perbandingan pengauditan diantara sistem … · artikel yang ditulis ini cuba membuat perbandingan...

15
Jurnal Akademik UiTM Sarawak Vol. 2, No. 1, Disember 2001 PERBANDINGAN PENGAUDITAN DIANTARA SISTEM KONVENSIONAL DAN ISLAM Haji Shaft Mohamad & Muaaz Haji Othman Abstrak Artikel yang ditulis ini cuba membuat perbandingan di antara kerja-kerja pengauditan yang dilakukan secara konvensional dengan pengauditan yang dijalankan mengikut lunas-lunas Islam. Kerapkali kita dengar melalui media massa tempatan atau luar negara mengenai kegagalan sesuatu perniagaan, walaupun penyata kewangannya diaudit oleh firma-flrma juruaudit yang besar dan masyhur. Mungkinkah entiti berkenaan dapat diselamatkan dan dapat berfungsi dengan baik sekiranya kerja-kerja pengauditan dijalankan dengan menerapkan nilai-nilai Islam yang murni ke dalam etika kerja juruaudit.. 1.0 SISTEM AUDIT KONVENSIONAL 1.1 Definisi Pengauditan konvensional boleh didefinisikan sebagai pemeriksaaan secara kritikal yang dilakukan oleh seorang juruaudit terhadap penyata kewangan yang disediakan oleh pihak ketiga, dia biasanya seorang akauntan yang bertauliah. 1.2 Tujuan Pemeriksaan ini dilakukan untuk membolehkan pihak juruaudit memberi pendapatnya kepada pemilik perniagaan dan juga pihak ketiga yang berminat atau mempunyai kepentingan terhadap sesuatu perniagaan. Antara tujuan lain adalah untuk menentukan sama ada sesuatu penyata kewangan menunjukkan keadaan yang sebenar dan wajar tentang kedudukan kewangan perniagaan dan juga tentang hasil pengendaliannya. Secara ringkasnya, tujuan utama pengauditan adalah untuk meningkatkan tahap kepercayaan umum terhadap sesuatu set penyata kewangan. 1.3 Kepentingan pengauditan bebas Menurut Watts dan Zimmerman (1983) pengauditan bebas merupakan salah satu fungsi yang penting di alam perniagaan. Di beberapa negara barat, 59

Upload: dotuyen

Post on 01-May-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERBANDINGAN PENGAUDITAN DIANTARA SISTEM … · Artikel yang ditulis ini cuba membuat perbandingan di antara kerja-kerja pengauditan yang dilakukan secara konvensional dengan pengauditan

Jurnal Akademik UiTM Sarawak Vol. 2, No. 1, Disember 2001

PERBANDINGAN PENGAUDITAN DIANTARA SISTEMKONVENSIONAL DAN ISLAM

Haji Shaft Mohamad & Muaaz Haji Othman

Abstrak

Artikel yang ditulis ini cuba membuat perbandingan di antarakerja-kerja pengauditan yang dilakukan secara konvensional denganpengauditan yang dijalankan mengikut lunas-lunas Islam. Kerapkali kitadengar melalui media massa tempatan atau luar negara mengenai kegagalansesuatu perniagaan, walaupun penyata kewangannya diaudit oleh firma-flrmajuruaudit yang besar dan masyhur. Mungkinkah entiti berkenaan dapatdiselamatkan dan dapat berfungsi dengan baik sekiranya kerja-kerjapengauditan dijalankan dengan menerapkan nilai-nilai Islam yang murni kedalam etika kerja juruaudit..

1.0 SISTEM AUDIT KONVENSIONAL

1.1 Definisi

Pengauditan konvensional boleh didefinisikan sebagai pemeriksaaansecara kritikal yang dilakukan oleh seorang juruaudit terhadap penyatakewangan yang disediakan oleh pihak ketiga, dia biasanya seorang akauntanyang bertauliah.

1.2 Tujuan

Pemeriksaan ini dilakukan untuk membolehkan pihak juruauditmemberi pendapatnya kepada pemilik perniagaan dan juga pihak ketiga yangberminat atau mempunyai kepentingan terhadap sesuatu perniagaan. Antaratujuan lain adalah untuk menentukan sama ada sesuatu penyata kewanganmenunjukkan keadaan yang sebenar dan wajar tentang kedudukan kewanganperniagaan dan juga tentang hasil pengendaliannya. Secara ringkasnya, tujuanutama pengauditan adalah untuk meningkatkan tahap kepercayaan umumterhadap sesuatu set penyata kewangan.

1.3 Kepentingan pengauditan bebas

Menurut Watts dan Zimmerman (1983) pengauditan bebas merupakansalah satu fungsi yang penting di alam perniagaan. Di beberapa negara barat,

59

Page 2: PERBANDINGAN PENGAUDITAN DIANTARA SISTEM … · Artikel yang ditulis ini cuba membuat perbandingan di antara kerja-kerja pengauditan yang dilakukan secara konvensional dengan pengauditan

JurnalAkademik UiTM Sarawak Vol. 2, No. 1, Disember 2001

terdapat undang-undang yang mewajibkan pengauditan bebas bagi SyarikatBerhad. Menurut penulis ini lagi, walaupun pengauditan bebas tidakdiwajibkan, ianya akan tetap wujud kerana ia merupakan satu kaedah yangcekap bagi mengurang kos kontrak dengan syarikat tersebut. Istilah kos kontrakini merujuk kepada semua bentuk kos yang terlibat apabila seseorang hendakberurusan dengan syarikat tersebut. Tanpa pengauditan bebas, kedudukanpenyata kewangan sesebuah syarikat boleh dipersoalkan. Anggota perniagaan(termasuk pemegang saham) dan juga orang ramai boleh tertipu keranapenyata kewangan seperti itu boleh mengandungi ralat yang berbangkitdaripada kecuaian, penipuan dan kekurangan pengetahuan mengenai prinsipperakaunan.

Hal ini dikuatkan lagi dengan pandangan Jensen dan Meckling (1976)bahawa fungsi pengauditan bebas adalah untuk memantau prestasi pengurusanbagi pihak pemegang saham. Manakala bagi pihak pengurusan pula ianya dapatmembuktikan kecekapan mereka mengurus perniagaan berkenaan kepadakumpulan pemegang saham.

1.4 Kelayakan sebagai juruaudit syarikat

Dalam sistem konvensional, seseorang yang ingin menjadi juruauditsyarikat hendaklah terlebih dahulu mempunyai pengetahuan dan pengalamandalam bidang perakaunan, pengetahuan tentang undang-undang syarikat diMalaysia dan juga pengetahuan tentang organisasi dan pengurusan perniagaan.Oleh yang demikian seorang juruaudit yang ingin diiktiraf sebagai juruauditbebas diwajibkan menjadi ahli penuh sebuah badan ikhtisas iaitu InstitutAkauntan Malaysia {MIA).

Istilah juruaudit bebas digunapakai kerana dia tidak dilantik oleh pihakpengurusan dan dia bukan kakitangan syarikat berkenaan. Oleh kerana dia tidakterikat dengan mana-mana pihak, maka dia bebas memberikan pendapatnyatentang sistem dan penyata kewangan syarikat.

Mengikut Seksyen 8 (1) Akta Syarikat (1965), juruaudit syarikat ataujuruaudit bebas terlebih dahulu dikehendaki mendapat kelulusan daripadaMenteri Kewangan sebelum dilantik dan bertugas sebagai juruaudit syarikat.Seseorang yang diluluskan, selalunya terdiri daripada mereka yang berperibadibaik dan mempunyai kebolehan. Kebolehan bererti mempunyai kelulusandaripada mana-mana badan perakaunan profesional yang diiktiraf oleh kerajaanMalaysia. Hal ini dijelaskan lagi seperti kenyataan berikut:

60

Page 3: PERBANDINGAN PENGAUDITAN DIANTARA SISTEM … · Artikel yang ditulis ini cuba membuat perbandingan di antara kerja-kerja pengauditan yang dilakukan secara konvensional dengan pengauditan

Jurnal Akademik UiTM Sarawak Vol. 2, No. 1, Disember 2001

"Juruaudit syarikat atau juruaudit bebas dilantik oleh anggota ataupemegang syer Syarikat Berhad dan laporan yang mereka buat berasaskankehendak Akta Syarikat 1965 akan diserahkan kepada pemegang syer

tersebut" l

1.5 Pengauditan bebas

Pengauditan bebas bagi Syarikat Berhad dimestikan oleh undang-undang (Akta Syarikat 1965) Seksyen 172 (2). Akta tersebut menyatakan :

"Sesebuah syarikat dikehendaki pada setiap mesyuarat agungtahunan syarikat itu melantik seorang atau beberapa orang untuk menjadijuruaudit syarikat itu dan juruaudit yang dilantik itu hendaklah tertaklukkepada seksyen ini, memegang jawatannya sehingga berakhirnya mesyuaratagung tahunan yang berikutnya bagi syarikat itu"

1.6 Sifat juruaudit

Sifat -sifat yang diperlukan bagi seorang juruaudit adalah sepertiberikut:a. Latihan dan kebolehan. Orang yang hendak menjadi juruauditperlulah mempunyai latihan yang cukup dan pengalaman yang luas sebagaiseorang juruaudit. Ini bukan sahaja bererti mempunyai kelulusan sebagaiseorang akauntan bertauliah atau ahli sesebuah badan akauntan profesionaltetapi juga mempunyai pengalaman bekerja yang cukup dalam bidangpengauditan. Sifat ini merupakan sifat yang diutamakan oleh PiawaianPengauditan.

b. Kebebasan. Seksyen 9 (l)(c)(iv) Akta Syarikat 1965 tidakmembenarkan seseorang pemegang saham dilantik sebagai juruaudit syarikatberkenaan untuk memelihara kebebasan juruaudit. Begitu juga seorangpegawai yang bertugas dalam syarikat yang hendak diaudit tidak dibenarkandilantik sebagai juruaudit syarikat yang sama. Di kebanyakan negara barat,orang yang mempunyai kepentingan kewangan dalam sesebuah syarikat tidakdibenarkan dilantik sebagai juruaudit bebas bagi syarikat terbabit.

Selain had yang ditetapkan oleh Akta, juruaudit hendaklah menjagakebebasannya setiap masa. Dia tidak seharusnya mudah dipengaruhi olehsesiapa pun untuk memberi laporan yang tidak benar dan tidak wajar. Untuksentiasa memelihara kebebasan juruaudit dalam menjalankan tugas beliau, duaunsur yang penting ialah kejujuran dan tidak terhutang budi dan tidak ada

61

Page 4: PERBANDINGAN PENGAUDITAN DIANTARA SISTEM … · Artikel yang ditulis ini cuba membuat perbandingan di antara kerja-kerja pengauditan yang dilakukan secara konvensional dengan pengauditan

Jurnal Akademik UiTM Sarawak Vol. 2, No. 1. Disember 2001

kepentingan kepada pelanggan, pihak pengurusan dan pemilik. Selain daripadaitu, untuk membolehkan juruaudit menjaga kebebasannya dia mestilah seorangyang betul-betul jujur, berani dan berkebolehan membuat pertimbangan denganwajar.

Selain daripada menjalankan tugasnya sebagai juruaudit bebas, diajuga menawarkan perkhidmatan tambahan. Dalam keadaan ini, juruaudithendaklah berhati-hati supaya kebebasannya tidak terjejas. Di firma-firmaakauntan yang besar dan terkenal, terdapat dua bahagian yang berasingan iaitubahagian perkhidmatan tambahan dan juruaudit bebas. Pembahagian tugasseperti ini dapat membantu dalam usaha memelihara kebebasan kakitanganyang bertugas sebagai juruaudit bebas.

c. Sifat am. Semasa menjalankan tugas, juruaudit bebas hendaklahbekerjasama dengan orang lain. Oleh itu, pengetahuan tentang cara bergaul danbertutur dengan orang lain amat penting untuk membolehkannya mendapatkankerjasama dan perhubungan yang baik.

1.7 Kelemahan pengauditan konvensional

Di negara barat, terdapat beberapa kes di mana syarikat dan bank telahmuflis atau bankrap walaupun penyata kewangan mereka diaudit olehjuruaudit yang bertauliah daripada firma-firma juruaudit yang besar danterkenal.

O'Leary (1999) telah menyenaraikan beberapa kes korporat gergasiyang bankrap di Australia, walaupun akaunnya diaudit oleh firma juruaudityang masyhur dan terkenal seperti Estate Mortgage, Spedley Group, NationalSafety Council of Victoria dan Tricontinental Corporation. Syarikat tersebuttelah menyaman firma-firma juruaudit yang terlibat berjuta-juta dollar Australiadi mahkamah di Victoria, Australia atas sebab-sebab kecuaian.

Estate Mortgage telah menyaman juruaudit mereka Priestly and Morrisdan berjaya mendapat ganti rugi sebanyak 31 juta dollar Australia. ManakalaNational Safety Council Of Victoria menyaman juruaudit mereka Horwath andHorwath dan berjaya mendapat pampasan sebanyak 2 juta dollar Australia.Tricontinental Corporation telah menyaman juruaudit mereka KPMG PeatMarwick dan berjaya mendapat ganti rugi sebanyak 136 juta dollar Australia.Ketiga-tiga kes ini diselesaikan di luar mahkamah oleh pihak yang terbabit.

62

Page 5: PERBANDINGAN PENGAUDITAN DIANTARA SISTEM … · Artikel yang ditulis ini cuba membuat perbandingan di antara kerja-kerja pengauditan yang dilakukan secara konvensional dengan pengauditan

Jurnal Akademik UiTM Sarawak Vol. 2, No. 1, Disember 2001

Menurut World Accounting Report edisi Ogos / Sept 1994, sepertiyang dilaporkan oleh Backman (1999) terdapat beberapa kes serupa yangmelibatkan firma-firma juruaudit di Amerika Syarikat, Canada, UnitedKingdom dan Italy di mana firma-firma juruaudit yang terlibat terpaksamembayar ganti rugi berjuta dollar di atas kecuaian pihak mereka dalammenjalankan tugas sebagai juruaudit bebas.

Kebelakangan ini, terdapat sebuah bank yang masyhur di UnitedKingdom iaitu Barings Bank PLC yang mana di antara pelanggannya terdiridaripada kerabat diraja British telahjatuh bankrap pada tahun 1995, walaupunakaunnya diaudit oleh juruaudit yang terkenal.

Di rantau Asia, masalah dan penyakit ini sudahpun menular. Hal inidapat dilihat pada tahun 1999 di mana sebuah syarikat yang disenaraikan dipapan utama bursa saham Hong Kong iaitu Guangnan Holdings ltd telahjatuhbankrap walaupun syarikat berkenaan diaudit oleh juruaudit yang masyhur diHong Kong iaitu Deloitte Touche Tohmatsu. Manakala di Thailand, seorangrakan kongsi kanan di sebuah firma juruaudit tempatan yang masyhur,Deloitte's telah digantung oleh Suruhanjaya Security di Thailand atassebab-sebab kecuaian menyebabkan pelanggan mereka Finance One jatuhbankrap. Begitu juga seorang juruaudit dengan firma Arthur Andersen diThailand yang digantung kerana kurang cekap semasa menjalankan tugasbeliau sebagai juruaudit.

Perilaku yang bermoral dan beretika merupakan komponen yangkritikal dalam kerjaya seorang juruaudit bebas. Satu kajian telah dijalankanserentak pada tahun 1999 di Australia dan Ireland oleh O'leary dan Cotterdengan menggunakan pelajar tahun akhir jurusan perakaunan di Universiti-universiti di kedua buah negara berkenaan. Hasil daripada kajian yangdijalankan ini mendapati bahawa 58% daripada pelajar Irish dan 23% pelajarAustralia sanggup terlibat dalam penipuan. Manakala 56% daripada pelajarIrish dan 28% pelajar Australia sanggup meniru dalam peperiksaan tahun akhirjurusan perakaunan di Universiti. Daripada angka-angka yang diberikan di atas,jelas terdapat kelemahan dalam cara latihan bakal juruaudit di negara barat.

Kesemua contoh yang digambarkan ini menimbulkan tanda tanya.Mungkinkah institusi-institusi tersebut dapat diselamatkan sekiranya merekadiaudit oleh para juruaudit yang diasuh melalui suatu pendekatan yangmenerapkan nilai-nilai dan etika yang berlandaskan ajaran Islam. Untukmaksud itu, kita terpaksa memperkenalkan ciri-ciri sistem pengauditan yang

63

Page 6: PERBANDINGAN PENGAUDITAN DIANTARA SISTEM … · Artikel yang ditulis ini cuba membuat perbandingan di antara kerja-kerja pengauditan yang dilakukan secara konvensional dengan pengauditan

Jurnal Akademik UiTM Sarawak Vol. 2, No. 1, Disember 2001

dijalankan mengikut lunas-lunas Islam sebelum kita boleh simpulkan baik atauburuknya sistem altematif yang dicadangkan.

2.0 SISTEM PENGAUDITAN ISLAM

2.1 Definisi

Pengauditan dalam Islam didefinisikan sebagai perkiraan,pemeriksaan dan pengawasan ke atas kerja dan amalan seseorang sama adaberkaitan dengan pekerjaan penyata (akaun) atau amalan kebaikan yangdilakukan agar ianya tepat, sempurna, dan seterusnya mendapat ganjaranAllah.

2.2 Tujuan

Ilmu ini telah dititik beratkan oleh Islam dengan meletakkan beberapatujuan dalam sistem pengauditan atau pengawasan antaranya untukmengesahkan perjalanan sesuatu projek atau pekerjaan yang telah siap. la jugabertujuan untuk membetulkan kesilapan, memberi ganjaran kepada orang yangmelakukan kebaikan dan mengambil tindakan ke atas orang yang melakukankeburukan.

Berdasarkan tujuan tersebut, pengauditan dalam Islam memberipenekanan kepada aspek pengawasan iaitu pengawasan diri sendiri,pengawasan dalaman dan luaran. Walaupun terdapat beberapa kaedah yangmembicarakan tentang sistem ini dengan lebih terperinci, tetapi asas utamadalam sistem ini ialah tiga peringkat pengawasan tersebut.

2.3 Sifat juruaudit

Islam menyusun peraturan dan etika hubungan antara manusia danmuamalat (transaksi / hubungan manusia dengan manusia ) dengan cara yangmenakjubkan sehingga dapat memberi kebahagiaan dan kemakmuran sejakberkurun lalu. Peraturan dan etika bagi juruaudit yang dibuat oleh Barat padakurun ke-20 sebenarnya telah disyaratkan oleh Islam sejak 14 kurun lalu.Antaranya ialah :• Juruaudit hendaklah mempunyai akhlak dan keperibadian yang baik.

• Seorang yang berkebolehan (faqih dan alim) dalam kerja-kerja yangdilakukan.

64

Page 7: PERBANDINGAN PENGAUDITAN DIANTARA SISTEM … · Artikel yang ditulis ini cuba membuat perbandingan di antara kerja-kerja pengauditan yang dilakukan secara konvensional dengan pengauditan

Jurnal Akademik UiTM Sarawak Vol. 2, No. 1, Disember 2001

• Seorang yang mempunyai sifat-sifat mulia seperti sabar, lemah lembut,amanah dan sebagainya.

• Seorang yang mengutamakan kepentingan umum daripadakepentingan khusus.

• Mempunyai kebebasan dalam kerja.

2.4 Peringkat pengawasan

Peringkat pertama: pengawasan diri sendiri

Pengawasan diri sendiri bermaksud pengawasan yang datang dari hatikecil manusia. Islam mengambil berat tentang pengawasan ini danmenganggapnya sebagai pengawasan paling penting dalam diri setiapindividu.2 Ini kerana kebaikan yang wujud dalam diri setiap individu yangberasaskan pengawasan jitu merupakan petanda ke arah kecemerlangan dankebahagiaan masyarakat.

Pembentukan individu ke arah kebaikan adalah tanggungjawab akaldan jiwa. Kedua-duanya berperanan dan saling bekerjasama untuk mencapaimatlamat pengawasan ini, malah dengan kewajipan ini telah meletakkanindividu itu sebagai orang yang berjaya di dunia dan di akhirat. Hal ini telahdijelaskan dalam firman Allah

bermaksud : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya sediabersih- bertambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dansesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sediabersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran

maksiat). 4

Istilah muraqabah adalah intisari kepada pengawasan diri sendirikhususnya pengawasan setiap individu kepada Allah Taala. Cara seseorangmenghiasi dirinya dengan muraqabah dapat direnung dengan kata SaidinaUmar al Khattab " hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan dantimbanglah amalan kamu sebelum diri kamu ditimbangkan "

65

Page 8: PERBANDINGAN PENGAUDITAN DIANTARA SISTEM … · Artikel yang ditulis ini cuba membuat perbandingan di antara kerja-kerja pengauditan yang dilakukan secara konvensional dengan pengauditan

Jurnal Akademik UiTM Sarawak Vol. 2, No. 1, Disember 2001

Islam telah menggariskan beberapa kaedah atau cara mengawasi dirisendiri untuk memenuhi tuntutan matlamat kehidupan yang sempurna. Sebagaiseorang insan atau hamba Allah kita perlu merasakan bahawa diri inidihidupkan oleh Allah dengan mempunyai tujuan dan matlamat yang utamaiaitu pengabdian semata-mata kepada Allah. Setiap insan perlu mengawasi diridengan sentiasa meletakkan perasaan takut kepada Allah yang tiada ada suatupun tersembunyi dari pengetahuanNya. Firman Allah Taala :

maksudnya : Allah mengetahui pengkhianatan (ketiadaan jujur) pandangan mata

seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati. 6

Selain daripada pengawasan yang perlu disemai oleh setiap individudengan sentiasa berasa takut kepada Allah, mereka juga mestilah sentiasamelakukan amalan kebaikan untuk bekalan dirinya sebelum menyuruh oranglain melaksanakannya. Pedoman ini merupakan teladan yang unggul, perludimiliki oleh setiap individu berasaskan pesanan Allah Taala kepada Isa ibnMaryam " wahai anak maryam nasihatkanlah dirimu, setelah dirimu menerima

nasihat barulah nasihati orang lain, kalau tidak malulah kepadaKu" 7

Kaedah keutamaan diri sendiri sebelum orang lain dijelaskan dalamperingatan Allah dalam al Quran :

v u

bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamumemperkatakan apayang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya

di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. 9

Cara seterusnya untuk pemantapan pengawasan diri insan ialahpengawasan masa lalu dan akan datang. Jika setiap insan sentiasamengawasinya, segala aktiviti atau amalan yang dilakukan akan berolehkeuntungan di dunia dan di akhirat. Pengawasan masa lalu bertujuan agar dirisetiap insan akan menyesal dengan kesalahan yang telah dilakukan untuk

66

Page 9: PERBANDINGAN PENGAUDITAN DIANTARA SISTEM … · Artikel yang ditulis ini cuba membuat perbandingan di antara kerja-kerja pengauditan yang dilakukan secara konvensional dengan pengauditan

Jumal Akademik UiTM Sarawak Vol. 2, No. 1, Disember 2001

kebaikan masa hadapan. Tujuan pengawasan akan datang pula adalah untukmenyedarkan insan agar sentiasa mempersiapkan diri dengan bekalan-bekalankebaikan untuk menemui hari pembalasan. Hal ini telah dijelaskan oleh Allahdalam firmanNya

10

ertinya : Wahai orang yang beriman ! Bertakwalah kepada Allah (denganmengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya) dan hendaklah tiap-tiapdiri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amalnya)

untuk hari esok (akhirat). n

Kaedah terakhir dalam pembentukan diri sendiri ialah hukuman ataurawatan ke atas kesalahan yang telah dilakukan. Hukuman dan rawatan inibertujuan mendidik jiwa insan agar tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Peringkat kedua : pengawasan dalaman

Pengawasan ini berfungsi sebagai penjaga aset dan menentukan segalakira-kira dalam rekod agar ia lebih sempurna dan tersusun. Islam telahmenggariskan beberapa cara untuk mencapai matlamat pengawasan ini.Antaranya ialah penyediaan organisasi yang betul dengan menyusunpentadbiran supaya kerja-kerja seorang pegawai diketahui oleh pegawai lainmerupakan salah satu bentuk pengawasan dalaman. Penyediaan pengawasanini diambil dari kenyataan kisah Saidina Ali Abi Talib yang telah menulissepucuk surat kepada gabenor Mesir, katanya "...periksalah kerja mereka dansuruh pemerhati yang terdiri daripada orang jujur untuk mengawasi mereka. "

Kaedah kedua ialah kaedah pembahagian kerja, pengkhususan dantanggungjawab terhadap kerja atau amanah perlu disediakan. Kaedah ini diberipenekanan oleh Islam agar setiap kerja dapat dilakukan dengan adil danbertanggungjawab. Allah Taala telah menyuruh kita agar memupuk semangatbekerjasama di kalangan para pekerja dalam firmanNya :

maksudnya : Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan

dan bertakwa. 13

67

Page 10: PERBANDINGAN PENGAUDITAN DIANTARA SISTEM … · Artikel yang ditulis ini cuba membuat perbandingan di antara kerja-kerja pengauditan yang dilakukan secara konvensional dengan pengauditan

Jurncd Akademik UiTM Sarawak Vol. 2, No. 1, Disember 2001

Kaedah seterusnya merupakan satu kaedah yang terpenting dalampengawasan ini di mana ia bertujuan memeriksa kerja yang telah dilakukanoleh juruaudit bagi memastikan laporan tersebut betul dan tepat. Jika ditinjaupada zaman keagungan Islam dengan kewujudan Institusi Baitulmal, sistem inimemperuntukkan tugas-tugas juruaudit iaitu memeriksa kerja dalaman yangtelah siap untuk pengesahannya, memeriksa fail-fail dan rekod sertamenandatanganinya. Jika terdapat kesalahan dalam laporan, ia bertanggung-jawab melaporkan kepada ketua Diwan.

Sejarah telah membuktikan bahawa Jabatan Audit merupakan tunjangdalam pengurusan Institusi Baitulmal. Setelah bidang kuasa jabatan ini semakinluas dan penting, maka pada zaman Abbasiyah jabatan ini telah dipisahkan dariBaitulmal dan diletakkan di bawah diwan khusus yang diberi nama DiwanZimam al Azamah (Jabatan Kawalan Masa Krisis), kemudian ditukar kepada

nama Diwan al Tahqiq (Jabatan Kepastian).14 Diwan ini telah meletakkan caradalam kerja audit di mana setiap juruaudit hendaklah pergi sendiri melihat hartayang dicatatkan dalam rekod untuk menentukan kewujudannya.

Kaedah terakhir dalam peringkat ini ialah keterbukaan sistem Islamdengan membenarkan penggunaan teknik-teknik moden dalam kerja audit.

Peringkat ketiga : pengawasan luaran

Pengawasan luaran bermaksud pengawasan terhadap seseorang olehorang lain dalam segala urus niaga dan pekerjaan. Ia merupakan pengawasanyang penting dalam mengetahui nilai harta. Tujuannya ialah mencari kesilapandan kesalahan, memperbaiki dan berusaha menghindarkannya.

Pada zaman kegemilangan kerajaan Islam, penyusunan satu sistemyang dapat mengatur dan memberi keamanan kepada setiap individu dalammasyarakat Islam telah ditubuhkan iaitu al Hisbah. Antara corak pengawasandalam al Hisbah dapat diambil contoh dengan amalan yang dilakukan olehbaginda Rasulullah S.A.W terhadap kegiatan perdagangan dan pemeriksaansemula pungutan zakat supaya amanah tetap terlaksana dan keadilan dapatditegakkan.

Para pegawai dalam jabatan al Hisbah dikenali sebagai Muhtasib dania dianggotai oleh para Uli al amri (pemerintah) dan ulama. Pada zamanRasulullah dan khulafa' al Rasyidin, pengawasan luaran telah dilakukan olehmereka sendiri dengan dibantu oleh para ulama. Pengawasan ini tertumpukepada bidang pengurusan Baitulmal di mana pengkhususan diberikan kepada

68

Page 11: PERBANDINGAN PENGAUDITAN DIANTARA SISTEM … · Artikel yang ditulis ini cuba membuat perbandingan di antara kerja-kerja pengauditan yang dilakukan secara konvensional dengan pengauditan

Jurnal Akademik UiTM Sarawak Vol. 2, No. 1, Disember 2001

pengawasan terhadap para pekerja yang menghasilkan pendapatan untukBaitulmal.

Ciri-ciri utama sebagai muhtasib(juruaudit) ialah berilmu terutamanyadalam bidang perakaunan dan pengetahuan dalil-dalil dari al Quran dan alSunnah. Bidang tugas para muhtasib tertumpu kepada menyuruh manusiamelakukan kebaikan dan melarang kemungkaran. la juga memastikan agaramanah dapat dilaksanakan serta melarang penipuan berlaku khususnya dalamsoal sukatan dan timbangan dalam perniagaan. Saksi dalam hal kiraan hartaadalah antara bidang tugas utama para muhtasib.

Islam meletakkan kebebasan kepada muhtasib dalam menjalankantugasnya. Kebebasan ini untuk menolak atau menghindar diri daripada perkarayang boleh membawa syak dan keraguan orang ramai terhadap kebebasantugasnya. Selain kebebasan yang diberikan oleh Islam, para muhtasib mestilahmempunyai sifat-sifat terpuji dalam melaksanakan tugas seperti berakhlakmulia, jujur, amanah, sabar dan Iain-lain. Rahsia projek atau perniagaan yangdiaudit mestilah dijaga agar tidak terbongkar. Kebocoran rahsia merupakanamalan orang munafik.

Selain daripada tiga peringkat pengawasan yang telah dijelaskan diatas, bukti dalam kerja audit diperbincangkan oleh para fuqaha'. Kerja-kerjaaudit dan memeriksa kira-kira memerlukan bukti yang munasabah. Oleh itupara juruaudit mestilah mengumpulkan seberapa banyak bukti yang boleh. lajuga perlu menyiasat butir-butir yang diberikan supaya ia tidak dapat dijadikanalasan untuk mendapat keuntungan dengan cara tidak sah. Para fuqaha' telahmembuat tafsiran tentang cara mengesahkan bukti-bukti, antaranya ialah :

a. Melihat bukti nyata dengan melihat sendiri barang yang dinyatakandalam rekod.

b. Menyelidik akaun dengan teliti.

c. Pengawasan dalaman dalam projek seperti kewujudan jabatan-jabatan.

d. Pengawasan hasil yang datang dari luar dengan meneliti danmengesahkan kesahihannya.

e. Membanding dan menyediakan urutan akaun, iaitu dengan menggunakhidmat pakar audit masa lalu dengan melihat kritikan dan ulasan yangdibuat.

69

Page 12: PERBANDINGAN PENGAUDITAN DIANTARA SISTEM … · Artikel yang ditulis ini cuba membuat perbandingan di antara kerja-kerja pengauditan yang dilakukan secara konvensional dengan pengauditan

Jurnal Akademik UiTM Sarawak Vol. 2, No. 1, Disember 2001

Membandingkan data-data dalam jangka masa baru, iaitu juruauditmemeriksa semula kesahihan data yang direkodkan dalam jangka masakerja audit dengan cara perbandingan pada masa akan datang untukmemastikan data itu betul secara berurutan.

3.O PERBANDINGAN SISTEM PENGAUDITAN

Tajuk

1. Definisi

2. Tujuan

3. Kepentingan

Sistem Konvensional

Pemeriksaan secara kritikal

yang dilakukan oleh juruaudit

terhadap penyata kewangan

yang disediakan oleh pihak

ketiga (secara bertauliah).

Membolehkan pihak juruaudit

memberi pendapat menentu

penyata kewangan agar betul

dan tepat.

Salah satu fungsi yang

penting dalam perniagaan.

Mengurang kos kontrak

sesuatu syarikat. Memantau

prestasi pengurusan.

Sistem Islam

Perkiraan, pemeriksaan dan

pengawasan ke atas kerja dan

amalan seseorang agar ia

tepat, sempurna dan mendapat

ganjaran Allah.

Pengesahan perjalanan sesuatu

projek. Membetul kesilapan

dan memberi ganjaran kebaikan

di samping mengambil tindakan

bagi kesalahan.

Memberi penekanan kepada

tiga peringkat kawasan.

Pertama: melahirkan sifat

muraqabah kepada Allah.

Kedua: menentu dan menjaga

rekod agar sempurna.

Ketiga: pengawasan oleh

hisbah ke atas nilai harta.

70

Page 13: PERBANDINGAN PENGAUDITAN DIANTARA SISTEM … · Artikel yang ditulis ini cuba membuat perbandingan di antara kerja-kerja pengauditan yang dilakukan secara konvensional dengan pengauditan

Jurnal Akademik UiTM Sarawak Vol. 2, No. 1, Disember 2001

Tajuk

4. Kelayakan

5. Pengauditanbebas

6. Sifatjuruaudit

7. Kelemahan

Sistem Konvensional

Mempunyai pengetahuan dan

pengalaman dalam perakau-

nan undang-undang syarikat

dan pengurusan perniagaan.

Mendapat kelulusan daripada

Menteri Kewangan.

Mempunyai kebolehan.

Mengikut akta syarikat 1965

seksyen 172(2).

i. Latihan dan kebolehan

ii. Kebebasan

iii. Sifat am

Terdapat kes-kes di mana

syarikat dan bank telah muflis

dan bankrap.

Sistem Islam

Sistem Islam bersifat terbuka

kepada mana-mana sistem

yang sesuai (tidak bertentan-

gan dengan ajaran agama).

Tiada kaitan.

i. Akhlak dan peribadi yang

baik.

ii. Faqih dan berkebolehan.

iii. Sifat am seperti amanah,

jujur, sabar, ikhlas, dan

sebagainya.

iv. Mengutamakan kepentingan

umum.

Cadangan kaedah tiga

peringkat pengawasan untuk

mengatasi segala kelemahan

dan kepincangan yang akan

berlaku.

71

Page 14: PERBANDINGAN PENGAUDITAN DIANTARA SISTEM … · Artikel yang ditulis ini cuba membuat perbandingan di antara kerja-kerja pengauditan yang dilakukan secara konvensional dengan pengauditan

JurnalAkademik UiTM Sarawak Vol. 2, No. 1, Disember 2001

4.0 KESIMPULAN

Hasil dari perbincangan di atas jelas menunjukkan bahawa sistempengauditan mempunyai peranan yang penting dalam perniagaan dankehidupan manusia. Oleh itu, kegagalan sistem pengauditan konvensionalseperti yang dihuraikan dalam artikel ini memberi gambaran bahawa ia perlukepada peralihan yang dapat membantu dan menyelesaikan permasalahan yangdihadapi. Walaupun pelbagai kaedah telah diketengahkan oleh sistempengauditan konvensional bagi melahirkan para juruaudit bertauliah danberkaliber, namun masih juga berlaku kegagalan. Di manakah kesilapan dankesalahan ? Siapakah harus dipersalahkan ?.

Tidak dapat dinafikan bahawa sistem pengauditan secara Islam yangmenerapkan tentang keperluan kepada bentuk pengawasan pada tiga peringkatdapat membantu malah boleh dijadikan sebagai alternatif kepada sistemkonvensional. Dengan itu diharap agar sistem pengauditan yang telahdiketengahkan oleh Islam dapat memberi sumbangan positif ke arahmenyelesaikan kerumitan dan permasalahan yang dihadapi oleh sistemkonvensional.

NOTA KAKI

1 Shaari Isa. 1988. Prinsip Pengauditan. Dewan Bahasa dan Pustaka, KualaLumpur. Him 2.2 Muhd Kamal 'Athiyah. 1993. Sistem Perakaunan Dalam Islam (terj). DewanBahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Cet 1. Him 252.3 Al Quran 91:9-10.

4 Tafsir Pimpinan al Rahmnan. 1995/1416h. Bahagian Hal Ehwal Islam,Jabatan Perdana Menteri. Cet 6.

5 Al Quran 40 : 19

6 Tafsir Pimpinan al Rahman, op cit.

7 Imam al Ghazali. 1377h. Ehya' 'Ulum al Din. Jilid 4. t.pn, Kaherah. Him 113.

8 Al Quran 61: 2-3

9 Tafsir Pimpinan al Rahman, op cit.

72

Page 15: PERBANDINGAN PENGAUDITAN DIANTARA SISTEM … · Artikel yang ditulis ini cuba membuat perbandingan di antara kerja-kerja pengauditan yang dilakukan secara konvensional dengan pengauditan

Jurnal Akademik UiTM Sarawak Vol. 2, No. 1, Disember 2001

10 Al Quran 59: 18.

11 Tafsir Pimpinan al Rahman, op cit.

12 Al Quran 5 : 5

13 Tafsir Pimpinan al Rahman, op cit.

14 Muhd Kamal 'Athiyah. op. cit. Him 262.

BIBLIOGRAFIAl Quran al Karim.

Imam al Ghazali. 1377h. Ehya' 'Ulum al Din. Jilid 4. Kaherah.

Jensen, M.C and Meckling, W.H. (1976). "Theory Of The Firm : ManagerialBehaviour, Agency Costs and Ownership Structure". Journal of FinancialEconomics. October, pp. 305-360.

Lessons in Litigation, Australian Audit Cases By Conor O'Leary. AkauntanNasional, October 1999.

Muhd Kamal 'Athiyah. 1993. Sistem Perakaunan Dalam Islam (terj). Cet 1.Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Shaari Isa. 1988. Prinsip Pengauditan. Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.

Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al Quran. 1995. Bahagian HalEhwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Cet 6. Kuala Lumpur.

The Ethics of final year accountancy students : an international comparison byConor O'Leary and Deny Cotter. Managerial Auditing Journal, March 2000.

Theodorus M. Tuanakotta. 1984. Audit - Panduan Untuk Akauntan Awam.Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Toshikazu Hayashi. 1995. Perakaunan Islam Impaknya terhadap PerakaunanBarat (terj). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Cet 1.

Watts, R.L and Zimmerman, J.L. (1983). "Agency Problems, Auditing And TheTheory Of The Firm : Some Evidence". Journal of Law and Economics.October, pp 613-633.

Who Checks the Auditors ? by Michael Backman. Asia Inc, May 2000.

73