rancang, pertingkat kerjaya dengan kaji bidang tugas · jang tugas mereka,” jelasnya. program...

1
NOMBOR dan petak berbentuk yang dilihat Cik Nur Razana Mohamed Razali di mana-mana mem- buatkan rasa teruja timbul di hatinya. Ditambah dengan kecenderungan dalam bidang perakaunan yang membuatnya mahir dalam mengim- bangi kunci kira-kira, anak muda ini sudah tahu ker- jaya sebagai juruaudit yang ingin diceburinya. Lantaran itu, beliau diterima bekerja sebagai juru- audit bersekutu hanya seminggu selepas Cik Nur Raza- na, 23 tahun, memohon pekerjaan di firma penasihat perakaunan dan perniagaan terbesar di Singapura, Baker Tilly TFW LLP. Beliau, malah mula bekerja sejak September lalu, tujuh bulan sebelum majlis konvokesyennya berlang- sung sekitar April tahun depan. Cik Nur Razana, siswazah program perakaunan dan kewangan di SIM Global Education (GE)-Universi- ti London (UOL), meraih ijazah kepujian Kelas Perta- ma. Beliau adalah antara lima pelajar Melayu yang me- nerima ijazah Kepujian Kelas Pertama dalam program SIM GE-UOL itu. Kini, tugas hariannya sebagai juruaudit bersekutu memerlukan beliau berkunjung ke pejabat klien yang rata-rata dalam sektor amal kebajikan. Beliau kemudian perlu menyemak dokumen serta kenyataan bank bagi memastikannya tidak palsu. Antara tuntutan tugas itu adalah kecekapan dan ketangkasan menyelidik dan bertanya sedalam-dalam- nya sehingga klien memahami apa yang diperlukan daripada mereka. Ketika ditemui di pejabat Berita Harian baru-baru ini, Cik Nur Razana, berkata: “Saya bersyukur dengan kejayaan meraih ijazah Kelas Pertama yang tidak diduga. “Maklumlah, sewaktu di sekolah menengah dan politeknik, saya hanyalah pelajar sederhana tanpa se- barang pencapaian besar. “Apabila diterima bekerja dalam masa seminggu selepas menghadiri sesi temu duga, saya rasa segalan- ya berlaku dengan sekelip mata. “Sesetengah teman sekursus saya masih mencari pekerjaan sesuai sementara menanti konvokesyen pa- da April tahun depan. Saya pula sudah dua bulan bek- erja di firma ini.” Sikap positif, disiplin diri dan kecekalan mencapai kecemerlangan adalah faktor yang membangun dirin- ya, baik dalam memburu ilmu atau ketika menjalan- kan pekerjaan. Awal sebelum itu, Cik Nur Razana juga berkun- jung ke ekspo kerjaya, menghadiri bengkel kemahiran temu duga dan menulis ringkasan diri atau resume per- mohonan kerja bagi mempersiapkan dirinya bagi tu- gas idaman. “Saya pastikan saya tahu tentang bidang kerja yang ingin disertai. Pada waktu itu, saya berbual den- gan beberapa majikan yang ditemui di ekspo kerjaya untuk memastikan saya tahu tuntutan tugas saya,” tambahnya. Ditanya mengenai prinsip hidupnya, Cik Nur Raza- na yang menyertai sukan luncur angin dan mengurus- kan ehwal kewangan bagi Persatuan Budaya dan Mus- lim di SIM menjelaskan: “Jika ada kemahuan, pasti ada jalan. Kalau satu pintu tertutup, satu lagi yang akan dibuka. “Lebih mustahak lagi adalah pengurusan masa. Saya biasanya tidak akan melengah-lengahkan kerja dan yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya.” Siswa ‘Kelas Pertama’ kini juruaudit walau belum konvokesyen REZEKI BERKAT POTENSI: Cik Nur Razana Mohamed Razali diterima bekerja sebagai juruaudit bersekutu di firma penasihat perakaunan dan perniagaan terbesar di Singapura, Baker Tilly TFW LLP, selepas seminggu memohon pekerjaan tersebut.

Upload: tranduong

Post on 22-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancang, pertingkat kerjaya dengan kaji bidang tugas · jang tugas mereka,” jelasnya. Program latihan di Akademi DBS dan peta laluan pembelajaran peribadi pekerja juga dirasakan

LEBIH daripada kelulusan aka-demik dan segulung ijazah, majikan masa kini mencari pekerja baru de-ngan pemikiran inovatif.

Ciri sebegini akan memboleh-kan mereka menyesuaikan diri de-ngan pendekatan lebih tangkas yang memanfaatkan kaedah digital dalam mencari huraian.

Demikian jelas Pengarah Ekse-kutif, Kumpulan Pemerolehan Ba-kat, Kumpulan Sumber Manusia, DBS Bank, Encik James Loo, dalam e-mel kepada Berita Harian.

Beliau diminta mengulas ciri-ciri yang dicari DBS Bank dalam meng-gajikan lulusan universiti tanpa se-barang pengalaman kerja.

Beliau berkata:“Kami menyambut baik permo-

honan kerja lulusan baru daripada semua latar belakang akademik.

“Kami memilih pekerja berda-sarkan kecekapan dan keupayaan mereka menyesuaikan diri dalam budaya kerja kami, di mana mere-ka diharap dapat menyumbang ke-pada bank ini dan memiliki kemahi-

ran dan kebolehan tepat bagi meng-galas amanah mereka.

“Beberapa ciri yang kami cari adalah kemahiran berkomunikasi yang baik, kemahiran menghurai masalah yang berkesan daya krea-

tif dan inisiatif serta kebolehan be-kerja dalam sesebuah pasukan.”

Dalam menawarkan pekerjaan kepada siswa yang belum lagi ta-mat pengajian dan menanti kon-vokesyen mereka, Encik Loo berka-

ta siswa yang memberi impak ada-lah yang memiliki sikap dan pemiki-ran positif serta cekap dalam pem-belajaran ilmu baru.

“Selepas menyertai bank kami, lulusan baru ini akan menjalani pro-

gram latihan sebulan tentang ke-berkesanan peribadi dan pengeta-huan kewangan yang lebih me-nyiapkan mereka bagi peranan ba-ru itu.

“Mereka juga akan diberi bim-

bingan dan sokongan daripada juru-latih jualan yang berdedikasi sepan-jang tugas mereka,” jelasnya.

Program latihan di Akademi DBS dan peta laluan pembelajaran peribadi pekerja juga dirasakan membantu dalam memperkasa ker-jaya yang diceburi.

Pengurus Sumber Manusia di fir-ma penasihat perakaunan dan perni-agaan Baker Tilly TFW LLP, Cik Michelle Carvalho, pula menam-bah:

“Kami melihat keyakinan diri pemohon kerja itu. Apa yang kami lihat adalah lulusan baru seperti Nur Razana Mohamed Razali me-nampilkan keyakinan diri yang me-nyerlah sewaktu diwawancara bagi tugas juruaudit.

“Beliau menampakkan keingin-an menimba ilmu dan membangun kerjaya profesionalnya serta mem-pamerkan daya pengurusan masa dan kebolehan kepimpinan ber-dasarkan keputusan akademik dan kegiatan kokurikular (CCA) di kam-pus.”

MINAT Encik Nur Hafiz Mohamed Ramlan dalam kerjaya perbankan ter-cetus sejak beliau masih mahasiswa pengurusan di SIM Global Educa-tion-Universiti Birmingham.

Beliau gigih membantu ayahnya, yang bertugas sebagai ejen hartanah, berurusan dengan bank dalam menda-patkan pinjaman dan gadai janji buat pembeli rumah.

Encik Nur Hafiz, 29 tahun, teruja setiap kali berinteraksi dengan klien ayahnya.

Ilmu yang diraih itu juga berman-faat baginya meneroka sektor perban-kan pengguna sebagai kerjaya ida-man.

Lima bulan sebelum majlis kon-vokesyennya berlangsung sekitar No-vember 2015, beliau sudah pun memo-hon kerja sebagai perancang harta ber-sekutu di DBS Bank.

Tugas itu diperolehi sebulan sele-pas itu dengan beliau merupakan anta-ra sebahagian siswa yang sudah mula bekerja beberapa bulan sebelum tamat pengajian.

Dalam masa dua tahun menggalas amanah di cawangan POSB Bedok, anak kedua dalam empat beradik lela-ki itu sudah dua kali dinaikkan pang-kat.

Ia adalah pencapaian membangga-kan dan disifatkan sebagai laluan pan-tas dalam bidang kerjanya yang jarang diberikan kepada siswazah baru.

Meskipun baru dalam kerjaya itu, Encik Nur Hafiz, yang kini pengurus kanan perancangan harta (bersekutu), telah memenangi beberapa anugerah pencapaian cemerlang merentasi cawa-ngan.

Ganjaran yang diterima adalah kun-jungan ke Jepun dan Canada.

Tugasnya kini memerlukan beliau membantu klien mengurus pelaburan, gadai janji, insurans dan pinjaman pe-rumahan menerusi DBS Bank.

Ketika ditemui di pejabat Berita Harian, Encik Nur Hafiz berkata:

“Bapa saya pernah mengendalikan Restoran Pelangi di Ginza Plaza dan City Plaza bersama ibu saudara saya.

“Kerana hubungan kami dua be-ranak rapat, beliau tempat saya berbin-cang tentang isu semasa, kewangan dan masa depan saya.

“Selepas mengikuti kursus Diplo-ma Kejuruteraan Teknologi Maklumat di Politeknik Nanyang, saya menye-dari bahawa teknologi maklumat bu-kan bidang saya. Saya berhenti sepa-ruh jalan. Ia nampak ‘kool’ tetapi kurang memberi saya kepuasan.”

Encik Nur Hafiz kemudian meng-ambil Diploma Pengajian Pengurusan di Institut Pengurusan Singapura (SIM) selepas tamat Perkhidmatan Negara.

Pengajian peringkat ijazah kemudi-an dilanjutkan ke SIM Global Educa-tion-Universiti Birmingham.

Mengenai kepentingan mahasiswa membuat perancangan awal dalam memilih kerjaya idaman, Encik Nur Hafiz berkata:

“Pertama sekali, mahasiswa itu per-lu kenal pasti minat dan kecenderung-annya. Tiada guna memilih bidang ker-jaya yang tidak diminati.

“Kedua, mereka harus tahu skop kerja yang ingin dijalankan dengan menjalankan kajian mengenai tuntut-an tugas tersebut.”

Beliau memanfaatkan khidmat yang diberi Pejabat Pembangunan Kerjaya SIM dalam menyiapkan siswa bagi dunia pekerjaan.

“Antara bengkel yang saya sertai termasuk mengenai kaunseling imej serta penulisan borang permohonan kerja dan ringkasan keterangan diri atau resume.

“Saya memohon tiga pekerjaan se-rentak, dua dalam sektor perbankan dan satu lagi sebagai pengkaji lapan-gan di sektor pertahanan. Semuanya dibuat ketika saya masih belajar di uni-versiti,” katanya.

Encik Nur Hafiz menyenangi tugas-nya kini kerana beliau senang berinter-aksi dengan pelbagai lapisan masya-rakat.

Klien di situ yang rata-rata pen-duduk di kejiranan Bedok, malah iba-rat teman atau anggota keluarganya sendiri yang selesa berurusan dengan-nya dek keramahan yang dipaparkan-nya.

“Tugas saya kini memberi saya ru-ang berdikari. Walaupun sesetengah pelanggan diamanahkan kepada saya, saya juga harus rajin mencari klien me-

nerusi usaha menebarkan rangkaian kenalan saya dan membangun hubu-ngan akrab dengan mereka.

“Saya memikirkan cara kreatif, mi-salnya bekerjasama dengan ejen har-tanah bagi mendapatkan klien baru. Daripada seorang belia yang pendiam, saya kini lebih bersikap terbuka dan yakin berbual dengan orang ramai,” kongsinya.

Sebahagian daripada kemahiran ko-munikasi itu juga diraih ketika menja-di anggota jawatankuasa Kelab Sukan Luncur Angin SIM.

“Selebihnya, penglibatan saya da-lam sukan tersebut juga mendorong saya agar mencuba sesuatu yang baru dan tidak gentar meneroka. Asal saja ada latihan dan minat, segala yang mustahil boleh diatasi.

“Dalam melayari kerjaya saya yang mencabar serta memerlukan pen-gorbanan masa, saya tak mampu ber-sikap mengira. Saya banyak juga berbincang dengan penyelia saya men-genai laluan kerjaya di bank ini sebab ada pelbagai cabang, baik pengurusan atau penjanaan harta yang boleh diter-oka,” jelas beliau.

NOMBOR dan petak berbentuk yang dilihat Cik Nur Razana Mohamed Razali di mana-mana mem-buatkan rasa teruja timbul di hatinya.

Ditambah dengan kecenderungan dalam bidang perakaunan yang membuatnya mahir dalam mengim-bangi kunci kira-kira, anak muda ini sudah tahu ker-jaya sebagai juruaudit yang ingin diceburinya.

Lantaran itu, beliau diterima bekerja sebagai juru-audit bersekutu hanya seminggu selepas Cik Nur Raza-na, 23 tahun, memohon pekerjaan di firma penasihat perakaunan dan perniagaan terbesar di Singapura, Baker Tilly TFW LLP.

Beliau, malah mula bekerja sejak September lalu, tujuh bulan sebelum majlis konvokesyennya berlang-sung sekitar April tahun depan.

Cik Nur Razana, siswazah program perakaunan dan kewangan di SIM Global Education (GE)-Universi-ti London (UOL), meraih ijazah kepujian Kelas Perta-ma.

Beliau adalah antara lima pelajar Melayu yang me-nerima ijazah Kepujian Kelas Pertama dalam program SIM GE-UOL itu.

Kini, tugas hariannya sebagai juruaudit bersekutu memerlukan beliau berkunjung ke pejabat klien yang rata-rata dalam sektor amal kebajikan.

Beliau kemudian perlu menyemak dokumen serta kenyataan bank bagi memastikannya tidak palsu.

Antara tuntutan tugas itu adalah kecekapan dan ketangkasan menyelidik dan bertanya sedalam-dalam-nya sehingga klien memahami apa yang diperlukan daripada mereka.

Ketika ditemui di pejabat Berita Harian baru-baru ini, Cik Nur Razana, berkata:

“Saya bersyukur dengan kejayaan meraih ijazah Kelas Pertama yang tidak diduga.

“Maklumlah, sewaktu di sekolah menengah dan politeknik, saya hanyalah pelajar sederhana tanpa se-barang pencapaian besar.

“Apabila diterima bekerja dalam masa seminggu selepas menghadiri sesi temu duga, saya rasa segalan-ya berlaku dengan sekelip mata.

“Sesetengah teman sekursus saya masih mencari pekerjaan sesuai sementara menanti konvokesyen pa-da April tahun depan. Saya pula sudah dua bulan bek-erja di firma ini.”

Sikap positif, disiplin diri dan kecekalan mencapai kecemerlangan adalah faktor yang membangun dirin-ya, baik dalam memburu ilmu atau ketika menjalan-kan pekerjaan.

Awal sebelum itu, Cik Nur Razana juga berkun-jung ke ekspo kerjaya, menghadiri bengkel kemahiran temu duga dan menulis ringkasan diri atau resume per-mohonan kerja bagi mempersiapkan dirinya bagi tu-gas idaman.

“Saya pastikan saya tahu tentang bidang kerja yang ingin disertai. Pada waktu itu, saya berbual den-gan beberapa majikan yang ditemui di ekspo kerjaya untuk memastikan saya tahu tuntutan tugas saya,” tambahnya.

Ditanya mengenai prinsip hidupnya, Cik Nur Raza-na yang menyertai sukan luncur angin dan mengurus-kan ehwal kewangan bagi Persatuan Budaya dan Mus-lim di SIM menjelaskan:

“Jika ada kemahuan, pasti ada jalan. Kalau satu pintu tertutup, satu lagi yang akan dibuka.

“Lebih mustahak lagi adalah pengurusan masa. Saya biasanya tidak akan melengah-lengahkan kerja dan yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya.”

Majikan idamkan lulusan baru dengan minda inovatif menghurai masalah

Rancang, pertingkat kerjaya dengan

kaji bidang tugas

Siswa ‘Kelas Pertama’ kini juruaudit walau belum konvokesyen

REZEKI BERKAT POTENSI: Cik Nur Razana Mohamed Razali diterima bekerja sebagai juruaudit bersekutu di firma penasihat perakaunan dan perniagaan terbesar di Singapura, Baker Tilly TFW LLP, selepas seminggu memohon pekerjaan tersebut.

SEDIAKAN KHIDMAT KAUNSELING DAN BENGKEL MOHON PEKERJAAN: Pejabat Pembangunan Kerjaya di kampus SIM Global Education ini mempersiapkan mahasiswa dengan kemahiran menajamkan daya saing dan kemahiran asas dalam memohon pekerjaan yang sesuai dengan cita rasa siswa. – Foto SIM GLOBAL EDUCATION

MILIKI REKOD KERJA CEMERLANG: Encik Nur Hafiz Mohamed Ramlan sudah dua kali dinaikkan pangkat dan memenangi beberapa anugerah pencapaian cemerlang di DBS Bank/POSB hasil kegigihannya membantu pelanggan merancang harta dan pelaburan mereka. - Foto-foto BH oleh ZAINAL YAHYA

Mempersiapkan diri bagi kerjaya idaman dilakukan dua pelajar cemerlang ini jauh sebelum mereka tamat pengajian. Dengan mengkaji pasaran buruh serta menghadiri bengkel memohon kerja dan menjawab soalan temu duga di kampus SIM Global Education, mereka meraih pekerjaan sebelum majlis konvokesyen, malah lebih awal daripada sebilangan teman sekursus. HARYANI ISMAIL ([email protected]) melaporkan kisah ‘pelayaran kerjaya’ kededuanya yang juga penggiat aktif sukan

luncur angin.

Berita Harian | Khamis, 23 November 2017 9

Berita SETEMPAT