bincangkan sumber sumber pendapatan golongan … daripada setiap keluarga pada musim menuai dan...

4
1 Bincangkan sumbersumber pendapatan golongan pembesar di Tanah Melayu sebelum kedatangan British tahun 1874. A: PENGENALAN 1. Golongan pembesar merupakan golongan yang berpangkat tinggi dan berada pada paras kedua selepas kedudukan raja atau sultan. Kelompok pembesar inilah yang menjadi pentadbir di peringkat jajahan yang mempunyai gelaran tertentu. 2. Pembesar memperolehi pendapatan daripada pelbagai sumber. Cukai merupakan sumber pendapatan yang penting kepada golongan pembesar. Cukai-cukai dipungut daripada hasil pertanian, perlombongan, perdagangan, hasil hutan dan lain- lain . 3. Selain daripada cukai terdapat sumber pendapatan lain yang diperolehi oleh golongan pembesar seperti kegiatan perlombongan, pertanian, perniagaan dan pelaburan. B: ISI 1. Pendapatan daripada pungutan cukai a. Salah satu sumber pendapatan utama golongan pembesar ialah melalui pungutan cukai samada dalam bentuk wang ataupun hasil barangan/atau tanaman. b. Cukai-cukai yang dipungut berpunca daripada hasil - hasil pertanian, perlombongan, perdagangan, hasil hutan, garam, ikan kering, candu, minyak kelapa dan bahan-bahan tekstil. Begitu juga dengan kulit binatang, kayu, rotan, getah perca dan lain-lain hasil hutan juga dikenakan cukai. Biasanya cukai sebanyak 10% ad valorem dikenakan. c. Tanaman padi tidak dikenakan cukai, melainkan padi yang ditanam di daerah Krian sahaja yang dikenakan cukai sebanyak 1/10 daripada hasil. d. Golongan pembesar biasanya memungut hasil di kawasan atau daerah yang dikhaskan. Sebarang hasil yang dibawa keluar daripada kawasan jagaannya akan dikenakan cukai . Pembesar yang memungut cukai akan diberikan surat tauliah untuk memungut cukai. Kawasan tempat pembesar memungut cukai dipanggil kawasan “pemakanan”. Contohnya di Perak Orang Kaya Seri Agar Di Raja mengutip cukai yang di kenali sebagai “bebas cukai kepala” di sepanjang sungai di bawah kawalannya. Manakala Orang Kaya Andika Syah Bandar mengutip cukai dan menerima 70 gantang beras daripada setiap keluarga pada musim menuai dan cukai yang di kenali sebagai”cukai labuh batu”. Sebahagian cukai diserahkan kepada Sultan sebagai tanda taat seta. e. Hasil cukai yang paling banyak dipungut ialah bijih timah. Contohnya bijih timah di Perak,Selangor dan Sungai Ujung.

Upload: phamdung

Post on 26-Mar-2018

226 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bincangkan sumber sumber pendapatan golongan … daripada setiap keluarga pada musim menuai dan cukai yang di kenali sebagai”cukai labuh batu”. Sebahagian cukai diserahkan kepada

1

Bincangkan sumber–sumber pendapatan golongan pembesar di Tanah Melayu sebelum kedatangan

British tahun 1874.

A: PENGENALAN

1. Golongan pembesar merupakan golongan yang berpangkat tinggi dan berada pada paras kedua

selepas kedudukan raja atau sultan. Kelompok pembesar inilah yang menjadi pentadbir di peringkat

jajahan yang mempunyai gelaran tertentu.

2. Pembesar memperolehi pendapatan daripada pelbagai sumber. Cukai merupakan sumber pendapatan

yang penting kepada golongan pembesar. Cukai-cukai dipungut daripada hasil pertanian,

perlombongan, perdagangan, hasil hutan dan lain- lain .

3. Selain daripada cukai terdapat sumber pendapatan lain yang diperolehi oleh golongan pembesar

seperti kegiatan perlombongan, pertanian, perniagaan dan pelaburan.

B: ISI

1. Pendapatan daripada pungutan cukai

a. Salah satu sumber pendapatan utama golongan pembesar ialah melalui pungutan cukai samada dalam

bentuk wang ataupun hasil barangan/atau tanaman.

b. Cukai-cukai yang dipungut berpunca daripada hasil - hasil pertanian, perlombongan, perdagangan,

hasil hutan, garam, ikan kering, candu, minyak kelapa dan bahan-bahan tekstil. Begitu juga dengan

kulit binatang, kayu, rotan, getah perca dan lain-lain hasil hutan juga dikenakan cukai. Biasanya

cukai sebanyak 10% ad valorem dikenakan.

c. Tanaman padi tidak dikenakan cukai, melainkan padi yang ditanam di daerah Krian sahaja yang

dikenakan cukai sebanyak 1/10 daripada hasil.

d. Golongan pembesar biasanya memungut hasil di kawasan atau daerah yang dikhaskan. Sebarang hasil

yang dibawa keluar daripada kawasan jagaannya akan dikenakan cukai . Pembesar yang memungut

cukai akan diberikan surat tauliah untuk memungut cukai. Kawasan tempat pembesar memungut

cukai dipanggil kawasan “pemakanan”. Contohnya di Perak Orang Kaya Seri Agar Di Raja

mengutip cukai yang di kenali sebagai “bebas cukai kepala” di sepanjang sungai di bawah

kawalannya. Manakala Orang Kaya Andika Syah Bandar mengutip cukai dan menerima 70 gantang

beras daripada setiap keluarga pada musim menuai dan cukai yang di kenali sebagai”cukai labuh

batu”. Sebahagian cukai diserahkan kepada Sultan sebagai tanda taat seta.

e. Hasil cukai yang paling banyak dipungut ialah bijih timah. Contohnya bijih timah di Perak,Selangor

dan Sungai Ujung.

Page 2: Bincangkan sumber sumber pendapatan golongan … daripada setiap keluarga pada musim menuai dan cukai yang di kenali sebagai”cukai labuh batu”. Sebahagian cukai diserahkan kepada

2

f. Golongan pembesar juga mengenakan cukai kepada kapal-kapal dagangan. Contohya negeri Kelantan

mengenakan bayaran cukai sebanyak $25.00 untuk sebuah kapal yang singgah berlabuh. Jikalau

lebih besar kapal dan lebih banyak muatannya akan lebih tinggi bayaran cukai yang dikenakan.

g. Cukai dikutip melalui dua cara pertama, cukai yang dikutip secara langsung di pelabuhan -pelabuhan

atau sungai yang meliputi barangan import dan eksport. Kedua golongan pemerintah memajak hak

memungut cukai kepada orang perseorangan bagi tempoh tertentu dan pemajak akan membuat

bayaran tetap kepada golongan pemerintah setiap tahun.

h. Di negeri Kelantan, cukai dinamakan “banci” . Melalui banci cukai dikenakan sekali dalam tempoh 3

tahun yang dikutip $1.00 ke atas setiap orang lelaki dewasa yang merdeka dan 50 sen setiap hamba

berhutang. Cukai banci bagi kawasan lombong emas akan dikenakan $3.00 bagi setiap orang Melayu

dan $12.00 bagi setiap orang Cina.

i. Pembesar Melayu juga bertanggungjawab mengawal hasil-hasil hutan. Di Pahang pada tahun 1844

Bendahara Ali telah melantik Ketua Orang Asli sebagai wakil beliau bagi semua penempatan orang

asli di Pahang untuk mengawal pemungutan hasil hutan yang amat berharga untuk dieksport. Begitu

juga di Kedah sistem pajak atau ampun kurnia dikurniakan oleh Sultan kepada pembesar negeri

seperti hak mengutip cukai pasar di pekan-pekan kecil.

2. Kegiatan perlombongan

a. Golongan pembesar juga memperolehi pendapatan daripada kegiatan perlombongan. Mereka

mempunyai hak ke atas kawasan–kawasan yang kaya dengan bijih timah. Kegiatan perlombongan

merupakan kegiatan ekonomi yang menambah pendapatan pembesar.

b. Contohnya Long Jaafar yang membuka bijih timah di Klian Pauh. Begitu juga dengan Raja Jumaat di

Lukut Selangor dan Ngah Ibrahim di Larut Perak.

c. Pekerja diambil daripada rakyat tempatan yang sudah menjadi kewajipan kepada mereka untuk

bekerja kepada golongan pemerintah

3. Kegiatan Perniagaan

a. Golongan pembesar juga terlibat aktif dalam perniagaan. Pada peringkat awal mereka mengambil

barangan daripada rakyat dan menukar dengan barangan daripada luar. Contohnya perniagaan seperti

getah jelutung (perca).

Page 3: Bincangkan sumber sumber pendapatan golongan … daripada setiap keluarga pada musim menuai dan cukai yang di kenali sebagai”cukai labuh batu”. Sebahagian cukai diserahkan kepada

3

b. Golongan pembesar biasanya menjadi pemodal dan melantik wakil bagi menjalankan perniagaan.

Biasanya urusan perniagaan diserahkan kepada Kiwi iaitu orang yang mahir mengendalikan

perniagaan.

c. Golongan pemerintah terlibat sebagai usahawan kerana mereka menjalankan kegiatan import dan

eksport. Pembesar mempnyai alat-alat pengangkutan untuk mengangkut barangan dagangan.

4. Pertanian Dagangan

a. Golongan pembesar juga terlibat dengan kegiatan pertanian dagangan. Antara tanaman yang

diusahakan secara komersil ialah lada hitam, gambir, buah pala, cengkih, tebu, dan ubi kayu.

Contohnya Temenggung Ibrahim telah menjemput orang-orang Cina dari Singapura untuk membuka

ladang gambir dan lada hitam di negeri Johor.

b. Pembesar juga memperolehi pendapatan melalui sistem kerah dan serah. Melalui sistem kerah, rakyat

diminta bekerja dengan kerajaan sebagai khidmat kepada pemerintah dan sistem serah pula satu cara

pemberian sebahagian hasil yang diusahakan oleh rakyat kepada pembesar sebagai balasan rakyat

menggunakan tanah. Nilai serahan bergantung kepada hasil pendapatan semusim tanaman/ternakan.

c. Pemerintah juga menjual hasil dengan harga tinggi dan membeli hasil daripada rakyat dengan harga

yang rendah. Kegiatan ini sangat menguntungkan kerajaan.

5. Pelaburan

a. Pelaburan merupakan salah satu punca kepada pendapatan pembesar. Hasil ini sebahagian besarnya

diperolehi daripada aktiviti perlombonngan bijih timah dan juga pertanian komersil.

b. Penguasaan pembesar Melayu ke atas pelombong-pelombong Cina pada waktu itu adalah berbeza-

beza. Misalnya pelombong yang tinggal di antara kawasan perlombongan dan pelabuhan tidak perlu

membayar cukai kepada pembesar Melayu. Sebaliknya mereka perlu membayar royalty hadil

daripada penggunaan tanah di kawasan tersebut.

c. Di kawasan yang tidak ramai pelombong Cina, pembesar Melayu telah menjadi rakan sekutu yang

berkongsi keuntungan daripada perlombongan tersebut seperti Raja Jumaat dan Chee Yam Chuan di

Lukut Selangor dan Ngah Ibrahim di Larut Perak dengan kongsi gelap Cina Haai San

d. Pendapatan ini juga diperoleh hasil daripda perkongsian dalam pertanian komersil khususnya dalam

penanaman lada hitam dan gambir. Misalnya perkongsian yang dibuat di antaraTemenggung Ibrahm

dan pedagang-pedagang Cina di Johor.

Page 4: Bincangkan sumber sumber pendapatan golongan … daripada setiap keluarga pada musim menuai dan cukai yang di kenali sebagai”cukai labuh batu”. Sebahagian cukai diserahkan kepada

4

C. KESIMPULAN

1. Jelaslah kepada kita punca pendapatan yang diperolehi oleh golongan pembesar tidak sahaja tertumpu

kepada pungutan cukai tapi juga penglibatan golongan pembesar dalam bidang perlombongan,

perniagaan, pertanian dan pelaburan.

2. Pendapatan yang perolehi oleh golongan pembesar ini berubah apabila kedatangan penjajah ke Tanah

Melayu kerana sebahagian besar urusan ekonomi telah diambil alih oleh pihak British.