biodata dan sejarah ringkas nabi muhammad s

4
Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( م سل ه و ي عل له ى ال صل مد ح م ى ب ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin ( ن مي الأ) yang bermaksud 'yang terpuji'. BIODATA RASULULLAH S.A.W :

Upload: ezam-zamana

Post on 19-Sep-2015

249 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam( )adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin () yang bermaksud 'yang terpuji'.

BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenalisebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah4. Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW)7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sadiah (lebih dikenaliHalimah As-Sadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:

USIA 5 TAHUN* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh duamalaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya.

USIA 6 TAHUN* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN* Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan.* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentangpengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.

USIA 20 TAHUN* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab Sirah ,jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari danberperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.* Menyaksikan perjanjian Al-Fudhul; perjanjian damai untuk memberipertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijahbinti Khuwailid Al-Asadiyah.* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranyayang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untukmeminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Kaabah.* Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMekah.* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan Hajarul-Aswad ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakanbatutersebut.

USIA 40 TAHUN* Menerima wahyu di gua Hira sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.

USIA 53 TAHUN* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina AbuBakar Al-Siddiq.* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/24 September622M.

USIA 63 TAHUN* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/8 Jun632M.

Read more:http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/02/biodata-dan-sejarah-ringkas-rasulullah.html#ixzz3bYW7b1Gz