blue ocean strategy bos

6
Blue Ocean Strategy : Strategi Laut Biru oleh: AbuMuadz Pengarang: W. Chan Kim ; Renee Mauborgne Summary rating: 4 stars (9 Ulasan) Lawatan : 759 Perkataan:600 More About : strategi lautan biru Abstrak ini telah diterjemahkan daripada Blue Ocean Strategy Abstrak : Strategi Laut Biru (Blue Ocean Strategy) merupakan suatu revolusi didalam strategi perniagaam dan inisiatif global bagi mengabungkan kreativiti dan inovasi di dalam perancangan perniagaann dan operasi bagi menguasai pasaran yang tidak terbatas. Suatu keusahawanan pada kelas dunia masa hadapan amat perlu bergerak jauh daripada pendekatan tradisi yang meningkatkan produktiviti dan insentif kepada pelanggan – pelanggan untuk terus mengekalkan kedudukan teratas melalui persaingan yang menjerat leher. Berdasarkan kajian yang mendalam terhadap sejumlah industri- industri pendahulu, penulis mengingatkan kita dalam scenario perkembangan perniagaan tiada mana – mana syarikat ulung kekal atau pasaran atau gagasan perniagaan, sebaliknya kejayaan datang daripada keadaan proaktif dan bertentangan budaya, sosioekonomi, alam sekitar, kemajuan teknologi dan mengadaptasi rangka kerja baru dan perniagaan berasaskan alatan analatikal bagi membangunkan Strategi Laut Biru. Dengan berkembangnya populariti Strategi Lautan Biru, kesemua syarikat – syarikat kelas dunia akan meminggirkan kaedah tradisi yang mengambil pendekatan memaksimakan produktiviti atau merendahkan harga bagi melestarikan perkembangan yang boleh Blue O cean Strat

Upload: arwamohd89

Post on 30-Jun-2015

360 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Blue Ocean Strategy BOS

Blue Ocean Strategy : Strategi Laut Biruoleh: AbuMuadz     Pengarang: W. Chan Kim; Renee Mauborgne

Summary rating: 4 stars (9 Ulasan) Lawatan : 759 Perkataan:600 

More About : strategi lautan biru

Abstrak ini telah diterjemahkan daripada Blue Ocean Strategy  Abstrak : Strategi Laut Biru (Blue Ocean Strategy) merupakan suatu revolusi didalam strategi perniagaam dan inisiatif global bagi mengabungkan kreativiti dan inovasi di dalam perancangan perniagaann dan operasi bagi menguasai pasaran yang tidak terbatas. Suatu keusahawanan pada kelas dunia masa hadapan amat perlu bergerak jauh daripada pendekatan tradisi yang meningkatkan produktiviti dan insentif kepada pelanggan – pelanggan untuk terus mengekalkan kedudukan teratas melalui persaingan yang menjerat leher.

Berdasarkan kajian yang mendalam terhadap sejumlah industri- industri pendahulu, penulis mengingatkan kita dalam scenario perkembangan perniagaan tiada mana – mana syarikat ulung kekal atau pasaran atau gagasan perniagaan, sebaliknya kejayaan datang daripada keadaan proaktif dan bertentangan budaya, sosioekonomi, alam sekitar, kemajuan teknologi dan mengadaptasi rangka kerja baru dan perniagaan berasaskan alatan analatikal bagi membangunkan Strategi Laut Biru.

Dengan berkembangnya populariti Strategi Lautan Biru, kesemua syarikat – syarikat kelas dunia akan meminggirkan kaedah tradisi yang mengambil pendekatan memaksimakan produktiviti atau merendahkan harga bagi melestarikan perkembangan yang boleh menguntungkan. Bagi menguasai peluang – peluang perniagaan, mereka perlu menganjak dari pendekatan peningkatan kemajuan dan mempunyai kuantum kejatuhan, melalui melakukan inovasi dengan utiliti pelanggan, harga dan kos yang menciptakan kesan paksaan kepada segmen pengguna yang tidak terhad. Strategi- strategi Laut Biru memerlukan fokus perniagaan yang jelas, bercambah, tanda garis paksaan dan melihat merentasi pelbagai industri/perkhidmatan, kumpulan strategic didalam industri, rantaian pembeli – pembeli dan fungsi/emosi yang dipaparkan oleh pembeli-pembeli.

Suatu kes Curves; sebuah syarikat kelangsingan wanita di Taxes, di mana ia sangat Berjaya dalam menciptakan ruang Laut Biru dengan memotong dan memintas kelab – kelab kesihatan yang telah lama ditubuhkan dan senaman di rumah ber kos rendah. Strategi perniagaan masa depan akan menjadi seperti peta lakaran yang dilukiskan di kain kanvas dan meletakan gambaran besar dalam fokus, mengiktiraf keperluan untuk berubah, meneroka opsyen-opsyen perniagaan, melakarkan nilai lengkungan melalui perspektif membuat keputusan dan mengekalkan dan hubungan efektif komunikasi.

Blue Ocean Strat

Page 2: Blue Ocean Strategy BOS

Revolusi teknologi maklumat, globalisasi perniagaan dan peranan WTO, secara antarabangsanya focus terhadap alam sekitar, ketiadaan zon – zon masa dengan 24 x 7 operasi , telah memberikan impak yang besar terhadap setrategi – strategi perniagaan keusahawanan.

Pimpinan – pimpinan global masa depan perlu melihat kewujudan permintaan, melakarkan pasaran baharu, meletakkan urutan strategic pembeli utility, haga, kos, pengangkatan dan masalah serta halangan organisasi. Penulis juga menegaskan dengan membina dan mengadaptasi Strategi Laut Biru ini ia bukan boleh dibentuk dengan hanya sehelai kertas tetapi suatu suatu dinamika proses permintaan berterusan komitmen, inetgriti, kepercayaan, sikap positif pada tahap yang tinggi dan tenaga bagi mengekalkan tekanan – tekanan daripada pelbagai daya dan bergerak kepada pasaran tanpa persaingan ruang pasaran,

More About : Blue Ocean Strategy : Strategi Laut Biru

Blue Ocean Strategy (BOS)Tarikh disiarkan: May 20, 2008

Salam semua,disini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang satu konsep dalam strategi perniagaan. Ia dinamakan konsep Blue Ocean Strategy atau BOS.Mungkin ada yang telah tahu atau membaca buku ini tetapi saya ingin memberikan sedikit info dan ringkasan mengenainya. Untuk berjaya dalam perniagaan perlu ada konsep atau arah tuju.Bercakap tentang konsep perniagaan, ramai yang menyentuh konsep Blue Ocean Strategy atau singkatannya BOS.Ia merupakan konsep yang pertama kali di perkenalkan oleh W.Chan Kim dan Renee Maurborgne yang tiba-tiba menjad popular di kalangan usahawan dunia dengan sebuah buku tulisan mereka.

Buku ini berusaha menjelaskan cara mencipta ruang pasaran baru tanpa pesaing dan tanpa kalangan pesaing yang tidak relevan.Buku ini juga menunjukkan jalan,bahawa sau-satunya cara untuk memenangkan pesaing adalah berhenti berusaha melawan pesaing. Kim dan Renee mendedahkan bahawa pasaran diantara dua laut iaitu Laut Merah dan Laut Biru.Laut Merah adalah pasaran yang sudah sesak,akibatnya keuntungan dan pertumbuhan akan berkurang.

Sebaliknya Laut Biru dikuasai oleh pasaran yang belum dijelajahi,menciptakan permintaan baru dan peluang pertumbuhan yang sangat menguntungkan.Dalam Laut Biru pesaing tidak lagi relevan kerana aturan mainnya sama sekali baru.Dalam buku Change!,Rhenald Kasali memperkatakan,pemimpin pasaran menentukan aturan permainan dalam pasaran yang sama sekali baru.

Prinsip

Page 3: Blue Ocean Strategy BOS

Blue Ocean Strategy ada yang menterjemahkannya sebagai Strategi Samudera Biru atau Strategi Laut Biru. Intipati bagaimana mencipta BOS,buku ini disediakan dalam enam langkah sebagai prinsip utamanya iaitu:

-How To Reconstruct Market Boundaries-Focus On The Big Picture,Not The Number-Reach Beyond Existing Demand-Get The Strategic Sequence Right-Overcome Key Organizational Hurdles-Build Execution Into Strategy

Untuk lebih mempermudah makna definisi diatas,3 contoh kukuh kejayaan BOS apabila sebuah perusahaan anggur dari Australiam (Casella Wine) menciptakan produk angguryang terkenal dengan jenama Yellow Tail dan berjaya masuk pasaran dan mengembangkan pasaran anggur di Amerika dengan terbukti ianya berjaya. Apakah kaedah yang digunakan?Sudah tentu dengan BOS dia mampu.Menciptakan atau memperbesar ruang pasaran anggur iaitu dengan menarik mereka yang sebelumnya para peminum arak dan minuman berkabonat menjadi peminum anggur,juga dalam acara-acara tidak formal,anggur sudah boleh dianggap sebagai minuman sosial seperti juga anggur yang diminum mereka sebelum itu.

Berkembang

Malah haraganya murah dan rasanya trendy,juga kerana harganya mampu dimiliki oleh semua orang,ramai orang sering minum jus anggur tanpa mengira masa dan tempat,kerana itu pasarannya semakin berkembang. Dalam tempoh dua tahun sahaja,Yellow Tail telah mampu diterima dan menjadi minuman kegemaran ramai di Amerika dan menjadi anggur import terlaris jauh melewati jumlah anggur import yang sebelumnya didominasi anggur import dari Perancis dan Sepanyol.

Pada tahun 2003,Yellow Tail menjadi anggur merah terlaris yang dijual di Amerika Syarikat dan mengungguli produk tempatan sendiri yang selama ini didominasi para pengeluar California yang sangat terkenal.Kunci kejayaan Yellow Tail terletak pada kemampuannya melakukan strategi BOS iaitu dalam melaksanakan ‘Eliminate’,’Reduce’,’Raise’,dan ‘Create’ yang dijelaskan secara tersusun dan terperinci dalam buku tersebut. Kerangka utama BOS bertumpu pada 4 kerangka dasar iaitu eliminate-reduce-raise-create (ERRC). ELIMANATE bererti menghilangkan faktor-faktor pembiayaan modal yang selama ini sudah ‘taking for granted’ yang terjadi dalam industri tersebut. REDUCE bererti mengurangi pembiayaan-pembiayaan yang sudah ada ketika ini supaya boleh berada jauh di bawah pembiayaan dalam industri,RAISE pula berhubung kait dalam meningkatkan faktor-faktor atau ‘value’ yang diberikan supaya jauh melampaui standard industri yang sudah ada dan CREATE bererti menciptakan unsur baru yang selama ini belum terfikir akan dilaksanakan dalam industri tersebut.

Ada yang berpendapat jika telah berpuas hati dengan bisnes anda yang sekadar mampu bertahan,jangan membaca buku ini. Namun,jika anda ingin melakukan perubahan,menciptakan sebuah perniagaan dengan masa depan yang menguntungkan khususnya pelanggan, pekerja,

Page 4: Blue Ocean Strategy BOS

pemegang saham atau orang ramai yang sentiasa mencari konsep baru,bacalah buku BOS yang berharga RM69.90 .

Kim dan Mauborgne telah memetakan ’satu jalur yang baru dan berani untuk memenangi masa depan’.Mereka menawarkan 6 prinsip yang dapat digunakan oleh setiap perusahaan untuk merumuskan dan menerapkan strategi samudera biru dengan sukses. BOS juga dianggap sebagai konsep dalam merebut nilai pembeli dan kos rendah untuk mencipta ruang pasaran baru.BOS bukan mengenai ‘mematikan’ persaingan,ia adalah mengenai membuat pertandingan dalam perniagaan, bukan menghapuskan pesaing perniagaan. Mempertimbangkan atau membina semula perniagaan dengan mewujudkan sempadan-sempadan dan struktur-struktur industri yang menguasai pemikiran pengurusan dalam industri setiap usahawan. Sempadan-sempadan dan struktur-struktur yang wujud tidak seharusnya menghalang usahawan daripada mengenal pasti cara-cara untuk mencipta permintaan yang baru.

Mengalihkan caa pemikiran usahawan daripada Supply kepada Demand! BOS mencabar kos industri.Mengajar usahawan bagaimana untuk menjadi peneraju dalam menurunkan kos industri dan mewujudkan permintaan yang baru dalam pasaran.Tidak dapat dinafikan ada para usahawan di luar sana tidak dilayani oleh industri untuk menjadi usahawan baru.Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh beralih arah dalam menjelajah cara-cara untuk bertukar dan memasuki perniagaan yang boleh diterima pasaran.

Hari ini antara syarikat yang mengikuti Strategy Blue Ocean adalah:

-MetraTech Corporation-ESG Insurance-National Library of Australia-Telekom Malaysia-Siemens Hearing Systems-UPC Cable-Storck Confectionary-Investec Plc-Fred Dovaston S.L-Imprenta Pronto S.L-Tata Group-Singapore Ministry of Information,Communication and Arts-Lundbeck Asia