berhujah mengenai lawatan

3
LAWATAN Lawatan adalah salah satu aktiviti yang berfaedah yang boleh diadakan di sekolah. Lawatan ke sesebuah tempat boleh dikatakan wajib bagi sesebuah sekolah mengadakannya jika berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mendedahkan ilmu-ilmu pengetahuan baru kepada para pelajar. Mengapakah lawatan ke sesebuah tempat boleh diakatakan salah satu aktiviti yang berfaedah yang boleh dianjurkan oleh pihak sekolah? Sebabnya mengadakan sesebuah lawatan boleh mendatangkan banyak faedah serta kebaikan terhadap seseorang itu. Jika mereka menyertai sesebuah lawatan yang diadakan mereka dapat menambahkan pengetahuan baru, dapat mengetahui latar belakang dan sejarah sesuatu tempat dan sebagainya. Selain itu juga, bak kata pepatah serta pernyataan tokoh- tokoh ilmuan yang menyatakan bahawasanya “jauh berjalan luas pandangan” ialah ungkapan yang mengambarkan seseorang akan memperolehi banyak pengalaman jika banyak berjalan atau mengikuti lawatan. Justeru itu, lawatan merupakan satu aktiviti yang sangat berfaedah kepada para pelajar. Dengan menyertai aktiviti tersebut seseorang pelajar akan memperolehi banyak maklumat. Contohnya jika seseorang pelajar itu melawat ke Melaka iaitu Bandar bersejarah, mereka akan dapat melihat banyak tempat-tempat bersejarah disamping dapat menyemai semangat patriotisma dalam diri masing-masing jika mereka membuat lawatan ke tempat-tempat

Upload: hakim-ibrahim

Post on 08-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

hujah

TRANSCRIPT

Page 1: Berhujah Mengenai Lawatan

LAWATAN

Lawatan adalah salah satu aktiviti yang berfaedah yang boleh diadakan di

sekolah. Lawatan ke sesebuah tempat boleh dikatakan wajib bagi sesebuah sekolah

mengadakannya jika berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran bagi

mendedahkan ilmu-ilmu pengetahuan baru kepada para pelajar. Mengapakah lawatan

ke sesebuah tempat boleh diakatakan salah satu aktiviti yang berfaedah yang boleh

dianjurkan oleh pihak sekolah? Sebabnya mengadakan sesebuah lawatan boleh

mendatangkan banyak faedah serta kebaikan terhadap seseorang itu. Jika mereka

menyertai sesebuah lawatan yang diadakan mereka dapat menambahkan pengetahuan

baru, dapat mengetahui latar belakang dan sejarah sesuatu tempat dan sebagainya.

Selain itu juga, bak kata pepatah serta pernyataan tokoh-tokoh ilmuan yang

menyatakan bahawasanya “jauh berjalan luas pandangan” ialah ungkapan yang

mengambarkan seseorang akan memperolehi banyak pengalaman jika banyak berjalan

atau mengikuti lawatan. Justeru itu, lawatan merupakan satu aktiviti yang sangat

berfaedah kepada para pelajar. Dengan menyertai aktiviti tersebut seseorang pelajar

akan memperolehi banyak maklumat. Contohnya jika seseorang pelajar itu melawat ke

Melaka iaitu Bandar bersejarah, mereka akan dapat melihat banyak tempat-tempat

bersejarah disamping dapat menyemai semangat patriotisma dalam diri masing-masing

jika mereka membuat lawatan ke tempat-tempat bersejarah seperti berikut. Contohnya

jika melawat Memorial Tun Abdul Razak, kita dapat mengetahui perjuangan bekas

Perdana Menteri Malaysia dan banyak lagi.

Page 2: Berhujah Mengenai Lawatan

Mengikut kepada hasrat yang diinginkan oleh Industri Pelancongan Malaysia, di

negara kita memerlukan sokongan daripada orang ramai terutamanya rakyat tempatan

untuk menyokong aktiviti lawatan demi memperkembangkan kemajuan pendidikan

disamping memajukan negara. Dengan pelbagai aktiviti lawatan akan mendorong lebih

banyak lagi warganegara tempatan malah warga-warga asing juga turut sama melawat

ke tempat-tempat kita di Malaysia. Sekaligus, dapat meningkatkan industri

pelancongan, ekonomi dan pendidikan negara. Mereka juga berhasrat supaya

warganegara Malaysia mengamalkan aktiviti lawatan di setiap sekolah bagi

memperkembangkan ilmu dan memberi pendedahan kepada para pelajar.

Sebilangan besar warganegara Malaysia bersetuju dengan aktiviti lawatan ini

kerana mengikut kepada pernyataan di atas jelaslah kepada kita bahawa lawatan

sememangnya banyak mendatangkan faedah, sama ada kepada diri sendiri atau

kepada negara. Janganlah kita jadi seperti katak di bawah tempurung yang hanya tahu

mengenai hal-hal sekeliling kita sahaja dan tidak mengetahui kejadian yang berlaku di

luar daripada kawasan kita. Seolah-olah kita terperangkap di dalam tempurung dan

tidak tahu mengenai dunia luar.

Jika mereka hanya membaca dan mendengar tentang sesuatu tempat yang

bersejarah atau tempat-tempat lain tanpa meneroka dan mmerasai sendiri tempat

tersebut maka mereka tidak akan mengenali dengan lebih lanjut tentang tempat

berkenaan. Oleh sebab itu, pepatah mengenai jauh berjalan luas pandangan adalah

pernyataan yang paling tepat untuk menyokong hujah berkaitan dengan lawatan ini.