laparoscopic atasi adjustable gastric banding … and visitors/newsroom... · dan sains perubatan...

1
“Kalau dulu saya susah hendak mengawal pemakanan saya sebab saya selalu makan luar, kini saya dapat kawal dengan lebih baik sebab perut dah kecil. Saya pun berasa lebih bertenaga.” – Encik Alex Ang, kini 44 tahun dan telah menghidap kencing manis sejak berusia 28 tahun. Berat badannya pernah mencecah 85 kilogram tetapi kini turun kepada 67 kilogram setelah menjalani pembedahan bariatrik pada April lalu. BELIAU menghidap kencing manis sejak berusia 28 tahun dan pernah memiliki berat badan 85 kilogram. Tetapi, sejak menjalani pembedahan bariatrik pada April lalu, kencing manisnya te- lah dapat dikawal dengan baik dan berat badannya pun telah turun banyak kepada 67 kilogram. Ini membuat Encik Alex Ang, kini berusia 44 tahun, lega kerana bukan saja paras gula dalam darahnya telah kembali normal, malah beliau tidak memerlukan lagi ubat insulin yang telah digunakannya selama lapan tahun. “Kalau dulu saya susah hendak mengawal pemakanan saya sebab saya selalu makan lu- ar, kini saya dapat kawal dengan lebih baik sebab perut dah kecil. Saya pun berasa lebih bertenaga,” kata Encik Ang, seorang pendan- dan binatang peliharaan. Beliau telah menjalani dua jenis pembedah- an bariatrik iaitu Laparoscopic Sleeve Gastrec- tomy (LAGP) dan Roux-en-Y Gastric Bypass (RYGP) yang dilakukan oleh Dr Peter Goh, se- orang pakar pembedahan di klinik swasta. Seorang lagi pesakit yang puas hati dengan pembedahan sama yang dilaluinya juga oleh Dr Goh ialah Encik Vinod Sharma, 44 tahun, eksekutif syarikat sofwe. Beliau menghidap kencing manis kronik se- jak tahun 2000 dan memerlukan 30 unit insu- lin sehari dan makan empat jenis ubat. Tetapi, badannya tidak berat – sekitar 74 kilogram. Namun, sejak menjalani pembedahan LAGP, beliau tidak menggunakan insulin lagi dan memakan satu jenis ubat saja. “Saya gembira dengan hasil pembedahan ini. Berat badan saya pun sudah semakin tu- run dan kini saya seberat 62 kilogram,” katan- ya. Kajian di NUH Dr Asim Shabbir, konsultan di Pusat Pengu- rusan dan Pembedahan Obesiti di Hospital Universiti Nasional (NUH), pula memberi- tahu satu kajian pada November tahun lalu yang dijalankan hospital itu ke atas 47 pesakit obes dan kencing manis NUH yang menjalani pembedahan bariatrik menunjukkan kesan positif. Seramai 18 pesakit itu adalah Melayu, 15 Cina dan 14 India. Daripada bilangan ini, 33 pesakit menjalani kajian susulan selama lebih setahun dan didapati 89 peratus daripada mereka memiliki paras gula dalam darah yang normal tanpa perlu memakan ubat, dan pen- gawalan gula mereka juga bertambah baik. Data Persatuan Diabetes Singapura menun- jukkan seorang dalam setiap sembilan warga berusia 18 tahun hingga 69 tahun menghidap kencing manis, atau 11.3 peratus atau 400,000 orang, dan penyakit ini antara enam penyakit utama yang meragut nyawa di negara ini. Kadar penyakit ini paling tinggi di kalan- gan orang India (17.2 peratus), diikuti Melayu (16.6 peratus) dan Cina (9.7 peratus). Obesiti pula paling tinggi di kalangan orang Melayu dengan hampir 25 peratus orang Mel- ayu Singapura obes dan ini meningkatkan li- ma kali risiko mereka menghidap kencing ma- nis. Kajian lain Sementara itu beberapa hasil kajian lain menunjukkan adanya kesan positif pembedah- an bariatrik ke atas diabetes. Kajian oleh Pusat Kajian Komplikasi Diabe- tes, Institut Kajian Biomedikal dan Bio- molekular Conway dan Sekolah Perubatan dan Sains Perubatan University College Dub- lin di Ireland, menunjukkan selain kesan ke xx /xxtara pada Jisim Indeks Tubuh (BMI), pembedahan bariatrik dilihat memberi kesan positif kepada penyakit metabolik, terutama dalam pengawalan glisemik (gula dalam darah) bagi pesakit kencing manis jenis 2, hing- ga membolehkan sebahagian pesakit men- gecapi paras gula normal. Persekutuan Diabetes Antarabangsa pula menekankan perlunya mengubah fokus pem- bedahan itu daripada setakat merawat obesiti kepada menangani penyakit metabolik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol tinggi. EDEWANI ABBAS [email protected] PEMBEDAHAN bariatrik yang melibatkan pengecilan bahagian pe- rut kian didapati menjadi salah satu pilihan berkesan untuk mengatasi penyakit kencing manis. Dua doktor – seorang dari sebuah klinik swasta yang telah menjelajah ke luar negara dan seorang lagi dari sebuah hospital awam – mengesah- kannya, sambil menekankan ia bagaimanapun bukan sesuai bagi se- mua pesakit kencing manis. Pesakit yang berlebihan berat badan dan belum begitu lama meng- hidap kencing manis – sebaik-baik- nya kurang daripada 10 tahun – di- dapati lebih meraih manfaat dari- pada prosedur ini. Tetapi, seperti kata Dr Peter Goh, seorang profesor pembedahan dari Advance Surgical Group di sini, pembedahan itu masih belum mendapat perhatian daripada pe- sakit mahupun doktor di sini. “Ada doktor yang menyatakan belum ada cukup bukti yang menun- jukkan prosedur itu berkesan sedang- kan banyak kajian menunjukkan ia berkesan,” kata Dr Goh. Justeru, beliau telah mengalihkan kepakarannya ke Timur Tengah, khususnya di Qatar – tempat ter- dapat ramai orang yang gemuk dan menghidap kencing manis – dan melakukan pembedahannya di sana. Beliau dan kumpulan doktornya dari beberapa negara melakukan 1,000 kes pembedahan bariatrik se- tahun di sana dan lagi 5,000 masih dalam senarai menunggu, katanya. Beliau sendiri telah mengendali- kan 145 kes sepanjang setahun lalu di Hospital Besar Hamad di Doha, Qatar, dan beberapa lagi di sekitar 25 negara. Tetapi di Singapura, be- liau dapat melakukannya ke atas enam pesakit sahaja. ‘Mengatasi’ kencing manis dalam konteks ini bagaimanapun bukan bermakna pesakit sembuh daripada penyakit itu, katanya, kerana sejauh ini kencing manis belum dapat di- sembuhkan. Ia bermakna pesakit tidak lagi perlu memakan ubat atau disuntik in- sulin kerana paras gula dalam darah mereka sudah kembali normal. Prosedur itu juga, katanya, men- jadi semakin mudah sekarang kera- na boleh dilakukan sebagai pembe- dahan tusukan kecil atau keyhole surgery dan selesai dalam sejam. Dr Asim Shabbir, Konsultan dari Pusat Pengurusan dan Pembedahan Obesiti di Hospital Universiti Nasio- nal (NUH), pula menyatakan pem- bedahan bariatrik memang telah di- tunjukkan melalui data kajian se- bagai memberikan kesan positif ke- pada penyakit kencing manis. “Prosedur ini telah lama dilaku- kan dan ia bergantung pada sejauh mana orang ramai terdidik menge- nainya dan persepsi mereka,” kata- nya. Setelah memahaminya, pesakit perlu tahu pula untuk tujuan apa mereka mahu menjalaninya – me- nurunkan berat badan atau mengata- si kencing manis? Ada doktor yang keberatan men- gusulkan pembedahan ini kepada pe- sakit kerana bimbang akan risiko atau komplikasinya seperti keboco- ran dan pendarahan, meskipun ia kecil – kurang 2 peratus – dan boleh ditangani, tambah Dr Asim. “Jadi, bagi doktor yang tidak mengusulkannya, mereka mungkin prihatin dengan keselamatan pesak- it. Tiada isu mengenai doktor menen- tang prosedur ini jika ia baik untuk pesakit,” katanya lagi. Empat jenis prosedur Terdapat empat jenis pembedah- an bariatrik: E Laparoscopic Adjustable Gas- tric Banding (LAGB) yang juga dike- nali sebagai ‘lap band’. Ia dilakukan dengan mengecilkan saiz perut den- gan sejenis alat perubatan yang dima- sukkan ke dalam tubuh; E Laparoscopic Sleeve Gastrecto- my (LSG); E Biliopancreatic Diversion Duodenal Switch (BPD-DS). Kedua-duaya dilakukan dengan membedah buang sebahagian perut; dan E Roux-en-Y Gastric Bypass (RYGB) yang dilakukan dengan membedah alih usus kecil ke satu kantung kecil perut. Semua prosedur ini asalnya ad- alah bagi membantu seseorang yang obes atau terlalu gemuk menurunk- an berat badan. Tetapi, kini ia didapati membantu pesakit mengawal lagi kencing man- isnya dengan lebih baik. Ia satu pene- muan secara kebetulan, kata Dr Asim. Beliau menerangkan lagi: “Prose- dur yang lebih drastik memberikan hasil yang lebih baik bagi kawalan kencing manis. “Misalnya, prosedur bypass dan BPD-DS memberi peluang pesakit mengatasi penyakitnya dengan mengecap paras gula yang normal dan tidak makan ubat sehingga 90 peratus dalam tempoh lima tahun, berbanding 50 peratus bagi ‘lap band’ dan 60 hingga 70 peratus bagi LSG.” Siapa lebih raih faedah? Pesakit yang lebih meraih man- faat daripada prosedur ini umumnya adalah mereka yang lebih muda (di bawah 60 tahun), belum terlalu lama menghidap kencing manis (misaln- ya, sampai 20 tahun), tidak meng- gunakan insulin, tidak makan terlalu banyak ubat (bererti pankreasnya masih berfungsi dengan baik) dan obes dengan Indeks Jisim Tubuh (BMI) lebih 32.5. “Jadi, untuk mereka yang tidak obes dan paras gulanya dikawal den- gan baik, tidak perlulah menjalani pembedahan ini. “Tapi, ada juga orang yang tidak obes menjalaninya. Hasilnya O.K., tapi tidak begitu hebat dan risiko penyakitnya kembali masih tinggi ju- ga,” terang Dr Asim. Dr Goh pula berkata, berdasar- kan kajian, dua pertiga kes penyakit kencing manis boleh diatasi (bukan disembuhkan) melalui kawalan yang baik dan rawatan, tetapi selepas dikawal dan pesakit tidak perlu me- makan ubat, sepertiga menghidapin- ya semula. Ini kerana mereka tidak mengubah gaya hidup dan menjaga pemakanan. “Bagaimanapun, bagi pembedah- an bariatrik, kita bukan saja boleh mengatasi penyakit kencing manis mereka dengan menurunkan paras gula dalam darah, malah menghenti- kan komplikasi, jika ada, tapi bukan semua, seperti masalah urat saraf, ginjal dan jantung,” ujarnya, yang ju- ga memegang jawatan profesor pem- bedahan di Universiti Monash, Aus- tralia. Beliau menambah: “Selama ini saya tumpukan kepakaran saya di Timur Tengah kerana tiada orang di sini yang percayakan saya dan yakin pembedahan ini baik walapun saya telah melakukannya bagi pembedah- an bypass sejak 1997.” Menurutnya, kos pembedahan seperti itu di hospital privet boleh mencecah sekitar $20,000 dan dijan- gka rendah sedikit di hospital awam. Berat badan banyak turun, kini tak perlu lagi suntikan insulin Bedah perut atasi kencing manis PROSEDUR BARIATRIK YANG BOLEH BANTU KAWAL KENCING MANIS 1 2 3 4 Perut dipisahkan Saluran baru ke usus Saluran usus kecil dialihkan Sebahagian perut dibedah buang Sebahagian perut dibedah buang Gastrik fleksibel ROUX-EN-Y GASTRIC BYPASS (RYGB) BILIOPANCREATIC DIVERSION - DUODENAL SWITCH (BPD-DS) LAPAROSCOPIC SLEEVE GASTRECTOMY (LSG) LAPAROSCOPIC ADJUSTABLE GASTRIC BANDING (LAGB) Perut dikecilkan untuk mengekang kemasukan makanan DR PETER GOH: Telah banyak melakukan prosedur pembedahan bariatrik untuk mengatasi kencing manis di Qatar, Timur Tengah. – Foto KHALID BABA DR ASIM SHABBIR: Orang ramai perlu dididik mengenai pembedahan bariatrik dan tahu tujuan mereka menjalaninya, kata konsultan dari NUH ini. Elias Kindergarten, where holistic education begins... Our Curriculum includes thematic learning phonics and intensive reading program hands on and experiential learning creative art program daily surah and doa recitation daily Islamic practices Individual Iqra' recitation Swimming program (optional) Pendaftaran untuk Tahun 2014 sudah bermula. Daftar segera! Tempat Terhad! Untuk keterangan lanjut, sila hubungi cawangan kami Woodlands 63691711 Jurong West 65657932 arning n l) At Elias, Learning is a passion... SPH - Berita Harian Nursery $120.00 sebulan / 3 jam Sesi 8.30am - 11.30am 11.30am - 2.30pm 2.30pm - 5.30pm m Pre Nursery $100.00 sebulan / 3 jam Sesi 11.30am - 2.30pm 2.30pm - 5.30pm Sesi 11 2 K 'One' and K 'Two' $160.00 sebulan / 4 jam Sesi 8.30am - 12.30pm 12.30pm - 4.30pm BAHAYA KENCING MANIS: Jika tidak dikawal, beginilah jadinya kepada pesakit kencing manis – kaki terpaksa dipotong. – Foto fail Ada pesakit tidak lagi perlu makan ubat selepas jalani kaedah rawatan bariatrik 4 Berita Harian | Selasa, 3 September 2013 Berita SETEMPAT

Upload: lyminh

Post on 03-Mar-2019

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

“Kalau dulu saya susah hendak mengawalpemakanan saya sebab saya selalu makan luar,kini saya dapat kawal dengan lebih baik sebabperut dah kecil. Saya pun berasa lebihbertenaga.”

– Encik Alex Ang, kini 44 tahun dan telah menghidap kencing manissejak berusia 28 tahun. Berat badannya pernah mencecah 85kilogram tetapi kini turun kepada 67 kilogram setelah menjalanipembedahan bariatrik pada April lalu.

BELIAU menghidap kencing manis sejakberusia 28 tahun dan pernah memiliki beratbadan 85 kilogram.

Tetapi, sejak menjalani pembedahanbariatrik pada April lalu, kencing manisnya te-lah dapat dikawal dengan baik dan beratbadannya pun telah turun banyak kepada 67kilogram.

Ini membuat Encik Alex Ang, kini berusia44 tahun, lega kerana bukan saja paras guladalam darahnya telah kembali normal, malahbeliau tidak memerlukan lagi ubat insulinyang telah digunakannya selama lapan tahun.

“Kalau dulu saya susah hendak mengawalpemakanan saya sebab saya selalu makan lu-ar, kini saya dapat kawal dengan lebih baiksebab perut dah kecil. Saya pun berasa lebihbertenaga,” kata Encik Ang, seorang pendan-dan binatang peliharaan.

Beliau telah menjalani dua jenis pembedah-an bariatrik iaitu Laparoscopic Sleeve Gastrec-tomy (LAGP) dan Roux-en-Y Gastric Bypass(RYGP) yang dilakukan oleh Dr Peter Goh, se-orang pakar pembedahan di klinik swasta.

Seorang lagi pesakit yang puas hati denganpembedahan sama yang dilaluinya juga olehDr Goh ialah Encik Vinod Sharma, 44 tahun,eksekutif syarikat sofwe.

Beliau menghidap kencing manis kronik se-jak tahun 2000 dan memerlukan 30 unit insu-lin sehari dan makan empat jenis ubat. Tetapi,badannya tidak berat – sekitar 74 kilogram.

Namun, sejak menjalani pembedahanLAGP, beliau tidak menggunakan insulin lagidan memakan satu jenis ubat saja.

“Saya gembira dengan hasil pembedahanini. Berat badan saya pun sudah semakin tu-run dan kini saya seberat 62 kilogram,” katan-ya.

Kajian di NUHDr Asim Shabbir, konsultan di Pusat Pengu-

rusan dan Pembedahan Obesiti di Hospital

Universiti Nasional (NUH), pula memberi-tahu satu kajian pada November tahun laluyang dijalankan hospital itu ke atas 47 pesakitobes dan kencing manis NUH yang menjalanipembedahan bariatrik menunjukkan kesanpositif.

Seramai 18 pesakit itu adalah Melayu, 15Cina dan 14 India. Daripada bilangan ini, 33pesakit menjalani kajian susulan selama lebihsetahun dan didapati 89 peratus daripadamereka memiliki paras gula dalam darah yangnormal tanpa perlu memakan ubat, dan pen-gawalan gula mereka juga bertambah baik.

Data Persatuan Diabetes Singapura menun-jukkan seorang dalam setiap sembilan wargaberusia 18 tahun hingga 69 tahun menghidapkencing manis, atau 11.3 peratus atau400,000 orang, dan penyakit ini antara enampenyakit utama yang meragut nyawa dinegara ini.

Kadar penyakit ini paling tinggi di kalan-gan orang India (17.2 peratus), diikuti Melayu(16.6 peratus) dan Cina (9.7 peratus).

Obesiti pula paling tinggi di kalangan orangMelayu dengan hampir 25 peratus orang Mel-

ayu Singapura obes dan ini meningkatkan li-ma kali risiko mereka menghidap kencing ma-nis.

Kajian lainSementara itu beberapa hasil kajian lain

menunjukkan adanya kesan positif pembedah-an bariatrik ke atas diabetes.

Kajian oleh Pusat Kajian Komplikasi Diabe-tes, Institut Kajian Biomedikal dan Bio-molekular Conway dan Sekolah Perubatandan Sains Perubatan University College Dub-lin di Ireland, menunjukkan selain kesankexx/xxtara pada Jisim Indeks Tubuh (BMI),pembedahan bariatrik dilihat memberi kesanpositif kepada penyakit metabolik, terutamadalam pengawalan glisemik (gula dalamdarah) bagi pesakit kencing manis jenis 2, hing-ga membolehkan sebahagian pesakit men-gecapi paras gula normal.

Persekutuan Diabetes Antarabangsa pulamenekankan perlunya mengubah fokus pem-bedahan itu daripada setakat merawat obesitikepada menangani penyakit metabolik sepertikencing manis, tekanan darah tinggi dan paraskolesterol tinggi.

EDEWANI [email protected]

PEMBEDAHAN bariatrik yangmelibatkan pengecilan bahagian pe-rut kian didapati menjadi salah satupilihan berkesan untuk mengatasipenyakit kencing manis.

Dua doktor – seorang dari sebuahklinik swasta yang telah menjelajahke luar negara dan seorang lagi darisebuah hospital awam – mengesah-kannya, sambil menekankan iabagaimanapun bukan sesuai bagi se-mua pesakit kencing manis.

Pesakit yang berlebihan beratbadan dan belum begitu lama meng-hidap kencing manis – sebaik-baik-nya kurang daripada 10 tahun – di-dapati lebih meraih manfaat dari-pada prosedur ini.

Tetapi, seperti kata Dr PeterGoh, seorang profesor pembedahandari Advance Surgical Group di sini,pembedahan itu masih belummendapat perhatian daripada pe-sakit mahupun doktor di sini.

“Ada doktor yang menyatakanbelum ada cukup bukti yang menun-jukkan prosedur itu berkesan sedang-kan banyak kajian menunjukkan iaberkesan,” kata Dr Goh.

Justeru, beliau telah mengalihkankepakarannya ke Timur Tengah,khususnya di Qatar – tempat ter-dapat ramai orang yang gemuk danmenghidap kencing manis – danmelakukan pembedahannya di sana.

Beliau dan kumpulan doktornyadari beberapa negara melakukan1,000 kes pembedahan bariatrik se-tahun di sana dan lagi 5,000 masihdalam senarai menunggu, katanya.

Beliau sendiri telah mengendali-kan 145 kes sepanjang setahun laludi Hospital Besar Hamad di Doha,Qatar, dan beberapa lagi di sekitar25 negara. Tetapi di Singapura, be-liau dapat melakukannya ke atasenam pesakit sahaja.

‘Mengatasi’ kencing manis dalamkonteks ini bagaimanapun bukanbermakna pesakit sembuh daripadapenyakit itu, katanya, kerana sejauhini kencing manis belum dapat di-

sembuhkan.Ia bermakna pesakit tidak lagi

perlu memakan ubat atau disuntik in-sulin kerana paras gula dalam darahmereka sudah kembali normal.

Prosedur itu juga, katanya, men-jadi semakin mudah sekarang kera-na boleh dilakukan sebagai pembe-dahan tusukan kecil atau keyholesurgery dan selesai dalam sejam.

Dr Asim Shabbir, Konsultan dariPusat Pengurusan dan PembedahanObesiti di Hospital Universiti Nasio-nal (NUH), pula menyatakan pem-bedahan bariatrik memang telah di-tunjukkan melalui data kajian se-bagai memberikan kesan positif ke-pada penyakit kencing manis.

“Prosedur ini telah lama dilaku-kan dan ia bergantung pada sejauhmana orang ramai terdidik menge-nainya dan persepsi mereka,” kata-nya.

Setelah memahaminya, pesakitperlu tahu pula untuk tujuan apamereka mahu menjalaninya – me-nurunkan berat badan atau mengata-si kencing manis?

Ada doktor yang keberatan men-gusulkan pembedahan ini kepada pe-

sakit kerana bimbang akan risikoatau komplikasinya seperti keboco-ran dan pendarahan, meskipun iakecil – kurang 2 peratus – dan bolehditangani, tambah Dr Asim.

“Jadi, bagi doktor yang tidakmengusulkannya, mereka mungkinprihatin dengan keselamatan pesak-it. Tiada isu mengenai doktor menen-tang prosedur ini jika ia baik untukpesakit,” katanya lagi.

Empat jenis prosedurTerdapat empat jenis pembedah-

an bariatrik:E Laparoscopic Adjustable Gas-

tric Banding (LAGB) yang juga dike-nali sebagai ‘lap band’. Ia dilakukandengan mengecilkan saiz perut den-gan sejenis alat perubatan yang dima-sukkan ke dalam tubuh;

E Laparoscopic Sleeve Gastrecto-my (LSG);

E Biliopancreatic Diversion –Duodenal Switch (BPD-DS).

Kedua-duaya dilakukan denganmembedah buang sebahagian perut;dan

E Roux-en-Y Gastric Bypass(RYGB) yang dilakukan dengan

membedah alih usus kecil ke satukantung kecil perut.

Semua prosedur ini asalnya ad-alah bagi membantu seseorang yangobes atau terlalu gemuk menurunk-an berat badan.

Tetapi, kini ia didapati membantupesakit mengawal lagi kencing man-isnya dengan lebih baik. Ia satu pene-muan secara kebetulan, kata DrAsim.

Beliau menerangkan lagi: “Prose-dur yang lebih drastik memberikanhasil yang lebih baik bagi kawalankencing manis.

“Misalnya, prosedur bypass danBPD-DS memberi peluang pesakitmengatasi penyakitnya denganmengecap paras gula yang normaldan tidak makan ubat sehingga 90peratus dalam tempoh lima tahun,berbanding 50 peratus bagi ‘lapband’ dan 60 hingga 70 peratus bagiLSG.”

Siapa lebih raih faedah?Pesakit yang lebih meraih man-

faat daripada prosedur ini umumnyaadalah mereka yang lebih muda (dibawah 60 tahun), belum terlalu lamamenghidap kencing manis (misaln-

ya, sampai 20 tahun), tidak meng-gunakan insulin, tidak makan terlalubanyak ubat (bererti pankreasnyamasih berfungsi dengan baik) danobes dengan Indeks Jisim Tubuh(BMI) lebih 32.5.

“Jadi, untuk mereka yang tidakobes dan paras gulanya dikawal den-gan baik, tidak perlulah menjalanipembedahan ini.

“Tapi, ada juga orang yang tidakobes menjalaninya. Hasilnya O.K.,tapi tidak begitu hebat dan risikopenyakitnya kembali masih tinggi ju-ga,” terang Dr Asim.

Dr Goh pula berkata, berdasar-kan kajian, dua pertiga kes penyakitkencing manis boleh diatasi (bukandisembuhkan) melalui kawalan yangbaik dan rawatan, tetapi selepasdikawal dan pesakit tidak perlu me-makan ubat, sepertiga menghidapin-ya semula. Ini kerana mereka tidakmengubah gaya hidup dan menjaga

pemakanan.“Bagaimanapun, bagi pembedah-

an bariatrik, kita bukan saja bolehmengatasi penyakit kencing manismereka dengan menurunkan parasgula dalam darah, malah menghenti-kan komplikasi, jika ada, tapi bukansemua, seperti masalah urat saraf,ginjal dan jantung,” ujarnya, yang ju-ga memegang jawatan profesor pem-bedahan di Universiti Monash, Aus-tralia.

Beliau menambah: “Selama inisaya tumpukan kepakaran saya diTimur Tengah kerana tiada orang disini yang percayakan saya dan yakinpembedahan ini baik walapun sayatelah melakukannya bagi pembedah-an bypass sejak 1997.”

Menurutnya, kos pembedahanseperti itu di hospital privet bolehmencecah sekitar $20,000 dan dijan-gka rendah sedikit di hospital awam.

Berat badan banyak turun,kini tak perlu lagi suntikan insulin

Bedahperutatasi

kencingmanis

PROSEDUR BARIATRIK YANG BOLEH BANTU KAWAL KENCING MANIS

1 2 3

4

Perut dipisahkan

Saluranbaruke usus

Saluranusus kecildialihkan

Sebahagianperut dibedahbuang

Sebahagianperut dibedahbuang

Gastrik�eksibel

ROUX-EN-YGASTRIC BYPASS(RYGB)

BILIOPANCREATICDIVERSION - DUODENALSWITCH (BPD-DS)

LAPAROSCOPICSLEEVE GASTRECTOMY(LSG)

LAPAROSCOPICADJUSTABLEGASTRIC BANDING(LAGB)

Perutdikecilkanuntukmengekangkemasukan makanan

DR PETER GOH: Telah banyak melakukan prosedur pembedahan bariatrikuntuk mengatasi kencing manis di Qatar, Timur Tengah. – Foto KHALID BABA

DR ASIM SHABBIR: Orang ramai perludididik mengenai pembedahan bariatrikdan tahu tujuan mereka menjalaninya,kata konsultan dari NUH ini.

Elias Kindergarten,

where holistic

education begins...

Our Curriculum includes✓ thematic learning✓ phonics and intensive

reading program✓ hands on and experiential learning✓ creative art program✓ daily surah and doa recitation✓ daily Islamic practices✓ Individual Iqra' recitation✓ Swimming program (optional)

Pendaftaran untuk Tahun 2014 sudah bermula.Daftar segera! Tempat Terhad!

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi cawangan kamiWoodlands 63691711 • Jurong West 65657932

arning

n

l)

At Elias,Learning isa passion...

SP

H-B

erita

Har

ian

Nursery$120.00 sebulan / 3 jamSesi 8.30am - 11.30am

11.30am - 2.30pm2.30pm - 5.30pmm

Pre Nursery$100.00 sebulan / 3 jamSesi 11.30am - 2.30pm

2.30pm - 5.30pmSesi 11

2K 'One' and K 'Two'

$160.00 sebulan / 4 jamSesi 8.30am - 12.30pm

12.30pm - 4.30pm

BAHAYA KENCING MANIS:Jika tidak dikawal,beginilah jadinya kepadapesakit kencing manis –kaki terpaksa dipotong.– Foto fail

Ada pesakit tidak lagi perlu makan ubatselepas jalani kaedah rawatan bariatrik

4 Berita Harian | Selasa, 3 September 2013

Berita SETEMPAT

chongchj
Rectangle