berikut ialah antara kesalahan ejaan yang biasa dibuat dalam penulisan bahasa melayu

6
Berikut ialah antara kesalahan ejaan yang biasa dibuat dalam penulisan bahasa Melayu : SALAH BETUL SALAH BETUL Agen Ejen Lembab Lembap Anggrik Anggerik Letrik Elektrik Atau pun Ataupun Majisteret Majistret Biar pun Biarpun Maksima Maksimum Bumiputra Bumiputera Mansukh Mansuh Catit Catat Mantra Mantera Cendera mata Cenderamata Marhain Marhaen Cokelat Coklat Masaalah Masalah Definasi Definisi Mastika Mestika Deligasi Delegasi Murtabak Martabak Depo Depot Meski pun Meskipun Deraf Draf Minima Minimum Difinasi Definisi Muhibbah Muhibah Difinisi Definisi Mustika Mestika Dinamis Dinamik Naskah Naskhah Durhaka Derhaka Nenas Nanas Ejensi Agensi Organisme Organisma Engkar Ingkar Overderaf Overdrat Estetis Estetik Paspot Pasport Fardhu Fardu Pelusuk Pelosok Fekah Fikah Pendita Pendeta Garuda Geroda Persona Pesona Gembeleng Gembleng Plan Pelan Hafal Hafaz Plet Plat Hipotisis Hipotesis Pragawati Peragawati Illustrasi Ilustrasi Praktik Praktis Impot Import Profail Profil Institiut Institut Putra Putera Insuran Insurans Raksaksa Raksasa Istihar Isytihar Reket Raket Istirehat Istirahat Resmi Rasmi Jamaah Jemaah Samudra Samudera Jeket Jaket Sastra Sastera Justru Justeru Satay Sate Kalau pun Kalaupun Sekelian Sekalian Kastad Kastard Selindang Selendang Kedet Kadet Setor Stor Kelinik Klinik Siksa Seksa Kerinting Keriting Stesyen Stesen Kesah Kisah Talifon Telefon Kewajiban Kewajipan Taugeh Tauge Kominis Komunis Tauladan Teladan Komlplek Kompleks Tulin Tulen Kuncu Konco Ugama Agama Lafas Lafaz Zohor Zuhur

Upload: ziela-shiema

Post on 19-Jan-2016

188 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

kesalahan ejaar

TRANSCRIPT

Page 1: Berikut Ialah Antara Kesalahan Ejaan Yang Biasa Dibuat Dalam Penulisan Bahasa Melayu

Berikut ialah antara kesalahan ejaan yang biasa dibuat dalam penulisan bahasa Melayu :

SALAH BETUL SALAH BETULAgen Ejen Lembab LembapAnggrik Anggerik Letrik ElektrikAtau pun Ataupun Majisteret MajistretBiar pun Biarpun Maksima MaksimumBumiputra Bumiputera Mansukh MansuhCatit Catat Mantra ManteraCendera mata Cenderamata Marhain MarhaenCokelat Coklat Masaalah MasalahDefinasi Definisi Mastika MestikaDeligasi Delegasi Murtabak MartabakDepo Depot Meski pun MeskipunDeraf Draf Minima MinimumDifinasi Definisi Muhibbah MuhibahDifinisi Definisi Mustika MestikaDinamis Dinamik Naskah NaskhahDurhaka Derhaka Nenas NanasEjensi Agensi Organisme OrganismaEngkar Ingkar Overderaf OverdratEstetis Estetik Paspot PasportFardhu Fardu Pelusuk PelosokFekah Fikah Pendita PendetaGaruda Geroda Persona PesonaGembeleng Gembleng Plan PelanHafal Hafaz Plet PlatHipotisis Hipotesis Pragawati PeragawatiIllustrasi Ilustrasi Praktik PraktisImpot Import Profail ProfilInstitiut Institut Putra PuteraInsuran Insurans Raksaksa RaksasaIstihar Isytihar Reket RaketIstirehat Istirahat Resmi RasmiJamaah Jemaah Samudra SamuderaJeket Jaket Sastra SasteraJustru Justeru Satay SateKalau pun Kalaupun Sekelian SekalianKastad Kastard Selindang SelendangKedet Kadet Setor StorKelinik Klinik Siksa SeksaKerinting Keriting Stesyen StesenKesah Kisah Talifon TelefonKewajiban Kewajipan Taugeh TaugeKominis Komunis Tauladan Teladan

Page 2: Berikut Ialah Antara Kesalahan Ejaan Yang Biasa Dibuat Dalam Penulisan Bahasa Melayu

Komlplek Kompleks Tulin TulenKuncu Konco Ugama AgamaLafas Lafaz Zohor Zuhur

lin perenggan demi perengganSemak ejaan/tanda bacaanEdar karangan yang sama - dalam bentuk isi tempat kosong sebagai latihanTeknik 2Beri gambar tunggal/bersiriBina ayat berdasarkan gambarBerikan kosa kata yang dominan dengan gambarMula mengarangSemak karangan/kesan tanda baca dan ejaanTeknik 3Edar karangan lengkapCari perkataan sukar, catat di papan kapurGuru/murid - sebut/baca/ulang/terangkan makna perkataan tersebutGuru menyebut - murid mengejaPerbetulkan ejaanAmbil isi karangan dalam perenggan 1 sahajaTuliskan di papan kapur

Page 3: Berikut Ialah Antara Kesalahan Ejaan Yang Biasa Dibuat Dalam Penulisan Bahasa Melayu

Bina ayat daripada isi karanganBeri penekanan kepada pemerengganan dan tanda bacaTeknik 4Salin contoh karanganMengambil imlakLatihan mengarang/banyak salah buat semulaBaca contoh-contoh karanganTampal contoh karangan dalam bilik darjahApa yang saya bincangkan, teknik di atas diamalkan oleh guru sekolah rendah. Namun, dengan sedikit ubahsuai, rasanya boleh diaplikasikan di semua peringkat.

Jikalau sudi, bolehlah kongsi teknik-teknik yang mungkin anda telah cuba. Harap memberi manfaat..

MODUL PEMULIHAN KARANGAN B, CALON LEMAHTEKNIK: BACA, INGAT DAN TULIS SEMULA

KATA TUGAS: SEBAB/ FAKTOR / PUNCA

ISI 1: KELEMAHAN DIRI SENDIRI

Antara sebab berlakunya masalah ini ialah kelemahan diri sendiri. Kelemahan ini boleh dikaitkan dengan kurang ilmu agama di jiwa. Ilmu agama yang cetek telah mendorong seseorang melakukan kejahatan. Seseorang itu tidak akan berasa dirinya bersalah atau berdosa. Dosa tersebut terus menghalang kita menjadi insan yang baik. Tegasnya, kelemahan diri sendiri telah menyebabkan seseorang individu itu melakukan kesalahan.

ISI 2: PENGARUH RAKAN SEBAYA / SALAH MEMILIH RAKAN

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah ini semakin serius. Rakan sebaya akan menjadi ikutan para remaja. Para remaja lebih mengutamakan kehendak rakan daripada ibu bapa mereka sendiri. Keutamaan itu tidak kira walaupun salah akan dituruti mereka. Mereka akan merokok kerana berkawan dengan perokok. Saya optimis, pengaruh rakan sebaya memang menyebabkan masalah ini berlaku.

ISI 3: KEGAGALAN IBU BAPA MENDIDIK ILMU AGAMA ANAK-ANAK

Di samping itu, kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak juga telah menjadi sebab meningkatnya masalah ini. Ibu bapa lebih mementingkan kerjaya dan kekayaan duniawi. Kekayaan itu telah melalaikan mereka akan tanggungjawab terhadap anak-anak. Tanggungjawab mendidik ilmu agama telah diabaikan. Agama tidak menjadi tunjang kehidupan anak-anak. Anak-anak bebas melakukan maksiat tanpa berasa bersalah. Tegasnya, ibu bapa telah gagal mendidik anak-anak dengan ilmu agama yang menjadi penyebab timbulnya masalah ini.

ISI 4: PENGARUH MEDIA MASSA

Seterusnya, pengaruh media massa juga turut menyebabkan masalah ini bertambah serius lagi. Pelbagai rancangan yang negatif telah disiarkan di kaca televisyen. Rancangan itu telah menarik perhatian para penonton. Para penonton akan meniru aksi yang dilihat itu. Aksi seorang mat rempit akan ditiru oleh remaja yang bermotor. Jelaslah, pengaruh media massa telah meyebabkan berlakunya masalah ini di negara kita.

ISI 5: KELEMAHAN PIHAK BERKUASA

Akhir sekali, kelemahan pihak berkuasa telah dikenal pasti menyebabkan masalah ini terus berpanjangan. Pihak berkuasa gagal mengawal individu yang terlibat. Kawalan yang lemah ini disebabkan bilangan penguatkuasa yang ada tidak mencukupi. Kelemahan itu telah menyebabkan pesalah-pesalah bebas melakukan aktiviti mereka. Mereka akan terus merosakkan masyarakat kita. Oleh itu, kelemahan pihak berkuasa menjadi penyebab munculnya pelbagai masalah di negara ini.

sebatan jarum betul x

MODUL PEMULIHAN KARANGAN B, CALON LEMAHTEKNIK: BACA, INGAT DAN TULIS SEMULA

Page 4: Berikut Ialah Antara Kesalahan Ejaan Yang Biasa Dibuat Dalam Penulisan Bahasa Melayu

KATA TUGAS: LANGKAH/ USAHA/ CARA/ STRATEGI

ISI 1: PERANAN PIHAK BERKUASA

Antara usaha untuk menyelesaikan masalah ini ialah pihak kerajaan mestilah bertindak dengan lebih tegas lagi. Tindakan ini akan menyedarkan orang yang terlibat akan kesalahan mereka. Kesalahan itu tidak akan diulangi lagi setelah dikenakan denda atau penjara. Denda yang dikenakan mestilah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Saya optimis, pihak kerajaan berperanan untuk mengatasi masalah ini.

ISI 2: PERANAN PIHAK MEDIA MASSA

Selain itu, peranan pihak media massa juga penting untuk mengatasi masalah ini. Pihak media massa bertanggungjawab menyiarkan rancangan yang mendidik masyarakat. Rancangan tersebut perlu menerapkan nilai-nilai hidup yang positif. Nilai ini mampu menghalang masyarakat kita mengamalkan budaya hidup barat. Masyarakat kita akan lebih bertanggungjawab. Tegasnya, peranan media massa sangat diperlukan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini.

ISI 3: PERANAN RAKAN SEBAYA

Di samping itu, peranan rakan sebaya sangat penting untuk menyelesaikan isu ini. Rakan sebaya yang baik akan mengajak kita melakukan kebaikan. Mereka juga akan melarang kita melakukan keburukan. Rakan boleh menjadi penasihat kepada kita semua. Nasihat itu sangat berguna dalam kehidupan kita. Hidup kita menjadi lebih teratur dan sempurna lagi. Jelaslah, peranan rakan sebaya mempu mengurangkan masalah ini.

ISI 4: PERANAN IBU BAPA

Seterusnya, peranan ibu bapa juga ditagih untuk mengatasi masalah ini. Ibu bapa mestilah mendidik anak-anak dengan ilmu agama yang sempurna. Didikan ilmu agama perlu diajar sejak anak-anak masih kecil lagi. Orang tua-tua ada berpesan melentur buluh biarlah dari rebungnya perlu dihayati oleh ibu bapa. Anak-anak akan menjadi seorang insan yang baik. Mereka tidak akan terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat. Oleh itu, peranan ibu bapa perlu diperkasakan untuk mengatasi masalah ini.

ISI 5: PERUBAHAN SIKAP INDIVIDU YANG TERLIBAT

Akhir sekali, segala usaha yang dilakukan tidak akan berjaya tanpa perubahan sikap individu yang terlibat. Setiap individu perlu berubah daripada bersikap negatif kepada positif. Segala perbuatan yang tidak baik mestilah ditinggalkan dengan segera. Perbuatan buruk itu telah merugikan diri, keluarga dan masyarakat kita sendiri. Jadi, kita perlu menjadi seorang yang bertanggungjawab dan rasional. Natijahnya, perubahan sikap individu yang terlibat sangat penting untuk mengatasi masalah ini.

Page 5: Berikut Ialah Antara Kesalahan Ejaan Yang Biasa Dibuat Dalam Penulisan Bahasa Melayu
Page 6: Berikut Ialah Antara Kesalahan Ejaan Yang Biasa Dibuat Dalam Penulisan Bahasa Melayu

Cikgu, lihat kata kunci soalan. Ayat lengkap berdasarkan gambar. Jadi ayat mesti menjurus kata kerja. Terjumpa kotak , membuka kotak, memberi kucing makan , menghulurkan tangan, memeluk kucing. Contoh ayat: 1.Suraya ternampak kotak yang besar di atas rumput ketika pulang dari sekolah.2. Suraya membuka kotak dan ada dua ekor kucing yang comel di dalamnya. Suraya memberi kucing makan di dalam pinggan agar kucing itu kenyang. Anis menghulurkan tangan kepada Suraya untuk mengambil kucing itu. Suraya memeluk kucing itu di hadapan Anis untuk diberikan kepadanya.

 Siapa buat apa kata adjektif di mana bagaimana bila dan mengapa. Murid akan ikut teknik itu. Satu persatu dibimbing.January 15 at 4:38pm · Like · 2