bil 1 kertas 2(f5)

7
3755/2 3755/2 SULIT SULIT 3755/2 KERTAS 2 PERDAGANGAN [Mac 2013] BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL SMK DATUK PETER MOJUNTIN _________________________________________________________________ _____ PEPERIKSAAN BILANGAN I (TINGKATAN 5) KERTAS 2 MASA : 2 JAM _________________________________________________________________ _______ Arahan : 1. Baca dengan teliti. 2. Kertas ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B 3. Jawab mana-mana TIGA soalan daripada bahagian A dan Jawab soalan WAJIB pada bahagian B.

Upload: rathai-ragupathy

Post on 16-Feb-2016

266 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kertas 1pdg

TRANSCRIPT

Page 1: bil 1 kertas 2(f5)

3755/2 3755/2SULIT SULIT

3755/2KERTAS 2PERDAGANGAN[Mac 2013]

BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONALSMK DATUK PETER MOJUNTIN

______________________________________________________________________

PEPERIKSAAN BILANGAN I (TINGKATAN 5)KERTAS 2

MASA : 2 JAM

________________________________________________________________________

Arahan :1. Baca dengan teliti.2. Kertas ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B3. Jawab mana-mana TIGA soalan daripada bahagian A dan Jawab soalan WAJIB

pada bahagian B.

________________________________________________________________________Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak termasuk muka hadapan.

Page 2: bil 1 kertas 2(f5)

BAHAGIAN A(75 Markah)

Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini.

1. (a) Huraikan empat daripada tugas seorang peruncit dalam saluran agihan.[8 markah]

(b)Terangkan dua sebab bagaimana pemborong dapat membantu pihak-pihak berikut.

i. pengeluar [6 markah]ii. peruncit [6 markah]

(c) Gambar rajah 2 menunjukkan seorang tukang jahit menyerahkan pakaian yangtelah dijahit kepada seorang pelanggan.

i. Namakan jenis saluran agihan yang terlibat dalam situasi itu.[1 markah]

ii. Terangkan dua sebab saluran tersebut digunakan. [4 markah]

2. (a) Berikan maksud keperluan manusia. [3 markah]

(b) Berikan maksud kehendak manusia. [3 markah]

(c) Jelaskan lima peringkat keperluan manusia menurut Hierarki Keperluan Maslow. [15 markah]

(d) Terangkan dua jenis penciptaan nilai faedah. [4 markah]

2

Page 3: bil 1 kertas 2(f5)

3.

Terangkan 3 kelebihan Encik Rajesh peroleh atas tindakannya tersebut. [4 markah]

Mengapakah Encik Ramu membuat cadangan itu? (4 markah)

3

Page 4: bil 1 kertas 2(f5)

4. (a) Salah satu jenis bank yang terdapat di Malaysia ialah Bank Pusat atau Bank Negara Malaysia. Jelaskan empat fungsi utama bank pusat. [12 markah]

(b) Jelaskan ciri dan contoh kegunaan perkhidmatan bank perdagangan yang berikut kepada pelanggan; [9 markah]

i. pindahan kredit ii. arahan tetap (perintah sedia ada)

iii. bank draf

(c) Lakarkan dan jelaskan ciri dua jenis cek berpalang (cek tertutup).[4 markah]

5. (a) Terangkan 3 peranan insurans kepada setiap yang berikut;

i. individu ii. peniaga [12 markah]

(b) Terangkan dengan memberikan contoh, maksud prinsip-prinsip insurans berikut;

i. Prinsip kepentingan boleh insurans [4 markah]ii. Penuh percaya mutlak [4 markah]iii. Indemniti [5 markah]

BAHAGIAN B

4

Page 5: bil 1 kertas 2(f5)

[25 markah]Soalan ini wajib dijawab.

Baca kes di bawah dengan teliti.

6. Encik Zaki pemilik sebuah kedai yang khusus dalam penjualan pelbagai jenis hasil laut yang diawetkan seperti pelbagai jenis ikan dan sotong kering, keropok serta ikan bilis. Kedainya terletak di tepi jalan utama yang menuju ke Kuala Lumpur lebih kurang 15 kilometer dari Kuantan. Tidak ada sebarang kawasan penempatan di sekelilingnya dan kawasan perumahan yang terdekat adalah lebih kurang 5 kilometer jauhnya. Hampir semua pelanggan yang mengunjungi kedainya adalah terdiri daripada pengguna jalan raya dan pelancong yang melalui jalan tersebut.

Encik Zaki dibantu oleh ahli-ahli keluarganya. Semua stok diperoleh daripada beberapa pemborong yang menghantar barang terus ke kedainya. Stok disusn dan dipamerkan dengan menarik. Semua barang yang dijual dibungkus dengan kemas dan dilabelkan dengan tanda harga. Separuh daripada stok disimpan di dalam gudang kecil di belakang kedainya.

Barang jualannya adalah bermutu tinggi. Oleh itu, semua pelanggan yang mengunjungi kedai tersebut tidak akan balik dengan tangan kosong. Semua jualan adalah secara tunai sahaja. Walaupun hampir semua pelanggan yang mengunjungi kedai itu adalah pelanggan sekali-sekala sahaja, namun mereka diberi layanan yang baik dan mesra. Malah Encik Zaki menjawab semua soalan mereka dengan ramah.Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut.

(a) Terangkan jenis perniagaan yang dijalalankan oleh Encik Zaki. Nyatakan ciri-ciri perniagaan tersebut. (10 markah)

(b) Nyatakan fungsi-fungsi peruncit yang dilaksanakan dan yang tidak dilaksanakan oleh Encik Zaki. (10 markah)

(c) Terangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Encik Zaki untuk memajukan perniagaannya. (5 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

___________________ ___________________ __________________RATHAI A/P RAGUPATHY KARMILAH BINTI LIASHIN FAY HAMELIENE MOGINDOLGuru Perdagangan Ketua Panitia Sastera Ikhtisas Penolong Kanan Pentadbiran

5