biogeografi soalan 5

10
BIOGEOGRAFI (AG20803) NAMA PENSYARAH: PN. FADILAH BINTI SARBI NAMA TUTOR : EN. ABDUL RAZZAQ BAKRI NAMA PELAJAR : MOHAMAD IQBAL BIN MOHD KAMAL @ ISMAIL (BA12110193) SITI AIDANAJWA BINTI SALAHUDIN (BA12160575) NUR SHAFIEZA SHAZWANIE BINTI SAMSUDIN (BA12110369) TUTORIAL : ISNIN (3-4pm) SOALAN : EKOSISTEM PENGENALAN Ekosistem merupakan sistem semulajadi yang melibatkan interaksi antara benda hidup (biotik) dan bukan hidup (abiotik). Ekosistem mengandungi keanekaragaman jenis dalam sesuatu komuniti dengan lingkungannya yang berfungsi sebagai suatu kesatuan interaksi kehidupan dalam alam (Dephut, 1997). Komponen utama dalam ekosistem adalah seperti biomas, kitaran tenaga dalam ekosistem, kitaran biogeokimia dalam ekosistem, Niche ekologi, populasi dinamik, evolusi dan pemilihan semulajadi di dalam ekosistem, serta perubahan semulajadi ekosistem. BIOMA UTAMA DARATAN DAN LAUTAN Bumi dibahagikan kepada zon iklim yang berbeza. Keadaan seumpama ini akan menghasilkan bioma yang luas dimana tumbuhan dan juga haiwan akan menyesuaikan diri dengan corak iklim yang berbeza. a) Bioma Daratan Bioma daratan dapat dikenalpasti dengan jenis dan ciri tumbuhan yang mempengaruhi hidupan di kawasan tersebut. Ekosistem ini merupakan ekosistem yang berada di daratan. Namun begitu, ianya dibezakan dengan beberapa bioma:-

Upload: nurul-syakilla-nabila

Post on 07-Dec-2015

257 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: BIOGEOGRAFI SOALAN 5

BIOGEOGRAFI (AG20803)

NAMA PENSYARAH: PN. FADILAH BINTI SARBINAMA TUTOR : EN. ABDUL RAZZAQ BAKRINAMA PELAJAR : MOHAMAD IQBAL BIN MOHD KAMAL @ ISMAIL (BA12110193)

SITI AIDANAJWA BINTI SALAHUDIN (BA12160575) NUR SHAFIEZA SHAZWANIE BINTI SAMSUDIN (BA12110369)

TUTORIAL : ISNIN (3-4pm)SOALAN : EKOSISTEM

PENGENALAN

Ekosistem merupakan sistem semulajadi yang melibatkan interaksi antara

benda hidup (biotik) dan bukan hidup (abiotik).

Ekosistem mengandungi keanekaragaman jenis dalam sesuatu komuniti

dengan lingkungannya yang berfungsi sebagai suatu kesatuan interaksi

kehidupan dalam alam (Dephut, 1997).

Komponen utama dalam ekosistem adalah seperti biomas, kitaran tenaga

dalam ekosistem, kitaran biogeokimia dalam ekosistem, Niche ekologi,

populasi dinamik, evolusi dan pemilihan semulajadi di dalam ekosistem, serta

perubahan semulajadi ekosistem.

BIOMA UTAMA DARATAN DAN LAUTAN

Bumi dibahagikan kepada zon iklim yang berbeza. Keadaan seumpama ini akan

menghasilkan bioma yang luas dimana tumbuhan dan juga haiwan akan

menyesuaikan diri dengan corak iklim yang berbeza.

a) Bioma Daratan

Bioma daratan dapat dikenalpasti dengan jenis dan ciri tumbuhan yang

mempengaruhi hidupan di kawasan tersebut. Ekosistem ini merupakan

ekosistem yang berada di daratan. Namun begitu, ianya dibezakan dengan

beberapa bioma:-

i. Bioma Gurun

Ciri-ciri bioma gurun adalah gersang dan curah hujan adalah rendah. Suhu di

kawasan ini sangat tinggi pada waktu siang dan rendah pada waktu malam. Haiwan

yang hidup di gurun antaranya ialah kala jengking dan ular. Tumbuhan yang

Page 2: BIOGEOGRAFI SOALAN 5

terdapat di gurun kebiasannya berkarakter tidak berdaun, berakar panjang dan

mampu menyimpan air dalam jangka yamg lama seperti pokok kaktus.

ii. Bioma Padang rumput

Bioma padang rumput mempunyai taburan hujan yang tidak teratur sehingga tidak

mampu membentuk hutan. Tumbuhan utama di kawasan ini ialah rumput.

Manakala haiwan yang dapat hidup di kawasan ini ialah bison, singa dan kangaroo.

b) Bioma Akuatik

Lautan meliputi tiga per empat permukaan bumi. Bioma akuatik terbahagi

kepada dua ekosistem iaitu ekosistem air masin dan ekosistem air tawar.

i. Ekosistem air tawar

Tumbuhan yang banyak ditemui di air tawar ialah alga dan teratai. Ekosistem air

tawar terbahagi kepada dua, iaitu ekosistem air tawar berair tenang (danau) dan air

mengalir (sungai). Organisma air tawar dibezakan seperti berikut:-

Plankton - terdiri daripada fitoplankton dan zooplankton yang kebiasaannya

melayang-layang mengikut gerak aliran air.

Nekton - haiwan yang aktif berenang dalam air (ikan).

Neuston - organisma yang terapung atau berenang di permukaan air

(serangga air).

Perifiton - tumbuhan atau haiwan yang melekat pada tumbuhan atau benda

lain (siput).

Bentos - haiwan dan tumbuhan yang hidup di dasar (cacing dan remis).

ii. Ekosistem air masin

Ekosistem air masin dibezakan dengan laut, pantai, estuari (muara sungai) dan

terumbu karang.

Laut- sebahagian permukaan bumi adalah laut. Perbezaan suhu di bahagian

atas dan bawah laut adalah tinggi. Bahagian atas laut merupakan lapisan air

Page 3: BIOGEOGRAFI SOALAN 5

yang panas dan air yang sejuk ialah di bahagian bawah laut yang dikenali

sebagai termoklin.

Pantai- ekosistem pantai merupakan ekosistem yang berada di antara

ekosistem darat dan laut. Ekosistem pantai ini dipengaruhi oleh pasang surut

laut. Organisma yang hidup di kawasan ini ialah remis yang menjadi

makanan kepada burung pantai.

Estuari (muara)- merupakan tempat bersatunya sungai dengan laut. Nutrient

sungai yang dibawa melalui proses erosi oleh sungai dari daratan dapat

memperkaya estuari. Estuari menjadi habitat kepada cacing, kerang, dan

ikan.

Terumbu karang- ekosistem ini merupakan kumpulan batu serta organisma

lain yang ada di dalam laut kawasan topis. Ekosistem ini masih boleh

menerima cahaya matahari yang membantu proses fotosintesis.

KITARAN TENAGA DALAM EKOSISTEM

Dalam ekosistem, terdapat beberapa kitaran tenaga, iaiatu:-

Peringkat trofik pertama – pengeluar utama memerlukan cahaya

matahari untuk menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis.

(tumbuh-tumbuhan/alga)

Peringkat trofik kedua – herbivor (haiwan yang memakan tumbuhan)

Peringkat trofik ketiga – karnivor (pemangsa yang memakan haiwan

herbivor).

Pengurai (bakteria, kulat, cacing) pula akan bertindak mereputkan

organisma yang mati dan tenaga serta nutrien akan kembali ke tanah.

KITARAN BIOGEOKIMIA DALAM EKOSISTEM

Kitaran biogeokimia adalah satu laluan dimana unsur-unsur kimia atau

molekul bergerak melalui komponen biotik dan abiotik.

Kitaran biogeokimia berlaku secara berterusan dan berkesinambungan dalam

edaran yang lengkap dan sempurna.

Kitaran biogeokimia yang paling penting dalam mempengaruhi ekosistem

ialah kitaran karbon dan kitaran nitrogen.

Kitaran Karbon

Page 4: BIOGEOGRAFI SOALAN 5

Merupakan kitaran yang paling penting bagi hidupan di bumi. Karbon boleh didapati dalam jumlah yang banyak didalam udara dalam bentuk karbon dioksida.

Apabila tumbuhan berfotosintesis ia akan menggunakan karbon dioksida daripada udara dan akan membina molekul gula, kanji, protein serta makanan lain.

Kitaran Nitrogen Kitaran yang bermula dengan nitrat yang berada di tanah yang akan

diserap oleh tumbuhan. Tumbuhan akan menyerap nitrogen dan kemudiannya akan dimakan oleh haiwan.

Nitrogen hanya akan bertindak balas dengan oksigen apabila suhu dan tekanan adalah tinggi. Contohnya semasa kilat asid nitrik, nitrogen oksida dan nitrogen dioksida terbentuk.

Nitrogen dioksida boleh bertindak balas dengan air hujan untuk membentuk asid nitrik.

Niche ekologi(Relung Ekologi)

Niche ekologi(relung ekologi) adalah status atau peranan suatu spesies hidup di dalam ekosistem.contohnya status burung helang dan peranannya dalam ekosistem.

Niche Ekologi(relung ekologi) juga diertikan sebagai peranan dan fungsi spesies dalam komuniti yang hidup bersama-sama dalam ekosistem.

Niche Ekologi(Relung ekologi) tergantung pada jenis spesies dan bertindak balas dengan ekosistem

Niche Ekologi(Relung ekologi) bukanlah ruang fizikal, tetapi suatu mencukupi semua faktor-faktor fizikal,kimia,fisiologi dan biotik yang diperlukan mahluk untuk hidup. Dalam ekologi tidak pernah ada dua jenis menempati relung ekologi yang sama.

sesuatu sepsies dapat menempati relung ekologi yang mempunyai perbezaan dari segi daerah dan bergantung pada sumber makanan yang sedia ada dan terdapat pesaing-pesaingnya.

contohnya yang terdapat dalam jadual 1.

Jadual 1. Hubungan antara individu spesies yang berbeza.

Jenis interaksi Kesan interaksi ContohnyaPersaingan Kedua-dua spesies

dicederakan(kadar pertumbuhan penduduk adalahdikurangkan).

Pokok-pokok oak dan pokok maplebersaing untuk cahaya dalam hutan,

Page 5: BIOGEOGRAFI SOALAN 5

burung-burung mencari makan dalampaya

pemangsaan Parasitisme

Faedah satu spesies, satudirosakkan.

Pemangsaan: serigala danrabbitParasitism: lambak dan serigala

hidup bersama Kedua-dua spesies mendapat manfaat.Hubungan mungkin tidakpenting untuk sama ada.

Manusia dan haiwan peliharaan rumah, seranggapendebungaan bunga

Dalam ekologi, commensalism adalah kelas hubungan antara dua organisma di mana satu manfaat organisma tetapi yang lain adalah neutral (tiada salahnya atau faedah).Terdapat tiga jenis persatuan: 1.hidup bersama (di mana kedua-dua organisma mendapat kebaikan), 2.persaingan (di mana kedua-dua organisma dicederakan), dan cara hidup parasit (satu manfaat organisma dan3. impak negatif atau keburukan.

Faedah satu spesies, seseorang tidakterjejas.

Ulat menguraikan reput yangbangkai

Amensalism(Hubungan simbiotik antara organisma di mana satu spesies adalah menganiaya atau menghalang dan spesies lain tidak terjejas.)

Satu spesies membahayakan lain(biasanya dengan membebaskan toksikbahan), tetapi tidak terjejassendiri.

Allelopathy (tumbuh-tumbuhan yangmenghasilkan bahan merbahayakepada tumbuhan lain): rai dan gandummenyekat rumpai apabila digunakan sebagaitanaman penutup, sisa brokolimenyekat pertumbuhan lainsayur-sayuran di kilang yang samakeluarga

Page 6: BIOGEOGRAFI SOALAN 5

Setiap spesies yang terdapat dalam ekosistem mempunyai kedudukan atau status yang khusus dalam sesuatu ekosistem yang saling berinteraksi dan memerlukan antara satu sama lain.

Sebagai contoh, Afrika Ikan Eagle menduduki relung ekologi yang hampir sama dengan Bald Amerika Eagle .Dalam fenomena ini, ia adalah sukar untuk mengukur semua pembolehubah yang spesies yang diperlukan untuk terus hidup.

Evolusi dan Pemilihan semulajadi di dalam Ekosistem

Interaksi sesuatu spesies sangat penting dalam dalam menentukan evolusi dan pemilihan semujadi yang terdapat dalam sesuatu ekosistem.

Sebagai contohnya melihat kepada spesies yang berinteraksi antara satu sama lain,hubungan spesies dengan pesaing ,pemangsa dan mangsa yang menyumbang kepada pemilihan semulajadi yang dapat mempengaruhi evolusi atau dalam kesinambungan sesuatu spesies(generasi spesies yang baru)

Untuk menggambarkan konsep ini,melihat kepada bagaimana evolusi telah mempengaruhi pemangsa dalam sesuatu spesies. Ciri-ciri yang membantu pemangsa untuk mencari, menangkap, dan membunuh mangsa akan meningkatkan peluang mereka untuk yang masih hidup dan membiak.

Tambahan pula, mangsa akan mendapat keuntungan daripada pemangsa kerana telah mengurangkan persaingan antara spesiesnya dalam pencarian makanan.contohnya spesies tikus bersaing untuk mendapatkan makanan di kawasan padi, sekirangnya pemangsa memakan spesies tikus tersebut ia akan mengurankan persaingan antara spesies untuk mendapatkan makanan.

Pemilihan semulajadi yang dilakukan oleh pelbagai spesies ini dapat dilihat melalui pelbagai ciri dan perilaku sesuatu spesies dalam ekosistem iaitu:

1 -Peniruan yang dilakukan sama ada pemangsa atau mangsa itu sendiri.

Peniruan yang dilakukan oleh mangsa dan pemangsa sangat bergantung kepada persekitaran fizikal semulajadi yang terdapat dalam ekosistem tersebut.

Persekitaran fizikal yan semulajadi digunakan oleh mangsa untuk mendapatkan makanan,manakala mangsa pula ,menggunakan persekitaran tersebut untuk bersembunyi daripada pemangsa.sebagai contonya penyamaran spesies ular sebagai pemangsa untuk mendapatkan makanan di dalam ekosistem.

2- Strategi yang ditugaskan mencari makanan Optimum membolehkan pemangsa untuk mendapatkan jumlah maksimum tenaga bersih seunit masa yang dihabiskan mencari makanan

Page 7: BIOGEOGRAFI SOALAN 5

Berapa banyak tenaga pemangsa diperlukan untuk mendapatkan mangsa.3- Mengelakkan / melarikan diri melalui ciri-ciri yang terdapat pada mangsa yang membantu mangsa tidak dapat kesan oleh pemangsa.

Ciri-ciri semulajadi yang terdpat pada mangsa membantu dalam mengelakan diri daripada di makan..contonya spesies landak yang mempunyai duri di belakang berfungsi sebagai perisai yang membantu darpada menjadi mangsa kepada pemangsa di dalam ekosistem

Pilihan semula jadi berasaskan kepada ciri-ciri yang membuat pemangsa dan mangsa mungkin akan hidup boleh menjana pemangsa dan mangsa dengan peningkatan dalam pertahanan mangsa mencetuskan tindak balas dan penambahbaikan dalam serangan pemangsa.Sekiranya pemangsa gagal unutuk mendaptkan mangsa, kesannya spesies mangsa dapat berevolusi dengan baik.

Perubahan semulajadi ekosistem

Perubahan semulajadi ekosistem berlaku akibat gangguan yang dialami dalam sesuatu ekosistem contonya peningkatan suhu yang kesannya sesetengah spesies meninggalkan habitat dalam ekosistem menyebabkan ekosistem tersebut mengalami perubahan.

Sama seperti hubungan antara spesies individu yang dinamik, begitu juga keseluruhan ekosistem. Proses di mana satu komuniti semulajadi berubah menjadi yang lain atas skala masa tahun untuk abad dipanggil berturut-turut.contonhya dapat dilihat melalui corak pengangtian hutan.

Keseimbangan alam bukan bukan bermaksud bahawa ekosistem tidak berubah.

Ekosistem sangat dinamik, dan tidak teratur. Komuniti tumbuhan dan haiwan yang terdapat dalam beberapa

ekosistem secara tersusun selalu berubah karana adanya perubahan dalam persekitaran fizikal dalam ekosistem.

Kesimpulan

Ekosistem merupakan komponan yang penting melibatkan benda hidup dengan persekitaran sesuatu kawasan.oleh itu,langkah unutk memulihara dan memelihara alam sekitar perlu diambil bagi menjamin kesinambungan hidup pelbagai spesies yang terdapat dalam ekosistem.

Page 8: BIOGEOGRAFI SOALAN 5

Rujukan

Cotgreave, P. and Forseth, l. 2002. Introductory Ecology. Blackwell Science. Chapter 2 Global Patterns of Biodiversity and Productivity: Biomes.

Cornelia Dean. “In An Antartic Desert, Sign of Life”. New York Times. February 3, 1998.

http://onrizal.files.wordpress.com/2009/08/2-ekologi-hutan-ekosistem2.pdf. Diakses pada 14/12/2013

http://iadekstensi2010.files.wordpress.com/2012/01/viii-ix-makhluk-hidup-dalam-lingkungan-alami.pdf . Diakses pada 14/12/2013

http://staff.uny.ac.id/sites/default/files/pendidikan/Dr.%20Tien%20Aminatun,%20S.Si.,M.Si./EVOLUSI%20DAN%20PERUBAHAN%20EKOSISTEM.pdf .Diakses pada 14/12/2013