bidang tugas

3
BIDANG TUGAS BIDANG TUGAS /TANGGUNGJAWAB PENYELARAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS 1. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap arahan tugas ketua jabatan (Pengetua/Guru Besar) 2. Bertanggungjawab kepada pengetua/guru besar dalam perancangan dan pengurusan pendidikan khas yang berkaitan bidangnya. 3. Mengadakan program untuk meningkatkan kemahiran (transisi), akademik dan sahsiah murid. 4. Mendapat mandat daripada pengetua untuk menyelaras dalam hal-hal berkaitan dengan pendidikan khas,dengan pihak luar seperti pemeriksaan program pendidikan khas oleh jemaah nazir sekolah,latihan mengajar bagi guru-guru pelatih/maktab/universiti dan seumpamanya. 5. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu ( mengikut kesesuaian jumlah guru,murid dan bilangan kelas ) KURIKULUM 1. Mengedarkan sukatan pelajaran untuk pengajaran dan pembelajaran kepada ahli-ahli panitia. 2. Mempengerusikan mesyuarat panitia pendidikan khas (tanpa meninggalkan pentadbir sekolah) 3. Memastikan minit mesyuarat disediakan oleh setiausaha dalam organisasi pengurusan pendidikan khas ( minit mesyuarat disediakan dan ditandatangani oleh setiausaha). 4. Menyemak minit mesyuarat dan menurunkan tandatangan setelah disemak. 5. Memimpin guru-guru dalam merancang Rancangan Pelajaran Tahunan, Rancangan Pelajaran Harian, dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya. Menyusun jadual waktu guru-guru pendidikan khas.Susunan jadual hendaklah dibuat dengan perbincangan guru-guru pendidikan khas yang lain. Mengikut kesesuaian dan keupayaan guru,murid-murid, dan program yang hendak dilaksanakan di sesebuah sekolah. 6. Menyelia segala bahan bantu mengajar yang dibekalkan oleh KPM atau yang di beli oleh pihak panitia sendiri. Pastikan bahan-bahan inidirekodkan dalam buku stok dan disimpan di tempat yang selamat.Segala urusan penggunaan bahan bantu mengajar ini hendaklah disimpan dalam buku rekod. 7. Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 8. Meyemak dan menurunkan tandatangan buku Rekod Mengajar ahli-ahli panitia Pendidikan Khas (telah dilaksanakan oleh sebahagian sekolah, mengikut budi bicara pengetua). 9. Memastikan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan berkesan. 10. Mengkaji dan memastikan segala laporan di buat berkaitan sesuatu program atau projek yang telah dilaksanakan dan mengambil tindakan sewajarnya. 11. Memastikan dan mengkaji Rancangan Pendidikan Indidvidu disiapkn,menurunkan tandatangan selepas disemak dan mengambil tindakan sewajarnya.

Upload: hannahkeisha

Post on 16-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BIDANG TUGAS

TRANSCRIPT

BIDANG TUGASBIDANG TUGAS/TANGGUNGJAWABPENYELARAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

1. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap arahan tugas ketua jabatan (Pengetua/Guru Besar)2. Bertanggungjawab kepada pengetua/guru besar dalam perancangan danpengurusanpendidikan khas yang berkaitan bidangnya.3. Mengadakan program untuk meningkatkan kemahiran (transisi), akademik dan sahsiah murid.4.Mendapatmandatdaripada pengetua untuk menyelaras dalam hal-hal berkaitan dengan pendidikan khas,dengan pihak luar seperti pemeriksaan program pendidikan khas oleh jemaah nazir sekolah,latihan mengajar bagi guru-guru pelatih/maktab/universiti dan seumpamanya.5. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu ( mengikut kesesuaian jumlah guru,murid dan bilangan kelas )

KURIKULUM

1.Mengedarkan sukatan pelajaran untuk pengajaran dan pembelajaran kepada ahli-ahli panitia.2. Mempengerusikan mesyuarat panitia pendidikan khas (tanpa meninggalkan pentadbir sekolah)3. Memastikan minit mesyuarat disediakan oleh setiausaha dalam organisasi pengurusan pendidikan khas ( minit mesyuarat disediakan dan ditandatangani oleh setiausaha).4. Menyemak minit mesyuarat dan menurunkan tandatangan setelah disemak.5.Memimpin guru-guru dalam merancang Rancangan Pelajaran Tahunan, Rancangan Pelajaran Harian, dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya. Menyusun jadual waktu guru-guru pendidikan khas.Susunan jadual hendaklah dibuat dengan perbincangan guru-guru pendidikan khas yang lain. Mengikut kesesuaian dan keupayaan guru,murid-murid, dan program yang hendak dilaksanakan di sesebuah sekolah.6. Menyelia segala bahan bantu mengajar yang dibekalkan oleh KPM atau yang di beli oleh pihak panitia sendiri. Pastikan bahan-bahaninidirekodkan dalam bukustokdan disimpan di tempat yang selamat.Segala urusan penggunaan bahan bantu mengajar ini hendaklah disimpan dalam buku rekod.7. Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.8. Meyemak dan menurunkan tandatangan buku Rekod Mengajar ahli-ahli panitia Pendidikan Khas (telah dilaksanakan oleh sebahagian sekolah, mengikut budi bicara pengetua).9.Memastikan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan berkesan.10. Mengkaji dan memastikan segala laporan di buat berkaitan sesuatu program atau projek yang telah dilaksanakan dan mengambil tindakan sewajarnya.11. Memastikan dan mengkaji Rancangan Pendidikan Indidvidu disiapkn,menurunkan tandatangan selepas disemak dan mengambil tindakan sewajarnya.

KOKURIKULUM

1. Menyusun,merancang,menyelia dan menguruskan murid-murid yang menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan PelajaranNegeri(JPN), Kementerian PelajaranMalaysia(KPM), dan agensi-agensi NGO yang terbabit dengan mengagihkan tugas kepada guru-guru yang terlibat di bawah pengurusan pendidikan khas.

2. Membahagikan rumah sukan sekolah murid-murid pendidikan khas dengan dibantu ahli-ahli Panitia Pendidikan Khas.

3. Memastikan acara sukan tahunan sekolah turut menyediakan peluang untuk murid-murid Pendidikan Khas ikut serta bertanding.

4. Memastikan dan memantau segala penyediaan fail-fail berkaitan kokurikulum pendidikan khas dan mengambil tindakan sewajarnya.

5. Memastikan laporan setiap aktiviti pertandingan kokurikulum disediakan dan mengambil tindakan sewajarnya.

PENGURUSAN

1. Mentukan dan mengagihkan tugas-tugas guru pendidikan khas berada di bawah bidang dan kawalan dengan mengikut kesesuaian dan kepakaran masing-masing.

2. Menyelanggara dan menyelaras kutipandataatau maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkiatan dengan pendidikan khas ataupun bidang yang berkaitan.

3. Menjadi penghubung diantara guru-guru pendidikan khas dengan pihak pentadbiran sekolah (menyuarakan pendangan,pendapat dan permasalahan guru-guru pendidikan khas kepada pentadbir sekolah ).

4. Menyediakan belanjawan tahunan untuk dibelanjakan dalam tahun semasa (perlu mengatahui jumlah peruntukan tahunan yang dibekalkan oleh KPM kepada sekolah).

5. Memastikan failutamadan fail sokongan diwujudkan serta dikemaskini datanya ( fail utama dan fail sokongan akan dibincangkan dalam halaman yang lain ).

6 . Merancang dan melaksana program atau projek tahunan.Setiap projek yang hendak dilaksanakan mestilah disediakan kertas kerja untuk dibentangkan dalam mesyuarat bagi meluluskan peruntukan belanjawan (penulisan kertas untuk sesuatu program atau projek akan dibincangkan).

7. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat panitia sama ada di peringkat daerah,negeri mahu pun Kebangsaan berdasarkan surat arahan yang dikeluarkan oelh pihak PPD,JPN dan KPM untuk seseorang penyelaras.

8. Menghadirikursus,bengkel dan taklimat yang diarahkan,khususnya dalam aspek memantapkan pengurusan dan pentadbiran program pendidikan khas.

TUGAS-TUGAS LAIN

1. Berhubung dengan Pusat Kegiatan Guru ( PKG ), Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri tentang apa sahaja maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dalam hal yang berkaitan program pendidikan khas dan guru.

2. Berhubung dengan guru penyelaras pendidikan khas sekolah lain bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan untuk tujuan memantapkan keupayaan dan pengetahuan yang berkaitan dengan pengurusan pendidikan khas.

3. Merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan di blok pendidikan khas.

4. Menyelia dalam hal-hal peperiksaan murid pendidikan khas serta penyediaan jadual waktu sekolah yang selari dengan murid pendidikan khas yang terlibat dengan program inklusif.

5. Melengkapkan bilik gerakan sekolah dengan maklumat dan data tentang pendidikan khas.

6. Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh pengetua dari semasa ke semasa.

(Sumber: Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Khas)