biografi

5
1. Tajuk : Diri saya Nama saya Tan Sang Kui. Saya dilahirkan pada 31 Januari 1998. Kini, saya berusia 12 tahun. Saya merupakan anak bongsu dalam sebuah keluarga yang sederhana. Saya mempunyai seorang abang dan dua orang kakak. Bapa saya seorang mekanik. Ibu saya pula seorang tukang jahit. Saya amat menyayangi mereka. Saya berasa amat bertuah kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga sederhana, tetapi bahagia. Sekarang saya belajar dalam tahun enam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sedenak. Saya pergi ke sekolah dengan menunggang basikal. Setiap hari saya membawa bekal yang disediakan oleh ibu ke sekolah. Di sekolah saya bergiat aktif dalam sukan dan unit beruniform. Malah, saya menjadi wakil sekolah dalam acara olahraga dan pingpong peringkat negeri. Walau bagaimanapun, saya tidak pernah mengabaikan pelajaran. Pada masa lapang, saya suka pergi memancing. Selain itu, saya juga suka mendengar radio dan membaca buku. Saya tidak suka membazir masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Saya bercita-cita menjadi peguam yang bertauliah. Oleh itu, saya harus rajin belajar supaya tidak menyesal kemudian hari. 1. sederhana - ___________ 2. sekarang - __________ 3. bekal - _____________ 4. disediakan - _________ 5. bergiat - _____________ 6. aktif - _____________

Upload: bongshuyng

Post on 08-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: biografi

1. Tajuk : Diri saya

Nama saya Tan Sang Kui. Saya dilahirkan pada 31 Januari 1998. Kini,

saya berusia 12 tahun. Saya merupakan anak bongsu dalam sebuah keluarga

yang sederhana. Saya mempunyai seorang abang dan dua orang kakak.

Bapa saya seorang mekanik. Ibu saya pula seorang tukang jahit. Saya

amat menyayangi mereka. Saya berasa amat bertuah kerana dilahirkan

dalam sebuah keluarga sederhana, tetapi bahagia.

Sekarang saya belajar dalam tahun enam di Sekolah Jenis Kebangsaan

Cina Sedenak. Saya pergi ke sekolah dengan menunggang basikal. Setiap

hari saya membawa bekal yang disediakan oleh ibu ke sekolah.

Di sekolah saya bergiat aktif dalam sukan dan unit beruniform. Malah,

saya menjadi wakil sekolah dalam acara olahraga dan pingpong peringkat

negeri. Walau bagaimanapun, saya tidak pernah mengabaikan pelajaran.

Pada masa lapang, saya suka pergi memancing. Selain itu, saya juga

suka mendengar radio dan membaca buku. Saya tidak suka membazir masa

dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Saya bercita-cita menjadi peguam yang bertauliah. Oleh itu, saya harus

rajin belajar supaya tidak menyesal kemudian hari.

找出以下词语的意思:1. sederhana - ___________ 2. sekarang - __________

3. bekal - _____________ 4. disediakan - _________

5. bergiat - _____________ 6. aktif - _____________

7. wakil - _______________ 8. mengabaikan - _______

9. membazir - ___________ 10. peguam - __________

11. bertauliah - __________ 12. menyesal - _________

2. Tajuk : Ayah saya

Saya mempunyai seorang ayah yang baik hati dan penyayang. Nama

ayah saya ialah Lim Jian Qin. Umurnya 51 tahun dan bertugas sebagai guru

Page 2: biografi

di sebuah sekolah menengah. Walaupun sibuk dengan tugas hariannya, ayah

saya tidak pernah mengabaikan masa untuk bersama-sama kami.

Di sekolah, ayah ialah jurulatih pasukan bola keranjang. Saya selalu

mengajak ayah bermain bola keranjang sekiranya ada masa lapang. Kadang-

kadang kami juga berjoging di taman rekreasi berhampiran rumah kami.

Ayah saya juga suka bercerita. Saya suka mendengar cerita-ceritanya.

Ayah suka bercerita tentang kisah teladan dan ahli-ahli sukan yang telah

berjaya mengharumkan nama negara.

Ayah merupakan seorang yang tegas. Ayah sentiasa mengambil berat

akan pelajaran kami. Beliau mahu kami berjaya dalam pelajaran.

Saya berbangga kerana mempunyai seorang ayah yang sentiasa

mengambil berat akan keluarga. Oleh itu, saya sentiasa berdoa semoga

beliau sentiasa sihat dan dipanjangkan umur.

找出以下词语的意思:1. penyayang - ___________ 2. bertugas - _______________

3. sibuk - _____________ 4. jurulatih - _______________

5. mengajak - _____________ 6. berhampiran - _____________

7. kisah - _______________ 8. teladan - _______

9. mengharumkan - ___________ 10. tegas - __________

11. berbangga - __________ 12. berdoa - _________

3 . Tajuk : Guru Kesayangan S aya

Sekolah saya mempunyai 15 orang guru dan 190 orang murid. Banyak

guru yang mengajar saya. Mereka mengajar saya dengan penuh dedikasi.

Walau bagaimanapun, guru yang paling saya suka ialah Cikgu Wong. Cikgu

Wong berumur 25 tahun.

Cikgu Wong mengajar kami Bahasa Malaysia dan Pendidikan Jasmani.

Beliau sangat rajin dan bertanggungjawab. Semasa mengajar, beliau begitu

Page 3: biografi

tegas tetapi pandai berjenaka. Oleh itu, kami tidak berasa bosan mengikuti

pengajaran yang disampaikan.

Cikgu Wong juga pandai mengambil hati kami. Apabila kami melakukan

sesuatu kesalahan, beliau tidak akan memarahi kami. Sebaliknya, beliau

akan membimbing dan menasihati kami supaya tidak mengulangi kesalahan

itu.

Pada sebelah petang, Cikgu Wong akan mengajar kami bermain

badminton. Beliau juga merupakan jurulatih badminton di sekolah kami.

Corak latihan yang diberikan oleh beliau dapat meningkatkan kemahiran

kami dalam permainan badminton.

Sekiranya ada masa lapang, Cikgu Wong akan berbual-bual dengan

kami. Oleh itu, kami bersyukur kerana mempunyai guru yang baik hati

seperti Cikgu Wong yang begitu prihatin dengan masalah muridnya.

找出以下词语的意思:1. mengajar - ___________ 2. dedikasi - _______________

3. berjenaka - _____________ 4. bosan - _______________

5. mengikuti - _____________ 6. kesalahan - _____________

7. sebaliknya - _______________ 8. membimbing - _______

9. mengulangi - ___________ 10. meningkatkan - __________

11. berbual-bual - __________ 12. prihatin - _________

4 . Tajuk : Pak Long Seorang Peniaga

Nama Pak Long “Nasi Ayam” memang tidak asing lagi dalam kalangan

penduduk di Pekan Maran. Setiap hari, dia berniaga nasi ayam dan minuman

di sebuah warung. Walaupun ada banyak peniaga yang turut berniaga

berhampiran warung Pak Long, tetapi mereka tidak dapat menyaingi

keenakan nasi ayam Pak Long.

Pak Long akan memulakan perniagaannya pada pukul 1.30 petang.

Walau bagaimanapun, Pak Long akan menutup warungnya pada pukul 4.00

petang. Selepas itu, dia akan membersih dan menyediakan makanan untuk

Page 4: biografi

dijual pada sebelah malam pula. Pada sebelah malam, dia akan berniaga dari

pukul 7.30 hingga 11.30 malam.

Pak Long gigih mengusahakan perniagaan nasi ayam dengan dibantu

oleh anak-anaknya. Isteri Pak Long tidak berapa sihat tetapi merupakan

pendorong utama Pak Long dalam perniagaan nasi ayam. Mereka sekeluarga

bekerjasama melayan pelanggan yang datang ke warung mereka. Ada yang

menyediakan nasi ayam, membuat minuman, mencuci pinggan mangkuk,

dan mengelap meja.

Warung Pak Long sentiasa dikunjungi oleh pelanggan. Mereka

mengatakan nasi ayam warung Pak Long sungguh enak dan harganya pula

berpatutan.

Pak Long berasa gembira berniaga di warung itu. Walaupun hidupnya

tidak mewah tetapi dia dapat menampung perbelanjaan keluarga.

找出以下词语的意思:1. asing - ___________ 2. kalangan - _______________

3. berniaga - _____________ 4. warung - _______________

5. keenakan - _____________ 6. memulakan - _____________

7. menutup - _______________ 8. mengusahakan - _______

9. pendorong - ___________ 10. melayan - __________

11. berpatutan - __________ 12. mewah - _________