b&k sem7

44
1.0 PENGENALAN Bimbingan Kaunseling ini pada asasnya mempunyai pelbagai takrifan yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi. Setiap takrifan ini, dihuraikan oleh ahli-ahli psikologi ini mengikut falsafah dan aliran pemahaman masing-masing. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159), menjelaskan maksud bimbingan ialah perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing. Selain itu Othman Mohamed (2000) juga mendefinisikan bimbingan sebagai sebahagian daripada proses menolong. Proses ini meliputi bagaimana sesuatu arahan diberikan secara teratur dan tersusun serta mengandungi maklumat yang sesuai untuk menentukan pencapaian matlamat oleh orang yang menerima. Biasanya ia merujuk kepada menentukan kebajikan dan perkembangan dirinya. Bantuan yang diberikan oleh seseorang sama ada lelaki atau perempuan yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu setiap peringkat usia untuk 1

Upload: hazlina-shamsuddin

Post on 29-Sep-2015

73 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

bimbingan

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Bimbingan Kaunseling ini pada asasnya mempunyai pelbagai takrifan yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi. Setiap takrifan ini, dihuraikan oleh ahli-ahli psikologi ini mengikut falsafah dan aliran pemahaman masing-masing. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159), menjelaskan maksud bimbingan ialah perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing.

Selain itu Othman Mohamed (2000) juga mendefinisikan bimbingan sebagai sebahagian daripada proses menolong. Proses ini meliputi bagaimana sesuatu arahan diberikan secara teratur dan tersusun serta mengandungi maklumat yang sesuai untuk menentukan pencapaian matlamat oleh orang yang menerima. Biasanya ia merujuk kepada menentukan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Bantuan yang diberikan oleh seseorang sama ada lelaki atau perempuan yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri; membuat pilihan hidupnya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri. Takrifan bimbingan ini merujuk kepada pendapat Crow dan Crow (1960).

Bidang pendidikan memerlukan peranan guru untuk membimbing semua murid di bawah jagaannya secara efektif. Bimbingan penting dalam pendidikan kerana dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah ketika proses pembelajaran. Aspek bimbingan memerlukan guru mengenalpasti murid-murid yang bermasalah seperti lemah akademik dengan cara mencadangkan murid-murid ini mengikuti kelas pemulihan bagi meningkatkan tahap pencapaian kendiri dalam melaksanakan tugasan pembelajaran. Selain itu melalui perkhidmatan bimbingan ia juga membantu murid yang cemerlang, pandai, berbakat, lembap serta cacat. Proses bimbingan pendidikan meliputi tujuh aktiviti asas yang dilaksanakan iaitu memaklumkan, menasihati, kaunseling, menilai, membolehkan, mengesyorkan dan memberi maklum balas.

Kebiasaannya, murid-murid yang menjalani proses bimbingan mempunyai masalah seperti berkaitan dengan kandungan kurikulum matapelajaran yang dipelajari tidak berseuaian dengan tahap perkembangan kognitif murid tersebut, masalah teknik-teknik pengajaran guru yang tidak difahami dan tidak berkesan, motivasi, konsep kendiri dan perhubungan social yang rendah menyukarkan murid tersebut membina hubungan di antara guru atau rakan sebaya, masalah kemiskinan yang dihadapi murid berkenaan, krisis yang berkaitan dengan perkembangan mental seperti mudah lupa atau susah untuk mengingati konsep atau formula yang diajar guru di dalam kelas.

Justeru, para guru perlu bersedia menghadapi semua krisis yang berkaitan dengan akademik. Krisis ini memberi pengaruh yang kuat terhadap pembelajaran murid di dalam kelas. Oleh itu, perkhidmatan bimbingan perlu kepada semua peringkat umur murid-murid termasuk juga perkembangan kerjaya mereka. Masalah-masalah lain yang turut dihadapi oleh murid-murid di sekolah dan perlu diberi perhatian ialah berkaitan dengan kejutan budaya, krisis keluarga, konflik persahabatan dan masalah dalam pembelajaran. Murid-murid yang menghadapi krisis kendiri dan kerjaya perlu diberi keutamaan dalam memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Terdapat dua jenis bimbingan dan kaunseling yang dilakukan iaitu bimbingan individu yang memberi fokus terhadap satu masalah spesifik atau bimbingan kelompok yang lebih menumpukan kepada isu-isu generik perkembangan sosial.

2.0 KONSEP, MATLAMAT DAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING DI SEKOLAH.

2.1 Konsep Bimbingan & Kaunseling di sekolah

Bimbingan dan kaunseling mempunyai maksud tersendiri yang perlu diketahui. Berikut merupakan beberapa definisi yang diutarakan oleh tokoh yang berbeza tetapi terdapat persamaan di antara satu sama lain.

Menurut Mok Soon Sang (2010) melalui buku beliau, Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak, bimbingan, atau dalam istilah Bahasa Inggeris iaitu guidance, membawa erti memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Dalam buku beliau juga, menurut Crow dan Crow (1983), bimbingan, di bawah konteks pendidikan, merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid yang berkenaan.

Murid yang memerlukan bimbingan merujuk kepada murid yang menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun sosial. Di peringkat sekolah, masalah-masalah yang dihadapi oleh murid biasanya boleh digolongkan dalam dua kategori utama, iaitu masalah akademik dan masalah emosi-sosial. Di dalam proses bimbingan, murid yang berkenaan akan diberi akan diberi panduan atau nasihat yang boleh membantunya menyelesaikan masalah tertentu.

Menurut Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Krumboltz (George & Kristianni, 1990), mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.

Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

Kesimpulannya, kaunseling merupakan sebahagian proses daripada perkhidmatan bimbingan. Di peringkat institusi pendidikan, kaunseling merupakan proses pertemuan secara bersemuka antara seorang pengajar yang memainkan peranan sebagai kaunselor, dengan seorang murid yang disebut sebagai klien yang menghadapi masalah peribadi atau akademik, bertujuan membawa perubahan tingkah laku murid itu ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Bimbingan merupakan segala aspek seperti orientasi, inventori, penempatan, kaunseling, tunjuk ajar dan nasihat serta tindakan susulan.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994, bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan proses yang dirancang dan berterusan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut mempunyai peluang bagi bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan.

Berdasarkan definisi serta huraian kepada konsep bimbingan dan kaunseling yang dinyatakan diatas, dapat dirumuskan bahawa kedua-dua konsep tersebut mempunyai perkaitan di antara satu sama lain. Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh G.S. Belkin dalam bukunya Practical Counseling in the School, beliau menulis;Bimbingan merangkumi aspek-aspek orientasi, inventori, maklumat pendidikan dan kerjaya. Manakala, kaunseling merupakan penempatan dan perkhidmatan.Disamping itu, jelas bahawa kaunseling merupakan sebahagian daripada proses perkhidmatan bimbingan yang diberikan. Di peringkat sekolah, kaunseling merupakan proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang guru bimbingan yang memainkan peranan sebagai kaunselor, dengan seorang pelajar yang disebut sebagai klien yang menghadapi masalah peribadi atau akademik, dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku pelajar itu ke arah yang lebih baik serta menyelesaikan masalah yang telah dihadapinya. Perlu kita tahun bahawa, bimbingan merangkumi segala aspek seperti orientasi, inventori, penempatan, keunseling, tunjuk ajar dan nasihat serta tindakan susulan.

Boleh dirumuskan disini bahawa konsep Bimbingan dan Kaunseling yang sebenar ialah kaunselor hanya perlu mendengar dan memahami masalah yang dihadapi oleh kliennya, dan membimbingnya memikir penyelesaian masalah dari pelbagai sudut, demi membolehkannya memahami pelbagai cara yang boleh dipilih untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya.

2.2 Matlamat Bimbingan & Kaunseling di sekolah

Matlamat kaunseling juga adalah untuk membantu manusia itu memahami serta melihat potensi dirinya dalam mencapai kesejahteraan hidupnya sejajar dengan falsafah kaunseling itu sendiri.

Bimbingan dan kaunseling adalah satu kaedah yang digunapakai oleh seorang guru bagi membantu murid untuk membentuk mereka agar lebih bersikap terbuka dan berkeyakinan dalam menghadapi permasalahan yang mendatang. Hanya guru yang berkelayakan sahaja yang mempunyai kemahiran dan diberi lesen dalam membantu murid dari segi kaunseling. Ini bagi memastikan matlamat yang ingin dicapai dalam sesi bimbingan dan kaunseling itu berkesan.George dan Christiani 1981 menyatakan matlamat bimbingan ialah :

Mengubah tingkah laku kepada kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan. Contohnya Shahiran suka lumba haram motosikal di jalan raya. Kaunseling boleh membantunya mengubah tingkah laku yang bahaya ini seperti menggalakkan minat Shahiran supaya berlumba di litar lumba motosikal.

Memulakan dan meneruskan hubungan positif. Sebagai contonya Nabilah rasa diabaikan suaminya. Dia marah dan kecewa. Kaunseling boleh membantu Nabilah berkomunikasi dengan suaminya tanpa mengeruhkan keadaan dan dapat mencapai penyelesaian yang terbaik.

Mengurus kendiri dengan efektif apabila dalam kesulitan. Misalnya Mahfuh kehilangan ibunya dan hal ini menyebabkan pelajarannya tergugat. Kaunseling boleh membantu mahfuh menerima hakikat kehilangan dan dapat mengurus pembelajarannya.

Membuat keputusan Rasional. Contohnya Hamka tidak tahu bidang pengkhususan yang mana patut diambil diperingkat universiti. Kaunseling boleh membantu Devi dengan mengenali diri dan minatnya terhadap sesuatu bidang.

Bantu klien berkembang secara positif dan mencapai potensi dan minat. Sofie minat melukis dan suka melukis diwaktu lapangnya. Ibu bapaya menyuruh Sofie masuk aliran sains yang dia kurang minait. Kaunseling boleh bantu capai resolusi Sofie dan ibu bapanya.

Kesimpulannya, matlamat bimbingan dan kaunseling adalah untuk mengembangkan bakat serta mengenal potensi dalam diri serta dapat membantu klien menguasai pelbagai kemahiran asas untuk penyesuaian diri. Selain itu, penggunaan kepelbagaian sumber dan potensi juga boleh digunakan bagi membantu mencapai prestasi yang lebih baik pada masa akan datang. Matlamat perkhidmatan dan kaunseling di sekolah rendah terutamanya juga dapat membantu murid mengatasi perkara negative berkaitan perasaan, diri dan pemikiran supaya mereka boleh tampil lebih yakin dan bangga dengan diri mereka sendiri.

2.3 Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah

Sering kali juga persoalan berkaitan mengapa perlunya khidmat kaunseling? Apakah keperluan yang menyebabkan ia menjadi satu kemestian yang perlu ada dalam hidup manusia menjadi persoalan di dalam kehidupan manusia. Maka, kita perlulah mengkaji asas kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini, dimana dan kepada siapakah perkhidmatan ini diberikan.

Secara umumnya, khidmat kaunseling dan bimbingan adalah asas perkhidmatan dalam kemanusiaan yang juga merupakan satu bidang kerjaya professional pada hari ini. Ia adalah profesian yang membantu manusia di mana kita telah sedia maklum dari sejak azali lagi fitrah manusia di muka bumi ini memerlukan pertolongan dan tidak boleh bergantung pada diri sendiri sahaja. Maka keperluan utama dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini sudah tentu bertindak sebagai profesion pertolongan yang amat diperlukan oleh manusia.

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang melibatkan bimbingan dan kaunseling di sekolah ialah;1. Mengumpul, merekod dan mengemaskini butir-butir maklumat setiap pelajar dalam segala aspek peribadi dan pencapaian akademiknya2. Menjalankan kaji selidik, ujian diagnostik dan pentafsiran yang boleh membantu pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi3. Memberi maklumat tentang pencapaian, kemajuan serta punca masalah pembelajaran pelajar yang berkenaan kepada guru yang perlu menggunakannya untuk merancang dan menjalankan aktiviti pemulihan4. Mengumpul, menyedia dan menyebarkan maklumat kerjaya dan latihan melalui edaran risalah dan buletin sekolah, paparkan poster, pameran kerjaya dan anjuran hari kerjaya5. Mengurus dan mengelolakan lawatan sambil belajar ke kilang, bengkel, kawasan industri dan firma-firma serta pusat latihan dan kolej-kolej untuk pelajar-pelajar6. Memberi nasihat kepada pelajar untuk memilih mata pelajaran yang sesuai untuk diambil dalam peperiksaan PMR, SPM, STPM, jenis aktiviti kokurikulum, mata pelajaran elektif ataupun kerjaya untuk masa depan7. Memberi khidmat kaunseling untuk pelajar secara individu atau kelompok tentang masalah akademik, kokurikulum, hal-hal peribadi, kerjaya dan disiplin termasuk penyalahgunaan dadah8. Mengurus dan menganjur ceramah tentang peperiksaan, kerjaya dan penyalahgunaan dadah serta kem motivasi dengan tujuan meningkatkan prestasi atau konsep kendiri yang positif bagi sekumpulan pelajar9. Merancang dan menganjurkan program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa mereka10. Merancang dan mengendalikan program kaunselor rakan sebaya dan program latihannya11. Berkhidmat sebagai penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling di antara pihak sekolah dengan PPD, JPN, Kementerian Pendidikan, ajensi-ajensi luar seperti Persatuan Kaunseling Malaysia, PEMADAM, Rakan Muda, Befrienders, ABIM, Jabatan Tenaga Rakyat dan sebagainya12. Berkhidmat sebagai penasihat untuk Kelab Bimbingan dan Kaunseling di peringkat sekolah3.0 PERBEZAAN DI ANTARA PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DENGAN PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING

3.1 Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling

3.1.1 Tugas Dan Tanggungjawab Guru Bimbingan dan KaunselingGuru bimbingan adalah guru yang telah dilatih khas sesuai dengan peranannya sebagai seorang kaunselor di sekolah. Maka, kaunselor bertanggungjawab sepenuhnya dalam semua perkara atau hal berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling. Sebagai seorang kaunselor yang mahir, terdapat tugas-tugas khas yang perlu dipikul dalam menjalankan tugas mereka.

Antara tugas yang paling utama sekali sebagai seorang kaunselor adalah untuk merancang pogram atau aktiviti bimbingan dan kaunseling untuk sekolah. Program yang dirancang itu perlulah bersesuaian dan sistematik mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Misalnya, menyediakan kertas kerja yang lengkap dan tidak tergesa-gesa. Perancangan tersebut juga hendaklah melibatkan dari pelbagai aspek yang diperlukan.

Selesai menyediakan kertas kerja, kaunselor juga perlulah mengelolakan dan menjayakan pogram yang telah dirancang. Langkah-langkah dan peraturan haruslah dipatuhi supaya perjalanan pogram dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan di sekolah. Mengenalpasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temubual dan perbincangan dengan pentadbir, guru, pelajar, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar. Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar. Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat Bimbingan kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan Kelompok dan tunjukajar yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum. Merancang, melaksana, mengawalselia Perkhidmatan Bimbingan individu secara profesional dan beretika. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah, inhalan, rokok, alkohol dan AIDS. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti mata pelajaran teras untuk peperiksaan UPSR. Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta dan dalam dan luar negara. Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah dan AIDS.

3.1.2 Peranan Guru Bimbingan sebagai Tutor

Untuk memainkan peranan sebagai tutor yang berkesan, iaitu tutor yang mampu membantu murid mengatasi masalah akademik yang dihadapi, guru bimbingan harus mengambil beberapa tindakan yang sistematik. Tindakan tersebut ialah :1. Merancang strategi perbincangan selaras dengan kehendak tutorial.2. Menyediakan iklim pembelajaran yang kondusif dan selesa kepada pelajar.3. Mengorganisasi dan menguruskan aktiviti tutorial mengikut langkah-langkah yang disediakan.3.1.3 Guru Bimbingan sebagai Pembimbing

Perana Menurut Ibrahim Ahmad (2002), bimbingan merupakan cara membentuk tingkah laku murid-murid supaya menjadi sempurna dan membawa kesejahteraan kepada diri dan masyarakat. Terdapat beberapa tugas guru biasa yang boleh bertindak sebagai guru bimbingan. Berikut adalah peranan guru biasa dalam program bimbingan:1. Membantu murid dalam penyesuaian berkaitan peribadi, akademik, sosial, emosi dan akhlak dengan persekitaran sekolah.2. Membantu murid berkaitan masalah dan isu di dalam pembelajaran dan kelas.3. Membantu murid merancang persekolahan sesuai dengan minat, bakat dan perkembangan setiap murid.4. Membantu murid menyelesaikan masalah dan memaklumkan kepada kaunselor untuk tindakan seterusnya.5. Membantu murid mewujudkan tabiat kerja yang baik serta membentuk dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.6. Mewujudkan kerjasama dengan ibu bapa dan penjaga dalam perkembangan dan pertumbuhan murid-murid.7. Membantu murid membuat keputusan dalam hal-hal tertentu supaya keputusan yang dibuat tepat dan berkesan.8. Bekerjasama dengan kaunselor sekolah dalam menyumbangkan idea dan tenaga dalam program yang dilaksanakan untuk kebaikan bersama dan sekolah.9. Menyenaraikan dan melaporkan murid yang dirasakan perlu mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta mempromosikan kepentingan perkhidmatan ini kepada murid-murid.

3.2 Peranan Guru Biasa Sebagai PembimbingGuru biasa yang memainkan peranan sebagai pembimbing haruslah sentiasa membimbing murid di bawah jagaannya. Guru perlu membimbing murid membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi dan akademik dengan persekitaran sekolah, peraturan-peraturan tatatertib dan sebagainya, khasnya dalam awal persekolahan.Guru pembimbing harus mewujudkan peluang-peluang untuk setiap murid bagi mengembangkan daya kebolehan mengikut kemampuan dan kebolehan mereka. Jadi, peranan guru di sini ialah memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal, sehingga mereka berjaya menanamkan sikap suka belajar dalam diri mereka. Ini akan membawa pencapaian objektif pelajaran dengan berkesan. Untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran, perlulah ada perancangan pelajaran mulai dari peringkat awal pembelajaran. Dalam hal ini, murid perlu diberi bimbingan untuk aktiviti pelajaran yang sesuai mengikut kebolehan dan minat masing-masing.Individu sering menghadapi kesulitan yang berpunca dari dalam diri sendiri, konflik dalam jiwa, kekecewaan, rasa tersingkir, merendah diri dan bosan dalam kehidupan dan pelajaran. Hal ini merupakan masalah yang memerlukan bimbingan dan nasihat daripada guru. Masalah atau konflik yang dihadapi oleh murid-murid perlu mendapat perhatian dan bantuan daripada guru. Guru juga memainkan peranan sebagai kaunselor. Sebagai seorang kaunselor yang menguruskan masalah pelajar, guru haruslah bekerjasama dengan ibu bapa dalam hal perkembangan murid, khasnya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Jadi seoang guru perlu menjalinkan hubungan yang mesra dengan ibu bapa dan murid supaya dapat mengetahui latar belakang murid sekolahnya. Guru perlulah menyediakan kad rekod himpunan untuk mengetahui maklumat pelajar serta latar belakang mereka. Dengan rekod ini, guru dapat mengatur rancangan pelajaran dan aktiviti kokurikulm yang sesuai untuk murid tersebut. Kad rekod himpunan merupakan suatu sistem untuk merekod butir-butir murid dari semasa ke semasa. Ini membolehkan guru mengenali setiap murid dengan lebih dekat dan memahami masalah mereka serta memudahkan guru memberi bimbingan dan kaunseling untuk mereka.

3.3 Perbezaan Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan Peranan Guru Biasa sebagai Guru Pembimbing.Ciri Peranan Guru Bimbingan dan KaunselingCiri Peranan Guru Biasa Sebagai Kaunseling

Pembentukan personaliti dititikbertakan. Keputusan ujian menunjukkan keperluan peribadi dan pelbagai halangan untuk membuat penyesuaian diri. Gred menunjukkan pelbagai jenis pencapaian selain pencapaian mata pelajaran, misalnya pencapaian sosial, psikologi, estetik dan lain-lain. Pelbagai cara untuk mencapai kejayaan bagi pelbagai kecerdasan amatlah penting. Beberapa temu bual secara individu diadakan bagi menyelesaikan masalah peribadi dan masalah akademik. Masalh pelajar sering dibincang bersama kaunselor dengan guru lain. Melakukan lawatan ke rumah dan menjemput ibu bapa untuk menghadiri perjumpaan di sekolah. Sentiasa sensitif terhadp emosi keseluruhan murid di bilik darjah dan emosi murid secara individu. Mata pelajaran diberi keutamaan. Keputusan ujian menentukan aras potensi pencapaian dalam mata pelajaran. Gred merupakan fungsi penilaian bagi pembelajaran mata pelajaran sahaja. Hanya murid yang dapat mempelajari mata pelajaran akan berjaya ke tahap yang tinggi. Tidak banyak temu bual secara peribadi dilakukan dengan murid kecuali tentang masalah akademik. Jarang merujuk kepada kaunselor atau guru lain tentang kemajuan murid. Tidak banyak lawatan ke rumah dilakukan dan jarang mengadakan pertemuan dengan ibu bapa di sekolah. Kurang sensitif terhadap emosi murid.

4.0 PANDANGAN SALAH TERHADAP TUGAS-TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH-SEKOLAH

Persepsi manusia adalah berbeza, begitu juga dengan persepsi murid terhadap guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. Sering kali tugas mereka sebagai seorang yang mengambil berat akan kebajikan dan permasalahan murid disalah anggap. Terdapat beberapa persepsi yang sering berlegar-legar di minda murid-murid mengenai guru perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini. Menurut Shertzer dan Stone (1963) dalam buku Muhd Mansur dan Siti Nurdinar (1993), mendapati bahawa kaunselor sering sangat ditanggap sebagai dua golongan manusia yang berlainan sama sekali.

Apabila program bimbingan dan kaunseling mula diperkenalkan di sekolah-sekolah, ia disambut dingin bukan sahaja di kalangan pelajar, tetapi juga di kalangan pihak sekolah dan ibu bapa. Tugas-tugas mereka sebagai guru bimbingan dan kaunseling banyak disalah anggap oleh sesetangah pihak.Antara persepsi salah yang sering diberikan terhadap tugas guru bimbingan dan kaunseling di sekolah ialah kaunselor dilihat sebagai seorang yang membantu di dalam bidang pendidikan sahaja dan hanya berupaya membuat keputusan dalam pemilihan kerjaya sahaja. Murid-murid faham bahawa tanggapan terhadap tugas tersebut adalah salah kerana tugas guru bimbingan dan kaunseling bukan semata-mata menilai kerjaya murid malahan lebih kepada memperkembangkan potensi setiap murid daripada pelbagai aspek.

Terdapat juga murid-murid yang beranggapan jika seseorang dirujuk kepada guru kaunseling, maka mereka adalah murid yang sangat bermasalah di sekolah. Maka, persepsi mereka pada tugas guru bimbingan dan kaunseling hanya menerima murid yang bermasalah sahaja dan tidak mempedulikan murid yang berada di luar lingkungan tersebut. Pandangan sebegini adalah tidak benar kerana guru bimbingan dan kaunseling sebenarnya ditugaskan untuk membantu bukan sahaja murid bermasalah malah pelbagai pihak di dalam institusi persekolahan itu sendiri.

Bukan murid sahaja kadangkala melemparkan persepsi negatif terhadap tugas kaunselor, malahan guru di sekolah juga turut melemparkan persepsi sebegitu dengan mengatakan bahawa kaunselor itu hanya seorang yang melihat kecacatan dan keburukan mereka dalam pengajaran sahaja. Persepsi seperti ini sebenarnya hanya membantutkan dan melemahkan institusi persekolahan itu sendiri. Apabila wujudnya persepsi seperti ini, sudah tentu kerjasama antara guru dan kaunselor tidak sehaluan malahan akan mencacatkan dan memberikan impak negatif dalam sesuatu aktiviti atau program yang dijalankan. Maka, pihak pentadbir dan kaunselor sendiri seharusnya menerangkan peranan sebenar kaunselor kepada guru agar mereka tidak menimbulkan persepsi yang kurang baik demi kebaikan bersama.

Murid-murid yang bermasalah yang berjumpa dengan kaunselor kadangkala mengharapkan agar masalah yang mereka hadapi itu boleh diselesaikan oleh kaunselor. Mereka merasakan bahawa tugas seorang kaunselor adalah untuk menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi. Ini juga merupakan persepsi yang salah dalam menilai tugas seorang guru bimbingan dan kaunseling. Kaunselor membantu untuk meneroka perasaan dan pemikiran klien untuk melihat pilihan-pilihan yang anda ada untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.Setiap masalah yang timbul, tidak semuanya boleh diselesaikan dengan begitu mudah. Menjadi tugas kaunselor untuk membimbing murid yang bermasalah dan membantu mereka agar mampu menangani situasi tersebut supaya tidak tersilap langkah.

Seringkali murid yang dirujuk kepada kaunselor takut untuk berhadapan dengan kaunselor kerana mereka berpendapat bahawa hubungan kaunseling adalah sehala saja. Tugas guru kaunseling adalah memberi nasihat dan mereka wajib untuk menghadiri sesi yang diadakan. Murid tidak dibenarkan memberi pendapat atau menceritakan hal sebenar. Kaunselor telah dipupuk agar bersikap lebih terbuka dan mampu mendengar segala luahan sebelum memberikan cadangan atau pendapat mereka kepada kliennya. Maka, murid tidak akan berasa tertekan dengan setiap sesi kaunseling diadakan kerana proses kaunseling itu sendiri mampu menenangkan perasaan dan diri murid yang menghadapi masalah itu sendiri.

5.0 HURAIAN MENGENAI BAGAIMANA GURU BIMBINGAN & KAUNSELING MENGHADAPI KES KLIEN YANG DIRUJUK TETAPI ENGGAN MEMBERI KERJASAMA, BERSIKAP PREJUDIS DAN PASIF

Seorang kaunselor haruslah bersedia dalam menghadapi 1001 tingkah laku klien yang dirujuk. Kaunselor yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan ialah kaunselor yang boleh bertutur dengan jelas, tepat serta berperasaan empati. Namun begitu, dalam proses interaksi kadangkala konflik berlaku di antara individu-individu yang terlibat. Bagi kaunselor dan kliennya, konflik pula berlaku dalam hubungan mereka. Konflik dalam hubungan ini kebanyakann kalinya ditimbulkan oleh klien sendiri, tetapi kadangkala pula ditimbulkan oleh kaunselor tanpa kesedarannya.

Kebiasaannya klien yang dirujuk mempunyai pandangan yang berbeza dan bersikap tidak fleksibel dalam sesi bimbingan dan kaunseling kerana mereka terpaksa menjalani perkhidmatan kaunseling tanpa kerelaan diri sendiri. Klien seperti ini kebiasaannya kurang memberikan kerjasama, bersikap prejudis dan pasif dalam sesi kaunseling dijalankan. Situasi ini memerlukan kaunselor agar membuatpersediaan yang lebih rapi. Dalam hal ini, kaunselor mungkin perlu mendapatkanmaklumat daripada klien, iaitu apa yang menyebabkan klien dirujuk kepada kaunselor. Selepas itu, kaunselor perlu membenarkan klien memilih tajuk perbincangan yang difikirkan tidak memberi tekanan baginya. Maka, seorang kaunselor yang berkemahiran seharusnya sudah mengetahui cara mengatasi situasi ini dengan menggunakan teori tertentu yang telah dipelajari. Menurut kajian Tan Bee Chu (1984) mendapati 10 punca utama klien enggan menemui kaunselor mengikut peningkatan ialah;1. Tidak ada keperluan untuk menerima bantuan2. Sudah biasa dengan cara membangkang3. Lebih suka mengekalkan situasi lama supaya boleh terus menerima simpati dan dikecualikan dari tanggungjawab.4. Keadaan fizikal bilik kaunseling tidak selesa untuk berkomunikasi secara sulit.5. Kaunselor mewakili pihak pentadbir.6. Sukar untuk mengatasi masalah kerana malu, kelemahan bahasa dan takut terhadap kaunselor7. Persepsi pelajar terhadap kaunselor negatif8. Penerimaan bantuan kaunselor bermaksud diri lemah9. Penghargaan kendiri yang rendah menyebabkan sifat negatif terhadap segala bantuan10. Pelajar-pelajar kurang pengetahuan mengenai perkhidmatan B&K yang wujud di sekolah

Sebelum memulakan sesi kaunseling, Kaunselor haruslah mematuhi etika dan peraturan yang telah termaktub dalam menjalankan perkhidmatan ini. Beberapa perkara asas dalam kaunseling perlu di ambil kira bagi memperoleh kepercayaan dan kerjasama daripada klien.

Setelah mengetahui punca permasalahan yang berlaku, kaunselor menggunakan teori Rasional Emotive Behavior Theraphy yang telah dipelopori oleh Albert Ellis pada tahun 1955. Teori ini menyatakan bahawa manusia dilahirkan dengan potensi untuk berfikir secara rasional dan juga tidak rasional. Manusia itu sendiri mempunyai naluri semulajadi untuk memperbaiki diri dan berkembang ke arah yang positif. Maka, kaunselor menggunakan teori ini bagi memberi peluang kepada klien untuk berfikir mengenai tindakan yang sepautunya dilakukan bagi mengubah tingkahlakunya yang negatif menjadi positif.

Kaunselor haruslah memainkan peranan bagi mengubah klien. Bagi contoh seorang kaunselor akan mencabar klien agar membetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional dan tidak realistik. Sekaligus, klien sedikit demi sedikit akan sedar akan perbuatannya salah dan mula bertindak mengubah sedikit demi sedikit ke arah yang lebih rasional. Bagi menaplikasikan teknik ini, kaunselor haruslah mempunyai banyak maklumat dan sentiasa aktif bagi membantu klien.

Selain menerapkan teori-teori bagi menangani masalah murid yang enggan bekerjasama dalam perkhidmatan kaunseling ini, beliau turut mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam etika kaunseling agar kamal atau klien lebih mempercayai dan yakin dengan perkhidmatan yang telah dijalankan.

Kemahiran yang perlu ada bagi seorang kaunselor ialah kemahiran membina perhubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif.Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling.

Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya. Dalam erti kata lain, ia bertujuan untuk memperbetulkan dalih ataupun ketidakseimbangan kenyataan yang diberikan oleh klien.

Namun, kaunselor perlu berhati-hati semasa menggunakan kemahiran ini kerana sekiranya klien tersebut belum lagi bersedia menghadapi konfrontasi, klien itu akan merasakan bahawa dirinya terancam. Ini adalah kerana klien itu tidak faham bahawa konfrontasi yang dibuat sebenarnya bukan bersifat agresif dan menentang, tetapi bertujuan untuk menyedarkan klien tentang ketidakseimbangan kenyataan yang diberikannya.

Dalam usaha menjadi kaunselor yang efektif, kaunselor perlu bersedia untuk mengaplikasikan teori psikologikal dan latihan dalam diri mereka. Kaunselor mesti mengintegrasi kecekapan pelbagai budaya yang ada dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran. Sementara itu, Patterson & Welfel (2000) menjelaskan ciri ciri kaunselor yang efektif sebagai mempunyai kestabilan, bersifat harmoni dan mempunyai tujuan. Personaliti kaunselor adalah penting selain daripada penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran ataupun teknik (Cavanagh, 1990).

Pendidikan sahaja tidak mampu untuk mengubah ciri-ciri individu. Seorang kaunselor yang efektif akan berkembang sebagai seorang individu dan membantu individu lain untuk berkembang. Dengan erti kata lain, kaunselor yang efektif adalah sensitif kepada diri mereka dan orang lain. Kaunselor yang efektif juga memantau sikap diri, mendengar, bertanya dan meneroka perbezaan budaya dan etnik dalam cara yang terbuka dan positif (Ford, Harris, & Schurger, 1993).

Zainal Abidin Ahmad dan Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2004) menggariskan ciri-ciri kaunselor yang efektif seperti kepercayaan bahawa klien adalah individu yang unik dan berharga, kepercayaan bahawa kliennya berkeupayaan untuk berubah, memahami dan mengetahui bagaimana individu yang efektif berfungsi, mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu individu yang terbatas perfungsiannya, mempunyai kesanggupan melibatkan dirinya dalam proses interpersonal, mengenal diri sendiri dan kemahiran yang ada serta batasannya. belakang profesional dalam bidang sains tingkah laku telah menyediakan dirinya untuk membantu klien dalam membuatbpemilihan mengenai perkembangan kerjaya dan kehidupan peribadi yang diperlukan untuk tingkah laku yang efektif dalam masyarakat sekarang.

Pengetahuan mengenai psikologi perkembangan, teori pembelajaran, perkembangan personaliti, sosiologi, seting pendidikan, perkembangan kerjaya dan penilaian digunakan dalam usaha membantu klien mengenal pasti, menyusun serta membincangkan bahan-bahan yang berkaitan dengan pemilihan klien. Kaunselor juga berupaya untuk berfungsi dengan klien dari pelbagai sosioekonomi, etnik, agama dan kumpulan budaya. Di samping itu, kaunselor juga mempercayai bahawa beliau mempunyai keupayaan untuk membantu klien memodifikasikan tingkah laku. Pada waktu yang sama, kaunselor mengggunakan segala sumber dalam agensinya dalam komuniti untuk menyediakan segala bantuan kepada kliennya.

Jika dilihat dalam kes ini, klien seperti dalam kes di atas mungkin mempunyai perasaan malu hendak bersemuka dengan kaunselar. Untuk menyelesaikan masalah ini, kaunselar boleh menjalankan sesi kaunseling melalui kaedah e-kaunseling. Konsep asas e-kaunseling ialah satu proses interaksi antara klien dan kaunselor yang berada dalam lokasi yang berbeza dan menggunakan kemudahan internet untuk berkomunikasi (Ainsworth, 2001; Bloom, 1998).

Grohol (1999) menyatakan bahawa e-kaunseling adalah satu kaedah baru dalam perhubungan menolong. Ia menggunakan kelebihan internet yang menghubungkan kaunselor dan klien secara synchronous dan asynchronous. Selain talian internet itu sendiri, peralatan komputer yang semakin canggih membolehkan sesi e-kaunseling dilakukan secara video-konferens, ruang sembang (Chat), e-mel mahupun Avatar Chat. Perkhidmatan e-kaunseling ini ditawarkan dalam dua modaliti iaitu melalui e-mel dan ruang sembang (Amir, 2007; Hall, 2004; Nor Bayah & Yahaya, 2001; Lily Mastura, 2000; Sussman, 2004; Zaida Nor, 2006).

Kaedah pertama ialah e-kaunseling secara e-mel. Perkhidmatan e-kaunseling melalui e-mel ialah perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan melalui balasan e-mel. Klien hanya perlu menghubungi kaunselor melalui alamat e-mel yang dibekalkan dalam laman web. Klien boleh menghantar e-mel kepada kaunselor untuk menyelesaikan permasalah yang dihadapinya. Balasan dijanjikan dalam tempoh yang tertentu seperti 24 jam atau 48 jam (ManhalBaugus, 2001; Nor Bayah & Yahaya, 2001; Lily Mastura, 2000; Sampson et al., 1997; Sanders & Rosenfield, 1998; Tait, 1999; Tate, et al., 2001).

Kaedah e-kaunseling yang kedua ialah kaedah ruang sembang (chatroom). Kaedah ruang sembang ini ialah apabila klien dan kaunselor bertemu dan berinteraksi di alam siber dalam waktu yang sama (synchronous). Mereka bertemu dalam ruang sembang yang ditawarkan di laman web ataupun sistem instant messaging. Kaunseling dalam ruang sembang pula beroperasi secara langsung dalam ruang sembang yang disediakan. Klien boleh membuat temujanji tarikh dan masa bagi membolehkan kedua-dua klien dan kaunselor berinteraksi secara langsung ataupun terus log masuk dalam waktu bertugas kaunselor. Bagi membantu klien, jadual bertugas kaunselor disediakan bagi kemudahan klien.

Proses kaunseling melalui ruang sembang boleh dilakukan dengan menghubungi laman web seseorang kaunselor atau sesuatu organisasi perkhidmatan kaunseling, membuat temujanji, membayar yuran (sekiranya ada) dan seterusnya menghadiri sesi dalam ruang sembang yang disediakan (Bloom, 1998; Colon, 1996; Manhal-Baugus, 2001; Nor Bayah & Yahaya, 2001; Oravec, 2000; Zaida Nor, 2006). Malah dengan kecanggihan pembinaan perisian laman web, Avatar Chat juga telah dibina bagi membolehkan pengguna menvisualkan ekspresi wajah dan suara mereka. Kecanggihan web-cam membolehkan ekaunseling dijalankan secara langsung bersemuka dan membantu kaunselor dan klien memahami luahan masing-masing. (Grohol, 1999)

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, daripada tugasan yang telah disempurnakan ini, saya telah memperolehi beberapa maklumat yang penting yang boleh digunakan dan diaplikasikan kepada diri sendiri dalam membantu dan menjadi seorang guru yang mampu membimbing anak murid pada masa akan datang.

Kaunseling mempunyai pelbagai erti mengikut pendekatan individu yang memperaktikkannya tetapi intipati tugas seorang kaunselor terhadap kliennya sama ada dari kelompok kecil atau individu yang bermasalah dan memerlukan pertolongan adalah sama-sama memikirkan cara penyelesaian kesulitan dan kekusutan yang dialami seterusnya memilih alternatif-alternatif yang sesuai dan dengan bantuan kaunselor mereka melaksanakan jalan penyelesaian yang dipilih.

Di dalam tugasan ini, telah dikemukakan konsep berkaitan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Dapat disimpulkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini sebenarnya adalah perkhidmatan yang diberikan oleh seorang pakar yang berkemahiran dalam bidang bimbingan dan kaunseling kepada yang memerlukan bagi membantu menyelami serta mancari dan memilih penyelesaian alternatif yang terbaik dalam mengubah kehidupan seseorang ke arah yang lebih positif.

Tugasan ini juga menyimpulkan tentang perbezaan antara peranan guru bimbingan dan kaunseling dengan tugas seorang guru biasa yang menjadi pembimbing. Tugas seorang guru bimbingan dan kaunseling adalah mencabar kerana mereka perlu mempunyai kemahiran dan ilmu dalam bidang tersebut berbanding dengan guru biasa yang hanya membimbing dan sekiranya masalah tersebut berlanjutan, ia akan dirujuk kepada kaunselor. Maka, seorang kaunselor perlulah bersedia dari semua aspek dalam menghadapi segala kemungkinan dan masalah yang dirujuk.

Kepentingan peranan kaunselor dalam insititusi pendidikan telah menjadi salah satu tunjang yang penting dalam pembangunan dan pembentukan sahsiah individu. Walaupun begitu, masih terdapat pihak yang memberikan persepsi negatif terhadap tugas yang dijalankan oleh kaunselor ini. Bagi mengatasi masalah ini, institusi pentadbiran perlulah memainkan peranan dalam memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada semua pihak agar ia tidak disalahertikan dan memberikan impak negatif kepada perkhidmatan ini.

REFLEKSI

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan tunjuk ajar pensyarah dan rakan-rakan yang banyak memberikan bantuan dan menyumbang idea dalam menyempurnakan tugasan ini.

Semasa mula mendapat tugasan ini, saya menyangka bahawa tugasan ini sukar untuk dilakukan kerana memerlukan kefahaman dalam bidang kaunseling. Kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini membuatkan saya berasa tidak mampu untuk menghasilkan tugasan yang baik. Tetapi atas dorongan dan tunjuk ajar pensyrah pembimbing, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan dengan mengikut kehendak soalan yang telah dinyatakan.

Semasa membuat tugasan ini, kekurangan dalam bahan rujukan berkaitan tugasan ini menyebabkan saya kurang keyakinan. Tetapi setelah rakan-rakan membantu dalam memberikan rujukan yang berlainan daripada buku-buku dan sumber internet, akhirnya saya mampu meneruskan keazaman untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin.

Banyak perkara yang telah dipelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini di mana perkara utama saya pelajari adalah betapa pentingnya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini dalam sebuah institusi persekolahan. Pelbagai konsep,matlamat dan keperluan yang diutarakan telah membuahkan kefahaman dan menambahkan ilmu pengetahuan saya di dalam bidang ini. Malahan ia amat berguna dan dapat membantu saya untuk menerapkan kemahiran yang ada semasa berada di sekolah nanti.

Semasa membuat tugasan ini juga, saya mula sedar bahawa tugas seorang kaunselor bukanlah mudah seperti yang disangkakan oleh sesetengah pihak. Kaunselor haruslah memiliki sikap yang positif dan terbuka dalam menerima klien yang memiliki pelbagai ragam. Selain itu, kaunselor juga haruslah memiliki sifat sabar yang tinggi bagi menghadapi kerenah klien.

Akhir sekali, tugasan ini telah menyedarkan saya bahawa betapa pentingnya peranan seorang kaunselor di dalam satu institusi itu terutamanya dalam bidang pendidikan. Ia banyak membantu dan saya berazam mahu melakukan yang terbaik

BIBLIOGRAFI

Ramlah Hamzah & Lily Mastura Harun. (2006) Bimbingan dan Kaunseling. KualaLumpur; Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Dr. Maznah Baba & Zainal Madon. (2003) Kaunseling Individu. KualaLumpur; PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Mokhtar. (1995) KaunselingIndividu. Shah Alam; Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof. (2002) Kaunseling Individu.Petaling Jaya; Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Wan Abdul Kader Wan Ahmad. (1994) Kaunseling Kelompok Berstruktur: PenguranganKebimbangan Bersosial. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Ahmad. (2002) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah.Kuala Lumpur; Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012) Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Psikologi.Kuala Lumpur; Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Definisi Bimbingan dan Kaunseling (t.t & t.p). Dicapai pada 26 Ogos 2012, daripadahttp://kaunseling.wordpress.com/2008/08/27

Definisi Kaunseling Individu (t.t & t.p). Dicapai pada 26 Ogos 2012, daripadahttp://mas-himpunan1001.blogspot.com/2010/02

Kaunseling Individu & Kelompok (t.t & t.p). Dicapai pada 23 Ogos 2012, daripadahttp://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01

1