biasanya menemui kegagalan dan jarang dapat bertahan. … and visitors... · ia terus rancak dan...

1
SEKEJAP-SEKEJAP makan... Sekejap-sekejap makan... Alahai... macam manalah nak kuruskan badan? Percaya atau tidak, itulah yang menjadi amalan saya sejak tiga tahun lalu. Alhamdulillah, setelah berjaya menurun- kan hampir 14 kilogram, penurunan itu dap- at dikekalkan. Sama seperti ramai wanita di luar sana, saya juga dibelenggu masalah berat badan sejurus saya melahirkan sekitar 15 tahun la- lu. Perjalanan saya untuk mencari penawar bagi mengatasi masalah ini memang panjang dan memeritkan. Banyak wang yang saya laburkan namun tiada hasilnya. Sebutlah apa sahaja, rasanya saya pernah mencubanya. Di pusat pelangsi- ngan badan, saya membelanjakan ribuan dolar. Saya juga pernah menemui doktor yang memberikan pil bagi mengawal selera makan, saya ke farmasi membeli suplemen, teh dan sebagainya. Secara peribadi, saya bukanlah seorang yang gemarkan kegiatan luaran seperti berse- nam, berlari-lari anak, hiking, berbasikal atau sebagainya. Maka itu, saya berusaha mencari jalan pintas untuk mendapatkan tubuh mena- wan. Saya tidak kuat makan. Tetapi saya suka cemilan. Dalam usaha saya mahu mengurus- kan badan, saya juga kerap meninggalkan masa makan. Konon untuk mengurangkan pengambilan kalori. Tetapi ternyata semua itu hanyalah salah tanggapan semata-mata. Kini saya tahu bahawa sarapan adalah kunci untuk ‘mengejutkan’ metabolisme saya agar tidak terus tidur. Amalan memakan se- cara tetap itu pula adalah usaha memastikan ia terus rancak dan tidak tidur semula. Semua itu saya pelajari semasa menyertai program pengurusan berat badan di salah se- buah hospital setempat. Sebelum saya mene- mui jalan lurus untuk kurus memang terlalu banyak kesilapan yang saya lakukan. Saya terlalu naif. Semasa menandatangani pakej di pusat pe- langsingan selepas melahirkan anak pertama, saya diberikan sirap mapel dan diarah men- campurkan ia dengan lemon dan air selama tiga hari. Itulah diet saya yang dikatakan khusus untuk membuang toksik di dalam badan. Dalam sesi susulan, saya dibungkus den- gan plastik bak mumia. Walaupun saya mem- beli pakej untuk 10 sesi, saya hanya menyele- saikan lapan sahaja. Saya mula kehilangan minat apabila berat badan tidak berkuran- gan. Kini saya sedar apa yang ‘susut’ sekejap dulu sekadar kehilangan cecair. Pencarian penawar berat badan saya men- jadi lebih ligat selepas melahirkan anak ked- ua dua tahun kemudian. Mendengarkan sa- ranan teman-teman, banyak produk di farma- si saya cuba seperti pil, teh, ubat sapu dan se- bagainya. Tetapi apabila kes pil diet Slim 10 yang hampir meragut nyawa pelakon, Andrea De Cruz mendapat sorotan media pada 2002, saya jadi kecut. Saya enggan meletakkan nya- wa di hujung tanduk demi kecantikan. Ketika itulah saya memutuskan mahu menemui dok- tor dengan harapan ia lebih selamat. Saya diberi dua jenis ubat dalam setiap kunjungan bagi bekalan sebulan. Ia termasuk ubat Duromine. Penurunannya agak drastik sampai lima atau enam kilogram. Tetapi ubat itu membawa kesan sampingan. Saya sukar ti- dur, otak begitu aktif dan dada saya berde- bar-debar. Tidak saya sangka kesannya lebih teruk daripada itu. Saya mengalami keretakan halus di kaki meskipun tersandung sedikit. Doktor mengarahkan pemeriksaan susulan dan keputusannya cukup mengejutkan. Dalam usia yang masih muda – awal 30-an tahun – saya disahkan mengalami os- teopenia iaitu tahap awal masalah kerapuhan tulang atau osteoporosis. Doktor itu men- gakui beliau juga amat terkejut memandang- kan masalah itu lebih kerap dialami wanita berusia. Menerusi sesi soal jawab, doktor meru- muskan ia ada kaitan dengan pil Duromine yang saya ambil. Saya diminta menghentikan- nya serta-merta dan mula mengambil makan- an berkalsium demi kesihatan tulang. Mula- lah saya kemaruk minum berliter-liter susu walaupun saya membencinya. Bermacam perisa yogurt saya makan, ikan bilis, brokoli dan apa jua bahan yang sarat kalsium. Gara-gara semuanya saya bedal (seharus- nya, saya hanya perlu mengambil pil kalsi- um), badan saya malah terus membelon! Wal- hasil balik asal! Geram!!! Akhirnya, saya bertekad bulat (walau ten- gah membelon) bahawa saya enggan lagi mengikut apa jua diet yoyo. Ilmu yang saya timba daripada program pengurusan berat badan telah berjaya mem- buka mata. Kini saya lebih tahu cara mengaw- al pemakanan, saya tahu membaca label ma- kanan, menghitung kalori dan saya tahu cara bersenam (walaupun saya tetap malas) ber- dasarkan kadar degupan jantung (THRR) agar pembakaran lemak di tahap optimum. Saya masih mencemil, tetapi ia kini di dalam kawalan. Seperti nasihat pakar pema- kanan, gunakan nisbah 80:20. “Cubalah berusaha menjadi budak baik se- lama 80 peratus seminggu. Baki 20 peratus itu makanlah apa yang awak mahu...” ka- tanya. Kini, walaupun tubuh saya tidak kurus bak kerengga, saya rasa jauh lebih sihat! Al- hamdulillah. USAH mudah terpedaya dengan jan- ji-janji manis penjual atau pengeluar produk menurunkan berat badan serta visu- al-visual yang memaparkan bintang iklan yang cantik menawan mahupun gambar sedutan dulu dan sekarang. Pengarah, Unit Obesiti dan Metabolik, SGH Life Centre, yang juga Konsultan Kan- an Endokrinologi, Hospital Besar Si- ngapura (SGH), Dr Tham Kwang Wei, ber- kata: “Berhati-hatilah jika sesuatu produk itu menjanjikan pengurangan berat badan se- cara dramatik dalam jangka pendek seperti 10 kilogram dalam sebulan hanya melalui pengambilan pil sahaja tanpa perlu berse- nam atau mengubah diet anda. “Penurunan secara drastik boleh me- nimbulkan risiko kesihatan seperti kega- galan ginjal, kerosakan hati dan degupan jantung terhenti.” Menurut Konsultan, Pusat Pengurusan Obesiti dan Surgeri, Hospital Universiti Na- sional (NUH), Dr Asim Shabbir, pil yang di- jual biasanya dikatakan selamat kerana bah- an di dalamnya adalah herba. “Bagaimanapun, ia kadangkala mengan- dungi bahan aktif bersifat perubatan, con- tohnya, mengawal selera makan dan diure- tik iaitu meningkatkan aliran kencing. Ini boleh mengakibatkan kemurungan, komp- likasi kardiovaskular dan paru-paru atau se- bagainya. “Terdapat kes-kes yang menggerunkan sebelum ini,” ujar Dr Asim. Pada 2002, contohnya, kapsul menurun- kan berat badan Slim 10 yang dihasilkan dari China mendapat sorotan media apabi- la bintang televisyen setempat, Andrea De Cruz, 38 tahun, mengalami kegagalan hati setelah memakannya. Beliau terpaksa men- jalani pembedahan hati untuk menyelamat- kan nyawanya. Menyentuh tentang pengganti makanan atau meal replacement pula, Dr Asim ber- kata, jika diambil mengikut panduan dan pemantauan, ia boleh membantu menurun- kan berat badan. Ini kerana ia kandungan kalori yang terkawal. “Namun, berat badan yang berjaya dikurangkan itu boleh kembali lagi kerana pengganti makanan pada umumnya bukan- lah diet khusus untuk jangka panjang,” tam- bahnya. Menjelaskan lebih lanjut, Doktor Resi- den Kanan di Pusat Perubatan Sukan Chan- gi, di Hospital Besar Changi, Dr Fadzil Hamzah, berkata: “Pengganti makanan ini mempunyai masalahnya yang tersendiri. “Secara psikologi, meskipun seseorang itu mengamalkan pengganti makanan yang biasanya berbentuk cecair, mereka akan tetap mencari sesuatu untuk dikunyah. Akhirnya, ia akan tetap menambahkan jum- lah kalori secara keseluruhan.” Mengenai suplemen atau pil untuk men- guruskan badan pula, Dr Tham menambah bahawa ia boleh menyekat penyerapan khasiat, mengakibatkan cirit-birit, penyah- hidratan, pening kepala, degupan jantung yang tidak menentu, kelampungan tulang dan sebagainya. Mereka yang enggan mengambil pil pula mungkin memilih untuk mencuba diet ber- bentuk jus atau berkunjung ke pusat-pusat pelangsingan badan bagi menjalani balutan untuk melangsingkan atau slim wrap. Teta- pi apakah kesan amalan ini ke atas kesiha- tan? “Jus adalah diet berbentuk cecair. Ia me- mang baik untuk menghidratkan tubuh teta- pi ia tetap cecair yang akan mudah hilang melalui peluh dan najis kecil atau besar. Apa yang tinggal kelak hanyalah apa yang ada pada jus tersebut iaitu gula. Ia hanyalah kalori dan tidak ubah seperti meminum air gula,” jelas Dr Fadzil. Berhubung dengan rawatan balutan yang banyak terdapat di pusat-pusat pe- langsingan pula, Dr Fadzil berkata seseo- rang itu mungkin akan terasa lebih ‘ringan’ apabila tubuh kehilangan cecair di akhir se- si. Namun, jumlah pengurangannya amat sedikit dan tidak akan bertahan lama. Apakah yang disifatkan penurunan be- rat badan yang sihat? Menurut beliau, penurunan yang disifat- kan menyihatkan ialah 5 atau 10 peratus daripada keseluruhan berat badan anda di akhir tempoh kira-kira enam bulan. “Tiada jalan pintas ke arah penurunan berat badan. Anda perlu menciptakan de- fisit tenaga dengan mengurangkan input (pemakanan) dan meningkatkan output (kegiatan fizikal),” tambah Dr Fadzil. Tiada jalan pintas... Jalan lurus untuk kurus CATATAN HASLEEN BACHIK [email protected] “Kini saya tahu bahawa sarapan adalah kunci untuk ‘mengejutkan’ metabolisme saya agar tidak terus tidur. Amalan memakan secara tetap itu pula adalah usaha memastikan ia terus rancak dan tidak tidur semula. Semua itu saya pelajari semasa menyertai program pengurusan berat badan di salah sebuah hospital setempat. Sebelum saya menemui jalan lurus untuk kurus memang terlalu banyak kesilapan yang saya lakukan. Saya terlalu naif.” Ramai wanita mengidamkan bentuk tubuh menawan bagaikan biola dan bersedia memborong apa jua produk yang menjanjikan penurunan berat badan. Namun, jalan pintas itu biasanya menemui kegagalan dan jarang dapat bertahan. HASLEEN BACHIK ([email protected]) dan NURMAYA ALIAS ([email protected]) mencari penyelesaian. Secara umum, bagi setiap 10 pesakit di Unit Obesiti dan Metabolik, Hospital Besar Singapura (SGH) Life Centre, tiga pernah mencuba suplemen untuk menurunkan berat badan. Tempoh pengam- bilannya adalah antara beberapa minggu dengan empat bulan. Di Pusat Perubatan Sukan Changi, Hospital Besar Changi (CGH) pula, antara 50 dengan 60 peratus daripada peserta program pengurusan berat badan telah mencuba pelbagai cara seperti berdiet, memakan suplemen, jamu atau sebagainya untuk menurunkan berat badan. Mereka yang membeli produk bagi menurunkan berat badan atau ke pusat-pusat pelangsingan membelanjakan sekurang- kurangnya $2,000 bagi setiap pakej. Namun, hasilnya kurang memberangsangkan atau tidak berkekalan. Peserta program pengurusan berat badan di CGH rata-rata berusia sekitar 30 tahun, sudah berkeluarga dan merupakan golongan profesional. Di SGH, masyarakat Melayu membentuk 25 peratus pesakit yang menjalani pembedahan bariatrik. SUMBER: Pengarah, Unit Obesiti dan Metabolik, SGH Life Centre, yang juga Konsultan Kanan Endokrinologi, Hospital Besar Singapura (SGH), Dr Tham Kwang Wei, Doktor Residen Kanan, Pusat Perubatan Sukan Changi, Hospital Besar Changi (CGH), Dr Fadzil Hamzah dan hasil tinjauan rambang 70% wanita Melayu mengalami masalah kegemukan. Seramai Sekitar 73% wanita Melayu mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) 23. BMI yang sihat ialah antara 18.5 dengan 22.9. PERANGKAAN 8 Berita Minggu | 17 November 2013 Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

Upload: hoangthu

Post on 13-Feb-2018

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: biasanya menemui kegagalan dan jarang dapat bertahan. … and Visitors... · ia terus rancak dan tidak tidur semula. Semua itu saya pelajari semasa menyertai program pengurusan berat

SEKEJAP-SEKEJAP makan...Sekejap-sekejap makan...Alahai... macam manalah nak kuruskan

badan?Percaya atau tidak, itulah yang menjadi

amalan saya sejak tiga tahun lalu.Alhamdulillah, setelah berjaya menurun-

kan hampir 14 kilogram, penurunan itu dap-at dikekalkan.

Sama seperti ramai wanita di luar sana,saya juga dibelenggu masalah berat badansejurus saya melahirkan sekitar 15 tahun la-lu. Perjalanan saya untuk mencari penawarbagi mengatasi masalah ini memang panjangdan memeritkan.

Banyak wang yang saya laburkan namuntiada hasilnya. Sebutlah apa sahaja, rasanyasaya pernah mencubanya. Di pusat pelangsi-ngan badan, saya membelanjakan ribuandolar. Saya juga pernah menemui doktoryang memberikan pil bagi mengawal seleramakan, saya ke farmasi membeli suplemen,teh dan sebagainya.

Secara peribadi, saya bukanlah seorangyang gemarkan kegiatan luaran seperti berse-nam, berlari-lari anak, hiking, berbasikal atausebagainya. Maka itu, saya berusaha mencarijalan pintas untuk mendapatkan tubuh mena-wan.

Saya tidak kuat makan. Tetapi saya sukacemilan. Dalam usaha saya mahu mengurus-kan badan, saya juga kerap meninggalkan

masa makan. Konon untuk mengurangkanpengambilan kalori. Tetapi ternyata semuaitu hanyalah salah tanggapan semata-mata.

Kini saya tahu bahawa sarapan adalahkunci untuk ‘mengejutkan’ metabolisme sayaagar tidak terus tidur. Amalan memakan se-cara tetap itu pula adalah usaha memastikania terus rancak dan tidak tidur semula.

Semua itu saya pelajari semasa menyertaiprogram pengurusan berat badan di salah se-buah hospital setempat. Sebelum saya mene-mui jalan lurus untuk kurus memang terlalubanyak kesilapan yang saya lakukan. Sayaterlalu naif.

Semasa menandatangani pakej di pusat pe-langsingan selepas melahirkan anak pertama,saya diberikan sirap mapel dan diarah men-campurkan ia dengan lemon dan air selamatiga hari. Itulah diet saya yang dikatakankhusus untuk membuang toksik di dalambadan.

Dalam sesi susulan, saya dibungkus den-gan plastik bak mumia. Walaupun saya mem-beli pakej untuk 10 sesi, saya hanya menyele-saikan lapan sahaja. Saya mula kehilanganminat apabila berat badan tidak berkuran-gan. Kini saya sedar apa yang ‘susut’ sekejapdulu sekadar kehilangan cecair.

Pencarian penawar berat badan saya men-jadi lebih ligat selepas melahirkan anak ked-ua dua tahun kemudian. Mendengarkan sa-ranan teman-teman, banyak produk di farma-si saya cuba seperti pil, teh, ubat sapu dan se-bagainya.

Tetapi apabila kes pil diet Slim 10 yanghampir meragut nyawa pelakon, Andrea DeCruz mendapat sorotan media pada 2002,saya jadi kecut. Saya enggan meletakkan nya-wa di hujung tanduk demi kecantikan. Ketikaitulah saya memutuskan mahu menemui dok-tor dengan harapan ia lebih selamat.

Saya diberi dua jenis ubat dalam setiapkunjungan bagi bekalan sebulan. Ia termasukubat Duromine. Penurunannya agak drastiksampai lima atau enam kilogram. Tetapi ubatitu membawa kesan sampingan. Saya sukar ti-dur, otak begitu aktif dan dada saya berde-bar-debar.

Tidak saya sangka kesannya lebih terukdaripada itu. Saya mengalami keretakanhalus di kaki meskipun tersandung sedikit.Doktor mengarahkan pemeriksaan susulandan keputusannya cukup mengejutkan.

Dalam usia yang masih muda – awal30-an tahun – saya disahkan mengalami os-teopenia iaitu tahap awal masalah kerapuhantulang atau osteoporosis. Doktor itu men-gakui beliau juga amat terkejut memandang-kan masalah itu lebih kerap dialami wanitaberusia.

Menerusi sesi soal jawab, doktor meru-muskan ia ada kaitan dengan pil Duromineyang saya ambil. Saya diminta menghentikan-nya serta-merta dan mula mengambil makan-an berkalsium demi kesihatan tulang. Mula-lah saya kemaruk minum berliter-liter susuwalaupun saya membencinya. Bermacamperisa yogurt saya makan, ikan bilis, brokolidan apa jua bahan yang sarat kalsium.

Gara-gara semuanya saya bedal (seharus-nya, saya hanya perlu mengambil pil kalsi-um), badan saya malah terus membelon! Wal-hasil balik asal! Geram!!!

Akhirnya, saya bertekad bulat (walau ten-gah membelon) bahawa saya enggan lagimengikut apa jua diet yoyo.

Ilmu yang saya timba daripada programpengurusan berat badan telah berjaya mem-buka mata. Kini saya lebih tahu cara mengaw-al pemakanan, saya tahu membaca label ma-kanan, menghitung kalori dan saya tahu carabersenam (walaupun saya tetap malas) ber-dasarkan kadar degupan jantung (THRR)agar pembakaran lemak di tahap optimum.

Saya masih mencemil, tetapi ia kini didalam kawalan. Seperti nasihat pakar pema-kanan, gunakan nisbah 80:20.

“Cubalah berusaha menjadi budak baik se-lama 80 peratus seminggu. Baki 20 peratusitu makanlah apa yang awak mahu...” ka-tanya.

Kini, walaupun tubuh saya tidak kurusbak kerengga, saya rasa jauh lebih sihat! Al-hamdulillah.

USAH mudah terpedaya dengan jan-ji-janji manis penjual atau pengeluarproduk menurunkan berat badan serta visu-al-visual yang memaparkan bintang iklanyang cantik menawan mahupun gambarsedutan dulu dan sekarang.

Pengarah, Unit Obesiti dan Metabolik,SGH Life Centre, yang juga Konsultan Kan-an Endokrinologi, Hospital Besar Si-ngapura (SGH), Dr Tham Kwang Wei, ber-kata:

“Berhati-hatilah jika sesuatu produk itumenjanjikan pengurangan berat badan se-cara dramatik dalam jangka pendek seperti10 kilogram dalam sebulan hanya melaluipengambilan pil sahaja tanpa perlu berse-nam atau mengubah diet anda.

“Penurunan secara drastik boleh me-nimbulkan risiko kesihatan seperti kega-galan ginjal, kerosakan hati dan degupanjantung terhenti.”

Menurut Konsultan, Pusat PengurusanObesiti dan Surgeri, Hospital Universiti Na-sional (NUH), Dr Asim Shabbir, pil yang di-jual biasanya dikatakan selamat kerana bah-an di dalamnya adalah herba.

“Bagaimanapun, ia kadangkala mengan-dungi bahan aktif bersifat perubatan, con-tohnya, mengawal selera makan dan diure-tik iaitu meningkatkan aliran kencing. Iniboleh mengakibatkan kemurungan, komp-likasi kardiovaskular dan paru-paru atau se-bagainya.

“Terdapat kes-kes yang menggerunkansebelum ini,” ujar Dr Asim.

Pada 2002, contohnya, kapsul menurun-kan berat badan Slim 10 yang dihasilkandari China mendapat sorotan media apabi-la bintang televisyen setempat, Andrea DeCruz, 38 tahun, mengalami kegagalan hatisetelah memakannya. Beliau terpaksa men-jalani pembedahan hati untuk menyelamat-kan nyawanya.

Menyentuh tentang pengganti makananatau meal replacement pula, Dr Asim ber-kata, jika diambil mengikut panduan danpemantauan, ia boleh membantu menurun-kan berat badan. Ini kerana ia kandungankalori yang terkawal.

“Namun, berat badan yang berjayadikurangkan itu boleh kembali lagi keranapengganti makanan pada umumnya bukan-

lah diet khusus untuk jangka panjang,” tam-bahnya.

Menjelaskan lebih lanjut, Doktor Resi-den Kanan di Pusat Perubatan Sukan Chan-gi, di Hospital Besar Changi, Dr FadzilHamzah, berkata: “Pengganti makanan inimempunyai masalahnya yang tersendiri.

“Secara psikologi, meskipun seseorangitu mengamalkan pengganti makanan yangbiasanya berbentuk cecair, mereka akantetap mencari sesuatu untuk dikunyah.Akhirnya, ia akan tetap menambahkan jum-lah kalori secara keseluruhan.”

Mengenai suplemen atau pil untuk men-guruskan badan pula, Dr Tham menambahbahawa ia boleh menyekat penyerapankhasiat, mengakibatkan cirit-birit, penyah-hidratan, pening kepala, degupan jantungyang tidak menentu, kelampungan tulangdan sebagainya.

Mereka yang enggan mengambil pil pulamungkin memilih untuk mencuba diet ber-bentuk jus atau berkunjung ke pusat-pusatpelangsingan badan bagi menjalani balutanuntuk melangsingkan atau slim wrap. Teta-pi apakah kesan amalan ini ke atas kesiha-tan?

“Jus adalah diet berbentuk cecair. Ia me-mang baik untuk menghidratkan tubuh teta-pi ia tetap cecair yang akan mudah hilangmelalui peluh dan najis kecil atau besar.Apa yang tinggal kelak hanyalah apa yangada pada jus tersebut iaitu gula. Ia hanyalahkalori dan tidak ubah seperti meminum airgula,” jelas Dr Fadzil.

Berhubung dengan rawatan balutanyang banyak terdapat di pusat-pusat pe-langsingan pula, Dr Fadzil berkata seseo-rang itu mungkin akan terasa lebih ‘ringan’apabila tubuh kehilangan cecair di akhir se-si. Namun, jumlah pengurangannya amatsedikit dan tidak akan bertahan lama.

Apakah yang disifatkan penurunan be-rat badan yang sihat?

Menurut beliau, penurunan yang disifat-kan menyihatkan ialah 5 atau 10 peratusdaripada keseluruhan berat badan anda diakhir tempoh kira-kira enam bulan.

“Tiada jalan pintas ke arah penurunanberat badan. Anda perlu menciptakan de-fisit tenaga dengan mengurangkan input(pemakanan) dan meningkatkan output(kegiatan fizikal),” tambah Dr Fadzil.

Tiada jalan pintas...

Jalan lurusuntuk kurus

CATATAN

HASLEEN [email protected]

“Kini saya tahu bahawasarapan adalah kunci untuk‘mengejutkan’ metabolismesaya agar tidak terus tidur.Amalan memakan secaratetap itu pula adalah usahamemastikan ia terus rancakdan tidak tidur semula.Semua itu saya pelajarisemasa menyertai programpengurusan berat badan disalah sebuah hospitalsetempat. Sebelum sayamenemui jalan lurus untukkurus memang terlalubanyak kesilapan yang sayalakukan. Saya terlalu naif.”

Ramai wanita mengidamkan bentuk tubuh menawan bagaikan biola dan bersedia memborong apa jua produk yang menjanjikan penurunan berat badan. Namun, jalan pintas itubiasanya menemui kegagalan dan jarang dapat bertahan. HASLEEN BACHIK ([email protected]) dan NURMAYA ALIAS ([email protected]) mencari penyelesaian.

Secara umum, bagi setiap 10 pesakit di Unit Obesiti dan Metabolik, Hospital Besar Singapura (SGH) Life Centre, tigapernah mencuba suplemen untuk menurunkan berat badan. Tempoh pengam-bilannya adalah antara beberapa minggu dengan empat bulan.

Di Pusat Perubatan Sukan Changi, Hospital Besar Changi (CGH) pula, antara 50 dengan 60 peratus daripada peserta program pengurusan berat badan telah mencuba pelbagai cara seperti berdiet, memakan suplemen, jamu atau sebagainya untuk menurunkan berat badan.

Mereka yang membeli produk bagi menurunkan berat badan atau ke pusat-pusat pelangsingan membelanjakan sekurang-kurangnya $2,000 bagi setiap pakej. Namun, hasilnya kurang memberangsangkan atau tidak berkekalan.

Peserta program pengurusan berat badan di CGH rata-rata berusia sekitar 30 tahun, sudah berkeluarga dan merupakan golongan profesional.

Di SGH, masyarakat Melayu membentuk 25 peratus pesakit yang menjalani pembedahan bariatrik.

SUMBER: Pengarah, Unit Obesiti dan Metabolik, SGH Life Centre, yang juga Konsultan Kanan Endokrinologi, Hospital Besar Singapura (SGH), Dr Tham Kwang Wei, Doktor Residen Kanan, Pusat Perubatan Sukan Changi, Hospital Besar Changi (CGH), Dr Fadzil Hamzah dan hasil tinjauan rambang

70%wanita Melayu mengalami masalah kegemukan.

Seramai

Sekitar

73%wanita Melayu mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) 23. BMI yang sihat ialah antara 18.5 dengan 22.9.

PERANGKAAN

8 Berita Minggu | 17 November 2013

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

jaimedev
Rectangle