sumbangan atas sumbang bakti melalui kerja sukarela and visitors... · gimnastik; gerakan zumba bak...

1
EFARID HAMZAH [email protected] PENGALAMAN menjalani pembedahan barah buah dada dan melalui proses kemo- terapi meninggalkan kesan yang cukup men- dalam bagi pengurus jururawat Rahimah Bahri, 51 tahun. Pengalaman pahit yang dilaluinya mem- bawa kesedaran bahawa kehidupan ini bu- kan sekadar untuk dirinya sendiri, malah orang di sekeliling. Manusia perlu saling menyokong dan berkongsi kasih sayang. Berpegang pada prinsip itu kini, ibu dua anak itu sanggup menghabiskan masa hu- jung minggu dan cutinya dengan melakukan kerja kemasyarakatan. Beliau melakukannya dengan berkongsi pengalamannya mengenai penyakit barah dan sokongan yang boleh didapatkan untuk pesakit dan keluarga atau penjaga mereka. Selain itu, beliau juga meluangkan masa membuat kerja amal di Batam bersama se- kumpulan sukarelawan lain dengan memban- tu golongan yang memerlukan. Atas semua pengorbanannya itu, Cik Ra- himah menjadi salah seorang penerima Anugerah Kemanusiaan Penjagaan Kesiha- tan untuk tahun ini. Beliau menerima anugerah tersebut dari- pada Menteri Kesihatan Gan Kim Yong dalam satu acara yang diadakan di Hotel Orchard. Cik Rahimah, yang telah menceburi bidang kejururawatan sejak 1988, merupa- kan salah seorang daripada dua kakitangan Hospital Universiti Nasional (NUH) yang menerima pengiktirafan itu tahun ini. Sejak 2007 hingga tahun ini, seramai 51 kakitangan NUH telah menerima pengikti- rafan tersebut. Antara lain Cik Rahimah diiktiraf atas sumbangan sukarela yang diberikannya. Beliau telah menggunakan pengalaman peribadinya untuk memberi nasihat kepada para pesakit barah buah dada lain menerusi kumpulan sokongan. “Memang tidak mudah saya lupakan tem- poh pengalaman pedih yang pernah saya la- lui itu. “Tapi lama-kelamaan, apabila saya se- makin pulih, saya mula menyedari bahawa penyakit ini bukan menjejas saya seorang, malah ramai yang lain. “Saya terfikir apakah yang boleh saya lakukan untuk meringankan beban pesakit lain dan juga mereka yang berisiko meng- hidapinya. “Pada masa itulah saya terfikir bahawa perkongsian pengetahuan dan pengalaman yang saya lalui cukup bagi menyampaikan mesej bahawa mereka bukan sendirian dalam menempuh dugaan penyakit itu,” ka- tanya. Pengurus jururawat di Pusat Pembeda- han Mikro Tangan dan Pembentukan Semu- la di NUH itu telah berjaya mengatasi penya- kit barah buah dada sejak 2009. Lebih lima tahun selepas sel barahnya tidak lagi dikesan, Cik Rahimah mula menawarkan dirinya sebagai sukarelawan dengan jawatankuasa di kawasan tempat tinggalnya. Menurut Pendaftaran Barah Singapura, dalam tempoh antara 2010 dengan 2014 ter- dapat 1,850 kes baru barah buah dada dalam kalangan wanita dikesan setiap tahun. Sekitar 400 pesakit meninggal dunia aki- bat barah tersebut. Bagi Cik Rahimah, selain menjadi salah seorang penyampai di acara-acara anjuran Yayasan Barah Buah Dada (BCF), beliau ju- ga menemani beberapa kumpulan penerima bantuan dalam lawatan ke tempat menarik di serata pulau. Beliau juga aktif melakukan kerja ke- masyarakatan secara sukarela untuk pen- duduk di kawasan pedalaman di Batam. “Antara lain, saya jadi penterjemah, se- lain membantu menukarkan balutan luka penduduk susah yang mengalami kecede- raan. “Bagi saya semua itu cukup memberi kepuasan selain satu cara saya menghargai nyawa setiap insan di sekeliling saya,” kata- nya. Dalam e-melnya, Ketua Operasi dan Pen- tadbiran Kelompok Universiti di bahagian Pembedahan Mikro Ortopedik, Tangan dan Pembentukan Semula NUH, Encik Tan Teck Chong, berkata: “Rahimah seorang pengurus yang amat ceria. “Di sebalik personalitinya yang meng- gembirakan itu, terdapat semangat wajanya memastikan projek-projek yang dimulakan- nya selesai. “Perwatakan dan cara beliau mengurus tenaga manusia dengan baik membuatnya disukai ramai rakan sekerja dan pesakit.” Bekas pesakit barah sumbang bakti melalui kerja sukarela AKTIF DI LUAR: Cik Rahimah (depan) sering menyertai kegiatan anjuran kumpulan sokongan setempat termasuk larian Purple Parade ini yang tujuannya meningkatkan kesedaran ramai mengenai autisme. Turut bersama beliau ialah keluarganya (mulai dua dari kiri), suaminya, Encik Andy Laurens, dan anak-anaknya, Cik Nicole Fiona Laurens dan Cik Nikita Freda Laurens. SUMBANGAN DIHARGAI: Atas sumbangan sukarelanya kepada masyarakat setempat dan luar negara, Cik Rahimah Bahri menerima Anugerah Kemanusiaan Penjagaan Kesihatan untuk tahun ini. – Foto-foto ihsan RAHIMAH BAHRI 10 Berita Harian | Rabu, 26 April 2017 Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

Upload: trancong

Post on 22-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUMBANGAN Atas sumbang bakti melalui kerja sukarela and Visitors... · gimnastik; gerakan zumba bak aerobik; meniru aksi gusti Dwayne ‘The Rock’ Johnson dalam ge-langgang;

INGIN tahu cara mencegah penyakit dan mengapa imunisasi pen-ting?

Jika demikian, anda boleh hadiri Pameran Bergerak Minggu Imu-nisasi Sedunia Hospital Besar Changi (CGH).

Selain pameran yang padat dengan maklumat serta gerai permainan, para jururawat klinik CGH akan hadir di pame-

ran tersebut untuk mem-berikan nasihat kesiha-tan.

Suntikan juga akan di-tawarkan kepada orang ramai yang hadir.

Acara itu akan diada-kan pada Sabtu ini dari 10 pagi hingga 3 petang di Atrium Utama, lantai satu, CGH.

Masuk percuma dan tiada pendaftaran diperlu-kan.

SEKUMPULAN penyelidik te-lah menemui kebaikan coklat ge-lap – ia dapat ‘melambatkan’ pros-es penuaan.

Semakin usia meningkat satu proses dinamakan tekanan oksida-tif atau oxidative stress dan radang saraf bertambah dan ini dikatakan mungkin memainkan peranan pen-ting dalam menimbulkan penyakit saraf penuaan seperti Alzheimer.

Dalam kajian itu, penyelidik daripada Sekolah Perubatan Uni-versiti California San Diego di Amerika Syarikat mendapati ba-han bahan disebut epicatechin, yang merupakan antioksidan asli yang terdapat dalam tanaman ter-utamanya koko, dapat mengurang-kan kerosakan tekanan oksidatif dan radang saraf.

Hanya dua minggu selepas ra-watan epicatechin diberi, kadar te-kanan oksidatif dan radang saraf bukan sahaja berkurangan, malah tahap memori dan kadar rasa ce-mas turut meningkat dalam model tikus yang digunakan dalam kajian itu.

Penyelidik itu berkata bahawa hasil dapatan tersebut mungkin da-pat menjelaskan kesan baik pada memori terhadap sesetengah orang yang memakan coklat gelap.

Dr Israel Ramirez-Sanchez, se-orang pakar pemakanan sihat dan dietetik, diabetologi dan kardiolo-gi, menyampaikan dapatan kajian itu di mesyuarat tahunan Persatu-an Farmakologi dan Terapeutik Ka-jian Amerika kelmarin.

Kajian itu juga mendapati baha-

wa amalan memakan produk koko yang kaya kandungan flavanol di-kaitkan dengan pembaikan dalam sesetengah kesihatan kardiometab-olik yang khusus.

“Kami dapati bahawa kandu-ngan flavanol dalam koko mung-kin mengurangkan masalah dislipi-demia (triglycerides) yang merupa-kan kandungan utama lemak asli dan minyak, daya tahan pada insu-lin (keadaan di mana sel tubuh gagal bertindak seperti biasa kepa-da insulin hormon); dan radang sistemik (yang menyumbang kepa-da sesetengah jenis masalah).

“Kesemua ini adalah faktor berisiko klinikal kecil pada pe-nyakit metabolik kardio,” kata Pro-fesor Simin Liu, daripada Universi-ti Brown di Rhode Islands, Ameri-ka Syarikat.

BANYAK jenis senaman yang telah penulis cu-ba sejak beberapa tahun lalu.

Antaranya Gyrotonic yang menggabungkan gerakan asas yang terdiri daripada tarian, gimnas-tik, renang dan taici; tarian tiang di mana saya ber-gayut pada tiang dan melakukan pelbagai aksi gimnastik; gerakan zumba bak aerobik; meniru aksi gusti Dwayne ‘The Rock’ Johnson dalam ge-langgang; dan CrossFit, yang merupakan sejenis senaman menambah kekuatan dan kecergasan yang menggabung pelbagai pergerakan harian dalam tempoh yang ditetapkan.

Terbaru saya berpeluang mencuba gerakan ter-api yoga dalam usaha melegakan rasa sakit di ba-hagian tertentu tubuh saya.

Memandangkan usia yang kian meningkat, tidak hairanlah otot dan sendi saya kadangkala terasa sakit.

Beberapa laporan yang disiarkan akhbar ini banyak memaparkan manfaat yoga.

Seorang doktor di Hospital Besar Changi (CGH) yang pernah dipetik akhbar ini berkata ba-hawa yoga akan dapat meningkatkan keseimba-ngan dan memberi stimulasi kepada tubuh, selain menenangkan dan membantu minda agar lebih jelas.

Yoga juga pernah diperkenal kepada peserta program Kelab Heal sedikit masa dahulu.

Sesi yoga selama sejam yang saya cuba itu di-kendalikan pemilik studio OhmSantih Yoga di Bussorah Street, yang juga juruterapi yoga, Cik War War Lwin Tun, 34 tahun.

Pada awalnya memang agak sukar saya mem-biasakan diri dengan gerakan senaman yang di-kendalikannya. Saya rasa agak kekok menuruti pergerakan yang ditunjukkan.

Namun, Cik War War, seorang Muslim ber-keturunan Myanmar, meyakinkan saya bahawa senamannya itu tidak akan memudaratkan saya.

“Anda boleh lakukan senaman ini ikut kemam-puan anda sendiri. Tiada tekanan. Yang diperlu-kan adalah pernafasan yang konsisten seperti yang biasa anda lakukan. Usah bernafas meneru-si mulut,” katanya.

Tangan dan kaki saya ternyata perlu diliukkan semasa melakukan gerakan tertentu.

Teringat saya watak Samara dalam filem Rings lakonan Bonnie Morgan.

Ini bukan uji bakat bagi filem seram itu, seba-liknya gerakan terapi, yang saya harap dapat membantu melegakan rasa sengal tubuh saya

Gerakan terapi yoga, kata Cik War War, boleh diamalkan untuk masalah fizikal dan men-tal serta emosi (seperti kemurungan, rasa cemas dan ADHD iaitu gangguan hiperaktif kurang tum-puan); masalah postur seperti yang menjejas ba-hagian belakang tubuh, artritis dan sakit bahu; ser-ta masalah pernafasan seperti lelah dan sistem penghadaman.

Cik War War, ibu seorang anak, ternyata membimbing saya dengan penuh sabar.

Lulusan ijazah Sarjana Muda Pengurusan Far-maseutikal di Universiti Bradford, England, ini te-

lah menjalani latihan Perguruan Lanjutan dalam Yoga dan Terapi daripada Institut Sains dan Ka-jian Yoga Paramanand di Indore, New Delhi, In-dia.

Ini bermakna beliau juga boleh memberi pen-sijilan kepada mereka yang berminat menjadi gu-ru yoga.

Beberapa gerakan memang sukar saya laku-kan, namun saya tiada masalah melakukan seba-hagian yang lain.

Mungkin amalan saya melakukan regangan otot di rumah hampir setiap hari membantu saya dalam sesi selama sejam itu.

Cik War War turut menunjukkan beberapa gerakan yang sesuai untuk meredakan sakit pada bahu saya. Berpeluh juga tubuh saya jadinya.

“Gerakan terapi yoga berbeza daripada yoga biasa kerana ia memberi tumpuan kepada sena-man bernafas, postur, isyarat dan bersantai.

“Semuanya dilakukan secara berhati-hati, khusus untuk mengatasi masalah yang dihadapi setiap individu dalam cara yang sistematik,” kata Cik War War.

Sesi kami berakhir apabila saya diminta terlen-tang dan menutup mata sambil meluruskan tu-buh.

Pada masa itu saya diminta memikirkan suasa-na yang menenangkan yang dapat merehatkan minda dan tubuh.

Sekitar lima minit kemudian, saya dikejutkan agar kembali ke alam nyata – masa untuk pulang ke pejabat. – FARID HAMZAH

EFARID HAMZAH

[email protected]

PENGALAMAN menjalani pembedahan barah buah dada dan melalui proses kemo-terapi meninggalkan kesan yang cukup men-dalam bagi pengurus jururawat Rahimah Bahri, 51 tahun.

Pengalaman pahit yang dilaluinya mem-bawa kesedaran bahawa kehidupan ini bu-kan sekadar untuk dirinya sendiri, malah orang di sekeliling. Manusia perlu saling menyokong dan berkongsi kasih sayang.

Berpegang pada prinsip itu kini, ibu dua anak itu sanggup menghabiskan masa hu-jung minggu dan cutinya dengan melakukan kerja kemasyarakatan.

Beliau melakukannya dengan berkongsi pengalamannya mengenai penyakit barah dan sokongan yang boleh didapatkan untuk pesakit dan keluarga atau penjaga mereka.

Selain itu, beliau juga meluangkan masa membuat kerja amal di Batam bersama se-

kumpulan sukarelawan lain dengan memban-tu golongan yang memerlukan.

Atas semua pengorbanannya itu, Cik Ra-himah menjadi salah seorang penerima Anugerah Kemanusiaan Penjagaan Kesiha-tan untuk tahun ini.

Beliau menerima anugerah tersebut dari-pada Menteri Kesihatan Gan Kim Yong dalam satu acara yang diadakan di Hotel Orchard.

Cik Rahimah, yang telah menceburi bidang kejururawatan sejak 1988, merupa-kan salah seorang daripada dua kakitangan Hospital Universiti Nasional (NUH) yang menerima pengiktirafan itu tahun ini.

Sejak 2007 hingga tahun ini, seramai 51 kakitangan NUH telah menerima pengikti-rafan tersebut.

Antara lain Cik Rahimah diiktiraf atas sumbangan sukarela yang diberikannya.

Beliau telah menggunakan pengalaman peribadinya untuk memberi nasihat kepada para pesakit barah buah dada lain menerusi kumpulan sokongan.

“Memang tidak mudah saya lupakan tem-poh pengalaman pedih yang pernah saya la-lui itu.

“Tapi lama-kelamaan, apabila saya se-makin pulih, saya mula menyedari bahawa penyakit ini bukan menjejas saya seorang, malah ramai yang lain.

“Saya terfikir apakah yang boleh saya lakukan untuk meringankan beban pesakit lain dan juga mereka yang berisiko meng-hidapinya.

“Pada masa itulah saya terfikir bahawa perkongsian pengetahuan dan pengalaman yang saya lalui cukup bagi menyampaikan mesej bahawa mereka bukan sendirian dalam menempuh dugaan penyakit itu,” ka-tanya.

Pengurus jururawat di Pusat Pembeda-han Mikro Tangan dan Pembentukan Semu-la di NUH itu telah berjaya mengatasi penya-kit barah buah dada sejak 2009.

Lebih lima tahun selepas sel barahnya tidak lagi dikesan, Cik Rahimah mula menawarkan dirinya sebagai sukarelawan dengan jawatankuasa di kawasan tempat tinggalnya.

Menurut Pendaftaran Barah Singapura, dalam tempoh antara 2010 dengan 2014 ter-dapat 1,850 kes baru barah buah dada dalam kalangan wanita dikesan setiap tahun.

Sekitar 400 pesakit meninggal dunia aki-bat barah tersebut.

Bagi Cik Rahimah, selain menjadi salah seorang penyampai di acara-acara anjuran

Yayasan Barah Buah Dada (BCF), beliau ju-ga menemani beberapa kumpulan penerima bantuan dalam lawatan ke tempat menarik di serata pulau.

Beliau juga aktif melakukan kerja ke-masyarakatan secara sukarela untuk pen-duduk di kawasan pedalaman di Batam.

“Antara lain, saya jadi penterjemah, se-lain membantu menukarkan balutan luka penduduk susah yang mengalami kecede-raan.

“Bagi saya semua itu cukup memberi kepuasan selain satu cara saya menghargai nyawa setiap insan di sekeliling saya,” kata-nya.

Dalam e-melnya, Ketua Operasi dan Pen-tadbiran Kelompok Universiti di bahagian Pembedahan Mikro Ortopedik, Tangan dan Pembentukan Semula NUH, Encik Tan Teck Chong, berkata:

“Rahimah seorang pengurus yang amat ceria.

“Di sebalik personalitinya yang meng-gembirakan itu, terdapat semangat wajanya memastikan projek-projek yang dimulakan-nya selesai.

“Perwatakan dan cara beliau mengurus tenaga manusia dengan baik membuatnya disukai ramai rakan sekerja dan pesakit.”

Pameran cegah penyakit dan

imunisasidi CGH

Penyelidik: Coklat gelap dapat ‘lambatkan’ penuaan

‘Leganya badan selepas sesi terapi yoga’

Bekas pesakit barah sumbang bakti melalui

kerja sukarela

SELESA: Itulah yang dirasakan wartawan ketika melakukan satu pergerakan terapi yang ditunjukkan oleh juruterapi yoga, Cik War War. – Foto SHAHRIYA YAHAYA

RAWATAN TERAPI

AKTIF DI LUAR: Cik Rahimah (depan) sering menyertai kegiatan anjuran kumpulan sokongan setempat termasuk larian Purple Parade ini yang tujuannya meningkatkan kesedaran ramai mengenai autisme. Turut bersama beliau ialah keluarganya (mulai dua dari kiri), suaminya, Encik Andy Laurens, dan anak-anaknya, Cik Nicole Fiona Laurens dan Cik Nikita Freda Laurens.

HASIL KAJIAN

ADA MANFAAT: Penyelidik daripada Sekolah Perubatan Universiti California San Diego di Amerika Syarikat mendapati bahawa bahan disebut ‘epicatechin’ dalam tanaman, terutamanya koko, dapat mengurangkan kerosakan tekanan oksidatif dan radang saraf yang boleh merangsang proses penuaan. – Foto fail

SUMBANGAN DIHARGAI: Atas sumbangan sukarelanya kepada masyarakat setempat dan luar negara, Cik Rahimah Bahri menerima Anugerah Kemanusiaan Penjagaan Kesihatan untuk tahun ini. – Foto-foto ihsan RAHIMAH BAHRI

DIARI

10 Berita Harian | Rabu, 26 April 2017

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan