beriman kepada malaikat

28
BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Upload: e-wan

Post on 23-Jun-2015

9.757 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Beriman Kepada Malaikat

BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Page 2: Beriman Kepada Malaikat

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap : dua, tiga dan empat ; ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakannya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (al Fatir :1)

Page 3: Beriman Kepada Malaikat

MALAIKAT

Menurut bahasa; kata “Malaikat” merupakan kata jamak yang berasal dari Arab malakملك yang bererti kekuatan, yang berasal dari kata mashdar “al-alukah” yang bererti risalah atau misi, kemudian sang pembawa misi biasanya disebut dengan Ar-Rasul.

Page 4: Beriman Kepada Malaikat

MALAIKAT

Malaikat ialah makhluk yang sentiasa mentaati perintah Allah Ta’ala.

Dijadikan oleh Allah dari nur (cahaya).

Boleh menjelma dalam pelbagai bentuk.

Page 5: Beriman Kepada Malaikat

Pengertian Beriman Kepada Malaikat

Setiap muslim wajib beriman dengan kewujudan malaikat.

Beriman dengan malaikat salah satu Rukun Iman

Allah berfirman yang bermaksud: Rasul (Muhammad) telah beriman kepada al-Quran yang diturunkan kepadanya daripada Tuhanmu, demikian pula orang-orang yang beriman semuannya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab -kitabNya dan rasul-rasulNya. (Surah al-Baqarah:285)

Page 6: Beriman Kepada Malaikat

Bilangan Malaikat

Hanya Allah Ta’ala

sahaja yang

mengetahui

Page 7: Beriman Kepada Malaikat

Bilangan Malaikat

Hanya ada malaikat sahaja

yang wajib diketahui.

Page 8: Beriman Kepada Malaikat

• Malaikat bergerak 100 kali ganda daripada kecepatan cahaya.

• Cahaya bergerak 180,000 batu sesaat.

Tafsir al Azhar : HAMKA

Page 9: Beriman Kepada Malaikat

Keistimewaan Malaikat

• Dicipta berbeza dengan kejadian manusia.

• Dicipta daripada Cahaya dan Bersayap

• Boleh menjelma dalam pelbagai bentuk.

• Ditugaskan untuk mengawasi dan membantu orang beriman.

Page 10: Beriman Kepada Malaikat

Sifat Malaikat

• Tidak berjantina.• Tiada keturunan dan tidak berkahwin.• Tidak makan dan minum.• Tidak boleh dikesan dengan pancaindera.• Sentiasa beribadah dan taat dengan

perintah Allah.

Page 11: Beriman Kepada Malaikat

Malaikat• Malaikat sebagai hamba yang beribadat di Baitul Ma’mur.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Thur:

و�ر( ) ٤ �ع�م ال�ب�ي�ت" ال�م� و�

70,000 Malaikat berkumpul dan solat di Baitul Ma’mur setiap hari bertukar ganti. Malaikat yang telah datang tidak akan datang kembali.

Tafsir al Azhar : HAMKA juz. 29

Page 12: Beriman Kepada Malaikat

Kesan Beriman Dengan Malaikat

Perkataa

n

•Mengeluarkan ucapan yang baik dan berfaedah.

•Mendoakan kesejahteraan orang lain.

•Berzikir, bertasbih dan beristighfar kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

•Berdakwah kepada orang lain dengan mengajak melakukan kebaikkan dan menjauhi keburukan.

Page 13: Beriman Kepada Malaikat

Kesan Beriman Dengan MalaikatPERBUATAN : Taat dan mematuhi perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala, ibu bapa dan pemimpin.

Berdisplin dalam menunaikan tanggungjawab.

Rajin dan sabar dalam melakukan sesuatu (menuntut ilmu, sama ada ilmu fardu ain atau fardu kifayah).

Istiqamah dalam beribadat kerana orang yang menyedari kejujuran malaikat akan berterusan melakukan ketaatan serta tidak tergamak melakukan maksiat

Page 14: Beriman Kepada Malaikat

Kesan Beriman Dengan Malaikat

HATI : Ikhlas kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam melakukan ketaatan.

Berani dan teguh hati dalam menghadapi cabaran hidup. Jiwa sentiasa tenang dan tiada keluh kesah.

Mempunyai rasa takut dan malu apabila hidup melakukan perkara bertentangan dengan syariat dan adat .

Page 15: Beriman Kepada Malaikat

Kesan Beriman Dengan Malaikat

PEMIKIRAN : Berfikir supaya dapat menjadi manusia yang paling baik, mulia dan sempurna.

Tegas, tetap pendiran dan bijak membuat keputusan dalam kehidupan. Berfikir luas dan berpandangan jauh dalam sesuatu perkara yang dihadapi.

Jauhi daripada terjebak dalam perkara khurafat dan tahyul.

Page 16: Beriman Kepada Malaikat

MALAIKAT DAN

TUGAS-TUGASNYA

Page 17: Beriman Kepada Malaikat

)1( Malaikat Jibril atau Jibrail

Tugasnya: Menyampaikan wahyu dari Allah kepada rasul-rasulnya.

Firman Allah Ta’ala dalam surah Asy Syuara’ ayat 193-195 : “ Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah, kedalam hatimua, supaya engkau ( Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.”

Ibnu Al-Qayyim ada menyatakan akan sifat-sifat Jibril ada lima iaitu :- Mulia, kuat, aman dengan Tuhannya, ditaati dan amanah.

Page 18: Beriman Kepada Malaikat

(2) Malaikat Mikail

Tugasnya: Menurunkan hujan kebumi dengan tujuan menghidupkan sayur-sayuran, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Dan Malaikat Mikail ditugaskan menjaga segala urusan rezeki-rezeki hamba Allah.

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bertanya kepada jibril : “ Apakah tugas Mikail?” , Tumbuhan dan hujan” jawabnya.

Imam Ahmad meriwayatkan, dari Anas bin Malik Radhiallahu anhu bahawa Rasulullah SAW pernah bertanyakan Jibril : “Mengapakah daku tidak pernah melihat Mikail ketawa?” “Mikail tidak pernah ketawa semenjak Api Neraka diciptakan” jawabnya.

Page 19: Beriman Kepada Malaikat

)3( Malaikat IsrafielDitugaskan oleh Allah meniup sangka kala. Malaikat Israfiel akan meniup

sangka kala dua kali.•Kali pertama apabila ditiup maka matilah makhluk-makhluk yang ada

dilangit dan yang ada di bumi, kecuali makhluk yang dikehendaki oleh Allah terkemudian matinya.

•Tiupan Malaikat kali yang kedua dengan serta merta bangkit dari kubur dan berdiri menunggu hukuman Allah berjalan kepada Mahsyar.

Allah Ta’ala telah menceritakan di dalam Al-Quran Surah Az Zumar ayat 68:

Ertinya: Dan apabila ditiup oleh Malaikat pada sangka kala, maka jatuh tersungkur dan

mati makhluk-makhluk yang ada dilangit dan di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, kemudian Malaikat di suruhtiup sekali lagi, maka

dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu di kubur-kubur mereka.

Page 20: Beriman Kepada Malaikat

(4) Malaikat Izrail

Tugasnya: Mengambil nyawa sekalian makhluk. Malaikat ini juga dipanggil Malaikat maut.

Firman Allah dalam surah Sajadah ayat 11, bermaksud : “Katakanlah (Wahai Muhamad) “Nyawa kamu akan diambil oleh Malakul Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu.......”

Page 21: Beriman Kepada Malaikat

(5) Malaikat Raqib

Tugasnya: Sebagai penulis amal kebajikan (Sebelah Kanan).

(6) Malaikat Atid

Tugasnya: Sebagai penulis amal kejahatan (Sebelah Kiri).

Malaikat Raqib dan Atid ini dinamakan Malaikat ( كIاتبين (كرامIا(Kiraman Katibin).

Firman Allah Ta’ala dalam surah An Infithaar ayat 10-12 :

Ertinya: Dan sesungguhnya ada Malaikat-Malaikat yang menjaga segala amal-amal kamu, yang mulia lagi ditugaskan menulis ( amal-amal kamu),

mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Page 22: Beriman Kepada Malaikat

)7( Malaikat Munkar

Tugasnya: Menyoal orang mati didalam kubur.

)8( Malaikat Nakir

Tugasnya: Menyoal orang mati didalam kubur.

Page 23: Beriman Kepada Malaikat

)9( Malaikat Ridwan

Tugasnya: Menjaga dan mengawal syurga.

)10( Malaikat Malik

Tugasnya: Menjaga dan mengawal neraka.

Firman Allah Ta’ala dalam surah Zukhruf ayat 77 maksudnya “ Dan mereka menyeru, Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami )kerana tidak tahan menderita(! Malik menjawab: Sesungguhnya kamu tetap tinggal di dalam azab!

Page 24: Beriman Kepada Malaikat

•Manusia itu sedang jimak (bersetubuh).•Manusia sedang didalam bilik air sama ada buang air besar atau air kecil.•Manusia sedang terbuka tubuh badannya.

Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang mana rumah tersebut menpunyai patong-patong, lonceng dan anjing.

Banyak lagi malaikat-malaikat yang menjaga siang dan malam. Mereka bertukar giliran seperti (حفظه)

Ada malaikat yang berdiri di pintu-pintu majlis ilmu. Ada malaikat yang ditugaskan mendoakan ke atas guru-guru yang mengajar ilmu agama kepada manusia.

Ada malaikat sentiasa mendoakan orang-orang yang beriman supaya Allah menerima doa dan taubat mereka.

MALAIKAT-MALAIKAT BERPISAH DARI MANUSIA PADA KETIKA :

Page 25: Beriman Kepada Malaikat

PERBEZAAN ANTARA TUGAS MANUSIA DENGAN MALAIKAT

TUGAS MALAIKAT TUGAS MANUSIA

Melaksanakan tugas dengan taat

Melaksanakan tugas dengan pilihan

Melakukan tugas tanpa pahala

Melakukan tugas mendapat pahala

Sentiasa beribadah kepada Allah dan tidak diperintah

untuk memakmurkan kehidupan dunia.

Disamping beribadah, juga disuruh memakmurkan

dunia.

Page 26: Beriman Kepada Malaikat

KESIMPULAN

Page 27: Beriman Kepada Malaikat

Wajib kita percaya dengan sepenuh iman bahawa Allah Ta’ala ada menjadikan makhluk yang dinamakan malaikat yang tidak dapat dilihat oleh manusia.

• Malaikat yang dijadikan oleh Allah dari cahaya nur yang bertubuh halus dan mempunyai kekuatan yang tidak ada tandingan oleh sesiapa sekalipun.

• Sifat Malaikat sentiasa taat dan tidak pernah menderhaka kepada Allah dan perintahnya serta sentiasa istiqamah kepada tugas yang telah mereka terima dari Allah Ta’ala. Sifat bentuk malaikat bukan lelaki atau perempuan, tidak makan, tidak tidur dan tidak ada rehat dan tidak kahwin

Page 28: Beriman Kepada Malaikat

• Peranan malaikat adalah seperti manusia iaitu menyembah Allah Ta’ala, Cuma bezanya dengan manusia ialah malaikat sentiasa patuh dan taat melaksanakan segala perkara yang diperintahkan kepada mereka dan tidak pernah sekali-kali mengingkari perintah Allah.

• Adalah belum sah iman seorang hamba itu jika tidak beriman dengan kewujudan malaikat, berdasarkan dalil qat’I dari Al-Quraan dan hadis. Maka siapa yangmengingkari kewujudan malaikat boleh dianggap kafir.