bentuk+kata+(2006-2010).pdf

4

Click here to load reader

Upload: ariff-aziz

Post on 17-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • MORFOLOGI BENTUK DAN PEMBENTUKAN KATA (Soalan Sebenar STPM: 2006-2010)

    01 Antara yang berikut, yang manakah ayat yang menggunakan kata kerja berimbuhan dengan betul? I Kunjungilah pusat jualan dan pameran kami. II Kita mesti galakkan anak-anak supaya tidur awal. III Kami sudah berbincang tentang hal itu dengan guru kelas. IV Pemimpin kedua-dua buah negara itu memperihalkan peranan masing-masing. A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV

    2006:32

    02 Antara yang berikut, yang manakah tergolong dalam akronim? I Jelantah III Berdikari II Jentolak IV Panorama A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV

    2006:33

    03 Kata yang berhuruf condong di atas ialah jenis kata A akar C tunggal B dasar D terbitan

    2006:38

    04 Ayat yang berikut mengandungi kata kerja men-...-kan dengan dua objek kecuali A Kakak saya membacakan ayah surat daripada abang. B Aminah memakaikan anaknya sepasang baju kurung. C Jururawat itu membawakan nenek sehidangan makanan. D Dia mengemaskan bilik adik yang berselerak dengan buku.

    2006:40

    tani petani

    mudi kemudi

    tapa bertapa

    Bahasa Melayu

    Kertas 1

    STPM

  • 2

    05 Pilih ayat yang tidak mengandungi kata majmuk. A Tetamu membawa buah tangan. B Dia memakai baju kebaya merah. C Harga sayur-sayuran di pasar tani murah. D Pekerja di syarikat itu mengadakan mogok umum.

    2006:41

    06 Yang manakah ayat yang tidak menggunakan perkataan yang mengandungi akhiran daripada bahasa Sanskrit? A Saloma ialah biduanita negara. B Mahasiswa digalakkan membuat latihan ilmiah. C Seniwati itu melayani peminatnya dengan sabar. D Sukarelawan Malaysia turut membantu mangsa perang itu.

    2007:31

    07 Yang manakah perkataan yang mengalami proses peleburan fonem? A Mengecil C Mengutus B Mengecat D Mengumpan

    2007:32

    08 Yang manakah ayat yang mengandungi kata majmuk yang berhuruf condong yang dieja dengan betul? I Pensyarah itu menjalankan kaji selidik tentang budaya lepak. II Doktor itu melakukan bedah siasat pada mayat seorang wanita warga asing. III Peserta yang hadir diminta menurunkan tanda tangan pada borang kehadiran. IV Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kadang kala tidak dipatuhi oleh kuasa

    besar. A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV

    2007:36

    09 Yang manakah ayat yang mengandungi akronim? I Parti Perikatan telah memenangi pilihan raya itu. II Tentera Bersekutu telah berjaya menawan negara Iraq. III Berita yang dilaporkan oleh Bernama semalam adalah benar. IV Petugas Perhilitan telah berjaya menyelamatkan anak haiwan itu. A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV

    2007:37

  • 3

    10 Yang manakah perkataan yang mempunyai empat morfem? A Meratapi C Bermuafakat B Berserabut D Menyelerakkan

    2007:39

    11 Yang manakah pasangan perkataan yang menggunakan alomorf bagi imbuhan meN-...-kan dengan betul? I Mengebumikan, memastikan III Mengkebumikan, mempastikan II Mengetepikan, mengagumkan IV Mengenepikan, mengkagumkan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV

    2008:33

    12 Ayat yang manakah yang mempunyai kata kerja yang membawa maksud kausatif? A Kami menghampiri rumah usang itu. B Nenek menyiang ikan yang dibeli oleh datuk. C Kumpulan pengakap itu menyimpan bekalan mereka di dalam khemah. D Rancangan Jejak Kasih telah berjaya mempertemukan Ali dengan ibu dan bapa

    kandungnya. 2008:36

    13 Yang manakah kata majmuk yang terdiri daripada istilah khusus? I Cari gali III Kapal laut II Duit kopi IV Garis pusat A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV

    2008:38

    14 Yang manakah kata akronim yang terbentuk daripada pencantuman huruf awal suku kata? A IKIM C PROTON B INTAN D BERNAMA

    2008:39

    15 Yang manakah ayat yang mengandungi kata kerja terbitan yang kata dasarnya bukan daripada golongan kata kerja? A Kami menangkap peragut beg itu. B Kamariah sangat suka mengucik mak ciknya. C Pegawai itu sedang menghalusi laporan kewangan syarikatnya. D Rombongan pelajar itu akan berangkat ke Indonesia pada pagi esok.

    2008:40

  • 4

    16 Yang berikut ialah kata majmuk kecuali

    A hijau daun C meja makan B tengah hari D cantik molek

    2009:43

    17 Kata terbitan Kata ganda I seruling lelabi II berdikari jemari III belantara gerigi IV gelanggang sesiku

    Yang manakah contoh kata yang betul bagi kata terbitan dan kata ganda? A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV

    2010:33

    18 Kata hakis, halaju, dan ucaptama merupakan kata I majmuk III terbitan II tunggal IV akronim A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV

    2010:34

    19 Yang manakah ayat yang mempunyai kata kerja berapitan meN-...-kan yang membawa maksud membuat sesuatu? I Encik Dolah memendekkan tempoh cutinya. II Kemalangan jalan raya itu sungguh mengerikan kami. III Penduduk kampung itu bergotong-royong mendirikan balai raya. IV Persatuan Nelayan Teluk Permai melaksanakan projek ternakan ikan secara

    berkelompok untuk ahli-ahlinya. A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV

    2010:39

    20 Kata yang berapitan beR-...-an yang mendukung makna berterusan ialah I berlelehan III bertangisan II berkibaran IV bertempiran A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV

    2010:40

    Susunan: SuhaimiMohdSalleh@DESSO2010