberitahu oleh Jason tentang kejadian tanah runtuh itu semasa

minum petang.

B. Jason berkata kepada David, semasa kejadian tanah runtuh itu berlaku dia

sedang minum petang.

C. Semasa kejadian tanah runtuh itu berlaku, David sedang minum petang.

D. David memberitahu Jason bahawa dia sedang minum petang semasa kejadian

tanah runtuh itu berlaku.

26. Shida memberitahu Wai Mun bahawa kelas tuisyen mereka pada minggu itu

telah dibatalkan.

A. “Kelas tuisyen mereka pada minggu ini telah dibatalkan,” kata Shida kepada

Wai Mun.

B. “Kelas tuisyen kami pada minggu ini telah dibatalkan,” kata Wai Mun kepada

Shida.

C. “Wai Mun, kelas tuisyen kita pada minggu ini telah dibatalkan,” kata Shida.

D. “Shida, kelas tuisyen kami pada minggu ini telah dibatalkan,” kata Wai Mun.

http://windyportal.blogspot.com/

Page 10: Percubaan UPSR Julai2013 Sabah BM1

Soalan 27 – 28

Pilih ayat yang betul.

27. A. Murid-murid berhimpun di padang sekolah daripada pagi tadi.

B. Farid dan Fareez gemar menuntun filem komedi sebagai hiburan semasa cuti

sekolah.

C. Majlis penyampaian hadiah itu diadakan dengan penuh gilang-gemilang di

dewan besar itu.

D. Bangunan-bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur tinggi-tinggi belaka.

28. I Semua murid-murid tahun enam diwajibkan menyertai kem motivasi yang

dianjurkan oleh pihak sekolah.

II Mei Hua menerima sebuah bunga daripada seseorang yang tidak dikenali.

III Tolong berikan novel ini kepada kakak kamu.

IV Tarian sewang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat orang asli.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I IV

Soalan 29 – 30

Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

Carmen banyak menyumbang idea yang bernas semasa perbincangan kumpulannya.

29. Simpulan bahasa yang paling sesuai bagi situasi di atas ialah ___________.

A. buah tangan

B. buah hati

C, buah fikiran

D. buah mulut

http://windyportal.blogspot.com/

Page 11: Percubaan UPSR Julai2013 Sabah BM1

30. Encik Lim ________ semenjak berita tentang penyelewengannya di dalam

syarikat itu terbongkar.

A. seperti kerbau dicucuk hidung

B. seperti kaca terhempas ke batu

C. seperti cacing kepanasan

D. seperti ayam berak kapur

Soalan 31 – 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Air penting kepada tubuh manusia. Hampir 70 peratus daripada tubuh

manusia terdiri daripada air. Kita boleh memperoleh air daripada pelbagai sumber.

Misalnya air paip, sungai, buah-buahan, minuman ringan dan sebagainya.

Orang dewasa memerlukan air antara lapan hingga dua belas gelas sehari.

Manakala, jumlah air yang diperlukan oleh kanak-kanak pula berbeza mengikut umur,

berat dan kegiatan aktiviti fizikal mereka. Keperluan air akan meningkat jika kita

banyak melakukan aktiviti di luar rumah, kerap bersenam atau berada di dalam bilik

berhawa dingin.

Selain itu, jumlah air yang hilang melalui badan juga berbeza-beza mengikut

individu. Kebiasaannya, kita akan kehilangan antara 500 hingga 600 mililiter air

melalui kencing dalam sehari. Oleh sebab itu, jumlah air yang keluar daripada badan

perlulah seimbang dengan jumlah air yang kita minum.

Ada banyak kebaikan meminum air. Antaranya ialah dapat meningkatkan

imunisasi badan, menghalang penyebaran toksin serta mengawal suhu badan.

Terdapat andaian yang ,menyatakan bahawa manusia dapat hidup selama lapan

minggu tanpa makanan tetapi tanpa air, manusia akan mati dalam masa tiga hari.

http://windyportal.blogspot.com/

Page 12: Percubaan UPSR Julai2013 Sabah BM1

Justeru itu, kita disaran agar meminum air dengan kadar yang mencukupi. Di

samping itu, kita juga perlu memastikan sumber air diperoleh dijamin

kebersihannya. Hal ini disebabkan, kebanyakan penyakit berpunca daripada air

contohnya penyakit taun.

Kesimpulannya, air amat penting kepada tubuh manusia. Oleh sebab itu, kita

perlu memastikan badan kita mendapat air yang secukupnya pada setiap hari. Hal ini

penting bagi memastikan badan kita sentiasa sihat dan segar.

31. Berapa peratuskah tubuh manusia yang terdiri daripada air?

A. Hampir 8 peratus

B. Hampir 12 peratus

C. Hampir 60 peratus

D. Hampir 70 peratus

32. Apakah aktiviti yang tidak menyebabkan kita perlu minum banyak air?

A. Bermain bola sepak

B. Tidur sepanjang hari

C. Berjoging di taman rekreasi

D. Bekerja di dalam bilik berhawa dingin

33. Kita hendaklah memastikan bahawa jumlah air yang keluar daripada badan

A. sedikit daripada jumlah air yang diminum.

B. sama banyak dengan jumlah air yang diminum.

C. lebih banyak daripada jumlah air yang diminum.

D. berbeza daripada jumlah air yang diminum.

http://windyportal.blogspot.com/

Page 13: Percubaan UPSR Julai2013 Sabah BM1

34. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

A. Penyakit taun ialah penyakit yang berpunca daripada air.

B. Kita perlu minum banyak air ketika di dalam bilik berhawa dingin.

C. Manusia akan mati dalam tempoh lapan minggu tanpa air.

D. Sumber air yang hendak dijakdikan minuman perlulah bersih.

35. Perkataan andaian dalam petikan bermaksud…

A. soalan

B. jawapan

C. cadangan

D. anggapan

Soalan 36 – 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan Lawatan ke Pusat Pemulihan Orang-orang Cacat Cheras

Pada hari Sabtu bersamaan 14 April 2012 yang lalu, Persatuan Sivik SJK(C) Taman

Kasih telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemulihan Orang-orang Cacat Cheras,

Kuala Lumpur. Lawatan ini telah disertai seramai 30 orang ahli persatuan dan lima

orang guru pengiring.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-

murid tentang kesungguhan golongan kurang upaya dalam melakukan kerja-kerja

mereka. Walaupun mereka dilahirkan cacat, tetapi mereka masih mampu melakukan

kerja-kerja yang diberi dengan sempurna.

Rombongan lawatan bertolak dari sekolah pada pukul 8:30 pagi dengan

menaiki bas sekolah. Dua jam kemudian, rombongan lawatan tiba di pusat pemulihan

tersebut. Ketibaan kami telah disambut oleh pengetua pusat pemulihan di situ.

http://windyportal.blogspot.com/

Page 14: Percubaan UPSR Julai2013 Sabah BM1

Selepas itu, rombongan dibawa melawat ke kawasan sekitar pusat pemulihan.

Menurut pengetua di situ, pusat ini menerima pelatih yang mengalami kecacatan

anggota seperti kudung tangan atau kaki. Walaupun mereka cacat anggota, namun

mereka masih mampu menjalani kursus kemahiran seperti menjahit pelbagai jenis

pakaian dan membuat raga daripada rotan.

Selain itu, pelatih di sini juga turut diajar dengan kemahiran membaiki

jentera. Seterusnya, mereka juga diajar dengan kemahiran membaiki barang-

barang elektrik seperti radio, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan sebagainya.

Rombongan bertolak pulang pada pukul 5:00 petang. Lawatan itu telah

memberi banyak manfaat dan pengalaman baru kepada rombongan. Kami bercadang

akan meneruskan lagi aktiviit seperti ini pada masa akan datang.

Laporan disediakan oleh, 17 April 2012

Alice Lee

(ALICIA LEE)

Setiausaha,

Persatuan Sivik,

SJK(C) Taman Kasih.

36. Berapakah jumlah rombongan yang menyertai lawatan tersebut?

A. 30 orang

B. 35 orang

C. 40 orang

D. 45 orang

http://windyportal.blogspot.com/

Page 15: Percubaan UPSR Julai2013 Sabah BM1

37. Apakah tujuan lawatan ini diadakan?

A. Menunjukkan kaedah pentadbiran pusat pemulihan diuruskan kepada murid-

murid.

B. Merapatkan hubungan antara murid-murid dengan orang-orang cacat anggota

C. Mendidik murid-murid agar peka dengan masalah orang cacat anggota

D. Mendedahkan murid-murid dengan kesungguhan orang-orang cacat anggota

pekerja

38. Rombongan lawatan tiba di Pusat Pemulihan Orang-orang Cacat Cheras pada jam

A. 8.30 pagi

B. 9.30 pagi

C. 10.30 pagi

D. 11.30 pagi

39. Kursus-kursus yang berikut ditawarkan di pusat pemulihan itu kecuali

A. kursus membaiki peralatan elektrik.

B. kursus membuat bakul daripada rotan.

C. kursus kemahiran membaiki sinki.

D. kursus menjahit pakaian.

40. Perkataan manfaat dalam petikan bermaksud

A. penting

B. berfaedah

C. cara

D. ilmu

http://windyportal.blogspot.com/