beriman kepada rasul unit 2 rasul yang wajib diketahui

4
4 UNIT 2 : Rasul yang wajib diketahui Rasul yang wajib diketahui Rasul yang wajib diketahui Rasul yang wajib diketahui Nama rasul yang wajib diketahui Nama rasul yang wajib diketahui Nama rasul yang wajib diketahui Nama rasul yang wajib diketahui; Kepentingan beriman kepada Rasul i. Setiap muslim wajib mempercayai kesemua 25 orang rasul. Umat Islam tidak boleh beriman kepada sebahagian rasul, ii. Kerana semua rasul membawa risalah tauhid yang satu dan saling melengkapi sejak nabi Adam a.s hinga Nabi Muhammad saw berdasarkan ; Surah al- Baqarah ayat 285; 1. Adam 2. Idris 3. N uh 6. Ibrahim 7. Lut 4. Hud 5. Saleh 8.Ismail 9. Ishak 14.Syuaib 12.Ayub 10.Yaakub 13. Zulkifli 21. Yunus 17.Daud 11. Yusuf 22. Zakaria 18. Sulaiman 24. Isa 20. Ilyasa’ 16. Harun 15. Musa 25. Muhammad 23. Yahya 19. Ilyas Maksudnya; Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

Upload: khairul-anwar

Post on 28-May-2015

2.305 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Beriman kepada rasul unit 2 rasul yang wajib diketahui

4

UNIT 2 : Rasul yang wajib diketahuiRasul yang wajib diketahuiRasul yang wajib diketahuiRasul yang wajib diketahui

Nama rasul yang wajib diketahuiNama rasul yang wajib diketahuiNama rasul yang wajib diketahuiNama rasul yang wajib diketahui;

Kepentingan beriman kepada Rasul i. Setiap muslim wajib mempercayai

kesemua 25 orang rasul. Umat Islam

tidak boleh beriman kepada sebahagian

rasul,

ii. Kerana semua rasul membawa risalah

tauhid yang satu dan saling melengkapi

sejak nabi Adam a.s hinga Nabi

Muhammad saw berdasarkan ; Surah al-

Baqarah ayat 285;

1. Adam

2. Idris

3. N uh

6. Ibrahim 7. Lut 4. Hud 5. Saleh

8.Ismail 9. Ishak 14.Syuaib

12.Ayub 10.Yaakub

13. Zulkifli 21. Yunus 17.Daud 11. Yusuf

22. Zakaria

18. Sulaiman

24. Isa

20. Ilyasa’

16. Harun 15. Musa

25. Muhammad 23. Yahya 19. Ilyas

Maksudnya;

Rasulullah telah beriman kepada apa

yang diturunkan kepadanya dari

Tuhannya, dan juga orang-orang yang

beriman; semuanya beriman kepada

Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan

Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya.

(Mereka berkata): "Kami tidak

membezakan antara seorang dengan yang

lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi:

Kami dengar dan kami taat (kami

pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan

kami, dan kepadaMu jualah tempat

kembali".

Page 2: Beriman kepada rasul unit 2 rasul yang wajib diketahui

5

Sejarah Ringkas 25 orang Rasul

BilBilBilBil Nama RasulNama RasulNama RasulNama Rasul Sejarah riSejarah riSejarah riSejarah ringkasngkasngkasngkas

1 Nabi Adam - Nabi dan manusia pertama di bumi. Dicipta dari tanah.Asal keturunan semua

manusia

- Isterinya HAWA dicipta dari tulang rusuk baginda

- Mulanya baginda tinggal di syurga kemudian Allah menurunkannya ke bumi

2 Nabi Idris - Diutuskan kepada penduduk penduduk negeri Babylu [Iraq]

- Menerima 30 suhuf untuk disampaikan kepada umatnya keturunan Qabil

- Orang pertama yang pandai menulis, membaca, mengetahui ilmu falak dan

mahir jahit menjahit

3 Nabi Nuh - Keturunan ke-10 Nabi Adam dan di utuskan ke Arminia

- Baginda berdakwah siang & malam tetapi umatnya ingkar termasuk isteri dan

- anak lelaki baginda.

- Allah membinasakanAllah membinasakanAllah membinasakanAllah membinasakan merekamerekamerekamereka dengan banjir besar.

- Orang beriman naik bahtera baginda dan selamat

- Gelaran baginda ‘Najiyullah”

4 Nabi Hud - Berketurunan “Sam b Nuh”. Diutuskan kepada kaum ‘Ad yang tinggal di utara

Hadralmaut di Yaman. Mereka menyembah berhala

- Terkenal dengan golongan yang bertubuh besar, tenaga yang sangat kuat, kaya

raya

dan mahir membina benteng yang kukuh

- Mereka mempersendakan seruan Allah

- Allah membinasakan merekaAllah membinasakan merekaAllah membinasakan merekaAllah membinasakan mereka dengan angin yang kencang yang sangat sejuk

sehingga meresap ke tulang sum-sum sehingga 8 hari 7 malam terus menerus.

5 Nabi Soleh - Berketurunan Sam b Nuh dari generasi ke 6. Kaumnya Thamud [tinggal di

tempat antara Hijaz{Arab Saudi} dan Syam {Syria, Tenggara Jordan}]

- Mereka kufur kepada Allah dengan menyembah berhala dan takbur

- Allah memusnahkan merekaAllah memusnahkan merekaAllah memusnahkan merekaAllah memusnahkan mereka dengan pekikan suara yang sangat kuat dari langit

dan gempa bumi yang amat dahsyat.

6 Nabi Ibrahim - Berketurunan Sam b Nuh. Dilahirkan di Mausul [Iraq] semasa pemerintahan Raja

Namrud [kufur dan zalim]

- Sebahagian kaumnya menyembah berhala dan menentang dakwahnya

- Baginda bijak berfikir. Gelarannya “Khalilullah”.

7 Nabi Lut - Anak saudara Nabi Ibrahim. Diutuskan kepada penduduk Negeri Sadum

{sekarang Laut Mati di Jordan}

- Penduduk derhaka kepada Allah swt dan buruk budi pekerti seperti; merompak,

menganiya dan mengamalkan liwat/homosex - Allah memusnahkan merekaAllah memusnahkan merekaAllah memusnahkan merekaAllah memusnahkan mereka dengan menerbalikkan negeri mereka dan

menurunkan hujan batu yang membinasakan mereka

8 Nabi Ismail Putera Nabi Ibrahim dengan isterinya Hajar.Nabi Ismail dan ibunya

merupakan orang terawal mendiami Mekah

- Nabi Ismail dan ayahnya diperintahkan untuk membina kaabah

- Keturunan yang terdiri dari Qabilah Arab dan lahir Nabi Muhammad saw

- Beliau digelar “Zabihu Allah” .

9 Nabi Ishak - Putera Nabi Ibrahim dengan isterinya Sarah, adik sebapa dengan Nabi Ismail

- Lahir para nabi dari kalangan Bani Israel

- Dimaqamkan di Hebron, Palestin.

Page 3: Beriman kepada rasul unit 2 rasul yang wajib diketahui

6

BilBilBilBil Nama RasulNama RasulNama RasulNama Rasul Sejarah riSejarah riSejarah riSejarah ringkasngkasngkasngkas

10 Nabi Ya’kub - Putera Nabi Ishak, dikenali sebagai Israel yang bermaksud “Hamba Allah”

- Diutuskan kepada penduduk Kan’an, Pelastin. Ada 12 orang anak lelaki, Nabi

Yusof anak baginda. Lahir keturunan Bani Israel.

- Dimaqamkan di Hibrun bersebelahan maqam bapanya Nabi Ishak.

11 Nabi Yusuf - Putera kesayangan Nabi Yaakub kerana berakhlak mulia; terlalu sabar dan tabah

menghadapi cabaran hidup, pemaaf, penyayang dan menghormati kedua

ibubapanya.

- Sangat kacak pandai menta’bir mimpi dan bijaksana sehingga dilantik sebagai

menteri yang menjaga perbendaharaan di Mesir

12 Nabi Ayub - Keturunan Nabi Ishak. Mempunyai harta dan anak yang ramai.

- Amat bertaqwa dan suka membantu fakir miskin dan anak yatim.

- Allah uji baginda dengan kemusnahan harta, kematian anak dan mengidap

penyakit berat bertahun-tahun.

- Baginda sabar dan iman yang teguh menempuh musibah

- Akhirnya Allah menyembuhkan penyakitnya dan mengembalikan kehidupan

seperti sebelumnya

13 Nabi Zulkifli - Putera Nabi Ayub. Nabi dan Raja kepada penduduk Damsyik dan sekitarnya

- Nama asalnya “Bassyar” dan dinamakan Zulkifli kerana banyak berpuasa pada

siang hari dan beribadat pada waktu malam.

- Seorang yang penyabar dan bijak mengatur waktu ketika menjadi raja.

14 Nabi Syu’aib - Berketurunan Nabi Lut. Diutuskan ke negeri Madyan di Jordan

- Kaumnya mengamalkan sikap mengurangkan timbangan & sukatan dalam urusan

jual beli

- Larangan baginda tidak dihiraukan. - Allah membinasAllah membinasAllah membinasAllah membinasaaaakankankankan dengan gempa bumi dan petir yang sangat dahsyat.

15 NabiMusa - Berketurunan Nabi Yaakub, putera Imran dan bersaudara dengan Nabi Harun

- Gelaran baginda ialah “Kalimullah”

- Dapat bercakap dengan Allah di Bukit Thuur Sina. Baginda diberi kitab Taurat

- Dilahirkan di Mesir semasa pemerintahan Firaun yang zalim dan dakwa dirinya

Tuhan

- Firaun perintah tenteranya membunuh semua bayi lelaki, keturunan Bani Israel

- Terselamat dan dipelihara di istana oleh Asiah isteri Firaun

- Beliau berdakwah kepada Firaun, Firaun enggan.

- Allah memusnahkan Firaun Allah memusnahkan Firaun Allah memusnahkan Firaun Allah memusnahkan Firaun bersama tenteranya mati lemas tenggelam dalam

Laut merah.

16 Nabi Harun - Saudara Nabi Musa, Fasih berbicara

- Teman berdakwah bersama-sama Nabi Musa dan membantu dalam

menyampaikan risalah tauhid kepada Bani Israel dan penduduk Mesir

17 Nabi Daud - Berketurunan Nabi Ishak

- Memiliki suara yang merdu, boleh melembuntukan besi dengan tangan untuk

buat baju perang.

- Walaupun raja tetapi bekerja sendiri untuk memenuhi keperluan hidup

- Kuat beribadat seperti berpuasa berselang hari sepanjang tahun

- Raja yang adil lagi bijaksana dan telah membina kota Baitul Maqdis bersama

puteranya Nabi Sulaiman. Wafat di situ.

18 Nabi Sulaiman - Putera Nabi Daud. Rasul dan raja yang bijaksana

- Memahami bahasa binatang, boleh memerintah jin dan angin

- Berjaya mengislamkan Ratu Balqis dan berkahwin dengannya.

Page 4: Beriman kepada rasul unit 2 rasul yang wajib diketahui

7

BilBilBilBil Nama RasulNama RasulNama RasulNama Rasul Sejarah riSejarah riSejarah riSejarah ringkasngkasngkasngkas

19 Nabi Ilyas - Berketurunan Nabi Harun. Diutuskan kepada Bani Israel yang ketika itu sembah

berhala yang bernama Ba’li

- Menolak dakwah Nabi Ilyas dan berusaha membunuhnya.

- Allah memusnahkan merekaAllah memusnahkan merekaAllah memusnahkan merekaAllah memusnahkan mereka dengan menurunkan bala; kemarau selama tiga

tahun.

20 Nabi Ilyasa’ - Anak angkat Nabi Ilyas. Diutuskan kepada Bani Israel

- Berjaya menyeru umatnya kembali menyembah Allah, kaumnya hidup dalam

keadaan aman damai,

- Kaumnya kufur selepas kewafatan Nabi Iilyasa’

- Allah memusnahkan merekaAllah memusnahkan merekaAllah memusnahkan merekaAllah memusnahkan mereka dengan bala; melenyapkan kesenangan yang

dinikmati.

21 Nabi Yunus - Diutuskan kepada kaum yang menyembah berhala Daninawa di Iraq.

- Apabila mereka enggan menerima dakwah, Nabi Yunus meninggalkannya dan

menumpang sebuah kapal

- Kapal menghadapi ombak besar dan ribut taufan yang boleh menenggelamkan.

- Setelah diundi sebanyak 3 kali, baginda terpilih untuk dibuang ke laut

- Baginda ditelan dengan ikan NUN [paus]

- Baginda sentiasa bertasbih dan beristighfar sehingga Allah mengeluarkannya dari

perut ikan itu.

- Baginda pulang kepada kaum yang telah beriman kerana insaf & takut akan azab

Allah swt.

22 Nabi Zakaria - Berketurunan Nabi Sulaiman yang diutuskan kepada Bani Israel di Palestin.

- Sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat walaupun umur baginda 100 tahun dan

isterinya mandul. Akhirnya Allah mengurniakan beliau dengan anak lelaki yang

dinamakan Yahya “hidup”

- Beliau juga membesarkan Maryam, ibu Nabi Isa.

23 Nabi Yahya - Putera Nabi Zakaria. Dikurniakan ilmu yang luas sejak kecil lagi dan

memeliharanya daripada maksiat

- Seorang nabi yang bertaqwa, berbudi bahasa, rajin berbakti kepada ibubapa dan

tidak sombong.

- Baginda dan ayahnya mati syahid kerana menegakkan hukum Allah.

- Mereka dibunuh kerana menghalang raja dari mengahwini anak tirinya sendiri.

24 Nabi Isa - Putera Maryam bte Imran. Dengan kuasa Allah Malaikat Jibrail meniupkan roh

suci ke dalam rahim Maryam. Lahir Nabi Isa tanpa ayah. Diutuskan kepada Bani

Israel dan diberi kitab Injil

- Keistimewaan baginda; boleh bercakap semasa bayi.

- Hanya segelintir umatnya yang beriman dengan gelaran “Al-Hawariun”

- Kaumnya yang enggan berusaha membunuh Nabi Isa.

- Allah menyelamatkan bagindaAllah menyelamatkan bagindaAllah menyelamatkan bagindaAllah menyelamatkan baginda dengan mengangkatnya ke langit dan akan

diturunkan kembali ke bumi untuk menegakkan kebenaran Islam

25 Nabi Muhammad

saw

- Junjungan Nabi Muhammad b Abdullah b Abdul Mutalib dari keturunan Nabi Ismail.

- Dilahirkan di Kota Mekah. Sejak remaja terkenal dengan sifatnya yang jujur dan digelar

‘al-Amin”

- Ketika berusia 40 tahun dilantik sebagai rasul kepada seluruh alam dan diwahyukan Kitab

al-Quran.

- Penghulu sekelian rasul [Saidul Mursalin] dan Nabi terakhir [Khatimul Anbiya’]

- Menanggung pelbagai dugaan ketika berdakwah dari kaum Quraisy

- Nabi Muhammad berjaya membuat perubahan besar dalam sejarah bangsa Arab dan

umat manusia seluruhnya.

- Wafat di Kota Madinah al-Munawwarah.