bekalan 4.docx

Upload: fatinnadia

Post on 14-Apr-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 BEKALAN 4.docx

    1/12

    BEKALAN 4

    KAEDAH PENILAIAN BAHASA

    Penilaian Melalui Portfolio.

    Apakah portfolio?

    Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti

    pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

    Ciri-ciri portfolio.

    Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan

    penilaian yang teliti.

    Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk

    mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan

    Kaedah

    Penilaian

    Bahasa

    Portfolio

    Pemerhatian

    Kontrak

    PembelajaranSoal Jawab

    Projek

    Kertas Kerja

  • 7/27/2019 BEKALAN 4.docx

    2/12

    kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga

    akhir.

    Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan

    bantuan daripada pelbagai pihak. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah

    logik.

    Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

    Penilaian Portfolio

    a) Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.

    b) Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yangboleh dinilai melalui bukti-bukti lain.

    c) Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat

    mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut

    kriteria yang telah dipersetujui bersama.

    Jenis-jenis portfolio :

    Portfolio

    Kerja Harian

    Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu

    jangka waktu yang diberikan.

    Contohnya; Proses perkembangan idea dijalankan secara harian

    untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.

    Portfolio

    Hasil Terbaik

    Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerjaharian. Berbentuk sumatif

    Contohnya; Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan

    yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.

    Portfolio

    Dokumen

    Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan

    pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja

    tugasan.

    Contohnya; Hasil lukisan daripada warna tersebut.

  • 7/27/2019 BEKALAN 4.docx

    3/12

    Kegunaan Portfolio

    Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot

    guru untuk membuat penilaian secara holistik. Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau

    perkembangan pelajar

    Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar

    dengan menggunakan peta perkembangan.

    Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian,

    nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja

    pelajar. Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi

    dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas,

    inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

    Perancangan Portfolio

    Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:

    1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang

    dikehendaki.

    2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.

    3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.

    4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan,

    kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

    Bagaimana Portfolio dinilai?

    Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang

    berterusan.

    Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan

    kefahaman.

  • 7/27/2019 BEKALAN 4.docx

    4/12

    Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran

    perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio

    sehingga tugasan tersebut selesai.

    Merekod Penilaian Portfolio

    Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala

    dan menggunakan kaedah senarai semak.

    Penilaian awal penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria

    dengan skalasenarai ciri-ciri paling pentingpenetuaan gred.

    Kriteria penilaian

    1. Struktur dan organisani

    2. Strategi pengurusan

    3. Variasi isi yang sesuai

    4. Struktur ayat dan gaya bahasa

    5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan

    wajaran markah bagi setiap ciri.

    6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat

    dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.

    7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

    Penilaian Melalui Pemerhatian

    Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang

    diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan

    maklumbalas tentang keberkesanan P&P.

    Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.

    Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.

    Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.

    Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan

    komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.

  • 7/27/2019 BEKALAN 4.docx

    5/12

    Kualiti Pemerhatian

    Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan

    persekitarannya.

    Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.

    Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.

    Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil

    terhadap sesuatu.

    Tekal dan stabil dalam penilaiannya.

    Perkara yang perlu

    diambil semasa

    membuatpemerhatian

    Bentuk

    Perancangan

    Merekod penilaian

    pemerhatian

    Jenis Pemerhatian

    Strategi

    pelaksanaan

    Fungsi penilaian

    melalui pemerhatian

    Kualiti

    Pemerhatian

  • 7/27/2019 BEKALAN 4.docx

    6/12

    Bentuk Perancangan

    Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk

    mentadbirnya.

    Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor. Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang

    dijalankan daripada pemerhatian.

    Merekod penilaian pemerhatian

    Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara

    tersusun dari segi:

    a) Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan

    Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian

    cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas

    b) Menjalankan Tugasan

    Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh

    dihurai dengan tepat .

    c) Cara merekodkan dapatan dan rumusan

    Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.

    d) Tindakan Susulan

    Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan

    dicapai.

    Rekod anekdot

    Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam

    bidang tertentu seperti berikut:

    1. Kecekapan linguistik (bidang bahasa)

  • 7/27/2019 BEKALAN 4.docx

    7/12

    2. Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu

    3. Muzik

    4. Kecekapan (body khanisthetic)

    5. Kecekapan intrapersonal

    6. Kecekapan interpersonal

    Kecekapan LinguistikKeupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat

    hati, menyakinkan dan merangsang.

    Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.

    Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori

    dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan

    terancang.

    Muzik

    Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.

    Kecekapan (body khanisthetic)

    Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.

    Kecekapan Intrapersonal

    Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.

    Kecekapan interpersonal

    Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

  • 7/27/2019 BEKALAN 4.docx

    8/12

    Jenis pemerhatian

    Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:

    I. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dabtanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk

    penilaian semasa.

    II. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara open ended. Menilai

    kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.

    III. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuksekuense.

    Strategi Pelaksanaan.

    I. Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.

    II. Menggunakan senarai semak.

    III. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian

    IV. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan

    V. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.

    VI. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

    Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

    Konsep

    Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan

    persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secaraindividu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.

  • 7/27/2019 BEKALAN 4.docx

    9/12

    Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-

    Bentuk akhir tugasan dihasilkan

    Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)

    Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)

    Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak

    Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan

    syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

    Fungsi Kontrak PembelajaranKontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar :

    mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran kendiri

    kaedahyang akan diambil untuk mencapai matlamat jangka masa pelaksanaan

    dan penghasilannya

    bukti menunjukkan objektif tercapai

    bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai

    Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing

    mengikut minat dan keupayaan sendiri

    Menghasilkan kerja yang terancang

    Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

    Penilaian Melalui Soal Jawab

    Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling

    popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P,

    Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar

    secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan

    konsepkonsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan

    perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.

    Ia membawa maksud seorang guru akan dapat menilai murid2nya melalui

    soal jawab yang dilaksanakan di dalam kelas.

  • 7/27/2019 BEKALAN 4.docx

    10/12

    Sesi soal jawab yang dilaksanakan selepas sesuatu sesi pengajaran

    dan pembelajaran bertujuan untuk mengetahui sejauhmanakah

    kefahaman murid tentang pelajaran yang telah diajar.

    Melalui soal jawab juga membolehkan guru mengetahui kelemahan murid

    dalam sesuatu topik / tajuk pelajaran.

    Kemudian, guru akan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah

    tersebut.

    Penilaian Melalui Projek

    Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa

    yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satulaporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara

    amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan

    dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan

    pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.

    Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi

    atau

    membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar.

    (Wiggins,

    1989).

    Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?

    Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:

    Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.

    Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.

    Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di

    luar bilik darjah.

    Ciri-ciri Penilaian Projek

    Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).

    Jangka masa yang panjang

    Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.

  • 7/27/2019 BEKALAN 4.docx

    11/12

    Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan

    yang benar.

    Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan

    projek atau dalam kumpulan. Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.

    Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran

    merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama

    orang lain.

    Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.

    Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.

    Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

    Jenis-jenis penilaian Projek

    Latihan dan soalan open-ended untuk pelajar meneroka secara

    lisan atau bertulis.

    Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan

    menerangkan keputusan ujikaji, membina model.

    Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.

    Tugasan prestasidrama, lakonan, persembahan, poster atau

    model.

  • 7/27/2019 BEKALAN 4.docx

    12/12

    Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.

    Langkah 1 : Penentuan

    tajuk dan skop Projek.

    Langkah 2 : Penilaian

    awal projek.

    Langkah 3 : Pelaksanaan

    strategi.

    Langkah 4 :

    Pemprosesan Maklumat.

    Langkah 5 : Penilaian

    hasil projek.