pakar: sepertiga wanita alami darah haid berlebihan ... and visitors... · “implan gigi –...

1
SEKITAR 30 dengan 40 peratus wanita akan mengalami masalah pen- darahan haid yang banyak (HMB), atau dikenali juga sebagai pendarahan rahim tidak normal (AUB), sepanjang kehidupan mereka, kata Ketua Divi- syen Ginekologi Benigna di Jabatan Obstetriks dan Ginekologi, Hospital Universiti Nasional (NUH), Profesor Fong Yoke Fai. Malah, di Hospital Besar Singapura (SGH) pula, setiap minggu dianggar- kan satu atau dua kes wanita yang di- masukkan ke Jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) akibat masalah ke- jang perut dan AUB sehingga timbul pula masalah anemia atau kurang sel merah (haemoglobin) dalam darah. Akibatnya, mereka perlu menjalani pemindahan darah, kata Konsultan Kanan di Jabatan Obstetriks dan Ginekologi SGH, Profesor Madya Yong Tze Tein, pula. Kededua Profesor Fong dan Profe- sor Madya Yong berkata adalah sukar untuk memberikan angka sebenar pe- sakit yang menghidap masalah ini kera- na ia kurang dilaporkan. MALU BERBINCANG “Ramai wanita yang akan sengsara bertahun lamanya sebelum mendapat- kan rawatan, hanya kerana mereka malu untuk membincangkannya atau mereka anggap masalah ini serta sakit perut dan pelvik biasanya sebahagian daripada masalah yang dihidapi wanita selain penuaan,” kata Profesor Fong. Akibat kelengahan yang terlalu la- ma bagi mendapatkan rawatan, ramai wanita terpaksa menjalani pembedah- an besar – prosedur yang dapat dielak- kan sekiranya mereka mendapatkan ra- watan lebih awal, kata Profesor Fong lagi. Difahamkan sesetengah wanita mengalami AUB sejak di awal usia re- maja apabila mereka mulai datang haid. “Sedang para remaja mungkin mengalami rasa tidak selesa, malu dan kesukaran akibat pendarahan yang banyak, kes-kes sebegini biasanya ber- punca daripada isu hormon yang boleh dirawat secara mudah menerusi ubat yang dimakan atau sejenis alat intrau- terin yang menghasilkan hormon (IUS). “Kebanyakan kes akan pulih de- ngan sendirinya apabila remaja itu ki- an matang dan hormon tubuh berserta tempoh kitar kedatangan haid mereka mulai seimbang secara semula jadi,” kata Dr Fong lagi. Namun bagi kaum Hawa yang lebih dewasa seperti dalam lingkungan 30-an dan 50-an tahun, ia merupakan perkara yang berbeza. Seperti yang dialami seorang pesa- kit, Cik Goh Hwee Ling, 40-an tahun yang mula mengalami HMB sejak 2002, selepas anak pertamanya dilahir- kan. Menurutnya, darah haid yang me- ngalir keluar amat banyak sehingga be- liau perlu kerap menukar tuala wani- tanya. Ini menyebabkan setiap kali beliau datang haid, beliau perlu menyiapkan pakaian tambahan untuk dua atau tiga hari pertama. “Saya disahkan menghidap polips dan fibroids (ketumbuhan yang tidak menyebabkan barah) yang mungkin menyebabkan HMB. “Memandangkan ia tidak begitu be- sar dan tidak menimbulkan rasa tidak selesa, atau menjejas kesuburan, saya tidak disaran menjalani pembedahan,” katanya. Masalahnya itu berterusan selepas beliau melahirkan anak kedua pada 2006, sehinggalah tahun lalu apabila beliau jalani prosedur memasukan alat IUS ke rahimnya. LAMBAT PULIH Bagi golongan wanita lebih dewasa, sekiranya mereka alami AUB, sukar untuk mereka pulih dengan pantas. Punca sebenar masalah itu tidak akan bertambah baik, tapi lebih memu- darat dan merumitkan, kata Profesor Fong. Fibroid dan endometriosis merupa- kan antara punca paling kerap yang menyebabkan HMB dalam kalangan wanita lebih dewasa. Kededuanya adalah masalah pro- gresif yang biasa yang menyebabkan rasa sakit di pelvik dan perut, serta HMB. “Jika tidak dirawat, kededuanya boleh menimbulkan isu kesihatan seri- us termasuk kemandulan,” tabah Pro- fesor Fong. Malah Profesor Fong sendiri men- gakui yang beliau pernah menjalankan pembedahan mengeluarkan sejenis fi- broid seberat 3.5 kilogram, sebesar se- orang bayi. Profesor Fong menganggarkan ke- tumbuhan itu berada dalam tubuh pe- sakit lebih sedekad lamanya, dan pesa- kit itu mungkin sedar akan masalah itu namun menangguhkan masa untuk mendapatkan rawatan. Projek kajian tumbuhkan tulang Pakar: Sepertiga wanita alami darah haid berlebihan sepanjang hidup RAWATAN AWAL PERLU: Profesor Fong yang kelihatan sedang merawat seorang pesakit berkata, ramai wanita sengsara bertahun lamanya sebelum mendapatkan rawatan hanya kerana mereka malu membincangkannya atau mereka anggap masalah ini serta sakit perut dan pelvik sebahagian daripada masalah yang dihidapi wanita selain penuaan. – Foto SHAH RIZAL BAHARUDIN 10 Berita Harian | Rabu, 7 Mac 2018 Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan

Upload: dinhnhan

Post on 20-Jun-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

EFARID [email protected]

MENUMBUHKAN tulang di ka-wasan gigi yang telah tanggal agar implan pergigian boleh dilakukan di kawasan yang telah tanggal itu.

Tulang tersebut kemudian akan tumbuh menjadi perancah tiga di-mensi yang menyerap cecair bagi memulihara ketinggian dan lebar rabung selepas gigi dicabut.

Demikian projek kajian yang di-jalankan Pusat Pergigian Nasional Singapura (NDCS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Projek tersebut mendapat in-spirasi satu perancah serupa yang di-gunakan sebagai palam pada lubang-lubang halus selepas pembe-dahan saraf di mana tempurung ke-pala digerudi untuk menyalur kelu-ar lebihan cecair, kata Profesor Madya Klinikal Profesor Goh Bee Tin.

Beliau merupakan Pengkaji Uta-ma, Timbalan Pengarah Kajian dan Pendidikan, dan Konsultan Kanan Jabatan Pembedahan Oral dan Max-illofacial, NDCS.

Dalam laman Singapore Health bulan lalu dan bulan ini, Profesor Goh menimbulkan kemungkinan menggunakannya bagi implan per-gigian bersama pereka perancah itu, Profesor Teoh Swee Hin, yang merupakan pengerusi, Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Bioperuba-tan Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Satu percubaan perintis ke atas tujuh pesakit menunjukkan bahawa perancah itu mengurangkan proses tulang yang mengelilingi gigi yang dicabut daripada mengecut.

Satu kajian rambang melibatkan 138 pesakit kini juga sedang dijalan-kan, namun bagi percubaan kali ini, sejenis polimer baru yang meng-galak lebih banyak pertumbuhan tu-lang digunakan.

Profesor Goh berkata sekiranya percubaan itu berjaya, perancah

tersebut boleh menjadi prosedur ba-gi memulihara tulang sebelum im-plan pergigian, justeru ‘menyela-matkan’ ramai pesakit daripada rasa sakit selain menjimatkan belanja se-masa graf tulang dilakukan. Ia juga dapat menjimatkan masa rawatan.

Menurut Profesor Goh:“Implan gigi – kerana kejayaan-

nya yang dapat dijangkakan – kini amat popular dengan pesakit yang memilihnya berbanding gigi palsu.”

Dianggarkan sekitar 15,000 im-plan dilakukan setiap tahun di Si-ngapura.

Namun, sekiranya gigi telah di-cabut sejak sekian lama, tulang dalam rahang mungkin telah mengecut akibat tidak digunakan.

Dan ini bermakna, pesakit mung-kin memerlukan prosedur graf tu-lang dahulu.

Tulang biasanya diambil daripa-da rahang, tapi jika ini tidak mencu-kupi, ia akan diambil daripada ping-gul atau kaki.

Tulang dipasang pada soket gigi dengan skru-skru kecil.

Tempoh pulih mengambil sekitar enam bulan, dan kemudian implan pergigian akan dimasukkan.

Profesor Goh berkata implan per-gigian boleh dilakukan serta merta selepas gigi ditarik keluar, sekiranya cukup tulang pada rahang.

Sekiranya ini tidak boleh dilaku-kan, kawasan terjejas dibiarkan un-tuk dua atau tiga bulan bagi mem-beri ruang kepada tulang pulih sebe-lum implan pergigian dimasukkan.

Biasanya, bagi mengurangkan tu-lang mengecut semasa tempoh pemulihan, soket gigi akan disum-bat dengan tulang gantian biasanya daripada lembu.

Namun memandangkan ia dari-pada tulang asing, maka ia tidak sa-ma dengan tulang hidup, yang diper-lukan bagi memastikan kejayaan im-plan dalam jangka masa panjang.

Secara perbandingan, perancah itu akan membenarkan darah meny-erap masuk, maka menggalak tu-lang tumbuh mengikut sturukturya.

Gusi itu kemudian akan dijahit.Implan pergigian itu kemudian di-

masukkan sekitar enam bulan kemu-dian, dan ditutup dengan korona.

Kini para penyelidik sedang mengkaji akan kegunaan perancah tersebut.

“Kami sedang membincngkan bagaimana menggunakannya bagi menumbuhkan tulang untuk ke-gunaan lain seperti seluruh segmen rahang, tapi itu lebih mencabar.

“Ini akan membantu pesakit yang mengalami sebahagian rahang dibuang akibat tumor,” katanya.

SEKITAR 30 dengan 40 peratus wanita akan mengalami masalah pen-darahan haid yang banyak (HMB), atau dikenali juga sebagai pendarahan rahim tidak normal (AUB), sepanjang kehidupan mereka, kata Ketua Divi-syen Ginekologi Benigna di Jabatan Obstetriks dan Ginekologi, Hospital Universiti Nasional (NUH), Profesor Fong Yoke Fai.

Malah, di Hospital Besar Singapura (SGH) pula, setiap minggu dianggar-kan satu atau dua kes wanita yang di-masukkan ke Jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) akibat masalah ke-jang perut dan AUB sehingga timbul pula masalah anemia atau kurang sel merah (haemoglobin) dalam darah.

Akibatnya, mereka perlu menjalani pemindahan darah, kata Konsultan Kanan di Jabatan Obstetriks dan Ginekologi SGH, Profesor Madya Yong Tze Tein, pula.

Kededua Profesor Fong dan Profe-sor Madya Yong berkata adalah sukar untuk memberikan angka sebenar pe-sakit yang menghidap masalah ini kera-na ia kurang dilaporkan.

MALU BERBINCANG“Ramai wanita yang akan sengsara

bertahun lamanya sebelum mendapat-kan rawatan, hanya kerana mereka malu untuk membincangkannya atau mereka anggap masalah ini serta sakit perut dan pelvik biasanya sebahagian daripada masalah yang dihidapi wanita selain penuaan,” kata Profesor Fong.

Akibat kelengahan yang terlalu la-ma bagi mendapatkan rawatan, ramai wanita terpaksa menjalani pembedah-an besar – prosedur yang dapat dielak-

kan sekiranya mereka mendapatkan ra-watan lebih awal, kata Profesor Fong lagi.

Difahamkan sesetengah wanita mengalami AUB sejak di awal usia re-maja apabila mereka mulai datang haid.

“Sedang para remaja mungkin mengalami rasa tidak selesa, malu dan kesukaran akibat pendarahan yang banyak, kes-kes sebegini biasanya ber-punca daripada isu hormon yang boleh dirawat secara mudah menerusi ubat yang dimakan atau sejenis alat intrau-terin yang menghasilkan hormon (IUS).

“Kebanyakan kes akan pulih de-ngan sendirinya apabila remaja itu ki-an matang dan hormon tubuh berserta tempoh kitar kedatangan haid mereka mulai seimbang secara semula jadi,” kata Dr Fong lagi.

Namun bagi kaum Hawa yang lebih dewasa seperti dalam lingkungan 30-an dan 50-an tahun, ia merupakan perkara yang berbeza.

Seperti yang dialami seorang pesa-kit, Cik Goh Hwee Ling, 40-an tahun yang mula mengalami HMB sejak 2002, selepas anak pertamanya dilahir-kan.

Menurutnya, darah haid yang me-ngalir keluar amat banyak sehingga be-liau perlu kerap menukar tuala wani-tanya.

Ini menyebabkan setiap kali beliau datang haid, beliau perlu menyiapkan pakaian tambahan untuk dua atau tiga hari pertama.

“Saya disahkan menghidap polips dan fibroids (ketumbuhan yang tidak menyebabkan barah) yang mungkin menyebabkan HMB.

“Memandangkan ia tidak begitu be-sar dan tidak menimbulkan rasa tidak selesa, atau menjejas kesuburan, saya tidak disaran menjalani pembedahan,” katanya.

Masalahnya itu berterusan selepas beliau melahirkan anak kedua pada 2006, sehinggalah tahun lalu apabila beliau jalani prosedur memasukan alat IUS ke rahimnya.

LAMBAT PULIHBagi golongan wanita lebih dewasa,

sekiranya mereka alami AUB, sukar untuk mereka pulih dengan pantas.

Punca sebenar masalah itu tidak akan bertambah baik, tapi lebih memu-darat dan merumitkan, kata Profesor Fong.

Fibroid dan endometriosis merupa-kan antara punca paling kerap yang menyebabkan HMB dalam kalangan wanita lebih dewasa.

Kededuanya adalah masalah pro-gresif yang biasa yang menyebabkan rasa sakit di pelvik dan perut, serta HMB.

“Jika tidak dirawat, kededuanya boleh menimbulkan isu kesihatan seri-us termasuk kemandulan,” tabah Pro-fesor Fong.

Malah Profesor Fong sendiri men-gakui yang beliau pernah menjalankan pembedahan mengeluarkan sejenis fi-broid seberat 3.5 kilogram, sebesar se-orang bayi.

Profesor Fong menganggarkan ke-tumbuhan itu berada dalam tubuh pe-sakit lebih sedekad lamanya, dan pesa-kit itu mungkin sedar akan masalah itu namun menangguhkan masa untuk mendapatkan rawatan.

ADAKAH anda tahu baha-wa mereka yang kuat ber-dengkur, mengalami pening pa-da sebelah siang dan berasa ngantuk pada siang hari meru-pakan sebahagian tanda masalah yang diberi nama Ob-structive Sleep Apnoea (OSA)?

Kini dianggarkan seorang daripada setiap tiga warga Si-ngapura mengalami OSA seder-hana hingga serius dan mu-ngkin tidak sedar akan masalah yang dihadpinya.

OSA merupakan satu masalah tidur yang serius yang menjejas pernafasan dan meng-ganggu tidur seseorang.

Jika tidak dirawat, ia boleh menimbulkan lebih risiko menghidap tekanan darah ting-gi, serangan jantung dan strok atau angin ahmar.

Sempena Hari Tidur Sedu-nia 2018, anda boleh ketahui lebih lanjut tentang OSA secara lebih interaktif menerusi satu fo-rum yang turut menyelitkan be-berapa kegiatan.

Forum itu akan berlangsung pada 17 Mac ini mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari di Audito-rium Lantai Satu, Tower A, Hos-pital Besar Ng Teng Fong (NTF-GH).

Selain penyampaian oleh be-berapa konsultan, peserta akan berpeluang menjalani senaman yang dipimpin pakar-pakar fi-sioterapi selain menjalani ujian OSA.

Mereka yang berminat boleh mendaftar sehingga 2 Mac ini menerusi e-mel di [email protected].

Projek kajian tumbuhkan tulang di ruang gigi tanggal bagi implan

Pakar: Sepertiga wanita alami darah haid berlebihan sepanjang hidup

Forum sempena Hari Tidur Sedunia 17 Mac

NOTIS

DALAM MAHKAMAH KEADILAN KELUARGA(FJC) REPUBLIK SINGAPURA

No. Kes: FC/OSG 197/2017 )

Dalam Perkara Seksyen 5 Akta Penjagaan Budak(Bab 122)

DanDalam Perkara MUHAMMAD DANIAL BIN AMAT(No. BC: T0815737A)

Antara1. SANI BIN BAHARUDIN

(No. NRIC S7122734J)2. JAMAIAH BINTI KASMANI

(No. NRIC S0225550B)… Plaintif

DanAMAT BIN ABDULLAH

… Defendan

NOTIS PROSIDING BAGI PENGIKLANANDALAM AKHBAR

Kepada : MOHAMAD JONAIDI BIN ABDUL AZIZ(Singapura NRIC No. TIDAK DIKETAHUI)

Alamat : TIDAK DIKETAHUI

Ambil perhatian bahawa satu tindakan telah dimulakanterhadap Defendan yang dinamakan di atas diMakhamah Keadilan Keluarga dalam No. Suit FC/OSG 197/2017 oleh SANI BIN BAHARUDIN danJAMAIAH BINTI KASMANI, kedua-duanya mempunyaitempat tinggal di Blok 853 Woodlands Street 83#06-132 Singapura 730853, yang mana tuntutan pihakPlaintif adalah untuk melantik diri mereka sebagaipenjaga bersama yang sah kepada anak bernamaMUHAMMAD DANIAL BIN AMAT (No. BC:T0815737A), yang merupakan anak tiri anda menurutperkahwinan anda dengan ibu kepada anak tersebutyang sudah meninggal dunia iaitu Serina BintiBaharudin, di bawah peruntukan Akta PenjagaanBudak (Bab 122) dan bahawa dengan ini, hak jagaan,penjagaan dan kawalan anak tersebut diberikankepada kedua-dua Plaintif.

Dan telah diarahkan bahawa penyampaian SamanPemula, Afidavit Sokongan bagi Sani Bin Baharudindan Jamaiah Binti Kasmani bertarikh 6 September2017 dan salinan Perintah Makhamah bertarikh 21Februari 2018 dalam tindakan tersebut terhadapanda berkuatkuasa dengan iklan ini. Jika anda inginmembela diri dalam tindakan tersebut, anda mestimenghadirkan diri dalam masa tujuh (7) hari mulaitarikh penerbitan iklan ini, termasuk hari penerbitannya.Jika anda gagal hadir, satu Penghakiman boleh dibuat.

Bertarikh 7 Mac 2018Iklan ini dikeluarkan oleh

M/S A. ROHIM NOOR LILA LLPPEGUAM UNTUK PLAINTIFS

No. 111 NORTH BRIDGE ROAD#29-03A PENINSULA PLAZA

SINGAPURA 179098Tel: 6337 5447

No. Rujukan Fail AR/5103.17

PERANCANGAN BERGUNA: Profesor Goh (kiri) menerangkan kepada seorang pesakit akan perancah yang digunakan bagi implan pergigian. – Foto-foto NDCS

RAWATAN AWAL PERLU: Profesor Fong yang kelihatan sedang merawat seorang pesakit berkata, ramai wanita sengsara bertahun lamanya sebelum mendapatkan rawatan hanya kerana mereka malu membincangkannya atau mereka anggap masalah ini serta sakit perut dan pelvik sebahagian daripada masalah yang dihidapi wanita selain penuaan. – Foto SHAH RIZAL BAHARUDIN

Beef UpYour

Finances

Call 6289 8822

or e-mail

[email protected]

to publicise your

IPOs &

other offerings

GUNA PERANCAH: Perancah tiga dimensi ini diselitkan pada bahagian gigi yang ditanggalkan dalam usaha menggalak tulang untuk tumbuh.

beritaharian.sg/galeri-video

10 Berita Harian | Rabu, 7 Mac 2018

Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan