bincangkan peranan guru sebagai

12
DHARSHAN KUMAR A/L KANAN SEEN 2 PPISMP SN 940128-10-5945 Bincangkan peranan guru sebagai a)arkitek pembangunan negara b)penggerak perpaduan dalam konteks 1Malaysia. PERANAN GURU SEBAGAI ARKITEK PEMBANGUNAN NEGARA Pendidikan dan pembangunan negara adalah berkait rapat dengan satu sama lain. Tanpa pendidikan, proses pembangunan negara tidak akan tercapai. Sesebuah negara perlukan warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pernyataan ini menggambarkan peranan utama yang diharap dapat dilaksanakan oleh sistem pendidikan formal di Malaysia dalam membina negara. Situasi ini juga menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu digalas oleh guru dalam mendidik anak bangsa mencapai matlamat negara. Namun, guru yang mempunyai tahap keprofesionalan yang tinggi perlu jelas akan amanah mereka yang sebenar iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi ilmu serta akhlak moral agar segala ilmu yang diperoleh dapat disalurkan kepada kebaikan demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Justeru, di sinilah pentingnya watak-watak murni untuk dibentuk dalam diri pelajar agar hasrat untuk mencapai produk yang berkualiti menjadi realiti. Ini semua hanya akan dapat dilakukan sekiranya warga pendidik dapat melaksanakan peranan mereka terutamanya dalam usaha memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi.

Upload: dharshan-kumar

Post on 29-Dec-2015

81 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Bincangkan peranan guru sebagaia)arkitek pembangunan negarab)penggerak perpaduan dalam konteks 1Malaysia.

TRANSCRIPT

Page 1: Bincangkan Peranan Guru Sebagai

DHARSHAN KUMAR A/L KANAN SEEN

2 PPISMP SN

940128-10-5945

Bincangkan peranan guru sebagai

a)arkitek pembangunan negara

b)penggerak perpaduan dalam konteks 1Malaysia.

PERANAN GURU SEBAGAI ARKITEK PEMBANGUNAN NEGARA

Pendidikan dan pembangunan negara adalah berkait rapat dengan satu sama lain. Tanpa

pendidikan, proses pembangunan negara tidak akan tercapai. Sesebuah negara perlukan

warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti

yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pernyataan ini menggambarkan

peranan utama yang diharap dapat dilaksanakan oleh sistem pendidikan formal di Malaysia

dalam membina negara. Situasi ini juga menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab yang

perlu digalas oleh guru dalam mendidik anak bangsa mencapai matlamat negara. Namun, guru

yang mempunyai tahap keprofesionalan yang tinggi perlu jelas akan amanah mereka yang

sebenar iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi ilmu serta akhlak moral agar segala

ilmu yang diperoleh dapat disalurkan kepada kebaikan demi kepentingan agama, bangsa dan

negara.

Justeru, di sinilah pentingnya watak-watak murni untuk dibentuk dalam diri pelajar agar hasrat

untuk mencapai produk yang berkualiti menjadi realiti. Ini semua hanya akan dapat dilakukan

sekiranya warga pendidik dapat melaksanakan peranan mereka terutamanya dalam usaha

memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta

membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi.

a. Menekankan Nilai Murni Merentas Kurikulum

Bagi mencapai matlamat pembangunan negara, guru harus menjalankan tanggungjawabnya

dalam menanamkan nilai-nilai murni yang merentasi kurikulum dan kokurikulum kerana nilai

adalah ukur tara terhadap sesuatu benda, perkara, perbuatan dan amalan. Nilai juga

melibatkan persepsi minda dan hati berasaskan sifat dan syarat tertentu yang serasi dan

sejalan dengan fitrah. Baik pada ukuran nilai tidak sahaja pada pertimbangan akal dan rasional

tetapi juga pada hati dan terlihat dalam amalan dan percakapan. Penerapan watak nilai murni

Page 2: Bincangkan Peranan Guru Sebagai

kemanusiaan ini memandu manusia agar hidup bertatahkan adab agar pembinaan bangsa itu

berada di tahap yang tinggi dari segi ilmu dan akhlaknya.

Dalam proses pendidikan ini, guru berperanan mendidik manusia supaya faham makna diri,

makna Pencipta dan makna persekitaran dengan ilmu sebagai medium utama. Dalam

pengajaran di sekolah, ilmu diolah menjadi kurikulum dan ia menjadi fokus dalam menyusun

sukatan. Bagaimana penerapan nilai yang sewajarnya, bergantung kepada kebijaksanaan

melaksanakan proses pedagogi dalam bilik darjah. Hal yang sama juga berkait dengan kegiatan

kokurikulum sama ada bentuknya sukan dan permainan, kesenian dan persatuan, ianya

berkembang dalam batas nilai.

Dalam pendidikan perlu ada nilai-nilai teras yang sifatnya fundamental seperti amanah, jujur

dan ikhlas, hormat-menghormati serta adil dan bijaksana. Nilai-nilai teras di samping nilai-nilai

tambahan dan kembangan harus disuburkan secara kreatif dan bijaksana agar watak yang

bersih sifatnya dapat digarap dalam jiwa pelajar. Dalam hal ini, guru atau pendidik merupakan

fokus utama dalam penerapan nilai. Murid atau pelajar mengalami proses perpindahan ilmu,

maklumat dan ketrampilan. Matlamat akhir pendidikan ialah berlakunya transformasi diri dan

penitipan adab kepada diri pelajar. Pada diri guru harus ada sifat muallim, murabbi dan pelbagai

sifat-sifat pendidik yang tinggi lain agar proses pendidikan ini dapat dilihat sebagi proses bina

insan. Sifat-sifat ini hendaklah terlihat dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya

boleh menyebabkan berlakunya transformasi diri. Pada diri pendidik ada contoh yang fitrah

sifatnya dan seperti ibu bapa juga, guru berada di peringkat kedua menjadikan dirinya teladan

dan sumber ikutan para pelajar.

b. Menyediakan Pendidikan Berkualiti

Matlamat pembangunan sebuah negara hanya dapat dicapai jika masyarakatnya mempunyai

keterampilan dalam pelbagai bidang. Ini termasuklah juga dalam bidang pendidikan. Justeru

adalah menjadi peranan guru dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua.

Pendekatan ini adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana

pendidikan berkualiti adalah untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang

terbaik supaya mereka dapat memperkembangkan potensi mereka secara holistik dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam erti kata yang lain pendidikan yang disediakan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk menghasilkan seorang pelajar yang cemerlang

Page 3: Bincangkan Peranan Guru Sebagai

dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah. Dengan hasrat agar apabila pelajar telah

tamat pendidikannya dengan kecemerlangan ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains,

teknologi dan ICT; kemahiran tinggi seperti berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam

pelbagai bahasa dan sifat sahsiah yang positif maka mereka dapat menyumbang kepada

kesejahteraan dan pembangunan dirinya, keluarga dan negara Malaysia.

c. Membangun Sumber Manusia Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum

Pembinaan watak melalui kegiatan ko kurikulum juga amat penting dalam mengembangkan lagi

bakat dan minat para pelajar supaya ianya menjadi persiapan kepada pelajar dalam

menghadapi realiti hidup dan cabaran yang mendatang. Disiplin dalam organisasi, adab dalam

bersukan dan berseni menjadi aset yang penting kepada pelajar dalam membentuk jiwa

kepimpinan dalam diri mereka. Hakikatnya, pembabitan pelajar dalam organisasi merupakan

suatu jambatan kepada membina keperibadian, keterampilan dan ciri kepimpinan yang akan

mempengaruhi hala tuju kehidupan pelajar tersebut pada masa akan datang. Watak-watak

berkeperibadian yang tinggi serta kepimpinan berasaskan nilai inilah secara tidak langsung

yang akan menghasilkan produk berkualiti untuk kemajuan negara pada masa akan datang

untuk meneroka kemajuan dan perubahan yang sifatnya membangun bukan meruntuhkan.

Inilah peranan utama guru yang mempunyai tahap profesianal yang tinggi dalam pembentukan

watak insan kamil demi kepentingan pembangunan negara.

Page 4: Bincangkan Peranan Guru Sebagai
Page 5: Bincangkan Peranan Guru Sebagai
Page 6: Bincangkan Peranan Guru Sebagai

PERANAN GURU SEBAGAI PENGGERAK PERPADUAN DALAM KONTEKS 1 MALAYSIA

Menurut Dr Ismail Ibrahim, Gagasan 1Malaysia merupakan satu konsep yang

dikonsepsikan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, untuk

menjadikannya satu tindakan strategik dalam mewujudkan kesatuan bangsa Malaysia yang

terdiri daripada kepelbagaian kaum dan budaya (Sumber - Dr Ismail Ibrahim). Hal ini kerana

1Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat

Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Di samping itu, 1Malaysia adalah

pemangkin kepada usaha mewujudkan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai

negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat  (Sumber -

Bahagian Dasar Penerbitan Negara).

Justeru, gurulah yang berperanan menerapkan nilai perpaduan, patriotisme dan

penerimaan antara kaum. Hal ini selari dengan kata-kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri

Muhyiddin Yassin, "Guru akan menjadi penyumbang utama kepada kejayaan kita dalam

merealisasikan gagasan 1Malaysia seperti mana yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri

Najib Tun Razak,”. Beliau turut berkata bahawa "Anak-anak perlu dididik agar menghargai

Page 7: Bincangkan Peranan Guru Sebagai

kemajmukan di negara ini dan menerima antara satu sama lain sebagai warganegara,".

(http://smksungaipusu.blogspot.com/2009/06/guru-tonggak-utama-realisasikan.html).

Peranan Guru Melalui Kurikulum

Kokurikulum merujuk kepada aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di

luar bilik darjah. Kokurikulum lebih banyak menekankan nilai, bakat, peranan, kepimpinan,

sosial dan sebagainya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk bersama-sama bergiat aktif

dalam setiap aktiviti yang direncanakan bagi memberi galakan serta dorongan kepada murid-

murid. Di samping itu, guru juga berperanan dalam mewujudkan kerjasama yang erat antara

murid tanpa mengira perbezaan kaum melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Kokurikulum

boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu, badan unit beruniform, bidang persatuan dan

kelab serta bidang sukan dan permainan.

Melalui kokurikulum, murid-murid dilatih untuk membentuk organisasi di mana guru

hanya bertindak sebagai penasihat dan pembimbing dalam usaha menggerakkan sesebuah

persatuan. Namun demikian, guru perlulah bersikap adil dalam memberi layanan dan

keutamaan dalam memegang jawatan. Sekiranya sesebuah sekolah terdiri daripada murid

pelbagai bangsa, maka pemilihan ahli jawatankuasa juga perlulah melibatkan murid daripada

pelbagai bangsa. Hal ini bagi mengelakkan murid-murid berasa tersinggung sekiranya

sesebuah persatuan tersebut hanya dimonopoli oleh kaum tertentu sahaja.

Selain itu, guru berperanan menggalakkan murid-murid berinteraksi dengan luas tanpa

mengira kaum melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dianjurkan seperti

perkhemahan dan pertandingan kawad kaki. Di sini, murid-murid akan belajar erti bekerjasama

dan mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan

agama. Dalam masa yang sama, mereka akan cuba untuk menerima kekuatan dan kelemahan

rakan-rakan sekumpulan mereka demi mempertahankan kumpulan masing-masing. Hal ini

bertepatan dengan konsep gagasan 1Malaysia, di mana nilai penerimaan dapat dibentuk

secara telus. Pada waktu inilah, guru perlu berusaha untuk mewujudkan suasana di mana

murid-murid perlu menghargai siapa jua rakan sekumpulan mereka tanpa memikirkan sentimen

perkauman.

Perkara yang sama boleh diaplikasikan melalui acara sukan. Pada kebiasaannya,

murid-murid akan bersaing mengikut kumpulan tertentu seperti rumah sukan, kelas mahupun

peringkat umur. Justeru, peranan guru adalah untuk sentiasa mengingatkan murid-murid

Page 8: Bincangkan Peranan Guru Sebagai

supaya sentiasa bekerjasama dalam kumpulan demi mencapai kejayaan tanpa membezakan

warna kulit. Secara tidak langsung, guru juga dapat membentuk disiplin murid-murid dengan

mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Hal ini penting dalam membimbing murid-

murid untuk bekerjasama dalam segala hal, di samping mereka juga akan terdidik untuk

mengamalkan toleransi terhadap rakan-rakan mereka. (Sumber – Mok Soon Sang 2008: 45)

Seterusnya, melalui persatuan dan kelab, guru juga berupaya menanam unsur

perpaduan ke dalam diri setiap murid. Sebagai contoh Kelab Setia yang merupakan sebuah

kelab unggul dalam melahirkan generasi yang setia, bersemangat patriotik dan berdaya saing di

samping membentuk pembangunan minda pelajar. Antara objektif penubuhan Kelab Setia ialah

melahirkan pelajar yang mempunyai semangat setia dan cintakan negara serta membentuk

generasi yang cintakan perpaduan dan keharmonian.

Di samping itu, terdapat juga Kelab Rukun Negara yang diilhamkan oleh mantan

Perdana Menteri, Y.A.B Dato' Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi. Idea tersebut tercetus atas

kesedaran untuk mengukuhkan perpaduan kaum dan meningkatkan penghayatan masyarakat

terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara. Oleh itu, guru berperanan dalam menggerakkan kelab

ini di setiap sekolah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid supaya menjadikan

prinsip-prinsip tersebut sebagai pegangan dan budaya hidup seharian Hal ini bersesuaian

dengan objektif Kelab Rukun Negara yang ingin memperkukuh pengetahuan mengenai falsafah

serta prinsip-prinsip Rukun Negara, di samping menyemai prinsip-prinsip yang terkandung

dalam Rukun Negara dalam kalangan murid-murid. Justeru, menjadi tugas guru untuk mendidik

murid-murid supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara untuk

melahirkan warga pendidik yang dapat menyumbang ke arah mewujudkan negara bangsa

Sebagai kesimpulannya, di samping peranan guru melalui bidang kurikulum, para guru juga

berperanan dalam menggerakkan kokurikulum bagi menggalakkan perpaduan dan pemupukan

nilai-nilai murni serta aspirasi yang seiring dengan konsep 1Malaysia yang ditekankan oleh

Perdana Menteri kita.

Melalui Pedagogi dan Pendekatan P&P

Dalam usaha mendidik murid-murid memahami konsep perpaduan dan erti toleransi, guru

perlulah bijak mengatur strategi berkesan, terutama melalui pedagogi dan pendekatan P&P

yang berkesan di dalam kelas. Antara strategi yang boleh diambil ialah pembelajaran

Page 9: Bincangkan Peranan Guru Sebagai

kooperatif. Pembelajaran koperatif membawa maksud belajar bersama-sama dalam kumpulan

kecil untuk mencapai sesuatu matlamat. Ciri yang paling penting dalam pembelajaran ini adalah

kejayaan ahli-ahli kumpulan bergantung antara satu sama lain. Ahli-ahli kumpulan bekerjasama

untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja bagi diri sendiri malahan

bagi setiap ahli dalam kumpulannya. Oleh itu, guru perlu memastikan murid-murid mematuhi

prinsip pembelajaran koperatif; iaitu saling bergantungan positif, boleh berinteraksi secara

bersemuka, akauntibiliti individu dan melibatkan diri secara adil dan saksama. Melalui cara ini,

murid dapat dididik untuk bersikap rendah hati serta menghormati pandangan orang lain tanpa

membeza-bezakan latar belakang individu, selaras dengan nilai yang ditekankan dalam konsep

1Malaysia.

Di samping itu, guru juga boleh mengaplikasikan strategi pembelajaran kolaboratif. Melalui

strategi ini, murid-murid dikehendaki membangunkan kemahiran sedia ada untuk mencapai

matlamat pembelajaran. Murid-murid perlu berbincang dan membentuk organisasi sendiri bagi

menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam masa yang sama, aktiviti kumpulan tidak dipantau oleh

guru kerana guru sekadar membimbing murid-murid ke arah penyelesaian persoalan. Jika

timbul persoalan, soalan itu akan dijawab oleh kumpulan itu sendiri melalui perbincangan dan

perkongsian idea. Di sini, kita dapat lihat bahawa guru berperanan sebagai fasilitator.Hal ini

adalah bagi memberi peluang kepada murid supaya belajar untuk membuat keputusan sendiri

dengan cara permuafakatan bersama. Secara tidak langsung hubungan antara murid dapat

diperkukuh.

Selain itu, guru juga boleh menggunakan kaedah penilaian berasaskan budaya di mana

penilaian yang dilakukan perlulah sesuai dengan situasi di dalam kelas tersebut. Hal ini bagi

memastikan tidak ada murid yang tecicir daripada arus pendidikan. Selaku guru yang sentiasa

menjadi pemerhati suasana di dalam kelas, guru boleh melakukan penilaian dalam aspek-

aspek tertentu. Antaranya aspek hubungan sosial. Tujuannya adalah untuk mewujudkan

perkembangan hubungan sosial yang dinamis, harmoni dan bertanggungjawab dalam

organisasi bilik darjah tanpa mengira latar belakang yang berbeza. Kesannya pula adalah

murid-murid akan menyedari bahawa mereka mempunyai peluang yang sama untuk

meningkatkan keupayaan diri. Dalam masa yang sama, ukhwah antara murid yang terdiri

daripada pelbagai kaum dapat dijalin dengan baik. Ibrahim Hussin ada menyatakan bahawa

“Apabila nilai perpaduan diterapkan dalam jiwa kanak-kanak semasa di sekolah, maka

keharmonian dan nilai akan dapat diperkuatkan di peringkat akar umbi lagi,