memahami cukai pendapatan

4
MEMAHAMI CUKAI PENDAPATAN * Pertanian dan ternakan. * Penjajaan makanan dan barangan lain. * Komisen, urus niaga saham, dan jualan lang- sung. * Bayaran dari perkhidmatan profesional yang diberi seperti perkhidmatan akauntan, doktor, peguam, jurutera dan arkitek yang men- jalankan perniagaan sendiri. Tanggungjawab Peniaga Dalam proses pem- bayaran cukai, setiap peniaga atau individu yang menjalankan perniagaan atau profesion sendiri mempunyai tanggungjawab terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Antaranya, * Menyimpan rekod perniagaan dengan leng- kap yang berkaitan dengan jualan, belian, stok awal dan akhir, dan juga perbelanjaan- perbelanjaan yang terlibat dalam perniagaan. * Menyimpan semua resit bayaran dan pernerimaan, bil utiliti, penyata bank, dan keratan cek bagi menyokong rekod-rekod perniagaan. ms 19 KEWANGAN agi individu yang berniaga, maklumat-maklumat berikut perlu dikemukakan: * Nama dan alamat perniagaan * Sijil Pendaftaran Perniagaan * Penyata Akaun untuk tahun berkenaan * Bentuk Perniagaan (contoh: milikan tunggal) * Tarikh perniagaan dimulakan * Jenis perniagaan Pendapatan Perniagaan Lazimnya pendapa- tan seorang peniaga merangkumi atau meli- puti bayaran yang diterima daripada pelang- gan ke atas jualan barang niaga atau pelaksan- aan sesuatu perkhidmatan. Antara pendapa- tan yang diperoleh daripada perniagaan adalah seperti berikut: * Jualan barang niaga atau bahan makanan. * Bayaran yang diterima dari perkhidmatan yang diberi atau subkontrak yang dijalankan. B Teks: Mr. Kamal (Chartered Accountant), Dr Leow (Management Consultant)

Upload: prof-dr-leow-chee-seng

Post on 19-Nov-2015

65 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Learn how income tax affects you and how to optimize your financial planning

TRANSCRIPT

  • MEMAHAMI CUKAI PENDAPATAN

    * Pertanian dan ternakan.

    * Penjajaan makanan dan barangan lain.

    * Komisen, urus niaga saham, dan jualan lang-sung.

    * Bayaran dari perkhidmatan profesional yang diberi seperti perkhidmatan akauntan, doktor, peguam, jurutera dan arkitek yang men-jalankan perniagaan sendiri.

    Tanggungjawab Peniaga Dalam proses pem-bayaran cukai, setiap peniaga atau individu yang menjalankan perniagaan atau profesion sendiri mempunyai tanggungjawab terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Antaranya,

    * Menyimpan rekod perniagaan dengan leng-kap yang berkaitan dengan jualan, belian, stok awal dan akhir, dan juga perbelanjaan-perbelanjaan yang terlibat dalam perniagaan.

    * Menyimpan semua resit bayaran dan pernerimaan, bil utiliti, penyata bank, dan keratan cek bagi menyokong rekod-rekod perniagaan.

    ms 19

    KEWANGAN

    agi individu yang berniaga, maklumat-maklumat berikut perlu dikemukakan:

    * Nama dan alamat perniagaan

    * Sijil Pendaftaran Perniagaan

    * Penyata Akaun untuk tahun berkenaan

    * Bentuk Perniagaan (contoh: milikan tunggal)

    * Tarikh perniagaan dimulakan

    * Jenis perniagaan

    Pendapatan Perniagaan Lazimnya pendapa-tan seorang peniaga merangkumi atau meli-puti bayaran yang diterima daripada pelang-gan ke atas jualan barang niaga atau pelaksan-aan sesuatu perkhidmatan. Antara pendapa-tan yang diperoleh daripada perniagaan adalah seperti berikut:

    * Jualan barang niaga atau bahan makanan.

    * Bayaran yang diterima dari perkhidmatan yang diberi atau subkontrak yang dijalankan.

    BTeks: Mr. Kamal (Chartered Accountant), Dr Leow (Management Consultant)

  • * Bagi pendapatan perniagaan seperti subkon-traktor, analisis pendapatan daripada subkon-trak perlu dikemukakan.

    * Peniaga digalakkan untuk mendapatkan khidmat agen percukaian yang bertauliah bagi membantu dalam penyediaan penyata akaun perniagaan.

    Perbelanjaan Yang Dibenarkan Seperti yang dinyatakan dalam seksyen 33 Akta Cukai Pendapatan 1967 (pindaan), hanya perbelan-jaan yang dikenakan dalam menghasilkan pendapatan perniagaan boleh diberi poton-gan dalam pengiraan pendapatan yang dike-nakan cukai.

    Oleh yang demikian, perbelanjaan untuk tujuan peribadi, perbelanjaan modal, atau perbelanjaan permulaan tidak layak mendap-atkan potongan.

    Berikut adalah contoh-contoh perbelanjaan yang dibenarkan:

    * Upah atau gaji pekerja.

    * Bonus dan komisen pekerja.

    * Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibayar untuk pekerja.

    * Elaun perjalanan pekerja.

    * Sewa premis atau bangunan perniagaan.

    * Manfaat perubatan dan pergigian kepada pekerja.

    * Belanja pembaikan premis, bangunan, dan kenderaan yang digunakan dalam perniagaan.

    * Premium Insurans kebakaran dan kecurian.

    * Belanja pengangkutan dan bungkusan produk.

    * Pembelian peralatan bagi keperluan pekerja yang hilang upaya (contoh: komputer). Perbe-lanjaan utiliti seperti api, air, telefon, dan gas.

    * Sewa loji dan mesin, perabot dan kelengka-pan, atau kenderaan yang digunakan dalam perniagaan perniagaan seperti lori, van atau bas.

    Perbelanjaan Yang Tidak Dibenarkan Terda-pat beberapa jenis perbelanjaan yang tidak dibenarkan sebagai potongan walaupun perbelanjaan tersebut berkaitan secara lang-sung atau tidak langsung dalam perniagaan. Antaranya:

    * Perbelanjaan peribadi pemilik perniagaan (seperti kenderaan, kediaman, bil elektrik, air dan telefon).

    * Modal untuk pembelian aset tetap. Susut nilai ke atas aset tetap (bangunan, kenderaan, loji dan mesin).

    ms 20

    KEWANGAN

  • * Perbelanjaan keraian terhadap pelanggan atau pembekal.

    * Peruntukan hutang ragu.

    * Bayaran cukai pendapatan perniagaan termasuk sebarang bayaran yang berkaitan dengan rayuan cukai.

    * Denda terhadap kesalahan undang-undang.

    * Belanja pengubahsuaian premis perniagaan.

    * Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja melebihi 19 peratus.

    Perbelanjaan Dua Kali Ganda Terdapat perbelanjaan yang boleh dituntut dua kali ganda sebagai potongan. Antaranya:

    * Gaji atau upah yang dibayar kepada pekerja-pekerja yang hilang upaya.

    * Perbelanjaan hasil untuk latihan yang dilulus-kan.

    * Perbelanjaan hasil untuk promosi eksport.

    * Perbelanjaan hasil untuk tujuan penyelidikan yang diluluskan.

    Perbelanjaan Khusus Terdapat perbelanjaan khusus yang dibenarkan untuk dituntut dalam pengiraan cukai pendapatan perniagaan. Peruntukan ini dinyatakan dalam seksyen 34(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (pindaan).

    Perbelanjaan khusus bermakna perbelanjaan yang bukan dikenakan dalam perniagaan tetapi membantu negara dari segi ekonomi dan sosial. Antaranya:

    * Perbelanjaan bagi penyebaran risalah, artikel, atau terjemahan buku dalam bahasa Melayu berkaitan dengan kebudayaan, kesusasteraan, profesional, sains, atau teknikal yang dilulus-kan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

    * Sumbangan kepada perpustakaan awam (tidak melebihi RM100,000). Jika sumbangan melebihi RM100,000, lebihan akan campur dengan untung perniagaan.

    * Perbelanjaan majikan bagi penyediaan dan penyelenggaraan pusat rawatan kanak-kanak untuk manfaat pekerja.

    * Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian dan kebudayaan (tidak melebihi RM200,000). Jika penajaan melebihi RM200,000, lebihan akan dicampur dengan untung perniagaan.

    ms 21

    KEWANGAN

  • Elaun Modal Seperti yang diterangkan sebe-lum ini, belanja susut nilai ke atas aset tetap tidak dibenarkan walaupun aset tersebut digu-nakan dalam perniagaan. Sebagai gantiannya, Akta Cukai Pendapatan 1967 (pindaan) telah membenarkan peniaga untuk menuntut elaun modal. Kadar elaun modal bergantung kepada jenis aset seperti yang telah ditetapkan.

    Oleh yang demikian pembayar cukai dike-hendaki menuntut potongan elaun modal di ruangan yang telah disediakan dalam borang cukai B. Butir-butir yang perlu dinyatakan atau dikemukakan bersama penyata akaun ialah:

    * Pengiraan cukai pendapatan.

    * Jadual dan pengiraan elaun modal.

    * Jenis-jenis aset yang dibeli.

    * Salinan perjanjian sewa beli atau sewa pajak bagi aset yang berkenaan.

    Antara kadar elaun modal tahunan yang telah ditetapkan ialah:

    * Kenderaan 20 peratus setahun

    * Perabot & kelengkapan perniagaan/pejabat 10 peratus setahun

    * Loji dan mesin berat 20 peratus setahun

    * Loji dan mesin (umum) 16 peratus setahun

    * Komputer 40 peratus setahun

    Kerugian Perniagaan Jika mengalami keru-gian, peniaga masih dikehendaki untuk

    mengemukakan penyata akaun. Terdapat peruntukan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 (pindaan) yang membolehkan kerugian perniagaan tahun asas ditolak daripada pendapatan agregat dalam tahun semasa. Jika kerugian ini tidak boleh ditolak atau diserap semuanya, ia boleh dibawa ke tahun hadapan.

    Kesimpulan Percukaian merupakan tang-gungjawab setiap individu di negara ini. Kega-galan untuk isytihakan cukai pendapatan dan cukai syarikat akan menyebabkan Lembaga Hasil Dalam Negeri mengenakan denda sehingga 300% maksimum keatas cukai yg dikenakan.

    KEWANGAN

    22