bil5 2009 baru - · pdf file• pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji atau separuh ......

12
PERHILITAN Buletin PERHILITAN - September/Oktober 2009 1

Upload: nguyentuyen

Post on 03-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil5 2009 BARU - · PDF file• Pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji atau separuh ... Bagi memudahkan urusan ... pengauditan itu juga beberapa pengujian dari segi pencarian fail

PERHILITAN

Buletin PERHILITAN - September/Oktober 2009 1

Page 2: Bil5 2009 BARU - · PDF file• Pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji atau separuh ... Bagi memudahkan urusan ... pengauditan itu juga beberapa pengujian dari segi pencarian fail

PERHILITAN

Buletin PERHILITAN - September/Oktober 20092

kan

du

ng

an

muka depan - ms 3

utama - ms 4

aktiviti - ms 5-7

kelestarian - ms 8-10

khas - ms 11

Buletin PERHILITAN serta kandungannya adalah hak milik Jabatan PERHILITAN. Ianya tidak boleh dicetak semula, ditiru, diterjemah, disalin atau bertujuan seumpamanya samada melalui percetakan atau elektronik tanpa mendapatkan kebenaran daripada Jabatan PERHILITAN.

Jabatan PERHILITAN, KM 10 Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. | Tel: 03-9086 6800 | Faks: 03-9075 2873 | Laman web: www.wildlife.gov.my

PenaungY.Bhg. Dato’ Abd Rasid Bin SamsudinKetua Pengarah

PengerusiPuan Misliah Binti Mohamad BasirTimbalan Ketua Pengarah I

SetiausahaEncik Allan Rodrigo Balang

Buletin

PERHILITANsidang pengarang

EditorPuan Nor Hani Binti Abdul SamatEncik Jerry JoehiyanEncik Mohammad Nasrie Bin Mat NasirEncik Adnan Bin IsmailEncik Che Nor Bin Che Ismail

Pihak Sidang Pengarang mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan/ artikel/ komen dariseluruh warga PERHILITAN. Sila majukan kepada alamat emel: [email protected]

Sekapur Sirih dari meja Sidang Pengarang...

Salam sejahtera kepada semua warga PERHILITAN dan selamat bertemu kembali lagi dalam keluaran edisi kelima Buletin PERHILITAN ini. Buletin kali ini telah dimuatkan dengan aktiviti-aktiviti yang menarik yang berlaku sepanjang bulan September hingga Oktober.

Pendekatan strategi-strategi dalam pelaksanaan tugas harian memainkan peranan penting terutamanya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kakitangan Jabatan. Penglibatan dan komitmen dari semua warga PERHILITAN perlu dipupuk kerana sesebuah kejayaan dan kewibawaan organisasi adalah bergantung pada kepimpinan dan sokongan padu daripada warganya. Kerjasama dan perkongsian hala tuju Jabatan menerusi semua pihak supaya dapat memastikan pengurusan biodiversiti secara lestari kekal berterusan.

Akhir sekali, pihak Sidang Pengarang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang artikel bagi membolehkan ianya diterbitkan pada kali ini dan diharap kepada semua warga Jabatan akan terus memberi sumbangan artikel demi meningkatkan lagi mutu Buletin PERHILITAN yang diterbitkan. Selamat membaca dan berjumpa lagi di keluaran akan datang.

Sekian, terima kasih

Page 3: Bil5 2009 BARU - · PDF file• Pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji atau separuh ... Bagi memudahkan urusan ... pengauditan itu juga beberapa pengujian dari segi pencarian fail

PERHILITAN

Buletin PERHILITAN - September/Oktober 2009 3

MINGGU HIDUPAN LIAR 2009

Sempena sambutan ‘World Wildlife Week’ pada 1-7 Oktober setiap tahun, Jabatan PERHILITAN telah menganjurkan sambutan Minggu Hidupan Liar 2009 pada 24 dan 25 Oktober 2009 bertempat di Zoo Melaka. Program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan hidupan liar dalam kehidupan seharian. Selain itu, sambutan program ini juga bertujuan untuk memberi maklumat kepada orang ramai mengenai program pemuliharaan hidupan liar yang dijalankan di Jabatan PERHILITAN dan di Semenanjung Malaysia. Dengan tema ‘Pemuliharaan Hidupan Liar Tanggungjawab Bersama’, pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya pertandingan mewarna bagi kanak-kanak TADIKA, pertandingan fotografi , pertandingan ‘wildlife race’, pameran, wildlife talk, persembahan wayang kulit bertajuk ‘Empty Earth’ oleh the Tree Theatre Group dan acara kemuncak iaitu Pengenalan Adifashla sebagai Duta Konservasi Hidupan Liar pada 25 Oktober 2009. Skuad Era TV turut membuat liputan mengenai pelantikan Adifashla sebagai Duta pada hari tersebut. Pihak Jabatan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Pemberian cenderahati dariTree Theatre Group kepada Adifashla Sesi bergambar bersama peserta Wildlife Race Adifashla menyaksikan pertunjukan gajah

muka depan

Page 4: Bil5 2009 BARU - · PDF file• Pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji atau separuh ... Bagi memudahkan urusan ... pengauditan itu juga beberapa pengujian dari segi pencarian fail

PERHILITAN

Buletin PERHILITAN - September/Oktober 20094

PERHILITAN

Buletin PERHILITAN - September/Oktober 2009September/Oktober 2009September4

Pendahuluan

Bagi meningkatkan lagi hubungan integrasi nasional antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kerajaan telah menyediakan kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal bagi pegawai perkhidmatan awam yang bertukar wilayah. Tambang Mengunjungi Wilayah Asal disediakan kepada pegawai perkhidmatan awam yang bertukar wilayah sebagai suatu kemudahan untuk membolehkan pegawai dan ahli keluarganya mengunjungi wilayah asal. Kemudahan ini telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1987, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1997, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2006 dan terkini adalah Pekeliling Perkhidmatan (PP) Bilangan 22 Tahun 2008.

Berdasarkan kepada PP Bil. 22 Tahun 2008, bandar utama bermaksud Labuan bagi Wilayah Labuan, Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri bagi Wilayah Sarawak, Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau bagi Wilayah Sabah. Bandar utama ini juga bermaksud pegawai hanya boleh mendapatkan kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal ke destinasi tersebut sahaja dari Semenanjung Malaysia. Manakala wilayah bermaksud Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak atau Labuan, dan pegawai yang bertukar wilayah bermaksud pegawai yang berkhidmat di wilayah selain dari wilayah asalnya.

Pelaksanaannya

Pelaksanaan kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal adalah seperti berikut:

• Pegawai hendaklah mengisytiharkan wilayah asalnya sekali dalam tempoh perkhidmatan dan dicacatkan dalam buku perkhidmatannya.• Tambang perjalanan pergi dan balik hanya disediakan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke Ibu Negeri Wilayah Asal atau bandar utama di wilayah asal (Sabah dan Sarawak)• Kemudahan ini diberikan sekali dalam tempoh satu tahun perkhidmatan pegawai di wilayah penempatan. Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal yang tidak digunakan dalam tempoh tersebut akan luput dan tidak boleh dibawa ke tahun hadapan.• Pegawai hendaklah berkhidmat selama 6 bulan terlebih dahulu di wilayah penempatan bagi membolehkan pegawai menggunakan kemudahan ini pada kali pertama, iaitu bermula dari tarikh lapor diri pegawai di wilayah penempatannya. Kelayakan untuk kali kedua dan seterusnya ialah pada bila-bila masa dalam tahun berikutnya.• Pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji atau separuh gaji tidak boleh diambil kira untuk menentukan kelayakan kemudahan ini.• Bagi pegawai dan isteri atau suami yang kedua-duanya bertukar wilayah, hanya seorang sahaja yang layak menggunakan kemudahan tambang mengunjungi wilayah asal untuk membawa keluarga mengunjungi wilayah asal dalam sesuatu tahun, manakala suami atau isterinya boleh menggunakan kemudahan tambang tersebut atas kadar bujang mengikut kelayakan yang ditetapkan dalam tempoh yang sama• Pegawai yang belum kahwin yang balik ke wilayah asalnya dengan menggunakan tambang mengunjungi wilayah asal atau atas belanja sendiri untuk berkahwin, boleh disediakan tambang perjalanan untuk membawa isteri atau suami ke wilayah penempatan pegawai.• Adalah menjadi tanggungjawab jabatan penggunaan kemudahan tambang ini hendaklah dicacatkan dalam Buku Perkhidmatan Pegawai.

Sehingga kini terdapat lebih dari 90 orang pegawai Jabatan di pelbagai peringkat yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang sedang bertugas dengan Jabatan dan telah pun menggunakan kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal. Jabatan telah memperuntukkan hampir RM 0.5 juta setahun bagi tujuan tersebut. Bagi memudahkan urusan memproses permohonan pegawai yang ingin menggunakan kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal, setiap pegawai hendaklah membuat perancangan awal tentang tarikh yang dipohon, ini bagi membolehkan urusan tempahan tiket serta maklumat yang berkaitan dapat disediakan lebih awal. Sering kali terjadi pegawai membuat pertukaran tarikh dan “bandar utama” di Sabah dan Sarawak pada saat akhir sebelum pulang ke wilayah asalnya.

Bagi memudahkan urusan memproses permohonan pegawai yang ingin mengunjungi wilayah asalnya, jabatan telah menetapkan semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang telah ditetapkan dan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh ingin mengunjungi wilayah asal, dan cuti rehat hendaklah terlebih dahulu diluluskan oleh Ketua Jabatannya masing-masing. Pertukaran tarikh dan ”bandar utama” pada saat akhir tidak akan diberi pertimbangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal, bolehlah merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan (PP) Bilangan 22 Tahun 2008.

Adalah diharapkan dengan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk pegawai awam yang berkhidmat di luar wilayah asalnya dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin, dan usaha kerajaan untuk mempertingkatkan lagi integrasi nasional antara wilayah akan tercapai.

Pada 14 Oktober 2009, satu perlaksanaan Audit Pematuhan Persekitaran Berkualiti (5S) telah dijalankan oleh En Abdul Majid Bin Ibrahim dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di pejabat PERHILITAN Kedah Darul Aman. Tujuan pengauditan ini adalah untuk memastikan bahawa pejabat ini telah mematuhi kriteria-kriteria yang disyaratkan dalam Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti sebelum dianugerahkan pensijilan. Pengauditan meliputi dokumen, ruang pejabat, bahagian kaunter, tempat simpanan, bilik pegawai dan kawasan umum. Taklimat mengenai objektif 5S, Polisi dan aktiviti 5S yang telah dijalankan disampaikan oleh Pengarah PERHILITAN Kedah semasa pemeriksaan auditan tersebut. Semasa pengauditan itu juga beberapa pengujian dari segi pencarian fail dan maklumat perangkap telah dijalankan oleh MPC. Jabatan PERHILITAN Kedah merupakan negeri yang pertama dipilih oleh Ibu Pejabat PERHILITAN Kuala Lumpur untuk memulakan Amalan 5S dan semenjak bulan Mei 2009 pejabat ini telah berusaha untuk mengamalkan aktiviti tersebut dengan melantik Ahli Jawatankuasa dan membahagikan pejabat ini mengikut zon iaitu Zon Merak dan Zon Dendang Selayang.

PEMERIKSAAN AUDIT PEMATUHAN PERSEKITARAN BERKUALITI DI PEJABAT PERHILITAN KEDAH DARUL AMAN

Pada 19 Oktober 2009, satu operasi tangkapan gajah liar telah dijalankan di Kg. Tenang, Segamat, Johor yang melibatkan 9 orang kakitangan daripada Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (NECC) dan dibantu oleh beberapa orang kakitangan PERHILITAN Negeri Johor. Gajah liar daripada kumpulan Labis tersebut merupakan gajah liar daripada Hutan Simpan Labis (Utara) dan sering mengganggu kawasan Kg. Tenang, Sg. Labis, GSA Kg. Tenang, YPJ Selai dan RPS Kemidak. Sepanjang operasi tersebut, pada 21 Oktober 2009, sebanyak 2 ekor gajah dewasa (seekor jantan dan seekor betina) telah berjaya ditangkap, pada 23 Oktober 2009 pula, seekor lagi gajah dewasa jantan telah berjaya ditangkap dan pada 27 Oktober 2009 sebanyak 9 ekor gajah liar yang terdiri dari 5 jantan dan 4 betina telah berjaya ditangkap menjadi keseluruhan gajah yang ditangkap dalam operasi tersebut sebanyak 12 ekor. Kesemua gajah tersebut dalam proses untuk dipindahkan ke Santuari Gajah Sungai Ketiar, Terengganu secara berperingkat mulai 29 Oktober 2009. Lokasi pemindahan ini dipilih berikutan Sg. Ketiar yang berhampiran dengan Taman Negara dan menjadi lokasi yang sesuai untuk gajah liar yang memerlukan habitat yang lebih besar.

SEJARAH TANGKAPAN TERBESAR GAJAH LIAR DI KG. TENANG, SEGAMAT

tersebut dengan melantik Ahli Jawatankuasa dan membahagikan pejabat ini mengikut zon iaitu Zon Merak dan Zon Dendang tersebut dengan melantik Ahli Jawatankuasa dan membahagikan pejabat ini mengikut zon iaitu Zon Merak dan Zon Dendang

KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL BAGI PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH

utama aktiviti

Page 5: Bil5 2009 BARU - · PDF file• Pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji atau separuh ... Bagi memudahkan urusan ... pengauditan itu juga beberapa pengujian dari segi pencarian fail

PERHILITAN

Buletin PERHILITAN - September/Oktober 2009 5

PERHILITAN

Buletin PERHILITAN - September/Oktober 2009September/Oktober 2009September 5

KURSUS TRAINING OF TRAINERS (TOT)Pada 6-9 Oktober yang lalu, Institut Biodiversiti telah menganjurkan Kursus Latihan Untuk Jurulatih (Training Of Trainers) di Naza Hotel Melaka. Kumpulan gred sasaran adalah terdiri dari gred 27 hingga gred 44 dan seramai 25 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut. Ceramah disampaikan

oleh penceramah jemputan daripada Institut Tadbir Negara Wilayah Tengah Bukit Kiara. Objektif kursus ialah untuk mengenalpasti kepentingan latihan dalam organisasi dan menyenaraikan peranan jurulatih dengan tepat; menyenaraikan prinsip-prinsip pembelajaran dewasa dan strategi pengajaran dengan betul untuk penyampaian pembelajaran yang berkesan dan menyediakan rancangan sesi pengajaran (RSP) dengan sistematik mengikut format. Penutupan kursus ini telah dirasmikan oleh Pengarah PERHILITAN Melaka iaitu En. Abdul Rahim Bin Othman.

Bermula pada 5 hingga 8 Oktober 2009 Kursus Mentor Mentee telah diadakan di Naza Hotel Penang, Pulau Pinang. Dihadiri oleh seramai 32 orang kakitangan Jabatan yang terdiri dari Gred G22 hingga G36. Kursus Mentor Mentee ini adalah satu daripada usaha jabatan bagi memberikan input-input yang relevan kepada kakitangan berkenaan proses dan aktiviti yang dijalankan secara optima melalui proses mentoring bagi peningkatan produktiviti kakitangan mahupun organisasi.

KURSUS MENTOR MENTEE

Pada 29 September 2009 lalu, Bahagian Kawasan Perlindungan telah menganjurkan satu bengkel bertajuk “Pengurusan Sempadan Kawasan Perlindungan”. Bengkel 1 hari yang dihadiri oleh 18 orang peserta dari PERHILITAN Negeri dan Unit Pengurusan Rezab Hidupan Liar itu bertujuan menerangkan dan memberi latihan kepada para peserta kaedah pengurusan sempadan kawasan Perlindungan berdasarkan buku “Garis Panduan Sempadan Kawasan Perlindungan” yang baru diterbitkan. Majlis perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Kawasan Perlindungan En. Zainuddin Ab Shukor. Ia diikuti dengan sesi taklimat teknik dan kaedah pengurusan sempadan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kawasan Perlindungan En.Yusoff Shariff. Manakala pada sebelah petang sesi latihan amali di lapangan dijalankan di sekitar sempadan Rezab Hidupan Liar Krau.

BENGKEL PENGURUSANSEMPADAN KAWASAN PERLINDUNGAN

Program Malaysian-Japan Friendship Forest di Paya Indah Wetlands (PIW)

PAMERAN SEMPENA KARNIVALICT, PULAU PINANG

Pada 4 Oktober 2009 Unit Konservasi Biodiversiti & Kesedaram Awam Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang telah mengadakan pameran dan program Kesedaran Awam di Sek. Keb. Taman Merak Simpang Ampat, Pulau Pinang sempena dengan Karnival ICT yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah, PIBG serta Syarikat TM Malaysia. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan oleh pihak Jabatan pada Karnival tersebut, antaranya adalah seperti, temuramah bersama pelajar-pelajar sekolah terbabit berhubung kepentingan hidupan liar di dalam ekosistem, pameran trofi hidupan liar yang diawet, pameran barang-barang rampasan serta kaunter penerangan yang memberikan penerangan dan maklumat mengenai fungsi Jabatan.

Sempena ulangtahun AEON Co. (M) Bhd. ke-25, satu upacara penanaman pokok yang melibatkan sejumlah 25,000 batang anak pokok telah diadakan di PIW pada 3 Oktober 2009. Upacara ini telah dihadiri oleh seramai 2,400 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, penduduk setempat, pelancong dari Jepun, kakitangan PIW serta kakitangan AEON. Sebelum acara penanaman pokok dijalankan para tetamu dan peserta telah diajar cara-cara menanam anak pokok dengan betul serta diberi taklimat mengenai kepentingan penaman pokok di PIW. Acara ini juga bertujuan untuk mendidik generasi muda untuk melindungi dan menyayangi alam sekitar serta menggalakkan penanaman pokok di rumah sendiri. Ianya juga sebahagian daripada pengisian program pembaikpulihan habitat di PIW. Sebenarnya Program Malaysia-Japan Friendship Forest di PIW ini telah dijalankan sejak 2004 lagi yang melibatkan 3 fasa dengan penanaman sebanyak 33,155 batang anak pokok. Apa yang lebih penting, ia menggambarkan kerjasama antara Kerajaan Malaysia-Jepun melalui penglibatan pihak swasta dalam usaha pemuliharaan alam sekitar negara ini.

utama aktiviti

Page 6: Bil5 2009 BARU - · PDF file• Pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji atau separuh ... Bagi memudahkan urusan ... pengauditan itu juga beberapa pengujian dari segi pencarian fail

PERHILITAN

Buletin PERHILITAN - September/Oktober 20096

PERHILITAN

Buletin PERHILITAN - September/Oktober 2009September/Oktober 2009September6

aktiviti aktiviti

Pada 11 Oktober 2009, dengan bertemakan Cintai Alam Sekitar dan Hidupan Liar pada Hari Kokurikulum Sekolah Tahun 2009, pihak Sek. Keb. Jelutong, Pulau Pinang telah menjemput Unit Konservasi Biodiversiti dan Kesedaran Awam Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang untuk mengadakan pameran dan memberikan maklumat dan kesedaran kepada para pelajar, warga sekolah dan penduduk

setempat mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan hidupan liar dalam kehidupan manusia. Di samping pameran dan penerangan mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan hidupan liar, pihak Jabatan juga mengambil kesempatan ini untuk mendedahkan kepada para pengunjung mengenai fungsi Jabatan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pemuliharaan dan konservasi alam sekitar terutama hidupan liar di negara ini.

Pameran Pada Hari KokurikulumSek. Keb. Jelutong, Pulau Pinang

PAMERAN DAN PROGRAM KESEDARANAWAM DI TAMAN PENAGA, DAERAHSEBERANG PERAI UTARA

Pada 10 Oktober 2009, Jabatan PERHILITAN telah dijemput untuk mengadakan pameran Jabatan sempena Majlis Pelancaran Program Pembangunan Kemahiran Orang Asli di Kampung Kedaik, Rompin. Pelancaran Program Pembangunan Kemahiran Belia Orang Asli ini dirasmikan oleh Y.B Senator Dato’ Maznah binti Mazlan Timbalan Menteri Sumber Manusia . Pameran kali ini melibatkan kakitangan daripada Ibu Pejabat PERHILITAN Kuala Lumpur, Institut Biodiversiti, PERHILITAN Daerah Rompin dan Tasek Bera. Para pengunjung terdiri daripada pelbagai peringkat lapisan umur seperti pelajar sekolah, pelajar IPTA, belia-belia dan penduduk kampung Orang Asli sekitar Daerah Rompin. Pengunjung juga diberikan fl yers berkaitan kursus pemandu pelancong sebagai sumber maklumat selain mendapat maklumat dari pegawai yang bertugas. Agensi lain seperti Jabatan Tenaga Manusia dan Jabatan Kraftangan Malaysia turut mengadakan pameran.

Kursus Pengurusan Konfl ik Manusia-Gajah telah diadakan di Pusat Konservasi Gajah Way Kambas, Lampung, Sumatera Selatan, Indonesia pada 3-10 Oktober 2009. Seramai 13 orang peserta terdiri daripada Ketua PERHILITAN Daerah, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dan Pusat Santuari Gajah Sungai Ketiar Terengganu. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kakitangan jabatan berkaitan konservasi gajah di Indonesia disamping dapat menjalinkan kerjasama dengan Pusat Konservasi Gajah Way Kambas, dalam program konservasi gajah dan kursus di masa akan datang. Peserta telah diberikan taklimat mengenai pusat tersebut dan latihan teori dan praktikal mengenai cara penjinakan, pemakanan dan penjagaan gajah dalam kurungan.

KURSUS PENGURUSAN KONFLIKMANUSIA-GAJAH DI PUSAT KONSERVASI GAJAH WAY KAMBAS, LAMPUNG, SUMATERA SELATAN, INDONESIA

Pada 27 Oktober 2009, satu kursus teknik perolehan dan pengendalian bahan tanaman hutan telah diadakan di Hutan Simpan Lentang, Pahang. Seramai 26 Orang Asli Semelai dari sekitar Tapak Ramsar Tasek Bera telah menghadiri kursus tersebut. Selain dari mendedahkan mereka kepada sumber ekonomi baru yang boleh diterokai, kursus ini juga bertujuan untuk menambahkan kemahiran masyarakat setempat Tasek Bera dalam bidang perhutanan. Kursus dimulakan dengan taklimat mengenai Pusat Perolehan Biji Benih dan Bahan Tanaman Hutan, Lentang. Seterusnya peserta dipersembahkan dengan demonstrasi memanjat dan kutipan biji benih dan akhir sekali mereka diajarkan cara menyemai dan mengendalikan biji benih pokok hutan. Dengan adanya kursus seperti ini diharapkan masyarakat setempat di Tasek Bera akan mencuba sumber ekonomi baru ini dan seterusnya mengurangkan tekanan kepada kawasan perlindungan khususnya Tapak Ramsar Tasek Bera.

PAMERAN SEMPENA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BELIA ORANG ASLI

Orang Asli ini dirasmikan oleh Y.B Senator Dato’ Maznah binti Orang Asli ini dirasmikan oleh Y.B Senator Dato’ Maznah binti Orang Asli ini dirasmikan oleh Y.B Senator Dato’ Maznah binti Orang Asli ini dirasmikan oleh Y.B Senator Dato’ Maznah binti Orang Asli ini dirasmikan oleh Y.B Senator Dato’ Maznah binti

Kursus Teknik Perolehan danPengendalian Bahan Tanaman Hutan

Diatas jemputan Jawatankuasa Penduduk Setempat Kawasan Taman Penaga dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan SPU, Unit Konservasi BioDiversiti dan Kesedaran Awam Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang telah mengadakan pameran dan program kesedaran awam di kawasan Taman Penaga pada 12 Oktober 2009. Pameran dan program kesedaran awam yang dijalankan telah memberikan peluang kepada pihak Jabatan untuk mendedahkan kepada orang ramai mengenai fungsi, objektif, visi dan misi Jabatan dalam menguruskan alam semulajadi terutama hidupan liar di negara ini.

Page 7: Bil5 2009 BARU - · PDF file• Pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji atau separuh ... Bagi memudahkan urusan ... pengauditan itu juga beberapa pengujian dari segi pencarian fail

PERHILITAN

Buletin PERHILITAN - September/Oktober 2009 7Buletin PERHILITAN - September/Oktober 2009September/Oktober 2009September 7

PERHILITANaktiviti aktiviti

PASUKAN MOTOGP DUNIAKE KUALA GANDAH

Pada 24 Oktober 2009 Pusat Pendidikan Biodiversiti (PPBD) Ulu Belum, Pejabat PERHILITAN Hulu Perak, Gerik telah mengadakan Program Konservasi Hidupan Liar bersama Masyarakat Komuniti Orang Asli Air Banun bertempat di kawasan RPS Air Banun. Seramai lebih kurang 50 orang penduduk kampung RPS Air Banun ini telah menyertai program ini. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan gambaran yang lebih tepat kepada golongan sasaran ini mengenai peranan dan penguatkuasaan undang-undang Jabatan PERHILITAN.

PROGRAM KONSERVASI HIDUPAN LIARBERSAMA MASYARAKAT KOMUNITI

ORANG ASLI RPS AIR BANUN

Kursus Taksidermi telah diadakan di Muzium Zoologi Bogor, Jawa Barat, Indonesia pada 11-18 Oktober 2009. Kursus selama 6 hari ini dianjurkan oleh Muzium Zoologi Bogor dibawah kelolaan Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) menggunakan peruntukan TOT Jabatan Perkhidmatan Awam. Seramai 11 orang peserta yang terlibat dalam bidang taksidermi terpilih mengikuti kursus ini. Kursus ini telah diselia oleh Bapak Martua Sinaga yang bertugas sebagai Pengurus Pameran, Muzium Zoologi Bogor. Objektif kursus ini adalah meningkatkan kefahaman dan pendedahan berkaitan teknik taksidermi bagi reptilia serta memberikan pendedahan dalam aspek pengurusan koleksi spesimen saintifi k dan trofi . Peserta telah diberikan teori dan praktikal mengenai teknik-teknik taksidermi yang biasa digunapakai di Muzium Zoologi Bogor. Sebanyak 2 spesimen reptilia iaitu biawak dan ular sawa berjaya disiapkan. Antara teknik yang digunakan ialah menggunakan sabut kelapa yang dicampur dengan POP (plaster of paris) bagi membentuk badan tiruan serta penggunaan bahan awet seperti phenol dan sodium bikarbonat. Sabun pencuci juga digunakan bagi mewangikan kulit spesimen. Lawatan ke Muzium Zoologi Bogor dan Pusat Penelitian Biologi banyak memberi input berguna mengenai aspek pengurusan koleksi spesimen saintifi k.

Kursus Taksidermi di Muzium Zoologi Bogor

Pada 14 dan 15 Oktober 2009, Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang dan Taman Negara Pulau Pinang (TNPP) telah mengadakan Latihan Penggunaan Senjatapi bertempat di Lapang Sasar Kelab Menembak Pulau Pinang. Seramai 66 orang kakitangan telah mengambil bahagian dalam latihan tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan semasa latihan tersebut adalah taklimat penggunaan senjatapi dan keselamatan oleh pihak Polis dan juga latihan di lapangan. Disamping latihan tersebut, Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang dan TNPP juga telah mengadakan pertandingan menembak.

LATIHAN PENGGUNAAN SENJATA API JABATAN PERHILITAN PULAU PINANG DANTAMAN NEGARA PULAU PINANG

Sempena Kejuaraan Motosikal Dunia Grand Prix Malaysia 2009 yang berlangsung di litar Sepang, satu rombongan pelumba MotoGP telah membuat satu lawatan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah pada 21 Oktober 2009. Seramai 4 orang pelumba bersama kakitangan Sepang International Circuit dan pihak penaja perlumbaan telah menyertai rombongan tersebut. Sepanjang berada di Pusat Konservasi Gajah, rombongan tersebut telah diberi taklimat berkaitan aktiviti ekopelancongan di pusat ini. Pelumba tersebut juga telah berpeluang menyertai

aktiviti bersama dengan gajah. Lawatan tersebut telah mendapat liputan dari media tempatan dan antarabangsa yang turut mengiringi rombongan tersebut.

Page 8: Bil5 2009 BARU - · PDF file• Pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji atau separuh ... Bagi memudahkan urusan ... pengauditan itu juga beberapa pengujian dari segi pencarian fail

PERHILITAN

Buletin PERHILITAN - September/Oktober 20098

PERHILITAN

Buletin PERHILITAN - September/Oktober 2009September/Oktober 2009September8

kelestarian kelestarian

RONDAAN DAN KAWALAN DI REZABHIDUPAN LIAR SUNGKAI, PERAK

Rondaan dan kawalan sempadan Rezab Hidupan Liar Sungkai telah dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN Perak pada 18 hingga 25 September yang lalu, iaitu sewaktu cuti Hari Raya Aidilfi tri. Aktiviti rondaan ni diketuai oleh En. Adrian Jawing, Ketua PERHILITAN Daerah Perak Tengah dan dibantu oleh 5 orang pembantu hidupan liar. Tujuan rondaan ini dilakukan adalah untuk menjalankan penguatkuasaan terutama mencegah pemburuan haram semasa musim perayaan.

Pada 7 September 2009, pasukan penguatkuasa dari Jabatan PERHILITAN Kelantan telah menjalankan serbuan di Kg. Cherang, Jelawat di Jajahan Bachok yang disyaki terdapat aktiviti penyeludupan hidupan liar. Semasa serbuan tersebut didapati tiga orang lelaki dan seorang perempuan sedang menimbang tenggiling di belakang sebuah kereta. Ketiga-tiga penyeludup tersebut sempat melarikan diri apabila anggota Wildlife Crime Unit (WCU). Hasil daripada operasi ini terdapat 93 ekor tenggiling di dalam karung biru dan sebuah kereta ditahan. Kes ini merupakan rampasan yang terbesar kepada Jabatan PERHILITAN Kelantan bagi tahun 2009. Kesemua tenggiling tersebut telah dihantar ke Ibu Pejabat PERHILITAN dan penjenayah yang terlibat sedang dijejaki.

OPERASI MENYELAMATSEEKOR TAPIR BETINA

Rampasan Tenggilingdi Bachok, Kelantan

PEMINDAHANBURUNG UPEH

Pada 1 September 2009, pihak Jabatan PERHILITAN Daerah Kemaman telah menjalankan satu operasi menyelamat seekor tapir betina setelah menerima aduan daripada Balai Polis Kg Pasir Gajah Kemaman. Kejadian ini telah berlaku di kawasan pembinaan Kg Pasir Gajah, Kemaman dimana tapir tersebut telah terjatuh kedalam lubang tapak tiang yang berukuran 8 kaki tinggi. Operasi menyelamat telah dijalankan bermula jam 8.30 pagi oleh lima orang kakitangan PERHILITAN Daerah Kemaman dengan bantuan pihak MARDI serta pihak BOMBA untuk menyelamatkan dan menaikkan tapir tersebut. Tapir tersebut telah berjaya diselamatkan dan memasuki hutan berhampiran.

Program Pelepasan Semula Burung Upeh (Mycteria cinerea) Kuala Gula diteruskan lagi dengan pemindahan Burung Upeh pada 29 September 2009. Sejumlah 5 individu burung Upeh telah dibawa dari Zoo Negara ke Pusat Konservasi Hidupan Liar (Burung Laut) Kuala Gula untuk tujuan pelepasan semula. Kesemua individu ini ditempatkan di sangkar pelepasan sementara dan diberi makan mengikut jadual. Pemasangan mikrocip akan dibuat untuk tujuan pengenalan identiti sebelumindividu-individu tersebut dilepaskan

Page 9: Bil5 2009 BARU - · PDF file• Pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji atau separuh ... Bagi memudahkan urusan ... pengauditan itu juga beberapa pengujian dari segi pencarian fail

PERHILITAN

Buletin PERHILITAN - September/Oktober 2009 9Buletin PERHILITAN - September/Oktober 2009September/Oktober 2009September 9

PERHILITANkelestarian kelestarian

Satu program survei harimau dan penguatkuasaan undang-undang hidupan liar telah dijalankan oleh Unit Harimau PERHILITAN Perak pada 3-9 Oktober 2009. Program selama 7 hari ini telah dijalankan di Hutan Simpan Behrang dan bertujuan untuk mencerapdata-data hidupan liar terutama harimau dan menjalankan penguatkuasaan undang-undang bagi mencegah pemburuan haram.

Pada Sabtu 3 Oktober 2009, hasil daripada tindakan pantas kakitangan PERHILITAN Perak, seekor harimau belang tercedera terkena jerat berjaya diselamatkan daripada dijual kepada pemburu haram. Timbalan Pengarah PERHILITAN Perak, En Joil Bombon mengetuai operasi menyelamat harimau belang tersebut bersama kakitangan PERHILITAN Perak, PERHILITAN Kelantan dan kakitangan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) di Hutan Belum Temenggor berdekatan Gerik. Harimau yang terperangkap dalam jerat dan tercedera akibat daripada dawai besi menembusi kakinya dibawa keluar dari kawasan jerat dan diberi rawatan. Harimau belang jantan dengan seberat 120 kilogram itu, kemudiannya dibawa ke Zoo Melaka untuk tindakan rawatan susulan.

HARIMAU CEDERA DIJERATPEMBURU HARAM

OPERASI PEMINDAHAN GAJAH DI NEGERI TERENGGANU

Pada bulan Oktober 2009, tiga operasi pemindahan gajah telah dijalankan di negeri Terengganu iaitu dua pemindahan di daerah Setiu dan satu di daerah Besut. Operasi ini dijalankan oleh kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah dan unit tangkapan gajah negeri Terengganu. Dua ekor gajah liar telah ditangkap sekitar Kg Pelong pada 28 September dan 1 Oktober 2009. Kedua-dua gajah ini adalah gajah betina dari kumpulan Pelong dianggarkan berjumlah 10 hingga 20 ekor. Manakala seekor gajah jantan juga ditangkap sekitar Kg Padang Tapong, Besut pada 6 Oktober 2009. Gajah ini daripada kumpulan gajah bukit yang dianggarkan berjumlah 10 hingga 15 ekor. Ketiga-tiga ekor gajah ini telah dipindahkan sekitar hutan Santuari Gajah Sungai Ketiar, Hulu Terengganu.

Pada 1 Oktober 2009, Unit Penguatkuasaan Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang telah memeriksa sebuah premis kediaman. Hasil daripada pemeriksaan didapati bahawa seorang lelaki menyimpan tiga ekor merbah luris leher (diperlindungi sepenuhnya) dan satu ekor kelicap kunyit tanpa dokumen kebenaran yang sah dari Jabatan. Kes disiasat dibawah seksyen 64 dan 68 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 [Akta 76].

RAMPASAN TIGA EKOR MERBAH LURIS LEHER DAN SATU EKOR KELICAP KUNYIT

PROGRAM SURVEI HARIMAU

Page 10: Bil5 2009 BARU - · PDF file• Pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji atau separuh ... Bagi memudahkan urusan ... pengauditan itu juga beberapa pengujian dari segi pencarian fail

PERHILITAN

Buletin PERHILITAN - September/Oktober 200910

PERHILITAN

Buletin PERHILITAN - September/Oktober 2009September/Oktober 2009September10

Pada awal pagi 23 Oktober 2009 di kawasan Ladang Cherul, Kemaman, Terengganu, tiga orang lelaki telah ditahan bersama dua laras senapang, sejumlah peluru dan enam ekor babi Hutan. Mereka didapati melanggar syarat lesen memburu pada waktu di larang (malam). Kes dalam siasatan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk izin pendakwaan.

Pada 29 Oktober 2009 lima lelaki telah ditahan di kawasan Kg Payong, Pelong, Setiu, Terengganu kerana memburu tanpa lesen dan pada waktu dilarang (malam). Turut ditahan satu laras senjatapi, sejumlah peluru serta tiga ekor babi hutan. Kes sedang disiasat dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk izin pendakwaan.

MEMBURU BABI HUTAN

Pengkalan Hulu, Perak - Pada 21 Oktober 2009, Jabatan PERHILITAN Perak telah berjaya mematahkan cubaan penjualan hidupan liar dengan menahan seorang lelaki selepas 2 ekor tenggiling (Manis javanica) yang masih hidup dalam guni berasingan ditemui di belakang premisnya dipercayai untuk dijual di Jalan Besar Klian Intan Pengkalan Hulu. Operasi diketuai Oleh Nor Sharim Bin Mohamed Noor, Penolong Pegawai Hidupan Liar bersama-sama 4 orang Pembantu Hidupan Liar PERHILITAN Hulu Perak dan dibantu oleh seorang anggota polis dari Balai Polis Klian Intan Pengkalan Hulu merampas hidupan liar tersebut dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pengkalan Hulu.

4 Oktober 2009, seekor anak seladang jantan telah ditemui secara pemantauan harian oleh kakitangan PKHL Sungkai. Ianya masih lemah dan tidak mampu berjalan dengan baik dipercayai baru lahir kurang 24 jam. Anak seladang tersebut telah ditangkap untuk dipasang mikrocip. Kerja-kerja merawat anak seladang itu juga dilakukan bagi memastikan ianya sihat. Daripada pemerhatian berterusan anak seladang dalam keadaan yang sihat dan dijaga baik oleh ibunya. Anak seladang jantan yang dilahirkan ini diberi nama Syawal sempena kelahirannya di bulan Syawal ini.

ANAK SELADANG -SYAWAL

kelestarian khas

TANGKAPAN 2 EKOR TEGGILING DI KLIAN INTAN,PENGKALAN HULU, PERAK

MEMBURU TANPA LESEN

Page 11: Bil5 2009 BARU - · PDF file• Pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji atau separuh ... Bagi memudahkan urusan ... pengauditan itu juga beberapa pengujian dari segi pencarian fail

PERHILITAN

Buletin PERHILITAN - September/Oktober 2009 11

PERHILITAN

Buletin PERHILITAN - September/Oktober 2009September/Oktober 2009September 11

kelestarian khas

TANGKAPAN 2 EKOR TEGGILING DI KLIAN INTAN,PENGKALAN HULU, PERAK

Coretan pengalaman dari seorang kakitangan Jabatan - wawancara bersama Encik Mohd Hadzli Bin Awang

Encik Mohd Hadzli Bin Awang, Pembantu hidupan Liar G17 berasal dari Bukit Payung, Terengganu dan dibesarkan di Kampung Felda Mengkawang, Kuala Berang, Terengganu. Beliau mula berkhidmat dengan Jabatan pada 1 November 2006 dan ditempatkan di Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong. Pada Mac 2008 beliau ditukarkan ke Pusat Santuari Gajah Sungai Ketiar, Terengganu. Minat beliau dengan Jabatan bermula tahun 2000, apabila beliau melibatkan diri dengan kerja-kerja sukarela dalam Rhino Protection Unit (RPU) Jabatan PERHILITAN sebagai penunjuk arah semasa pegawai Jabatan menjalankan kerja bancian Badak Sumatera di hutan. Minat dan semangat beliau terhadap kerja-kerja lapangan telah membuka jalan beliau untuk lebih mengenali Jabatan terutamanya dalam bidang konservasi hidupan liar.

Pada 10 April 2009, satu insiden telah berlaku semasa beliau berlaku bertugas di Pusat Santuari Gajah Sungai Ketiar. Semasa beliau menjalankan rutin harian iaitu melatih gajah pada 8.50 pagi, tiba-tiba gajah bernama “Charlie” naik minyak dan bertindak ganas. Hadzli yang ketika itu menunggang “Charlie” terjatuh dan ia telah menerpa ke arah Hadzli dan memijak paha kanan serta menusuk ke bahu kirinya sehingga menyebabkannya patah tujuh rusuk.

Ketika ditanya, apakah menyebabkan beliau masih bersemangat dan ingin meneruskan karier di Jabatan ini walaupun kemalangan yang ditimpa beliau berisiko tinggi. Beliau menyatakan bahawa minat dan semangat beliau terhadap kerja ini tidak pernah kabur, bahkan insiden ini merupakan satu pengalaman yang akan mendorongnya untuk lebih maju ke hadapan. Di samping itu, keluarga, rakan-rakan dan rakan sepejabat telah banyak memberi sokongan moral kepada beliau agar lebih kental menghadapi sebarang cabaran dalam tugas serta kehidupan harian.

Akhir kata, minat serta semangat beliau telah menjadikan beliau seorang kakitangan yang berkomitmen tinggi. Beliau tidak pernah putus asa walaupun kemalangan yang berlaku pada ketika itu agak serius dan beliau juga sentiasa akan memperbaiki kelemahan diri untuk lebih maju di masa akan datang.

Pihak Sidang pengarang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Hadzli Bin Awang di atas kesudian beliau

untuk ditemu ramah. Dan pihak jabatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga ke atas komitmen beliau dalam

menjalankan tugas di jabatan ini.

kesan akibattusukan gading gajah

cabaran dalam tugas serta kehidupan harian.

Akhir kata, minat serta semangat beliau telah menjadikan beliau seorang kakitangan yang berkomitmen tinggi. Beliau tidak pernah putus asa walaupun kemalangan yang berlaku pada ketika itu agak serius dan beliau juga sentiasa akan memperbaiki kelemahan diri untuk lebih maju di masa akan datang.

Pihak Sidang pengarang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Hadzli Bin Awang di atas kesudian beliau

untuk ditemu ramah. Dan pihak jabatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga ke atas komitmen beliau dalam

menjalankan tugas di jabatan ini.

Page 12: Bil5 2009 BARU - · PDF file• Pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji atau separuh ... Bagi memudahkan urusan ... pengauditan itu juga beberapa pengujian dari segi pencarian fail

PERHILITAN

Buletin PERHILITAN - September/Oktober 200912

PERHILITAN

Buletin PERHILITAN - September/Oktober 2009September/Oktober 2009September12

Dua orang kakitangan Jabatan PERHILITAN Kelantan telah menerima pingat dari Istana Negeri Kelantan pada 19 Oktober 2009 sempena Hari Keputeraan DYMM Al-Sultan Kelantan yang ke-59. Haji Saupi bin Harun menerima Pingat Perangai Baik manakala Encik Eh Pat a/l Chow Keow menerima Pingat Taat (PT). Pingat kepada kedua-dua penerima telah dikurniakan oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra di Istana Balai Besar, Kota Bharu. Pihak jabatan ingin mengucapkan tahniah diucapkan kepada kepada kedua-dua penerima pingat. Mereka telah berkhidmat dengan Jabatan PERHILITAN lebih dari 30 tahun dan akan bersara pada pada tahun 2010.

PENGANUGERAH PINGAT

BIL Akhbar Tajuk Tarikh

1. Harian Metro Taktik jerat diri 1.9.09

2. News Straits Times Two poachers arrested 1.9.09

3. Berita Harian Kelah Sungai Keniam 4.9.09

4. The Star Swiftlet farming will boost economy 4.9.09

5. News Straits Times A health hazard not many are aware of 9.9.09

6. News Straits Times Wildlife Dept. seizes pangolins 9.9.09

7. News Straits Times No need to worry about bird fl u 11.9.09

8. Utusan Malaysia Polis Marin rampas 12 tan haiwan eksotik 14.9.09

9. News Straits Times Smuggler’s boatload of wildlife 14.9.09

10. The Star Furry hunters on the prowl 24.9.09

11. Utusan Malaysia Belum destinasi eko pelancongan 24.9.09

12. Berita Harian Perhilitan selamatkan fauna daripada pupus 28.9.09

13. News Straits Times Wildlife skins seized, man held 29.9.09

14. The Star Pangolin smuggler nabbed after stake-out 29.9.09

15. The Star Animal pelt smuggler released on bail 29.9.09

16. The Star Diffi cult to move swiftlet farmers out of their premises 2.10.09

17. The Star Bigger site for jumbos 5.10.09

18. The Star Tiger rescued from poacher’s trap 5.10.09

19. News Strait Times Trapped tiger saved, but more patrols needed 5.10.09

20. The Star Residents worried over mysterious death of civet cats 6.10.09

21. The Star Race to save tiger’s limb 6.10.09

tajuk akhbar...BIL Akhbar Tajuk Tarikh

22. The Star Look deeper into ‘eco-tourism’ 6.10.09

23. News Strait Times Moving out monkeys from park 7.10.09

24. The Star Veterinarian shocked by slithery sale 7.10.09

25. Utusan Malaysia Perhilitan aktif dalam konservasi hidupan liar 8.10.09

26. Utusan Malaysia Bioteknologi untuk pemuliharaan haiwan liar 8.10.09

27. Berita Harian 800 pelajar sertai program tanam pokok Aeon di Paya Indah 12.10.09

28. The Star WWF: address twin threats 12.10.09

29. News Strait Times Rela men nabbed for poaching 14.10.09

30. The Star Intensify measures to curb poaching 14.10.09

31. Utusan Malaysia Dua anggota Rela ditahan miliki dua ekor pelanduk 14.10.09

32. Harian Metro Pemburu ditahan 14.10.09

33. The Star Swiftlet farms to stay 14.10.09

34. Utusan Malaysia Gajah ancam penduduk 15.10.09

35. The Star Snake no longer on sale 19.10.09

36. The Star Take a trip to forest reserve 19.10.09

37. Harian Metro Ladang kubur gajah 22.10.09

38. Utusan Malaysia Potensi industri burung layang-layang gua 23.10.09

39. The Star Tiger saved from poachers dies of infection 26.10.09

40. Utusan Malaysia Ular sawa lima meter ditangkap 28.10.09

41. The Star Entrepreneurs want a one-stop centre 30.10.09

42. News Strait Times Bypassing the racing circuit for the trunk road 30.10.09

Pada 24 Oktober 2009, Majlis penutup Bengkel Sarang Burung Layang-layang Gua telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Abd Rasid bin Samsudin, Ketua pengarah PERHILITAN di Paya Indah Wetlands (PIW). Seramai 320 peserta daripada pelbagai latar belakang telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel ini adalah lanjutan daripada Program Kesedaran Awam Burung Layang-layang dan tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada peserta program yang telah dan sedang menceburi bidang ini untuk sama-sama membincangkan masalah yang terlibat serta cara-cara mengatasinya.Antara acara kemuncak pada majlis tersebut ialah persembahan video, lawatan ke tapak pameran serta lawatan ke rumah contoh burung layang-layang di PIW.

MAJLIS PENUTUP BENGKEL SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG 2009

Encik Eh Pat a/l Chow Keow Haji Saupi bin Harun