bil 1

Upload: munirah-ahmad-sabri

Post on 08-Mar-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat sains

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL. 1 TAHUN 2016SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL UTAMA

Hari : SelasaTarikh: 19 Januari 2016Masa : 1.45 petangTempat: Bilik Mesyuarat SKSU

Kehadiran :

1. Puan Rohaida bt Daud ( GPK Tadbir dan Kurikulum)2. En Mohd Daim b Shamsuddin3. En Muhammad Rafiq b Razali4. Cik Munirah Bt Ahmad Sabri

Tidak hadir:1. Pn Nurul Atiqah Bt Zakaria (Tanpa sebab)2. Pn Syazwani Bt Md Shah Din (Tanpa sebab)3. Pn Kemban Anak Sam (Tanpa sebab)

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan Pengerusi

1.1. Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru kerana menghadiri mesyuarat panitia Sains bilangan 1 tahun 2016.Tindakan : makluman

1.2. Pengesahan minit mesyuarat :Pencadang : Penyokong :

2. Ucapan Guru Penolong Kanan

2.1. Menyatakan mesyuarat panitia yang dijalankan mestilah mengikut jadual yang telah ditetapkan.2.2. Mengharapkan aktiviti panita yang dirancang dilaksanakan. Jika baik untuk akademik, hendaklah diteruskan. Jika tidak, laksanakan aktiviti lain. Tindakan : semua guru sains3. Ucapan Ketua Panitia

3.1Pengurusan fail panitia Sains3.1.1. Setiausaha perlulah mencetak pelan taktikal dan lengkapkannya. Ia penting untuk tujuan pemantauan tentang dapatan panitia.

3.2. Format penulisan rancangan pengajaran harian (RPH)3.2.1. Format RPH hendaklah mengandungi subjek, tema, tajuk, kelas, standard kandungan, standard pembelajaran, objektif, bahan bantu mengajar, aktiviti dan refleksi.3.2.2. Bagi guru yang menaip RPH, hendaklah ditampal di dalam buku rekod.

3.3. Penggunaan buku latihan dan buku kerja3.3.1. Bagi tahap 2, buku yang digunakan ialah buku latihan, nota, dan amali.3.3.2. Bagi tahun 3, buku yang digunakan ialah buku nota dan amali.3.3.3. Bagi tahun 1 dan 2, buku yang digunakan ialah buku nota.

3.4. Peperiksaan tahun 20163.4.1. Ujian 1 untuk tahun 6 bermula pada 26 Januari. 3.4.2. Ujian sumatif 1 pada 1 hingga 3 Mac.3.4.3. Peperiksaan Pertengahan Tahun adalah pada 9 hingga 12 Mei.3.4.4. Sumatif 2 adalah pada 9 hingga 11 Ogos.3.4.5. Peperiksaan akhir tahun adalah pada 10 hingga 13 Oktober.3.4.6. Guru hendaklah menyediakan soalan, skema jawapan, dan jadual spesifikasi ujian (JSU) kepada setiausaha peperiksaan.

3.5. Aktiviti tahunan panitia Sains3.5.1. Pembinaan modul bagi tahun 1 hingga 6 (topikal), bermula pada Mac hingga November. Guru dikehendaki menyediakannya secara beransur-ansur mengikut tahun :1) En. Daim ( Tahun 2 & 4 )2)En. Rafiq ( Tahun 5 & 6)3)Cik Munirah ( Tahun 2 & 3)4)Pn. Kemban ( Tahun 1 )

3.6. Post-mortem UPSR 20153.6.1. Peratusan lulus bagi subjek Sains jatuh. Hanya 4 orang murid yang mendapat A dalam subjek Sains. Sasaran bagi tahun 2016 adalah seramai 16 orang murid mendapat A.3.6.2. Guru Sains perlu menghadiri kursus bagaimana cara menjawab kertas soalan Bahagian B seperti pemeriksa kertas.

3.7. Makluman Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)3.7.1. Guru hendaklah menggunakan peta i-Think dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).3.7.2. Guru perlu menghadiri kursus dalam talian.3.7.3. DSKP hendaklah dibawa sentiasa ke dalam kelas.3.7.4. Guru hendaklah menyerahkan laporan perekodan PBS dan memberikan salinan kepada setiausaha pantia untuk dimasukkan di dalam fail.3.7.5. Menyediakan DSP, PPPM dan DSKP bagi setiap darjah yang diajar.

3.8. Dana PCG panitia Sains 20163.8.1. Panitia Sains mendapat peruntukan sebanyak RM 1,100. Jika guru ingin menggunakan sebarang peralatan atau bahan serta keperluan mengajar subjek Sains, guru boleh memohon dengan menulisnya di dalam boring untuk dibeli.3.8.2. Panitia Sains akan cuba untuk mencari dana daripada pihak luar untuk proses menceriakan makmal Sains dengan mengecatnya.

Tindakan : semua guru sains

4. Hal-hal lain4.1. Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) akan mengadakan pertandingan makmal Sains. 4.2. En. Daim memaklumkan tentang dana boleh didapati daripada pihak luar seperti projek dalam laman sesawang iaitu www.100percentprojectmalaysia.org. Tindakan : semua guru

5. Penutup5.1. Ucapan terima kasih kepada semua guru yang menghadirkan diri dalam mesyuarat panitia Sains.5.2. Mesyuarat panitia Sains bilangan 1 tahun 2016 berakhir pada pukul 2.57 petang.Tindakan : semua guru

Disediakan oleh:Disemak oleh:

____________________________________________________( Cik Munirah bt Ahmad Sabri )( En. Roslan Bin Jais )Setiausaha panitia Sains,Guru Besar, SK Sentul utama.SK Sentul utama.