benarkah kisah umar pernah dimarahi isterinya

5
Benarkah Kisah Umar Pernah Dimarahi Isterinya Dipetik daripada www.darulkautsar.net Soalan: Saya pernah mendengar satu kisah tentang ‘Umar bin al-Khattab RA juga dimarahi oleh isterinya. Suatu hari seorang lelaki ingin mengadu kepada Sayyidina ‘Umar tentang akhlak buruk isterinya yang sering meninggikan suara memarahinya. Lalu lelaki tadi pergi ke rumah sayyidina ‘Umar RA untuk mengadu, sampai sahaja di hadapan pintu, beliau mendengar ‘Umar yang juga seorang khalifah ketika itu sedang dimarahi oleh isterinya. Lalu lelaki itu berkata: "Jika demikian yang berlaku kepada 'Umar yang merupakan Amirul mukminin, maka apa yang berlaku antara aku dan isteriku adalah perkara biasa." Saya ingan kepastian dari ustaz adakah cerita ini benar, sebahagian para isteri menjadikan kisah ini sebagai bukti seorang isteri boleh meninggikan suara terhadap suaminya. Sekian, terima kasih. Jawapan: Cerita ini disebut oleh beberapa ulama di dalam kitab mereka, antaranya: 1. Al-Syeikh Sulaiman bin Muhammad al-Bujairamiy ( ي م ر ي ج ب لد ا م ح م ن ب مان ي ل س خ ي ش لا) seorang faqih dalam mazhab al-Syafie di dalam kitab Hasyiah al- Bujairamiy 3/441-442. 2. Abu al-Laith al-Samarqandiy, seorang faqih mazhab Hanafi di dalam kitabnya Tanbih al-Ghafilin, halaman: 517. 3. Ibn Hajar al-Haitami di dalam al-Zawajir 2/80.

Upload: darulkautsar

Post on 07-Aug-2015

71 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Riwayat-riwayat yang lebih Sahih di atas bertentangan dengan riwayat kononnya 'Umar RA pernah dimarahi isterinya. Selain itu kisah tersebut juga tidak berasal dari kitab-kitab hadis yang dijadikan rujukan, kisah tersebut hanya diriwayatkan dalam bentuk periwayatan yang lemah. Justeru kisah ini tidak boleh dijadikan bukti bolehnya seorang isteri meninggikan suara terhadap suaminya. Perlu dijelaskan juga di sini bahawa. Seorang isteri yang meninggikan suara terhadap suaminya termasuk dalam buruk adab dalam pergaulan.

TRANSCRIPT

Page 1: Benarkah Kisah Umar Pernah Dimarahi Isterinya

Benarkah Kisah Umar Pernah Dimarahi Isterinya

Dipetik daripada www.darulkautsar.net

 

Soalan:

 

Saya pernah mendengar satu kisah tentang ‘Umar bin al-Khattab RA juga dimarahi oleh isterinya.

Suatu hari seorang lelaki ingin mengadu kepada Sayyidina ‘Umar tentang akhlak buruk isterinya

yang sering meninggikan suara memarahinya. Lalu lelaki tadi pergi ke rumah sayyidina ‘Umar

RA untuk mengadu, sampai sahaja di hadapan pintu, beliau mendengar ‘Umar yang juga

seorang khalifah ketika itu sedang dimarahi oleh isterinya. Lalu lelaki itu berkata: "Jika demikian

yang berlaku kepada 'Umar yang merupakan Amirul mukminin, maka apa yang berlaku antara

aku dan isteriku adalah perkara biasa." Saya ingan kepastian dari ustaz adakah cerita ini benar,

sebahagian para isteri menjadikan kisah ini sebagai bukti seorang isteri boleh meninggikan suara

terhadap suaminya. Sekian, terima kasih.

 

Jawapan:

 

Cerita ini disebut oleh beberapa ulama di dalam kitab mereka, antaranya:

 

1. Al-Syeikh Sulaiman bin Muhammad al-Bujairamiy ( البجيرمي محمد بن سليمان seorang (الشيخ

faqih dalam mazhab al-Syafie di dalam kitab Hasyiah al-Bujairamiy 3/441-442.

2. Abu al-Laith al-Samarqandiy, seorang faqih mazhab Hanafi di dalam kitabnya Tanbih al-

Ghafilin, halaman: 517.

3. Ibn Hajar al-Haitami di dalam al-Zawajir 2/80.

 

Ketika menyebut cerita ini, ketiga-tiga mereka tidak mendatangkan sebarang Sanad bahkan

mereka menyebutnya dalam bentuk sighah tamridh, iaitulah satu cerita yang dinukilkan dalam

bentuk ‘ada orang kata’. Bentuk cerita yang seumpama ini menunjukkan kelemahan dan tidak

benarnya cerita tersebut. Apatah lagi kelemahan dan tidak benarnya cerita ini dikuatkan dengan

alasan-alasan berikut:

 

Bersalahan dengan cerita yang lebih masyhur tentang kehebatan sayyidina ‘Umar bin al-Khattab

RA, sehingga Ibn ‘Abbas RA pernah berkata:

 

Page 2: Benarkah Kisah Umar Pernah Dimarahi Isterinya

�ت� �ث �ة� م�ك ن �د� س� ر�ي� �ن� أ �ل� أ أ س�

� �ن� ع�م�ر� أ �خ�ط%اب� ب �ة) ع�ن� ال �ع� ف�م�ا آي �ط�ي ت س�� �ن� أ �ه� أ ل

� أ س�� �ة� أ �ب ه�ي

�ه� ل

 

Mafhumnya: “Daku pernah menetap selama setahun untuk bertanyakan kepada ‘Umar bin al-

Khattab tentang satu ayat (dari al-Quran), namun daku tidak mampu bertanyakan beliau tentang

ayat tersebut disebabkan aku berasa haibah (rasa takut disebabkan hormat) terhadap beliau.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

 

Kata ‘Amr bin Maimun:

 

ه�د�ت� ض�ي� ع�م�ر� ش� %ه� ر� �ه� الل �و�م� ع�ن �ع�ن�ي ف�م�ا ط�ع�ن� ي �ن� م�ن �ون� أ �ك و%ل� الص%ف9 ف�ي أ� �ال% األ� إ

�ه�، �ت �ب �ان� ه�ي ج�ال� و�ك �ا ر� م�ه�يب

 

Mafhumnya: “Daku bersama dengan ‘Umar RA pada hari beliau ditikam, tidaklah menghalang

kami dari berada pada saf yang pertama melainkan disebabkan haibahku terhadapnya. Beliau

adalah seorang yang digeruni kerana dihormati oleh orang ramai.” (Hilyah al-Auliya’: 4/151)

 

Disebabkan kehebatan ‘Umar bin al-Khattab RA ini, Sa’ad bin Abi Waqqas RA berkata:

 

�ذ�ن� �أ ت �ن� ع�م�ر� اس� �خ�ط%اب� ب ض�ي� ال %ه� - ر� �ه� الل ول� ع�ن س� %ه� - ر� %ه� - ص�ل%ى الل �ه� الل �ي ع�ل

%م� ل �د�ه� و�س� ن �و�ةI - و�ع �س� �ش) م�ن� ن ي �ه� ق�ر� 9م�ن �ل �ك �ه� ي ن �ر� �ث �ك ت �س� �ة� ، و�ي �ي �ه�ن% ع�ال ص�و�ات� �م%ا ، أ ف�ل

�ذ�ن� �أ ت ن� ق�م�ن� ع�م�ر� اس� �اد�ر� �ح�ج�اب� ف�ب ول� ع�م�ر� ف�د�خ�ل� ، ال س� %ه� و�ر� %ه� - ص�ل%ى الل �ه� الل �ي ع�ل

%م� ل �ض�ح�ك� و�س� �ض�ح�ك� ف�ق�ال� ، - ي %ه� : أ %ك� الل ن ��ا س ول� ي س� %ه� ر� �يX ! ف�ق�ال� الل %ب - ص�ل%ى الن

%ه� �ه� الل �ي %م� ع�ل ل �ت� و�س� ب �ء� م�ن� - : ) ع�ج �ي ه�ؤ�ال� ت �ن% الال% �د�ي ك �م%ا ، ع�ن م�ع�ن� ف�ل �ك� س� ص�و�ت

ن� �د�ر� �ت �ح�ج�اب� اب �ا ؟ ع�م�ر� ( ق�ال� ال ه�ن% ع�د�و%ات� ي ��ف�س �ن �ن�ي أ �ن �ه�ب ت� �ن� و�ال� ! أ �ه�ب ول� ت س� %ه� ر� الل

%ه� - ص�ل%ى �ه� الل �ي %م� ع�ل ل �ن� - ؟ و�س� �ع�م� ف�ق�ل �ت� ؟ : ن �ن �ف�ظX أ �ظ� أ �غ�ل ول� ف�ق�ال� و�أ س� %ه� ر� - الل

%ه� ص�ل%ى �ه� الل �ي %م� ع�ل ل �يه) و�س� �ا - : ) إ �ن� ي �خ�ط%اب� اب %ذ�ي ال �ف�س�ي ! و�ال �د�ه� ن �ي �ك� م�ا ب �ق�ي ل

�ط�ان� ي �ا الش% �ك ال ا س� cف�ج Xال% ق�ط� �ك� إ ل ا س� cر� ف�ج� ف�ج9ك� غ�ي

 

Mafhumnya: “Umar bin al-Khattab RA pernah meminta izin berjumpa dengan Rasulullah SAW,

ketika itu bersama dengan baginda beberapa wanita Quraisy sedang berbicara dan suara

mereka meneggelamkan suara baginda SAW. Apabila ‘Umar meminta izin untuk masuk,

Page 3: Benarkah Kisah Umar Pernah Dimarahi Isterinya

kesemua para wanita tersebut mengubah keadaan dan kedudukan mereka. Setelah ‘Umar

masuk dan melihat keadaan baginda tersenyum, beliau berkata: “Apa yang menyebabkan tuan

tersenyum, wahai Rasulullah?” Maka Nabi SAW bersabda: “Aku hairan dengan para wanita yang

bersama dengan ku tadi, apabila mereka mendengar suaramu, mereka segera mengubah

keadaan dan kedudukan mereka (kerana takut dan haibah terhadapmu).” Kata ‘Umar kepada

para wanita tersebut: “Apakah kamu semua berasa haibah t erhadapku tetapi tidak kepada

Rasulullah SAW?” jawab para wanita tersebut: “Ya, kerana kamu lebih dahsyat dan lebih keras

berbanding baginda. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Jangan pedulikan mereka wahai Ibn al-

Khattab, demi jiwaku yang berada dalam genggamanNya, satu syaitan tidak bertemu dengan

engkau yang sedang melalui suatu lembah melainkan dia akan melalui lembah yang lain.” (HR

al-Bukhari dan Muslim)

 

KESIMPULAN:

 

Riwayat-riwayat yang lebih Sahih di atas bertentangan dengan riwayat kononnya 'Umar RA

pernah dimarahi isterinya. Selain itu kisah tersebut juga tidak berasal dari kitab-kitab hadis yang

dijadikan rujukan, kisah tersebut hanya diriwayatkan dalam bentuk periwayatan yang lemah.

Justeru kisah ini tidak boleh dijadikan bukti bolehnya seorang isteri meninggikan suara terhadap

suaminya.

 

Perlu dijelaskan juga di sini bahawa. Seorang isteri yang meninggikan suara terhadap suaminya

termasuk dalam buruk adab dalam pergaulan. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin

berkata:

 

ألن وذلك ؛ األدب سوء من زوجها على صوتها رفع إن الزوجة لهذه نقول

؛ باألدب تخاطبه وأن تحترمه أن فينبغي لها الراعي وهو عليها القوام هو الزوج

بينهما األلفة تبقى وأن بينهما يؤدم أن أحرى ذلك ألن .

� الزوج أن كما وتعالى: تبارك الله قال ، متبادلة فالعشرة ، كذلك يعاشرها أيضا

وه�ن% ر� �وف� ) و�ع�اش �م�ع�ر� �ال �ن� ب �م�وه�ن% ف�إ �ر�ه�ت �ن� ف�ع�س�ى ك ه�وا أ �ر� �ك � ت �ئا ي �ج�ع�ل� ش� %ه� و�ي الل

�� ف�يه �را ي � خ� �يرا �ث ( ك .

ترفع ال وأن ، وزوجها نفسها في وجل عز الله تتقي أن الزوجة لهذه فنصيحتي

الصوت وخفض بهدوء يخاطبها هو كان إذا سيما ال عليه صوتها

 

Page 4: Benarkah Kisah Umar Pernah Dimarahi Isterinya

Maksudnya: “Kami katakan kepada wanita yang meninggikan suara terhadap suaminya bahawa

perbuatan tersebut termasuk dalam adab yang buruk. Hal ini kerana suami adalah pemimpin

untuknya, maka sepatutnya seorang isteri menghormati suaminya dan berbicara dengan suami

dengan beradab. Dengan ini ia lebih dapat mendatangkan kesatuan dan kelunakan hubungan

antara mereka berdua. Sama halnya seorang suami juga mesti melakukan perkara yang sama,

mesti diwujudkan hubungan yang sama, Allah Taala berfirman: “Dan berhubunglah dengan

mereka (para isteri) dengan cara yang makruf, jika kamu (para suami) tidak menyukai mereka,

barangkali kamu tidak sukakan sesuatu, sedangkan Allah jadikan pada perkara tersebut

kebaikan yang banyak.” Oleh yang demikian nasihat saya kepada wanita yang meninggikan

suara terhadap suaminya agar dia bertakwa kepada Allah Azza wa Jalla terhadap dirinya dan

suaminya, dan jangan dia meninggikan suara terhadap suami, terutamanya ketika berbicara

dengan suami hendaklah dengan cara yang lembut dan merendahkan suara.” (Fatawa Nur ‘ala

al-Darb: 2/19)

 

 

Wallahu a’lam.

 

 

Posted by Abdul Kadir

Sumber: http://bin-sahak.blogspot.com/2012/12/benarkah-kisah-umar-pernah-dimarahi.html

Sumber artikel: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4666