bk peringkat 4

Upload: aqir-syamil

Post on 07-Jul-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Bk Peringkat 4

    1/10

    Latar Belakang Kes

    Kajian kes ini dijalankan bermatlamat untuk membantu guru memahami,

    meneroka dan mencadangkan pilihan terhadap kanak-kanak yang dikenalpasti

    menghadapi masalah sama ada dari aspek sosial, emosi mahupun tingkah laku

    dalam bimbingan dan kaunseling peringkat kanak-kanak prasekolaha. Selain itu,

    maklumat berkenaan kanak-kanak termasuklah maklumat tentang latar belakang

    keluarga dan kesihatan kanak-kanak diambil kira. Maklumat yang diperolehi

    akan digunakan untuk proses kaunseling. Proses yang dijalankan membawa

    lanjutan kepada cadangan yang sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak.

    Di dalam proses kaunseling yang dijalankan, beberapa tahap telah

    digunakan bagi membantu guru dalam membimbing kanak-kanak tersebut.

     Antaranya adalah tahap membina hubungan guru dengan kanak-kanak, tahap

    penerokaan, tahap membuat keputusan, tahap perlaksanaan dan tahap yang

    terakhir menamatkan sesi kaunseling. Pada peringkat awal beberapa kaedah

    digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan kanak-kanak tersebut temubual dan penilaian dinamik. Penilaian dinamik melibatkan dialog ataupun

    interaksi antara saya dengan kanak-kanak. nteraksi ini membolehkan saya

    membuat kesimpulan terhadap proses pemikiran kanak-kanak dan respons

    kanak-kanak terhadap situasi pembelajaran.

    Latar Belakang Murid

    !ama kanak-kanak yang dikenalpasti ialah !ur "dlin "dlina binti Mohd

    Samsul. Kanak-kanak lahir pada # dan kini berumur $ tahun. "dlina memasuki

    tadika pada awal tahun ini. Kanak-kanak ini adalah anak sulung dan mempunyai

  • 8/18/2019 Bk Peringkat 4

    2/10

    seorang adik lelaki yang baru berumur setahun. Secara keseluruhan, kanak-

    kanak ini tinggal dalam sebuah keluarga sederhana besarnya.

    Dalam tugasan ini, aspek yang dinilai dalam kajian yang dijalankan iaitu aspek

    tingkah laku bermasalah iaitu tingkahlaku agresi%.

    #. &ahap #- Membina 'ubungan (uru dengan Murid

    &ahap ini merupakan penentuan awal antara guru dan pelajar yang dkenalpasti

    untuk menjalin dan menstrkturkan hubungan. Peranan saya sebagai guru dan

    kaunselor pada tahap ini ialah menjadikan pelajar berasa selesa dan menaruh

    kepercayaan kepada guru. (uru akan bertanya perkara-perkara biasa, seperti

    bertanya khabar sebagainya.

    Menjalin dan membina sesebuah hubungan yang harmoni dengan kanak-kanak

    perlu melalui beberapa proses sosial yang memerlukan usaha dari pihak guru.

    Secara umum, terdapat dua cara untuk menjalin hubungan guru-murid. Pertama,

    hubungan perlu dibina bermula dari pertama penggal persekolahan. (uru perlu

    menarik murid ke alam pembelajaran dengan sikap mesra, mudah didekati tetapi

    tegas dalam menentukan batas-batas pembelajaran. Kedua, sikap ini perlu kekal

    sepanjang masa dalam setiap situasi tanpa ada diskriminasi antara murid. Myint

    )*++ menyatakan bahawa guru perlu mengurangkan emosi-emosi negati% dalam kalangan murid seperti marah, sedih, tidak puas hati, bosan, takut dan

    sentiasa menggalakkan emosi positi% seperti yakin diri, seronok, dihargai dan

    selamat. (uru-guru ini akan dipandang tinggi dan dihormati oleh kanak-kanak

    disamping memberikan kesan positi% kepada guru. (uru akan meresa seronok

    untuk mengajar apabila hubungan guru-murid terjalin dengan baik. (uru yang

    seronok datang ke sekolah dan bersemangat akan dapat meningkatkan kualiti

    pembelajaran dan pengajaran dengan lebih berkesan.

    Dalam membantu kanak-kanak yang agresi% ini, beberapa strategi boleh

    digunakan dan dijadikan panduan oleh para guru dalam membina hubungan

    positi% dengan kanak-kanak

    Strategi 1: Mengingati nama murid dan memanggil dengan nama masing-

    masing.

  • 8/18/2019 Bk Peringkat 4

    3/10

    Sebagai seorang guru, kita perlulah berusaha untuk mengenali dan

    mengingati nama murid-murid bermula dari hari pertama persekolahan. Saya

    cuba elakkan memanggil murid dengan menggunakan nombor penda%taran atau

    nama-nama ganti diri am,contohnya, ‘awak...’,’kamu.../, atau berdasarkan posisi

    di dalam kelas contohnya 0awak yang duduk di belakang sekali...’. kebanyakan

    murid berasa bangga apabila guru mengingati nama mereka. Situasi ini

    menandakan guru ingat dan mereka wujud dimata guru disamping menunjukkan

    usaha guru yang bersunguh-sungguh untuk mengenali murid-muridnya. Saya

    percaya guru yang mengingati nama murid-muridnya akan lebih cepat

    menjalankan hubungan dengan murid-muridnya. 'al ini juga dapat menolong

    saya mengawal tingkah laku murid di dalam kelasnya. Apabila berlaku salah laku

    saya boleh memanggil nama murid dan menegurnya.Di samping itu juga, saya menyebut nama murid dengan betul. Sekiranya

    tidak pasti akan sebutan nama murid itu, saya akan mendekati murid tersebut

    dan bertanya tentang sebutan yang betul. ni adalah untuk mengelakkan

    daripada menyebut nama dengan salah kerana situasi ini akan mengakibatkan

    murid tersebut diketawakan atau dijadikan nama gelaran oleh murid-murid yang

    lain. Perkara ini boleh menyebabkan murid berasa malu dan membenci guru.

    Selain itu juga saya tidak menunding jari, ‘awak... bangun’, ‘kamu... dengar sini’ .

    1ara ini agak kasar dan tidak membantu dalam membina hubungan guru-murid.Dalam situasi di tadika, saya cuba mendekati "dlin dengan selalu

    menyebut namanya dan sering kali meminta dia membuat atau menolong

    sesuatu. Dengan tindakan ini, memberikan kesan positi% hubungan saya dengan

    dia. Dia mula menunjukkan rasa percaya dan mula memberi tindakbalas positi%.

    Strategi 2: Tunjukkan Keprihatinan

    2ntuk strategi seterusnya, saya mengambil berat dan prihatin terhadap

    keperluan klien saya, adik "dlin sekaligus akan membantu menjalinkan

    hubungan yang baik saya dengan dia. Sikap ini juga akan menjadi contoh yang

    baik kepada murid-murid untuk menjadi seorang yang prihatin terhadap orang di

  • 8/18/2019 Bk Peringkat 4

    4/10

    persekitarannya. Saya perlu menunjukkan keikhlasan dalam menunjukkan

    keprihatinan. "lakkan daripada bersikap berat sebelah dengan hanya

    memberikan perhatian kepada kelompok-kelompok murid yang tertentu sahaja.

    Selain itu, berilah perhatian sama rata kepada semua murid. Murid-murid dapat

    mengetahui sama ada seseorang guru itu mengambil berat atau tidak.Di samping itu juga saya perlu mengetahui latar belakang dan personaliti

    klien saya. 3leh itu, saya sebagai seorang guru perlu tahu cara yang sesuai

    untuk mengenali latar belakang murid-murid. Saya telah membuat semakan

    butir-butir peribadi melalui rekod yang disimpan. Adalah penting untuk seseorang

    guru mengetahui personaliti anak didiknya. Selain itu, saya telah memberi ujian

    personaliti yang ringkas supaya saya boleh mendapat gambaran awal tentang

    perawakan Adik "dlin. Selain itu, saya membuat pemerhatian sendiri terhadapadik "dlin. Setelah mengetahui sedikit sebanyak tentang personaliti klien saya,

    saya gunakan maklumat yang ada untuk mendekati dan memahami dan

    seterusnya membantu klien saya menghadapi masalah sama ada dari segi

    akademik, sosial dan emosi.Pada peringkat seawal ini, mereka tidak dapat dan tidak tahu meluahkan

    perasaan mahupun masalah kepada orang lain. Saya sebagai seorang guru

    hendaklah pandai mengambil hati dan prihatin terhadap murid. Saya selalu

    bertanya khabar kepada adik "dlin dan bertanya jika dia mempunyai masalah

    menyiapkan kerja atau tugasan yang saya beri. Dengan cara ini, ia memberi

    impak positi% kepada adik "dlin.Keprihatinan guru mendengar dan mengambil berat tentang diri murid

    menolong membina hubungan baik antara guru dengan murid."dlin semakin

    rapat dengan saya dan ini dapat membantu saya menjalankan proses

    seterusnya.

    *. &ahap *- Penerokaan

  • 8/18/2019 Bk Peringkat 4

    5/10

     4okus hubungan pada tahap ini ialah memahami masalah klien iaitu pelajar 

    yang telah dikenalpasti. Pada peringkat awal, saya telah menggunakan beberapa

    kaedah untuk mendapatkan maklumat. Antaranya adalah melalui pemerhatian dan

    temubual.

    Pemerhatian dijalankan ke atas adi "dlin sepanjang waktu pengajaran dan

    pembelajaran. Pemerhatian juga dijalankan sewaktu rehat bagi mendapatkan

    maklumat tentang tingkah laku dan sikapynya antara kanak-kanak yang lain.

    Pemerhatian yang dijalankan menggunakan senarai semak yang disertakan di dalam

    bahagian lampiran.

    &emu bual dijalankan ke atas ibu bapa kanak-kanak tersebut. &emu bual yang

    dijalankan banyak menanyakan tentang latar belakang dan masalah yang dihadapi oleh

    kanak-kanak. Selain itu, ujian secara spontan juga dijalankan ke atas kanak-kanak lain

    untuk memperlihat tingkah laku dan respon "dlin sewaktu di dalam kelas.

    Melalui dapatan saya, saya klasi%ikasikan adik "dlin tergolong dalam golongan

    kanak-kanak yang mempunyai tingkahlaku agresi%. Menurut A5i5i )*++$, agresi% ialah

    sebarang tingkah laku yang dirancang untuk mencederakan orang lain, iaitu tingkah

    laku yang harus dielakkan. Kekecawaan, kejengkelan, dan serangan semuanya mudahmenyebabkan seseorang itu berasa marah. Perasaan marah ini adalah satu daripada

    unsur yang penting untuk menghasilkan tingkah laku agresi%. 6iasanya seseorang yang

    marah lebih cenderung untuk bersikap agresi%. Ada juga seseorang itu bertindak agresi% 

    tanpa merasa agresi%. 3leh itu, %aktor untuk mengawal tingakah laku agresi% sama

    penting dengan menimbulkan perasaan agresi%.&ingkahlaku agresi% di sini ialah dia

    mencederakan orang lain dan merosakkan harta benda apabila marah. "dllin juga tidak

    suka berkongsi alat mainan dengan orang lain, dan apabila melakukan sebarang akti7iti

    berkumpulan dia menunjukkan sikap manopoli sesuatu pemainann atau melantik

    dirinya secara automatik menjadi ketua. "dlin akan marah jika barang permainannya

    hilang, dipindahkan atau diambil orang lain. "dlin juga kerap mengalami perasaan

    marah. Dia akan bertindak untuk memukul rakannya yang mengambil permainan

    kegemarannya atau apabila dia tidak suka perbuatan rakan yang lain contohnya apabila

  • 8/18/2019 Bk Peringkat 4

    6/10

    rakan yang lain menangis dia tiba-tiba akan memukul rakan tersebut. "dlin juga tiada

    perasaan takut kepada bahaya dan tidak memikirkan tentang kesakitan yang

    dialaminya.

    8. &ahap- Membuat Keputusan

    Masalah tingkah laku yang di alai "dlin dilihat perlu kepada tindakan segera.

    &ingkah laku bertindak agresi% terhadap rakan dan orang lain yang memukul dan

    mencederakan orang lain merupakan masalah utama klien yang perlu diubah. &ingkah

    laku gemar menganggu kanak-kanak lain membuatkan "dlin ditakuti dan hilang rakan

    kerana rakan merasa takut. Sikap suka berkongsi dan tidak mudah memukul orangperlu diterapkan supaya kanak-kanak dapat mengawal tingkah laku yang menganggu.

    &ahap - Perlaksanaan

    &erdapat beberapa cadangan langkah untuk mengatasi masalah tingkah laku

    adik "dlin yang suka bertindak agresi% terhadap rakan apabila permainannya diambil

    rakan lain.

    #.Mengawal tingkah laku bermasalah di dalam kelas.

      (uru memainkan peranan penting untuk langkah pertama ini. Menyatakan

    peraturan kelas secara jelas dapat membantu kanak-kanak untuk memahami perkara

    yang boleh dilakukan dan perkara yang dilarang. Saya perlu menyatakan dengan jelas

    tingkah laku yang sesuai dan konsekuen jika tidak mematuhinya. Pelaksanaan secara

  • 8/18/2019 Bk Peringkat 4

    7/10

    konsisten amat penting untuk memastikan "dlin tidak lupa tentang peraturan yang telah

    ditetapkan.

    1ontohnya, tingkah laku bertindak agresi% terhadap rakan apabila permainan

    diambil oleh rakan, saya membuat peraturan setiap permaianan perlu dikongsi

    bersama. Denda atau hukuman akan dikenakan jika "dlin tidak berkongsi permainan

    dengan rakan lain. Saya juga perlu menyatakan tingkah laku menganggu rakan adalah

    kesalahan dan akan mendapat hukuman.

     

    *.Menyediakan program bagi memastikan kejayaan akademik klien.

    Masalah tingkah laku yang dihadapai oleh "dlin sudah semestinya akan

    mempengaruhi pencapaian akademiknya. 3leh itu, program untuk meningkatkan

    pencapaian akademiknya juga penting. Penilaian tahap akademik perlu dilakukan ke

    atas dia. Pengubahsuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan

    menarik dapat membantu dalam kejayaan program pendidikan tersebut. Saya sebagai

    guru perlu maju dengan langkah kecil sedikit demi sedikit supaya anak didik saya boleh

    berjaya.

    9angkah ini dapat mengelakkan "dlin hilang tumpuan semasa dalam kelas dan

    hanya ber%ikir tentang permainan yang diminati. Saya mendapati juga, "dlin seorang

    yang mudah bosan terhadap pengajaran yang dijalankan, perngajaran secara interakti% 

    akan menarik akan membuatkan dia lebih berminat dengan pengajaran.

    8.Pengajaran kemahiran sosial yang sesuai.

      Kemahiran sosial seperti komunikasi, interaksi spontan dan sikap untuk

    berkongsi perlu dikuasai oleh kanak-kanak kerana ia membantu untuk kanak-kanak

    mengekspresikan keinginannya dan kanak-kanak dapat menyatakan secara komunikasi

    bukan dengan tingkah laku agresi%. &eknik modeling, latihan dan maklum balas dapat

    diaplikasikan untuk pengajaran kemahiran sosial ini. Selain itu, gaya pembelajaran

  • 8/18/2019 Bk Peringkat 4

    8/10

    kooperati% juga dapat membantu kanak-kanak untuk tingkah laku boleh berkongsi

    dengan kanak-kanak lain.

    Kemahiran berinteraksi adalah perlu untuk kanak-kanak supaya kanak-kanak

    dapat membina interaksi yang baik dengan sesama rakan yang lain. &ingkah laku "dlin

    menganggu rakan juga dapat dikurangkan dan seterusnya dapat dihapuskan apabila

    dia mengamalkan sikap berinteraksi terlebih dahulu sebelum menganggu kanak-kanak

    lain. Komunikasi yang berlaku juga dapat mengeratkan hubungan dengan sesama

    rakan yang lain. 'ubungan ini membantu kepada tingkah laku berkongsi dengan rakan

    lain.

    $. 'ubungan guru dengan pihak ibu bapa.

    Perhubungan antara pihak sekolah dan pihak ibu bapa adalah penting untuk

    memastikan wujud penerusan pengajaran yang dilakukan di sekolah untuk diteruskan

     juga di rumah. Saya telah berhubung dengan ibu bapa untuk menjelaskan teknik yang

    digunakan di sekolah. Saya menyarankan garis panduan tingkah laku kanak-kanak

    yang sesuai dan peneguhan yang dapat digunakan. Dorongan kepada ibu bapa untuk

    mendapatkan bantuan dari agensi yang sesuai juga penting untuk membantumemahami masalah yang dialami oleh kanak-kanak.

    . Modelling

    Selain itu, strategi modeling juga telah dijalankan. Kanak-kanak yang lain yang

    mempunyai tingkahlaku positi% saya jadikan contoh kepada "dlin untuk tingkah laku

    yang ingin diterapkan. Saya menekankan dan memberitahu kepada kanak-kanak

    tentang tingkah laku yang ditunjukkan dan kepentingannya kepada kanak-kanak.

    1ontohnya saya memberikan pujian kepada rakan "dlin iaitu Syakira kerana selalu

    membantu saya mengemas kelas. Strategi modeling memerlukan kanak-kanak untuk

    sedar akan tingkah laku yang ditunjukkan, oleh itu guru perlu sentiasa mengingatkan

    dan menyedarkan kanak-kanak tentang tingkah laku tersebut.

  • 8/18/2019 Bk Peringkat 4

    9/10

    :. Peneguhan dan hukuman

    Strategi untuk mengubah tingkah laku seperti menggunakan peneguhan dan

    hukuman juga telah dapat membantu saya mengubah tingkah laku "dlin yang tidak

    diingini. Kontrak antara strategi yang telah saya laksanakan.Diawal pengajaran dan

    pembelajaran kontrak telah dibuat yang dipersetujui oleh "dlin. Perjanjian ini adalah

    untuk tingkah laku positi% yang ingin diterapkan dibuat supaya "dlin sedar bahawa dia

    sudah membuat perjanjian dengan saya tentang tingkah laku tersebut.Saya sentiasa

    mengingatkan "dlin tentang perjanjian tersebut. Misalnya pada setiap pagi, saya akan

    memintanya berjanji untuk tidak memukul rakan lain dan saya akan cepat

    mengingatinya jika saya ternampak dia menunjukkan ciri untuk membuat tindakan

    tersebut.

    (anjaran juga dapat telah saya laksanakan dan ia menarik perhatian "dlin dan

    kanak-kanak lain. Saya telah membuat ganjaran berbentuk ;sticker

  • 8/18/2019 Bk Peringkat 4

    10/10

    !amun, saya perlu menyatakan sebab tindakan tersebut dijalankan dengan jelas

    kepada "dlin dan kanak-kanak yang lain.. 6iasa kaedah ini memberikan kesan

    mendalam kepada kanak-kanak di tadika saya. Saya sebagai guru perlu tahu cara

    terbaik untuk menjalankan strategi ini supaya kanak-kanak tidak berubah agresi% atau

    tidak mahu masuk ke dalam kelas.

    Menurut model tingkah laku, peneguhan positi% lebih digalakkan untuk

    pembentukan tingkah laku. 'ukuman atau dendaan perlu dikurangkan supaya emosi

    kanak-kanak tidak terganggu.

    &ahap- Menamatkan Sesi

    Rumusan

    Matlamat inter7ensi yang dijalankan sebagai pembuka jalan untuk kajian dan

    tindakan lain dijalankan ke atas kanak-kanak. nter7ensi yang dijalankan perlu

    kepada tinjauan yang konsisten dari guru, ibu bapa dan pihak sekolah. Masalahtingkah laku yang dihadapi oleh Danial iaitu bertindak memukul rakan lain jika

    sesuatu yang diminati diambil darinya. 9angkah-langkah yang diambil untuk

    menghapuskan tingkah laku tersebut dan menggantikannya dengan tingkah laku

    suka berkonsi dengan rakan lain memerlukan kepada komitmen semua pihak