berdasarkan bacaan sebuah artikel atau jurnal tentang satu etnik di malaysia

21
Berdasarkan bacaan sebuah artikel atau jurnal tentang satu etnik di Malaysia, bincangkan isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa di dalam bilik darjah. Tajuk artikel yang dipilih Definisi etnik Kumpulan etnik merujuk kepada individu-individu yang memiliki ciri-ciri kebudayaan seperti dari segi agama, pekerjaan, bahasa atau politik yang membezakan mereka daripada kumpulan individu yang lain dalam sesuatu masyarakat (Marshall, 1994). Definisi kepelbagaian budaya Perkataan budaya berasal dari kata Sanskrit, ‘budhidaya’. Budhi bermaksud asas-hikmah. Hikmah ialah kebijaksanaan yang Kajian Tentang Identiti Orang Cina di Malaysia dari Segi Epistemologi : Ulasan Lee Yok Fee

Upload: nithra-gal

Post on 14-Aug-2015

70 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kajian tentang sesuatu artikel mengenai etnik di Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Berdasarkan Bacaan Sebuah Artikel Atau Jurnal Tentang Satu Etnik Di Malaysia

Berdasarkan bacaan sebuah artikel atau jurnal tentang satu etnik di Malaysia,

bincangkan isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa di dalam bilik darjah.

Tajuk artikel yang dipilih

Definisi etnik

Kumpulan etnik merujuk kepada individu-individu yang memiliki ciri-ciri

kebudayaan seperti dari segi agama, pekerjaan, bahasa atau politik yang

membezakan mereka daripada kumpulan individu yang lain dalam sesuatu

masyarakat (Marshall, 1994).

Definisi kepelbagaian budaya

Perkataan budaya berasal dari kata Sanskrit, ‘budhidaya’. Budhi bermaksud

asas-hikmah. Hikmah ialah kebijaksanaan yang penuh dengan persoalan ilmu

pengetahuan, yang mana penekanan diberi kepada persoalan alam jiwa atau

keupayaan alam akal-fikir manusia. Daya pula ialah tenaga fizikal atau gerak-laku

fizikal, jasmani manusia yang mengguna segala sumber seperti sumber alam.

Kebudayaan ialah proses aktif yang menggunakan akal fikiran supaya dapat

menggunakan sumber-sumber alam di sekitar atau di luar. Ini adalah sesuatu proses

penyesuaian dan pengeluaran.

Kajian Tentang Identiti Orang Cina di Malaysia dari Segi

Epistemologi : Ulasan Lee Yok Fee

Page 2: Berdasarkan Bacaan Sebuah Artikel Atau Jurnal Tentang Satu Etnik Di Malaysia

Kebudayaan ialah kesemua yang kita fikir dan yang kita punyai sebagai ahli

dalam masyarakat. Kebudayaan merangkumi hasil-hasil kehidupan sesuatu etnik

yang bercorak kebendaan ataupun bukan kebendaan.

Mengikut B.Taylor, (1871) kebudayaan adalah cara hidup sesuatu

masyarakat yang diwarisi secara turun-temurun. Sifat budaya adalah universal tetapi

terdapat perbezaan di antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat lain

mengikut cara hidup mereka (Aziz Deraman,1994.ms.2). Pernyataan ini yang

didefinisikan sebagai kepelbagaian budaya.

Selain itu, kebudayaan juga boleh dilihat sebagai keseluruhan cara hidup

manusia. Menurut Linton (1945) pula, kebudayaan sesebuah masyarakat ialah cara

hidup ahlinya, koleksi idea dan tabiat mereka belajar, berkongsi dan menurunkan

sesuatu daripada satu generasi kepada satu generasi lain. Definisi ini merupakan

definisi yang paling banyak digunakan dalam bidang sains sosial pada masa kini.

Definisi bahasa

Bahasa adalah sistem lambang bunyi ujaran yang digunakan untuk

berkomunikasi oleh masyarakat pemakainya. Bahasa yang baik berkembang

berdasarkan suatu sistem, iaitu seperangkat aturan yang dipatuhi oleh pemakainya.

Bahasa sendiri berfungsi sebagai saranan komunikasi serta sebagai saranan

integrasi dan adaptasi.

Seperti kita sedia maklum, bahasa adalah suatu identiti bagi sesuatu kaum.

Setiap kaum memiliki bahasa pertuturan dan persuratan yang tersendiri dan hanya

mereka sahaja yang mungkin benar-benar tahu dan memahami maksud

sebenarnya.

Page 3: Berdasarkan Bacaan Sebuah Artikel Atau Jurnal Tentang Satu Etnik Di Malaysia

Definisi bilik darjah

Secara amnya, bilik darjah ialah bilik- bilik di sekolah di mana sekumpulan

murid atau pelajar yang berbagai etnik mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu

mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak

semata - mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi

mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi

antara satu sama lain di dalamnya. Bilik darjah juga boleh dikatakan tempat kanak-

kanak berpeluang belajar secara bersama, bermain, mencari kawan baharu,

membina persefahaman serta perasaan persaudaraan dengan pelajar-pelajar lain,

sama ada dengan rakan sebangsa mahupun bangsa berlainan. Tambahan pula, bilik

darjah merupakan tempat yang paling sesuai untuk kanak-kanak mengenali dirinya

dan masyarakat di sekelilingnya.

Pengenalan

Secara keseluruhannya, unsur kepelbagaian budaya dan bahasa perlu diberi

fokus dalam setiap bilik darjah. Hal ini kerana, isu ini memainkan peranan yang

penting dalam pembentukan sebuah bilik darjah yang dinamika.

Isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa berdasarkan jurnal yang dipilih

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan

kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan

kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri. Tetapi perkara ini bukanlah sesuatu

yang mudah. Ini adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada

pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat

Page 4: Berdasarkan Bacaan Sebuah Artikel Atau Jurnal Tentang Satu Etnik Di Malaysia

tinggal, dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau

kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya.

Tetapi, isu ini boleh diselesaikan dengan satu cara. Iaitu, apabila para guru

memberi pandangan serius terhadap isu ini lalu berbangkit untuk memupuk

kepentingan hubungan etnik sesama murid di bilik darjah. Seperti sedia maklum,

murid adalah bakal pemimpin Negara. Dan bilik darjah merupakan tempat yang

bakal pemimpin Negara kita (murid) meluangkan masa yang terbanyak berbanding

di rumah. Justeru guru yang perlu mahir dalam isu kepelbagaian budaya dan bahasa

di dalam bilik darjah.

Pada masa kini, perbezaan aspek lokasi ataupun tempat tinggal sesama etnik

yang berbeza boleh dikatakan sebagai perkembangan yang kurang sihat di

Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau

etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang melihatkan

kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya

akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam

kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.

Perselisihan ini boleh diselesaikan dengan beberapa cara. Contohnya, guru

perlu memberi peluang kepada murid yang berbagai etnik untuk berkongsi

pengalaman mengenai tempat tinggal, sejarah migrasi bangsa sendiri dan

sebagainya. Baru murid boleh tahu mengenai keistemewaan, ciri-ciri aspek tempat

tinggal murid beretnik lain. Misalnya, menurut jurnal, identifikasi orang Cina

mengalami perubahan besar dalam proses migrasi dan penetapan mereka.

Pernyataan tersebut jelas menunjukkan betapa pentingnya aspek lokasi memainkan

peranan dalam identifikasi satu etnik.

Page 5: Berdasarkan Bacaan Sebuah Artikel Atau Jurnal Tentang Satu Etnik Di Malaysia

Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat

Semanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak

yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara

sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang

etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk

menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal

dan terasing dari arus pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem

pendidikan yang terasing.

Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri.

Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan

menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di

sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa

perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan

bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa

ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi

memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan

menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja.

Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada

negara Malaysia.

Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan

tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan

Page 6: Berdasarkan Bacaan Sebuah Artikel Atau Jurnal Tentang Satu Etnik Di Malaysia

menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum

yang lain.

Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah

mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang

kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang

berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu

juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu

hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja,

sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman.

Tambahan pula, bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk

mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang

berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika

cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib.

Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah

masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan

pada peringkat sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta

institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan

lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi

memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan

berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum yang terdiri

daripada pelbagai budaya.

Jika kita lihat, pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang

mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan.

Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan

Page 7: Berdasarkan Bacaan Sebuah Artikel Atau Jurnal Tentang Satu Etnik Di Malaysia

kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin

kecemerlangan akademik anak mereka dan mengekalkan budaya mereka. Sukar

sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif

yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak

sedemikian.

Aplikasi kepelbagaian budaya dan bahasa di bilik darjah

Sistem pendidikan di Malaysia pada peringkat rendah memperlihatkan murid

disegrigasikan mengikut sekolah-sekolah etnik, iaitu pelajar Melayu kebanyakannya

belajar di Sekolah Kebangsaan, pelajar Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan

pelajar India di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Aplikasi amalan mesra antara kaum dan saling menghormati telah diterapkan

melalui pendidikan kebangsaan sejak tahun 1956 lagi. Mengikut Murad Md. Noor

(1975), di dalam bilik darjah yang menempatkan murid daripada pelbagai kumpulan

etnik, seperti di Sekolah Menengah Kebangsaan, asas pengertian Rukun Negara

dapat dihargai dan dipupuk.

Murid memulakan asas ini dengan mengasihi dan menghormati kawan,

berkenalan dengan rakan pelbagai agama, kebudayaan dan latar belakang. Murid

diterapkan agar bersikap toleransi. Apabila murid berada di dalam bilik darjah yang

mempunyai persekitaran budaya monoetnik, nilai-nilai yang dinyatakan tidak dapat

dipupuk dengan berkesan. Di Sekolah Menengah Kebangsaan, murid melalui proses

sosialisasi. Dengan itu, berlakulah proses interaksi sosial dalam kalangan murid

multietnik.

Page 8: Berdasarkan Bacaan Sebuah Artikel Atau Jurnal Tentang Satu Etnik Di Malaysia

Konsep integrasi nasional merangkumi pelbagai perkara yang perlu dihayati

oleh semua kumpulan etnik di Malaysia. Semua kumpulan etnik perlu mengamalkan

sikap bersedia untuk saling mempercayai dan menghormati serta bertoleransi tanpa

rasa curiga.

Pada peringkat sekolah rendah (monolingual), setiap sekolah etnik

mengamalkan bahasa pengantarnya sendiri. Di Sekolah Rendah Kebangsaan dan

Sekolah Kebangsaan, murid menggunakan bahasa Melayu, berbanding di Sekolah

Rendah Jenis Kebangsaan Cina menggunakan bahasa Cina dan di Sekolah Rendah

Jenis Kebangsaan Tamil menggunakan bahasa Tamil.

Mengikut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (New Straits Times,

2003:3), di Semenanjung Malaysia populasi bangsa Melayu 62%, bangsa Cina 29%

dan bangsa India 8% dan bangsa lain 1%. Terdapat 60% murid di Sekolah

Kebangsaan yang terdiri daripada murid Melayu sahaja berbanding dengan murid

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina 22.1% dan murid Sekolah Rendah Jenis

Kebangsaan Tamil 2.9%. Hanya terdapat 15% sahaja murid belajar di Sekolah

Rendah Kebangsaan yang terdiri daripada populasinya Melayu, Cina dan India.

Murid dari Sekolah Rendah Kebangsaan yang diwakili oleh murid Melayu,

Cina dan India mempunyai rakan daripada kumpulan etnik yang berlainan. Murid-

murid ini melakukan aktiviti perbincangan di dalam bilik darjah, pergi ke kantin dan

menjalankan aktiviti persatuan secara bersama. Melalui kajian ini juga didapati

85.4% pelajar daripada Sekolah Rendah Kebangsaan ini mempunyai rakan daripada

kumpulan etnik yang berlainan. Hal ini membuktikan peluang dan ruang berinteraksi

hanya berlaku di sekolah yang populasinya terdiri daripada pelbagai etnik (Melayu,

Cina dan India).

Page 9: Berdasarkan Bacaan Sebuah Artikel Atau Jurnal Tentang Satu Etnik Di Malaysia

Di Sekolah Menengah Kebangsaan, peluang untuk berinteraksi sosial dengan

murid pelbagai etnik berlaku melalui pembelajaran langsung dan tidak langsung.

Murid harus menyesuaikan diri dan dalam proses sosial ini, murid mungkin

menerima atau menolak untuk berinteraksi sosial dengan etnik yang lain. Transisi

begini memerlukan murid menyesuaikan diri dan menyadurkan pelbagai strategi

dalam persekitaran pelbagai budaya.

Persekitaran multietnik seperti ini memberi peluang kepada murid untuk

memilih sahabat merentasi etnik secara bebas. Semasa melaksanakan aktiviti di

dalam bilik darjah, seseorang pelajar dapat mengenal pasti kriteria pelajar lain dan

situasi ini dapat membantunya dalam memilih seorang sahabat. Contohya pelajar

India dapat memilih seorang pelajar Melayu sebagai kawan apabila melaksanakan

pelbagai tugasan di dalam bilik darjah contohnya aktiviti kumpulan, projek dan

kokurikulum.

Kesimpulan

Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi

perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat

penting bagi negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin

kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil

berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian

kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui

perpaduan nenek moyang kita. Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan

masyarakat dan semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha

yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan.

Page 10: Berdasarkan Bacaan Sebuah Artikel Atau Jurnal Tentang Satu Etnik Di Malaysia

Bincangkan kemahiran berkomunikasi yang perlu dikuasai oleh guru yang

mengajar murid-murid kepelbagaian kelompok bagi mewujudkan persekitaran

bilik darjah yang mesra budaya.

Definisi Komunikasi

Page 11: Berdasarkan Bacaan Sebuah Artikel Atau Jurnal Tentang Satu Etnik Di Malaysia

Menurut Verderber & Verderber (2002) komunikasi merupakan proses untuk

membina atau berkongsi makna perbualan yang informal, interaksi dalam kumpulan

ataupun syarahan.

Konsep Komunikasi

Wagner (1994) menyatakan komunikasi sebagai tindak balas peristiwa yang

memerlukan sekurang-kurangnya dua objek ataupun dua aksi. Komunikasi berlaku

apabila objek dan peristiwa saling mempengaruhi satu sama lain. Manakala

komunikasi di dalam bilik darjah dikatakan sebagai interaksi antara individu dengan

individu dan individu dengan persekitaran. Komunikasi merupakan kunci penting

antara guru dan murid. Guru bertanggungjawab menggunakan komunikasi yang

efektif.

Kemahiran Komunikasi dibahagikan kepada;

Lisan- pertuturan menyoal & penerangan

Bukan lisan

Aspek – aspek yang diambil kira dalam kemahiran komunikasi :

1. Orientasi badan : bertentangan muka, kedudukan ( keyakinan dan minat ),

ekspresi muka, konteks mata, senyuman, renungan, anggukan dan genggaman

tangan

2. Ruang : jarak antara individu

3. Penampilan diri

· Laras bahasa - gaya penggunaan bahasa

Prinsip-prinsip asas Kemahiran Komunikasi yang perlu dikuasai oleh guru

Page 12: Berdasarkan Bacaan Sebuah Artikel Atau Jurnal Tentang Satu Etnik Di Malaysia

Komunikasi harus ada tujuan agar dapat memastikan bahawa tujuan dalam

menyampaikan ilmu itu telah tercapai.

Komunikasi harus berterusan supaya orang lain sering membuat andaian

daripada pergerakan dan tingkah laku dan sentiasa berhati-hati dengan mesej , tidak

kira yang nyata atau yang tersirat yang kita sampaikan kepada orang lain.

Selain itu, guru perlu sedar yang fahaman mesej komunikasi setiap murid

adalah berbeza. Contohnya, kadangkala proses fahaman boleh berlaku secara

spontan. Seringkali apa yang kita luahkan bergantung kepada keadaan dan apa

yang kita lalui seperti ekspresi spontan dari emosi, komunikasi yang telah kita

skripkan serta mesej yang dibina atau dikonstruk.

Seterusnya, guru perlu sedar yang komunikasi ada hubungan. Dalam

komunikasi, kita bukan sahaja berkongsi maksud sesuatu tetapi juga merundingkan

tentang hubungan. Dua aspek dalam hubungan boleh dirunding semasa interaksi

ialah hubungan Komplimenteri dan hubungan Bersimetri

Aplikasi kemahiran komunikasi guru dalam mengajar yang berbagai kelompok

di bilik darjah

Cara berkomunikasi dengan murid-murid yang berbagai kelompok yang pertama

ialah menjalin hubungan. Untuk menjadi guru yang dikasihi oleh murid-muridnya,

Page 13: Berdasarkan Bacaan Sebuah Artikel Atau Jurnal Tentang Satu Etnik Di Malaysia

seseorang itu perlu mempunyai kemahiran menghiburkan murid-muridnya. Antara

kemahiran yang amat berguna untuk menghiburkan orang ialah :

a. Kemahiran mengambil berat tentang diri murid itu. Antara kemahiran itu ialah

pertama, kemahiran bertanya untuk mengetahui keperluannya. Kedua, kemahiran

berkorban iaitu mendahulukan kepentingannya. Dan ketiga, kemahiran

mengenalpasti dan memenuhi keperluan psikologinya.

b. Kemahiran menjaga keselamatannya dari segi psikologi dan fizikal tidak mengira

etnik. Bagi membuat murid-murid berasa selamat, kemahiran yang diperlukan ialah

kemahiran memberi keyakinan kepadanya bahawa dirinya adalah sentiasa penting.

c. Kemahiran membuat orang lain berasa dirinya sangat dihargai. Kemahiran yang

diperlukan untuk membuat orang itu yakin bahawa sesungguhnya dirinya dihargai

ialah kemahiran menyatakan penghargaan dan sanjungan dengan menggunakan

kata-kata mahupun perbuatan.

Seterusnya, guru perlu mengamalkan komunikasi yang berbentuk

rangsangan. Murid-murid memerlukan rangsangan fizikal seperti sentuhan, belaian

dan rangsangan mental. Mereka juga memerlukan rangsangan emosi supaya

mengalami perasaan seronok, suka, bahagia dan puas. Rangsangan emosi boleh

diberi dengan menggunakan kemahiran berkata-kata secara positif. Kemahiran

berbual-bual, memuji, menghibur dan bergurau adalah sangat perlu untuk memberi

rangsangan emosi.

Menurut beberapa kajian, komunikasi memainkan peranan yang penting

dalam membina hubungan guru antara murid yang berbagai kelompok. Selain itu

komunikasi antara guru dengan murid akan meningkatkan iklim pembelajaran

Page 14: Berdasarkan Bacaan Sebuah Artikel Atau Jurnal Tentang Satu Etnik Di Malaysia

kepada yang lebih baik. Lebih banyak komunikasi dan interaksi yang berlaku antara

guru dengan murid, maka lebih banyak guru dapat membantu dan memahami murid

yang berbagai kelompok. Hal ini seterusnya secara tidak langsung akan

meningkatkan prestasi pembelajaran murid.

Guru yang menghormati dan mesra dengan murid tetapi menunjukkan

ketegasan dan menetapkan batas-batas yang bersesuaian dalam p & p akan

dihormati oleh murid-murid. Sebagai contoh, guru membina hubungan yang baik

dengan murid-muridnya tetapi menetapkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi

semasa di dalam bilik darjah. Peraturan-peraturan ini dipersetujui bersama antara

guru dengan murid juga ditetapkan bersama-sama peneguhan, ganjaran dan

dendaan yang akan diberikan sekiranya peraturan-peraturan ini dipatuhi atau

sebaliknya. Penetapan peraturan-peraturan seperti ini memerlukan persefahaman

setiap murid, persefahaman itu hanya boleh dicapai jika adanya komunikasi yang

berkesan.

Menurut Good dan Brophy (2002), guru yang dihormati dan mesra pelajar

dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik

darjah. Murid-murid yang senang berkomunikasi dengan guru akan dapat

meluahkan masalah dan berkongsi pendapat tentang pembelajaran dengan

gurunya, Selain itu, guru yang berjaya membina komunikasi yang baik dengan murid

dapat mengatur rutin dan peraturan di dalam bilik darjah yang lebih telus dan

berkesan.

Hubungan guru-murid yang bersifat demokratik dan mesra menjadikan murid

tenang dan berasa selamat berada di dalam bilik darjah. Guru boleh menanamkan

sifat dan semangat kekitaan di dalam bilik darjah dengan sentiasa berbincang

Page 15: Berdasarkan Bacaan Sebuah Artikel Atau Jurnal Tentang Satu Etnik Di Malaysia

dengan murid tentang kebajikan mereka. Apabila rasa kekitaan dan sayang murid

telah diterapkan terhadap bilik darjah mereka, hal ini akan membuatkan mereka

sentiasa berusaha untuk mengekalkan keharmonian di dalam bilik darjah seterusnya

akan menjadikan bilik darjah sebagai satu tempat yang kondusif untuk belajar.

Salah satu contoh lain yang guru boleh berkomunikasi dengan murid yang

berbagai kelompok ialah harus ingat nama murid dan panggil murid dengan

nama`masing-masing. Semasa guru buat demikian, murid akan rasa dihargai.

Kesimpulan

Komunikasi adalah medan pemindahan pengetahuan, penyampaian

pengajaran, mengembangkan kemahiran berkomunikasi, dan mendapat maklumat.

Mengamalkan komunikasi berkesan, penggunaan bahasa, kesediaan mendengar,

meningkatkan proses interaksi, komunikasi terbuka, kemahiran bertutur dan

mengemukakan pandangan, berhujah dan berdialog,

Guru seharusnya mampu mengembangkan kemahiran komunikasi, lebih

kreatif dan hubungan yang lebih dinamik kesannya, penyelesaian konflik yang

berrlaku, memberi ruang untuk murid melahirkan pandangan, guru mampu

melakukan pengaliran maklumat yang lebih berkesan,serta mendapat maklum balas

yang benar. Guru berjaya menghasilkan kreativiti dalam pengajaran dan

pembelajaran, dengan membina pelbagai kemahiran, yang boleh meningkatkan

kecekapan, dan meluaskan skop pembelajaran, yang bermatlamat bagi

meningkatkan pengajaran guru.

Justeru itu guru seharusnya mengelakkan masalah yang boleh menjejaskan

keberkesanan komunikasi seperti kekeliruan, salahtafsir, bahasa yang kasar, suara

Page 16: Berdasarkan Bacaan Sebuah Artikel Atau Jurnal Tentang Satu Etnik Di Malaysia

yang tidak jelas, bahasa badan yang tidak sesuai, memberi tekanan emosi murid,

komunikasi tertutup, tidak memberi perhatian dan tumpuan tentang pengajaran dan

pembelajaran.