b&k-editd

Upload: wardyawaty-rajikal

Post on 08-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 B&K-editd

    1/29

    1

    PENGENALAN

    Kaunseling merupakan suatu konsep yang telah diketahui umum khususnya di

    kalangan masyarakat maju. Semakin majunya kehidupan ahli dalam sesebuah

    masyarakat, semakin meningkat pula masalah-masalah yang harus ditempuhi

    oleh ahli-ahlinya. Kebanyakan individu apabila diminta untuk mentakrifkan

    tentang kaunseling akan menyatakan bahawa kaunseling adalah satu proses

    pertemuan di antara satu kaunselor dan individu yang ingin diberikan bantuan.

    Dengan lain perkataan, kaunselor adalah individu yang khusus bertugas secara

    terarah atau sukarela untuk memberikan pertolongan kepada orang lain untuk

    menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh klien (orang yang datang

    berjumpa dengan kaunselor). Definisi yang diberikan ini terlalu umum.

    Blocher mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong

    individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat

    bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey sepertimana dengan Blocher

    menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk

    menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah pada diri.

    Akhir sekali James pula mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses

    pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk

    mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri

    individu.

    Ketiga-tiga definisi yang dipilih ini memberikan penekanan kepada proses untuk

    menolong, menyedarkan individu tentang dirinya dan suatu proses pembelajaran

    individu untuk mencapai tingkat kesejahteraan dalam kehidupan yang dilalui.

    Konsep atau definisi kaunseling mengikut perspektif Islam didapati lebih luas dan

    lebih komprehensif. Aziz Salleh (1996) misalnya menyatakan bahawa kaunseling

    merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai

    masalah psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien

    bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

  • 8/6/2019 B&K-editd

    2/29

    2

    Kaunseling Islam mempunyai liputan skop masalah yang lebih besar iaitu yang

    berkaitan dengan keimanan seseorang seperti aspek ketuhanan, alam akhirat,

    dosa, pahala, neraka, hari kiamat dan sebagainya.

    Mengikut ajaran Islam, kaedah kaunseling ini adalah suatu amalan asas yang

    perlu dipergunakan dalam perhubungan sesama manusia. Amalan nasihat-

    menasihati dan menjauhi tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam

    merupakan asas dalam didikan Islam. Walau apapun definisinya, pertemuan

    antara kaunselor dan klien dalam beberapa sesi kaunseling telah dapat

    mencapai alternatif terbaik untuk individu mengatasi masalah yang dihadapi agar

    dirinya dapat berfungsi dengan lebih berkesan di alam perskitarannya.

  • 8/6/2019 B&K-editd

    3/29

    3

    Soalan i:

    y Definisi kaunseling dari pelbagai sudut pandangan.

    y Persamaan dan perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi dari

    pelbagai sudut.

    DEFINISI KAUNSELING

    Definisi melalui pandangan individu

    Satu proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran

    dan menghasilkan pembentukan matlamat dan nilai untuk tingkah laku masa depan.

    Blocher dalam Shertzer dan Stone, 1981

    Apa sahaja aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien

    menunjukkan tingkah laku yang mendorong kepada penyelesaian masalah klien.

    Krumboltz, 1965

  • 8/6/2019 B&K-editd

    4/29

    4

    Lewis, 1970

    Proses orang yang terganggu ditolong merasai dan bertingkah laku yang memuaskan melalui interaksi

    dengan kaunselor yang menyediakan maklumat dan reaksi bagi menggalakkan klien mengembangkan

    tenaga supaya membolehkan klien menangani diri dengan persekitaran secara berkesan.

    Reddy, 1987

    Satu gabungan teknik, kemahiran dan sikap bagi membantu individu mengurus masalah mereka

    dengan menggunakan sumber yang ada pada klien dengan sebaik-baiknya.

    Perhubungan profesional antara seorang kauselor terlatih dan klien. Perhubungan ini biasanya bersifat

    person-to-person, walaupun kadang-kadang melibatkan lebih daripada dua orang. Perhubungan ini

    dibentuk untuk membantu klien memahami dan menyatakan pandangan mereka tentang ruang

    hidupnya dan mempelajari mencapai matlamat pilihan kendiri melalui pilihan yang bermakna dan

    bermaklumat setelah menyelesaikan masalah yang bersifat emosional dan interpersonal.

    Burks dan Steffire, 1979

    Satu perbincangan antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok

    kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama memikirkan dan meneliti

    beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yan

    dipilih.

    Zainal Abidin, 2002

  • 8/6/2019 B&K-editd

    5/29

    5

    Definisi melalui pandangan persatuan

    Definisi melalui pandangan agama

    Definisi melalui pandangan kaunselor / guru bimbingan

    KESIMPULMelibatkan masalah yang ringan contohnya bagi murid sekolah rendah seperti masalah ponteng, tidak

    menyiapkan kerja rumah dan bergaduh. Melibatkan sesi kaunseling individu atau kelompok.

    A unique, helpingrelationshipin which theclientisprovidedtheopportunitytolearn, feel,think,

    experienceachangeinthe waysthatshethinksisdesirable.

    Blackham, 1977

    Penggunan prosedur kaunseling dan bidang lain yang berkaitan dengan sains tingkah laku untuk

    membantu mempelajari bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah, membuat keputusan berkenaan

    dengan pemilihan kerjaya, pertumbuhan kendiri, perkahwinan, keluarga atau perkara interpersonal

    lain.

    Persatuan Bimbingan dan Personel Amerika, 1980

    Guru Bimbingan dan Kaunseling SK.South, En.Saperi Sahari,2011

    Suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologikal dengan

    seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Kaunseling

    Islam mempunyai liputan skop masalah yang lebih besar iaitu yang berkaitan dengan keimananseseorang seperti aspek ketuhanan, alam akhirat, dosa, pahala, neraka, hari kiamat dan sebagainya.

    Aziz Salleh, 1996 agama Islam

  • 8/6/2019 B&K-editd

    6/29

    6

    PERBANDINGAN KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI

    KAUNSELING ASPEK PSIKOTERAPI

    Menumpukan perhatian

    kepada membantu

    individu mengatasi

    kebuntuan atau

    kekusutan fikiran untuk

    meneruskan kehidupan

    dengan lebih tenteram

    DEFINISI Lebih memberi

    penekanan kepada

    pemulihan penyakit

    mental

    Membantu individu

    mengatasi masalah

    pertumbuhan kendiri

    (personal growth) pada

    bila-bila masa ke arah

    mencapai perkembangan

    kekuatan optimum diri

    OBJEKTIF Menyelesaikan masalah

    perubahan reconstructive

    dalam seseorang individu

    disamping pertumbuhan

    kendiri

    Pendek (kurang dari 6bulan)

    JANGKA MASA Panjang (lebih dari 6bulan dan boleh

    mencapai 2 tahun)

    Outpatientsahaja KAEDAH Secara outpatientdan

    inpatient

    HASIL TEMUBUAL DENGAN KAUNSELOR SK.SOUTH

    Menurut Blocher,1974:

    Satu proses profesional

    untuk menolong individu

    supaya menjadi lebih

    sedar tentang dirinya dan

    bagaimana dia dapat

    bertindak balas dalam

    DEFINISI Lebih kepada masalah

    kritikal yang melibatkan

    pemikiran dan masalah

    kejiwaan contohnya sakit

    jiwa

  • 8/6/2019 B&K-editd

    7/29

    7

    alam sekitarnya

    PROSES Agak rumit

    Kaunselor menggunakan

    lmu psikologi untuk

    membantu mengatasi

    masalah biasa

    PENGGUNAAN ILMU

    PSIKOLOGI

    Kaunselor menggunakan

    ilmu psikologi untuk

    membantu klien

    mengatasi gangguan

    kejiwaan

    Masalah yang ringan

    sahaja

    JENIS MASALAH Masalah kejiwaan

    Kauselor

    Guru bimbingan

    PROFESION YANG

    TERLIBAT

    Ahli psikiatri

    Supaya individu boleh

    menjadi lebih positif atau

    bermotivasi dan dapat

    mengurangkan tekanan

    TUJUAN

    [persamaan]

    Supaya individu boleh

    menjadi lebih positif atau

    bermotivasi dan dapat

    mengurangkan tekanan

  • 8/6/2019 B&K-editd

    8/29

    8

    Soalan ii:

    y Kemahiran-kemahiran kaunseling yang diperlukan oleh guru bimbingan

    untuk menghadapi klien yang bermasalah.

    KEMAHIRAN-KEMAHIRAN KAUNSELING

    Perkara asas yang diperlukan ialah memahami prinsip kaunseling: (hasil

    temubual)

    a. Empati

    b. Menerima tanpa syarat

    c. Ketulenan

    d. Kemesraan

    e. Kerahsiaan

    f. Empati

    Kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang terlibat untuk menjalankan sesi

    kaunseling ialah:

    1. Kemahiran membina perhubungan: Kemahiran ini merupakan kemahiran

    yang paling awal digunakan untuk mewujudkan keselesaan pada diri klien

    dan sebagai titik tolak kepada kaunselor memahami kliennya.

    2. Kemahiran memberi perhatian: Kaunselor menunjukkan keprihatinan dan

    minatnya terhadap masalah dengan melayan dan mendengar secara

    aktifsetiap apa yang disampaikan oleh kliennya. Perkara ini penting bagi

    menambahkan lagi kepercayaan individu terhadap seorang kaunselor

    atau guru bimbingan.

    3. Kemahiran menginterpretasi tingkah laku bukan lisan: Kemahiran ini perlu

    sebagai satu cara untuk mengumpulkan maklumat berguna sekiranya

    perlu bagi penyelesaian masalah.

  • 8/6/2019 B&K-editd

    9/29

    9

    4. Kemahiran memberi tindak balas: Kemahiran ini penting bagi

    mengelakkan dari salah tafsiran maklumat yang disampaikan oleh klien.

    5. Kemahiran mendorong klien bercakap : Terdapat pelbagai teknik yang

    berguna bagi mendorong klien untuk bercakap seperti parafrasa, refleksi,

    senyap, menyoal, merumus, konfrantasi, meminta penjelasan dan

    blocking. Kemahiran ini adalah sangat perlu bagi menunjukkan klien

    bekerjasama dengan kaunselor dan menunjukkan hubungan telah terbina.

  • 8/6/2019 B&K-editd

    10/29

    10

    Kemahiran-kemahiran tersebut bolehlah digambarkan dalam proses seperti pada

    grafik berikut:

    Membinaperhubungan

    Memberiperhatian

    Menginterpretasi

    tingkah lakubukan lisan

    Memberi tindakbalas

    Mendorong klienbercakap

  • 8/6/2019 B&K-editd

    11/29

    11

    STRATEGI TEORI KAUNSELING

    Beberapa strategi untuk membantu klien akan diterangkan dalam bahagian ini.

    Kaunselor boleh menggunakan strategi yang dipilih untuk tujuan menggalakkan

    sesuatu tingkah laku yang dikehendaki atau menghilangkan yang tidak

    dikehendaki. Yang ditekankan di sini ialah penglibatan dan kerjasama antara

    klien dan kaunselor perlu berterusan. Strategi yang dipilih dan diterangkan di

    bawah ialah berkaitan dengan pengubahan tingkah laku zahir sahaja, seperti:

    - role play

    - latihan asertif

    - token ekonomi

    - pengurusan kendiri

    - pemantauan kendiri

    - peneguhan kendiri

    1.0 Role-play

    Strategi menggunakan role-play ini telah banyak digunakan oleh kaunselor untuk

    melatih klien dalam pelbagai pelakuan yang sebelum ini sukar hendak dilakukan.Ia boleh dikatakan satu lakonan dan latihan yang dibimbing oleh kaunselor

    dengan mempunyai tujuan yang khusus. Kaunselor profesional yang mengikut

    pendekatan kaunseling behaviorisme menggunakan role-play bila membuat

    latihan asertif, modeling (mencontohi perbuatan orang lain), dan kaunseling

    kerjaya. Role play adalah satu teknik yang terbaik untuk meluaskan kesedaran

    klien dan menunjukkan bahawa ada banyak alternatif melakukan tingkah laku

    lain. Misalnya, bagi seorang murid yang pemalu untuk bercakap dalam satu

    kumpulan perbincangan boleh diajar dengan cara roleplay, di mana murid itu

    diminta mengeluarkan pendapat kepada kaunselornya.

    Rasionalnya ialah murid berlatih mengeluarkan pendapat dalam keadaan dan

    suasana yang selamat. Apabila kaunselor merasakan klien sudah mempunyai

  • 8/6/2019 B&K-editd

    12/29

    12

    keyakinan diri, barulah murid itu dibenarkan menyertai kumpulan asalnya. Guru

    kelas murid tersebut perlu memberi kerjasama dengan tidak memaksa klien,

    kerana jika dia masih gugup dan malu, perasaan diri klien terancam.

    Teknik role-play boleh juga digunakan dengan klien lain supaya dia menjadi lebih

    asertif apabila dia mendapati dirinya sukar bertindak balas setiap kali orang lain

    mengambil kesempatan terhadapnya. Role-play memberi peluang kepada

    individu ini untuk mencuba mengeluarkan satu tingkah laku baru dalam situasi

    yang lebih selamat sebelum digunakan di luar atau di tempat-tempat yang selalu

    menimbulkan masalah.

    Batasan Penggunaan Role-play

    Sungguhpun penggunaan teknik role-play ini berkesan, namun ia ada hadnya,

    iaitu:

    - Ia bergantung kepada kemahiran dan kesungguhan kaunselor

    mentadbirkan caranya.

    - Ia juga bergantung kepada kehendak klien itu sendiri untuk mengalami,

    mendengar dan merasakan tingkah laku baru yang sebelum ini mungkin

    sukar baginya untuk dilakukan.

    Situasi 1:

    Shabana merupakan murid Tahun Enam di SK South. Dia seorang yang

    sangat rajin namun lemah dari segi akademik. Walau bagaimanapun, dia

    sentiasa berusaha untuk mencuba sebaik yang mungkin dalam aktiviti atau

    soalan-soalan yang diberikan. Dia juga sering dijadikan bahan ejekan oleh

    rakan-rakan lelaki yang lain menjadi faktor murid ini kurang self

    confidence. Dengan itu, guru sentiasa memberi ransangan berbentuk

    pujian setiap kali Shabana menyelesaikan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.

    Ternyata selepas itu, murid ini sudah berani untuk menyuarakan jawapan

    dan pendapat dalam kelas.

  • 8/6/2019 B&K-editd

    13/29

    13

    2.0 Latihan Asertif

    Latihan asertif adalah satu teknik untuk mengajar klien menambahkan keyakinan

    diri berhadapan dengan orang yang dianggap sebagai ancaman pada dirinya.

    Harus diingat bahawa teknik ini bukan untuk mengajar klien menjadi seorang

    yang lansang atau agresif.

    2.1 Matlamat asas latihan asertif ialah:

    Memberi kekuatan secara aktif untuk memulakan tingkah laku pilihan yang

    dikehendaki, iaitu lantas bertindak tanpa memberi kecederaan fizikal dan emosi

    terhadap orang lain.mengajar klien yang pasif, mempunyai sifat bergantung dan

    tidak bermotivasi, supaya mencari alternatif, iaitu bertindak dengan mengambil

    jalan yang lebih produktif. Ramai kaunselor mendapati bahawa klien mereka

    perlu membina kemahiran asertif untuk meningkatkan kebolehan pengurusan diri

    dan penyelesaian masalah. Klien boleh hilang penghargaan kendiri (self-

    esteem) dengan membiarkan orang lain mengambil kesempatan ke atas dirinya;

    tidak berupaya menghadapi ibubapa, majikan, suami/isteri atau orang lain

    dengan cara yang betul; atau menimbulkan respon yang tidak diingini oleh orang

    lain, jika klien bersikap agresif dan bukan asertif.

    2.2 Latihan asertif biasanya dilaksanakan dengan cara-cara berikut:

    y role-play dan melakonkan(modeling) situasi-situasi pasif, agresif dan

    asertif yang biasa dihadapi oleh klien;

    y melalui penerokaan masalah dan mentakrif masalah.

    y mengulangi latihan role-play yang telah ditetapkan beberapa kali.

    y role-reversal, iaitu melakonkan situasi yang menjadi punca klien tidak boleh

    melakukan tingkah laku asertif;

    y melaksanakan tingkah laku asertif yang dikehendaki sedikit demi sedikit

    (successive approximation).

  • 8/6/2019 B&K-editd

    14/29

    14

    Dengan cara-cara yang disebutkan tadi, klien bukan sahaja dapat membentuk

    tingkah laku baru dalam suasana selamat dengan kaunselornya, tetapi ia juga

    dapat bersama-sama dengan kaunselor untuk menganalisis perlakuan-perlakuan

    yang perlu dibentuk secara sedikit demi sedikit. Apabila klien sudah merasa

    selesa dan boleh membuat respon dengan cara baru ini, barulah boleh dicubanya

    di luar bilik kaunselor, iaitu dalam keadaan seharian.

    3.0 Token Ekonomi (Hadiah)

    Satu teknik behaviorisme yang biasa digunakan ialah token ekonomi atau

    pemberian hadiah. Ini merupakan satu prosedur yang teratur di mana token atau

    hadiah diberikan sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang bersesuaian. Token

    ini adalah dalam bentuk benda seperti duit syiling plastik, markah, atau apa sahaja

    benda yang boleh ditunaikan atau ditebus (cashed in) dengan barang-barang

    bernilai atau kemudahan-kemudahan tertentu (privileges). Token ekonomi telahdibuktikan berkesan di mana teknik ini digunakan di institusi-institusi seperti

    hospital, sekolah, klinik, rumah penjagaan kanak-kanak dan penjara. Prosedur ini

    boleh disesuaikan dengan apa sahaja keadaan, dan digunakan dalam situasi yang

    pelbagai. Sebagai contoh, dalam persekitaran sekolah, seorang kaunselor boleh

    menyediakan satu struktur token ekonomi untuk digunakan sebagai peneguhan

    Situasi 2:

    Seorang murid Tahun 3 di SK South sangat sukar untuk bergiat dengan aktif

    semasa di dalam kelas. Dia cuba untuk mengelak daripada terlibat dengan

    sebarang aktiviti. Dengan itu guru berusaha untuk menimbulkan satu tingkah

    laku yang lebih positif semasa berada di dalam kelas. Iaitu guru cuba untuk

    untuk memanggil murid tersebut dan bertanyakan khabar. Selepas itu, guru

    boleh menyantuni murid tersebut dengan merapatkan ukhuwah dan cuba untuk

    mendapatkan thiqah (kepercayaan). Kesan daripada itu, murid tersebut lebih

    berani untuk menonjolkan diri semasa brada di dalam kelas.

  • 8/6/2019 B&K-editd

    15/29

    15

    kepada murid yang melakukan tingkah laku yang positif, dan menyenaraikan

    jenis-jenis hukuman, dendaan atau kehilangan kemudahan sekiranya didapati

    berlakunya kegagalan mematuhi peraturan, atau gagal menjalani sesuatu

    tanggungjawab. Teknik ini telah didapati amat berkesan apabila digunakan

    kepada klien yang mengalami masalah yang melibatkan perlakuan yang biasa

    atau yang lebih kompleks. Pelaksana teknik ini mendapati teknik ini amat sesuai

    digunakan khusus untuk melupuskan tingkah laku yang maladaptif atau untuk

    membentuk tingkah laku yang adaptif.

    Persoalannya sekarang ialah bolehkah tingkah laku yang sudah diubah melalui

    strategi ini berterusan atau ia akan lupus selepas beberapa ketika sahaja?

    Misalnya, selepas seorang murid yang berkelakuan lansang atau agresif, sukabergaduh, suka mengusik orang lain, dikenakan proses perubahan dengan

    teknik ini, dan nampak ada perubahan positif, adakah perubahan positif ini akan

    berterusan?

    Kaunselor behaviorisme profesional akan mempertahankan keberkesanan strategi

    ekonomi token, tetapi mengaku terdapat masalah dalam hal memastikan

    perubahan yang telah dicapai itu berterusan dan berkekalan. Kaunselor yang

    merancang dan menyediakan struktur ekonomi token berkenaan harus bersedia

    untuk memastikan perubahan akan berterusan dengan melakukan perkara-

    perkara seperti berikut:

    y minta bantuan pekerja-pekerja lain seperti guru kelas, guru-guru yang

    mengajar murid berkenaan, ibu bapa untuk membuat komitmen

    membantu dan memahami konsep dan matlamat ekonomi token;

    y memilih tingkah laku yang besar kemungkinan akan mudah mendapat

    peneguhan

    y dari masyarakat dan persekitarannya;

    y mematuhi prinsip modifikasi tingkah laku seperti mengagihkan token atau

    hadiah

    y serta merta, adil dan konsisten;

  • 8/6/2019 B&K-editd

    16/29

    16

    y hadiah atau token yang diagihkan itu masih mempunyai nilai peneguhan.

    y memastikan tingkah laku yang diubah itu adalah tingkah laku yang

    dikehendaki di luar sekolah.

    4.0 Pengurusan Kendiri, Pemantauan Kendiri, dan Peneguhan Kendiri

    Pengurusan kendiri, pemantauan kendiri, dan peneguhan kendiri merangkumi

    suatu trend yang melibatkan klien sebagai peserta yang bekerjasama

    (collaborator) dan aktif dalam kaunseling. Jika dibandingkan dengan pendapat-

    pendapat ahli teori behaviorisme dahulu, klien adalah lebih pasif. Teknik ini

    mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

    y klien memainkan peranan yang aktif dalam setiap fasa kaunseling;

    y klien mengeluarkan buah fikiran sendiri dan mengikut arahan kaunselor

    serta membina langkah-langkah yang tertentu dan yang membantu.

    y proses pemikiran klien diambil kira dan diberi tumpuan

    y klien dijangka lebih bertanggungjawab berusaha untuk mencapai

    perubahan yang dikehendaki.

    y klien belajar cara memberi peneguhan kendiri.

    Situasi 3:

    Pertukaran kelas bagi matapelajaran Pendidikan Islam adalah sangat

    memakan masa. Tambahan pula jika bidang Tilawah Al-Quran di mana

    murid prlu mengambil wudhuk sebelum memegang Al-Quran. Dengan itu,

    pasti terdapat beberapa orang murid yang akan lambat masuk ke kelas

    dan mengambil masa. Oleh yang demikian, guru boleh mengaplikasikan

    sistem token kepada 5 orang murid yang berjaya menjadi orang pertama

    masuk ke dalam kelas dalam keadaan yang bersedia untuk belajar.

  • 8/6/2019 B&K-editd

    17/29

    17

    y klien dipanggil untuk membuat perhatian, memantau, mencatit, memberi

    peneguhan kendiri, dan kadang-kadang diminta membuat interpretasi

    data tingkah laku yang telah mereka catatkan

    y kaunselor berperanan lebih sebagai mentor atau pendidik dan bukan

    sebagai seorang pakar.

    Langkah-langkah Pengurusan Kendiri, Pemantauan Kendiri dan Peneguhan

    Kendiri

    Langkah 1: Mengkonsepsi dan Mentakrif Masalah dan Memilih Matlamat

    dalam Bentuk Behavioral

    A. Tentukan matlamat sasaran satu persatu

    B. Matlamatnya mesti:

    mudah difahami, penting, dan mempunyai nilai kepada klien;

    boleh diukur secara objektif dan dianalisis;

    realistik dan boleh dicapai;

    positif dan membina

    C. Kenyataan berkenaan matlamat sasaran mesti mengandungi:kehendak klien pada taraf yang boleh tercapai, atau yang hendak

    dilupuskan; dan pencapaian sedikit demi sedikit matlamat sasaran

    mengikut tarikh-tarikh.

    Contoh:

    Kaunselor: Jadi, sekarang apa yang saudara ingin benar-benar lakukan

    ialah mencapai sasaran untuk mencapai 75% dalam setiap

    ujian bulanan bagi semua mata pelajaran

    Klien: Ya, itu benar, sebab saya sangat mngejar cita-cita untuk

    mendapat 5 A dalam UPSR.

    Kaunselor: Baiklah, saya rasa anda sudah membuat pelbagai usaha

    untuk mencapai cita-cita anda. Saya mencadangkan awak

  • 8/6/2019 B&K-editd

    18/29

    18

    menyediakan jadual belajar yang efektif dalm aspek

    pengurusan masa dan penggunaan kaedah dan teknik yang

    digunakan semasa belajar perlu bersesuaian dengan mata

    pelajaran yang dipelajari.

    Langkah 2: Mengurus dan Memantau Tingkah Laku Sasaran

    A. Pilih matlamat sasaran yang sesuai berasaskan objektif-objektif klien.

    B. Mulakan penilaian asas atau baseline assessment sebelum

    melaksanakan strategi mengubah tingkah laku.

    C. Mulakan pemantauan dan buat catatan data ke atas matlamat-matlamat

    yang berkaitan.

    Untuk ini, klien perlu:

    - mencatatkan tingkah laku dengan segera selepas ianya berlaku;

    - gunakan kertas dan pensil, jam tangan atau sebarang alat perakam yang

    sesuai untuk merekod data tingkah laku.

    - laksanakan pengiraan kekerapan, pengambilan masa, atau gunakan

    strategi pemantauan yang lain untuk merekod tingkah laku.

    Contoh:

    Kaunselor: Ahmad, bagaimanakah anda mengubah cara anda merekod

    dan memantau tingkah laku kali ini untuk memastikan

    Ahmad mengikut jadual dan mencapai peratusan dalam

    ujian bulanan seperti yang disasarkan?

    Klien: Oh, itu semua saya dah fikirkan; pmilihan masa yang sesuai

    untuk mngulang kaji plajaran dan fokus semasa blajar

    mmbantu saya untuk mmbina rafleksi diri dalam mengesan

    apa yang saya lakukan pada setiap hari. Saya juga telah

    memikirkan beberapa kaedah untuk memantau apa yang

    saya buat supaya tidak menipu diri saya sendiri.

  • 8/6/2019 B&K-editd

    19/29

    19

    Kaunselor: Anda ada menyebut beberapa kaedah. Apakah kaedah

    yang saudara gunakan? Saya benar-benar inginkan anda

    berjaya kali ini. Cuba kita semak bersama perincian apa

    yang saudara hendak lakukan dan bagaimana anda akan

    lakukannya.

    Klien: Baiklah. Ini saya hendak tunjukkan apa yang saya telah tulis

    sebagai rekod tentang apa yang saya telah buat.

    Kaunselor: (Sambil melihat catatan) Ini senarai yang baik. Mari kita

    semak dan bincang bersama. Mungkin kita dapat fikirkan

    cara yang boleh membantu pemantauan aktiviti anda

    dengan lebih mudah yang belum kita fikirkan.

    Langkah 3: Perubahan Suasana Persekitaran dan Mengambil Langkah yang

    Sesuai

    Teruskan mencatat atau merekodkan tingkah laku sasaran. Pada mulanya, cuba

    elakkan persekitaran dan situasi yang pasti akan melakukan respon yang tidak

    dikehendaki atau pelakuan maladaptif. Ubahkan persekitaran, suasana dan

    situasi untuk memastikan anda:

    - menyedari apa yang anda sedang buat;

    - hadkan rangsangan yang melawa tingkah laku yang tidak dikehendaki;

    dan

    - mudahkan tingkah laku yang memberi kepuasan.

    Contoh:

    Kaunselor: Shabana, ini adalah satu langkah di mana saudara mesti tukar

    kepada cara lain. Kalau saudara teruskan cara yang lama, nanti

    susah nak menghilangkan tabiat yang baru ni, dan anda pasti akan

    terus makan macam dulu dan membuat aktviti fizikal yang telah

    dimulakan. Ini akan menimbulkan masalah. Pada hemat saya, anda

  • 8/6/2019 B&K-editd

    20/29

    20

    perlu membuat satu perubahan drastik kalau ingin mencapai

    matlamat anda.

    Klien: Ya, saya tahu beberapa perkara yang saya mesti lakukan.

    Pertama, saya mesti cuba untuk membuat latihan intensif bagi

    setiap mata pelajaran yang lemah.

    Kaunselor: OK, ada lain-lain lagi?

    Klien: Saya terfikir untuk mengambil tusyen bagi mata pelajaran yang

    sukar dan belum dikuasai sepenuhnya.

    Kaunselor: Itu sangat baik. Mari kita sama-sama bincang hal itu, dan fikirkan

    juga bagaimana kita dapat mengelakkan keinginan untuk bermain

    semasa di dalam kelas bagi membantu anda mencapai matlamat.

    Langkah 4: Menjana Peneguhan yang Sesuai dan Menentukan Akibat yang

    Bermakna

    Serta Berkesan bagi Klien

    Teruskan merekod tingkah laku sasaran.

    A. Kenal pasti peneguhan dan akibatnya; yang mana peneguhan positif

    memberi akibat yang positif, dan yang mana dianggap tidak selesa.

    B. Laksanakan pemberian peneguhan supaya:

    Tingkah laku yang sesuai diberi peneguhan dengan segera.

    Kriteria mendapatkan peneguhan adalah realistik dan mudah dibuat.

    Orang-orang terdekat menyokong mendapatkan matlamat perlakuan

    yang dikehendaki.

    Jadual jangka masa berperingkat ditentukan supaya kejayaan setiap

    peringkat diberi peneguhan.

    Peneguhan ekstrinsik (luaran) dan intrinsik (dalaman) disediakan.

  • 8/6/2019 B&K-editd

    21/29

    21

    Peneguhan mempunyai kuasa untuk memberi kesan.

    Peneguhan dijadualkan supaya dijadikan insentif untuk jangka masa

    pendek, pertengahan dan panjang.

    Contoh:

    Kaunselor: Saya mahukan ganjaran anda mencukupi untuk memastikan anda

    mengikuti rancangan, tapi jangan sampai anda membuat sasaran

    begitu tinggi hingga tak terbuat. Dan jangan harapkan anda

    seorang sahaja yang memberi ganjaran atau peneguhan. Saya

    ingin tahu siapa menjadi penyokong kuat anda yang boleh

    mentadbirkan ganjaran. Ini akan menambahkan peluang untuk

    berjaya mencapai matlamat.

    Klien: Saya yakin ibubapa saya akan dapat membantu saya dalam hal ini.

    Lagi pun kalau saya menipu diri saya masa makan, sudah tentu dia

    akan menyekat saya.

    Kaunselor: Bagus! Masukkan beberapa nama lagi orang-orang yang boleh

    membantu anda. Kemudian kita akan bina satu strategi di mana

    anda boleh agihkan tugas tertentu kepada mereka untuk kebaikan

    anda dan mereka.

    Klien: OK, kali ini saya betul-betul berazam menurunkan berat badan

    saya.

    Langkah 5: Meneruskan Kejayaan dan Mengira Apa yang Telah Tercapai

    Teruskan membuat catatan.

    Terus memikirkan ganjaran yang sesuai untuk perlakuan yang dikehendaki.

    A. Bentuk satu sistem penilaian/feedback yang berkesan untuk memastikan

    yang pengurusan kendiri, pemantauan kendiri, dan peneguhan kendiri

    boleh diubah dan dibaiki lagi, atau digunakan sekali lagi untuk meneruskan

    (maintain) matlamat sasaran.

  • 8/6/2019 B&K-editd

    22/29

    22

    B. Meneruskan tingkah laku yang telah dipelajari.

    1. Mengurangkan catatan-kendiri.

    2. Kurangkan pemberian peneguhan.

    3. Dapatkan sokongan sosial.

    4. Gunakan strategi ini untuk mengubah sesuatu yang klien fikir penting baginya.

    Contoh:

    Klien: Apa yang saya nak buat ialah melibatkan ibubapa dan rakan-rakan

    saya secara serius untuk blajar secara sistematik dan tratur bagi

    mncapai sasaran 5A dalam ujian bulanan UPSR.

    Kaunselor: Ada tak kemungkinan mereka akan memberi peneguhan kepada

    perlakuan anda?

    Klien: Tidak.

    Kaunselor: Kalau begitu saya cadangkan anda jadikan ibubapa dan rakan

    sebagai pembakar semangat mereka.

    untuk meneruskan matlamat sasaran. Cuba fikirkan beberapa nama lain yang

    boleh membantu anda meneruskan sokongan supaya tidak balik semula kepada

    tabiat makan seperti dahulu. Amat menyusahkan anda sendiri kalau berbalik

    semula seperti dahulu dan tidak mengamalkan system pembelajaran yang betul.

    Klien: OK, terima kasih.

  • 8/6/2019 B&K-editd

    23/29

    23

    RUMUSAN

    Psikoanalisis yang dipelopori oleh Sigmund Freud boleh diiktirafkan sebagai

    satu kaedah bagi merawati seorang individu yang meminta bantuan berkaitan

    dengan masalah emosinya. Sekiranya kita mengikuti fahaman tradisi,

    psikoanalisis lebih dianggap sesuai merawati individu yang mana masalah

    personalitinya sungguh tertekan dan mendalam. Kemungkinan agak kurang

    sesuai untuk membantu mengatasi kesulitan yang dialami seharian. Pada

    asasnya pendekatan afektif mempunyai kefahaman bahawa setiap manusia itu

    sedar dan berupaya membuat pemilihan-pemilihan yang tersendiri. Manusia itu

    difahamkan sebagai satu insan yang penuh dengan kebaikan diri serta

    mempunyai keupayaan perkembangan diri yang tidak terhad. Ini memberi

    makna bahawa tersemat di dalam diri seorang manusia itu adanya suatu potensi

    yang boleh dikupas secara mendalam sekiranya ia dapat sedar akan potensi

    perkembangan diri yang terpendam itu. Jika dilihat melalui kaca mata

    psikoanalisis ini, anda akan melihat betapa besar potensi yang ada dalam diri

    setiap murid yang mampu dikembangkan sebagai contoh bakat murid dalam

    bidang bercerita boleh dikembangkan kepada perbahasan dan seterusnya murid

    tersebut akan terbiasa dengan ucapan-ucapan umum.

    Kefahaman pendekatan afektif pula mempunyai pegangan bahawa seorang

    manusia itu adalah unik, tersendiri dalam kebolehannya membentuk potensi

    yang terpendam dalam dirinya. Setiap manusia itu juga kemungkinan bergerak

    ke arah hala yang boleh memperkukuhkan dirinya. Keunikan diri seorang

    manusia itu memberi erti bahawa ianya mempunyai pandangan hidup yang

    berbeza. Perbezaan ini adalah ketara dari aspek perlakuan yang diresapi olehseorang manusia serta pandangan yang berbeza terhadap liku-liku hidup.

    Kesejahteraan juga dapat difahamkan dari segi aspek jangkaan seorang

    manusia terhadap dirinya yang sebenar dengan harapan yang dikehendakinya.

    Murid-murid di sekolah sudah pasti memilik kekuatan, kelebihan dan latar

    belakang yang berbeza. Dengan itu, kepelbagaian ini yang akan membantu

  • 8/6/2019 B&K-editd

    24/29

    24

    dalam mencambahkan idea-idea. Bagetu juga jika dilihat bagaimana terhasil

    bunyi kompang yang baik adalah disebabkan ritma yang pelbagai.

    Manakala pendekatan modifikasi tingkahlaku kognitif menumpu kepada

    tingkahlaku hasil daripada pengstrukturan kognitif. Pengalaman seseorang

    digandingkan dengan cara individu tersebut mentafsir tingkahlakunya. Pentafsir

    yang tidak rasional boleh mengakibatkan tingkahlaku yang bercelaru. Dalam

    pendekatan ini, manusia tidak dianggap hanya sebagai objek. Interaksi dan

    tingkah laku antara insan tidak berlaku tanpa wujudnya perasaan dan pemikiran.

    Elemen ini merupakan tumpuan induk dalam kefahaman modifikasi tingkahlaku

    kognitif.

    Individu dalam proses interaksi sentiasa bergerak balas kepada rangsangan

    alam sekitarnya dan saling membuat pentafsiran tertentu serta menukarkan

    persepsinya kepada suatu tingkahlaku. Walau bagaimanapun, setiap individu

    akan membuat pentafsiran yang berbeza berasaskan kepada pengalaman dan

    pentafsiran subjektifnya terhadap rangsangan alam persekitarannya.

    Terapi emotif-rasional mengandaikan bahawa manusia secara lahiriah

    adalah rasional dan tidak rasional, logikal dan gila (crazy). Ellis juga percaya

    bahawa sifat duaan (duality) secara semulajadi ini diwarisi dan akan terus

    dipunyai andainya tiada apa-apa pembelajaran berlaku yang akan mengubah

    cara pemikiran baru pada individu. Ellis telah menggariskan sebelas

    kepercayaan tidak rasional yang seringkali dipunyai oleh manusia yang

    menyusahkan dan boleh menimbulkan pelbagai gangguan emosi.

    Kaunselor dalam pendekatan RET ini mengambil peranan yang aktif dan terus

    (direct). Kaunselor berfungsi untuk menunjuk arah, mengajar dan membetulkan

    kognisi klien. Ellis telah mengenal pasti beberapa ciri peribadi yang perlu

    dipunyai oleh kaunselor yang akan menggunakan RET. Mereka haruslah cerdik,

  • 8/6/2019 B&K-editd

    25/29

    25

    berpengetahuan luas, empathetik, tekal, berfikiran saintifik, berminat untuk

    menolong orang dan merupakan pengguna teknik RET.

    Terapi emotif-rasional didapati mudah dilaksanakan dan berkesan. Kaedah ini

    berkesan untuk digunakan ke atas klien remaja. RET berkesan untuk mengatasi

    masalah kecelaruan affektif, kecelaruan ketakutan dan penyesuaian. Di samping

    RET, analisis transaksional (transactional analysis) merupakan juga suatu

    kaedah dalam pendekatan kognitif. Dengan itu, dapat dilihat betapa pentingnya

    hubungan hati antara guru kaunseling dengan klien secara umumnya dan dalam

    konteks yang terjaga kerana murid pasti mudah untuk bertanya beberapa

    perkara kepada murid tersebut.

    Secara peribadinya, ilmu tentang teori kaunseling behaviorisme ini bukan sahaja

    bermanfaat dalam menguruskan masalah tingkah laku di kalangan murid

    samada di dalam atau di luar kelas malah ianya juga berguna kepada ibubapa

    dalam mendidik dan lebih mengenali sikap dan tingkah laku anak-anak. Dengan

    ini, rumah tangga itu akan harmoni dan aman.

  • 8/6/2019 B&K-editd

    26/29

    26

    REFLEKSI

    Ilmu pengetahuan tentang teori-teori kaunseling telah didedahkan sebelum ini.

    Walau bagaimana pun, ilmu teori belum memadai tanpa adanya praktikal yang

    dibuat. Oleh yang demikian, dengan pengalaman praktikal selama tiga bulan di

    SK South saya dan rakan-rakan yang lain telah diberikan tugasan Bimbingan

    dan Kaunseling di mana kami perlu untuk melihat dan menilai murid-murid serta

    menemubual guru kaunseling yang ada di sekolah tersebut. Berdasarkan

    pengamatan saya murid-murid di SK South dan di sekolah-sekolah tempat saya

    di tempatkan untuk praktikum terdapat sedikit perbezaan. Hal ini mungkin kerana

    bilangan murid di SK South yang sedikit tambahan pula mereka terdiri dari

    kalangan murid-murid yang pandai. Berbeza dengan murid di SK Riam Batu Dua

    di mana saya berhadapan dengan masalah tingkah laku murid di dalam kelas.

    Hal ini berikutan murid-murid di sekolah tersebut kebanyakannya

    berlatarbelakangkan askar dan merupakan rakan sepermainan di kawasan

    perumahan. Hubungan yang rapat ini kemungkinan menjadi salah satu faktor

    yang menjadi asbab mereka berani untuk melakukan sesuka hati semasa berada

    di dalam kelas. Walau bagaimanapun, pengalaman-pengalaman seperti ini

    sangat bermakna bagi saya kerana mengajar saya untuk lebih mahir dalam

    menguruskan tingkah laku dan emosi murid

    Tugasan Bimbingan dan Kaunseling ini juga mengukuhkan lagi keyakinan saya

    dalam berhadapan dengan kepelbagaian karenah semasa berada di dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas hal ini kerana dapat

    berkongsi pengalaman dengan individu yang sangat berpengalaman dalam

    menguruskan dan berhadapan dengan masalah-masalah di kalangan murid.selain itu, dengan sesi temubual ini juga telah membuka ruang dan peluang

    kepada saya dan rakan untuk beramah mesra dengan staf-staf di sekolah itu

    terutamanya guru kaunseling di sekolah tersebut. Selain daripada itu, pengertian

    tentang bidang kaunseling telah diperincikan oleh guru Kaunseling di sekolah

  • 8/6/2019 B&K-editd

    27/29

    27

    tersebut khususnya berkenaan pandangan beliau mengenai persamaan dan

    perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi dari pelbagai sudut.

    Kesimpulannya, realiti kehidupan masa kini menyebabkan manusia dihantui

    dengan rasa cinta pada kehidupan, rasa sayang pada keduniaan menjadikan

    manusia masa kini sering disibukkan dengan bebanan kerja yang tidak

    berkesudahan, amanah yang terkadang diketepikan, tanggungjawab yang

    terpaksa diabaikan menjadikan manusia seolah hilang pedoman dalam

    menyelamatkan diri dari kepapaan. Rasa takut hidup keseorangan, risau pada

    suatu yang tiada kepastian menjadikan manusia sentiasa diburu kegelisahan dan

    keresahan. Dengan itu, segala teori kaunseling di atas hanya sekadar teoritikal

    ciptaan manusia untuk manusia. Teori-teori ini boleh diguna pakai mengikut

    kesesuaian masalah klien. Walau apa pun ia, segala permasalah yang wujud

    hakikatnya berhubung kait dengan hati individu tersebut sejauh mana ia redha

    dan pasrah dengan hakikat kehidupan duniawi sekelilingnya.

    WARDYAWATY RAJIKAL

    PISMP-PENGAJIAN ISLAM SEMESTER 7

  • 8/6/2019 B&K-editd

    28/29

    28

    REFLEKSI KENDIRI

    Melalui kajian saya mengenai definisi kaunseling dari pelbagai aspek,

    saya dapat memahami satu konsep yang saya anggap lebih menyeluruh iaitu

    sesi kaunseling merupakan satu proses membantu sesama insan untuk

    menghadapi kehidupan berteraskan kasih sayang di mana individu-individu yang

    terlibat seperti kaunselor dan klien saling memerlukan di antara satu sama lain.

    Pada pandangan saya, setiap sesi kaunseling yang dijalankan sebenarnya

    menyumbang kepada pengalaman-pengalaman hidup yang bermakna di mana

    individu-individu tersebut bekerjasama untuk menyelesaikan permasalahn hidup

    yang menyebabkan berlakunya proses yang mematangkan fikiran dan membuka

    minda individu yang terlibat dengan lebih luas lagi. Saya juga beranggapan

    bahawa setiap sesi kaunseling yang dijalankan menunjukkan kejayaan kaunselor

    dan klien tersebut kerana berjaya membentuk suatu permuafakatan secara tidak

    langsung. Cuma apa yang lebih dikatakan berjaya ialah apabila setiap

    permasalahan yang dikemukakan berjaya menemukan jalan penyelesaian atau

    pun dalam istilah Inggerisnya, mereka berjaya menemui turning point bagi

    sesuatu perkara.

    Perkara yang sama juga berlaku pada sesi psikoterapi walau pun pada

    hakikatnya psikoterapi mempunyai tahap masalah yang lebih kritikal. Pada

    pemikiran saya, seseorang yang ingin menyelesaikan masalah ini mestilah

    mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang cukup mantap untuk berdepan

    dengannya.

    Untuk aspek kemahiran-kemahiran asas kaunseling, saya dapati

    kemahiran tersebut boleh dipelajari malah sepatutnya dipelajari oleh seorang

    yang bakal menjadi warga pendidik seperti saya. Bahkan, untuk profesion apa

    pun, kemahiran ini perlu diketahui kerana setiap manusia memerlukan antara

    satu sama lain dalam kehidupan bermasyarakat. Perkara ini ingin saya kaitkan

    dengan ajaran yang dianjurkan dalam agama saya iaitu konsep menjaga

    hubungan sesama manusia atau dalam bahasa Arabnya disebut sebagai hablu

    min an-naas. Konsep ini menunjukkan bahawa manusia sepatutnya saling

  • 8/6/2019 B&K-editd

    29/29

    berinteraksi dengan baik sesama manusia. Maka kemahiran-kemahiran asas

    kaunseling merupakan sebahagian ilmu yang perlu dipelajari bagi tujuan

    manusia hidup secara harmoni dan makmur dalam masyarakat.

    Seterusnya, setelah mengetahui kemahiran yang diperlukan bagi

    mengatasi masalah, seorang individu atau lebih tepat lagi seorang kaunselor

    hendaklah mengetahui cara menggunakan kemahiran tersebut. Oleh sebab

    itulah, saya berfikir bahawa perlunya untuk menerokai teori-teori kaunseling

    sebagai panduan untuk mengendalikan sesi kaunseling. Perkara ini sebenarnya

    dapatlah difahami dengan konsep belajar sesuatu melalui pengalaman. Ini

    adalah kerana bagi saya, sesuatu teori itu wujud melalui pengalaman-

    pengalaman atau pun eksperimen kehidupan seseorang itu.

    Sebagai penutup kata, kehidupan manusia merupakan sesuatu ketetapan

    perjalanan hidup dari Ilahi. Sekiranya manusia berdepan dengan sesuatu

    cabaran atau ujian dalam hidup, manusia bolehlah merujuk kepada sejarah

    kehidupan manusia atau pengalaman orang yang telah melaluinya. Akhir sekali,

    kita hendaklah sentiasa mengadu kepada Pencipta kita yang lebih mengetahui

    keadaan ciptaanNya.

    - Rabiatul Adawiyah binti Rafihi -