bidang tugas unit peperiksaan
DESCRIPTION
su peperiksaanTRANSCRIPT
BIDANG TUGAS UNIT PEPERIKSAAN
Written by Nuwairah
Wednesday, 28 March 2012 14:47
BIDANG TUGAS UNIT PEPERIKSAAN
A. Setiausaha Peperiksaan Dalaman
1. Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah.
2. Menyediakan jadual pembina soalan.
3. Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat penyimpanan kertas soalan.
4. Memastikan keselamatan kertas-kertas soalan berada di dalam keadaan selamat.
5. Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan
sebelum peperiksaan dijalankan.
6. Memastikan skema jawapan dan JSU/JSI disediakan oleh Ahli Jawatankuasa panel
penggubalan soalan.
7. Memastikan jadual pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang
ditetapkan.
8. Memastikan kertas soalan, skema jawapan dan JSU / JSI disimpan untuk rujukan.
9. Menetapkan tarikh perjumpaan ibubapa dengan guru untuk membincangkan
kemajuan pelajar.
B. Setiausaha Peperiksaan PMR dan SPM
1. Memberi penerangan tentang hal-hal yang berkaitan mengenai peperiksaan
kepada guru tingkatan.
2. Mengedarkan borang-borang kemasukan peperiksaan (Borang Sekolah / Borang
Sementara) untuk diisi oleh pelajar dengan kerjasama guru tingkatan.
3. Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang biasanya diberikan oleh
JPN dan Lembaga Peperiksaan.
4. Mengumpulkan, menyemak borang-borang kemasukan (Borang Sementara)
dengan kerjasama guru tingkatan.
5. Mengisi borang komputer kemasukan peperiksaan PMR / SPM.
6. Memasukkan data pelajar ke dalam komputer dan membuat salinan untuk JPN,
Lembaga Peperiksaan dan Sekolah.
7. Makluman kepada Penolong Kanan jika ada pelajar yang tidak mampu membayar
dan memerlukan bantuan PIBG/Tabung Kebajikan Sekolah untuk tindakan
selanjutnya.
8. Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan PMR/SPM:
v Analisis keputusan peperiksaan
v Borang keterangan pelajar yang tidak memiliki kad pengenalan
v Borang-borang yang berkaitan
1. Menentukan bilik-bilik darjah yang akan digunakan sebagai bilik peperiksaan
bertulis dan peperiksaan lisan.
2. Menyediakan pelan tempat duduk calon bilik peperiksaan dalam 4 salinan.
3. Menyediakan label meja calon yang ditampal di atas meja.
4. Menyediakan perkara-perkara berikut untuk peperiksaan :Almari / Jam dinding /
Cop sekolah / lakri / Kapur / Pemadam / Lain-lain
5. Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan.
6. Menyediakan bilik-bilik peperiksaan dan kelengkapan-kelengkapan yang
diperlukan untuk calon persendirian jika ada.
7. Bekerjasama dengan Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dalam
menentukan kelancaran perjalanan peperiksaan amali dan pendidikan seni.
8. Penyelaras peperiksaan PMR dan SPM mesti berada di sekolah pada hari terakhir
peperiksaan dan pastikan bilik-bilik darjah ditutup dan barang-barang yang
dipinjamkan dikembalikan ke pejabat.
9. Mendapat 2 set soalan PMR dan SPM untuk rujukan sekolah.
C. Guru Penyedia Soalan
1. Kertas soalan yang telah digunakan pada tahun-tahun terdahulu tidak
dibenarkan diulang
semula pada tahun-tahun berikutnya.
2. Soalan ujian/peperiksaan hendaklah ditaip sepenuhnya atau menggunakan
kaedah ’copy and
paste’. Kaedah ’cut and paste’ atau fotostat terus dari buku tidak dibenarkan sama
sekali.
3. Jenis ’font’ soalan yang ditetapkan ialah Arial 11.
4. Kertas soalan bersama JSU dan Skema Jawapan hendaklah sampai kepada
pentadbir
seminggu sebelum tarikh ujian/peperiksaan.
5. Semua guru penyedia kertas soalan ujian/peperiksaan DIINGATKAN supaya :
i. Tidak melibatkan mana-mana pelajar untuk membantu dalam menaip soalan
ujian / peperiksaan.
ii. Tidak melibatkan mana-mana pelajar untuk membantu
dalam menyusun, mengkokot
dan membungkus kertas soalan.
iii. Tidak melibatkan mana-mana pelajar untuk membantu
dalam menyemak dan menanda
kertas soalan yang telah dijawab.
Pelaksanaan Ujian/Peperiksaan
1. Ujian dan peperiksaan yang diadakan sebanyak dua kali setahun adalah untuk
memastikan
kesinambungan proses P&P. Pelaksanaan ujian dan peperiksaan hendaklah berasaskan
sukatan pelajaran serta format terkini yang telah ditetapkan.
2. Sebarang penangguhan ujian / peperiksaan adalah tidak
dibenarkan kecuali bagi pelajar
yang mewakili sekolah di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh PPD / JPN / KPM atau
mengikut
budi bicara tuan pengetua. Guru pengiring / guru penasihat / guru penyelaras adalah
bertanggungjawab untuk memastikan pelajar tersebut menjawab soalan ujian /
peperiksaan
mengikut masa yang diperuntukkan di bawah pengawasan guru pengiring / penyelaras
itu
sendiri.
3. Pelajar yang tidak menduduki ujian/peperiksaan atas kebenaran pihak
pentadbir sekolah
atas sebab-sebab yang diterima dibenarkan menduduki peperiksaan di luar jadual
peperiksaan. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab tidak dibenarkan sama
sekali
menduduki ujian / peperiksaan tersebut.
4. Setiausaha Peperiksaan Dalaman perlu memastikan guru mata pelajaran
menyemak,
menanda kertas soalan dan memasukkan markah ujian/peperiksaan pelajar
berkenaan.
5. Analisis item hendaklah disediakan bagi kertas soalan berbentuk objektif
dan subjektif
untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan
Percubaan
PMR dan SPM.
5. Post Mortem 1, 2 dan 3 hendaklah disediakan oleh guru mata pelajaran
(PM1),
Ketua Panitia (PM2) dan Guru Kanan (PM3) bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun,
Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan Percubaan PMR / SPM.
6. Keputusan ujian dan peperiksaan semua pelajar akan dipamerkan supaya
masing-masing
sentiasa berusaha dan bersaing untuk mempamerkan yang terbaik untuk tatapan umum
dan
akan berasa malu jika keputusan yang tidak baik dipamerkan serta menjejaskan maruah
diri.