fke zoomer bil 1/2012

8
Tahniah EVerGREEN dan FKE! Pasukan yang mewakili UTeM ini telah menghasilkan kertas kerja yang berjaya menempatkan UTeM berada dalam kelompok sepuluh terbaik di antara institusi-institusi pengajian tinggi yang bertanding di Malaysia bagi memperoleh kelayakan bertanding dalam pertandingan PROTON Green Mobility Challenge 2012 (PGMC 2012). Seluruh warga FKE turut berkongsi kegembiraan atas kejayaan ini. Pasukan FKE terdiri daripada staf akademik dan teknikal yang diterajui oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazah FKE, Ir. Dr. Md Nazri Bin Othman. Pasukan EVerGREEN ini turut diperkuatkan dengan penyertaan staf dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK). Sesi penyerahan replika kunci kereta dan geran bernilai RM 20,000 telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak di perkarangan letak kereta utama, Jabatan Perdana Menteri pada 29 Febuari 2012 yang lalu. Turut hadir Pengerusi Proton Holdings Berhad (Proton), Datuk Seri Mohamad Nadzmi Mohamad Salleh dan Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. Pada sesi penyerahan tersebut, UTeM telah diwakili oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Ahmad Yusoff Bin Hassan, Naib Canselor UTeM. Turut mengiringi beliau adalah pengurus pasukan iaitu Ir. Dr. Md Nazri Bin Othman. Pertandingan yang dianjurkan oleh Proton Holding Berhad dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia (AIM) ini bertujuan sebagai platform perdana bagi mempromosi pembangunan teknologi hijau dalam industri automotif di Malaysia melalui penglibatan bersama sektor industri, kerajaan, akademia dan rakyat, yang disebut sebagai ‘Quadruple Helix Model’. Cabaran yang menanti, khususnya buat staf FKE yang terbabit dalam menukar kenderaan Proton SAGA FL daripada ‘internal combustion engine vehicle’ (ICEV) kepada ‘electric vehicle’ (EV), dalam tempoh kira-kira tujuh bulan. Proses penukaran ini memerlukan kepakaran penyelidikan dan daya inovasi dalam membangunkan sistem pengurusan bateri yang pintar, pengurusan haba dan teknologi kawalan motor. Bagi menyokong usaha ini, setiap universiti yang terpilih dibekalkan oleh penganjur dengan sebuah kereta Proton SAGA FL, satu set bateri, pengawal dan motor berkuasa tinggi. Kemuncak cabaran pertandingan ini akan berlangsung selama empat hari, bermula pada 4 hingga 7 Oktober bertempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Pada pertandingan tersebut, setiap universiti akan berentap untuk menguji kepakaran dan strategi masing- masing mengikut empat kategori iaitu jarak perjalanan terjauh dengan syarat berkelajuan minima, kelajuan maksimum,dua pusingan terpantas dan pecutan terbaik. Cabaran yang telah disahut, kini sedang giat diterjemahkan oleh semua ahli pasukan yang bertungkus-lumus menjalankan tugasan dengan penuh berdisiplin bagi membalas kepercayaan dan harapan yang diletakkan oleh penganjur dan kerajaan. Usaha menyemarakkan lagi budaya penyelidikan dan inovasi ini diharap menghadirkan kejayaan berterusan sekaligus membuka lebih peluang perkongsian pintar kepakaran dan pembangunan harta intelek antara akademia dan industri. Oleh yang demikian, marilah kita memberikan sokongan moral dan mendoakan kelancaran dalam merealisasikan PROTON EVerGREEN, mudah-mudahan kita semua akan beroleh manfaat demi kemajuan Fakulti yang tercinta. “Selamat Maju Jaya” - Dr. Auzani Jidin

Upload: zamani-md-sani

Post on 10-Mar-2016

246 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Information on the faculty electrical UTeM activity

TRANSCRIPT

Page 1: FKE ZOOMER BIL 1/2012

FKEPROTON Tahniah EVerGREEN dan FKE! Pasukan yang mewakili UTeM ini telah menghasilkan kertas kerja yang berjaya menempatkan UTeM berada dalam kelompok sepuluh terbaik di antara institusi-institusi pengajian tinggi yang bertanding di Malaysia bagi memperoleh kelayakan bertanding dalam pertandingan PROTON Green Mobility Challenge 2012 (PGMC 2012). Seluruh warga FKE turut berkongsi kegembiraan atas kejayaan ini. Pasukan FKE terdiri daripada staf akademik dan teknikal yang diterajui oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazah FKE, Ir. Dr. Md Nazri Bin Othman. Pasukan EVerGREEN ini turut diperkuatkan dengan penyertaan staf dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK).

Sesi penyerahan replika kunci kereta dan geran bernilai RM 20,000 telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak di perkarangan letak kereta utama, Jabatan Perdana Menteri pada 29 Febuari 2012 yang lalu. Turut hadir Pengerusi Proton Holdings Berhad (Proton), Datuk Seri Mohamad Nadzmi Mohamad Salleh dan Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. Pada sesi penyerahan tersebut, UTeM telah diwakili oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Ahmad Yusoff Bin Hassan, Naib Canselor UTeM. Turut mengiringi beliau adalah pengurus pasukan iaitu Ir. Dr. Md Nazri Bin Othman. Pertandingan yang dianjurkan oleh Proton Holding Berhad dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia (AIM) ini bertujuan sebagai platform perdana bagi mempromosi pembangunan teknologi hijau dalam industri automotif di Malaysia melalui penglibatan bersama sektor industri, kerajaan, akademia dan rakyat, yang disebut sebagai ‘Quadruple Helix Model’. Cabaran yang menanti, khususnya buat staf FKE yang terbabit dalam menukar kenderaan Proton SAGA FL daripada ‘internal combustion engine vehicle’ (ICEV) kepada ‘electric vehicle’ (EV), dalam tempoh kira-kira tujuh bulan. Proses penukaran ini memerlukan kepakaran penyelidikan dan daya inovasi dalam membangunkan sistem pengurusan bateri yang pintar, pengurusan haba dan teknologi kawalan motor. Bagi menyokong usaha ini, setiap universiti yang terpilih dibekalkan oleh penganjur dengan sebuah kereta Proton SAGA FL, satu set bateri, pengawal dan motor

berkuasa tinggi. Kemuncak cabaran pertandingan ini akan berlangsung selama empat hari, bermula pada 4 hingga 7 Oktober bertempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Pada pertandingan tersebut, setiap universiti akan berentap untuk menguji kepakaran dan strategi masing-masing mengikut empat kategori iaitu jarak perjalanan terjauh dengan syarat berkelajuan minima, kelajuan maksimum,dua pusingan terpantas dan pecutan terbaik.

Cabaran yang telah disahut, kini sedang giat diterjemahkan oleh semua ahli pasukan yang bertungkus-lumus menjalankan tugasan dengan penuh berdisiplin bagi membalas kepercayaan dan harapan yang diletakkan oleh penganjur dan kerajaan. Usaha menyemarakkan lagi budaya penyelidikan dan inovasi ini diharap menghadirkan kejayaan

berterusan sekaligus membuka lebih peluang perkongsian pintar kepakaran dan pembangunan harta intelek antara akademia dan industri. Oleh yang demikian, marilah kita memberikan sokongan moral dan mendoakan kelancaran dalam merealisasikan PROTON EVerGREEN, mudah-mudahan kita semua akan beroleh manfaat demi kemajuan Fakulti yang tercinta. “Selamat Maju Jaya”

- Dr. Auzani Jidin

Page 2: FKE ZOOMER BIL 1/2012

TEA

M Z

OO

MER

S F

KE

TEA

M Z

OO

MER

S F

KE

Ketu

a Edit

orWa

n Moh

d Buk

hari

Wan D

aud

Edito

rMo

hama

d Ridu

wan M

d. Na

wawi

Warta

wan

Aimi

e Naz

min A

zmi

Dr. A

uzan

i Jidi

nJo

har A

kbar

Moh

amat

Gan

iAn

is Ni

za Ra

mani

Nor H

idaya

h Rah

imFa

dilah

Abd

ul Az

isNu

rl Ai

n Moh

d Said

Juru

foto

Mohd

Safa

r Adim

Siti F

atim

ah Ka

maru

dinMo

hd Fa

uzi R

oslan

Pemb

aca P

ruf

Joha

r Akb

ar M

oham

at G

ani

Kami

sah J

alil

Abu Z

ar Ya

shim

Reka

bent

uk G

rafik

Siti A

ishah

Mat

Zain

Edar

anSu

hana

Arif

fin

Sekilas Pandang Dari

ketua EDITORAssalamu’alaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah di atas usaha dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak khususnya ahli-ahli Jawatankuasa Penerbitan FKE 2012 (JKP) dalam menyediakan risalah bulanan pertama FKE diberi nama ‘Zoomers’. Sebagai sebuah Fakulti yang sejak awal penubuhannya berpaksi mendaulatkan tradisi ilmu kejuruteraan dan amali, JKP FKE akan mendokumentasikan risalah bulanan ini sebagai satu langkah penting yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada seluruh warga FKE. Disamping, ia mampu menjadi medium yang bagus untuk memperkenalkan FKE di seluruh kampus sebagai sebuah Fakulti terulung.

Saya melihat tujuan penghasilan risalah bulanan ini adalah untuk memberikan gambaran yang tepat berhubung aktiviti-aktiviti yang berlaku di dalam FKE untuk tahun 2012. Langkah ini sekaligus memperlihatkan hala tuju dan dan kecemerlangan FKE di persada UTeM.

Kepada semua ahli JKP 2012 yang telah berusaha bertungkus lumus menyiapkan risalah ini dengan penuh tanggungjawab, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah sekali lagi atas kejayaan penghasilan risalah bulanan ini.

Sekian, Terima Kasih.

Wan Mohd Bukhari Wan DaudKetua Editor Zoomers Fakulti Kejuruteraan Elektrik

ISI KANDUNGAN

» FKE UTeM Beri Saingan Sengit Dalam Proton Green Mobility Challenge 2012 » Sekilas Pandang Dari Ketua Editor » Kata Aluan Dekan FKE » FKE - Silterra Malaysia Sdn. Bhd. Jalin Hubungan Strategik » Malaysia Technology Exhibition (MTE) 2012 » FKE Cemerlang Di UTeMEX 2012 » Anura Vehicle Challenge (AVC) 2012 » Anugerah Sijil Kepujian Dekan FKE Semester 2 Sesi 2010/2011 & Semester 1 Sesi 2011/2012 » Kemeriahan Sambutan Hari Keluarga FKE di Tiara Beach Resort, Port Dickson » Lawatan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) Ke FKE » Lawatan Industri Pelajar FKE UTeM ke Bosch Rexroth Sdn. Bhd. » Perkembangan Semasa di FKE

Page 3: FKE ZOOMER BIL 1/2012

Kata Aluan Dekan FKE... Assalamu’alaikum Warahmatullah dan Salam Satu

Malaysia,

Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya dapat kita melihat satu lagi perkembangan positif yang berlaku di dalam Fakulti Kejuruteraan

Elektrik (FKE) iaitu dengan penghasilan risalah bulanan ‘Zoomers’. Selaku Ketua Pengurusan FKE yang bertindak sebagai peneraju utama dalam perkembangan ini, kami berusaha sedaya

mungkin dalam memajukan bidang kejuruteraan elektrik dan pembangunan insan di kalangan warga Fakulti.

Atas penghargaan bagi setiap pencapaian dan aktiviti yang berlaku di sekitar FKE maka adalah perlu didokumentasikan segala memori tersebut dalam bentuk cetakan. Kami merasakan bahawa hebahan melalui media cetak

lebih dihargai dan mendapat kesan yang lama di hati para pembaca seterusnya mempromosikan FKE sebagai sebuah Fakulti yang sangat cemerlang. Ini akan menjadikan UTeM lebih terkenal dan mampu bersaing di persada global.

Risalah ini bukan sekadar cerita mahupun mimpi indah, ianya penuh dengan pengisian dan ilmu pengetahuan serta kenangan yang boleh diabadikan untuk masa hadapan. Oleh itu, penekanan hebahan melalui media awam, elektronik, dan risalah bulanan amat penting bagi mengangkat martabat warga Fakulti ke persada kecemerlangan.

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah untuk Jawatankuasa Penerbitan FKE 2012 kerana mampu menyahut cabaran dan amanah yang diberikan demi memastikan kelangsungan FKE sebagai sebuah gedung ilmu disamping melestarikan kemajuan untuk bangsa, agama dan negara.

Terima kasih. Wassalam.

Prof. Madya Dr. Zulkifilie IbrahimDekan Fakulti kejuruteraan ElektrikUniversiti Teknikal Malaysia Melaka

Jabatan Kawalan,Instrumentasi & Automasi (CIA), FKE ini telah melakukan lawatan ke Silterra Malaysia Sdn. Bhd bagi menjalinkan kerjasama dengan industri berkenaan. Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Dekan Penyelidikan FKE, Ir. Dr. Md Nazri Bin Othman dan juga ketua jabatan CIA, Dr. Chong Shin Horng. Rombongan dari FKE telah disambut mesra oleh kakitangan syarikat berkenaan sebelum dibawa melawat ke kawasan-kawasan di dalam kilang tersebut. Kerjasama yang akan dilakukan antara FKE dan Silterra adalah dalam usaha membangunkan aktiviti penyelidikan di FKE dan pada masa yang sama dapat mempromosi program Doctorate Engineering (DEng) di kalangan warga Silterra. Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dijangka akan berlangsung di Kampus Induk UTeM dalam jangka masa yang terdekat.

oleh : Wan Mohd Bukhari Wan Daud

BAKAL MENJALIN HUBUNGAN STRATEGIK BERSAMA

Page 4: FKE ZOOMER BIL 1/2012

KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI KELUARGA FKE DI TIARA BEACH RESORT

Bertuah Betul Nasib Badan...Besarnya Hadiah Ni

Sabtu, 3 Mac 2012 - Bertempat di Tiara Beach Resort, Port Dickson, Kelab Kebajikan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), UTeM, yang diketuai oleh En. Abd. Aziz bin Hj. Mustafa, telah menganjurkan Hari Keluarga FKE. Dengan bertema warna merah, seramai 161 warga kerja FKE, meliputi staf pentadbiran, akademik dan teknikal bersama keluarga masing-masing hadir memeriahkan sambutan Hari Kelurga FKE.

Pelbagai acara telah disediakan oleh pihak urus setia antaranya acara sukaneka kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, kerusi berirama, memasukkan air ke dalam botol, mencari gula-gula dalam tepung, meniup belon sampai pecah dan sebagainya telah diadakan. Kehangatan Hari Keluarga FKE diteruskan dengan acara sukaneka dewasa seperti permainan ‘Telingamu, Telingaku’. Ternyata persefahaman dan komunikasi yang baik telah melayakkan Pn. Nurdiana binti Nordin @ Musa dan En. Mohd. Nazrin bin Muhammad berjaya menjadi johan pertandingan.

Acara lain bagi sukan dewasa seperti kerusi berirama, ‘Semakin Jauh, Semakin Sayang’dan bagi kategori keluarga pula, acara “Musang Berjanggut” telah diadakan. Kehebatan Pn. Raihatul Jannah sekeluarga telah berjaya mendominasi permainan ini dengan mengalahkan keluarga Dr. Muhammad Fahmi bin Miskon. Acara Sukaneka Dewasa diakhiri dengan pertandingan tarik tali yang disertai oleh 20 orang warga staf FKE. Ketangkasan dan kegagahan kedua-dua pasukan membuktikan bahawa warga FKE mampu menyahut cabaran disamping tidak mudah mengalah dalam menghadapi apa jua rintangan.

Agenda diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah dan sesi cabutan bertuah. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan disamping hadiah ‘misteri’. Pada sebelah petangnya, pihak pengurusan Tiara Beach Resort memberi peluang kepada staf-staf FKE menyertai aktiviti permainan dan riadah bersama keluarga mereka di taman tema air berdekatan dengan resort tersebut.

Program ini dapat mengeratkan tali silaturrahim dan ukhuwah di kalangan staf FKE bersama ahli keluarga. Diharap aktiviti seperti ini dapat dijadikan sebagai acara tahunan Fakulti kerana ia dapat mengukuhkan kerjasama di antara satu sama lain serta berpotensi mempertingkatkan kualiti kerja warga staf untuk berkerja sebagai satu pasukan yang kuat.

oleh : Johar Akbar Mohamat Gani

Keriangan dan keceriaan terpancar di wajah semua peserta yang menyertai pelbagai acara yang disediakan

Page 5: FKE ZOOMER BIL 1/2012

MAJLIS ANUGERAH KEPUJIAN DEKAN FKE SEMESTER 2 SESI 2010/2011 DAN SEMESTER 1 SESI 2011/2012

Pada 13 Mac 2012 Majlis Anugerah Sijil Kepujian Dekan bagi Fakulti Kejuruteraan Elektrik bagi Semester 2 Sesi 2010/2011 dan Semester 1 Sesi 2011/2012 telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang di FKE. Tujuan program diadakan adalah bagi mengiktiraf pencapaian para pelajar dan meningkatkan kebolehpasaran graduan Fakulti melalui pencapaian akademik yang cemerlang. Majlis penganugerahan ini dapat memberi galakan dan suntikan motivasi kepada pelajar agar terus berusaha untuk lebih cemerlang dan juga menyemarakkan semangat bersaing ke arah kecemerlangan yang bukan sahaja memberi imej kepada individu, bahkan juga kebanggaan Fakulti dan Universiti keseluruhannya.

Majlis dirasmikan oleh Y.Bhg Prof. Madya Dr. Zulkifilie binIbrahim, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan dihadiri oleh ketua jabatan, pensyarah,staf dan pelajar yang terlibat. Jumlah keseluruhan pelajar yang mendapat anugerah dekan adalah seramai 478 orang dengan pecahan seramai 266 orang pelajar bagi Semester 2 Sesi 2010/2011 dan 212 orang pelajar bagi Semester 1 Sesi 2011/2012.

Moga dengan adanya majlis seperti ini diharap dapat menjadi pembakar semangat kepada mereka yang tersenarai dan juga kepada para pelajar lain untuk berusaha memperolehi keputusan peperiksaan semester GPA 3.50 dan ke atas seterusnya layak untuk menerima Sijil Kepujian Dekan. “Syabas Diucapkan”.

oleh : Aimie Nazmin Azmi

oleh : Aimie Nazmin AzmiFKE CEMERLANG DI UTEMEX 2012

Kecemerlangan Daya Inovasi Pelajar UTeM Terserlah Dalam FKE Anura Vehicle Challenge (AVC) 2012

Ekspo Pameran dan Pertandingan Produk Penyelidikan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeMEX 2012) yang berlangsung pada 22 Februari 2012 telah berjaya menarik lebih dari 200 penyertaan dari seluruh warga kampus. Sebanyak 63 produk inovasi telah dipertandingkan, FKE merupakan penyertaan yang terbanyak iaitu 53 penyertaan dan

telah memenangi pelbagai pingat iaitu 14 emas, 11 perak dan selebihnya gangsa. Antara produk dari FKE yang terbaik ialah ‘Smart Sense Fan for Home Appliance’ daripada penyelidik En Zamani Bin Md Sani yang sedang berusaha mempatenkan produk tersebut. Selain itu, produk ‘Fun with Physics’ hasil usahasama Dr. Abdul Rahim Bin Abdullah bersama kumpulannya berjaya mendapat tempat di hati pelajar-pelajar sekolah dan mendapat peluang untuk dikomersilkan di peringkat sekolah-sekolah dan IPTA seluruh negara.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Hj. Fadillah bin Yusof telah merasmikan ekspo tersebut. Beliau menekankan agar daya inovasi ini dipertingkatkan di peringkat kampus bagi memelihara budaya penyelidikan sekaligus memperkasa bidang tujahan Universiti yang sedia ada. FKE Zoomers berharap kejayaan yang lebih cemerlang dapat diperolehi pada penganjuran yang akan datang.

FKE telah berjaya menganjurkan satu pertandingan FKE Anura Vehicle Challenge pada 15 Mac 2012 yang lalu. Pertandingan yang ini memperlihatkan kecemerlangan pelajar-pelajar FKE dalam membuat kenderaan menggunakan tenaga solar bagi dua aplikasi berbeza iaitu di darat dan permukaan air. Majlis perasmian telah disempurnakanolehProf.MadyaDr.ZulkifiliebinIbrahim,DekanFKE.Sebanyak16penyertaantelahditerimaolehpihak pengurusan pertandingan. Pemenang ditentukan melalui catatan masa yang dibuat setelah melalui trek darat dan air. Hadiah utama pertandingan iaitu tempat pertama telah dibolot oleh kumpulan EVA01 dari jabatan Mekatronik. Rekabentuk terbaik pula telah disandang oleh kumpulan ARENA LTH juga dari jabatan yang sama. Adalah diharapkan agar melalui pertandingan seperti ini dapat mencungkil kreativiti pelajar FKE dan dalam masa yang sama dapat mengaplikasikan segala bentuk pembelajaran teori yang mereka perolehio di dalam kelas sepanjang pelajar-pelajar ini belajar di UTeM. Pemenang dijangka akan mewakili Universiti ke pertandingan Amphibious Electric Vehicle 2012 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada bulan September yang akan datang.

oleh : Aimie Nazmin Azmi

Page 6: FKE ZOOMER BIL 1/2012

LAWATAN INDUSTRI PELAJAR FKE, UTeM KE BOSCH REXROTH SDN. BHD.

Pada 5, 8 dan 9 Mac yang lalu, Jabatan Mekatronik FKE telah menganjurkan 3 sesi lawatan berasingan ke Bosch Rexroth Sdn. Bhd. di Shah Alam. Lawatan tersebut melibatkan kesemua pelajar Tahun 3 BEKM yang mengambil subjek Sistem Hidraulik & Pneumatik di bawah kelolaan En. Mohd Rusdy Yaacob.

Terdahulu En. Ahmad Khairi Bin Hamzah (Sales/Application Engineer) memberikan taklimat ringkas mengenai latar belakang syarikat sebelum membawa pelajar melawat bengkel untuk melihat bagaimana komponen-komponen penting seperti silinder dan pam hidraulik dihasilkan dan diuji sebelum dibekalkan kepada pengguna.

Usai lawatan, para pelajar dikehendaki menjawab beberapa soalan dalam bentuk case study untuk tujuan pemarkahan dan penilaian keberkesanan lawatan tersebut. Lawatan seumpama ini akan diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha penerapan elemen-elemen industri dalam aktiviti P&P.

oleh : Aimie Nazmin Azmi

oleh : Aimie Nazmin Azmi

LAWATAN UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH SUMATERA UTARA (UMSU) KE FKE

Sempena majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) diantara Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM) dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), delegasi UMSU diketuai oleh Rektor dan beberapa Pegawai Kanan UMSU

telah melawat bangunan dan fasiliti yang tersedia di FKE dalam usaha memantapkan aktiviti penyelidikan. Rombongan mereka yang disertai Profesor Dr. Mohd Razali Bin Mohamad, Dekan Pusat Pengajian Siswazah sebagai wakil Universiti telah disambut oleh Ir. Dr. Md. Nazri Bin Othman, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi dan Encik Mohamad Riduwan Bin Md Nawawi, Timbalan Dekan Akademik, FKE.

Sesi taklimat awal dijalankan di lobi Fakulti sebelum rombongan dibawa ke Center of Excellence (CERIA). Taklimat seterusnya dijalankan oleh Engr. Anuar Bin Mohamad Kassim dan Encik Ma Tien Choon. Delegasi seterusnya dibawa melawat Makmal Kejuruteraan dan Makmal Voltan Tinggi. Sesi demo di Makmal Voltan Tinggi telah dijalankan oleh Encik Aminuddin Bin Aman dan kemudian dibawa ke Fakulti Kejuruteraan Pembuatan sebelum makan tengahhari.

Secara umumnya, delegasi UMSU menzahirkan semangat untuk bekerjasama dalam bidang penyelidikan di FKE setelah melihat kemudahan, dan aktiviti penyelidikan yang dijalankan. Ini diakui sendiri oleh Rektor UMSU, Bapak Drs. Agussani, M.A.P yang kagum dengan segala kemudahan dan infrastruktur yang terdapat di FKE.

Page 7: FKE ZOOMER BIL 1/2012

Malaysia Technology Exhibition 2012 (MTE 2012)Pada 16 hingga 18 Febuari 2012 telah berlangsung acara tahunan Malaysia Technology Exhibition (MTE 2012). Program ini telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan telah menghimpunkan kesemua IPTA seluruh Negara dan juga syarikat-syarikat yang mempromosikan keluaran dan inovasi masing-masing. UTeM tidak ketinggalan dalam menyertai program ini dan telah menghantar 20 penyertaan. Ini termasuklah 6 produk dari FKE. Antara produk-produk dari FKE yang dipertandingkan adalah ‘ForgetMeNot’ hasil ilham pensyarah Encik Zamani Bin Md Sani dan penyelidik dari FTK Encik Aminurrashid Noordin, produk ini telah memenangi pingat Perak pada acara tersebut. Seterusnya produk dari Ketua Jabatan Mekatronik FKE, Dr. Muhammad Fahmi Bin Miskon iaitu ‘Laser Metric’. Produk ini adalah hasil kerjasama dengan RISDA dan mempunyai prospek yang luas untuk membantu pihak RISDA dalam aktiviti penyelidikan mereka. Produk ini turut memenangi pingat Perak dalam pertandingan ini. Secara keseluruhan FKE telah berjaya memenangi 3 pingat Perak dan 3 pingat Gangsa. Syabas diucapkan kepada penyelidik-penyelidik FKE. Adalah diharapkan agar inovasi di peringkat FKE dapat dipertingkatkan lagi pada masa hadapan.

oleh : Aimie Nazmin Azmi

TAHNIAH DIUCAPKAN

KEPADA STAF YANG

NAIK PANGKAT

Tahniah diucapkan kepada staf-staf FKE yang telah naik pangkat daripada Pensyarah (DS45) kepada Pensyarah Kanan (DS52) iaitu En. Hyreil Anuar bin Kasdirin, Dr. Gan Chin Kim, Dr. Auzani bin Jidin, Dr. Abdul Rahim bin Abdullah dan En. Maslan bin Zainon.

Tidak lupa juga tahniah diucapkan kepada Cik Nur Maisarah binti Mohd Sobran, Pn. Nor Hidayah binti Rahim, En. Sharin bin Ab. Ghani, En. Mohd Shahril bin Ahmad Khiar dan En. Imran bin Sutan Chairul atas pertukaran jawatan dari Tutor (DA41) kepada Pensyarah (DS45). Semoga dengan perlantikan ini akan dapat mencurahkan tenaga demi memajukan lagi Fakulti ke peringkat antarabangsa.

oleh : Johar Akbar Mohamat Gani

Seluruh Warga Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) mengucapkan tahniah di atas pelantikan semula Prof. MadyaDr.Zulkifiliebin IbrahimsebagaiDekanFKEuntuk tempoh selama dua (2) tahun berkuatkuasa 17

Februari 2012 hingga 16 Februari 2014.

Begitu juga sekalung tahniah kepada En. Mohamad Riduwan bin Md Nawawi yang telah memulakan tugas sebagai Timbalan Dekan (Akademik) di FKE untuk tempoh selama dua (2) tahun berkuat kuasa mulai 29 Februari 2012 hingga 28 Februari 2014.

Info Semasaoleh : Johar Akbar Mohamat Gani

Semoga mereka berdua dapat menyumbangkan tenaga dan usaha yang berterusan demi mengharumkan nama FKE ke peringkat nasional dan antarabangsa. Semua warga FKE diharap dapat memberi kerjasama dan komitmen kerja yang jitu kepada mereka berdua.

Pihak FKE ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas sumbangan tenaga En. Hyreil Anuar bin Kasdirin kepada FKE sebagai Timbalan Dekan (Akademik) yang telah pun berakhir tempoh lantikan tersebut pada 28 Februari 2012. Semoga beliau akan terus menyumbang bakti kepada FKE dan UTeM demi mengharumkan lagi nama Fakulti dan Universiti.

SELAMAT DATANG DAN KEMBALI BERTUGAS

Selamat datang diucapkan kepada En. Wan Mohd Bukhari bin Wan Daud yang melapor diri sebagai Tutor di Jabatan Kawalan, Instrumentasi dan Automasi, FKE mulai 19 Disember 2011.

Seluruh warga Fakulti mengucapkan selamat bertugas kepada staf yang telah kembali dari cuti belajar iaitu En. Zikri Abadi bin Baharudin, En. Ahmad Fairuz bin Muhammad Amin, En. Mohamed Azmi bin Said, En. Nur Latif Azyze bin Mohd Shaari Azyze,En.MohamadFaizalbinBaharomdanEn.MohdSafirinbin Karis. Moga dapat memberi sumbangan tenaga dan idea bagi memajukan Fakulti ini.

oleh : Johar Akbar Mohamat Gani

Page 8: FKE ZOOMER BIL 1/2012

TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN (TOT) 2012Pada tanggal 10 Mac 2012, hari Sabtu, telah berlangsungnya Kejohanan Temasya Olahraga (TOT) 2012, yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 6.00 petang, bertempat di Stadium Sukan UTeM (Kampus Induk Durian Tunggal). Terdapat banyak acara olahraga dan balapan yang dipertandingkan pada kejohanan ini yang dibahagikan kepada beberapa kategori seperti senior dan veteren (bagi lelaki dan wanita) serta pelajar (lelaki dan wanita).

Pasukan Olahraga FKE yang diketuai oleh En. Mohd. Safar bin Adim selaku pengurus pasukan diharap dapat memacu prestasi cemerlang penyertaan FKE dalam Kejohanan TOT tersebut. Pada tahun ini, warga FKE berbangga dengan pencapaian Engr. Mohd. Rusdy bin Yaacob yang berjaya menjadi Naib Johan bagi acara 1500 meter olahraga. Semoga FKE akan memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang dalam acara sukan

olahraga ini pada tahun hadapan dan tidak gentar untuk meneruskan perjuangan bagi mengapai kejayaan yang gemilang demi menaikkan nama Fakulti dalam arena sukan.

- Johar Akbar Mohamat Gani

- Johar Akbar Mohamat Gani

TAHNIAH! KELAHIRAN CAHAYAMATA...

Nama Staf : Kyairul Azmi Baharin & Anis Niza RamaniNama Anak : Khayla Ardini Tarikh Lahir : 15 Januari 2012

Nama Staf : Junainah SardiNama Anak : Muhammad HafiyTarikh Lahir : 16 Februari 2012

Nama Staf : Abu Zar YashimNama Anak : Muhammad Zahin Ar-RassulTarikh Lahir : 31 Januari 2012

Nama Staf : Sazuan Nazrah Mohd Azam

Nama Anak : Muhammad Khalif Umar

Tarikh Lahir : 29 Februari 2012

Nama Staf : Nurdiana Rasib &

Luqman Ql-Hakim Selamat

Nama Anak : Aqil Amsyar

Tarikh Lahir : 7 Mac 2012

Nama Staf : Norhafiz Salim

Nama Anak : Muhammad Adam Hakimi

Tarikh Lahir : 10 Mac 2012

Ibnu Sina pernah berpesan, katanya: “ketika anak telah mendapat asuhan ibunya, maka ajarkanlah ia adab-adab Islam sebelum ia diserang oleh nilai-nilai yang buruk”. Rasulullah SAW telah menggariskan empat tahap pendidikan kepada anak-anak iaitu: Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang. Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan memberi tanggungjawab kepada mereka. Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat. Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun, hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Nama Staf : Mohd Safar AdimNama Anak : Nayli FirzanahTarikh Lahir : 23 Mac 2012