bengkel pengajian am2

14
First Attempt/Edited by Mzliah Mazlan, 2010, SMKKMII BAHAGIAN A DAN B (25 markah setiap bahagian) Elakkan daripada salah tafsiran dan tidak mematuhi kehendak soalan. Sekiranya, isi dan huraian menyeleweng, calon hanya akan memperoleh 1 markah. Rangka skop utama dan cadangan jawapan dahulu. Karangan tidak boleh melebihi 350 patah perkataan, kerana jumlah perkataan selebihnya tidak akan dibaca dan dinilai oleh pemeriksa. Calon perlu menyemak semula karangan. Jangan menggunakan struktur ayat yang terlalu panjang kerana hal ini meningkatkan kecenderungan terhadap kesalahan tatabahasa dan pembinaan ayat. Bina beberapa ayat dalam satu perenggan. Jangan terlalu banyak menggunakan petikan kata-kata pemimpin, peribahasa/pepatah atau retorik bahasa kerana jumlah patah perkataan adalah terhad Jangan mengemukakan contoh-contoh yang tidak pasti dan idea yang tidak relevan dengan tajuk Elakkan menggunakan idea atau huraian yang berulang/bertindan Laras sains mesti menggunakan pendekatan sains. Jika sebaliknya, karangan dianggap menyeleweng dan tidak relevan. (1-2 markah) Kesalahan tatabahasa yang jelas dalam sesebuah karangan; Memulakan ayat menggunakan kata hubung atau ungkapan yang tidak tepat: . Dan hal ini menyebabkan... ______________________________ . Karena Malaysia merupakan... __________________________________ . Di mana individu perlulah... _________________________________ .Ianya berkenaan dengan... _________________________________ Penggunaan kata ganda yang tidak tepat Antara kesan-kesan _____________________ Terdapat banyak punca-punca _____________________ Jika sekiranya masalah ini berlaku _____________________ 80% daripada pengundi-pengundi _____________________ Kesalahan ejaan Merbahaya _________________________________ Ibubapa/ibu-bapa ________________________________ Samada ________________________________ Turun-naik ________________________________ Anti dadah ________________________________ Keluaran baru ________________________________ Ke 2 ________________________________ Di anjurkan oleh _________________________________ Dirumah __________________________________ Adik beradik ________________________________

Upload: mzliah-mzlan

Post on 27-Jun-2015

1.944 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bengkel Pengajian Am2

First Attempt/Edited by Mzliah Mazlan, 2010, SMKKMIIBAHAGIAN A DAN B (25 markah setiap bahagian)

Elakkan daripada salah tafsiran dan tidak mematuhi kehendak soalan. Sekiranya, isi dan huraian menyeleweng, calon hanya akan memperoleh 1 markah. Rangka skop utama dan cadangan jawapan dahulu.

Karangan tidak boleh melebihi 350 patah perkataan, kerana jumlah perkataan selebihnya tidak akan dibaca dan dinilai oleh pemeriksa. Calon perlu menyemak semula karangan.

Jangan menggunakan struktur ayat yang terlalu panjang kerana hal ini meningkatkan kecenderungan terhadap kesalahan tatabahasa dan pembinaan ayat. Bina beberapa ayat dalam satu perenggan.

Jangan terlalu banyak menggunakan petikan kata-kata pemimpin, peribahasa/pepatah atau retorik bahasa kerana jumlah patah perkataan adalah terhad

Jangan mengemukakan contoh-contoh yang tidak pasti dan idea yang tidak relevan dengan tajuk

Elakkan menggunakan idea atau huraian yang berulang/bertindan

Laras sains mesti menggunakan pendekatan sains. Jika sebaliknya, karangan dianggap menyeleweng dan tidak relevan. (1-2 markah)

Kesalahan tatabahasa yang jelas dalam sesebuah karangan;

Memulakan ayat menggunakan kata hubung atau ungkapan yang tidak tepat: . Dan hal ini menyebabkan... ______________________________. Karena Malaysia merupakan... __________________________________. Di mana individu perlulah... _________________________________.Ianya berkenaan dengan... _________________________________

Penggunaan kata ganda yang tidak tepatAntara kesan-kesan _____________________Terdapat banyak punca-punca _____________________Jika sekiranya masalah ini berlaku _____________________80% daripada pengundi-pengundi _____________________

Kesalahan ejaanMerbahaya _________________________________Ibubapa/ibu-bapa ________________________________Samada ________________________________Turun-naik ________________________________Anti dadah ________________________________Keluaran baru ________________________________Ke 2 ________________________________Di anjurkan oleh _________________________________Dirumah __________________________________Adik beradik ________________________________

Kesalahan istilahBergantung kepada ________________________________Fenomena membuang bayi ________________________________Di satu-satu masa __________________________

Kesalahan kata sendi/penanda wacanaJusteru itu, __________________________________Disamping itu, __________________________________

Page 2: Bengkel Pengajian Am2

First Attempt/Edited by Mzliah Mazlan, 2010, SMKKMIISelain daripada itu __________________________________Yang pertama, __________________________________

Kesalahan binaan ayat termasuklah ayat tergantung/tidak lengkap

Terdapat banyak langkah untuk memupuk perpaduan antara kaum. Menganjurkan kempen-kempen melalui media massa dan media elektronik.

Negara Malaysia mempunyai pelbagai kaum, kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu.

Penggunaan pestisid menyebabkan banyak hidupan pupus dan berkurangan, habitat juga musnah, dan tumbuhan menjadi pendek.

Gejala sosial kebelakangan ini melibatkan pelajar.

Pihak ibu bapa perlu bertanggungjawab, oleh itu masalah dapat diatasi, dan pihak kerajaan perlulah meningkatkan pemantauan dari semasa ke semasa, hal ini penting agar masyarakat takut untuk membuat maksiat.

Negara Malaysia semakin berkembang pesat pada arus globalisasi ini.

Page 3: Bengkel Pengajian Am2

First Attempt/Edited by Mzliah Mazlan, 2010, SMKKMII

Kenal pasti kehendak soalan

1. Kehadiran tenaga kerja asing amat diperlukan bagi mengisi kekosongan jawatan dalam syarikat-syarikat besar untuk membantu mencapai pembangunan di negara ini. Namun kehadiran mereka telah banyak mendatangkan kesan negatif yang merugikan negara. Bincangkan pernyataan ini.[pro dan kontra]

2. Sejak akhir-akhir ini, perkhidmatan kaunter dan penyampaian sering ditegur supaya memperbaiki perkhidmatan yang diberikan kerana telah mendapat banyak rungutan daripada pelanggan. Bincangkan kepentingan perkhidmatan kaunter serta kesan jika perkhidmatan ini masih tidak memuaskan pelanggan.[pro dan kontra]

3. Pengenalan Model Baharu Ekonomi (MBE) mampu memberikan sumbangan terhadap perancangan dalam aspek pembangunan negara. Bincangkan.[aspek positif sahaja]

4. Jenayah pemerdagangan manusia semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Desakan hidup merupakan punca utama berlakunya masalah ini. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?[Isi 1-bersetuju sebab desakan hidup & 3 isi lain-nyatakan punca-punca lain]

5. Mutu sukan negara dapat dipertingkatkan dengan membawa masuk khidmat jurulatih asing ke negara ini. Sejauh manakah anda bersetuju?[Sebahagian bersetuju & sebahagian lagi tidak bersetuju]

6. Penjanaan tenaga nuklear telah memberi harapan untuk mengatasi krisis tenaga dan memberi manfaat dalam pembangunan negara. Bersetujukah anda?[bersetuju sepenuhnya(kepentingan) atau tidak bersetuju sepenuhnya(kesan buruk)]

7. Pelbagai gejala sosial dilaporkan berlaku di sekolah kebelakangan ini ekoran kurangnya penglibatan para pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mempergiatkan semula aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar kini?[pendapat positif]

8. Penjualan produk-produk kesihatan untuk tujuan penjagaan kesihatan dan kecantikan semakin mendapat sambutan masyarakat. Berikan pendapat anda tentang kebaikan dan keburukan produk-produk kesihatan terhadap pengguna. [pendapat positif dan negatif]

9. Kaedah kawalan biologi telah dikenal pasti dapat mempertingkatkan produktiviti tanaman. Huraikan bagaimana kawalan biologi dapat mengawal makhluk perosak tanaman di kawasan ladang.[Usulkan cdgn yang logik dan bernas-Kepentingan]

10. Gejala pembuangan bayi memperlihatkan budaya masyarakat penyayang yang semakin terhakis. Oleh yang demikian, pembentukan masyarakat penyayang menjadi salah satu daripada cabaran yang telah digariskan dalam cabaran wawasan 2020. Jelaskan kepentingan dan cara-cara untuk membentuk masyarakat penyayang di negara ini. [Usulkan cdgn yang logik dan bernas-Kepentingan]

Page 4: Bengkel Pengajian Am2

First Attempt/Edited by Mzliah Mazlan, 2010, SMKKMII

Isu-isu penting

Sastera1. Pembudayaan bahasa Melayu (Bulan Bahasa Kebangsaan, Kempen dan Dasar

MBMMBI)2. Pemerdagangan manusia3. Pembuangan bayi4. Cetak rompak5. Dasar Baharu Ekonomi6. Pemansuhan UPSR, PMR7. Teknologi halal, pasaran makanan halal8. Krisis/Kebajetan ekonomi9. Industri kraftangan10. Jenayah dadah11. Prasekolah dan sekolah berprestij tinggi12. Pengurangan subsidi13. Kenaikan harga minyak dan barang14. Isu antarabangsa – Hak asasi manusia15. Masalah sosial remaja, penderaan dsd16. Sukan berprestij17. Money boy18. RMK-10/11

Sains1. Teknologi hijau (kawalan biologi dsb)2. Penyakit kronik3. Wabak penyakit (meningitis, demam denggi, Influenza A H1N1)4. Teknologi/Tenaga nuklear (Uranium)5. Teknologi jalur lebar(broadband, ICT, jurang digital, wireless)6. Jenayah siber (facebook)7. Bencana alam (Letusan gunung berapi, banjir)8. Perkembangan teknologi makanan/ kesan baik dan buruk makanan yang

diproses9. Tumpahan minyak (Kesan terhadap alam, organisma hidup, langkah

mengatasi)10. Teknologi robotik11. Teknologi satelit/aeroangkasa12. Industri kreatif13. Diabetis14. Tenaga alternatif

Page 5: Bengkel Pengajian Am2

First Attempt/Edited by Mzliah Mazlan, 2010, SMKKMII

BAHAGIAN C (20 markah)

Calon perlu menjawab dua soalan iaitu soalan 5 dan 6 (pilih satu sahaja dalam setiap soalan)Soalan 5 (Laras Sastera)Soalan 6 (Laras Sains)

>Bahagian (i) -Calon perlu menjawab menggunakan bahasa yang baik, jelas, ringkas dan padat dalam satu ayat sahaja. Ayat selebihnya tidak akan disemak.

-Jangan salin bulat-bulat daripada petikan (O markah) -Jawapan: Rujuk petikan -Pemarkahan: 2m

>Bahagian (ii) -Calon perlu menjawab menggunakan bahasa yang baik dan betul

-Calon dikehendaki membina lebih daripada satu ayat -Kurangkan penggunaan ungkapan yang kurang sesuai atau

berbunga- bunga. Bilangan patah perkataan adalah terhad iaitu sebanyak

50 patah kata sahaja. Patah perkataan selebihnya tidak akan disemak. -Elakkan ungkapan >>>Pada pendapat saya, Saya bersetuju

dan seumpama dengannya

-Jawapan: Jana idea sendiri, tidak ada dalam petikan -Pemarkahan: Pernyataan dua isi utama (2x1m = 2m)

Hurai setiap isi (2x 2m= 4m) Bahasa (.........= 2m) Jumlah (.........= 8m)

Contoh soalan laras sastera

”... Melalui kajian arkeologi, keupayaan manusia untuk mengenali asal-usulnya berkait rapat dengan bahan sejarah yang dimiliki pada hari ini. Sehubungan itu, bahan-bahan sejarah seperti artifak dan dokumentasi perlu dipelihara agar manusia mempunyai rujukan. Zaman sejarah sebenarnya pendek seandainya dapat dibuktikan berasakan dokumentasi ...”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Prof. Datuk Zuraina Abdul Majid, majalah Estidotmy, 28 Januari 2004)

i) Apakah yang dimaksudkan ’zaman sejarah yang berasaskan dokumentasi sebenarnya adalah pendek’?

ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan peranan muzium dalam usaha untuk menambahkan khazanah dan dokumentasi bahan sejarah.

Contoh soalan laras sains

”...Kesan bencana tsunamiyang diterima amat minimum di beberapa buah tempat di Pulau Pinang, Perak dan Kedah yang masih mempunyai hutan bakau dan paya nipah berbanding dengan tempat-tempat lain. Hutan paya bakau dan paya nipah ini

Page 6: Bengkel Pengajian Am2

First Attempt/Edited by Mzliah Mazlan, 2010, SMKKMIIberperanan penting sebagai penyurai ombak dan mengurangkan hakisan pantai. Malangnya, hutan paya bakau dan paya nipah yang merupakan penampan dan penyuraian ombak semula jadi sudah lama musnah...”

(Dipetik dan diubahsuaikan Dewan Masyarakat, 200)

iii) Apakah fungsi hutan bakau dalam menangani kesan bencana di zon pinggir pantai?

iv) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan langkah-langkah untuk melindungi hutan paya bakau.

Page 7: Bengkel Pengajian Am2

First Attempt/Edited by Mzliah Mazlan, 2010, SMKKMIIBAHAGIAN D

Graf Bar1. Graf bar kompaun

2. Graf bar komponen

3. Graf bar berbanding/memesong

4. Graf bar piramid kompaun/komponen

5. Grab bar cermin kompaun/komponen

6. Graf bar terapung

7. Graf gabungan (bar dan garis)

Graf Garis1. Graf garis kompaun

2. Graf garis komponen

3. Graf garis berbanding/memesong

Carta Pai1. Carta pai mudah

2. Carta pai berbanding

3. Carta pai bertingkat

Jenis Graf/ Jenis Media Kata Kunci Bilangan Tahun Catatan

Page 8: Bengkel Pengajian Am2

First Attempt/Edited by Mzliah Mazlan, 2010, SMKKMIICarta

Graf Bar

Graf bar kompaun Menunjukkan bilangan/kuantiti/kadar dsb (selain jumlah)

4 tahun ke bawah

Graf bar komponen Menunjukkan jumlah/amaun/total/ sebagai komponen

Bergantung pada kata kunci

4 tahun ke bawah

Ada nilai tokokan

Graf bar piramid kompaun/komponen

3 Pemboleh ubah-Jantina/gender -Etnik,kaum-Kumpulan umur

Bergantung pada kata kunci soalan

Bar pertama mesti melekat pada paksi

Bentuk media seperti piramid

Kumpulan/struktur umur label pada paksi tengah

Kebiasaannya etnik/kaum adalah petunjuk

Graf bar berbanding/memesong

Ada nilai positif dan negatif

Menunjukkan peratus perubahan/kadar perubahan/imbangan bayaran

Dua tahun sahaja (untuk mencari peratus perubahan/ nilai meningkat/nilai menurun)

Grab bar cermin kompaun/komponen

3 Pemboleh ubah-Jantina/gender -Etnik,kaum-Tidak dinyatakan kumpulan umur tetapi mengikut sektor

Bergantung pada kata kunci soalan

Bar tidak boleh melekat pada paksi

Kebiasaannya etnik/kaum adalah petunjuk

Graf bar terapung Menunjukkan nilai tertinggi/nilai terendah

Dua tahun Ketinggian bar berdasarkan nilai tertinggi dan terendah

Paksi-x adalah jenis sektorGraf gabungan (bar dan garis)

2 Pemboleh ubahMenunjukkan jumlah pendapatan dan peratus sumbanganMenunjukkan kuantiti eksport dan jumlah perolehan

Bergantung pada kata kunci soalan

Dua skala pada paksi-y (kiri dan kanan)Pemboleh ubah pertama-graf barPemboleh ubah kedua-graf garis

Graf Garis Graf garis kompaun Menunjukkan bilangan/kuantiti/kadar dsb (selain jumlah)

4/5 tahun ke atas

Page 9: Bengkel Pengajian Am2

First Attempt/Edited by Mzliah Mazlan, 2010, SMKKMIIGraf garis komponen

Menunjukkan jumlah/amaun/total/ sebagai komponen

Bergantung pada kata kunci

4/5 tahun tahun ke atas

Ada nilai tokokan

Ada dua paksi menegak (kiri & Kanan)

Graf garis berbanding/memesong

Ada nilai positif dan negatif

Menunjukkan peratus perubahan/kadar perubahan/imbangan bayaran

4/5 tahun ke atas (untuk mencari peratus perubahan/ nilai meningkat/nilai menurun)

Sekiranya kata kunci bukan menunjukkan graf garis memesong, rujuk pada petikan. Jika ada nilai positif & negatif, bermaksud media tersebut ialah graf garis memesong.

Carta Pai Carta pai mudah Merujuk kepada satu perkara sahajaCth: eksport negara

Satu tahun sahaja Satu skala sahaja;Skala jejari: 1cm=......unit

Bukaan jangka tulis = 5cm

Carta pai berbanding

Menunjukkan perbandingan Satu atau dua tahun>satu tahun sekiranya ada dua perkara

Satu skala sahaja;Nisbah jejari: 1:....

Carta pai bertingkat Kebiasaannya mempunyai kata kunci berikut;-Jantina/gender -Etnik,kaum-Negara/destinasi

Satu tahun sahaja Dua skala;Skala jejari:1cm=.....unit

Skala ketinggian:1cm=10%

Bukaan jangka tulis = 3cm

Page 10: Bengkel Pengajian Am2

First Attempt/Edited by Mzliah Mazlan, 2010, SMKKMIIBAHAGIAN E

PemarkahanPernyataan isi dan huraian> 4 x 3m = 12 mBahasa > .... 1m = 1 mKesimpulan/Impak > ..... 2m = 2 mJumlah > = 15 m

Jenis Kata Kunci Catatan CatatanCarta Alir Proses – Ikut arah anak panah

(Ikut arah jam)Bebas – Tidak terikat dengan pergerakan a/panahSemi proses – Sebahagian mengikut a/panah

Pendahuluan:Dua kaedah

– Cari isu utama. Hurai pandangan umum mengenai isu tersebut.

– Carta alir menunjukkan...

Jadual

Carta

Graf bar gabungan

HuraikanNyatakanJelaskanPola perubahanTasirkan

Terangkan perubahan jelas tentang sektor

1. Meningkat berterusan2. Menurun berterusan3. Tidak

konsisten/konsisten 4. Isi bandingan tahun

(Pilih tahun, nyatakan analisis 1.Sektor tertinggi/rendah

2. Perubahan angka 3. Peratus berbanding jumlah keseluruhan pada tahun tersebut)5. Perubahan pada jumlah

keseluruhan6. Alasan

Pendahuluan:Jadual/carta/graf menunjukkan...Perenggan Isi:Pernyataan isi – Nyatakan perubahanAnalisis Isi – Angka/Nilai multak

- Perubahan/Beza angka- Peratus

meningkat/menurunAlasan – Mengapa meningkat/menurun/ tidak konsistenKesimpulan:Ulasan keseluruhan>cadangan+harapan

Tips lain;Sekiranya carta atau graf, pindahkan maklumat dalam bentuk jadual terlebih dahulu dan hurai seperti biasa

Sekiranya soalan meminta pola perubahan, sebarang perubahan meningkat atau menurun perlu disertakan perkataan ’pola’

Contoh:Berdasarkan jadual di bawah, huraikan pola perubahan nilai import barangan utama dari tahun 2004-2005. Berikan alasan mengapa perubahan tersebut berlaku.

Page 11: Bengkel Pengajian Am2

First Attempt/Edited by Mzliah Mazlan, 2010, SMKKMII

BezakanBandingkan

Tafsirkan hubung kait

Tidak perlu nyatakan tentang polaPilih sektor, ulas mengikut keadaan berikut;

Jika diberi tahunIsi 1- Sektor tertinggi kedua2 tahun Analisis data SebabIsi 2- Sektor terendah kedua2 tahun Analisis data SebabIsi 3 –Bandingan Tahun(Pilih tahun) Analisis data SebabIsi 4-Alasan- rujuk fokus kedua soalan

Jika berkaitan dengan negara1. Sektor y, negara B lebih

tinggi berbanding negara A

2. Nyatakan angka, perubahan/beza

3. Alasan

Tidak perlu nyatakan tentang polaCari hubung kait antara kedua-dua jadual, ulas mengikut keadaan berikut;

1. Contoh, hasil keluaran meningkat (jadual1)

Berdasarkan jadual di bawah, huraikan pola perubahan nilai import barangan utama dari tahun 2004-2005. Berikan sebab-sebab mengapa berlaku peningkatan sepanjang tahun?

Panduan menulis pendahuluan dan kesimpulan seperti biasa

Berdasarkan carta pai berikut, bandingkan nilai hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2004 dan anggaran tahun 2008. Mengapakan berlaku peningkatan nilai hasil dalam sektor-sektor tertentu?

Berdasarkan jadual di bawah, tafsirkan hubung kait antara pengeluaran hasil tanaman dengan pengeksportan hasil tanaman dari tahun 2001 hingga 2003.

Page 12: Bengkel Pengajian Am2

First Attempt/Edited by Mzliah Mazlan, 2010, SMKKMIIsekiranya keluasan tanah meningkat(jadual2)

2. Nyatakan angka, perubahan/beza

3. Alasan