ekosistem kondusif sektor awam (eksa) : perkongsian …

14
1 Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2 EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) : PERKONGSIAN AMALAN DI BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Noor Mohamad bin Shakil Hameed Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Merangkap Pengerusi/Fasilitator EKSA BHEP Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor. Emel: [email protected] Tel: 03-89466064/012-6505316 ABSTRAK Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah memperkenalkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) mulai Januari 2014. EKSA merupakan inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam yang diamalkan selama ini dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia. Secara umumnya komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Ringkasnya, Amalan 5S ditambah baik melalui EKSA dengan menambah lima elemen baharu, iaitu Imej Korporat, Kreativiti dan Inovasi, Amalan Hijau, Persekitaran Kondusif dan ianya membabitkan Kepelbagaian Agensi di sektor awam. Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul sebagai entiti pertama dalam kalangan 20 universiti awam yang meraih pengiktirafan pensijilan EKSA. Semoga kejayaan BHEP UPM ini menjadi penanda aras baharu budaya kualiti dalam kalangan warga universiti awam di negara ini seterusnya dapat membuat penjenamaan semula terhadap identiti dan imej korporat universiti masing-masing. Kata kunci: Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Imej korporat , Amalan 5S

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) : PERKONGSIAN …

1

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) : PERKONGSIAN AMALAN DI

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Noor Mohamad bin Shakil Hameed Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP)

Merangkap

Pengerusi/Fasilitator EKSA BHEP

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Universiti Putra Malaysia,

43400 UPM Serdang, Selangor.

Emel: [email protected]

Tel: 03-89466064/012-6505316

ABSTRAK

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah

memperkenalkan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) mulai Januari 2014. EKSA

merupakan inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam yang diamalkan selama

ini dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang

berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di

Malaysia. Secara umumnya komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan

Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA

bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya

menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran

kerja yang lebih kondusif. Ringkasnya, Amalan 5S ditambah baik melalui EKSA dengan

menambah lima elemen baharu, iaitu Imej Korporat, Kreativiti dan Inovasi, Amalan Hijau,

Persekitaran Kondusif dan ianya membabitkan Kepelbagaian Agensi di sektor awam.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul sebagai

entiti pertama dalam kalangan 20 universiti awam yang meraih pengiktirafan pensijilan

EKSA. Semoga kejayaan BHEP UPM ini menjadi penanda aras baharu budaya kualiti

dalam kalangan warga universiti awam di negara ini seterusnya dapat membuat

penjenamaan semula terhadap identiti dan imej korporat universiti masing-masing.

Kata kunci: Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Imej korporat , Amalan 5S

Page 2: EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) : PERKONGSIAN …

2

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

PENDAHULUAN

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah sebuah entiti

berteraskan perkhidmatan pelanggan yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Timbalan Naib

Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Pelanggan utama BHEP ialah pelajar UPM yang terdiri

daripada kategori pelajar asasi, prasiswazah dan juga pascasiswazah yang berjumlah kira-kira 26,000

orang secara keseluruhannya. Di samping itu pelanggan lain termasuklah ibu bapa, staf UPM serta

individu dan pelbagai agensi dan badan luar yang berkepentingan. Antara fungsi dan peranan utama

BHEP ialah menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelajar merangkumi aspek pengurusan

aktiviti kokurikulum, kebajikan, pinjaman dan biasiswa, penempatan penginapan dalam dan luar

kampus, kemudahan pengangkutan serta urusan tatatertib pelajar.

Memandangkan BHEP menyediakan hampir semua keperluan asas yang diperlukan oleh pelajar

maka entiti ini sering menjadi tumpuan golongan pelajar yang memerlukan pelbagai perkhidmatan,

bantuan dan juga nasihat. Menyedari hakikat bukan mudah untuk menguruskan ekspektasi pelanggan

yang cerdik lagi bijaksana ini, BHEP sering mencari ruang dan peluang untuk membuat

penambahbaikan berterusan dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, efektif dan efisyen

kepada pelanggan terutamanya pelajar.

Budaya dan pengurusan kualiti bukanlah sesuatu yang baharu baik di UPM mahupun di BHEP. Bagi

UPM secara keseluruhannya, selama ini sudah terbiasa dengan budaya kualiti melalui pelbagai

pensijilan seperti Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001, Sistem Pengurusan Keselamatan

Maklumat (ISMS) ISO 27001 dan juga Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) ISO 14001.

Kesemua pensijilan ini telah membantu membentuk warga kerja yang berkualiti tinggi dalam

segenap aspek perkhidmatan merentasi semua PTJ di UPM termasuklah BHEP. Tidak dapat

dinafikan betapa pensijilan MS ISO telah banyak meningkatkan tahap kualiti prestasi BHEP dan juga

perkhidmatan kepada pelanggan. Prosedur-prosedur kerja yang telah dibangunkan dilihat banyak

membantu pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan yang mereka mahukan secara mudah dan

pantas.

Namun menyedari hakikat bahawa kualiti adalah suatu elemen yang cukup subjektif dan amat

dinamik maka sebagai langkah tambahan kepada budaya kualiti yang sedia ada, pada pertengahan

tahun 2014 BHEP mengorak langkah untuk mendapatkan pensijilan Amalan 5S dari pihak

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Pada ketika itu hanya dua fakulti sahaja di UPM yang

memiliki sijil Amalan 5S iaitu Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains. Justeru BHEP menyahut

cabaran untuk menjadikan BHEP sebagai PTJ ketiga di UPM memperoleh sijil tersebut sekaligus

menjadi entiti perkhidmatan yang pertama di UPM memiliki pensijilan Amalan 5S pada akhir 2015.

Selanjutnya sebagai penambahbaikan berterusan BHEP terus mengorak langkah untuk mencuba

Page 3: EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) : PERKONGSIAN …

3

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

suatu yang lebih baharu iaitu sesuatu yang belum ada di UPM mahupun di mana-mana universiti

awam iaitu pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau lebih dikenali sebagai EKSA dan

akhirnya pada Disember 2016 BHEP muncul sebagai PTJ pertama di UPM dan entiti pertama dalam

kalangan 20 universiti awam yang memperoleh pensijilan EKSA kategori cemerlang dari MAMPU.

Secara umumnya, amalan dan pensijilan EKSA diyakini mampu meningkatkan lagi bukan saja mutu

perkhidmatan malah identiti, imej dan juga motivasi warga universiti awam secara keseluruhannya.

APA ITU EKSA

Sebagai usaha berterusan untuk memperkasakan perkhidmatan sektor awam di negara ini, pihak Unit

Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah memperkenalkan

Ekosistem Kondusif Sektor Awam yang lebih dikenali sebagai EKSA mulai Januari 2014. EKSA

merupakan inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira

keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih

relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia.

Andai selama ini baik agensi awam mahupun swasta memberi tumpuan untuk mengamalkan dan

mendapatkan pengiktiran melalui pensijilan Amalan 5S, tetapi mulai 2014 agensi awam mempunyai

pilihan baharu melalui EKSA bagi menambah baik mutu perkhidmatan masing-masing. Tambahan

pula pengauditan EKSA berlaku dua tahun sekali berbanding Amalan 5S pada setiap tahun di

samping MAMPU melaksanakan pengauditan untuk pensijilan tanpa sebarang bayaran yuran

berbanding Amalan 5S perlu dibayar yuran untuk pengauditan dan pensijilan.

Antara objektif utama pelaksanaan EKSA ialah, ianya dapat membantu agensi awam meningkatkan

imej korporat, dapat menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak

berkepentingan, menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui

pembudayaan Amalan Hijau, memberi penekanan kepada keperluan untuk mewujudkan persekitaran

kerja yang kondusif baik kepada anggota organisasi mahupun kepada pelanggan serta EKSA

memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan.

Secara umumnya komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang

ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. Perlu difahami, EKSA bukan

bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik

elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif.

Ringkasnya, Amalan 5S ditambah baik melalui EKSA dengan menambah lima elemen baharu, iaitu

Imej Korporat, Kreativiti dan Inovasi, Amalan Hijau, Persekitaran Kondusif dan ianya membabitkan

Kepelbagaian Agensi di sektor awam.

Page 4: EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) : PERKONGSIAN …

4

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

ELEMEN BAHARU EKSA

Imej Korporat

Antara objektif utama pelaksanaan EKSA ialah, ianya dapat membantu agensi awam

meningkatkan imej korporat. Dalam konteks ini EKSA memberi penekanan kepada

keperluan untuk mewujudkan budaya korporat yang positif dalam kalangan penjawat awam

melalui penerapan nilai, etika dan norma kerja yang seragam. Ianya turut menitikberatkan

elemen keselamatan persekitaran setiap agensi awam. Maka dengan cara ini identiti agensi

awam dapat dipertingkatkan di samping mewujudkan persepsi yang baik dalam kalangan

rakyat mahupun pelanggan.

Kreativiti Dan Inovasi

Melalui EKSA juga agensi awam dapat menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras

dengan tuntutan pihak berkepentingan. Ekspektasi pelanggan yang semakin meningkat serta

mengambil kira tuntutan perubahan mengikut peredaran zaman, setiap agensi awam perlu

meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan masing-masing. Dalam konteks ini aspek

kreativiti dan inovasi dilihat platform yang terbaik yang membolehkan penjawat awam

ataupun anggota organisasi sentiasa berfikir di luar kotak agar dapat memberikan

perkhidmatan yang terbaik mengikut tangungjawab masing-masing.

Amalan Hijau

Menyedari hakikat penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama, EKSA juga

menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan

Hijau. Melalui amalan ini setiap agensi diminta melaksanakan program seperti kitar semula

dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga ke arah penjimatan sumber. Dengan adanya

EKSA setiap organisasi dilihat dapat memberi penekanan khusus untuk mengoptimumkan

sumber yang ada bagi mengelak pembaziran baik dari segi ruang, masa mahupun sumber

tenaga manusia serta mengutamakan konsep value for money (nilai untuk wang). Ini bukan

saja menjimatkan perbelanjaan kerajaan malah dapat memberi manfaat yang besar dan

signifikan kepada alam sekitar.

Page 5: EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) : PERKONGSIAN …

5

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

Persekitaran Kondusif

Agensi yang mengamalkan EKSA juga sangat memberi penekanan kepada keperluan untuk

mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif baik kepada anggota organisasi mahupun

kepada pelanggan. Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ditekankan dalam

EKSA membolehkan organisasi mengambil berat kebajikan dan keselamatan kakitangan agar

dapat menjalankan tugas dalam suasana yang selamat dan kondusif. Dalam pada itu

pelanggan juga disediakan kemudahan yang bersesuaian dan dapat berurusan dengan mesra,

selamat dan selesa di semua agensi awam.

Kepelbagaian Agensi

Tidak seperti pendekatan sebelum ini, dalam EKSA semua agensi awam dapat dinilai

mengikut skop dan latar belakang perkhidmatan mereka masing-masing. Untuk itu MAMPU

telah memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi kriteria

generik dan kriteria khusus dengan mengambil kira kepelbagaian premis jabatan/agensi

kerajaan mengikut jenis perkhidmatan yang diberikan. Ringkasnya dalam EKSA konsep one

size fits all didapati kurang relevan mengambil kira keperluan kepelbagaian jabatan/agensi

kerajaan pada masa kini.

PERBANDINGAN EKSA DENGAN AMALAN 5S

Secara prinsipnya EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum

ini, sebaliknya EKSA menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan

persekitaran kerja yang lebih kondusif. Antara perbandingan yang ketara antara EKSA dengan

amalan 5S ialah:

Agensi

Amalan 5S diuruskan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) iaitu sebuah agensi

berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarbangsa & Industri (MITI), manakala

EKSA pula diuruskan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

(MAMPU) iaitu sebuah unit yang menguruskan pentadbiran di agensi kerajaan (Sektor

Awam).

Page 6: EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) : PERKONGSIAN …

6

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

Pelaksanaan

Amalan 5S sudah bermula di negara ini sekitar tahun 80an lagi. MPC adalah agensi yang

pertama mentauliahkan persijilan 5S berkenaan (Sektor Swasta dan Sektor Awam). Pada

waktu itu, kebanyakannya amalan 5S dipraktikkan oleh Sektor Swasta dan Syarikat

Multinasional seperti kilang, syarikat dan seumpamanya. Manakala EKSA telah

diperkenalkan oleh MAMPU sebagai langkah penambahbaikan dan penjenamaan semula

amalan 5S dan ianya memberi tumpuan dan fokus khusus kepada sektor awam sahaja.

Jenama

Penjenamaan atau penggunaan nama amalan ini juga berbeza-beza, tetapi nama 5S tetap

sinonim dengan amalan ini. Walaupun jenama yang berlainan seperti Amalan 5S, Sistem

Pengurusan Persekitaran Berkualiti QE dan Ekosistem Kondusif Sektor Awam EKSA, ia

tetap dengan konsep yang sama. Seperti EKSA, ia bukan bertujuan untuk menggantikan

konsep 5S yang sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S dengan

menyokong kepada persekitaran yang kondusif.

Pengauditan

Juruaudit bagi kedua-dua agensi adalah dari MPC dan MAMPU itu sendiri. Tetapi mereka

boleh melantik wakil juruaudit luar yang telah diiktiraf dan mempunyai sijil bagi menjalankan

pengauditan di agensi berkenaan. Manakala kos bagi melaksankan pengauditan ini juga

berbeza, di mana MPC bayaran sekitar RM1,000 - RM1,500 (mengikut lokasi dan bilangan

juruaudit). Manakala bagi Juruaudit EKSA dari MAMPU, bayaran atau saguhati mengikut

kelayakan pegawai berkenaan (tuntutan penceramah, perjalanan, penginapan) mengikut

pekeliling perbendaharaan yang berkuatkuasa sahaja.

Skop/Liputan Pengauditan

Dalam pensijilan amalan 5S MPC kawasan liputan atau lokasi yang akan diaudit bagi

sesebuah agensi boleh dikecualikan (atas sebab sebab tertentu seperti aspek keselamatan,

dokumen rahsia, bangunan terpisah dari agensi induk, bangunan dalam pembinaan). Tetapi

dalam EKSA, seboleh-bolehnya semua lokasi perlu diaudit dan tiada pengecualian,

rasionalnya adalah semua kawasan atau lokasi dalam dan luar adalah Hak Milik Kerajaan.

Page 7: EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) : PERKONGSIAN …

7

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

Pemarkahan

Markah keseluruhan audit 5S/EKSA adalah perlu mendapat 80% markah baru layak untuk

dipersijilkan. Cuma bagi EKSA ia dipecahkan kepada dua kategori iaitu BAIK (markah 80-

89.9%) dan CEMERLANG (markah 90% ke atas).

Tempoh Pensijilan

Tempoh pensijilan 5S adalah setahun di mana agensi perlu diaudit setiap tahun jika berminat

untuk mengekalkan status pensijilan. Manakala bagi EKSA pula tempoh sah laku sijil adalah

untuk tempoh dua tahun.

KOMPONEN PENILAIAN AUDIT EKSA

Bagi memantapkan proses penilaian dan pengauditan, MAMPU telah membangunkan dua model

iaitu Model A dan Model B. Penilaian Model A adalah berdasarkan kriteria generik manakala

penilaian Model B merupakan gabungan antara kriteria generik dan khusus. Penilaian Model A

membabitkan bangunan dan kawasan sendiri, bangunan sendiri dan berkongsi kawasan serta

berkongsi bangunan dan kawasan. Penilaian Model B pula membabitkan, agensi di bawah kluster

keselamatan, kluster pentadbiran dan kluster sosial. Manakala kriteria penilaian yang diguna pakai

adalah mengikut kesesuaian jabatan/agensi di mana terdapat enam (6) komponen kriteria penilaian

iaitu:

A. Keperluan Utama/Pelaksanaan

B. Ruang Tempat Kerja/Pejabat

C. Tempat Umum

D. Keselamatan Persekitaran

E. Kawasan Persekitaran Pejabat

F. Tempat Khusus

Setiap komponen ini pula akan dinilai secara terperinci mengikut jadual matriks penilaian yang telah

ditetapkan oleh pihak MAMPU bagi melihat keberkesanan amalan EKSA di agensi terbabit.

Page 8: EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) : PERKONGSIAN …

8

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

FAEDAH PELAKSANAAN EKSA

Antara faedah pelaksanaan EKSA kepada agensi awam adalah seperti berikut:

Peningkatan Produktiviti

Pelaksanaan EKSA membantu meningkatkan produktiviti di mana dokumen/bahan dapat

dikesan dengan mudah dan cepat. Apabila masa untuk mengesan dokumen/bahan dapat

dikurangkan, bilangan dokumen/bahan yang diproses dapat dipertingkatkan. Hasilnya lebih

banyak tugasan dan urusan dapat dilakukan dalam masa yang sama.

Peningkatan Tahap Pengurusan Penyelenggaraan

Dalam pelaksanaan EKSA, semua peralatan/mesin perlu diselenggara dengan baik,

diletakkan di tempat yang ditetapkan dan sentiasa memastikan ia bersih daripada habuk dan

kekotoran. Justeru itu, kos penyelenggaraan dan kerosakan dapat dikurangkan.

Peralatan/mesin yang diselenggara dan disusun dengan baik mampu meningkatkan tahap

keselamatan pekerja.

Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Kepada Pelanggan

Pelaksanaan EKSA memastikan urusan di tempat kerja dapat dilaksanakan dengan lebih

terurus, mudah, pantas dan selamat. Pelanggan akan merasa puas hati apabila diberi layanan

yang mesra dan cepat bagi menyelesaikan urusan dengan lancar. Perkhidmatan yang

disampaikan kepada pelanggan luar khasnya melalui kaunter juga akan dapat disampaikan

dengan lebih cekap dan berkesan.

Suasana Tempat Kerja

Pelaksanaan EKSA akan dapat mewujudkan suasana persekitaran tempat kerja yang bersih,

kemas, ceria dan selamat. EKSA mengharuskan organisasi menyusun dokumen dan peralatan

dengan kemas dan tersusun. Selain itu, ruang tempat kerja dapat digunakan secara optimum

dan memperlihatkan imej korporat. Ini dapat meningkatkan imej organisasi di mata

pelanggan.

Page 9: EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) : PERKONGSIAN …

9

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

Penjimatan Kos

Pelaksanaan EKSA menitikberatkan kaedah penyusunan barangan mengikut kriteria tertentu.

Bagi barangan yang mempunyai tarikh luput, ia disusun mengikut kaedah “Masuk Dahulu,

Keluar Dahulu” (First In, First Out - FIFO). Kaedah ini akan memudahkan pekerja mengenal

pasti dan menggunakan barang yang mempunyai tarikh luput yang lebih awal bagi

mengelakkan pembaziran akibat pelupusan barangan yang tamat tempoh.

Peningkatan Kreativiti dan Inovasi

Aktiviti menyusun barangan/bahan yang digunakan di pejabat akan menggalakkan kreativiti

dan inovasi dalam kalangan pekerja. Cara penyusunan yang kemas, teratur dan mudah

diambil dengan cepat apabila diperlukan akan menggalakkan pekerja berfikir secara kreatif

bagi menghasilkan idea menyusun dan menyimpan secara inovatif.

Peningkatan Tahap Keselamatan

Pelaksanaan EKSA akan meningkatkan tahap keselamatan persekitaran pejabat dan

keselamatan dokumen/bahan. Penyusunan dokumen/ bahan ditempatnya dengan teratur dan

berlabel dapat mengelakkan berlakunya kemalangan di tempat kerja.

Peningkatan Semangat Kerja Sepasukan

Pelaksanaan EKSA akan mewujudkan semangat kerjasama berpasukan dalam kalangan

pekerja. Pelaksanaan ini hanya akan berjaya dengan penglibatan semua warga organisasi

dalam melaksanakan setiap aktiviti secara berterusan. Ia akan mewujudkan satu budaya kerja

berpasukan yang mantap dalam organisasi.

PELAKSANAAN EKSA DI BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR, UPM

Pelaksanaan EKSA di BHEP tidak berlaku secara kebetulan mahupun secara tidak sengaja,

sebaliknya ianya telah melalui satu proses dan fasa pelaksanaan yang tersusun dan dirancang secara

rapi setelah selesai proses pensijilan Amalan 5S oleh MPC pada akhir tahun 2015. Fasa pelaksanaan

EKSA di BHEP telah melalui peringkat-peringkat seperti berikut:

Peringkat Pertama

Peringkat ini memerlukan BHEP melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

Page 10: EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) : PERKONGSIAN …

10

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

i. Membuat lawatan penanda aras ke agensi luar

ii. Menubuh Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA

iii. Menyediakan carta perbatuan EKSA

iv. Menyenarai peranan dan fungsi jawatankuasa

v. Mendapatkan sepenuhnya komitmen daripada Pihak Pengurusan Atasan terhadap

pelaksanaan EKSA.

Peringkat Kedua

Peringkat ini memerlukan BHEP melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

i. Mempromosikan EKSA melalui poster, bunting, video dan sebagainya.

ii. Menghebahkan carta pelaksanaan EKSA, pelan kawasan dan senarai tugas serta

tanggungjawab.

iii. Menerangkan objektif EKSA kepada pegawai dan kakitangan.

iv. Mewujudkan kumpulan EKSA mengikut zon masing-masing.

Peringkat Ketiga

Peringkat ini memerlukan BHEP melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

i. Menyediakan latihan.

ii. Melaksanakan gotong-royong.

iii. Mengenal pasti barang/dokumen yang tidak sesuai untuk digunakan lagi.

iv. Menyediakan jadual pembuangan dan pembersihan.

v. Memastikan barang/dokumen yang telah disisih, sapu kemudiannya disusun dengan kemas

dan teratur.

vi. Melabelkan barang/dokumen mengikut nombor atau warna yang bersesuaian.

vii. Menetapkan susunan barang/dokumen yang bersesuaian mengikut kaedah yang

menampakkan kekemasan dan keseragaman.

viii. Menubuhkan pasukan audit dalam.

ix. Menyediakan pelan tindakan audit dalaman.

x. Merancang dan melaksanakan aktiviti penambahbaikan.

Page 11: EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) : PERKONGSIAN …

11

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

Peringkat Keempat

Peringkat ini memerlukan BHEP melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

i. Membuat pelancaran dan perasmian EKSA sebagai tanda mula dan menyampaikan

sokongan dan komitmen Pengurusan.

ii. Memberi pengiktirafan EKSA secara berkala kepada zon terbaik, tempat kerja terbaik dan

sebagainya.

iii. Melaksanakan proses audit kendiri dan audit dalam sebelum diaudit oleh MAMPU

iv. Mendapatkan pensijilan daripada MAMPU.

Setelah berpuas hati dengan segala persiapan yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh setahun

iaitu mulai Januari 2016, akhirnya seperti yang dirancang BHEP berjaya melepasi audit pihak

MAMPU pada 16 Disember 2016 dan dianugerahkan pensijilan EKSA kategori cemerlang. Dengan

itu BHEP muncul sebagai PTJ pertama di UPM dan entiti pertama dalam kalangan 20 universiti

awam yang memperoleh pensijilan ini.

Apapun, jawatankuasa EKSA BHEP juga berhadapan dengan beberapa cabaran dalam merintis usaha

ke arah mencapai kejayaan bermakna ini. Antaranya, ialah keperluan untuk mengubah mentaliti dan

pemahaman semua staf BHEP dari budaya 5S kepada amalan EKSA. Perubahan ini turut

membabitkan perubahan fizikal dan konsep penampilan imej korporat setiap zon. Garis panduan dan

dokumentasi yang terbabit juga terpaksa diperbaiki supaya selari dengan keperluan EKSA. Malah

BHEP juga terpaksa membuat persediaan secara menyeluruh kerana dalam EKSA tidak ada

pengecualian ruang atau skop pengauditan. Namun akhirnya kerjasama erat antara semua staf berjaya

membentuk pasukan kerja yang mantap sehingga mampu melepasi audit pensijilan dengan

cemerlang.

Page 12: EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) : PERKONGSIAN …

12

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

AMALAN TERBAIK EKSA DI BHEP

Kaunter perkhidmatan/lobi yang kemas dan berimej korporat:

Sudut Go Green dan kitar semula yang menarik dan praktikal:

Page 13: EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) : PERKONGSIAN …

13

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

Pembudayaan Kreativiti dan Inovasi:

Penyusunan barangan yang kemas dan teratur:

Page 14: EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) : PERKONGSIAN …

14

Seminar PRAGMATIS USIM 2.0 SPU2

PENUTUP

Kualiti adalah suatu elemen yang cukup dinamik di mana ianya akan terus berubah mengikut

peredaran zaman dan masa bagi memenuhi tuntutan dan keperluan semasa. Justeru sebagai menara

gading, universiti awam juga perlu terus memikirkan pendekatan terbaru agar dapat memberikan

perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan melalui pemerkasaan identiti, imej dan budaya kerjaya

korporat. Semoga kejayaan BHEP UPM ini menjadi penanda aras baharu budaya kualiti dalam

kalangan warga universiti awam di negara ini seterusnya dapat membuat penjenamaan semula

terhadap identiti dan imej korporat universiti masing-masing.

RUJUKAN

5S MPC VS EKSA MAMPU. (n.d.). Retrieved Februari 1, 2017, from SUKSES5S:

http://sukses5s.blogspot.my/2015/05/5s-mpc-vs-eksa-mampu.html

Hameed, N. M. (2017, Januari 17). EKSA Perkasa Sektor Awam. Harian Metro, pp. 30-31.

Malaysia, K. P. (2016). Garis Panduan EKSA KPM Versi 2.0. KPM.

MAMPU. (2015). Panduan Pelaksanaan EKSA. Penerbit UPM.

UPM, B. (2016). Garis Panduan Pelaksanaan EKSA BHEP UPM. BHEP UPM.