bilangan 1 2006

8
ISSN : 1675-990 BILANGAN 1|2006| http://www.uitm.edu.my/ptar/ Pensijilan ISO 9001:2000 PTAR P TAR telah diberi pengiktirafan sijil ISO 9001:2000 oleh Lloyd’s Register Quality Assurance (LRQA) pada 9 Mac 2006 dengan skop pendaftaran ‘Penyediaan Perkhidmatan Perpustakaan UiTM’. “Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua warga PTAR kerana kerjasama yang sangat erat dan komitmen yang begitu tinggi. PTAR harus berbangga kerana mempunyai pegawai dan kakitangan yang berkualiti tinggi dan telah menunjukkan prestasi yang membanggakan untuk mencapai kejayaan ini.”. Begitulah ucapan ringkas Ketua Pustakawan semasa upacara meraikan kejayaan PTAR apabila diumumkan telah berjaya melepasi audit ‘compliance’ oleh pasukan audit Lloyd’s. Tercetusnya idea mendapatkan pengiktirafan ISO 9001:2000 lahir dari Pn Hjh. Paiza Idris sendiri pada akhir tahun 2003 ketika itu beliau baru saja di lantik sebagai Ketua Pustakawan. Ama- lan kepada kepimpinan pengurusan yang berkualiti di PTAR telah mem- beri penekanan kepada pentingnya mengutamakan kualiti dalam setiap proses dan perkhidmatan. Sejak itu gerakan kualiti secara terancang dan sistematik bermula dengan penubuhan jawatankuasa kualiti yang bergerak aktif selaras dengan matlamat PTAR ke arah persijilan ISO 9001:2000 dan halatuju UiTM untuk menjadi sebuah universiti bertaraf dunia pada tahun 2006. PTAR sebenarnya mempunyai asas kekuatan dari segi dokumen- tasi kerja kerana telah mempunyai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja bagi semua aktiviti dan ini menjadikan dokumentasi keperlu- an ISO 9001:2000 menjadi lebih mudah. Polisi yang diwujudkan sebagai panduan dalam melaksanakan tugas dan memberi perkhid- matan kepada pelanggan serta mempunyai sistem perpustakaan berkomputer telah banyak membantu PTAR mendapat pengiktirafan kuali- ti ISO dengan cemerlang walaupun terpaksa melalui piawaian ketat seperti yang ditetapkan oleh LRQA. Ini terbukti apabila PTAR tidak menerima sebarang ketidak patuhan semasa audit ‘compliance’ dijalankan. TAHNIAH PTAR !! oleh Junaida Kamarudin Maklumat InfoPinTAR Info PinTAR merupakan buletin rasmi Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA. Buletin ini diterbitkan tiga kali setahun bertujuan menjadi perantara warga PTAR dengan seluruh pelangannya. Penerbitan buletin ini diharap akan menjadi satu alat dalam mempro- mosikan perkhidmatan perpustakaan kepada pelanggan dalaman dan luaran. Info PinTAR mengalu-alukan sumbangan artikel ilmiah dari warga PTAR dan seluruh cawangannya. Pihak InfoPinTAR tidak bertang- gungjawab di atas semua pendapat penulis. Menarik di dalam Dari Meja Ketua Pustakawan. - mukasurat 2 Kumpulan Pustakawan Perubatan (MLG). - mukasurat 3 Maklumat Perkhidmatan Pusat IT PTAR. - mukasurat 3 Bengkel-bengkel anjuran PTAR. - mukasurat 4 Teknik Pencarian Pangkalan Data ‘Getting started with A to Z‘ - mukasurat 5

Upload: hoanglien

Post on 08-Feb-2017

292 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bilangan 1 2006

ISSN : 1675-990 BILANGAN 1|2006| http://www.uitm.edu.my/ptar/

PensijilanISO 9001:2000 PTAR

P TAR telah diberi pengiktirafan sijil ISO 9001:2000

oleh Lloyd’s Register Quality Assurance (LRQA) pada 9 Mac 2006 dengan skop pendaftaran ‘Penyediaan Perkhidmatan Perpustakaan UiTM’. “Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua warga PTAR kerana kerjasama yang sangat erat dan komitmen yang begitu tinggi.

PTAR harus berbangga kerana mempunyai pegawai dan kakitangan yang berkualiti tinggi dan telah menunjukkan prestasi yang membanggakan untuk mencapai kejayaan ini.”. Begitulah ucapan ringkas Ketua Pustakawan semasa upacara meraikan kejayaan PTAR apabila diumumkan telah berjaya melepasi audit ‘compliance’ oleh pasukan audit Lloyd’s.

Tercetusnya idea mendapatkan pengiktirafan ISO 9001:2000 lahir dari Pn Hjh. Paiza Idris sendiri pada akhir tahun 2003 ketika itu beliau baru saja di lantik sebagai Ketua Pustakawan. Ama-lan kepada kepimpinan pengurusan yang berkualiti di PTAR telah mem-beri penekanan kepada pentingnya mengutamakan kualiti dalam setiap proses dan perkhidmatan.

Sejak itu gerakan kualiti secara terancang dan sistematik bermula dengan penubuhan jawatankuasa kualiti yang bergerak aktif selaras dengan matlamat PTAR ke arah persijilan ISO 9001:2000 dan halatuju UiTM untuk menjadi sebuah universiti bertaraf dunia pada tahun 2006.

PTAR sebenarnya mempunyai asas kekuatan dari segi dokumen-tasi kerja kerana telah mempunyai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja bagi semua aktiviti dan ini menjadikan dokumentasi keperlu-an ISO 9001:2000 menjadi lebih mudah.

Polisi yang diwujudkan sebagai panduan dalam melaksanakan tugas dan memberi perkhid-matan kepada pelanggan serta mempunyai sistem perpustakaan berkomputer telah banyak membantu PTAR mendapat pengiktirafan kuali-ti ISO dengan cemerlang walaupun terpaksa melalui piawaian ketat seperti yang ditetapkan oleh LRQA.

Ini terbukti apabila PTAR tidak menerima sebarang ketidakpatuhan semasa audit ‘compliance’ dijalankan. TAHNIAH PTAR !!

oleh Junaida Kamarudin

Maklumat InfoPinTAR

Info PinTAR merupakan buletin rasmi Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA. Buletin ini diterbitkan tiga kali setahun bertujuan menjadi perantara warga PTAR dengan seluruh pelangannya.

Penerbitan buletin ini diharap akan menjadi satu alat dalam mempro-mosikan perkhidmatan perpustakaan kepada pelanggan dalaman dan luaran.

Info PinTAR mengalu-alukan sumbangan artikel ilmiah dari warga PTAR dan seluruh cawangannya. Pihak InfoPinTAR tidak bertang-gungjawab di atas semua pendapat penulis.

Menarik di dalam

Dari Meja Ketua Pustakawan. - mukasurat 2

Kumpulan Pustakawan Perubatan (MLG). - mukasurat 3

Maklumat Perkhidmatan Pusat IT PTAR. - mukasurat 3

Bengkel-bengkel anjuran PTAR. - mukasurat 4

Teknik Pencarian Pangkalan Data ‘Getting started with A to Z‘ - mukasurat 5

Page 2: Bilangan 1 2006

DARI MEJA

KETUA PUSTAKAWAN

ukhuwah kepada semua pembaca Info Pintar. Syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat kita bertemu dalam Buletin Info Pintar Bilangan 1/2006.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga PTAR kerana telah berjaya mencapai pengiktirafan kualiti ISO 9001:2000 pada 9 Mac 2006. Ini juga bermakna PTAR adalah Perpustakaan Akademik IPTA per-tama yang berjaya mendapat sijil ISO 9001:2000 dari Lloyd’s

Register Quality Assurance, sebuah badan persijilan piawaian kualiti antarabangsa.

Saya amat berbangga dengan pengiktirafan ini kerana PTAR telah dapat memenuhi keperluan sebagai sebuah Perpustakaan Akademik yang menjanjikan perkhidmatan yang ber-taraf dunia selaras dengan halatuju UiTM untuk menjadi sebuah universiti bertaraf dunia pada tahun 2006.

Kejayaan ini adalah hasil daripada komitmen dan kesungguhan semua warga PTAR. Bermula dari bulan Julai 2005, saya telah memberikan mandat kepada pengurusan atasan dan Jawatankuasa ISO untuk melaksanakan sistem pengurusan kualiti dalam skop Penyediaan Perkhidmatan Perpustakaan di Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

Pensijilan ISO telah banyak memban-tu PTAR menjadikan perkhidmatan-nya lebih kemas dan sistematik. ISO bukanlah titik akhir peningkatan kualiti

dalam perkhidmatan PTAR, ia hanyalah merupakan satu alat pengukuran bagi memastikan PTAR kekal pada standard kualiti yang tinggi.

Saya juga ingin memaklumkan bahwawa PTAR akan memperluaskan skop Pensijilan ISO kepada semua perpustakaan Cawangan UiTM bagi memastikan semua perkh-idmatan perpustakaan UiTM mem-puyai standard kualti yang sama dalam penyampaian perkhidmatan kepada keseluruh warga UiTM.

Salam

PTAR adalah Perpustakaan Akademik IPTA pertama yang berjaya mendapat sijil ISO 9001:2000 dari Lloyd’s

Register Quality Assurance

InfoPinTAR | 2

Page 3: Bilangan 1 2006

oleh Noormala Maarof

oleh Azmir Sulaiman

InfoPinTAR | 3

K umpulan Pustakawan Perubatan atau lebih dikenali sebagai MLG adalah sebuah kumpulan yang

telah diwujudkan dibawah payung Persatuan Pustakawan Malaysia. Keahlian kumpulan ini terdiri daripada ahli profesional (Pustakawan) dan bukan profesional yang mengurus serta berkhidmat di perpustakaan perubatan IPTA, IPTS, kolej perubatan swasta, hospital pakar, institusi penyelidikan dan perpustakaan-perpustakaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya diwujud-kan pada tahun 1998. Kumpulan ini diketuai oleh Puan Maimunah Kadir, seorang Pustakawan yang berpengalaman luas serta dinamik dan telah menerajui kumpulan ini sejak beberapa tahun yang lepas. Keahlian kumpulan ini kini telah mencapai melebihi 44 orang.

Kumpulan ini bergerak di atas terma berikut:

1. Bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun bagi membincangkan hal-hal berkaitan pembangu nan dan perkhidmatan Perpustakaan Perubatan di Malaysia.

2. Merancang dan mengadakan aktiviti seperti kursus & latihan, seminar serta lawatan sambil belajar bagi mempertingkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang kepustakawanan perubatan.

3. Mengadakan perkongsian maklumat (resource- sharing) dikalangan ahli.

4. Merancang perolehan pangkalan data elektronik secara konsortium.

5. Mempertingkatkan perkhidmatan sistem pembeka lan penerbitan dikalangan ahli.

6. Ahli-ahli yang menganggotai jawatankuasa (committee members) terdiri dari ahli profesional sahaja. Ahli-ahli bukan profesional boleh menjadi ahli bersekutu dan senarai nama mereka layak di masukkan ke listserve MLGNET.

Aktiviti kumpulan dijalankan melalui satu jawatankuasa tetap yang bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali seta-hun. Pada 5 Januari 2006, kumpulan ini telah mengadakan mesyuarat pertamanya di Golden Lounge, UiTM dimana PTAR telah menjadi tuan rumah. Turut bersama untuk menyambut ketibaan ahli-ahli adalah Ketua Pustakawan PTAR sendiri, Puan Hajah Paiza Idris, yang telah mem-beri satu taklimat mengenai kemajuan PTAR. Selepas mesyuarat, Kumpulan Pustakawan Perubatan telah dibawa melawat PTAR khususnya Galeri PTAR, Pusat IT dan Bahagian Pemprosesan. PTAR amat berbesar hati dapat menjadi tuan rumah kali ini oleh kerana ramai ahli kumpulan yang hadir merupakan ‘alma mater’ UiTM. Maklumat lanjut mengenai Kumpulan Pustakawan Perubatan boleh didapati di laman web MLG di http://lib.hukm.ukm.my/mlg/

P erkhidmatan Pusat IT di PTAR 1 kini telah bertukar wajah dimana

perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna adalah lebih sistematik dan lebih teratur melalui sistem pendaftaran secara on-line dimana pengguna tidak lagi dikehendaki mencatat secara manual butiran peribadi dalam buku rekod pendaftaran.

P e r k h i d m a t a n Pendaftaran Pusat IT ini juga t e l a h

dimasukkan dalam salah satu skop pengauditan persijilan ISO 9001:2000 dibawah perkhidmatan Perpustakaan dimana telah melepasi Audit Compliance pada 8, 9 dan 10 Mac 2006 oleh Auditor Lloyds.

Dengan pertambahan jumlah PC daripada 40 unit kepada 100 unit. PTAR terus komited dalam aspek penyediaan prasarana demi memenuhi permintaan dan kepuasan pelanggan, selaras dengan Tagline PTAR :

Perkhidmatan Pusat IT di PTAR 1

Pusat IT PTAR 1

Kumpulan Pustakawan Perubatan (Malaysia)

Page 4: Bilangan 1 2006

komitmen yang tinggi ke arah pencapaian matlamat yang sama. Kesepaduan dari semua pihak akan memberi kesan sinergi yang memberi impak dari segi perlaksanaan pelan tindakan dan sudah tentu pencapaian yang diharapkan.

Pada keseluruhannya bengkel ini telah dapat memberi pendedahan dan pendekatan yang seiring dengan matlamat PTAR iaitu penambahbaikan tahap perkhidmatan khususnya dalam memenuhi harapan kepuasan hati di kalangan pelanggan.

oleh Rohana Mat Noor

oleh Rozaimah Sidek

InfoPinTAR | 4

tersebut antara lain bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana saranan- saranan bengkel terdahulu itu telah dapat dilaksanakan dan impaknya secara ke-seluruhan ke atas sistem dan struktur perpustakaan.

Selain daripada itu Perancangan Strategik 2006 perlu digunapakai sebagai elemen utama ke arah persediaan halatuju sebenar PTAR ke arah pemantapan organisasinya. Ini secara tidak langsung meningkatkan kualiti perpustakaan demi menjayakan perkhidmatan yang sempurna serta memenuhi kehendak pelanggan yang semakin meningkat.

Di samping itu penyertaan peserta dari semua Kampus Cawangan ke bengkel ini dapat me-nambahkan lagi buah fikiran yang amat penting bagi difikir-kan bersama dan seterusnya memberikan

P erpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam dan Perpustakaan

UiTM Cawangan Sarawak dengan ker-jasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Menengah Neg-eri Sarawak pada 15 – 17 hb. Febru-ari 2006 di Merdeka Palace Hotel and Suite Kuching, Sarawak. Bengkel terse-but telah dihadiri seramai 106 peserta yang terdiri daripada guru-guru pusat sum-ber dan guru media dari sekolah menen-gah seluruh negeri Sarawak.

Matlamat bengkel ini adalah untuk mem-beri pendedahan dan

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sarawak

Laporan Perancangan Strategik 2000 hingga 2010 ( kajian semula 2006 ) PTAR

P erpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan

bengkel kajian semula Perancangan Strategik bagi tahun 2006. Bengkel ini telah di adakan di Impiana Resort, Cherating, Kuantan pada 20 hingga 22 Februari 2006.

Peserta yang menghadiri bengkel ini adalah seramai 41 orang yang terdiri daripada Ketua Pustakawan, Timbalan-Timbalan Ketua Pustakawan, Pustakawan Kanan, Pustakawan, Pegawai Eksekutif, Pembantu Perpustakaan Tertinggi dan Pembantu Perpustakaan Kanan dari seluruh sistem perpustakaan Universiti Teknologi MARA.

Kajian semula dan penilaian perancangan ini perlu dilakukan dari masa kesemasa. Penilaian semula

Bergambar kenangan selepas tamat kursus

latihan bagaimana menguruskan Pusat Sumber Sekolah. Pentadbiran dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah perlu dilaksanakan secara professional berdasar-kan piawaian-piawaian yang ada. Bengkel ini juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan merancang aktiviti- aktiviti dan program Pusat Sumber Sekolah untuk kebaikan dan kecemerlangan pelajar sesebuah sekolah. Disamping itu juga Pusat Sumber Sekolah perlu dihidupkan bagi menjana minda pelajar agar lebih berdayasaing.

Bengkel kali ini dipengerusikan oleh En Haron Wee Ah Boo Timbalan Ketua

Pustakawan Kanan dari PTAR, Shah Alam bersama En. Jamalludin Sulaiman, Ketua Perpustakaan UiTM Cawangan Sarawak. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah P e n d i d i k a n

Negeri Sarawak, Cik Rabiah Johari dan majlis penutup disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Jamil Hambali,

Pengarah UiTM C a w a n g a n Sarawak.

Bengkel Penguru-san Pusat Sumber Sekolah ini akan diteruskan ke semua negeri dise-

luruh Malaysia mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Page 5: Bilangan 1 2006

InfoPinTAR | 5

A-to-Z is a locator tool for all of a library’s resources, including e-journals and titles in full-text databases. A-to-Z pro-vides a single, comprehensive list of library’s full text journals in the online databases subscribed by the library.

GETTING STARTED WITH AtoZ

A-to-Z is available for Universiti Teknologi MARA Library members only. This database can be access through :

1. PORTAL PTAR http://www.uitm.edu.my/ptar or2. Log in via Membership Management (MM)

Step By Step Guide – Access through Portal PTAR

From the library database main menu; select “ A to Z “

1. Search by Title

What is A-to-Z ?

List of databases subscribed by the Library

“Tabbed” interface provides more functionality

Letter links provide easy browsing

An alphabetical list of all your journals, including

those in databases

A to Z link to the title levelwhen available

Direct links to each providcontains the title

Coverage displayed for each

Page 6: Bilangan 1 2006

InfoPinTAR | 6

2. Browse Subject

3. Advanced Search

Simple “Find” box allows user to quickly find titles

that contain specified words

User can also browse by subject

A to Z assigns subject toeach title, based on Library of Congress Classification

The search tab provides more advanced search

i

Page 7: Bilangan 1 2006

KETUA PUSTAKAWAN

InfoPinTAR | 7

Berita| BERGAMBAR

2

Ke Arah Persijilan ISO 9001:2000 PTAR daripada Lloyd’s Register Quality Assurance

Bengkel Guru Pusat Sumber Sekolah Menengah Negeri Sarawak

Bengkel Perancangan Strategik PTAR di Cherating, Pahang

Lawatan dari Perpustakaan Cawangan Kelantan

Lawatan dari Fakulti Pengurusan & Teknologi Pejabat Cawangan Dungun

Delegasi dari University of Pretoria Afrika Selatan

Tazkirah dari Y.Bhg. Ustaz Hj. Abd. Rahman Sanusi di Bilik Seminar PTAR 1

21

34

56

7

1 1 1

2

3 3

5 5

4

4

4

6 6

7

7

7

7

Page 8: Bilangan 1 2006

Nama : Mohd Ridzuan AtanTarikh Lahir : 29.10.1981

Tempat Lahir : JohorStatus : Bujang

Kelulusan : Diploma in Graphic Design Jawatan : Pembantu Penerbitan

Bahagian : Perkhidmatan Maklumat , PTAR 1Email : [email protected]

Telefon : 5544 - 3759/3778Hobi : Bola Sepak & Fotografi

http://melastikelangit.fotopages.com

Pensijilan

Maklumat Stafoleh Fauziah Mohamed

Mula bertugas 16 Jun 2004 sebagai Pembantu Perpustakaan sehingga 16 Julai 2005 di PTAR 4. Menyandang jawatan

sebagai Pembantu Penerbitan dibawah Unit Korporat pada 17 Julai 2005 sehingga sekarang.

Tugas & Tanggungjawab :Membantu mengumpul bahan, menaip, menyunting, serta meyusun letak segala bentuk penerbitan perpustakaan. Bertanggungjawab membantu program promosi, penerbitan, penyediaan slaid , membuat rakaman video dan mengambil gambar. Memastikan Penerbitan PTAR secara terancang dan sistematik seperti Info PinTAR, Pamphlet, Tanda nama, signage, cenderahati, poster, kad, bunting dan banner. Menyediakan serta membantu dalam penyediaan slaids, taklimat, ceramah, bengkel dan sebagainya.Merekabentuk setiap penerbitan perpustakaan seperti newsletter, sijil, brosur, poster, bunting dan banner.

Antara projek2 yg telah dilaksanakan : 1.Hari Kualiti PTAR2.Persijilan ISO 9001:20003.Anugerah Kualiti Naib Canselor4.Perasmian Galeri PTAR5.Hari Bertemu Pelanggan PTAR6.International Conference LibFe 20067.InfoPinTAR8.Video Korporat PTAR 2006

Pengalaman2 yg ditempuhi setakat ini : Dapat bekerjasama dan berjumpa dengan pegawai- pegawai atasan dan mahir dari segi bidang kerja masing-masing yang dapat dibuat rujukan dari semasa ke semasa untuk penghasilan kerja yang lebih baik di masa akan datang.

Ulasan / kesimpulan : Keseluruhannya selama hampir 2 tahun berkhidmat bersama PTAR, terlalu banyak pengalaman, teladan, panduan dan pengajaran yang diperolehi untuk penambahbaikan dalam bidang kerja. Kesemua staf yang mengambil berat antara satu sama lain seperti sebuah keluarga yang harmoni membuatkan suasana kerja yang tenang dan saling bekerjasama.

STAF BARU PTARWan Khartini @ Nuurul ‘Ain Bt KhalidJawatan/Gred: Jurutaip / N11Penempatan : Bhg. Pembang. Sumber Ilmu, P1Catatan : Staf Baru Melapor Diri Pada 02/02/2006. Bertukar Dari UiTM Cawangan Kedah.

TAWARAN JAWATAN TETAPNornisam B. OthmanJawatan/Gred : Pembantu Am Rendah / N1Penempatan : Perpustakaan FSPU/KTMCatatan : Tawaran Jawatan Tetap Mulai 03/01/2006.

Silsoh Bin KhairolJawatan/Gred : Pembantu Am Rendah / N1Penempatan : PTAR 3Catatan : Tawaran Jawatan Tetap Mulai 03/01/2006.

PERTUKARAN TEMPAT BERTUGASNik Annita Bt Nik OmarJawatan/Gred Pustakawan / S41Penempatan : Perpustakaan Puncak PerdanaCatatan: Pertukaran Tempat Bertugas Dari Perpustakaan Intec, Seksyen 17 Mulai 02/01/2006.

Aznur Umiza Bt Abu Kasim @ KassimJawatan/Gred : Pustakawan / S41Penempatan : Perpustakaan Jalan Othman, Petaling JayaCatatan : Pertukaran Tempat Bertugas Dari Bhg. Pemb. Bibliografik & Pemprosesan Teknikal, Ptar 1 Mulai 02/01/2006.

Hasiah Bt IbrahimJawatan /Gred : Jurutaip / N11Penempatan : Bhg. Pembang. Sumber Ilmu, Ptar 1Catatan : Pertukaran Tempat Bertugas Ke UiTM Cawangan Kedah Mulai 02/02/2006.

STAF BERSARAMohd. Yusof Bin HassanJawatan/Gred : Kerani Ting. Kanan / N22Penempatan : Unit Kewangan & Stor, Bahagian Pentadbiran, P1Catatan : Bersara Wajib Berkuatkuasa Mulai 23/01/2006

Ali Bin KhairudinJawatan/Gred : Pembantu Perpustakaan / S17Penempatan : Bhg. Perkhid. Pelanggan & Peng. Koleksi, P1Catatan : Bersara Pilihan Mulai 31/12/2005.

AJK InfoPinTAR 2006Penasihat: Pn. Hajah Paiza bt. Idris. Editor: En. Haron Wee Ah Boo. Penolong Editor: Pn. Baimah bt. Bujang/En. Abdul Rashid b. Abdullah.Bendahari: Pn. Nor Aziah bt. Abdullah. Setiausaha: Pn. Nurul Diana Jasni. Wakil BahagianUnit Kualiti: Pn. Junaida bt. Kamarudin. Bah. Perkhidmatan Maklumat: Pn. Nurul Diana bt. Jasni. Bah. Perkhidmatan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi: Cik Nurhayati bt. Hassan. Bah. Pembangunan Bibliografik dan Pemprosesan Teknikal: Pn. Aznur Umiza bt. Abu Kassim. Bah. Perpustakaan Fakulti: Pn. Sakmah bt. Sarif. Bah. Pembangunan Sumber Ilmu: Pn. Adlina bt. Abdullah. Bah. Sistem dan Teknologi Maklumat: En. Azizi b. Jantan. Bah. Jurnal dan Pangkalan Data: Pn. Hani Liza bt. Norfin. Bah. Pentadbiran: Pn. Rosmah bt. Sulaiman. Jurufoto/Pereka Grafik: En. Ridzuan b. Atan.

Personaliti

t

t

t

t

t