bengkel binaan item (bm)

9
KUMPULAN 16 Soalan 2(b) – Petikan Drama Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. TUK WALI : Jaga! Ini keris perguruan kita. ( Mengucap dua kalimah syahadat) Ya, Allah! RIPIN : Wak ! Wak! Ripin mendakap Tuk Wali sambil meraung. Tuk wali menghembuskan nafas yang terakhir. Tuk Wali terbujur kaku dalam dakapan muridnya. Malam seperti turut bersedih dengan kematian seorang pendekar tua. Tuk Wali kecundang di tengah gelanggangnya sendiri. Ripin menghunus keris, dia berdiri sambil melihat mata keris yang berlumuran darah. Dia menangis dan marah. RIPIN : Apakah dosa Tuk Wali sampai dia dibunuh? Orang tua yang daif ini tidak sampai hati untuk membunuh, walaupun Cuma seekor anjing liar. Dia sanggup hidup susah dan merempat di kampungnya sendiri cuma kerana sayangkan kampung ini dan penduduknya. Dialah yang telah mendidik akhlak beratus-ratus orang pemuda kampung ini. Dia juga yang telah mempertahankan kampung ini daripada komunis. Dia korbankan diri dan seluruh kehidupannya untuk kampung ini! Tapi , kenapa ada orang yang sampai hati membunuh Tuk Wali! Kenapa? Ya, Allah! (Menekup muka sambil berlutut) Tuk Wali ! Aku bersumpah dengan nama Allah, aku akan menuntut bela atas kematian tuk! Darah mesti dibalas dengan darah…. Tuk Siak jahanam! (Menekup muka dan menangis) (Dipetik daripada Drama ‘Gelanggang Tuk Wali’ oleh

Upload: anniecia

Post on 22-Oct-2015

28 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

BM T4

TRANSCRIPT

Page 1: Bengkel Binaan Item (Bm)

KUMPULAN 16

Soalan 2(b) – Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

TUK WALI : Jaga! Ini keris perguruan kita. (Mengucap dua kalimah syahadat) Ya, Allah!

RIPIN : Wak ! Wak!

Ripin mendakap Tuk Wali sambil meraung. Tuk wali menghembuskan nafas yang terakhir. Tuk Wali terbujur kaku dalam dakapan muridnya. Malam seperti turut bersedih dengan kematian seorang pendekar tua. Tuk Wali kecundang di tengah gelanggangnya sendiri. Ripin menghunus keris, dia berdiri sambil melihat mata keris yang berlumuran darah. Dia menangis dan marah.

RIPIN : Apakah dosa Tuk Wali sampai dia dibunuh? Orang tua yang daif ini tidak sampai hati untuk membunuh, walaupun Cuma seekor anjing liar. Dia sanggup hidup susah dan merempat di kampungnya sendiri cuma kerana sayangkan kampung ini dan penduduknya. Dialah yang telah mendidik akhlak beratus-ratus orang pemuda kampung ini. Dia juga yang telah mempertahankan kampung ini daripada komunis. Dia korbankan diri dan seluruh kehidupannya untuk kampung ini! Tapi , kenapa ada orang yang sampai hati membunuh Tuk Wali! Kenapa? Ya, Allah! (Menekup muka sambil berlutut) Tuk Wali ! Aku bersumpah dengan nama Allah, aku akan menuntut bela atas kematian tuk! Darah mesti dibalas dengan darah…. Tuk Siak jahanam! (Menekup muka dan menangis)

(Dipetik daripada Drama ‘Gelanggang Tuk Wali’ oleh Ismail Kassan dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah reaksi Ripin selepas Tuk Wali memintanya menjaga keris perguruan mereka?(2 markah)

(ii) Pada pendapat anda, jelaskan tiga cara untuk menarik minat generasi muda mempelajari seni pertahanan diri.

(3 markah)(iii) Huraikan satu perwatakan Tuk Wali dalam petikan drama di atas dan satu perwatakan

Tuk Wali yang lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.(4 markah)

Page 2: Bengkel Binaan Item (Bm)

SKEMA PEMARKAHAN

DRAMA GELANGGANG TUK WALI

(i) - Ripin mendakap Tuk Wali sambil meraung (1m) -Ripin menghunus keris (1m) -Ripin berdiri sambil melihat mata keris yang berlumuran darah (1m) -Ripin menangis dan marah (1m)

*pilih mana-mana dua jawapan[Maksimum 2 markah]

(ii) –Kerajaan mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan mempelajari seni pertahanan diri secara lebih meluas. (1m)-Pihak sekolah mewujudkan kelab atau persatuan seni pertahanan diri di sekolah.(1m)-Ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai dan mempelajari seni pertahanan diri. (1m)-Pihak swasta menawarkan hadiah yang lumayan dalam pertandingan seni pertahanan diri. (1m)*pilih mana-mana tiga jawapan

[Maksimum 3 markah](iii) Berdasarkan petikan

-Seorang yang baik hati . Contohnya Tuk Wali tidak sampai hati membunuh walaupun cuma seekor anjing besar. (1+1)-Seorang yang berani . Contohya Tuk Wali berani mempertahankan kampungnya daripada komunis. (1+1)-Seorang yang penyayang . Contohnya Tuk Wali sayang akan kampong dan penduduk kampungnya. (1+1)-Seorang yang bertanggungjawab . Contohnya Tuk Wali mendidik akhlak beratus-ratus orang pemuda kampungnya. (1+1)

*pilih satu jawapan sahaja

Keseluruhan drama -Seorang yang cinta akan seni pertahanan diri. Contohnya Tuk Wali mengajar generasi muda bersilat walaupun sudah tua. (1+1)- Seorang yang taat perintah agama. Contohnya dia tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan solat sunat. (1+1)- seorang yang tegas . Contohnya Tuk Wali tetap mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri walaupun dinasihati oleh isterinya. (1+1)*pilih satu sahaja

Page 3: Bengkel Binaan Item (Bm)

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Kau, kau, Khalid?”

“Ya, Khalid,” kataku membenarkan dugaannya.

Pak Husain mencengkam tanganku. Cengkamannya kuat seperti tidak mahu

dilepaskannya. Matanya menajam menembusi wajahku. Terasa berdetak-detak dalam hatiku.

Tidak ada yang kudengar di sekitarnya, kecuali detak hati Pak Husain yang merenungku. Pada

wajahnya terlukis gambaran keriangan yang beriak-riak pada bibirnya yang kelihatan separuh

tertutup oleh misainya yang seperti kapas. Janggutnya jarang-jarang, juga seperti kapas.

Pakaiannya sederhana, membayangkan keperibadian desa yang suci murni.

Kugeser ia ke tepi. Kami berlabuh dalam sebuah warung. Kami minum-minum.

“Ayahmu masih sihat?” tanyanya. Memang Pak Husain sangat sayang akan ayahmu.

“Meninggal,” jawabku perlahan. “Ayah meninggal kira-kira setahun yang lalu.”

“Meninggal?” sepatah pertanyaan engkarnya. Mulutnya kumat-kamit. “Dia membaca

ayat suci tentunya,” fikirku.

“Ayah selalu menyebut nama Pak Sin,” kataku. “Tapi kerana keuzurannya, kami tidak

dapat membawanya untuk menemui Pak Sin.”

Pak Husain merenung orang ramai. Dalam riak matanya dapat kubayangkan wajah

ayahku terdiri di dalamnya. Dia melihatku kembali. Kemudian, dia menghirup kopi.

“Memang lama tak bertemu,” kata Pak Husain kemudian.

“Ya, lama,” bisik hatiku.

(Dipetik daripada cerpen ‘Pahlawan Buntung’ oleh S. Othman Kelantan

dalam Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan dua keadaan Pak Husain seperti yang digambarkan dalam petikan?

[2 markah]

(ii)Sekiranya anda Khalid, nyatakan tiga cara untuk mengekalkan hubungan persahabatan anda

dengan kenalan ayah anda.

Page 4: Bengkel Binaan Item (Bm)

[3 markah]

(iii) Berikan satu latar tempat dalam petikan cerpen di atas dan satu latar tempat lain daripada

cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.

[4 markah]

Page 5: Bengkel Binaan Item (Bm)

Skema Pemarkahan

Soalan 2(b) : Petikan Cerpen

(i) -wajahnya terlukis gambaran keriangan yang beriak-riak pada bibirnya yang kelihatan

separuh tertutup oleh misainya (1m)

-janggutnya jarang- jarang (1m)

-pakaiannya sederhana (1m)

[maksimum: 2 markah]

(ii) usaha-usaha

-bertanyakan khabar (1m)

-saling menziarahi (1m)

-mengadakan pertemuan (1m)

-menjalankan aktiviti bersama-sama (1m)

[maksimum : 3 markah]

(iii) latar tempat dalam petikan

-warung

Contoh: Tempat Pak Husain dan Khalid minum dan bersembang

(1+1)

latar tempat keseluruhan cerpen

-Kampung Pulau Pak Amat

contoh: Tempat tinggal penduduk kampung yang diserang oleh tentera Jepun. (1+1)

-Kampung Dal

contoh: Tempat penduduk kampung Pak Amat berkumpul selepas kampung mereka diserang

tentera Jepun.

(1+1)

-Tepi Pantai Kampung Pulau Pak Amat

contoh: Pak Husain terpijak serpihan bom tentera Jepun menyebabkan kaki kiri Pak

Husain dipotong.

(1+1)

[maksimum : 4 markah]

Page 6: Bengkel Binaan Item (Bm)
Page 7: Bengkel Binaan Item (Bm)

[Maksimum 4markah]