bm ketras 2 sumaatif 2 tingkatan 4

13
Markah penuh 30 dibahagikan kepada (a) Isi - 20 markah (b) Bahasa - 10 markah (a) Isi (20 markah) Nota ( i ) Panduan mengira perkataan (a) Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan - nama khas - perkataan berulang - penggunaan kata depan di dan ke - tarikh - angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan - gelaran ( ii ) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa. ( iii ) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa. ( iv ) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja. Bahagian Markah Markah Pengenalan/ Pendahuluan 2 Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16 Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4 Penutup/Kesimpulan 2 Jumlah Maksimum 20

Upload: maizatulfathiyyah

Post on 17-Jan-2016

357 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

Page 1: Bm Ketras 2 Sumaatif 2 Tingkatan 4

Markah penuh 30 dibahagikan kepada

(a) Isi - 20 markah

(b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi (20 markah)

Nota ( i ) Panduan mengira perkataan

(a) Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan - nama khas - perkataan berulang - penggunaan kata depan di dan ke - tarikh - angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan - gelaran

( ii ) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa.

( iii ) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.

( iv ) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Markah Markah

Pengenalan/Pendahuluan 2

Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16

Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

Penutup/Kesimpulan 2

Jumlah Maksimum 20

Page 2: Bm Ketras 2 Sumaatif 2 Tingkatan 4

(b) Bahasa ( 10 markah )

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada ½ markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut:

Peringkat Markah Isi Markah Bahasa

Huraian Bahasa

Baik 18-20

15-17

9-10

7-9

- Kesinambungan isi baik- Struktur ayat/tatabahasa baik- Kosa kata luas- Tanda baca/ejaan betul

Sederhana 12-14

8-11

6-7

4-6

- Kesinambungan isi masih baik- Struktur ayat/tatabahasa masih memuaskan- Kosa kata masih memuaskan- Tanda baca/ejaan memuaskan

Lemah 1-7 1-4 - Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan/tidak memuaskan

Nota

( I ) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.

( ii ) Jika markah bahasanya kurang memuaskan , tolak 1 markah.

( iii ) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan,ayat demi ayat walaupun jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah untuk bahasa.

( iv ) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong. [ Markah Bahasa, maksimum : 10 markah]

Page 3: Bm Ketras 2 Sumaatif 2 Tingkatan 4

Skema jawapan Peperiksaan Sumatif 2 Tingkatan 4 BAHASA MELAYU KERTAS 2

SOALAN 1: RUMUSAN

Pendahuluan

1. Petikan membincangkan kelebihan-kelebihan/kebaikan-kebaikan/manfaat-manfaat/kemaslahatan/kepentingan jiran dalam kehidupan masyarakat [2 m]

2. Petikan membincangkan faedah-faedah jiran dalam kehidupan masyarakat [0 m]

Isi-isi Tersurat : (faedah-faedah jiran dalam kehidupan masyarakat

1. Dapat menjana kehidupan setempat aman dan harmoni. [2 m]2. Mudah memberikan perttolongan pada saat kita ditimpa bencana [2 m]3. Memberi manfaat/mendapat pengetahuan dalam sesuatu bidang ilmu/kemahiran yang

dimiliki oleh mereka [2 m]4. Menjamin keselamatan setempat [2 m]5. Dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian/kesejahteraan masyarakat.

[2 m]6. Jiran melaporkan gejala sosial/gejala sosial dapat dibendung. [2 m] 7. Dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat

[2 m]8. Melahirkan perpaduan melalui hubungan baik [2 m]9. Memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian bijak

semasa mereka [2 m] 10. Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. [2 m]

Isi-isi Tersirat : (cara-cara memeupuk semangat kejiranan)

1. Mengadakan majlis gotong-royong/kenduru-kendara/membersihkan kawasan kampung/tolong-menolong/bantu-membantu [2 m]

2. Mengadakan rumah terbuka/hari perayaan/ziarah-menziaraahi/bertegur sapa/ berukar-tukar makanan/bertanya khabar [2 m]

3. Membuat rondaan bersama pada waktu malam/menyertai Rukun Tertangga/RELA [2 m]4. Mengadakan tabung kebajikan/khairat kematian/kempen-kempen/memberikan

peneranganmenghormati hak jiran/mendidik anak-anak/mengadakan ceramah tentang semanagat kejiranan [2 m]

5. Mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat/ persatuan belia/persatuan penduduk [2 m]6. Menhgdakan hari keluarga/pertandingan/sukaneka/keraian hari jadi/kenduri arwah [2 m]

Page 4: Bm Ketras 2 Sumaatif 2 Tingkatan 4

Kesimpulan

Kesimpulannya, semua pihak perlulah menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan [2 m]

SOALAN 2:PEMAHAMAN

SOALAN 2(a)- Petikan umum

(i) ...Maksud rangkai kata menjamin keselamantan setempat ialah mengambil langkah-langkah awal sebelum sesuatu yang buruk berlaku dalam kawasan persekitaran /menjaga/memastikan keharmonian kawasan [2 m]

(ii) ...sebagai kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara...dapat mengelakkan negara daripada berada dalam keadaan kucar-kacir...jiran/masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai [3 m]

(iii) ...masyarakat bersikap materilisti/mengejar wang/kekayaan... masyarakat bersikap individualistik/mementingkan diri/tidak suka menjaga tepi kain orang...terlalu sibuk bekerja...kurang kesedran/tidak mengambi tahu hal jiran/ dengki/sombong/angkuh/ego [4 m]

SOALAN 2(b)- Petikan drama

(i) …kerana Imam dan Siak memintanya agar tidak lagi bersilat di gelanggang dan usianya sepatutnya dihabiskan di masjid ….juga tak puas hati kerana perihalnya yang membantu orang kampung yang patah kaki, terkehel, dan histeria tidak pula menjadi teguran imam dan Siak. [2 m]

(ii) ... tidak wajar ... kerana Tuk Wali sentiasa solat berjemaah di masjid dan tidak pernah lupa menunaikan kewajipannya di masjid ….Tuk Wali banyak berjasa kepada penduduk kampung ...jasa Tuk Wali harus disanjung tinggi. [3 m]

(iii) ...dalam petikan: beranda rumah Tuk Wali. Cth: Tuk Wali menggantung biola di dinding beranda.. ...keseluruhan drama: gelanggang silat. Cth: Tuk Wali bersilat di gelanggang di depan rumahnya dan Berkelahi [4 m]

SOALAN 2(c)- Petikan prosa klasik

(i) …mengupah orang menyediakan sebuah lubang besar …menghalau kerbau-kerbau itu ke dalam lubang lalu ditutup dengan segumpal tanah ...mencucuk hidung kerbau-kerbau liar itu. [3 m]

(ii)... Merah Silu suka bermain dengan kerbau liar

Page 5: Bm Ketras 2 Sumaatif 2 Tingkatan 4

…orang ramai kurang senang dengan perlakuan Merah Silu [2 m]

(iii) …bersemuka dengan Merah Silu untuk mendengar penjelasannya …menasihati Merah Silu agar mengubah tabiatnya yang suka bermain kerbau liar … memberikan cadangan kepada Merah Silu, iaitu membina kandang kerbau supaya tidak menganggu orang kampung. [3 m]

SOALAN 2(d)- Petikan Puisi

(i) Apakah kesan yang akan berlaku terhadap seseorang suka berbudi? ….. Orang tersebut akan menjadi sebutan orang ramai ….. Orang tersebut akan dikenang selalu … diingati sama ada hidup atau meninggal dunia [3m]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memberikan galakan kepada seseorang supaya dia sentiasa berbudi kepada masyarakat? …ibu bapa menunjukkan suri teladan seorang yang berbudi …ibu bapa memberikan didikan agama kepada anak sejak kecil ….pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran tentang budi bahasa [3m]

(iii) Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut. …Kita hendaklah ikhlas menabur budi agar dirahmati oleh Tuhan …Kita hendaklah bersyukur atas budi yang diterima agar memperoleh budi yang lebih banyak lag … Kita hendaklah sentiasa mengenang budi seseorang agar orang yang berkenaan terus berbudi. [3m]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada :

Soalan 3(a) : 6 markahSoalan 3(b) : 6 markahSoalan 3(c) : 6 markahSoalan 3(d) : 6 markahSoalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a) :1. Beri 1 markah bagi setiap ayat yang betul.2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan atau jalan bahasa secara keseluruhan.3. Perkataan berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.5. Jika memberi makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh – 1 markah.6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap

ayat.7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu

ayat.8. Boleh menggunakan struktur ayat cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.9. Isi tidak begitu jelas, tolak ½ markah bagi setiap ayat.10. Sengaja meninggalkan / menambah imbuhan – 0 markah.

Page 6: Bm Ketras 2 Sumaatif 2 Tingkatan 4

(a) Bina Ayat.i. menjunjung – membawa di atas kepala / mematuhi atau menurut / menjunjung duli

Wanita tua itu menjujung sebakul sayur untuk menjajanya di sekeliling kampung.

ii. mengelek – mengangkat (membawa) di bawah ketiak, mengepit Puan Salmah mengelek sebuah fail ketika masuk ke kelas.

iii. membimbit – membawa sesuatu dengan dipegang dengan hujung jari, menjinjingWanita itu membimbit beg tangannya ketika masuk ke dewan itu.

iv. menatang – membawa sesuatu di atas tapak tangan, menatingPramusaji itu telah menatang sedulang minum kepada pelanggannya.

v. menandu – mengusung dengan tandu (usungan)Ahli paramedik telah menandu mangsa kemalangan itu ke ambulans untuk dikejarkan ke hospital.

vi. mendukung – menggendong, membawa kanak-kanak kecil pada pinggang, belakang / memikul atau berusaha untuk menjayakan sesuatu / membantu bersama-sama, menyokong.Kita haruslah mendukung usaha negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

[6 markah]

(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya

(i) kadar kemalangan jalan raya meningkat disebabkan oleh kecuaian pemandu

(ii) Pusat Beli-belah Mydin dikunjungi oleh ribuan pengunjung menjelang hari raya

(iii) Dr. Maimunah telah dijemput oleh ketua kampung untuk menyampaikan ceramah berkaitan

penyakit Tibi.

[6 markah](c) Ejaan dan imbuhan

Nota:1. Berikan 1 m bagi setiap jawapan yang betul.

(i) Sampah-sarap [Sampah sarap] yang dibuang dengan sesuka hati oleh penduduk disebabkan [menyebabkan] longkang tersumbat.

(ii) Kaum wanita yang berhasrat untuk mengambil pekej (pakej) rawatan kecantikan muka dinasihatkan (dinasihati) agar berjumpa dengan pakar kosmetik yang berkelayakan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

(iii) Golongan belia haruslah mempunyai penahanan (ketahanan) diri yang kental demi mengikis gejala negatif yang boleh mengkucar-kacirkan (mengucar-ngacirkan) masa depan mereka. [6 markah]

(d) Penggunaan kata atau istilah atau kesalahan tatabahasa.

Nota:1. Berikan 1 m bagi setiap jawapan yang betul.

Page 7: Bm Ketras 2 Sumaatif 2 Tingkatan 4

(i) Majlis Perbandaran Pulau Pinang menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menahan

(membanteras/memerangi/menghapuskan/mengatasi/menangani) kegiatan tidak bermoral di siber kafe (kafe siber) .

(ii) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor telah mengunci (menyita) 55 buah kenderaan dan mengeluarkan sebanyak 930 saman bagi pelbagai kesalahan trafik di dalam (dalam) operasi bersepadu yang diadakan selama tiga hari.

(iii) Empat sekeluarga warga Singapura maut apabila kenderaan serba (pelbagai) guna yang mereka naiki (dinaiki mereka) terbabas di kilometer 150.6 Lebuh Raya Utara Selatan.

(e) peribahasa

Nota :

i) Beri 2 markah bagi setiap peribahasa yang betul.

ii) Peribahasa tidak boleh diubah daripada yang asal.

iii) Meninggalkan mana-mana perkataan 0 m.

iv) Mengubah struktur peribahasa/kedudukan perkataan dalam peribahasa 0 m.

(i) bagai pinang dibelah dua / seperti telak (bekas kaca) dengan tudungnya / seperti raja dengan menteri

(ii) ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi / bapa borek anaknya rintik / di hulu keruh, di hilir pun keruh / ke mana turunnya air kalau tidak ke cucuran atap

(iii) lautan mana yang tak bergelombang / gading mana yang tidak retak / semanis-manis gula ada juga berpasir

Soalan 4: Novel

Markah Penuh 15 markah

Perhatian bagi Soalan 4

1. Jawapan ( a ) berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.2. Jawapan bagi ( b ) mestilah berdasarkan sebuah buah novel yang dipelajari.3. Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna / lengkap4. Pemberian markah bahasa berdasarkan impression.5. Markah bahasa tidak boleh melebihi markah isi.

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan perasaan anda terhadap peleraian novel tersebut. Nyatakan dua alasan yang munasabah.

Berdasarkan novel Melunas Rindu yang saya baca, saya suka akan peleraian novel tersebut.

Pada peringkat peleraian, saya suka akan sikap Fuad dan Farhana yang tabah menghadapi dugaan mereka. Fuad menaruh perasaan terhadap Farhana tetapi niat terhalang kerana mereka bersaudara. Namun demikian, Fuad

Page 8: Bm Ketras 2 Sumaatif 2 Tingkatan 4

tidak menghilangkan diri malahan menyayangi Farhana sebagai adiknya. Oleh itu, saya suka peleraian novel ini yang menggambarkan watak yang berhati terbuka menghadapi dugaan.

Saya juga berasa gembira apabila mendapati hubungan kekeluargaan antara Keluarga Fuad dan Keluarga Farhana terjalin. Akhirnya, Fuad membawa ibunya, Mak Salmah dan Pak Isamil untuk menunaikan umrah sebelum dia menyambung pengajian dalam bidang perguruan. Peringkat peleraian telah menggambarkan kasih sayang merupakan ubat penawar perasaan dendam. Akhirnya, Mak Salmah tidak menaruh perasaan dendam terhadap keluarga Fuad. [7 markah]

(b) Berdasarkan sebuah buah novel yang anda pelajari, huraikan perwatakan watak utama yang terdapat dalam novel tersebut.

[8 markah]

Berdasarkan novel yang anda baca, watak utama ialah Fuad. Watak Fuad digambarkan oleh pengarang sebagai seorang anak muda yang kacak, tubuhnya tinggi, berdarah kacukan Cina dan Melayu, iaitu ayahnya berketurunan Cina dan emaknya pula berketurunan Melayu.

Selain itu, Fuad memiliki kelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari universiti ternama di Amerika Syarikat. Fuad bekerja sebagai guru sementara yang mengajarkan Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. Dia juga seorang yang dedikasi terhadap tugasnya sebagai guru, contohnya dia tidak pernah ponteng kelas dan sanggup pulang lewat untuk membimbing anak-anak muridnya yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Fuad ialah seorang yang taat akan perintah agama dan sebagai buktinya dia tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau sebagai musafir dia menunaikan solat qasar. Sebagai contoh, Fuad berhenti di sebuah masjid untuk menunaikan soalat qasar ketika dia dan Farhana dalam perjalanan ke Kuantan. Fuad ialah seorang anak muda yang tabah menghadapi cabaran hidup yang penuh dengan liku dan dia tidak pernah mengesali nasibnya itu. contohnya dia tabah menghadapi hidupnya tanpa ibu dan bapa di sisinya. Dia cuma menumpang kasih sayang daripada bapa dan ibu saudaranya iaitu Patrik Lim dan Swee Lan. Selain itu, dia juga menumpang kasih sayang daripada keluarga angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah. Bukti lain ialah dia tabah menghadapi kenyataan bahawa Farhana ialah adik kandungnya sendiri yang berlainan bapa. Fuad juga digambarkan sebagai seorang yang penyayang.contohnya, dia sayang akan apaknya dan juga adik-adik sepupunya. Buktinya dia sanggup memberikan wang dan menanggung persekolahan Ah Soh yang sedang belajar di tingkatan enam atas. Fuad turut digambarkan sebagai orang yang suka menolong orang lain. Sebagai contoh, dia membantu Farhana untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital dan mengambil berat akan adik-adik Farhana. Selain itu, Fuad seorang yang murah hati dalam menghulurkan sebarang bantuan, contohnya dia dengan murah hati membayar bil rawatan anak rakannya, iaitu Borhan yang demam panas. Di samping itu, Fuad juga murah hati dengan membelikan Pak Ismail sebuah motosikal untuk kegunaannya seharian. Fuad juga murah hati dengan memberi jagung yang ditanamnya sendiri kepada Farhana dan guru-guru di sekolahnya. Selain itu, Fuad digambarkan sebagai seorang yang menghormati orang lain. Contohnya dia menghormati Pak Ismail dengan Mak Salmah dan tidak pernah meninggikan suaranya ketika berbicara. Contoh yang lain ialah dia menghormati Cikgu Zamani dengan memenuhi jemputan untuk makan malam di rumahnya.

Page 9: Bm Ketras 2 Sumaatif 2 Tingkatan 4

Berdasarkan novel yang anda baca, nyatakan perasaan anda terhadap peleraian novel tersebut. Nyatakan dua alasan yang munasabah.

Jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai baik hati dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.             (7 markah)

Berdasarkan novel Melunas Rindu yang saya baca, terdapat peristiwa yang dikaitkan dengan nilai baik hati.

   Fuad telah menumpangkan ____________ pulang ke kampungnya. Fuad bertemu________ di __________ ketika membeli buah tangan untuk keluarganya. __________ tidak dapat pulang ke kampung dengan bas kerana ___________________. Fuad menghulurkan bantuan untuk menumpangkan_______________ dan menghantar_____________ ke rumahnya.

   Pak Said sedia menemani Fuad ke Lempah Klau untuk mencari__________. Fuad  telah bertemu dengan  Pak Said di surau. Pak Said yang mendengar cerita Fuah dan bersedia untuk membantunya. Bantuan Pak Said memudahkan usaha Fuad mencari __________. Ketika di Felda Lemah Klau, Pak Saidlah yang menjelaskan tujuan  kedatangan mereka kepada Pak Ngah Lias.Soalan 3: Pengetahuan dan kefahaman tentang tatabahasa bahasa Melayu

Soalan 4

Markah Penuh 15 markah

Page 10: Bm Ketras 2 Sumaatif 2 Tingkatan 4

Perhatian bagi Soalan 4

1. Jawapan ( a ) berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.

2. Jawapan bagi ( b ) mestilah berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.

3. Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna / lengkap

4. Pemberian markah bahasa berdasarkan impression.

5. Markah bahasa tidak boleh melebihi markah isi.

Perhatian bagi ( a )

( i ) Berikan 1 markah bagi setiap pernyataan persoalan yang betul.

( ii ) Berikan 1 markah bagi setiap huraian persoalan yang tepat.

[ beri ½ markah bagi huraian yang ringkas dan beri 1 markah bagi huraian yang lengkap]

3 persoalan berserta dengan huraian lengkap = 7 markah

2 persoalan berserta dengan huraian lengkap = 4 markah

1 persoalan berserta dengan huraian lengkap = 2 markah

(Genapkan 7 markah untuk 3 persoalan berserta dengan huraian lengkap.)

( iii ) Markah maksimum untuk isi 7 markah.

Perhatian bagi ( b )

( i ) Jawapan tepat berdasarkan teks yang dipelajari.

( ii ) Pelajar mesti mengemukakan satu perwatakan positif daripada setiap novel.

( iii ) Pernyataan mestilah relevan/logik dan disokong dengan huraian/contoh/peristiwa yang tepat.

( iv ) Berikan 1 markah bagi pernyataan perwatakan.

( v ) Berikan 2 markah bagi huraian yang tepat berdasarkan perwatakan yang diberi.

( iv ) Markah maksimum untuk isi 6 markah dan markah maksimum untuk bahasa

Page 11: Bm Ketras 2 Sumaatif 2 Tingkatan 4

2