bicara sasterawan negara : memahami naratif...

9
Bicara Sasterawan Negara : Memahami Naratif Ogonshoto Saya melihat dari kaca mata yang lain tentang masalah-masalah dunia ke-3. Masalah-masalah inilah yang diangkat sebagai persoalan novel Ogonshoto. Contoh negara-negara dunia ke-3 ialah Amerika latin, Afrika Selatan, Afrika dan negara-negara Asia . Masalah-masalah ini berlaku pada 20 hingga 30 tahun yang lalu.Antara masalahnya ialah: 1. Hak asasi manusia. Individu sebagai rakyat atau manusia dinafikan untuk mendapatkan hak keadilan dan kebenaran . Hak mereka bersuara dinafikan. 2. Alam sekitar. Bagaimana alam sekitar , hutan ditebang ,sungai menjadi kotor, laut dicemari, masalah pendidikan, kebiasaan dan perangai manusia negara-negara dunia ke-3. Pembangunan juga tidak terkawal. Semuanya ini dilakukan oleh kerajaan-kerajaan tertentu di negara dunia ke-3. 3. Pencabulan demokrasi. Demokrasi bukan satu sistem yang sempurna. Umumnya hanya demokrasi sahaja yang dapat diterima masyarakat dalam sesebuah negara. Sistem ini sahajalah yang menjamin rakyat boleh memilih dengan bebas ,bergerak dengan bebas, menyuarakan pendapat dengan bebas, memilih kerajaan bagi membentuk peradaban baharu dan kehidupan baharu yang lebih baik. Jika kita lihat beberapa kes dalam negara-negara dunia ke-3 yang terlalu lama diperintah oleh tentera,berlaku masalah hubungan pergerakan demokrasi . Demokrasi telah memenangi pilihan raya dan presiden yang dipilih oleh demokrasi pula diguling oleh tentera. Jelaslah,konsep demokrasi telah disalahgunakan dan tidak dibenarkan wujud di sesetengah negara dunia ke-3. 4. Terdapat pemerintah yang zalim . Jika dikaji sejarah-sejarah dunia tentang seorang presiden yang hendak berkuasa lama,mereka mempunyai modus operandinya sendiri. Antaranya ialah musuh-musuh ditentang walaupun ekonomi negara merosot dan nilai mata wangnya jatuh. Yang penting, dia berkuasa. Informasi dari aspek geografi Latar yang dipilih iaitu sebuah republik Ogonshoto . Republik ini terletak di Pasifik Selatan Kawasan ini merupakan kepulauan kecil. Pulau-pulau ini merupakan pulau batu karang yang rendah. Sebahagiannya timbul di permukaan dan sebahagian besar lagi tenggelam di bawah laut. Keadaan muka bumi pulau-pulau ini akan memudahkannya tenggelam sekiranya tidak dijaga dengan baik. Tubua: Peristiwa 1 : Anak angkat Presiden yang hanyut daripada Banaba dan terdampar di situ. Peristiwa 2:Dalam bab penyamaran berlaku beberapa peristiwa apabila kawasan peranginan di Tubua hendak dibangunkan. Ture: Peristiwa seorang jeneral yang bersara dan menceburkan diri dalam politik. Dia memilih tinggal di Ture. Peta menunjukkan kawasan Pasifik Selatan Republik Ogonshoto. Terdapat tiga pulau yang besar iaitu Gora-Gora,Rai-Rapa dan Futu-Ata. Ibu negaranya ialah Tatamanu. Republik ini dipimpin oleh seorang ketua iaitu Presiden. Sebelumnya Republik ini dipimpin oleh seorang ketua suku kaum tersebut. Pada asasnya ekonomi negara ialah pertanian dan perikanan. Nelayan-nelayan Jepun ramai ke kawasan republik itu kerana ikan-ikannya berkualiti dan mahal.Pelancongan dan rekreasi pula merupakan fasa ke-2 pembangunan sekembalinya

Upload: vankhanh

Post on 07-Feb-2018

255 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Bicara Sasterawan Negara : Memahami Naratif Ogonshoto Saya melihat dari kaca mata yang lain tentang masalah-masalah dunia ke-3. Masalah-masalah inilah yang diangkat sebagai persoalan novel Ogonshoto. Contoh negara-negara dunia ke-3 ialah Amerika latin, Afrika Selatan, Afrika dan negara-negara Asia . Masalah-masalah ini berlaku pada 20 hingga 30 tahun yang lalu.Antara masalahnya ialah: 1. Hak asasi manusia. Individu sebagai rakyat atau manusia dinafikan untuk mendapatkan hak keadilan dan kebenaran . Hak mereka bersuara dinafikan. 2. Alam sekitar. Bagaimana alam sekitar , hutan ditebang ,sungai menjadi kotor, laut dicemari, masalah pendidikan, kebiasaan dan perangai manusia negara-negara dunia ke-3. Pembangunan juga tidak terkawal. Semuanya ini dilakukan oleh kerajaan-kerajaan tertentu di negara dunia ke-3. 3. Pencabulan demokrasi. Demokrasi bukan satu sistem yang sempurna. Umumnya hanya demokrasi sahaja yang dapat diterima masyarakat dalam sesebuah negara. Sistem ini sahajalah yang menjamin rakyat boleh memilih dengan bebas ,bergerak dengan bebas, menyuarakan pendapat dengan bebas, memilih kerajaan bagi membentuk peradaban baharu dan kehidupan baharu yang lebih baik. Jika kita lihat beberapa kes dalam negara-negara dunia ke-3 yang terlalu lama diperintah oleh tentera,berlaku masalah hubungan pergerakan demokrasi . Demokrasi telah memenangi pilihan raya dan presiden yang dipilih oleh demokrasi pula diguling oleh tentera. Jelaslah,konsep demokrasi telah disalahgunakan dan tidak dibenarkan wujud di sesetengah negara dunia ke-3. 4. Terdapat pemerintah yang zalim . Jika dikaji sejarah-sejarah dunia tentang seorang presiden yang hendak berkuasa lama,mereka mempunyai modus operandinya sendiri. Antaranya ialah musuh-musuh ditentang walaupun ekonomi negara merosot dan nilai mata wangnya jatuh. Yang penting, dia berkuasa. Informasi dari aspek geografi Latar yang dipilih iaitu sebuah republik Ogonshoto . Republik ini terletak di Pasifik Selatan Kawasan ini merupakan kepulauan kecil. Pulau-pulau ini merupakan pulau batu karang yang rendah. Sebahagiannya timbul di permukaan dan sebahagian besar lagi tenggelam di bawah laut. Keadaan muka bumi pulau-pulau ini akan memudahkannya tenggelam sekiranya tidak dijaga dengan baik. Tubua: Peristiwa 1 : Anak angkat Presiden yang hanyut daripada Banaba dan terdampar di situ. Peristiwa 2:Dalam bab penyamaran berlaku beberapa peristiwa apabila kawasan peranginan di Tubua hendak dibangunkan. Ture: Peristiwa seorang jeneral yang bersara dan menceburkan diri dalam politik. Dia memilih tinggal di Ture. Peta menunjukkan kawasan Pasifik Selatan Republik Ogonshoto. Terdapat tiga pulau yang besar iaitu Gora-Gora,Rai-Rapa dan Futu-Ata. Ibu negaranya ialah Tatamanu. Republik ini dipimpin oleh seorang ketua iaitu Presiden. Sebelumnya Republik ini dipimpin oleh seorang ketua suku kaum tersebut. Pada asasnya ekonomi negara ialah pertanian dan perikanan. Nelayan-nelayan Jepun ramai ke kawasan republik itu kerana ikan-ikannya berkualiti dan mahal.Pelancongan dan rekreasi pula merupakan fasa ke-2 pembangunan sekembalinya

presiden baru dari Eropah. Pelancongan dan rekreasi hendak dibangunkan di Tubua . Kerajaan Ogonshoto hendak menebang hutan bagi dijadikan padang golf untuk aktiviti rekreasi.Mereka ingin menjadikan kawasan itu seperti padang golf di St.Andrew di Scotland walaupun terpaksa memusnahkan kawasan tadahan hujan .Impaknya pulau ini mengalami kemarau yang sangat panjang kerana hujan tidak turun berbulan-bulan lamanya.Maka tindakan seterusnya untuk menangani masalah kemarau ini ialah penarikan aisberg daripada kutub utara dan kutub selatan. Penerokaan kawasan untuk dibangunkan berlaku kerana pemimpin terlalu taksub akan kemajuan negara barat. Dia tidak melihat iktibar daripada kemarau yang melanda akibat penerokaan yang tidak terkawal. Pada kurun ke-17, hanya kapal-kapal yang dibenarkan oleh Maharaja Jepun sahaja boleh keluar ke perairan antarabangsa (keluar daripada Jepun)untuk berdagang dan sebagainya. Ogonshoto sebenarnya sudah lama wujud tapi dikenali dengan nama lain.Hanya selepas ditemui oleh Jepun barulah Ogonshoto diberi nama. Sejarah pemberian nama Ogonshoto iaitu ketika pelayar-pelayar Jepun datang ke pulau ini . Pada waktu malam mereka nampak lahar gunung berapi macam warna emas.Kelihatan pulau itu berwarna emas dari kedudukan yang jauh. Maka mereka pun menamakannya sebagai kepulauan emas atau dalam bahasa Jepun Ogonshoto. Plot Plot novel ini diikat dengan prolog dan epilog. Tanpanya setiap bab akan menjadi cerita pendek. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan bayangan perkara yang ingin disampaikan oleh pengarang . Prolog novel ini adalah tentang Kawaimaru yang memberi satu keadaan tentang pelayar-pelayar yang mendengar cerita-cerita di kepulauan Ogonshoto. Bab satu boleh berdiri sendiri dalam satu cerita yang lengkap. Tiada plot mengikat bagi setiap bab. Semua bab ada plotnya yang tersendiri.Perkara yang mengikatnya menjadi sebuah novel adalah dengan ada prolog dan epilog serta ada watak antagonis iaitu Presiden Ogonshoto yang bukannya seorang wira. Watak ini sentiasa wujud dalam nyata. Pemikiran 1. Negara-negara dunia ke -3 yang bebas dari pihak penjajah barat pentadbirannya diambil alih

oleh pribumi (anak tempatan). Apabila pribumi berkuasa kadang-kadang mereka pula menjadi kolonial baharu. Perangai mereka jauh lebih buruk berbanding dengan penjajah barat.

2. Ketua negara yang licik berpolitik akan menjadi ikutan ahli-ahli parlimen yang lain. Hal ini bermaksud sekiranya pemimpin membuat sesuatu yang tidak elok maka pengikut-pengikutnya juga turut bersubahat membuat penipuan kepada rakyat. Perkara yang penting ialah kuasa. 3. Tujuan menghalalkan cara. Visi seorang pemimpin mesti dicapai dengan apa-apa cara sekalipun. 5. Presiden yang tidak bertanggungjawab mesti ada penentangan. 6. Kepercayaan pada qada dan qadar. Sekiranya pemimpin yang kejam tidak dapat ditentang maka Tuhan akan memberikan balasan setimpal kepadanya. Misalnya , kejadian tsunami yang menenggelamkan pulau Ogonshoto hingga presiden dan pengikut-pengikutnya juga turut terkorban.

Watak dan perwatakan Bab 1 Kolonial: Terdapat watak presiden dan ketua negara Afrika yang datang melawat ke Ogonshoto. Bab 2 Jeneral: Terdapat watak seorang jeneral, pegawai kanan dan ahli dewan republik iaitu wakil rakyat yang sudah tua di Ture. Wakil rakyat berpura-pura nyanyuk supaya dia dapat mengetahui individu yang bakal menjadi penentangnya dalam dunia politik. Bab 3 Penyamaran: Terdapat watak presiden dan orang-orang di Tubua. Sebelum peristiwa di Tubua dalam bab penyamaran Presiden telah melawat Amerika Latin. Sekembalinya dari sana wajahnya berjambang sehingga tidak dapat dikenali oleh sesiapa pun. Bab 4 Aisberg Terdapat watak Presiden, nakhoda kapal, seorang lelaki tua dan jiran kepada lelaki tua. Bab 5 Mainan Terdapat watak Presiden ,anak angkat Presiden iaitu yang hanyut dari Pulau Banaba di kribati , resi (org yang bertapa). Bab 6 Pentafsir Terdapat watak resi tua. Resi tua ini agak berbeza sedikit dengan resi-resi lain kerana dia lebih banyak bertapa di dalam air , resi muda, Presiden dan pentafsir. Bab 7 Jari Terdapat watak seorang guru sains dari Tatamanu dan penghidap lepra. Bab 8 Kamera Terdapat watak pelajar Ogonshoto yang dihantar untuk kursus jangka pendek di Jepun, abang pelajar dan bekas komandan . Bab 9 Bahtera Terdapat watak nakhoda dengan seorang wanita yang bekerja sebagai tukang masak Presiden. Epilog Terdapat watak lelaki tua dan Ayako di hospital

Prolog Kawai maru telah dibeli oleh tuan Kawai yang kaya -raya.walaupun dia kaya , namun dia masih tidak berpuas hati kerana Jepun masih lagi mengimport ikan dari negara lain.Dia bertindak membeli sebuah kapal besar yang diberi nama Kawai Maru. Kapal ini belayar menangkap ikan di Lautan Pasifik. Terdapat tangki-tangki ikan yang besar di dalamnya. Tujuannya adalah me masukkan ikan- ikan yang ditangkap hidup-hidup seperti ikan tuna. Kemudian ikan-ikan ini akan dijual lebih mahal sebab ikan-ikan itu masih hidup dan segar. Apabila berada di tengah laut kapal-kapal kecil lain banyak yang membeli ikan daripada Kawai Maru. Kapal ini kerap belayar ke Ogonshoto. (Sebelumnya republik ini dikenali dengan nama lain). Mereka kerap belayar ke sana kerana ikan-ikan di kawasan tersebut sangat berkualiti tinggi. Bab ini merupakan prolog novel kerana dalam prolog ini, kelasi-kelasi Kawai Maru banyak terdengar cerita-cerita tentang Ogonshoto yang boleh diperoleh dari bab 1 hingga bab 9. Cerita-cerita ini masih belum lengkap. Cerita hanya menjadi lengkap semasa bab bahtera.Dalam bab ini tsunami telah melanda kepulauan Ogonshoto dan nakhoda yang bertindak menyelamatkan penduduk Ogonshoto dalam sebuah bahtera telah sampai di sebuah pulau . Mereka bertemu balik dengan kelasi-kelasi kapal Kawai Maru. Di sinilah mereka mendapat cerita yang lengkap berdasarkan pengalaman sebenar nakhoda dan pengikut--pengikutnya yang berasal dari Ogonshoto. Maka cerita-cerita yang selama ini didengar sangat menyentuh hati dan perasaan kelasi-kelasi kapal Kawai Maru semasa mereka pulang semula ke kapal untuk tidur. Bab 1 Kolonial Saya melihat dari kaca mata saya , Presiden cenderung menjadi seorang diktator di Ogonshoto. Orang yang membangkang presiden akan memberinya gelaran yang tidak elok seperti ' Belut Selat Morauka ' iaitu bertubuh licin menjadi licik.Mereka juga turut menggelarnya sebagai Dewa Badak.Dalam dongeng masyarakat di Rai-Rapa, dewa yang menyerupai badak itu digambarkan sebagai binatang yang lapar. Apa-apa sahaja yang dijumpainya pasti ditelan walaupun lahar gunung berapi.Hal ini bererti Presiden yang memang ingin mengumpul kekayaan akan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mencapai visinya. Dalam novel ini latar belakang Presiden tidak banyak diketahui. . Biografi Presiden biasanya ditulis oleh pengikut-pengikutnya. Oleh itu biografinya banyak digambarkan yang baik-baik padahal dari segi realiti sangat jauh berbeza. Bagaimana dia bermula. 1. Realitinya, Presiden ini ialah anak luar nikah . Pada suatu hari dia telah pergi berenang lalu

curi-curi menaiki kapal dan bersembunyi di dalamya. Kapal itu kemudiannya pergi belayar ke Eropah.Dia tidak dapat balik sebaliknya dia ditangkap oleh orang-orang di dalam kapal itu.Dalam biografinya , Presiden digambarkan sebagai anak terpintar di Ogonshoto. Nakhoda yang pertama kalinya sampai ke pulau itu melihat dia sebagai anak yang bijak . Nakhoda itu telah bertindak mengambilnya sebagai anak angkat tanpa meminta keizinan ibu kanak-kanak itu. Hal ini kerana ibu-ibu di dunia ke-3 mahukan anak lelaki mereka tinggal bersama untuk menjaga mereka apabila sudah tua.

2. Realitinya, apabila dia ditangkap di dalam kapal, dia telah diserahkan kepada seorang

nakhoda yang sudah pencen dan tinggal bersama-samanya. Kehidupannya agak sederhana sahaja.Dalam biografinya, dia dikatakan tinggal dengan isteri nakhoda yang berpendidikan tinggi iaitu lulusan universiti di Sorbonne dan Oxford.

3. Realitinya dia tidak pernah mencapai kedudukan di atas nombor 20 di dalam kelasnya . Dalam

biografinya, dia antara pelajar asing yang paling pintar. 4. Realitinya, dia suka mengkaji gengsterisme di China dan di Jepun. Dalam biografinya,kajian

ilmiahnya tentang " Peranan Pihak Berkuasa Menghapuskan Pengaruh Kumpulan Haram di China dan Jepun" telah mendapat markah yang tinggi.

5. Realitinya, tesis sebenarnya adalah tentang kediktatoran. Dalam biografinya, tesisnya adalah tentang kemunculan dan perkembangan fahaman demokrasi di Asia Pasifik.

Presiden ini semasa di universiti dipengaruhi oleh pemikiran Niccolo Machiavelli iaitu seorang penulis Itali . Bukunya yang terkenal ialah The Prince. Ideanya utamanya ialah pihak yang berkuasa boleh menggunakan apa-apa sahaja cara dalam proses untuk mengekalkan kuasa. Tindakan-tindakan kejam yang dilakukan oleh Presiden dalam novel: 1. Bab Jeneral - pesaing hendaklah dihapuskan dengan apa-apa cara sekalipun. 2. Bab Penyamaran -Cara mengenal pasti penentang yang cuba menggagalkan demonstrasi mereka. 3. Bab Mainan - orang yang mengetahui banyak rahsia buruk presiden mesti dibisukan. 4. Bab Jari -Hukuman terhadap penentang secara tidak langsung iaitu seorang guru menulis artikel yang agak kritis kehilangan jari manis dan jari hantunya. 5. Bab Kamera- undang-undang perlu dimanipulasi supaya orang yang tidak bersalah nampak bersalah. Dalam bab ini Presiden telah menerima kunjungan seorang Presiden daripada sebuah republik Afrika.Mereka saling bertukar pendapat dan pengalaman tentang cara-cara mengendalikan negara masing-masing.Presiden dari Afrika mengagumi Presiden Ogonshoto kerana rakyat menghormatinya. Namun demikian,Presiden menjawab bahawa rakyat Ogonshoto tidak menghormatinya tetapi berasa takut padanya. Bab 2 Jeneral Jeneral telah bersara. semasa perang dunia ke -2 .Dia telah membuat kerja-kerja pengintipan.Selepas bersara beliau ingin menceburkan diri dalam dunia politik. Dia telah memilih Ture memandangkan wakil rakyat di situ agak nyanyuk. (Pura-pura nyanyuk). Kehadirannya di situ menggugat kedudukan pegawai kanan yang sudah lama berkhidmat di situ. Masing-masing berusaha untuk menambat hati penduduk di situ supaya mereka dipilih sebagai wakil rakyat untuk menggantikan yang sudah tua dan nyanyuk itu. Wakil rakyat yang sudah tua itu telah mengatakan bahawa dia ingin menarik diri dalam dunia politik kerana sudah tidak ada daya upaya lagi.Pada suatu hari, jeneral dan pegawai kanan telah diarahkan berjumpa dengan Presiden di dalam bot di hujung Pangkalan Ture pada waktu malam. Pada malam itu, berlaku pergelutan antara kedua-duanya. Insiden ini berakhir dengan pembunuhan pegawai kanan yang dilakukan sendiri oleh jeneral. Pada malam itu Presiden tidak hadir. Peluang ini diambil oleh jeneral kerana dia sangat yakin bahawa dia akan memenangi jawatan wakil rakyat kerana dia tidak mempunyai pesaing lagi.Pada hari mesyuarat komiti parti pemerintah provinsi Ture, jeneral hampir memenangi jawatan itu. Sebelum ke agenda pemilihan, jeneral telah ditunjukkan gambar-gambar yang membuktikan dia ialah seorang pembunuh. Akhirnya dia ditangkap dan dibawa masuk ke dalam perut kereta polis seolah-olah dia ditelan oleh seekor paus biru. Bab 3 Penyamaran Apabila Presiden balik 3 minggu dari luar negara , wajahnya berjambang dan dia tidak dapat dikenali. Rakyat berasa gelisah apabila Presiden ingin membuat pusat perjudian dan pusat hiburan di Tubua. Ketika kemarahan rakyat memuncak , datang seorang lelaki tua yang berjambang memberikan sokongan. Dia menyatakan dia berasal dari Kuri. Dialeknya berbeza apabila dia diberi minuman keras . Mereka berasa hairan apabila dia menukar dialeknya ketika dia mabuk pada malam itu. Timbullah syak wasangka. Sebenarnya tujuan penyamaran ini adalah untuk dia sendiri mengetahui penentang-penentangnya. Oleh hal demikian, dia sendiri harus turun padang. Semua penentang demokrasi dibawa ke tempat Presiden. Anggota angkatan bersenjata telah melepaskan gas pemedih mata dan hal ini telah mematahkan semangat juang mereka kerana mereka sedar mereka tidak akan mampu melawan angkatan tentera bersenjata.

Bab 4 Aisberg Penerokaan hutan menyebabkan kemarau panjang. Kerajaan Ogonshoto bertindak menarik dua aisberg daripada kutub selatan dan kutub utara.Aisberg di hemisfera utara paling besar 150 meter. Aisberg di hemisfera selatan panjang lebih kurang 200km ( jaraknya seperti dari Melaka ke Johor) Kontrak untuk menarik aisberg diberi kepada usahawan yang memusnahkan hutan-hutan di Ogonshoto iaitu orang-orang Presiden. Rakyat ramai yang menunggu kehadiran dua aisberg itu. Masing-masing memasang impian dan angan-angan apabila aisberg yang bakal sampai itu dipotong-potong. Namun antara mereka ada seorang tua yang tidak mempercayainya. Hanya dia seorang sahaja yang tidak mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Dia pergi ke Tatamanu mencari tong-tong air.Dia bijak membuat perkiraan iaitu dua aisberg ditarik dengan tujuh buah kapal.Oleh itu, baginya dia memerlukan dua buah periuk besar dengan tujuh buah tong air untuk menukarkan air laut kepada air suling.Dia menggali sebuah perigi tanpa perasaan putus asa.Dalam bab ini pengarang memasukkan ilmu sains ketika proses penyulingan air laut itu dilakukan oleh orang tua itu. Proses ini dilakukannya untuk menjadikan air laut itu bertukar menjadi tawar. Bab 5 Mainan Tradisi permainan dalam bab ini sudah berkurun-kurun lamanya. Dalam permainan tradisi ini sesiapa sahaja boleh membunuh haiwan kesayangan mereka. Sejak dahulu lagi hamba-hamba juga diburu seperti itu. Untuk persediaan permainan yang bakal diadakan anak angkat Presiden iaitu seorang pemuda Banaba telah memelihara tupai kerawak jantan . Tupai ini nanti yang akan dijadikan binatang buruan.Pada hari pertandingan orang-orang kenamaan berada di baris hadapan.Sebelum upacara bermula pemuda Banaba itu melihat Presiden sekali-sekala menyeluk saku seluarnya.Di pinggang Presiden tersisip selaras pistol dan sebilah pisau.Pemuda itu mengandaikan ayah angkatnya itu mungkin akan melepaskan cengkerik atau lipas. Acara pun bermula. Pemuda itu gagal menyumpit tupai kerawak itu kerana fokusnya diganggu. Dalam bab ini pengarang menggunakan teknik imbas kembali tentang sejarah hidup pemuda Banaba itu . Dia telah hanyut berbulan-bulan dari Pulau Banaba di Kiribati sebelum terdampar di Pantai Gora-Gora . Dia telah dijadikan anak angkat kepada Presiden Ogonshoto. Dia diberi pendidikan yang sempurna. Dia pintar berbahasa Inggeris. Dalam sejarah, Banaba pernah ingin berpisah daripada kolonial lama dan Kiribati. Secara simbolik Presiden merestui pemisahan itu.Pemuda Banaba yang hidupnya bebas di dalam istana telah mengetahui banyak rahsia Presiden. Hal ini yang menyebabkan Presiden berasa terancam lalu pemuda itu dijadikan buruan dalam permainannya. Pemuda malang itu dipotong lidahnya supaya dia tidak dapat menyampaikan apa-apa kepada sesiapa . Dia tidak dibenarkan pulang ke istana lagi. Akhirnya dia telah mendapat bantuan resi-resi. Resi-resi ini duduk bertapa dengan mengasingkan diri jauh daripada masyarakat kerana merasakan nilai-nilai moral di luar semakin terhakis. Resi-resi ini mencuci kaki pemuda malang itu dahulu kemudian tangan dan diikuti dengan lidah. Persoalan pemuda itu terjawab apabila kakinya yang dicuci dahulu sebelum tangan dan lidahnya yang parah itu. Baharulah dia menyedari rupa-rupanya kalau dia ingin bercerita pasti tidak boleh. Dia juga tidak lagi boleh menggunakan tangannya untuk menulis hanya kakinya sahaja yang boleh digunakan untuk menulis.

Bab 6 Terdapat watak seorang resi tua yang banyak menghabiskan masa dengan menyelam. Dia tidak banyak bercakap. Kalau bercakap pun hanya perkara-perkara yang penting sahaja tetapi tetap berlapis-lapis. Watak pentafsir pula digambarkn sudah 10 tahun berdamping dengan resi tua ini. Pengalaman resi tua ini diceritakan kepada pentafsir itu. Menurutnya suatu ketika dahulu semasa dia bangun pagi, dia melihat semua perkampungan di situ menjadi kelabu.Dia pergi ke pantai dan mendapati seekor paus telah mati di Pulau Aitu.Hal ini menunjukkan dua petanda yang tidak elok di Ogonshoto kerana sebelum ini mereka baharu sahaja menerima seorang Presiden yang baharu.Tdak lama kemudian selepas pelantikannya sebagai Presiden, dia telah mengadakan satu sayembara iaitu mencipta sesuatu ciptaan yang hidup. Terdapat tiga orang yang berani bertanding dalam sayembara itu termasuklah resi muda ini. Pada hari pertandingan itu,Presiden telah datang untuk melihat hasil ciptaan peserta pertandingan. Hasil ciptaan Resi adalah daripada tanah liat dan dicampurkan dengan hasil rebusan beberapa helai daun tembakau, beberapa jenis buah dan daunan yang menghasilkan pelbagai warna. apabila ikan-ikan daripada tanah liat itu diletakkan di atas pantai , segalanya nampak hidup. Presiden menghadiahkan sebutir kelapa emas. Presiden yang ketika itu menunggang kuda telah melontar kelapa emas kepada ikan-ikan ciptaan Resi muda dan menghancurkan segalanya lalu ditelan gelombang. Selepas peristiwa itu resi muda meneruskan pertapaannya di dalam air. Semasa dia bertapa di dalam air dia ternampak binatang yang pelik macam tapak sulaiman . Dia mendapati binatang pelik itu sedang makan karang di dasar laut. Baginya sesiapa yang memusnahkan tapak sulaiman itu akan mendapat tempat di nirwana.Pendapat ini tidak dipersetujui oleh seseorang yang berasal dari Tatamanu. Apabila dipersoalkan tentang imbuhan nirwana itu, resi hanya. Resi hanya menjawab dengan jelas "akan tiba" . Orang dari Tatamanu itu berpendapat bahawa yan g akan tiba itu Ialah Tuhan. Oleh itu, dia mengambil keputusan menunggu Tuhan dengan tinggal di tepi pantai . dia duduk di pantai hinggalah dia meninggal dunia.Akhirnya, pendamping resi tua telah membuat tafsiran bahawa "yang akan tiba" bermaksud kebenaran yang akan ditunjukkan di akhirat nanti dan tafsiran itu dipersetujui oleh resi tua. Bab 7 Jari Seorang guru sains berpendapat tindakan Presiden Ogonshoto mengambil tanah daratan milik peribumi tidak betul. Dia mula menulis artikel yang banyak menyentuh isu pengambilan daratan yang menafikan dan mengabaikan hak peribumi sendiri. Dia mempertaruhkan jarinya sekiranya tiada tindakan daripada kerajaan Ogonshoto setelah artikel itu keluar. Selama dua bulan artikel itu dikeluarkan masih lagi tiada tindakan daripada kerajaan Ogonshoto terhadap guru tersebut. Guru itu teringat janjinya dan dia harus mengotakannya. Dia mendapatkan bantuan sahabatnya iaitu seoang penghidap lepra (pesakit kusta yang diasingkan daripada masyarakat).Jari manisnya yang dipotong itu dimasukkan ke dalam cecair formalin. Dalam bab ini, hukuman datang kemudian. Selepas peristiwa jarinya dipotong, dia telah mendapat arahan daripada kerajaan Ogonshoto supaya berpindah. Saudara-maranya juga turut mendapat hukuman. Ada yang diarahkan berpindah, diturunkan pangkat dan diberhentikan. Semasa di Kuri, kerajaan Ogonshoto telah bercadang melaksanakan projek padang golf bertaraf antarabangsa dengan memasukkan konsep tradisional St. Andrew di Scotland.Guru sains itu berani mempertaruhkan jari hantunya kerana yakin projek itu akan dibatalkan kerana pastinya mendapat bantahan NGO iaitu Kumpulan Pencinta Alam. Bantahan pihak NGO ini dilakukan secara rasmi dengan menyertakan. Kajian ilmiah yang menekankan bencana alam yang akan dihadapi oleh Futu-Ata andainya projek itu diteruskan.Kerajaan seolah-olah telah menerima pandangan NGO alam sekitar. Guru itu gembira lalu membuat jamuan sebagai tanda kesyukuran kerana hutan pedalaman Kuri akan selamat. Lebih-lebih lagi jari hantunya tidak akan dipotong.Baginya Ogonshoto sudah boleh mewujudkan NGO-nya sendiri. Semasa jamuan itu dirai dengan meriah tiba-tiba terdengar pengumuman daripada pejabat Presiden di radio menyatakan bahawa projek padang golf di pedalaman Kuri akan diteruskan.Keadaan ini mengecewakan mereka terutamanya guru sains itu dan dia terpaksa mengotakan janjinya untuk memotong jari hantunya pula.

Bab 8 Kamera Seorang pelajar dihantar ke Tokyo di bawah program Penyelidik Muda Asia-Pasifik. Pelajar ini dibawa menonton teater tradisional Jepun yang banyak menonjolkan imej topeng Baginya imej topeng ini memberi gambaran bahawa ramai manusia menyembunyikan dirinya yang sebenar. Bab ini banyak memberikan asas sains dan teknik mencipta kamera eksperimental.Dia telah membeli semua peralatan kamera eksperimentalnya di Bandar Elektrik Akihabara Tokyo.Dia mula mencantumkan kameranya dengan kalendar elektronik . Hal ini dilakukan supaya dia dapat reset tarikh dunia. Kemudian dia mencantumkan semula dengan buku elektronik tentang jadual cuaca global.Hal ini membolehkan dia reset cuaca dunia. Seterusnya dia mencantumkan pula dengan termometer elektronik bagi membolehkan dia setkan bacaan suhu badan seseorang. Semasa dia berada di dalam teksi untuk pulang ke rumahnya, dia terbaca iklan yang memuatkan foto seorang bekas komandan tentera membuat penyataan memohon maaf. Pemandu teksi membawanya ke rumah komandan itu dan mereka melihat komandan itu sedang meracau-racau. Dia mengajak temannya pergi ke gunung berapi Gora-Gora seperti yang disebut oleh bekas komandan itu. Dia mengandaikan lelaki aktivis hak asasi yang menjadi sebutan bekas komandan itu ialah abangnya.Kamera eksperimental itu diuji dan imej itu dapat dirakam semula. Dia terperanjat melihat abangnya yang dikatakan menghilangkan diri ke Amerika rupa-rupanya ditolak ke dalam kawah gunung berapi Gora-Gora. Dia ingin membuat pengaduan berdasarkan bukti. Malangnya , dia pula diambil tindakan dan dipenjarakan kerana kamera eksperimentalnya itu belum diluluskan penggunaannya di Ogonshoto. Bab 9 Bahtera Kisah bermula seorang lelaki telah melihat seekor penyu besar berenang-renang di bawah sampannya lalu menuju ke pulau karang. Kemunculan penyu raksasa ini merupakan petanda gempa bumi akan berlaku.Hal ini kerana hanya penyu raksasa sahaja yang merasakan perut bumi akan bergegar lalu binatang ini keluar meninggalkan guanya di bawah pulau jauh dari situ. Sebuah bahtera telah dapat dibina apabila dipersetujui oleh sebuah firma Jepun. Peruntukan besar telah diberikan dalam usaha membina sebuah bahtera tradisional Ogonshoto. Lelaki yang bergelar nakhoda itu telah berjaya mengumpul orang-orang yang ingin diselamatkannya. Sesiapa yang percaya Ogonshoto akan menerima bala , mengikutnya naik ke bahtera. Kelihatan penyu raksasa itu keluar buat kali ke-2 meninggalkan pulau karang. Nakhoda mengarahkan bahteranya belayar mengikut laluan penyu raksasa itu.Tsunami telah melanda Ogonshoto seperti yang diramalkan. Ogonshoto tenggelam . Akhirnya,bahtera mereka sampai di sebuah pulau yang baharu. Di pulau yang baharu inilah nakhoda dan pengikut-pengikutnya berjumpa dengan kelasi-kelasi kapal daripada Kawai Maru.

Soal jawab: 1. Apakah nilai-nilai yang dapat digali untuk warga Malaysia berasaskan novel ini? 2. Apakah tema keseluruhan novel ini? 3. Novel ini agak berat dan isu banyak yang boleh disalah ertikan oleh pelajar-pelajar. Jawapan : 1. Sastera harus bergerak seiring dengan sains dan teknologi. Di negara maju yang

masyarakatnya bersopan-santun, budaya sasteranya bergerak seiring. Misalnya, Di Tokyo ada pementasan bangsawan pada setiap hari. Kanak-kanak telah didedahkan dengan pementasan ini Oleh itu, sesuatu karya mestilah memberi pengalaman seni yang baik kepada pembaca . Karya ini juga boleh menambah pengalaman intelektual. Misalnya , pembaca dapat membuat perbezaan aisberg di kutub utara dan di kutub selatan sebagai input ilmu.

2. Tema keseluruhannya ialah perjuangan hak asasi manusia. Misalnya, sistem demokrasi di

dunia ke-3 tidak diberi tempat . Oleh hal demikian, isu perlu diperjuangkan. 3. Karya ini kalau dianalisis di peringkat kolej atau universiti agak tinggi. Oleh itu, gurulah yang

akan mengajar perkara-perkara asas mengikut tahap pelajar . Karya ini diakui mempunyai makna yang berlapis-lapis dalam konteks tertentu. Namun,segalanya bergantung pada pengalaman dan tafsiran kita.

4. Apakah pengajaran novel ini secara umumnya? Secara langsung karya ini berkaitan ekologi. Air itu sangat penting dalam kehidupan kita. Oleh hal demikian, kawasan-kawasan yang penting seperti kawasan tadahan air , kawasan tadahan hujan perlu dikawal. Pengarang juga menyelitkan hubungan manusia dengan alam iaitu flora dan fauna. Selain itu, hal ini juga menyentuh hubungan manusia dengan Tuhan. 5. Bagaimana cara terbaik untuk mendalami karya ini sebab latar karya tidak dialami oleh pelajar? Latar bukanlah perkara penting.Asalkan ada watak dan peristiwa sudah boleh menjadi sebuah cerita. Pilih peringkat yang paling rendah sesuai dengan pelajar.Misalnya, guru harus menyentuh perkara asas seperti watak, latar dan idea. Bab Aisberg, pengarang menyampaikan supaya kita tidak terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Oleh itu, kita harus mencari jalan sendiri untuk menyelesaikan sesuatu masalah.