mesyuarat!agung!ke.36! persatuanjuruterapertanian malaysia...

35
1 Mesyuarat Agung Ke36 Persatuan Jurutera Pertanian Malaysia (MSAE) 21 Mac 2019 2.00 pm – 5.00 pm Dewan Serbaguna MOA, Wisma Tani, Presint 4, Putrajaya

Upload: lenhi

Post on 13-Jul-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

1

Mesyuarat Agung Ke-­36

Persatuan Jurutera Pertanian Malaysia (MSAE) 21 Mac 2019

2.00 pm – 5.00 pm Dewan Serbaguna MOA,

Wisma Tani, Presint 4, Putrajaya

Page 2: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

2

MATLAMAT MSAE

• Mempromosi ilmu dan profesion dalam bidang Kejuruteraan Pertanian.

• Menggalakkan pembangunan profesional ahli.

• Memperluaskan persatuan jurutera pertanian di kalangan diri masing-­masing dan dengan jurutera, saintis dan ahli teknologi daripada bidang-­bidang bersekutu, kedua-­duanya dalam negara serta di negara-­negara lain.

• Meluaskan kepentingan kejuruteraan pertanian kepada negara melalui sekuriti dan keselamatan makanan.

Page 3: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

3

AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE 36 PERSATUAN JURUTERA PERTANIAN MALAYSIA (MSAE)

Tarikh : 21 Mac 2019 Masa : 2.00 pm – 5.00 pm Tempat : Dewan Serbaguna MOA, Wisma Tani, Presint 4, Putrajaya

1.0 Ucapan Aluan Presiden 2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Yang ke-­35 3.0 Perkara-­perkara Berbangkit 4.0 Pembentangan dan Meluluskan Laporan Tahunan 2018/2019 5.0 Pembentangan dan Meluluskan Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2018 6.0 Pembentangan Usul 7.0 Pelantikan Jawatankuasa Eksekutif 2019/2021 8.0 Hal-­Hal Lain 9.0 Ucapan dan Penangguhan oleh Presiden MSAE

Page 4: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

4

MALAYSIAN SOCIETY OF AGRICULTURAL ENGINEERS (Persatuan Jurutera Pertanian Malaysia) Tarikh : 7 Februari 2018 (Rabu) Masa : 2.00-­5.00 petang Tempat : Dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan, UPM Serdang

35.1 Kata Aluan Pengerusi Presiden MSAE 2017/2019, Prof. Madya Dr. Rosnah Shamsudin mengalu-­alukan kehadiran semua ahli ke AGM ke-­35. Presiden juga memberi sedikit perkembangan aktiviti persatuan yang telah diadakan dan yang bakal diadakan berkaitan profession Jurutera Pertanian dan Makanan di Malaysia. Hal ini termasuk perjumpaan bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan juga perkara mengenai penyediaan memorandum kepada Ketua Setiausaha Negara.

35.2 Pengesahan Mini Mesyuarat Ke-­34

Mesyuarat meluluskan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke-­34 dengan pindaan seperti berikut: Minit 34.2 : Keahlian Hj. Ahmad Puzi Abu Bakar telah dinaikkan ke Fellow semasa AGM 34. Minit 34.7 : Kesalahan ejaan ”setiausaha II”. Minit 34.9 : Kesalahan ejaan ”Juruaudit dalaman” dan kesalahan ejaan nama Juruaudit dalaman ”Mohamad Faizal bin Mohamad Taib”. Cadangan disahkan : Prof. Madya Dr-­Ing. Mohd Noriznan Mokhtar Disokong : En. Mohamad Faizal Mohamad Taib

35.3 Perkara Berbangkit

Petikan dari minit 34.7 (1): Mesyuarat membincangkan tentang usul agar diadakan Jawatan Setiausaha II dan Bendahari II bagi membantu meringankan beban tugas Setiausaha dan Bendahari. Mesyuarat menolak usul tersebut dengan pertimbangan sebab-­sebab berikut;;

i) Pertambahan bilangan ahli Exco akan membebankan bagi mencukupkan korum mesyuarat dan AGM;;

ii) Mengikut perlembagaan MSAE, Presiden boleh melantik wakil khas bagi membantu tugasan 4 Exco utama (Timbalan Presiden 1 dan II, Bendahari dan Setiausaha)

iii) Selain itu, 4 ahli Exco boleh turut membantu tugasan Bendahari dan Setiausaha

Page 5: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

5

Maklumbalas: Pada mesyuarat AGM ke 35 perkara di atas dibangkitkan semula, ahli mesyuarat sebulat suara untuk menerima cadangan perlantikan tambahan Setiausaha II dan Bendahari II.

Petikan Minit 34.7 (2): Prof. Madya Dr. Khalina Abdan mencadangkan agar agensi lain dapat menjadikan MSAE sebagai penganjur bersama latihan atau seminar agar strategi promosi MSAE dapat diperluaskan ke agensi yang mempunyai bidang berkaitan kejuruteraan pertanian. Maklumbalas: Bagi isu ini, MSAE telah menjalankan beberapa aktiviti berkaitan yang diadakan secara penganjur bersama agensi-­agensi seperti MARDI dan KADA. Petikan Minit 34.7 (3): Presiden MSAE dan Dr. Muhammad Nur turut mencadangkan agar diadakan direktori kepakaran di kalangan ahli MSAE dari kalangan agensi agar dapat dijadikan rujukan. Maklumbalas: Mengenai hal 34.7 (3), pihak MSAE masih dalam usaha menjalankan hal ini.

Petikan Minit 34.7 (4): Encik Shamsudin dari Bionic (BCI) Malaysia menyarankan agar permasalahan pesawah dapat dipertimbangkan penyelesaian juga oleh MSAE. Maklumbalas: Masih dalam pertimbangan pihak MSAE.

Petikan Minit 34.7 (3): Prof. Madya Ir. Dr Azmi Dato’ Yahya mencadangkan agar MSAE menjadi ahli korporat CIGR. Bayaran adalah USD294 setiap tahun. Ahli boleh dilantik menjadi ahli sesi teknikal mengikut bahagian. Perkara ini akan diperincikan lagi di peringkat Exco bagi keputusan terakhir kerana ia melibatkan komitmen kos yuran setiap tahun. Maklumbalas: Masih dalam pertimbangan pada masa hadapan. Buat masa ini MSAE masih belum bersedia untuk menjadi ahli korporat CIGR kerana kekangan kewangan.

35.4 Pembentangan dan Meluluskan Laporan Tahunan 2017/2018

Laporan aktiviti tahunan dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Hasfalina Che Man, Timbalan Presiden (Pentadbiran) MSAE bagi sesi 2017/2019. Mesyuarat bersetuju dengan laporan yang dibentangkan.

Makluman – Semua ahli

Page 6: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

6

35.5 Pembentangan dan Meluluskan Laporan Aktiviti MSAE-­SC 2016/2017 Laporan aktiviti MSAE-­SC di setiap cawangan (UniMAP, PKB, UPM Kampus Bintulu dan Serdang) dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Hasfalina Che Man, Timbalan Presiden (Pentadbiran) MSAE bagi sesi 2017/2019. Mesyuarat bersetuju dengan laporan yang dibentangkan.

Makluman – Semua ahli 35.6 Pembentangan dan Meluluskan Laporan Kewangan

Dr. Ir. Mohammad Effendy selaku Bendahari MSAE telah membentangkan laporan kewangan MSAE bagi tempoh sehingga 31 Disember 2017. Baki akaun berakhir 31 Disember 2017 adalah RM 100,771.50. Jumlah perbelanjaan iaitu RM 25,463.81 pada tahun 2017. Perbelanjaan adalah banyak diperuntukkan bagi tujuan program dan kursus yang dianjurkan MSAE.

Laporan kewangan tersebut telah disahkan oleh Dr Azman dan disokong oleh En. Nazri Abu Seman.

Tindakan – Bendahari MSAE

35.7 Pembentangan Usul dan Cadangan

1. Presiden MSAE telah mencadangkan agar kekosongan jawatan Timbalan Presiden Teknikal MSAE 2017/2019 diisi oleh Tn Haji Ahmad Puzi. Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan perlantikan ini.

2. Dr Azman mencadangkan untuk diadakan Roadshow kepada agensi-­agensi yang mempunyai Ketua Pengarah baru seperti DOA, MARDI, NAFAS, Jabatan Veterinar, Jabatan Perikanan dan juga pemain utama sector pertanian swasta yang lain.

Tindakan – Timb. Presiden Pentadbiran dan Teknikal

3. Usul dari presiden mewakili ahli eksekutif MSAE mencadangkan perubahan pada perlembagaan berdasarkan kepada format terbaru ROS dan juga mengemaskini logo baru MSAE. Ahli mesyuarat bersetuju dengan pindaan yang telah dibawa oleh Ahli Eksekutif MSAE.

Page 7: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

7

35.8 Hal-­hal Lain

Mesyuarat mengambil maklum tentang Konferens MSAE 2018 yang dijalankan serentak bersama Mesyuarat Agung Tahunan MSAE dan diadakan setiap tahun bagi menggalakan kerjasama antara industri, pengusaha pertanian dan agromakanan, agensi-­agensi kerajaan berkaitan dan akademia. MSAE juga telah mengorak langkah memulakan penyediaan Memorandum kepada Ketua Setiausaha Negara bagi memartabatkan profesion Jurutera Pertanian dan Makanan. Ahli mesyuarat juga diwar-­warkan mengenai pelbagai aktiviti yang telah dan akan dijalankan pada tahun 2018 seperti Kursus Ternak Kelulut Siri 1 dan Siri 2, juga kursus-­kursus yang melibatkan kolaborasi bersama agensi seperti MARDI dan KADA.

35.9 Perubahan struktur ahli jawatankuasa MSAE 2017/2019

JAWATANKUASA 2017-­2019 TERKINI PERSATUAN JURUTERA PERTANIAN MALAYSIA ( MSAE )

PRESIDEN : Prof. Madya Dr. Rosnah Shamsudin (UPM) TIMBALAN PRESIDEN : Tn. Hj. Ahmad Puzi Abu Bakar (LPP) (TEKNIKAL) TIMBALAN PRESIDEN : Prof. Madya Dr. Hasfalina Che Man (UPM) (PENTADBIRAN) SETIAUSAHA EKSEKUTIF : Dr. Alifdalino Sulaiman (UPM) BENDAHARI EKSEKUTIF : Ir. Dr. Mohammad Effendy Ya’acob (UPM) EXCO : Dr. Nurulhuda Khairudin (UPM) Pn. Rosnani Hassan (PKB)

JURUAUDIT DALAM : Pn. Aeshah Ismail (Persara DOA) En. Mohamad Faizal MohamadTaib (LPP)

Page 8: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

8

35.10 Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan MSAE ke 35 ditangguhkan pada pukul 5.50 petang. Disediakan Oleh, Disemak oleh,

(Dr. Alifdalino Sulaiman) (Prof. Madya Dr. Rosnah Shamsudin) Setiausaha Esekutif MSAE 2017/2019 Presiden MSAE 2017/2019

Page 9: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

9

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN (AGM) ke-­35 7 FEBRUARI 2018

DEWAN SEMINAR, ARAS 2, FAKULTI KEJURUTERAAN, UPM BIL NAMA NO.

KEAHLIAN AGENSI

1 ABDUL MANAFF BIN MAHMOOD M 2232 PKB

2 ABDUL RASHID BIN MOHAMED SHARIFF F 2068 UPM/KBP

3 AESHAH BINTI ISMAIL M 2162 PESARA DOA 4 AHMAD PUZI ABU BAKAR F 2167 LPP 5 AHMAD SUHAIZI BIN MATSU M 2272 UPM 6 AIMRUN WAYAYOK P 1104 UPM/KBP 7 AIRUL ASMIZA BINTI KHAERUDDIN M 2173 DOA 8 ALAWI BIN HAJI SULAIMAN M 2361 UITM 9 ALIFDALINO SULAIMAN M 2273 UPM 10 ASPALILA BT. AWANG M 2137 PKB 11 AZMAN BIN HAMZAH M 2294 MARDI

12 CLYNE HARDY AK RAYMOND SAKOR M 2157 DOA

13 DESA AHMAD F 1012 UPM/KBP 14 DIYANA JAMALUDIN M 2133 UPM/KBP 15 EDZUAN SHAH BIN DZAIDI A 2249 DOA

16 EZRIN MOHD HUSIN P 1073 SFTRC

17 FAHMI MUBARAK BIN RAHMAT M 2218 LPP 18 FIRDAUS BIN MD LAZIM M 2363 JP SERDANG 19 HASFALINA CHE MAN P 1087 UPM/KBP 20 KHALINA ABDAN P 1053 UPM/KBP 21 MAHIRAH BINTI JAHARI M 2374 UPM/KBP 22 MAJDI KHALIL BIN AHMAD PUHAD M 2269 PKB

23 MOHAMAD FAIZAL BIN MOHAMAD TAIB M 2233 LPP

24 MOHAMMAD EFFENDY YA'ACOB M 2323 UPM 25 MOHD AIZUL FADHLI BIN RAMLI M 2192 DOA

26 MOHD ANUAR MUSARDAR BIN YUSSFF F 2122 KADA

27 MOHD ARIF BIN ABDUL AZIZ M 2131 PKB

28 MOHD FAIRUS BIN MOHAMAD YUSUF M 2339

FELCRA PLANTATION SDN. BHD.

29 MOHD FIRDZA BIN MOHD SHUKERY M 2378 UPM/KBP

30 MOHD KHAIRULNIZAM BIN SARIF M 2155 DOA 31 MOHD NAZRI BIN ABU SEMAN M 2321 DOA 32 MOHD NORIZNAN MOKHTAR P 2008 UPM/KPM

Page 10: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

10

33 MOHD SALAHUDDIN BIN MOHD BASRI M 2356 UPM/KPM

34 MOHD SATAR BIN ABD GHANI M 2136 PKB

35 MUHAMMAD SALIH BIN HAJI JAAFAR

P 2336 UNIMAP

36 MUFIDDAH BINTI MOHAMAD M 2174 DOA 37 MUHAMMAD HAZWAN HAMZAH M 1106 UPM/KBP

38 MUHAMMAD KHAIRUL AZMI BIN ABU JOHAN M 2180 DOA

39 MUHAMMAD SYAIFUDIN BIN OMAR M 2064 DOA

40 ISMAIL BIN AHMAD NASARUDIN A 2387 DOA

41 NURULHUDA BINTI KHAIRUDIN M 2221 UPM/KBP 42 RIMFIEL JANIUS F 1042 UPM/KBP 43 ROSNANI BINTI HASSAN M 2160 PKB 44 ROSNAH SHAMSUDIN P 1057 UPM/KPM 45 TENGKU AZMIE BIN RAJA HASSAN M 2129 PKB 46 WAN AZMI BIN WAN ABDULLAH M 2188 KADA

47 WORLDSTAR AGRICULTURAL MACHINERY I 2362

WORLDSTAR AGRICULTURAL MACHINERY

48 YAHYA BIN SAHARI M 2314 MARDI 49 ZAINAL ABIDIN BIN ABD GHANI A 1115 UPM/KBP

Page 11: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

11

36.3 LAPORAN TAHUNAN MSAE 2018-­2019 MESYUARAT EXCO 2018/2019 Berikut merupakan Mesyuarat EXCO yang telah dijalankan selepas Mesyuarat Agung

ke-­35 sehingga yang terkini:

Bil Tarikh Tempat 1 14 Februari 2018 Bilik MSAE, Fakulti Kejuruteraan UPM 2 28 Mac 2018 Bilik MSAE, Fakulti Kejuruteraan UPM 3 4 Jun 2018 Bilik MSAE, Fakulti Kejuruteraan UPM 4 28 Ogos 2018 Bilik MSAE, Fakulti Kejuruteraan UPM

5 25 September 2018 Bilik Mesyuarat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Bharu

6 11 Januari 2019 Bilik MSAE, Fakulti Kejuruteraan UPM Beberapa aktiviti telah dijalankan selaras dengan MATLAMAT MSAE seperti berikut:-­ 1) Konferens MSAE

Page 12: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

12

MSAE telah menganjurkan Konferens MSAE 2018 pada 7 dan 8 Februari 2018

bertempat di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Konferensi

yang julung kali diadakan ini dengan tujuan untuk mengumpulkan pengusaha, agensi

serta ahli industri pertanian dan agro-­makanan di dalam negara bagi membincangkan

hal-­hal kejuruteraan pertanian dan makanan yang meliputi isu, cabaran, peluang, dan

perkembangan terbaru dalam pertanian. Ini adalah salah satu usaha MSAE dalam

menjadikan perjumpaan ini sebagai platform kerjasama yang efektif dikalangan

agensi serta ahli industri untuk memajukan sektor pertanian negara. Jumlah peserta

dan pembentang berbayar adalah seramai 140 orang (96 orang ahli MSAE dan 44

orang bukan ahli MSAE). Jumlah tajaan poster adalah sebanyak 10 poster. Seramai

14 peserta Asean Conference on Agricultural Biosystems Engineering (ACABE) turut

dijemput untuk menghadiri konferens tersebut.

2) Anugerah Hijau MSAE-­SC Politeknik Kota Bharu (PKB)

Anugerah Hijau MSAE-­SC PKB telah diberikan pada 4 Mac 2018 semasa Majlis

Konvokesyen kali ke-­31. Penerima anugerah ialah Muhammad Azharul bin Ramli.

Penerima menerima sijil penghargaan dan wang sebanyak Ringgit Malaysia Tiga

Ratus sahaja. Kriteria penerima anugerah adalah pelajar dalam bidang berkaitan

Page 13: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

13

kejuruteraan pertanian dan biosistem, telah melengkapkan minimum dua (2) tahun

pengajian peringkat bacelor atau diploma, Purata nilai gred kumulatif (CGPA) ≥ 3.0;; ,

mendaftar dalam pengajian kejuruteraan peringkat bacelor atau diploma yang

diperakui oleh MSAE, ahli MSAE-­SC yang pernah atau memegang jawatan dalam

kelab MSAE-­SC serta aktif dalam bidang ko-­kurikulum dan cemerlang sahsiah

3) Anugerah Hijau MSAE-­SC UPM Serdang

Anugerah Hijau MSAE-­SC UPM Serdang telah diberikan pada 14 Mac 2018 semasa

Majlis Gemilang MSAE-­SC 2018 dengan tema AE Tropical Night. Penerima anugerah

ialah Aina Shahrul. Penerima menerima sijil penghargaan dan wang sebanyak Ringgit

Malaysia Tiga Ratus sahaja.

Page 14: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

14

4) National Conference on Agricultural and Food Mechanisation (NCAFM 2018)

Penganjur utama bagi NCAFM 2018 ialah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian

Malaysia (MARDI). Konferens diadakan pada 17 hingga 19 April 2018 di Pullman

Kuching, Sarawak. MSAE juga menjadi penganjur bersama konferens ini dan telah

menghantar 6 penyertaan. Konferens ini dapat menyediakan forum untuk pengumpulan

maklumat dan perbincangan mengenai pemilikan, penggunaan, pemasaran,

perkhidmatan dan latihan dalam mekanisasi dan automasi. Selain itu, status

penyelidikan dan teknologi mekanisasi dan automasi semasa untuk memodelkan

pertanian masa depan dapat dinilai. Konferens juga dapat mengukuhkan agroindustri

tempatan melalui rangkaian dan kerjasama antara pembuat mesin, pengedar,

penyedia perkhidmatan dan penyelidik.

Page 15: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

15

5) Konferens Kebangsaan Tahunan Philippines Society of Agricultural and Biosystems Engineers (PSABE) kali ke-­15

Konferens ini telah diadakan pada 23 hingga 26 April 2018. MSAE merupakan penganjur

bersama bagi konferens ini dan telah menghantar 2 orang ahli MSAE (Wakil Malaysia)

dari Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) iaitu Hj. Mohd Puzi Abu Bakar, mantan

Pengarah Kejuruteraan LPP dan Mohammad Faizzuddin Mohammad Baki, Penolong

Pengarah, Bahagian Kejuruteraan LPP. Konferens ini dihadiri oleh jurutera pertanian dari

negara serantau termasuk Indonesia, Filipina dan Thailand. Konferens yang dihadiri ini

dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman dan meningkatkan jaringan dalam bidang

kejuruteraan dengan rakan-­rakan dalam bidang kejuruteraan pertanian di Asia Tenggara.

Page 16: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

16

6) Kursus Mudah Ternak Kelulut di Laman Rumah Siri II

Kursus ini telah dijalankan pada 14 Mei 2018 bertempat di Fakulti Kejuruteraan,

Universiti Putra Malaysia, Serdang dengan jumlah peserta seramai 35 orang.

Kandungan kursus merangkumi 3 slot utama. Slot pertama merangkumi pengenalan

ternakan kelulut di laman rumah dan teknik pembiakan diberikan oleh Haji Aziz Mat

Ali, mantan Pengarah Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian. Slot

kedua dikendalikan oleh En. Mohd Razi Mad Amin, Penolong Pengarah, Bahagian

Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian dengan tajuk Sarang Kelulut Modular. Slot

ketiga dengan tajuk Eksplorasi Khasiat Madu: dari Makmal ke Mulut telah disampaikan

oleh Dr. Noor Akhmazillah Mohd Fauzi, Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan Kimia,

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Page 17: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

17

7) Anugerah Hijau MSAE-­SC UPM Kampus Bintulu

Anugerah Hijau MSAE-­SC UPM Kampus Bintulu telah diberikan pada 10 Ogos 2018

berserta dengan taklimat program akademik Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan

Biosistem serta Kejuruteraan Proses dan Makanan kepada pelajar Diploma UPM

Kampus Bintulu. Penerima anugerah ialah Mohd Ikram Mohd Noordin. Penerima

menerima sijil penghargaan dan wang sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus sahaja.

Page 18: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

18

8) National Conference on Mechanical Engineering Exhibition 2018

MSAE menjadi penganjur bersama konferens yang telah diadakan pada 25 September

2018 di Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Program ini melibatkan seluruh politeknik dan

insititut pengajian tinggi Malalysia. MSAE telah menghantar 7 orang ahli MSAE bagi

membentang kertas kerja bagi konferens tersebut. Melalui konferens tersebut, ahli MSAE

dapat berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang mekanisasi kejuruteraan pertanian

dengan peserta yang hadir.

Page 19: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

19

8) 4th International Conference on Agricultural and Food Engineering – CAFEi2018

Konferens yang dianjurkan secara dwi-­tahunan telah diadakan pada 7 hingga 9

November 2018 di Hotel Everly Putrajaya. MSAE turut sama menjadi penganjur bersama

bagi konferens yang diadakan. Ahli MSAE terutamanya ahli di kalangan Jabatan

Kejuruteraan Biologi dan Pertanian serta Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan

turut serta dalam konferens yang dianjurkan. Konferens ini dapat menyediakan forum

untuk membentangkan dan membincangkan inovasi dalam bidang kejuruteraan

pertanian dan makanan. Konferens ini dijadikan platform dalam mencari penyelesaian

yang baru dan lebih mapan dalam menangani keselamatan makanan global.

Page 20: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

20

9. National Conference on Agricultural and Food Mechanisation (NCAFM) 2018

MSAE merupakan penganjur bersama bagi NCAFM pada 17 hingga 19 April 2018

bertempat di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak. MSAE telah menghantar 6 penyertaan

bagi konferens ini. Persidangan ini menyediakan platform bagi semua yang terlibat dalam

industri agro-­makanan Malaysia untuk membincangkan dan menangani isu-­isu berkaitan

produktiviti pertaniand dan makanan negara. Ia juga bertujuan untuk berkongsi

pengalaman dan mencari peluang berkenaan penggunaan dan aplikasi teknologi

mekanisasi yang efektif dalam bidang kejuruteraan pertanian dan makanan.

Page 21: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

21

10. Kunjungan hormat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Kunjungan hormat MSAE ke JPA telah diadakan pada 12 April 2018 di Bilik Mesyuarat

Samarinda Aras 6 Blok C3. Seramai 4 orang EXCO MSAE bersama penasihat MSAE

hadir bagi kunjungan hormat tersebut. Tujuan kunjungan ini adalah untuk berkongsi

maklumat tentang profesyen Jurutera Pertanian/Jurutera Makanan serta peranannya

dalam pembangunan sektor agro-­makanan negara. Perbincangan utama kunjungan

hormat tersebut adalah berkaitan penawaran jawatan jurutera pertanian dalam sektor

perkhidmatan awam. Hasil perbincangan tersebut pihak JPA akan meneliti penawaran

jawatan tersebut dan mendapatkan maklum balas daripada agensi/organisasi

berkaitan.

Page 22: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

22

11) Kunjungan hormat Jabatan Pertanian (DOA)

Kunjungan hormat MSAE ke DOA telah diadakan pada 23 April 2018 di Jabatan

Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Seramai 4 orang EXCO

MSAE bersama beberapa ahli MSAE daripada DOA hadir bagi kunjungan hormat

tersebut. Tujuan kunjungan ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang profesyen

Jurutera Pertanian/Jurutera Makanan serta peranannya dalam pembangunan sektor

agro-­makanan negara. Peranan MSAE juga diperkenal. Keahlian kehormat telah

diberikan kepada Dato' Jamal Harizan bin Yang Razali, Ketua Pengarah Jabatan

Pertanian semasa kunjungan tersebut.

Page 23: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

23

12) Persidangan Tahunan MANCID ke-­22

Pihak MSAE telah menerima jemputan Bahagian Pengairan dan Saliran, Kementerian

Pertanian dan Industri Asas Tani bagi pembentangan kertas kerja pada persidangan

tahunan Malaysia National Committee on Irrigation and Drainage (MANCID) ke-­22 pada

23 hingga 24 April 2018 di Kangar, Perlis. MSAE telah diwakili oleh Dr. Md. Rowshon

Kamal, ahli MSAE bagi membentangkan kertas kerja bertajuk Climate-­Smart Decision

Support System for Irrigation and Water Management. Persidangan ini menghimpunkan

individu, organisasi, institusi, jawantankuasa kebangsaan dan antarabangsa bagi

berkongsi kepentingan bersama dalam bidang pengairan, saliran dan kawalan banjir.

Page 24: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

24

13) A Beginners course on beekeeping techniques

Kursus ini telah diadakan pada 5 hingga 7 Mei 2018 bertempat di Kasih Hulu Langat,

Selangor anjuran Kasih Hulu Langat dengan kerjasama MSAE. Kursus khas ini diadakan

untuk Small and Micro-­enterprises Promotion Agency Yemen seramai 10 orang. Kursus

ini merangkumi pengenalan dan fakta lebah kelulut, penghasilan madu, tugas, pemangsa

dan cara menangani, kitar hidup dan teknik pengambilan madu. Kursus yang dianjurkan

dapat memperkenal MSAE di peringkat antarabangsa selain dapat menambah

pendapatan persatuan.

Page 25: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

25

14) Agri Tech Engineering Innovation (ATEI 2018)

MSAE telah dijemput untuk menyertai pameran teknologi pertanian dan makanan dalam

Program Agri Tech Engineering Innovation (ATEI 2018) anjuran Bahagian Kejuruteraan

Pertanian, Serdang, Selangor pada 23 hingga 24 Julai 2018. ATEI 2018 telah dirasmikan

oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Dato’ Salahuddin Ayub. YB

Menteri turut mengadakan lawatan ke pameran dan demonstrasi mesin inovasi dari

semua pempamer yang terdiri dari agensi dan syarikat swasta.

Page 26: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

26

15) Lawatan Teknikal MSAE ke Hokkaido

2 orang wakil MSAE telah menyertai lawatan teknikal ke Hokkaido bersama delegasi dari

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM pada 29 Julai hingga 3 Ogos 2018. Lawatan

teknikal termasuk kunjungan ke Japan International Cooperation Agency (JICA). Hasil

perbincangan, pihak JICA sudi membantu MSAE sebagai perantaraan jika MSAE

memerlukan maklumat agensi-­agensi atau syarikat-­syarikat yang dikehendaki. Pihak

MSAE juga telah mengadakan kunjungan hormat kepada Prof. Dr. Shuso Kawamura iaitu

Mantan Presiden Japanese Society of Agricultural Machinery And Food Engineers

(JSAM) di Fakulti Penyelidikan Pertanian, Hokaido Universiti. Hasil pertemuan ini telah

diaturkan oleh Prof. Dr. Naoshi Kundo iaitu Presiden JSAM yang merupakan Profesor di

Kyoto Universiti. Diantara perkara dibincangkan ialah tentang kerjasama dua hala

diantara MSAE dan JSAM dan juga tentang jemputan MSAE sebagai tuan rumah The

International Symposium on Machinery and Mechatronics for Agricultural and Biosystems

Engineering (ISMAB) 2022 nanti. Lawatan teknikal ke kilang memproses susu lembu

terbesar di Jepun iaitu Yotsuba Tokachi Factory, Hokkaido, Jepun juga diadakan.

Page 27: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

27

16) Kunjungan hormat YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Kunjungan hormat kepada YB Dato’ Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri

Asas Tani telah diadakan pada 29 Oktober 2018 disertai 7 orang EXCO dan 3 ahli MSAE

bertempat di Bangunan Parlimen. Kunjungan tersebut merangkumi perbincangan

berkenaan pengenalan MSAE kepada YB Menteri. Penyerahan memorandum kepada

YB Menteri mengenai graduan jurutera pertanian dan makanan, kepakaran serta

keperluan pengesahan jurutera pertanian dan makanan di Malaysia turut diadakan.

Selain itu, kunjungan tersebut bertujuan untuk menjemput YB Menteri bagi ucaptama

perasmian dan panel bual bicara Konvensyen Kejuruteraan Pertanian dan Makanan

2019. Keahlian kehormat turut diberikan kepada YB Menteri.

Page 28: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

28

17) Annual Regional Convention (ARC) kali ke-­4

MSAE telah menganjurkan Annual Regional Convention (ARC) kali ke-­4 pada 12 hingga

14 November 2018 dimana Fakultas Teknologi Pertanian, Universitas Gadjah Mada

(UGM), Yogyakarta, Indonesia telah menjadi tuan rumah. ARC telah dianjurkan bersama-­

sama dengan Pekan Teknik Pertanian Nasional (PTPN) ke-­10 dan perhimpunan

Mahasiswa Teknik Pertanian (PERMATETA) UGM juga turut menganjurkan 3rd National

Student Seminar on Agricultural Technology 2018 yang bertemakan “Agricultural and

Biosystem Engineering Towards Sustainable Development Goals in 2020”. Majlis ini telah

dirasmikan oleh Prof. Dr. Ir Bambang Purwantana, Ketua Jabatan Departemen Teknik

Pertanian dan Biosistem dan Prof. Madya Dr Rosnah Shamsudin, Presiden MSAE yang

dihadiri hampir 200 orang pelajar dari Indonesia, Malaysia dan Filipina. Pelbagai acara

diadakan seperti seminar, perbincangan dua hala antara MSAE, UGM dan PERTETA

cawangan Yogyakarta, pembentangan kertas penyelidikan dan pertandingan inovasi

produk.

Page 29: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

29

18) Kunjungan hormat Jabatan Perikanan Malaysia

MSAE telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan

Malaysia, Dato’ Haji Munir bin Haji Mohd Nawi pada 28 Januari 2019 bertempat di

Jabatan Perikanan Malaysia, Putrajaya yang disertai 4 orang EXCO MSAE. Kunjungan

tersebut bertujuan memperkenal MSAE kepada pihak DOF, menerangkan peranan

MSAE dalam bidang kejuruteraan pertanian dan makanan serta penglibatan DOF dalam

program yang dianjurkan MSAE. Keahlian kehormat turut diberikan kepada Ketua

Pengarah.

Page 30: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

30

19) Program Jaringan MSAE-­Thailand Society of Agricultural Engineers (TSAE)

Program ini diadakan pada 7 hingga 11 Februari 2019 yang disertai 5 orang EXCO MSAE

bertempat di Chiang Mai, Thailand. Objektif program adalah untuk mengembangkan

sayap MSAE ke nega serantau, mencari peluang untuk penganjuran Southeast Asian

Agricultural Engineering Student Chapter Annual Regional Convention 2020 akan datang

dapat diadakan di Thailand dan Mengambil peluang untuk kolaborasi dengan Meajo

University dalam bentuk memorandum persefahaman (MoU) atas justifikasi UPM telah

mempunyai MoU dengan Maejo University, Chiang Mai. Jaringan yang diadakan

ternasuk lawatan ke Asian Development Institute for Community Economy and

Technology (adiCET), perjumpaan bersama wakil TSAE, lawatan ke Choui Fong Tea

Plantation dan Nonghoi Royal Project Vegetable Processing Plant.

Page 31: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

31

20) Kunjungan hormat Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

Kunjungan hormat MSAE kepada KSU MOA telah diadakan pada 13 Mac 2019 di

Wisma Tani Putrajaya. Seramai 3 orang EXCO MSAE bersama penasihat MSAE hadir

bagi kunjungan hormat tersebut. Tujuan kunjungan ini adalah untuk berkongsi

maklumat tentang profesyen Jurutera Pertanian/Jurutera Makanan serta peranannya

dalam pembangunan sektor agro-­makanan negara. Perbincangan utama kunjungan

hormat tersebut adalah berkaitan resolusi MSAE yang juga telah diserahkan kepada

pihak YB Menteri. Keahlian kehormat juga telah diberikan kepada KSU MOA.

Page 32: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

32

KEAHLIAN TERKINI Status keahlian Persatuan Jurutera Pertanian Malaysia (MSAE) Secara keseluruhan, bilangan ahli MSAE sehingga 16 Mac 2019 adalah seramai 468 orang, berbanding 408 orang pada 1 Februari 2018. Peningkatan ahli adalah lebih kurang 15%. Peratus mengikut jenis keahlian adalah seperti di dalam Rajah 1, manakala pecahan mengikut agensi adalah seperti di dalam Rajah 2 dan Rajah 3. Ahli MSAE secara keseluruhannya adalah 28% terdiri dari UPM, 4% dari UniMAP, 12% dari PKB, 7% dari POLISAS, 8% dari DOA, 7% dari MARDI, 5% dari LPP, 3% dari MADA, 2% dari KADA, 12% dari industri/swasta, dan 12% adalah dari lain-lain agensi. Direktori keahlian terkini di Lampiran 1.

Rajah 1 Peratusan keseluruhan mengikut jenis ahli

0

50

100

150

200

250

300

Bilangan

ahli

Jenis ahli

Ahli baru

Ahli lama

61.3%

18.6%

3.0% 3.6% 4.3% 9.2%

Page 33: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

33

Rajah 2 Peratusan mengikut jenis agensi secara umum

Rajah 3 Peratusan mengikut agensi spesifik

12.0%

56.0%

29.3%

2.8%

Industri/Swasta

Organisasi pendidikan

Kementerian/Agensi Kerajaan/Badan BerkanunLain-­‐lain

0

5

10

15

20

25

30 28

4 4

12

7

1

87

53 2

5

12

3

Peratus (%)

Page 34: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

34

36.4 LAPORAN AKTIVITI MSAE-­SC SEHINGGA DISEMBER 2018 SENARAI AKTIVITI MSAE-SC DARI FEB 2018 HINGGA MAC 2019

NO AKTIVITI TARIKH 1. INTERNATIONAL CONFERECE AND

EXHIBITION ON GEOSPATIAL & REMOTE SENSING

17 Oktober 2018

2. KBP FRESHIE GAMES DAN KBP FRESHIE NIGHT

7 Oktober 2018

3. WALL CLIMBING CHALLENGE 24 Mac 2018 4. LAPORAN LAWATAN KE PERAK AGRO MILL

&AGROTOURISM 29 Mac 2018

5. ASASI EDUCATION FAIR 2018 7 Mac 2018 6. BAE GAMES CARNIVAL 2019 4 hingga 9 Mac 2019 7. KYOTO HORIKAWA HIGH SCHOOL(HHS)

STUDENTS’ VISIT 8 MAC 2019

8. MALAM GEMILANG MSAE-SC 13 April 2018 9. PERLAWANAN BOLA SEPAK EMPAT

PENJURU 2019 11 November 2018

10. MSAE-SC ALUMNI TALK 25 November 2018 & 09 Disember 2018

11. VOLUNTEER MADU KELULUT 16 February 2019 12. ASASI EDUCATION FAIR 2019 27 February 2019 13. BAE GAMES 2018 5-7 & 9 MAC 2018 14. INBOUND MOBILITY PROGRAM FOR

UNDERGRADUATES FROM KASETSART UNIVERSITY , THAILAND , ANDALAS UNIVERSITY , INDONESIA AND TSUKUBA UNIVERSITY , JAPAN

2-15TH JULY 2018

ANUGERAH

NO PENERIMA ANUGERAH 1 MOHD ROHAIDI DARUS PUTRA ICON SESI 2018/19 2 AINA SHAHRUL GRADUAN TERBAIK

BUMIPUTERA 3 ADAM DANIAL LIM BIN JEFRI LIM KESELURUHAN

TERBAIK(KBP) DAN AKADEMIK TERBAIK (KBP)

4 MUHAMMAD FITRI BIN AHMAD ASRI PROJEK TERBAIK (KBP) 5 SITI NUR AISYAH MOHAMAD OTHMAN GRADUAN TERBAIK (PINGAT

EMAS IEM) 6 AINA SHAHRUL ANUGERAH HIJAU 7 MSAE-SC JOHAN KESELURUHAN

SEMPENA EPIC( ENGINEERING PROGRAMME INTEGRATED CARNIVAL) 4.0

Page 35: Mesyuarat!Agung!Ke.36! PersatuanJuruteraPertanian Malaysia ...spel3.upm.edu.my/max/dokumen/MSAEC_AGM_36_BOOKLET-min.pdf · Kesalahan!ejaan!”setiausaha!II”.! ... (2)tahun! pengajian!peringkat

35

36.5 LAPORAN KEWANGAN SEHINGGA DISEMBER 2018 SEPERTI DI LAMPIRAN 1

36.6 PEMBENTANGAN CADANGAN/USUL

§ Prof. Madya Dr. Mohd Hudzari Haji Razali: -­ MSAE dicadangkan mengambil inisiatif dan cara mengeksploitasi tanah kosong atau terbiar bagi menjalani aktiviti tanaman dan makanan di Malaysia.

§ Hj. Ahmad Puzi Abu Bakar: -­ Melantik peguam bagi mengkaji undang-­ˇundang berkaitan kejuruteraan makanan di negara jiran dan mencadangkan draf semakan undang-­ˇundang sedia ada di Malaysia bagi menjelaskan bidang yang dipertanggungjawabkan dan autoriti jurutera pertanian dan makanan dan jurutera berkaitan pertanian dan makanan. -­ Mencadangkan MSAE menubuhkan anak syarikat dengan membuka peluang langganan saham daripada ahli individu atau industri.

§ Prof. Ir. Azmi Dato’ Yahya -­Tempoh perjawatan EXCO dilanjutkan daripada 2 tahun kepada 3 tahun. -­Tempoh memegang jawatan presiden dihadkan untuk dua penggal sahaja (iaitu 6 tahun). -­ Mewujudkan jawatan presiden yang akan dilantik dalam EXCO MSAE. -­ Mewujudkan EXCO Teknikal yang menjaga sub-­ˇbidang utama disiplin kejuruteraan pertama.

§ Usul dari EXCO: Pindaan nama MSAE kepada Malaysian Society of Agricultural and Food Engineers. Tetapi logo dan warna masih dikekalkan. Huruf A membawa maksud Agricultural & Food

36.7 HAL-­HAL LAIN