bidang tugasan

6
Permainan Tradisional Sebelum Permainan Tradisional Jawatankuasa Bidang Tugas Pengerusi Mengadakan perbincangan dengan semua ahli. Merancang, melaksana dan menyelia permainan. Mempengerusi mesyuarat dengan AJK Induk dan AJK-AJK lain. Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatankuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti. Memastikan pengelolaan permainan tradisional berjalan dengan lancar. Membuat kertas kerja dan berbincang dengan pensyarah. Membantu atau menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh AJK dalam pelaksanaan tugasan dan mencari inisiatif untuk memantapkan lagi permainan. Menentukan langkah-langkah keselamtan. Mengadakan cubaan permainan. Memastikan pengelolaan sebelum, semasa dan selepas permainan traditional berjalan dengan lancar. Menghantar kertas kerja kepada pensyarah. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari masa ke semasa. Naib Pengerusi Membantu tugas Pengerusi dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. Membantu Pengerusi dalam perancangan dan pelaksanaan program dan mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. Menerima arahan dan menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengerusi dari masa ke

Upload: tiong-ning-doreen

Post on 14-Sep-2015

31 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

t

TRANSCRIPT

Permainan TradisionalSebelum Permainan TradisionalJawatankuasaBidang Tugas

Pengerusi Mengadakan perbincangan dengan semua ahli. Merancang, melaksana dan menyelia permainan. Mempengerusi mesyuarat dengan AJK Induk dan AJK-AJK lain. Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatankuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti. Memastikan pengelolaan permainan tradisional berjalan dengan lancar. Membuat kertas kerja dan berbincang dengan pensyarah. Membantu atau menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh AJK dalam pelaksanaan tugasan dan mencari inisiatif untuk memantapkan lagi permainan. Menentukan langkah-langkah keselamtan. Mengadakan cubaan permainan. Memastikan pengelolaan sebelum, semasa dan selepas permainan traditional berjalan dengan lancar. Menghantar kertas kerja kepada pensyarah. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari masa ke semasa.

Naib Pengerusi Membantu tugas Pengerusi dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. Membantu Pengerusi dalam perancangan dan pelaksanaan program dan mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. Menerima arahan dan menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pengerusi dari masa ke semasa. Membantu AJK lain sekira diperlukan.

Setiausaha Menyediakan surat panggilan sebelum mesyuarat. Mencatatkan semua perbincangan yang dilakukan. Menyediakan minit mesyuarat untuk setiap mesyuarat. Menyimpan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk dijadikan rujukan.

Bendahari Menerima dan mengagihkan perbelanjaan. Menyelaras perbelanjaan setiap Ajk. Membentangkan bajet yang ditetapkan. Mendapatkan bajet daripada setiap AJK. Membuat pengiraan perbelanjaan bagi keseluruhan aktiviti. Membuat bayaran terhadap perbelanjaan. Menyediakan dan menyimpan penyata kira-kira serta bertanggungjawab di atas kesahihannya.

AJK Pengadilan dan Pelaporan Menentukan peraturan untuk permainan. Menentukan prosedur pertandingan permainan tradisional _____________________. Memastikan kumpulan yang bermain pada setiap slot adalah mengikut jadual. Mengira markah untuk menentukan pemenang. Menyediakan borang skor dan papan skor untuk mencatat markah dicapai semasa pertandingan. Memantau peraturan dan syarat permainan sentiasa dipatuhi dan diselaraskan. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dari masa ke semasa. Membantu AJK lain yang memerlukan.

AJK Tapak Kawasan Menentukan kawasan permainan yang sesuai dan menentukan apa peralatan yang diperlukan dan menyerahkannya kepada AJK Peralatan. Menghasilkan pelan gelanggang permainan. Memastikan ukuran gelanggang bersesuaian dengan pemain yang ditetapkan. Menentukan kedudukan papan skor, zon mati, skitel, tong sampah, kaunter pendaftaran dan urusetia, pintu gerbang. Menghasilkan kad permainan _____________ dengan memperkenalkan cara bermain, peraturan, skor keselamatan, senarai peralatan dan kemahiran dalam permainan. Membuat perbincangan dengan AJK Pengadilan dan Pelaporan untuk memastikan peraturan pertandingan sepadan dengan gelanggang yang disediakan. Membuat percubaan permainan dapat dijalankan dengan lancar, keluasan gelanggang adalah sesuai dan peraturan dapat dijalankan dengan berkesan. Mendapatkan mesin lukis perpadang dan cat putih. Mengagihkan tugas untuk membuat persiapan sebelum pertandingan. Berbincang dengan AJK 3K untuk membina kawasan pertandingan dengan pelan yang telah disediakan. Memantau persiapan tapak pertandingan berjalan dengan lancar pada hari sebelum pertandingan dijalankan.

AJK Protokol Bersedia untuk menyambut kedatangan para peserta dan tetamu. Menyediakan borang maklum balas kepada para peserta. Menyediakan borang pendaftaran untuk senarai semak peserta. Menulis pengenalan dan sejarah permainan _____________ untuk disimpan di dalam kertas kerja. Memikir tentang nama garisan bagi permainan ______________ supaya lebih mudah difahami oleh murid-murid semasa penerangan cara bermain. Bekerjasama dengan AJK Hadiah untuk memberikan cenderahati.

AJK Publisiti Mereka banner dan tag nama untuk permainan tradisional Menyediakan lakaran logo untuk pertandingan ______________. Bajet pembelanjaan perlu diserahkan kepada bendahari. Mencadang bilangan naskah buku program yang diperlukan. Merancang isi kandungan dan bilangan muka surat dalam buku program. Membuat anggaran perbelanjaan yang digunakan oleh AJK Publisiti. Berbincang mengenai rekaan buku program, poster dan kad nama AJK. Memasang banner pertandingan di tempat yang telah ditetapkan. Membuat rekaan buku program dan mengemaskini maklumat tambahan. Berbincang bersama jawatankuasa lain mengenai hasil buku program. Mendapatkan pengesahan daripada pensyarah pembimbing sebelum cetakan. Mencetak buku program.

AJK Peralatan Menyatakan kepada semua AJK-AJK kecil yang terlibat untuk menyenaraikan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk permainan tradisional. Menyenaraikan segala peralatan yang diperlukan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Induk Peralatan bagi memudahkan urusan meminjam alatan dari stor. Mengambil senarai peralatan yang diperlukan pada stor. Melakukan semakan terhadap peralatan-peralatan yang telah dipinjam. Peralatan yang dipinjam dari stor akan dikembalikan pada masa yang telah ditetapkan.

AJK Hadiah dan Cenderamata Merancang jenis hadiah dan cenderahati yang akan diberi dalam program ini. Menetapkan atau merancang bajet hadiah mengikut pengklasifikasian sesuatu projek atau aktiviti. Membeli hadiah yang telah ditetapkan serta membalut hadiah tersebut secara bekerjasama sesama ahli. Menyediakan dan membuat cenderahati untuk para peserta dan tetamu jemputan serta pensyarah. Bajet pembelanjaan perlu diserahkan kepada bendahari.

AJK Makanan Membuat tempahan dan memaklumkan jenis makanan dan jumlahnya. Menyediakan senarai dan anggaran belanjawan untuk makanan. Menyediakan bekalan minuman sepanjang pertandiangan berlangsung mencukupi. Mengagihkan makanan yang telah disediakan dengan adil kepada jawatankuasa dan peserta. Memastikan kebersihan tempat makan. Bekerjasama dengan AJK Induk Jamuan Karnival Permainan Tradisional yang lain dan menyediakan bajet keperluan. Bajet pembelanjaan perlu diserahkan kepada bendahari.

AJK Kebersihan, Keselamatan dan Keceriaan Memastikan kawasan sekitar permainan sentiasa selamat dan bersih dalam keadaan ceria. Menjaga keselamatan peserta dan semua orang pada hari pelaksanaan permainan tradisional. Menjaga keselamatan peserta dan semua orang semasa permainan dijalankan. Menyediakan peti kecemasan. Menyediakan air minuman sepanjang aktiviti dijalankan. Memastikan peserta-peserta berdisiplin semasa pemainan dijalankan supaya mendengar dan memahami peraturan permainan. Menghiaskan gelanggang permainan. Bajet pembelanjaan perlu diserahkan kepada bendahari.