bm sjkc tahun 4 k1 2015 cg zurainie

15
1 PROGRAM PERMATA DIGILAP GEMILANG DICARI PEJABAT PELAJARAN DAERAH PAPAR UJIAN PRA UPSR 6 (OGOS) BAHASA MALAYSIA MASA : 50 MINIT NAMA : .................................. BAHAGIAN A (20 markah) Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A,B,C dan D.Bagi setiap soalan,pilih satu jawapan sahaja.Kemudian,tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 hingga soalan 20 Pilih jawapan yang paling sesuai. 1. “Yi Xuan, mesti pulang ke rumah sebelum waktu petang,” pesan ibu kepada Yi Xuan. A kamu B kami C dia D kalian 2. “ akan pastikan negeri Melaka ini sentiasa aman dan damai,” kata Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Mahmud. A Patik B Beta C Hamba D Tuan hamba 3. Vijay telah dijemput untuk merasmikan Majlis Bantuan Rakyat 1 Malaysia. A Cik B Datuk C Datin D Tuan Inspektor 4. Kita perlu alam sekitar dengan menanam pokok- pokok di kawasan perumahan. SJK ( C ) CHOONG HUA 1, BIDOR, PERAK. PKSR 2 2015 Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia ( Pemahaman ) Tahun : 4 Masa : 1 jam 15 minit Disediakan oleh : ............................ ( Cik Nur Zurainie Mohd Fauzi - Ketua Panitia Bahasa Malaysia ) Disemak oleh: ........................... ( Encik Lee Hun Koon - Guru Penolong Kanan 1 ) Disahkan oleh: ........................... ( Puan Chan Sow Yeng - Guru Besar ) Nama : .................... ............................ ..... Tahun : 4 ........... ...... Markah : ......... ................%

Upload: mazia

Post on 10-Jul-2016

42 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: BM SJKC Tahun 4 K1 2015 Cg Zurainie

1

PROGRAM PERMATA DIGILAP GEMILANG DICARI PEJABAT PELAJARAN DAERAH PAPAR

UJIAN PRA UPSR 6 (OGOS) BAHASA

MALAYSIA

MASA : 50 MINIT NAMA : ..................................KOD KERTAS : 021 KELAS : ..................................

BAHAGIAN A (20 markah)Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A,B,C dan D.Bagi setiap soalan,pilih satu jawapan sahaja.Kemudian,tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga soalan 20Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. “Yi Xuan, mesti pulang ke rumah sebelum waktu petang,” pesan ibu kepada Yi Xuan.

A kamuB kamiC diaD kalian

2. “ akan pastikan negeri Melaka ini sentiasa aman dan damai,” kata Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Mahmud.

A PatikB BetaC HambaD Tuan hamba

3. Vijay telah dijemput untuk merasmikan Majlis Bantuan Rakyat 1 Malaysia.

A CikB DatukC DatinD Tuan Inspektor

4. Kita perlu alam sekitar dengan menanam pokok- pokok di kawasan perumahan.

A menanamB membersihkanC menghormatiD mencintai

5. Buah durian belanda mempunyai isi yang berwarna putih dan mempunyai biji yang .

A lembutB kerasC tajamD manis

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Siew Min yang menjerit apabila menonton filem yang seram itu.

A pintar seperti Sang Kancil B garang seperti harimauC berani seperti singaD takut seperti tikus

Markah : .........................%Tahun : 4 .................Nama : .....................................................

Disediakan oleh : ............................ ( Cik Nur Zurainie Mohd Fauzi - Ketua Panitia Bahasa Malaysia )Disemak oleh : ........................... ( Encik Lee Hun Koon - Guru Penolong Kanan 1 )Disahkan oleh : ........................... ( Puan Chan Sow Yeng - Guru Besar )

Masa : 1 jam 15 minitTahun : 4Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia ( Pemahaman )

SJK ( C ) CHOONG HUA 1, BIDOR, PERAK.PKSR 2 2015

Page 2: BM SJKC Tahun 4 K1 2015 Cg Zurainie

2

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7. Zi Hui terjun ke dalam sungai terlihat seorang budak lemas di dalam sungai.

A apabilaB jikaC walaupunD supaya

8. “ cari maklumat tambuhan tentang tokoh bahasa di Internet,” kata Cikgu Zue.

A SilaB J anganC TolongD Harap

9. Inspektor Sabrina bertugas?

A MengapakahB BagaimanakahC Di manakahD Apakah

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. “ , sakitnya kakiku ini!” kata seorang anggota tentera yang cedera semasa bertugas.

A OhB AmboiC AduhaiD Aduh

11. Kaki Yong Bin luka dan berdarah kerana dia duri pokok bunga mawar di hadapan rumah.

A memijakB terpijakC dipijakD berpijak

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Feng Chieng berlari kerana dikejar oleh anjing semasa pulang dari sekolah.

A kelam-kabutB bengkang-bengkokC lintang-pukangD huyung-hayang

13. Khuan Pei membeli untuk rakannya sebelum pulang dari Cameron Highlands.

A buku ceritaB tudung sajiC kraf tanganD kaca mata

Page 3: BM SJKC Tahun 4 K1 2015 Cg Zurainie

3

14. Pemain bola baling yang hebat itu bola ke arah pintu gol dengan kuat.

A merejamB menangkapC melantunD melambung

15. Weng Jun menerima sepucuk surat sahabatnya, Carolin yang kini berada Kuala Lumpur.

A kepada, dariB kepada, daripadaC dari, diD daripada, di

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

16. Si Pari-Pari memberi kapak emas kepada Pak Tua kerana sikapnya yang jujur.

A Pak Tua yang jujur memberi kapak emas kepada Si Pari- pari.

B Kapak emas yang jujur diberi oleh Si Pari-pari kepada Pak Tua.

C Sikap Pak Tua yang jujur menyebabkan Si Pari-pari diberi kapak emas.

D Oleh sebab sikapnya yang jujur, kapak emas diberi kepada Pak Tua oleh Si Pari-pari.

Soalan 17 hingga 20Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Lim Wei Eng,9, Taman Maju Jaya, 35500 Bidor,Perak.1 Oktober 2015.

Menemui sahabatku, Herina yang berada di Melaka. Semoga sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.Sahabatku,

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya bercuti di Air Terjun Lata Kinjang pada cuti sekolah yang lalu. Perjalanan menuju ke sana mengambil masa lebih kurang satu jam dari tempat tinggal saya.

Untuk pengetahuan saudari, pemandangan Air Terjun Lata Kinjang ini sangat menarik. Hal ini kerana tempat ini juga merupakan tempat perkelahan. Di samping dapat mandi-manda, saya juga dapat meluncur air menggunakan gelongsor yang disediakan.

Selain itu, pelbagai kemudahan disediakan untuk keselesaan pengunjung. Ada gerai makanan, pondok rehat, tempat mandi dan tempat meletak kenderaan yang selamat.

Sampai di sini dahulu coretan saya pada kali ini. Saya berharap dapat membawa saudari ke sini satu hari nanti.

Sekian, terima kasih.Sahabatmu,Lim Wei Eng

Page 4: BM SJKC Tahun 4 K1 2015 Cg Zurainie

4

17. Siapakah sahabatku dalam surat di atas?

A JiranB HerinaC Lim Wei EngD Kawan sekelas

18. Apakah tujuan penulis menulis surat kepada sahabatnya?

A menceritakan pengalaman bercuti di Air Terjun Lata Kinjang B menceritakan perjalanan ke Air Terjun Lata KinjangC bertanyakan kesihatan Aina dan keluargaD menyatakan pemandangan Air Terjun Lata Kinjang

19. Apakah kemudahan yang ada di Air Terjun Lata Kinjang?

A pelampung dan jaketB bilik air dan gerai buahC pondok rehat dan kedai makanan D tempat mandi dan kedai mainan

20. Perkataan coretan dalam petikan bermaksud

A nasihatB ceritaC tulisanD bebelan

BAHAGIAN B (30 markah)Soalan 21-Soalan 25

Soalan 21 [4 markah]Garisi kata kerja yang paling sesuai dalam ayat yang di bawah.

1. Wen Jing ( menuang, mengisi ) jus tembikai ke dalam gelas sebelum dihidangkan kepada

tetamu.

2. Puan Lee ( memotong, membelah ) sayur sawi menggunakan pisau baharunya.

3. Paramveer ( memanjat, menaiki ) pokok kelapa yang tinggi itu dengan

menggunakan tangga dan tali.

4. Novel yang terkenal itu ( dikarang, disampaikan ) oleh seorang penulis baharu yang

sangat berbakat.

Page 5: BM SJKC Tahun 4 K1 2015 Cg Zurainie

5

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi. [2 markah]

Ayat tanya:

Jawapan: Nama saya ialah Yan Ying Ying.

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah. [2 markah]

c. Padankan kata dengan gambar yang sesuai untuk membentuk bandingan semacam. [2 markah]

Rajin macam

Garang seperti

Bulat macam

Besar macam

Tahniah, kamu telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita!

Page 6: BM SJKC Tahun 4 K1 2015 Cg Zurainie

6

Soalan 23Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a. Faedah membaca dalam petikan di atas ialah kita akan mendapat

[2 markah]

b. Mengapakah seseorang itu rajin membaca namun masih tidak pandai?

Seseorang yang rajin membaca tetapi masih tidak pandai kerana

[2 markah]

c. Perkataan rendah diri bermaksud .

[2 markah]

Mengapakah kita membaca? Kita akan mendapat pengetahuan dalam pelbagai aspek dengan membaca. Membaca juga menjadikan kita seorang yang berilmu dan tidak mudah diperbodohkan oleh orang lain. Melalui pembacaan yang luas, kita boleh bercakap tentang pelbagai topik dan tidak akan wujud rasa rendah diri.

Pendapat umum mengatakan bahawa orang yang banyak membaca itu pandai dan tahu tentang banyak perkara. Walau bagaimanapun, pendapat ini tidak semestinya diguna pakai oleh semua orang. Memang ada orang yang rajin belajar tetapi tidak pandai. Ini berlaku kerana mereka membaca bahan-bahan yang tidak bermutu dan tidak mengandungi ilmu pengetahuan.

Kesimpulannya, untuk menjadi seorang yang berilmu, kita mesti banyak belajar dan membaca. Semasa belajar dan membaca, kita harus berfikir sama ada pengetahuan tersebut dapat digunakan dalam kehidupan seharian atau tidak.

Page 7: BM SJKC Tahun 4 K1 2015 Cg Zurainie

7

Soalan 24Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a. Bilakah SJK (C) Nan Ya mengadakan hari sukan?

SJK (C) Nan Ya mengadakan hari sukan pada .

[2 markah]

b. Apakah tujuan hari sukan tersebut diadakan?

Tujuan hari sukan tersebut diadakan adalah untuk

[2 markah]

c. Siapakah yang dinobatkan sebagai olahragawati sekolah?

[2 markah]

d. Perkataan mengungguli dalam petikan bermaksud

[2 markah]

SJK(C) Nan Ya, Johor telah mengadakan hari sukan pada 12 April 2014 yang lalu. Hari sukan ini diadakan untuk menyemai semangat kesukanan dalam diri setiap murid di samping menyatupadukan warga sekolah. Hari sukan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Ong Ka Chuan tepat pukul 9.00 pagi. Temasya sukan kali ini bertambah meriah dengan warna-warni rumah sukan yang terdiri daripada Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Kuning dan Rumah Hijau.

Pelbagai acara dipertandingkan seperti acara lompatjauh, lontar peluru, lompat tinggi dan acara balapan. Acara kemuncak ialah acara tarik tali antara rumah sukan. Majlis penyampaian hadiah berlangsung dengan meriah. Lai Wei Xian telah dinobatkan sebagai olahragawan, manakala olahragawati pula disandang oleh Loh Yu Ki. Pasukan Rumah Biru pula berjaya mengungguli secara keseluruhan.

Page 8: BM SJKC Tahun 4 K1 2015 Cg Zurainie

KERTAS SOALAN TAMAThmkkkkkk

8

Soalan 25Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Anjuran : Persatuan Bahasa Malaysia SJK (C) Choong Hua 1

Tarikh : 18 April 2015 (Sabtu)Masa : 8.00 pagi - 5.00 petangTempat berkumpul : Dewan SJK(C) Choong Hua 1

Atur Cara8.45 pagi : Tiba di pusat jagaan dan rawatan8.50 pagi : Taklimat oleh pengasas pusat, Puan Muji

9.00 pagi : Menolong membersihkan penghuni di situ9.30 pagi Mengedarkan sarapan kepada penghuni10.00 pagi : Gotong-royong membersihkan kawasan pusat12.30 tengah hari : Makan tengah hari bersama dengan penghuni

1.30 petang : Persembahan2.30 petang : Penyampaian cenderamata kepada penghuni3.30 petang : Minum petang

a. Di manakah ahli Persatuan Bahasa Malaysia SJK (C) Choong Hua 1 perlu berkumpul

sebelum melawat Rumah Orang Tua Tapah?

Ahli Persatuan Bahasa Malaysia SJK (C) Choong Hua 1 perlu berkumpul di

[2 markah]

b. Apakah perkara yang dilakukan setelah aktiviti mengedar sarapan kepada

penghuni dilakukan?

Perkara yang dilakukan setelah aktiviti mengedar sarapan kepada penghuni dilakukan

ialah

[2 markah]

c. Apakah maksud cenderamata dalam atur cara di atas?

Maksud cenderahati ialah

[2 markah]

LAWATAN KE RUMAH ORANG TUA TAPAH