(blm) bayaran lebih masa garis panduan mengenai bilangan 1... · garis panduan mengenai bayaran...
TRANSCRIPT
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA(Ministry of Health Malaysia)BAHAGIAN KEWANGAN
(Finance Division)ARAS 6 - 7, BLOK E7, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62590 PUTRAJAYA
Ruj. Kami : ( 01 ) dlm.KKM-58/300/1-5
Tarikh I?, 0g0s , 2008
SEPERTI SENARAI EDARAN
Y. Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. I TAHUN 2008GARIS PANDUAN MENGENAI BAYARAN LEBIH MASA (BLM)
Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Bersama-sama ini dikemukakan Surat Pekeliling Kewangan,Kementerian Kesihatan Malaysia Bil . I Tahun 2008 - Garis PanduanMengenal Bayaran Lebih Masa (BLM) untuk tindakan dan makluman pihakY. Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan sewajarnya. Pihak Y. Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan dipohon untuk menyediakan salinan yang mencukupi untukdiedarkan kepada semua Hospital/Pejabat Kesihatan di bawah pentadbiranY. Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan.
3. Kerjasama pihak Y. Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan juga dipohonuntuk memastikan surat pekeliling ini dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya.
Sekian, terima kasih.
`BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Say ya g menurut perintah,
Setiausaha Bahagian (Kewangan)b.p. Ketua SetiausahaKementerian Kesihatan Malaysiai? 03-8883 3066® [email protected]
I-G SWEE TING)
s.k Fail
No. Teieton : 03-8883 3888 / 3099 ( Caw. Dasar Kewangan ) / 3362 ( Caw. Pengurusan Belanjawan)No. Faks : 03-8883 4364 / 4389 (Caw. Dasar Kewangan ) / 4395 (Caw. Pengurusan Belanjawan)
lug./lwx^%%. ntolt.goi.^ni
LAM PI RAN
GARIS PANDUAN MENGENAIBAYARAN LEBIH MASA
(BLM)
KANDUNGAN
Muka Surat
1.
2.
3.
TUJUAN 3
TAKRI FAN 3-4
PELAKSANAAN BLM 4
3.1 Syarat, Peraturan dan Kelayakan 4-6
3.2 BLM Kepada Pemandu 6-7
3.3 BLM Bagi Pegawai-Pegawai Lain DalamPerjalanan
7
3.4 BLM Bagi Peserta Kursus/Seminar 7
3.5 BLM Bagi Pegawai Yang MenanggungKerja
8
3.6 BLM Tidak Dibayar Masa Rehat 8
3.7 BLM Bagi Pegawai Bercuti Rehat, CutiMingguan dan Kelepasan Am
9-11
3.8 Perkara-perkara lain 11 -12
3.9 Had Tuntutan Lebih Masa 12 - 13
3.10 Peranan Ketua Jabatan Mengenai BLM 13-14
5. AM 15
2
GARIS PANDUAN MENGENAI,BAYARANLEBIH MASA (BLM)
1. TUJUAN
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menyeragamkan pelaksanaan
peraturan Bayaran Lebih Masa (BLM) bagi anggota Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM).
2. TAKRIFAN
2.1 "Kerja-kerja Iebih masa" adalah bermaksud kerja-kerja yang
►demoJPA : a PA(13/31 BhIG . 1 Wt
dijalankan di luar waktu bekerja pejabat biasa yang ditetapkan7(19) bth.5 °isember 1998 kepada seseorang pegawai (waktu bekerja pejabat/pusingan
atau giliran ), iaitu bagi maksud untuk menjalankan tugas-tugas
rasmi seseorang pegawai yang berkaitan dengan tugas rasmi
jawatan hakikinya atau tugas rasmi bagi Jabatannya. Kerja-
kerja tersebut dilakukan sama ada di dalam kawasan ibu
pejabat atau di luar kawasan ibu pejabat. Kerja-kerja yang
berkaitan dengan kerja-kerja peribadi adalah tidak dikira
sebagai kerja Iebih masa.
2.2 "Kerja Siang " bermakna sebarang giliran tugas tambahan yang
PeintahAmBab G dikerjakan di antara jam 6 pagi hingga 10 malam.
2.3 "Kerja Malam " bermakna sebarang giliran tugas tambahan
PenntahAmBabG yang dikerjakan di antara jam 10 malam hingga 6 pagi.
Kadar yang ditetapkan bagi BLM adalah seperti di Lampiran 1.
3
2.4 "Kerja Kecemasan " bermakna sebarang tugas yang
PerintahAm Bab G diisytiharkan oleh Ketua Jabatan sebagai tugas kecemasan
yang memerlukan tenaga pekerja Iebih daripada biasa.
Lazimnya kerja kecemasan ialah bagi memulihkan semula
perhubungan-perhubungan atau perkhidmatan-perkhidmatan
penting yang terputus atau terganggu atau memelihara
perhubungan -perhubungan atau perkhidmatan tersebut
daripada terganggu atau terancam.
3. PELAKSANAAN BLM
3.1 Sprat , peraturan dan kelayakan
Perintah Am Bab G
Perintah Am Bab G
3.1.1 Bagi maksud tuntutan bayaran Iebih masa, semua
Pegawai Kerajaan adalah tertakiuk kepada peraturan
dan syarat-syarat yang ditetapkan di dalam Perintah
Am Bab G serta Pekeliling-Pekeliling berkaitan yang
sedang berkuat kuasa.
3.1.2 Semua anggota dalam kumpulan sokongan KKM
Iayak diberikan kemudahan BLM. Corak kerja Iebih
masa adalah meliputi semua jenis tugas seperti
perkhidmatan kaunter, pemprosesan , penyeliaan,
pengawasan dan sebagainya sekiranya memenuhi
salah satu daripada empat syarat yang ditetapkan
seperti berikut:-
(a) kerja-kerja kecemasan:
(b) kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan
4
kepada hari berikutnya oleh sebab
penangguhan itu' boleh memudaratkan
perkhidmatan;
(c) kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh
anggota melebihi daripada bidang tugas
biasanya; dan
(d) kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangka
masa yang terhad.
Surat JPA: RujJPA(S)83131(SV12) bth.15 November 2001
3.1.3 Pegawai yang boleh dibayar BLM ialah pegawai yang
Iayak menuntut bayaran lebih masa dan diarah
menjalankan kerja-kerja Iebih masa di dalam atau di
luar kawasan ibu pejabat dengan syarat ianya
memenuhi peraturan yang berkuat kuasa
3.1.4 Pegawai yang Iayak menuntut BLM dan diarah
menjalankan kerja-kerja Iebih masa di luar kawasan
ibu pejabat adalah layak menuntut bayaran lebih
masa dan juga elaun-elaun bertugas rasmi di luar
pejabat (seperti elaun makan , harian , sewa hotel,
elaun perjalanan kenderaan dan sebagainya) tertakluk
kepada peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan
dalam pekeliling yang berkaitan.
3.1.5 Ketua Jabatan hendaklah mengeluarkan surat arahan
bagi membenarkan kerja Iebih masa dijalankan. Surat
arahan tersebut perlu menyatakan perihal tugas yang
akan dijalankan serta tempoh kerja Iebih masa yang
5
diperlukan (tidak melebihi sebulan untuk sesuatu
arahan). Surat arahan " perlu disertakan semasa
membuat tuntutan BLM.
3.2 BLM Kepada Pemandu
Memo JPA : ruj JPA63/31 BHG. 1 kit.7(19) bth.5 Disember 1998
3.2.1 Seseorang pemandu yang diarah bekerja Iebih masa
di luar Ibu Pejabat adalah Iayak menuntut bayaran
Iebih masa, termasuk masa di dalam perjalanan,
kerana tugas memandu adalah tugas hakiki pemandu
berkenaan.
3.2.2 Masa menunggu bagi seorang pemandu kerana
menjalankan tugas rasmi yang ada kaitan dengan
tugas hakikinya atau Jabatannya atau pegawai yang
dibawanya , boleh dikira sebagai kerja Iebih masa.
Walau bagaimanapun, jika tugas menunggu itu ada
kaitan dengan kerja-kerja peribadi sama ada bagi
dirinya atau bagi pegawai yang dibawanya , maka is
tidak dikira sebagai kerja Iebih masa.
3.2.3 Seseorang pemandu tidak layak menuntut BLM dari
rumahnya ke pejabat dan sebaliknya iaitu sebelum
bermula waktu bekerja atau selepas waktu bekerja.
Walau bagaimanapun , pemandu adalah boleh
menuntut BLM dari rumah pegawai ke pejabat atau
sebaliknya kerana membawa pegawai pergi dan balik,
dengan syarat pemandu itu telah bertugas melebihi
6
waktu bekerja pejabat biasa yang telah ditetapkan
kepadanya , sepertimana mengikut Perintah Am Bab
G; dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun
1990 . Pemandu adalah tidak Iayak menuntut bayaran
Iebih masa dari pejabat ke rumah dan sebaliknya
kerana membawa pegawai berkenaan pada masa
rehat tengah hari.
3.3 BLM Bagi Pegawai -Pegawai Lain Dalam Perjalanan
Surat JPA: RujJPA(S)63/31(SV12) bth.15 November 2001
3.3.1 Bagi pegawai selain daripada pemandu, masa di
dalam perjalanan adalah boleh dikira sebagai kerja
Iebih masa , jika tempoh waktu bertugas di luar Ibu
Pejabat itu adalah kurang daripada tempoh 24 jam.
Jika tempoh tersebut melebihi 24 jam, maka pegawai
tersebut adalah tidak Iayak dibayar bayaran Iebih
masa bagi masa dalam perjalanan.
3.4 BLM bagi Peserta Kursus/Seminar
Memo JPA : ruj JPA63/31 BHG. 1 Idt7(19) bth.5 Disembei 1998
3.4.1 Pegawai yang menjadi peserta kursus /seminar dan
seumpamanya adalah tidak Iayak dibayar bayaran
Iebih masa atau cuti gantian , kecuali pegawai urus
setia yang mengendalikan kursus/seminar tersebut.
Bagi urus setia yang akan mengendalikan mesyuarat
atau Iatihan , kerja-kerja Iebih masa hanya akan
dibayar sehingga program rasmi bagi had tersebut
tamat.
7
3.5 BLM Bagi Pegawai Yang Menanggung Kerja
Surat JPA, Ruj: JPA63/31 sk 8 Kit 5bth. 22 Jun 2007
3.5.1 Bagi kakitangan yang sedang menanggung kerja,
bayaran Iebih masa hanya boleh dibayar bagi tugas
yang dilaksanakan selepas dua (2) jam lima belas (15)
minit daripada waktu bekerja pejabat. Peraturan ini
ditetapkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17
Tahun 2007 . Walau bagaimanapun , sekiranya
penanggungan kerja tersebut tidak diluluskan,
pegawai layak menuntut bayaran Iebih masa bagi
tempoh 2 jam 15 minit yang telah ditolak tersebut.
3.6 BLM Tidak Dibayar Masa Rehat
Memo JPA : ruj JPA63/31 BHG. 1 Idt7(19) W.5 Disernber 1998
3.6.1 BLM adalah dibayar berdasarkan kerja -kerja Iebih
masa sebenar yang telah dilakukan oleh pegawai-
pegawai berkenaan . Oleh itu , masa pegawai tidak
menialankan kerja-keria Iebih masa sebenar seperti
berehat/makan (termasuk masa sembahyang ) adalah
tidak dikira sebagai kerja Iebih masa. Walau
bagaimanapun, bagi pegawai yang diarah bekerja
pada masa rehat/makan adalah Iayak dibayar BLM,
dengan syarat Ketua Jabatan mengesahkan bahawa
kerja-kerja tersebut (pada masa rehat /makan), tidak
dapat dielakkan dan telah dilakukan oleh pegawai
berkenaan atas kepentingan awam atau kepentingan
perkhidmatan.
8
3.7 BLM Bagi Pegawai Bercuti Rehat , CCuti Mingguan dan
Kelepasan Am
Memo JPA : ruj JPA63/31 BHG. 1 klt7(19) bth.5 Disember 1998
3.7.1 Pegawai yang sedang bercuti rehat adalah tidak Iayak
dibayar BLM. Jika pegawai yang sedang bercuti itu
dibatalkan cutinya dan diarah bekerja seperti biasa,
maka pegawai itu adalah Iayak dibayar BLM. Cuti
rehat yang sedang diambil oleh pegawai berkenaan
hanya dianggap batal , jika cuti tersebut telah
dibatalkan oleh Ketua Jabatan dan pegawai itu diarah
bekerja mengikut waktu bekerja biasa yang
ditetapkan.
3.7.2 Pegawai yang bekerja secara giliran atau pusingan,
BLM hendaklah berdasarkan kepada jadual waktu
bekerja yang telah ditetapkan. Jika had bekerja biasa
ditetapkan dari had Selasa hingga had Ahad, maka
kerja Iebih masa yang dijalankan pada had Selasa
hingga had Ahad itu hendaklah dibayar BLM atas
kadar had bekerja biasa . Jika had Isnin ditetapkan
sebagai had rehat mingguan, maka kerja -kerja lebih
masa yang dijalankan pada had Isnin itu hendaklah
dibayar BLM atas kadar had rehat mingguan.
3.7.3 Bagi pegawai yang bertugas di luar kawasan ibu
pejabat , tuntutan BLM hendaklah dikira berdasarkan
di mana letaknya ibu pejabat pegawai berkenaan.
Contohnya jika Ibu Pejabat pegawai berkenaan di
9
Kuala Lumpur (di mana hari Ahad adalah hari
mingguannya), dan diarah tekerja pada hari Ahad di
Terengganu (di mana hari Jumaat adalah hari rehat
mingguan), maka pegawai itu adalah Iayak menuntut
BLM pads hari Ahad itu atas kadar hari rehat
mingguan. Begitu juga sebaliknya , jika Ibu Pejabat
pegawai di Terengganu diarah menjalankan tugas di
Kuala Lumpur pada hari Jumaat , maka pegawai
adalah Iayak menuntut BLM pada hari Jumaat atas
kadar rehat mingguan.
3.7.4 Jika hari kelepasan am jatuh pada hari giliran
bertugas pegawai , maka hari giliran bertugas itu dikira
sebagai hari kelepasan am. Oleh itu, jika seseorang
pegawai dikehendaki bertugas pada hari kelepasan
am itu, maka pegawai adalah Iayak menuntut BLM
atas kadar hari kelepasan am.
3.7.5 Jika hari kelepasan am jatuh pada hari rehat
mingguan , maka hari kelepasan am itu adalah ditunda
pada hari berikutnya . Contohnya jika hari rehat
mingguan pegawai yang bekerja secara giliran
ditetapkan pada hari Rabu , dan hari kelepasan am
jatuh pada hari Rabu tersebut, maka hari kelepasan
am akan ditunda pada hari berikutnya , iaitu hari
Khamis. Jika Ketua Jabatan mengehendaki pegawai
bertugas pada hari Rabu , maka pegawai adalah Iayak
dibayar BLM atas kadar hari rehat mingguan, dan jika
10
dikehendaki bekerja pada had Khamis itu, maka
pegawai adalah layak dibayar BLM atas kadar hari
kelepasan am.
3.8 Perkara-perkara Lain
Memo JPA : ruj JPA63/31 BHG. 1 Idt.7(19) bth.5 Disember 1998
Surat PekelilingPerbendaharaanBil. 18/1982
3.8.1 Mengikut Perintah Am Bab C , Cuti Gantian boleh
diberi , apabila anggota diarah oleh Ketua Jabatannya
bertugas lebih masa dan tidak dibayar bayaran lebih
masa ataupun bayaran khas lain.
3.8.2 Pegawai yang diarah menjalankan kerja-kerja lebih
masa , tetapi telah diberi sesuatu imbuhan khas seperti
sagu hati , pegawai adalah tidak layak diberi BLM atau
cuti gantian.
3.8.3 Elaun perjalanan kenderaan bagi perjalanan dari
rumah ke pejabat atau sebaliknya bagi menjalankan
kerja lebih masa adalah tidak layak dituntut kecuali
bagi maksud menjalankan kerja -kerja kecemasan atau
darurat seperti mana kehendak pekeliling yang
berkuat kuasa.
3.8.4 Bagi kerja lebih masa kerana maksud
kecemasan/darurat yang dilakukan pada hari Sabtu,
Ahad dan cuti kelepasan am dan memenuhi syarat-
syarat yang ditetapkan, tuntutan elaun perjalanan
kenderaan atau tambang pengangkutan awam adalah
11
PekelilingPerhendaharaanBil. 3 Tahun 2003
dibenarkan . Bagi pegawai yang menaiki teksi,
tuntutan tambang teksi hendaklah disertakan dengan
resit asal. Sekiranya resit tidak dapat dikeluarkan,
pegawai yang menuntut hendaklah membuat
perakuan di Borang Tuntutan Perjalanan.
3.9 Had Tuntutan Lebih Masa
Surat PekelilingPerkhidmatanBil. 21 Tahun 1997
3.9.1 Had tuntutan BLM ialah tidak melebihi 1/3 daripada
sebulan gaji pegawai yang berkelayakan menuntut
bayaran tersebut.
3.9.2 Seseorang pegawai boleh di bayar BLM melebihi 1/3
daripada gaji bulanannya tertakiuk kepada syarat-
syarat berikut:-
(a) Semua pegawai yang terlibat dalam sesuatu
urusan di tempat yang sama telah menjalankan
kerja Iebih masa yang melibatkan perlangkauan
had 1 /3 daripada gaji bersih bulanan;
(b) Pegawai yang tidak mahu membuat kerja-kerja
Iebih masa telah membuat pengakuan secara
bertulis;
(c) Sesuatu keadaan yang difikirkan sangat -sangat
munasabah selain di para (a) dan (b); dan
(d) Tuntutan hendaklah disahkan oleh Ketua
Jabatan atau wakilnya yang terdiri daripada
pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional.
12
Ketua Jabatan atau wakilnya hendaklah
berpuas hati dengan tuntutan berkenaan
sebelum dibuat pengesahan.
3.10 Peranan Ketua Jabatan Mengenai BLM
3.10.1 Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk
membuat perancangan kerja dan menetapkan
sasaran kerja bagi setiap kakitangan di bawah
penyeliaannya. Ini akan memastikan setiap
kakitangan dapat menyiapkan kerja dalam tempoh
waktu bekerja biasa. Justeru, kakitangan tersebut
tidak perlu dan tidak akan mempunyai alasan atau
sebab untuk bekerja Iebih masa pada setiap hari.
3.10.2 Secara prinsip, bayaran Iebih masa adalah tertakiuk
kepada peruntukan yang mencukupi dan kakitangan
yang terbabit tidak akan dibayar Iebih masa sekiranya
perbelanjaan melebihi peruntukan. Ketua Jabatan
perlu memantau dan mengawal perbelanjaan bayaran
Iebih masa bagi mengelakkan perbelanjaan melebihi
peruntukan.
3.10.3 Dalam keadaan kerja Iebih masa perlu dilakukan,
kawalan terhadap kerja Iebih masa hendaklah
diperketatkan. Pihak yang bertanggungjawab perlu
menyemak dengan teliti tuntutan bayaran Iebih masa
kakitangan berasaskan dokumen-dokumen sokongan
13
yang ditetapkan sebelum meluluskannya untuk
pembayaran. Tuntutan yang tidak Iengkap hendaklah
ditolak seperti:-
(i) Tidak disertakan dokumen sokongan yang
Iengkap;
(ii) Tuntutan tidak selaras dengan masa
bertugas;
(iii) Kad Perakam Waktu tidak diketik (dan bukan
ditulis dengan tangan);
(iv) Laporan mesin perakam waktu elektronik
tidak disertakan sebagai bukti tempoh kerja
Iebih masa , kecuali bagi kes di mana
melibatkan kerja bergerak seperti pemandu;
atau
(v) Jika berlaku kerosakan pada mesin perakam
waktu , pengesahan dan tandatangan Ketua
Jabatan hendaklah diperoleh.
3.10.4 Perihal tugas kerja-kerja Iebih masa hendaklah
dinyatakan dengan jelas di dalam borang tuntutan
BLM. Contoh borang adalah seperti di Lampiran 2.
3.10.5 Kerja Iebih masa yang dilakukan hendaklah dipantau
oleh sekurang-kurangnya seorang pegawai yang lebih
kanan.
14
5. AM
Garis Panduan ini adalah tertakiuk kepada sebarang pindaan yang
dibuat oleh Kerajaan dari masa ke semasa . Pekeliling yang berkuat
kuasa dan menjadi rujukan adalah seperti di Lampiran 3.
15
LAMPIRAN I
KADAR GANDAAN BAYARAN LEBIH MASA (P.A. 13)
Berikut ialah kadar gandaan bayaran Iebih masa mengikut jenis kerja Iebih masa.
GANDAAN BAYARAN
1. Kerja Siang2. Kerja Malam3. Kerja Kecemasan
Hari BekerjaBiasa
1 % kali1 '/4 kali
Hari RehatBiasa
1 '/4 kali1'/ kali
HariKelepasan*1 % kali
*2 kali
(i) Pegawai Sedang Bertugas(a) Bagi baki mass dalam giliran 1 '/z kali (slang) 1 '/2 kali (siang) 1 3/ kali (slang)
1 3/ kali (malam) 1 % kali (malam) 2 kali (malam)(b) Selepas tamat giliran *1 % kali (slang) *1 % kali (siang) *1 % kali (slang)
*2 kali (malam) *2 kali (malam) *2 kali (malam)
(ii) Pegawai Tiada Bertugas *1 % kali (slang) *1 3/ kali (slang) *1 % kali (slang)*2 kali (malam) *2 kali (malam) *2 kali (malam)
Contoh 1:
(a) Kadar-kadar bayaran bagi kerja Iebih masa adalah dikira dengan mendarabdengan gandaan bayaran seperti di atas dan dibahagikan dengan 313 x 8.Sebagai contoh kerja slang bagi had biasa:-
Gaii pokok X 12 X Jumlah Gandaan (1 %) = Kadar sejam313X8
Contoh 2:
(b) Kadar bayaran satu jam anggota sambilan yang bekerja Iebih masa adalahmengikut jawatan Kumpulan sokongan yang disandang. Kategori Kerja LebihMasa yang melayakkan anggota membuat adalah bagi kerja slang, kerja malam,dan kerja kecemasan. Perkiraannya adalah seperti berikut:-
Gaii harian X 23 had bekeria X 12 bulan = Kadar bayaran sejam313 had bekerja X 8 jam
* Pegawai boleh mendapat bayaran minima tidak kurang daripada 2 jam bagi tugas ini, walaupun tugas itu tidak sampai 2 jam
C
(0
H
aS
E0 Rc
AE-a
E(a NC l0
Y^T
'U)
Q' Ni m co
Co
l0 la
dVm
V/
LasE
(0a)
aS C
N ((U 2
Y N
0
L
C.coC
C
D
ccN U)
a7 ^ i+ a)
0 (6
CC7
mL
Y C a)
(0
m :o 0)C N(6
Y(6Y C
(DQ) `
a) d) L
E ' J
asrn
'E mC
C tea), (o'a
0M
0) (a C Y
C CON a3
NI-
0c
02
LAMPIRAN 3
Pekeliling dan Surat Pekeliling Yang Berkaitan Elaun Lebih Masa
(i) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1977 (Perubahan Gaji Dan
Syarat-Syarat Perkhidmatan Bagi Pegawai-Pegawai Dalam
Perkhidmatan Awam);
(ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 21 Tahun 1977 (Elaun Lebih
Masa);
(iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1980 (Elaun Lebih Masa
bagi Kakitangan Dalam Kumpulan Perusahaan dan Buruh Kasar);
(iv) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 18 Tahun 1982 (Tuntutan
Perjalanan Kenderaan Dalam Kawasan Ibu Pejabat Selepas Waktu
Pejabat Biasa);
(v) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 1989 (Bayaran Lebih
Masa Bagi Pengawal Keselamatan);
(vi) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1990 (Elaun Lebih Masa
Bagi Pemandu Khas Kepada Pegawai Tingkatan Tertinggi "C" Dan
Ke Atas Dan Yang Setaraf);
(vii) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2005 (Pindaan Formula Gaji
Harlan, Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Bayaran Lebih Masa Dan
Cuti Rehat Bergaji Penuh Bagi Pegawai Sambilan);
(viii) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2007 (Peraturan
Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam);
(ix) Surat Jabatan Perkhidmatan Awam bil. JPA(S)63/31(SV12)
bertarikh 15 November 2001 (Peraturan-Peraturan Bayaran Lebih
Masa);
(x) Memo JPA Bil. JPA 63/31 BHG. 1 kit. 7 (19) bertarikh 5 Disember
1998 ('Ruling" Bayaran Lebih Masa); dan
(xi) Surat JPA Bil. JPA 63/31 sk. 6 klt. 5 (6) bertarikh 22 Januari 2008
(Tuntutan Bayaran Lebih Masa)